Tuesday, January 26, 2010

Ibuku, Idolaku

pergh...tajuk di atas adalah seperti karangan KBSM kan? huhue..ye, ketika ini, kerongkong terasa berpasir. itu tandanya, jiwa sedang tidak keruan..readers, mind this kinda jiwang statement. *grin*

ye. bukan senang untuk bertemu dengan seseorang yang membuatkan kita selesa, melengkapi pakej untuk menjadi seorang pemimpin (bapa, suami and etc) dan yang paling penting disenangi, diterima dan direstui oleh kedua ibu dan bapa. (harap-harap sudah bertemu dengan seseorang yang memenuhi kriteria tersebut)

mase kecik-kecik dulu, Ibu yang ajar i mengaji Quran sampai khatam. sejak umur lima tahun ibu dah belikan Mukaddam. hari-hari lepas maghrib, bertemankan sebatang rotan yang hensem, ibu ajar i mengaji bermula dari alif, ba, ta..kenape i panggil rotan hensem? sebab i terkesima setiap kali menatap wajahnya. kelu tak mampu berkata-kata. maka alif fathah ba syadah fathah pun i lupe ape sebutannya. bila lupe, ape lagi, rotan hensem pun dilibas kat mane yang sempat..sakittttttt dow!! bukan kepalang!!! dan.... itu la yang i mahu lakukan kepada anak-anak i nanti. mendidik mereka seperti mana i dididik. tapi kan, i tak la bermaksud nak merotan sebagaimana i dirotan. bak kata seorang cendikiawan, anak-anak perlu dididik mengikut zaman. i mahu jadi seperti Ibu yang tak pernah menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru di sekolah. i mahu mendidik anak-anak i nanti seperti mana Ibu mendidik i. jadi...i perlukan seseorang yang berjiwa serupa, yang mempunyai pengetahuan agama yang baik, mempunyai nilai-nilai kepimpinan untuk membantu i.. 

owh please..sudah shira..takmo berangan berlebih lebihan..over dose nnt.. *sambil ketuk kepala sendiri*





Reactions:

0 orang cakap: