Friday, January 29, 2010

sekolah pondok

dah kat muar. hopefully angah boleh balik esok. kalau lusa, alamatnyaaaaaaaaaa...i frust se frust frustnya..

otw ke muar td, berenti sekejap kat r&r seremban. mase ayah datang balik ke kereta, i nampak ayah pegang sebotol minyak sapu. i tanye mana ayah dapat? ayah kata ade budak menjaja tadi. katanya untuk menamah dana sekolah pondok tempat mereka belajar. pada stiker minyak sapu tersebut jelas terpapar alamat sekolah pondok yang terletak di utara tanah air. masa i kat penang, kalau dalam sehari tak terserempak dengan budak-budak ni memang tak sah. ironinya, sampai ke seremban deorg datang menjaja.

satu hari, i terserempak dengan budak sekolah pondok ni di stesen minyak. sebelum i beli barang yang dijaja, i temuramah budak ni dulu.

"dah malam ni dik. esok tak sekolah ke"

jawab budak ni, "sekolah kak"

"kat sekolah belajar ape? ade belajar matematik sains macam kat sekolah biasa?" tanya i. ye la, i bukan tau pun ape sukatan pelajaran sekolah pondok. adakah sekolah pondok ni dipantau di bawah jabatan pendidikan? i pun tak tau ..kalau tak dipantau, tak mustahil sikatan pelajaran kat sekolah tu tak seperti di sekolah-sekolah biasa kan

budak ni mengangguk je sebagai respon dari pertanyaan i tadi

"dah malam ni, nnt adik balik mcm mana?" i tanya lagi

"datang dgn cikgu. nnt cikgu ambik" jawabnya

persoalannya, takde cara lain ke untuk menambah dana sekolah mereka? kenapa nak kerah tenaga anak-anak kecil ni? sedangkan mereka berhak untuk mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna. i tak maksudkan yang sekolah pondok ni tak bagus. tapi cara tu tak kena. selepas waktu persekolahan, anak-anak ni sepatutnya diberi ruang untuk beristirehat, mengulangkaji pelajaran, dan manjalankan aktiviti riadah seperti rakan-rakan sebaya mereka.

kepada para ibu bapa pun, peranan mereka sangat penting. sebelum masuk kan anak-anak anda ke mana-mana sekolah pondok, kaji dulu bagaimana sistem sekolah tersebut dilaksanakan, bagaimana pula dengan kebajikan dan keselesaan anak-anak..mereka berhak untuk menjalani cara hidup yang menggembirakan seperi rakan sebaya yang lain.

maafkan kedangkalan saya sekiranya entry ni tak kena di hati mana-mana pihak

semoga bertemu lagi. have a nice day!





Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: