nasib baik dah bantai beradu petang tadi.. itu pun sebab penat ya amat mengemas barang-barang kat rumah baru. sebab dah tidur punya pasal, jadi selepas perlawanan antara hobin jang hobin menentang gomo kelate gomo, aku masih bertenaga. yeah !! bertenaga untuk mengikuti live streaming perlawanan antara Manchester United menentang Tottenham Hotspur yang dibawakan secara lansung dari Old Trafford.. ewahhh.. macam pengulas sukan. so far setelah 42 minit perlawanan MU dan scor 1 - 0 menerusi tandukan Vidic pada minit ke 31. hantaran sepakan percuma Nani dan kerasnya kepala Vidic berhasil untuk sebuah jeritan GOL !!! (peminat bola malam ni kene beli Dequadin untuk bekalan di esok hari.. )
dari awal malam tadi, sampai sekarang kejenye bertwitting saja. gila dah.. gila.. tapi, agak tak besh sebab Giggs dengan Rooney tak turun..
owh.. petang tadi masa brader penghantar peti sejuk datang deliver peti sejuk aku, dia tegur.. wahhh ! memang minat Man U ek? aku angguk-angguk dan senyum. al maklum lah sejak semalam aku pakai printed tee Man U. eh.. jangan nak tuduh aku tak mandi pulak.. semalam aku pakai kaler putih. hari ni aku pakai yang kaler hitam. hadko la kononnya kan..
kemudian katanya lagi, minat sapa? dah tak ada pemain hensem-hensem dah.. ececeh.. kau ingat aku minat Man U sebab pemain muka hensem ke? tak main la derrrr.. harap muke kalau kaki bangku buat apa..
giggs dengan rooney .. kata aku sepatah
bagus.. bagus.. ulasnya pendek. nasib baik ulasnya pendek saja. buatnya dia ajak aku borak pasal bola, haih tak ke naya. jangan ingat orang minat bola ni tau serba serbi pasal bola. woo hoo !!
eh tapi kan.. tadi kan.. dalam banyak-banyak tweet, bila aku tengok dekat timeline twitter, ada pulak yang menghapdet "cerekarama malam ni best". alamak wei ! sesungguhnya bola telah menguasai fikiran aku. siot je. terpaksa lah tunggu tayangan semula cerekarama pada ulangtayang sempena anugerah skrin tahun hadapan.
nota: aku minat bola, tapi tak reti main bola. aku minat bola, tapi feminiti aku masih di paras unggul tau. tidak ada hormon testosterone berlebihan ek.. I bukan jadian la nyah.. eh ! motif? :p

4 orang cakap:
hahaha..mmg la bkn jadian..smlm tgk gak kejap..last2 bola tu yg tgk blk..huhu~
aha.. aku pun tak tahan mata gak.. tapi gagah ni nak tunggu.. takut2 kang aku tido je tottenham gol lak..
p/s: setelah berabad, baru bukak belog makcik? ekeke..
Glory2 Man United!tak sangka ada gak awek hadko yg minat giler kat MU.Goodey!
Jaringan Nani paling best dan berjaya membodohkan Gomez..semalam aku tengok pakai jacket MU yang masyuk punyer..Aku lari dari manage Ladies Night semalam sbb nak tgok MU kecewakan Spurs..Carrick semakin best...Park semakin mantap...Berba lemah sikit..takper...
fuh semangat.. tokojut den..
ekeke.. semangat kau biskut.. *ngee*
Post a Comment