"Mak, yang mana satu pilihan hati? yang sayangkan kita, atau pun yang kita sayang?"
jawab mak.. "dua-dua pun bukan"
"pilihan mak, adalah orang yang sayangkan kita kerana Tuhan"
untuk artikel penuh, baca ia di laman milik srikandi Nurjuwita. aku baca cerita ini berkali-kali, dan untuk setiap kali itu lah seperti ada rasa ngilu di dalam hati. dahulu aku juga pernah bercinta. aku juga punya zaman silam yang tidak pernah mahu aku banggakan. bercinta bagai nak rak. namun dalam meniti usia dewasa ini, aku mula sedar bahawa biar pun bertahun berkelana suatu hari nanti pasti kita akan mengukir senyum bahagia kerana perjalanan bertahun-tahun sebagai gelandangan cinta itu nanti akhirnya berbaloi kerana kita telah ketemu dengan permata yang kita cari.
sukar untuk mengukur sejauh mana kejujuran cinta seseorang lelaki kepada kita sayang. jadi pada hemat aku, kalau benar seseorang lelaki itu mengasihi kita kerana Tuhan, dia pasti akan segera menghantar lamaran untuk menikahi kita. jadi sayang, jangan mudah-mudah menyerah seluruh kasih dan mengaku bahawa kita ini cinta selagi belum pasti dia itu menjadi suami kita yang sah. simpan lah seluruh cinta dan kasih hanya untuk suami.
salam sayang untuk teman-teman perempuan kesayangan aku.. muahs !
p/s: cinta itu bagai udara. kita tak nampak,
tapi kita dapat rasai kehadirannya..
1 orang cakap:
saya sayang kamu
hik hik hik
Post a Comment