Tuesday, November 23, 2010

segmen petua bersama Shira Kay: Khasiat Air Rebusan Daun Inai




okey. nak minum air inai lah




status sengal kat yahoo messenger semalam. arakian sebaik sahaja aku post status ini, maka berkoyan-koyan lah soalan dari teman-teman yang berbunyi:

"ko takde keje ke shira?"

"uiks ! boleh ke minum?"

"kalau minum ni kang jadi apo?"

"tak rosak usus ke?"

"organ dalam badan tak jadi kaler merah ke?"

dan sebagainya ..

jawapan aku pulak ..

"nanti muka jadi merah macam pakai blusher. tak yah mekap beb,"

"apa? satu badan merah? haha ! kita eksport ke Old Trafford,"

aku tahu aku sengal. don't mention.. don't mention. okey lah.. memandangkan jawapan aku semalam adalah sangat bongek, maka di laman ini aku sediakan jawapan yang bernas untuk di kongsi bersama.

menurut kata teman aku yang bernama Bidan Linda, air rebusan daun inai ini boleh di minum dua sudu sahaja pada setiap kali pengambilan dan dalam satu hari, tak boleh consume lebih dari 5 liter. antara khasiat air rebusan daun inai adalah:


  1. untuk melegakan sakit perut
  2. bagus untuk pemanasan badan bagi wanita selepas bersalin
  3. menaikan seri wajah
  4. merawat masalah keputihan dan haid berlebihan
  5. merawat masalah sakit tuan seperti ejakulasi tidak terkawal


selain dari air rebusan inai, inai yang di tumbuk lumat juga boleh di gunakan untuk merawat kudis dan bisul. malah air inai juga boleh di gukanakan untuk berkumur bagi meredakan masalah sakit tekak.

sekian sahaja petua bersama Shira Kay untuk edisi kali ini. 


p/s:  pernah buat kerja bodoh. pakai inai dan 
kemudian pada keesokan hari, pergi 
buat manicure. selamat inai aku !
Reactions:

0 orang cakap: