saya cukup tak faham dengan manusia yang takde budi bicara dan pertimbangan yang wajar. jangan fikir anda ada kuasa, anda boleh bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesusahan orang lain. sikap anda sendiri yang membuatkan saya melemperkan tuduhan sebegini. cuba letakkan diri anda di tempat orang lain. jangan kerana anda fikir anda berkuasa, anda lupa dengan perkataan budi bicara yang wujud sejak sekian lama. jangan kerana anda rasa anda berkuasa, anda boleh mendabik dada dan bersikap diktator serta tidak mempedulikan pandangan dan permintaan orang lain.
apa salahnya buat majlis penutup pada hari ni. buat je majlis tahlil dan bacaan yassin. susah sangat ke? bukan ke masih dalam tempoh berkabung? ni tak, nak jugak buat majlis selepas tempoh berkabung. nak jugak berhibur dan seterusnya menyusahkan orang lain. kalau nak berhibur sangat, pergi dangdut la wei!
ingat! tak semestinya anda akan sentiasa berada di atas. roda itu berputar. hidup ini ada hukum karma. anda menyusahkan orang lain, suatu masa nanti anda pula yang akan merasa bagaimana sakitnya hati bila orang lain menyusahkan hidup anda!
0 orang cakap:
Post a Comment