Sunday, October 31, 2010

tolong beri sedikit kekuatan itu untuk dia..


telefon yang berbunyi nyaring mengejutkan aku yang sedang enak dibuai lena. dengan mata separuh terbuka, aku lihat nama yang tertera. cepat-cepat aku jawab panggilan itu. demi saja panggilan itu aku jawab, terdengar suara halusnya di hujung talian. ada getar di hujung suaranya. Tuhan.. pasti perasaannya tidak lagi tertanggung.

shira dah tidur?

haah. ko oke tak ni?

tak apa lah kalau ko dah tidur.

eh never mind.. 

shira..

ye sayang..

seketika kemudian dia senyap. aku sahut namanya. aku dengar dia teresak-esak menahan tangis.

kau kena kuat. kau kena tabah. shhh.. jangan menangis macam ni. itu sahaja yang mampu aku bisikkan.

dia terus menangis. teresak-esak dan lebih kuat dari tadi. jangan ditanya apa rasa hati aku. sebak bergulung. kalau lah dapat aku pinjamkan bahu untuk dia menangis, segera aku lakukan demikian. akan aku dakap dia biar dia menangis semahunya moga ringan sedikit penanggungannya. rasa ralat mencengkam atma kerana aku hanya mampu pinjamkan telinga saja. walhal aku tahu betapa teman aku ini benar perlu seseorang yang faham akan sedih dan lukanya. aku tahu dia benar-benar tidak tahan menanggung rasa. sebab itu dia cari aku. alaminya begitu. selagi mampu ditanggung, di tahankan saja rindu itu sendiri. 

*mengeluh*

lapan bulan telah berlalu. yang pergi tidak akan dapat bangkit kembali. lelaki baik itu dikasihi Tuhan yang Esa. aku mohon agar teman aku ini kuat dan cekal. aku tahu bukan mudah. apatah lagi bila hari ijab dan kabul sudah hampir. tapi takdir Tuhan mengatasi segalanya. aku benar-benar mohon agar Allah cekalkan hati dia. aku hanya mampu bisikan kata semangat agar tangisnya reda. malam ini aku mohon, aku benar-benar mohon agar Tuhan cekalkan dia. 

1158pm

nota: teman aku kehilangan cintanya pada Februari 2010. Tuhan ternyata lebih mengasihi lelaki baik itu. 

Share/Save/Bookmark