Friday, July 16, 2010

the sweetness of forgiveness

Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat kepada kalian semua. Semoga hari yang mulia ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. 


Forgiveness is the economy of the heart... forgiveness saves the expense of anger, the cost of hatred, the waste of spirits

saya ambil petikan ini dari sebuah laman web. betapa besarnya kuasa kemaafan kan. kalau kita tidak memaafkan, sampai bila-bila pun hati kita tidak akan tenteram, kerana hati kita diselaputi perasaan dendam yang menebal. amat tidak seronok bukan, seandainya hati kita tidak tenteram dan tenang. amat tidak seronok bukan, seandainya setiap hari kita hidup di dalam kebencian. 




memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi sekiranya hati kita telah dirobek sedalam-dalamnya, dipijak-pijak sehingga lumat sehinggakan melibatkan maruah yang dienjak-enjak sesuka hati. memaafkan juga bukanlah sekadar ucapan di mulut, saya maafkan kamu. memaafkan itu datangnya dari kerendahan dan keikhlasan hati, keterbukaan jiwa untuk menerima segala yang berlaku dan kesediaan kita untuk melupakan segala-galanya. tetapi ia bukan sesuatu yang mudah. sangat sukar untuk memaafkan sekaligus melupakan apa yang berlaku. apatah lagi seandainya penjenayah yang telah melakukan kezaliman kepada kita itu tidak pernah sekalipun mengucapkan perkataan maaf. 


namun persoalannya, sampai bila kita mahu terus hidup dalam keadaan tertekan, amarah dan dendam? 


"Forgive all who have offended you, not for them, but for yourself."
~ Harriet Nelson



memaafkan itu sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri. membebaskan kita dari belenggu amarah dan dendam. memadamkan api kebencian yang mana sekiranya dibiarkan, kelak akan memakan diri sendiri. kita akan lebih merasa tenang dan hidup dengan lebih gembira seandainya kita membuka pintu hati kita untuk memaafkan. yang salah itu tetap salah bukan?  segala yang berlaku tidak boleh kita undur kembali. 

The weak can never forgive.  Forgiveness is the attribute of the strong.  ~Mahatma Gandhi

percayalah! memaafkan itu bukan bermakna kita ini manusia yang lemah. memaafkan itu menuntuntut satu kekuatan luar biasa yang mana hanya manusia yang punya semangat serta kekuatan luar biasa sahaja yang boleh melakukannya. kita tidak seharusnya menjadi hamba kepada jiwa. menurut segala tuntutan jiwa yang dibayangi perasaan amarah dan dendam. hukum hidup berputar. sesiapa saja yang melakukan kesalahan kepada kita, pasti akan mendapat balasannya nanti. menghukum itu bukan di bawah bidang kuasa kita. biarkan hidup ini berputar menurut hukum yang telah ditetapkan. 


"To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness."
~ Robert Muller


memaafkan itu sememangnya bukan mudah. namun ia membuka pintu kebahagiaan untuk kita semua. 

saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kedangkalan saya dalam penulisan kali ini..
ouch! (kene sekeh sebab ngengade letak tajuk bahasa ongputih)

salam sayang,





nota: jangan siakan hidup kita dengan kebencian sebab kita akan terlepas banyak perkara yang indah-indah dalam hidup ni *senyum* 

Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: