Monday, November 01, 2010

perempuan, beri hati kepada yang berhak.. lelaki, katakan kau cinta hanya kepada dia yang bersimpuh di takhta atma..



waspada: ko pernah rasa macam tu tak .. rasa macam nak dekat ..tp bkn sampai tahap nak hidup sama2 ..

aku: tak..

waspada: istimewa, tapi tak agung ..

aku: aku tak pernah rasa mcm tu

waspada: aku tau ko benci ayat2 aku.. tu pasal aku malas nak cite soal ni ..

**********************************************

jujur aku tidak pernah berada dalam situasi seperti itu. aku tidak pernah merasa seseorang itu istimewa tetapi tidak punya keinginan untuk hidup bersama. matlamat aku jelas. kalau aku telah serah sepenuhnya kasih juga cinta, maka hidup aku juga seluruhnya aku mahu habiskan dengan dia sahaja. istimewa dan agung itu datangnya sekali di dalam satu pakej. tidak ada beza. tidak akan berkurang salah satu darinya. perempuan-perempuan di luar sana.. kamu juga begitu bukan? 

mungkin itu yang membezakan kita lelaki dan perempuan. sememangnya fitrah mereka, bisa membahagikan kasih sayang kepada lebih dari seorang wanita. sifat lelaki ini adakala seperti belati menghiris sukma. menyakitkan. bagaimana mungkin berkata cinta kepada wanita yang lain sedang di dalam hati sudah ada seseorang yang bersimpuh agung di takhta atmanya. tapi, mana mungkin dapat kita samakan lelaki dan juga perempuan. lelaki ini memang sifatnya tidak boleh hidup sepi sendiri tanpa kasih dan belaian seorang perempuan. tolong percaya akan kata aku ini. sebab itu lah orang kata tempat isteri di sisi suami.. 

*senyum*

memetik kembali kata-kata saudara waspada tadi. rasa macam nak dekat, tapi tak sampai tahap nak hidup sama-sama. kata-kata dia mengingatkan aku kepada apa yang pernah diperkatakan oleh abang Azrol tidak berapa lama dulu. kalau mulut sebut sayang, tapi dalam hati tak jumpa di mana titik pengikat tu, tak guna jugak.  

jadi sayang.. kita yang bernama perempuan ini, kalau mahu letak seluruh cinta, letak lah cinta kepada si dia yang mahu memperisterikan kita. kalau setakat menyebut cinta dan sayang, itu belum cukup kukuh untuk meyakinkan kita akan utuhnya kasih dia kepada kita. jangan biar sampai hati kita luka sayang.  

dan lagi, cinta juga jodoh bukan sesuatu yang boleh kita miliki dan takluki dengan paksaan. menjajah hati bukan seperti menjajah sesebuah negara sayang. jangan dikejarkan sangat cinta kerana semakin kita kejarkan ia, semakin ia terbang jauh dari kita. jangan dipaksakan cinta itu hadir dan dakap kita, kerana dakapan cinta yang dipaksa tidak seerat seromantis cinta yang benar sejati. tidak salah kalau jadikan hati kita sedikit eksklusif bukan? jangan dikejarkan. nanti sahaja cinta itu tiba. bila sampai waktunya nanti, ia akan datang membelai  atma kita dengan tulus kasih sedingin embun pagi. 

kepada insan yang bernama lelaki, kalian merupakan insan yang aku kagumi dan hormati. jangan pernah keliru dengan rasa hati sendiri. dan lagi, belajar lah untuk lebih menghargai umat perempuan ini. hidup kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan bukan? kalau kita pernah tersalah langkah, selagi kita ini bernyawa, selagi itu juga kita masih punya peluang dan ruang untuk perbetulkan salah kita. tidak ada bahagia tanpa melalui tempoh sakit dan derita. kalau tak salah, kita tak akan tahu macam mana mahu buat ia jadi betul. kalau sekali kau dah melukakan, jangan ulangi ia hingga berkali. beri cinta hanya kepada perempuan yang kau letak di takhta atma, yang saban hari rindu kepadanya mencucuk sukma. 

nota: beri hati kepada yang benar berhak
notahati: aku tak benci, aku cuba mengerti .. 

Share/Save/Bookmark

4 orang cakap:

JelinaJoli said... [Reply to comment]

cinta sebesar alam pon x mampu nk dibahagi secara adil. so biar la setia pada yg setia. lagi ramai lagi serabut

~jeet~ said... [Reply to comment]

like with one thumb up!! macam FB ;)

Linglung said... [Reply to comment]

waspada tu nama org ke beb?

itulah cerita dia, skrg ni ramai org xkira la laki ke perempuan..suka bermuka-muka..hati kata lain, mulut kata lain..last2 hati org yg hancur, apa pun tak jadi..

shahirahkhairudin said... [Reply to comment]

jeet :
*sengih* mekaseh jeet..

linglung:
aha ! waspada tu orang le lung.. yang itu betul lung. pantang aku kalau di mulut tak sama dengan yang dalam hati. eloknya apa? pancung kepala? sakit hati kita masih juga terlihat parutnya. jadi terima saja dan ubati sakit sendiri. dah baik nanti pandailah hati itu kembang kembali.