Life is meaningless only if we allow it to be. Each of us has the power to give life meaning, to make our time and our bodies and our words into instruments of love and hope..
saya merasakan bahawa hidup saya cukup bermakna.. *senyum* tapi persoalannya cukup bersyukurkah saya dengan apa yang telah saya miliki sehingga kini? *tongkat dagu*
sebagai manusia biasa, adakala kita gagal menahan gejolak perasaan yang menginginkan sesuatu yang tidak tidak miliki. dari sudut pandangan kita, kita merasakan bahawa orang lain gembira mengecapi kebahagiaan mereka, sedangkan apabila kita memandang diri sendiri, kita gagal mencari di mana letaknya bahagia itu di dalam hidup kita..lantas, kita merasakan hidup kita tidak punya makna walau sedikit pun
sebenarnya kebahagiaan itu ada di dalam diri kita, cuma kita sahaja yang perlu bijak mengatur langkah dalam menjalani hidup ini. hidup kita sentiasa saja bermakna bila kita bahagia. soalnya, bagaimana mahu menjadikan hidup kita bahagia dan gembira?
kata kuncinya adalah kasih sayang. memberi kasih sayang kepada semua tanpa syarat. andai kita tidak lokek mencurahkan kasih sayang, maka kasih sayang itu akan kembali kepada kita semula, dan hidup kita akan jadi lebih bermakna =)
p/s: terima kasih kepada Ibu ayah, keluarga, teman-teman baik dan sipolan (saya nak kasi nama Johnny Depp la).. kerana hidup saya bermakna dengan kehadiran anda..
salam sayang,
p/s: terima kasih kepada Ibu ayah, keluarga, teman-teman baik dan sipolan (saya nak kasi nama Johnny Depp la).. kerana hidup saya bermakna dengan kehadiran anda..
salam sayang,

0 orang cakap:
Post a Comment