Monday, April 27, 2009

phew! letih sangat!

Isnin yang meletihkan. rasa cm nk MC je.nasib baik la virus malas tu masih lagi terkawal. kalau tak pasti i dh selamat ber-MC dengan perasaan riang gumbira.

balik Ipoh kali ni boleh dikira dengan jari je berapa jam i melekat kat rumah. selebihnya masa i sume kt luar rumah..
i sampai Ipoh jam 8.30 mlm hari Jumaat. masuk je gate, tgk Ibu nk keluar. g shopping katanya. i pun dengan tak kenal erti penat merengek-rengek nk ikut jugak. bile dah dua tiga round pusing i dh letih. rasa nk baring kat situ jugak. yang i ni mula la merengek pulak ajak Ibu balik (sambil menyendeng dan berpaut pada bahu Ibu..mintak simpati la kunun) *giggle*

jam 11.30 mlm baru i dapat jejakkan kaki ke dalam rumah. masuk je rumah terus menuju ke dapur. wah..bau sambal udang petai semerbak menusuk ke rongga hidung. secara auto-nya perut i pn ter-gedix2 nak kan nasi. then, kul 1pg i pn melabuhkan tirai hari Jumaat..


Sabtu pulak pagi2 lagi i dh keluar. i nk buat spek mata baru. kopak i RM800. siap sponsor spek untuk adik i jugak RM200. kejamnya dunia. semuanya duit..duit..duit..


eye sight i memang teruk. power dh naik. rasa macam nk nangis je. cuba u bayangkan, kat mana tahap kerabunan i bila power naik sampai 1200? rabun tahap cipan! mula2 check mata i guna computer. oh my..power i sampai 1400. memang gila. then i tak puas ati. i nk jugak check mata secara manual. ala yang guna spek ala-ala Harry Potter tu..











dekat dua jam jugak la i bertapa kat kedai spek tu. pilih spek dh dekat sejam. semua nk try..nak tunggu check mata pulak sampai setengah jam coz i datang pkai contact lense. so i kena rehatkan mata selama setengah jam dulu. lepas tu baru boleh check..ni la jadinya bila satu nikmat dh ditarik.







ha..ni la spek yang i pilih..color pink+purple..siap dapat free gift lagi..tu pun i yang mintak..tunjuk muka takde saiz depan die, then i ckp 'eh u..duit i dh habis ni buat spek. u kasi la free gift kat i'




maka amoi tu pun ckp 'okay..okay..u tunggu ar'


tunggu punya tunggu..nah..i dpt satu sunglass, sebotol pencuci cermin mata, sebotol contack lense solution, satu contact lense traveller kit, satu coin box yang cute. puas hati i..


dari kedai spek, i g cuci kete. sampai kat satu kedai ni i tnye cuci luar n vacum semua berapa ringgit? then budak india yang cuci kete ni buat muka blur tahap kambing. then i ulang suara. tnye benda yang sama. last2 dia cakap 'tara faham. India mari'


adus! sakit jiwa i. then i blah je g kedai cuci kete yg lagi satu. mata i rasa macam nak tersembul bila i tgk pekerja kat situ pun India mari. takde pilihan lain. then i tanya cuci sama vacum berapa ringgit? then dia jawab '9 ringgit?'

then i tanye lagi, ' sape nama bos u? malayu ka?' then dia angguk. pastu dia jawab 'bos nama Amin' then i cakap 'okay! Amin tu kawan i. cuci kasi bersih' hahaha=)..giler betol. ekceli Amin tu pun i tak tau sape. dengar name Melayu pn i dh puas ati. sape lagi nk tolong bisnes orang Melayu kalau bukan orang Melayu cam kita ni kan!

pas cuci kete, g cari kedai kek pulak. beli birthday cake untuk adik lelaki i. sampai rumah dalam kul 3ptg. phew! letih sangat..lepas mandi, zuhur n makan, i bersiap pulak nk kaluar. keluar lagi! jam 5ptg i gerak ke lumut. otw ke lumut tu, i singgah seri iskandar dulu, bagi duit kat adk i yg tgh bertungkus lumus s2dy. final exam la katekan. then i singgah pulak kat Pusat Latihan UiTM Kg Gajah untuk ambik Hanum n Din (yb). memang ulu banat betul letaknya Pusat Latihan tuh. u ols bayangkan, i gerak kul 5, singgah seri iskandar 15min je, then dekat pukul 7mlm baru sampai ke Pusat Latihan tu. oh my..

8.30mlm kitaorg tiba di Lumut. plan nk g karnival Jom Heboh. last2 tak jadi cpz ramai sangat. tak kuasa nak bersesak-sesak. perut pun sakan ber-clubbing, kitaorg pun pi pekena ikan bakar..memang lazat. lepas makan, duit pun dh susut, cadangnya nk draw duit sikit. malang betol. semua ATM kat Lumut tu put of service. hey! come on la..nak amik duit!


frust tak dapat draw duit, kitaorg g lepak2 kat Marina Bay Lumut. amik2 gambar, snap sane sini..then kul 11 kitaorg gerak lik. i hantar Hanum n Din balik ke ulu banat dulu, pastu kul 12m/nite gerak balik ke Ipoh. otw balik tu ade roadblock pulak. dh suh kete i benti pulak. pastu soal siasat i mcm i ni pesalah. pastu mintak i/c n license. i/c adk i pn die mintak jugak. pastu leh pulak tak caye kitaorg ni adik beradik. nk kene ketuk betul polis tu. boleh pulak tanye 'duk rumah same ke?' then i jawab 'ye la encik. kan sy ckp kitaorg adik-beradik. bin n binti sama tu kan' aduhai! hurm..akhirnya selamat jugak sampai ke rumah. jam 2pg baru sampai & i pun tidur tak ingat dunia. letih sangat!

Ahad pagi2 lagi keluar g beli brekfes. mase panaskan enjin, Ibu tegur 'Along, nape bunyi enjim mcm motobot?' aduhai..masalah..masalah..ini serius..mesti bantu shira..selamatkan shira..selamatkan shira..selamatkan shira..yeah! (lagu wonderpets pun berkumandang dalam hati) lepas hantar brekfes lik umah, i bergegas lak ke Proton Service Centre. huh! problem..problem..ade komponen yg perlu diganti..kete baharu pun wat masalah..jam 12tgh i balik rumah. dapat la rehat2 tegakkan pinggang kejap. jam 4ptg gerak balik penang..sampai Penang jam 6ptg. dah sampai rumah punade keje lagi. nk mesin kain pulak!

[hari-hari kerja..bosan dengan kerja..lalalala..lalalala..lalalala]























Share/Save/Bookmark