Wednesday, March 31, 2010

BILA SITI NURHALIZA KELUARKAN PRODUK KOSMETIK...


CT keluarkan jenama kosmetik SimplySiti dan pada April ni satu kiosk SimplySiti akan dibuka..hurm..mesti dapat sambutan ramai apetah lagi yang mengeluarkan produk tu, artis tersohor negara. duhh..i bukan peminat CT. tapi i kagum sehhhh..kagum dengan otak bisnes yang die ade..kasi pinjam lu punye otak boley ka?


bukan senang nak senang..bukan senang nak jadi seseorang yang berjaya dan disegani. kalau ditelusuri susur galur perjalanan karier CT, i rasa tak sanggup..tak sanggup dow nak travel naik bas turun bas, menempuh berjam-jam perjalanan dari pahang ke KL..kalau difikirkan balik, die memang deserve untuk berada di tempat dia berdiri ketika ini. ibarat pokok kelapa. dia membina akar yang kukuh, bertunjangkan semangat juang dan susah payah yang dilalui semasa zaman remajanya. kutukan peminat (termasuk penulis) tak yah citer la..berkodi-kodi kot. tapi die buat tebal telinga je. kesimpulannya, untuk jadi seorang yang berjaya, kite bukan sahaje kene gigih, tapi kene tebal telinga dan tebal muke jugak..

lupekan kisah CT bersama produk kosmetiknya..nak citer pasal diri sendiri lak nih. entah macam mana hari ni boleh pulak bangun lambat *nanges* dengan baju tak iron lagi, fikir nak berebut parking pulak kejap lagi..mampos..kalau lambat memang sah-sah la takde parking..kalau ade pun nun jauh di ceruk rantau bangunan fasiliti..OMG. tak sanggup rasanya nak bejalan jauh-jauh sejak dimanjakan dengan parking yang betul-betul sebelah bangunan ofis i. memandangkan sejak dua menjak ni i tak suke nak mekap, berita gembiranya, i sampai awal la jugak. *urut dada*

owh keje masih menimbun..semalam punye dah setel. hari ni datang menimbun lagi..*hentak kaki dengan manja* berita menariknya, bos tak masuk opis hari ni *raup muka tiga kali*

dalam sibuk bekerja, kepala otak ni ade pulak teringatkan sipolan. noted. teringat oke. bukan rindu macam yang die selalu cakap.."ko rindu aku kan" . owh jangan tuduh i macam tu sebab susah nanti kalau i mengaku.. opppsss..mengaku ape? abaikan..

keserasian wujud dengan adanya komunikasi. (tetibe masuk topik lain) tak kira la komunikasi secara verbal atau bertulis. tapi i lebih prefer komunikasi secara verbal kot. sebabnya kita boleh dengar suara, boleh pandang mata..haippp..jangan buat muke konfius..dan sila jangan sengetkan kepala tanda anda memandang serong. kejujuran seseorang tu diekspresikan melalui pandangan mata. hah sebab tu i suke pandang mata orang bile tengah becakap. pastu kalau komunikasi secara verbal ni, selalunya apa yang diperkatakan datangnya dari hati.  kalau dah cakap tu, ko nak gostan balik pon susah kan. maka wujudlah perkataan terlanjur bicara. tapi kalau komunikasi secara bertulis tak berapa nak ummph! sebab..sebab..sebab tak dapat pandang mata. orang kata, dari mata turun ke hati.. *lempang diri sendiri*

komunikasi secara bertulis ni pulak, diragui ketelusan dan kejujurannya..sebab ko taip, ko leh delete balik. bukan semua org tak berlaku jujur, tapi ditakuti wujud ketidakjujuran berlaku..*apesal ayat macam kap lam ya nga* tapi kan..tapi..tak baik syakwasangka kan. ada cara macam mana nak test kejujuran seseorang tuh. create la ape2 soalan yang berkait, dan tengok stetmen die selari ke, bercanggah. pandai-pandai sendiri la..tak kan tu pun nak kene ajor.

tapi ape-ape pun, komunikasi memang memainkan peranan yang penting tak kisah la dalam hubungan sesame kawan, kekasih, keluarga mahupun ibu bapa *karangan KBSM siotttt*

duhhh..ni dah masuk hari kelima sekembalinya dari kursus dua minggu..rindu kat kawan-kawan tak abis lagi..huwaaaaaa...




Share/Save/Bookmark

5 orang cakap:

Astika: said... [Reply to comment]

sejak dia kawen dgn ehem2 aku dah x gemar siti tp lantak arrr dgn sapa dia nk kawen x dak kena mengena ngan aku hehehe. hope produk yang dia keluarkan tu yang betul2 bagus bukan pada nama & siapa pengasasnya...

Yeee.. siti mmg penah hidup susah. Sbb dia penah hidup susah la dia nk hidup senang sekarang sampai melukakan hati org lain. Kalo dh kawen ngan org kaya mcm2 blh buat Shira oiiii... bukan setakat produk sendiri kilang sendiri pun boleh buat.. hehe... wah! nampak sgt aku ni x suka siti tp kalo lagu dia yg bes aku layan jeeeeeee tp lagu dia yg terkini aku dgr berserabut betoi kepala hotak aku hahaha... bising arrr.....

saya yang suka menulis - SHAHIRA - said... [Reply to comment]

hahaha..amboi hang kako dah membebel macam karangan kbsm lak..yerp aku pun bkn peminat die..tapi mmg sejak sebelom kawen lagi die mmg kaya dah..huhue..she deserve it..

enjelinajolipit said... [Reply to comment]

huh! nak kongsi rahsia kejelitaan kepala hot die. dulu duta olay, pastu maybelline. pastu baru cipta produk ni kat korea. lainla die kasi rahsia mcm pakai cara tradisional ke, petua ke, barula kongsi rahsia namanya. die pon pakai prodak ratus2 ringgit punye.

tetiba emo plak khennn...

enjelinajolipit said... [Reply to comment]

astika, lagu dia yg amarah tu bikin gua marah kat dia dan penulis lagu tuh. benci benci! sakit jiwa

saya yang suka menulis - SHAHIRA - said... [Reply to comment]

miahahahaha..relek ar wei..relek..haish ko nih..buruk nor muke aku tgk bile emo cenggitu..kang brad pitt lari kangg..tarik napas..kalo nak petua rahsia kejelitaan kene tanye aku..sebab kan..sebab..sebab..aku natural beauty..miahahaha *sila cekik diri sndiri*