Friday, July 30, 2010

manis-manis..

Assalamualaikum wbt..


Salam penuh kasih dari saya di pagi Jumaat yang mulia ini.. Semoga hari yang kamu lalui baik-baik saja.. Semoga apa sahaja yang dikerjakan memberi hasil yang bisa membuatkan kamu tersenyum. 


Alhamdulillah, saya masih mampu tersenyum, masih mampu ketawa walau adakala ketawa itu seakan-akan sumbang iramanya, sekadar menjadi penawar untuk melegakan sedikit hati yang sebu dan sebal. Ah.. sebu sebal itu hanya seketika sahaja singgah. Sedangkan lidah lagi tergigit bukan.. Inikan pula kita sesama manusia. Julai hampir berganti Ogos, dan tidak berapa hari saja lagi Ramadhan akan tiba menggantikan Sya'aban. Cepat benar masa berlalu meninggalkan kita. Tidak lama lagi tahun pula akan berganti. Syukur dipanjatkan kepada yang Esa, kerana rencana-Nya bisa membuatkan saya tersenyum, rencana-Nya menjadian saya lebih kuat mendepani hidup, menjadikan saya seorang yang lebih tenang dan sabar. 


Sedar tak sedar, hampir tiga bulan saya telah mengabaikan temujanji nan satu itu. Rindu bukan kepalang kepada beliau. Doktor yang saya ibaratkan seperti seorang ibu. Syukur di atas pertemuan ini. Pertemuan yang tidak disengajakan, pertemuan yang datangnya dari rasa hati. Rencana-Nya benar-benar indah. Bertahun saya mencuba itu dan ini dengan harapan dapat merawat 'rahmat' ini dengan sebaiknya, saya berulang alik sendirian ke hospital untuk rawatan dan rundingan, saya hulur tangan saya untuk disuntik, apa sahaja saya lakukan untuk ini. Akhirnya Allah menjawab doa saya..


Banyak pertemuan manis yang telah diaturkan untuk saya tahun ini.. Saya harap yang manis-manis itu akan kekal manis..


Salam sayang dari saya untuk kamu semua.. Semoga hidup kamu juga manis-manis saja hendaknya..


Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: