aku berkecipung dalam dunia blogging ni dah lama. sejak tahun 2005. lebih spesifik lagi pada 16 oktober 2005. lima tahun yang lalu, ketika itu aku baru berusia 20 tahun. leboh spesifik lagi, 20 tahun 14 hari.
aku ketawa sendiri bila baca semula lakaran-lakaran hidup yang aku contengkan di situ. aku cari juga di mana sisi matangnya aku ini. tapi hasilnya sifar. lakaran aku di blog yang awal dulu tidak lebih dari luahan perasaan sendiri, dengan bahas ayang tunggang langgang, di selang seli kan dengan bahasa Inggeris yang boleh jadi bahan ketawa, aku conteng juga dengan penuh semangat.
pada Februari 2009, aku hadir di laman ini dengan suatu citra yang baru. saban hari aku menulis, bercerita, dan ada ketika menggarap puisi yang adakala entah apa-apa saja bunyinya. kadang-kadang aku menangisi nasib di sini, bercerita akan luka hati aku di sini, melampiaskan nafsu amarah aku dengan caci maki yang adakala jijik untuk dibaca. tapi aku masih tidak jemu menulis. kadang-kadang dengan berbekalkan abjad dan aksara juga sudah cukup untuk menjinakan sedikit emosi yang bergulung. setuju tidak dengan aku?
selama aku menulis di laman ini, aku berpeluang untuk kenal dengan ramai kawan baru. bermula dengan berbalas komen di laman blog, kemudian bertukar yahoo id dan seterusnya berkomunikasi dari situ saja. ada yang aku pernah jumpa, dan ada juga blogger yang masih belum berpeluang untuk ketemu. ada yang sesekali menghubungi aku bertanya kabar menerusi talian telefon, dan tidak kurang juga blogger yang sememangnya terdiri dari teman-teman aku sendiri. dunia blogging ini tersangat lah luas dan tidak cukup sehari kalau mahu menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. untuk rekod, blogger di Malaysia bilangannya adalah lebih dari dua juta orang.
tadi aku disapa oleh seorang blogger dengan nickname Phan. nama pena blogger ini biar jadi rahsia dulu kerana akan menyalahi etika kalau aku reveal identiti orang tanpa restu dan izin kan. bicara asal adalah berkisarkan tentang pasukan kegilaan aku, Manchester United, dan kemudian berlarutah hingga bicara soal hidup. aku gemar bicara dengan orang yang banyak menggunakan metafora sebagai asas bicara. kala berbicara tadi aku teringat kepada seorang teman. aku kira apa yang dilalui oleh teman aku ini, persis pengalaman Phan.
aku katakan kepada Phan, lelaki ini rajuk hatinya lama. kalau kecewa tak tahu sampai bila mahu di sorok hati itu. katanya, kecewa berkali itu tidak apa. kalau kita jatuh dari tempat yang tinggi, jangan putus asa sebab nanti kita akan dapat daki lebih tinggi dari itu. gagal itu sebenarnya beri kita satu kekuatan baru.
ya.. aku akan kisahkan ini kepada teman aku itu nanti.
owh ya.. ini belog aku dulu. jangan ketawa ya. baca senyap-senyap je. ekeke..
pssst.. ini adalah entry aku yang paling aku suka.. wahhh .. self obsessed sangat..
pssst.. ini adalah entry aku yang paling aku suka.. wahhh .. self obsessed sangat..
life is like a journey…a very long journey…sampai satu tahap ia menjadi infiniti…am i rite???yeah…i guess…and kita sendiri tak dapat predict, apakah bentuk halangan yang merintangi perjalanan kita..untuk ke sesuatu destinasi, kita perlu menetapkan matlamat..rite???ada yang ingin bahagia, ada pula yang nak jadi kaya dan berkuasa, ada pula yang mahu biasa-biasa saja. to achieve those aim, jalan yang kita lalui bukan jalan yang lurus..banyak ranjau, banyak juga persimpangan yang menuntut kebijaksanaan kita dalam membuat pilihan. kata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa..perjalanan dalam hidup bukan seperti menempuh perjalanan di lebuh raya..tidak ada papan tanda yang dapat menjadi penunjuk arah..sekiranya tiba di persimpangan, apa yang ada untuk menjadi panduan???jika diikutkan kata akal, sampaikah kita ke destinasi sepertimana yang kita tentukan???akal tidak pernah dapat menjangkau apa yang berlaku dipenghujungnya…jadi, haruskah diturutkan kata hati???tapi kata orang ikut hati membawa mati…akhirnya apa yang ada??? instinc…yeah…naluri…deria kita yang keenam..deria yang kebanyakan orang tidak sedar akan kewujudannya. akhirnya…kebanyakan orang akan menurut kata hati…kerana apa??kerana hati itu begitu dekat dengan kehidupan manusia…hati mempunyai dan memberi rasa..rasa sedih, kecewa,gembira, bahagia…semuanya hati yang merasa…
kerana itu, aku juga menurut kata hati dalam sebahagiannya besar tindakan dan keputusan yang aku ambil…dan kesannya, hanya hati yang merasa…
aku bukan manusia pesimis…pada aku, selagi kita masih bernyawa, peluang itu masih ada…tapi sampai bila peluang itu akan terus ada..sampai masanya nanti, kita tidak lagi bertenaga untuk merebut peluang yang ada…
sehingga ke usia ini, aku pernah merasa kecewa dengan pilihan yang aku buat..sehingga ke saat ini juga, hati sentiasa dirundung walang diatas pilihan dan keputusan yang pernah aku lakukan..pilihan itu bukan sahaja menyakitkan hati sendiri, malah hati orang lain juga…parah…dan sehingga kini hati aku masih parah berdarah…
30 December 2007, Sunday
nota: gaya bahasa tak banyak beza. cerita pun sama. tak banyak beza. cliche macam drama Melayu juga
2 orang cakap:
wah...lama jugak ek ber blog...
=)
agak la.. tapi syok sendiri je lebey.. :p
Post a Comment