sekali lagi.. pejam celik.. dah tiba hari jumaat.. esok pagi matahari Jumaat akan muncul menyinari bumi.. jam 1.26pg.. dan saya masih berjaga.. nak tunggu matahari terbit.. ekeke..
entry kali ini adalah entry serius..
kita seringkali berdiri di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. kita menjadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup. lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut.. menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. sangat menyedihkan bukan? sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. hidup ini adalah pilihan bukan..
kadangkala kerana merasa terkhianati kita jadi lupa macam mana rasanya cinta. kita lupa atau sengaja buat-buat lupa? kerana takut terkhianati lagi mungkin.. well.. ambil contoh mudah.. kita sedang kupas bawang, tiba-tiba pisau yang kita gunakan itu mencederakan jari kita. terhiris lalu berdarah. apakah kita tidak mahu lagi menggunakan pisau lagi selepas itu? berubah angin, kupas bawang pakai gunting pulak? ataupu kita ambil keputusan, memasak tanpa menggunakan bawang. kita rela makan dengan rasa yang tidak cukup perencah tu.. macam tu?
hidup ini terlalu indah untuk di sia-siakan. cinta itu adalah anugerah. setiap orang berhak untk merasa mencintai dan dicintai. malah cinta itu tidak mengenal siapa. orang buta juga punya perasaan cinta.. bercinta, dan kemudian berkahwin. malah golongan OKU juga bercinta.. heh teringat pula kepada kawan saya 'mad lompat' yang hanya mempunyai sebelah sahaja kaki. beliau merupakan classmate pertama yang menamatkan zaman bujang. cool kan? hurm.. kita yang sempuna ini apatah lagi. apakah kita mahu mensia-siakan anugerah yang Allah beri itu begitu saja?
kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan dan adakala menakutkan untuk diterima. tapi seandainya kita cukup kuat, kita mampu mengatasi segalanya dengan berani. kalau kita tak berani, macam mana kita nak maju ke hadapan? ibarat bayi yang baru belajar berjalan..andai dia terjatuh, dan takut untuk berjalan lagi, sampai bila-bila pun tak kan tahu berjalan sendiri bukan?
heh memang serius? saya meninggalkan soalan demi soalan di setiap perenggan.. hiks!
satu yang saya percaya. hukum hidup ini mudah. kalau kita berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan datang kepada kita semula. kalau kita memberikan kasih sayang, kasih sayang itu akan datang kepada kita semula. dengan syarat, apa sahaja yang kita lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas. dalam bercinta pula, kalau kita tak permainkan perasaan orang, pasti perasaan kita juga tidak akan dipermainkan.
tuntas, mari kita berkasih sayang dengan seikhlasnya, mencintai setulusnya dan menerima seadanya..
secebis kata-kata untuk dikongsi bersama:
As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back
sedikit tambahan.. bagi seorang lelaki, cinta adalah satu fasa atau pun satu bab dalam keseluruhan hidup mereka.. tapi bagi wanita, cinta itu adalah dunia mereka.. jangan salah tentang itu..
nota: jam 2.16am. *yawn* heh tak jadi tunggu matahari terbit.. esok pagi saya perlu lapor diri, bertugas sebagai supir mnghantar si puteri kecil ke sekolah :')
nota 2: saya ini realistik. saya berpijak di bumi yang nyata. it takes two to tango.. tapi menari shuffle boleh je sorang2.. malangnya saya tak tahu menari shuffle. saya hanya bertango.. :') jadi.. saya akan terus begini, hingga saya temui pasangan tango yang benar-benar pandai menari ikut irama tango. bukan zapin, bukan kuda kepang.. jauh sekali shuffle..
salam sayang,

5 orang cakap:
Okeyh Cik Shira.. Memang serius.. Tapi saya suke.. Saye masih terus-terusan berfikir.. =)
serius..tapi masih ada kesantaian.huhu.
memamg sesuai sangat untuk dijadikan bahan bacaan untuk muhasabah diri sebelum aku masuk tidur...yawnn
bgs!! tak pernah akira fikirkan sebegitu serius bab ni sehinggalah terjumpa entry awak rni..thanks..ats sebab entry ni..membuatkan akira berfikir dgn begitu serius n mendalam..:) akira amik buh dlm diary ni tau..:)
bgs!! tak pernah akira fikirkan sebegitu serius bab ni sehinggalah terjumpa entry awak rni..thanks..ats sebab entry ni..membuatkan akira berfikir dgn begitu serius n mendalam..:) akira amik buh dlm diary ni tau..:)
betul kata katamu shira........
Post a Comment