Tuesday, November 30, 2010

merah jambu sakura


permintaan dari seorang teman untuk menggarapkan sesuatu. aku sejujurnya tidak tahu mahu tulis tentang apa sayang untuk redakan gundah kamu. cuma aku akan sentiasa saja ada untuk pinjamkan telinga aku seperti selalunya. 

hidup ini bukan hari-hari serupa cuaca dan atmosferanya sayang. kalau semalam panas, hari ini Tuhan datangkan mendung. bukan apa, kalau hari-hari panas tanah akan kering berdebu. sekali sekala matahari itu sembunyi seketika. tapi jangan pernah bimbang sebab matahari tak akan hilang selalu. nanti matahari akan senyum kembali. 

tahu tidak, teman terbaik untuk kita adalah masa. tidak kira lah lelaki atau wanita. pada aku semuanya serupa. semua dari kita perlu kan masa. perlu masa untuk selesaikan segala, perlu masa untuk pulih selepas luka, perlu masa untuk rehat setelah penat bekerja, perlu masa untuk memilih kemudian baru putuskan sama ada mahu beli atau sebaliknya dan pendek kata setiap dari perlakuan kita sebenarnya memerlukan kita untuk idle seketika.

sayang.. kalau kamu sedang berduka, mari menangis di bahu aku. tumpahkan air mata sampai kering, biar kosong dan kemudian kita isi pula dengan segala perkara yang riang-riang dan buat kamu senyum kembali. hidup ini ibarat bunga sakura sayang. kembangnya seketika cuma. hanya untuk satu bulan saja. dalam waktu sesingkat itu sudah tentu kita tidak mahu terlepas barang sedikit pun waktu untuk nikmati indah yang ada bukan? kalau pun ada tekanan dan walang yang jadi belenggu merantai hati kamu, mari kita usaha leraikannya. sambut jemari aku dan mari kita berjalan seiringan di laman sana, menikmati indahnya kembang merah jambu yang mekar harum.

semoga kamu gembira dan tenang saja sayang.. serahkan segala kepada Dia yang memegang seluruh takdir hidup kita. lakukan yang terbaik, dan biar Dia yang tentukan semua. tak perlu beratkan kepala persoalkan apa yang akan berlaku nanti. mari berlari ke taman bunga, biar hati kita bugar.. 

p/s: cabaran hidup pun macam buat matematik.
makin banyak cabaran, makin tajam akal kita.
oh dan dah tentu kita jadi makin bijak
atur langkah dalam menjalani hidup ini bukan?

Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: