Thursday, December 02, 2010

macam mana nak tahu orang tu jodoh kita? Istikharah lah.. hesh ! selain itu?


"kentang.. macam mana kita nak tahu orang tu jodoh kita?" soalan ini menerjah di deria aku sekejap tadi.

sayang, kita tak akan tahu siapa jodoh kita selagi kita belum berjodoh dengan dia. jodoh ini rahsia Tuhan. misteri amat. hanya Dia yang tahu, jadi sebagai seorang manusia yang merupakan sebahagian ciptaan-Nya, kita mohon petunjuk dari Dia. dan selebihnya, keputusan itu adalah di tangan kita. peka dengan bisikan hati. dengar apa kata hati. 

esok kalau ada kelapangan aku sambung boleh tak? dah menguap tiga kali macam badak air. harus segera ke peraduan.. selamat malam semua.. 


03 December 2010: update >>>

okey sambung jom. selalunya kita jadi pening, keliru dan tak tahu mana satu jodoh kita bila kita punya banyak pilihan. we keep the options open and when it comes to the moment yang mana kita perlu buat pilihan, hah masa tu lah kita jadi confuse dan lepas tu berfikir macam nak terbalik bumi. selalunya kalau kita dapatkan khidmat nasihat dari orang sekeliling, mereka akan cakap "alah.. kau istikharah saja lah"

Istikharah bukan penentu jodoh. jangan salah sangka dengan menganggap bahawa Istikharah boleh beritahu siapa jodoh kita. aku bukan lah ustazah yang padu ilmu agama dalam dada. jadi aku nak share beberapa link semoga boleh menjadi panduan.



setiap orang punya cara yang tersendiri dalam mencari jodoh masing-masing. ada yang kumpul banyak-banyak lepas tu compare yang mana terbaik untuk dia. ada pulak yang setia kepada yang satu selama bertahun lamanya. ada pulak yang berkawan, lepas tu rasa tak boleh nak masuk dia putuskan pulak. itu hak individu dan aku kira aku tak punya barang secebis pun hak untuk menghukum sesiapa. yang penting, kalau dah kahwin jangan nak sibuk-sibuk cari scandal lain. piat telinga tu nanti sampai putus..

oh.. untuk soalan di atas tadi, aku tak punya jawapan. cuma pada hemat aku, kita tak tahu siapa jodoh kita. dah kahwin nanti baru la kita tau.. oh rupanya Ahmad ni jodoh aku. kalau lah awal-awal aku tahu, tak payah susah-susah nak bermusuh dengan dia. bercinta je terus.. ekeke ..

tanya dengan hati sendiri, siapa yang lebih kita kasih.. tapi, Ibu kata pilih lah orang yang kita tahu lebih sayangkan kita..

maaf kalau entry ini tidak membantu. moga-moga semua dari kita mendapat jodoh yang baik, saling melengkapi serta memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.


p/s: sentiasa kenang cerita rumput. kalau itu jodoh aku,
aku mohon moga Tuhan beri hidayah kepada kami. kalau bukan, 
teruskan berjalan lagi ..

2 comments:

FarhanaDr said...

Tak salah kan kalau kadang hati kita salah.. End up orang yang hati kita sangka the one bukan the one? Hee.. Harap hati terus cekal dan tabah untuk belajar mengenal yang sebenar-benarnya the one.. Heehee.. :)

JelinaJoli said...

er...... jodoh itu kan susah nak tau, sampaila dah kawen. baru dikata jodoh kot. becinta belom lagi kot. nanti putus lagi kann

arjuna raga ♥ sinderela

Daisypath Anniversary tickers