saya janji, ini adalah yang terakhir. saya tak akan buat lagi. saya akan jaga awak, menyayangi awak dan mencintai awak selama-lamanya
saya janji, saya tidak akan pernah tinggalkan awak
saya janji, walau apa pun yang terjadi, saya akan setia untuk selama-lamanya
JANJI. amat mudah bukan menuturkan kata-kata, memateri janji bersumpah setia. amat mudah bukan, berjanji untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.. hanya sebaris ayat yang diluncurkan dari bibir sudah cukup mampu untuk mengubat hati dan membuatkan hati kita kembali indah. kita pegang janji itu. kita genggam ia sambil menyemai seribu harapan bahawa janji yang dilafazkan itu akan ditunaikan dan tidak akan dimungkiri.
namun hati yang indah itu tidak akan selamanya indah. resam manusia, mudah lupa pada janji. resam manusia, hanya pandai berjanji, tetapi untuk menunaikannya amat payah sekali. kalau kita tahu bahawa kita ini tidak mampu untuk menunaikan janji-janji yang dilafazkan, mengapa perlu berjanji? ya.. kadangkala apabila janji itu tidak ditunaikan, apabila sesebuah janji itu dilanggar, hati kita masih terbuka untuk memberi kemaafan. sekali kita maafkan. dua kali kita maafkan. masuk kali yang ketiga, kita pujuk hati kita untuk terus memaafkan dan kita terus dibuai dengan siri-siri janji yang baru. tapi kita harus ingat, jangan dipermainkan hati manusia yang lain dengan janji palsu. jangan kalian kira peluang dan kemaafan itu akan sentiasa ada dan sentiasa terbuka.
jangan pernah melafazkan janji andai tidak mampu untuk menunaikannya. melaksanakan sesuatu tanpa berkata apa-apa itu adalah lebih baik mungkin.
salam sayang,
nota: mendengar lagu Janji Manismu sambil mengenang masa lalu.. ouch! (kene sekeh sebab ngengade nak emo pagi-pagi)
notatambahan: senyum selalu. masa lalu itu bagaikan garapan novel yang indah bukan.. :)

0 orang cakap:
Post a Comment