Friday, April 30, 2010

DIA JODOH SAYA?

semalam berborak dengan ibu pasal jodoh. ibu share dengan saya satu artikel '10 petanda bahawa si dia adalah jodoh kita'. ibu kata artikel tu dalam harian metro. tapi bila saya bukak archive paper semalam dalam internet, tak jumpa pulak.. setelah berusaha gigih men-searchin' menggunakan khidmat pakcik google, inilah hasilnya..here we go..

10 PETANDA BAHAWA SI DIA ADALAH JODOH ANDA

Gunakan seluruh pancaindera ~
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

komen saya? saya no komen.. tapi saya tertarik dengan no 9 iaitu kata hati.. =) malam karang saya buat entry sejarah cinta ibu dengan ayah saya, dan kaitannya dengan kata hati dan deria ke - 6.
till then...have a good day!






Share/Save/Bookmark

ratu hatiku

kenapa ibu penting dalam hidup saya?
sebab ibu kawan saya
ibu boleh dengar masalah dan luahan saya
walaupun kadang-kadang saya malu nak cerita
tapi saya cerita jugak
sebab ibu lah insan yang paling saya percaya di dunia ini

kenapa ibu penting dalam hidup saya?
sebab kalau saya sedih ibu mesti dapat menebak
walaupun saya pura-pura ketawa
kalau hati saya sedang berbunga
ibu mesti dapat kesan
walaupun saya buat-buat biasa

kenapa ibu penting dalam hidup saya?
sebab ibu tempat saya bermanja
ibu tempat saya meluahkan duka dan lara
ibu tempat rujukan saya dikala masalah memberat di kepala

kenapa ibu penting dalam hidup saya?
sebab ibu tak pernah lupa mendoakan saya
mendoakan rezeki saya
keselamatan saya
kebahagiaan saya
kejayaan saya
dan jodoh saya..

kenapa ibu penting dalam hidup saya?
sebab ibu adalah kekuatan saya
kerana ibu saya ada di sini

tapi..satu hari nanti saya akan berumahtangga
saya akan punya suami
saya berdoa..agar saya tidak pernah lupakan ibu
saya harap..suami saya nanti sayangkan ibu
sepertimana saya sayangkan ibu
menerima ibu, seadanya ibu
saya sayang ibu...



p/s: mode sendu sebab tak balik ipoh (T_T)..sumpah saya rasa sebak..saya rindu ibu..




Share/Save/Bookmark

IBU


Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.

Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.
Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kta dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.

Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibinya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.

Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.

Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.

Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.




~Khalil Gibran




Share/Save/Bookmark

Thursday, April 29, 2010

entry takde tajuk..

Assalamualaikum wbt

ini entry ke-3 saya untuk hari ini. entah kenape, banyak pulak bende yang saya nak ceritakan.. dari mana mahu saya mulakan ya?

hidup ini memang seringkali tidak adil. kadangkal kita terperangkap dalam situasi yang mendesak sehingga kita rela membiarkan diri kita ditindas, atau diperlakukan sewenang-wenangnya. tidak bagi saya. apatah lagi kalau situasi mendesak tersebut melibatkan teman baik saya. orang ingat saya nak biar? biar bertumbuk bertendang sekali pun saya akan buat. biar ape pun risikonya saya akan ambil. asal jangan menyakiti hati orang di sekeliling saya..tak kira la sahabat baik, kaum keluarga..asal saja mereka di hati saya, jangan sekali-kali berbuat sesuka hati..

entah kenapa, jantung saya berdegup kencang. rasa macam nak pecah pun ada. rasa tak sedap hati sangat. harap-harap tak kan ada apa yang akan berlaku. harap-harap, mereka yang saya kasihi dilindungi-Nya selalu..





Share/Save/Bookmark

lu jangan dekat! gua emo!

aku dendam je dengan orang-orang yang sakitkan hati kawan baik aku.. aku angkat satu kampung lempang ko secara bergilir-gilir kangggggg!!!!


p/s: miss f, stay strong! takpe aku ade..aku lempang kan beruk tu nanti..




Share/Save/Bookmark

amaran! ini adalah bebelan maut!

Assalamulaikum wbt..

Semoga u all semua ceria-ceria selalu....eceh..skemadrama sungguh ayat.. u all dah bace paper ke belom pagi ni? berita utama harian metro hari ni, seorang lelaki mati kerana dipukul dengan kayu besbal oleh jirannya sebab bergaduh pasal sampah. pasal sampah je pun. dah end up dengan kematian. yang si pemukul tu pulak, kene reman polis dah pun. sebab kemarahan yang cuma 2,3 minit tu je pun, dah kau kene merengkok dalam lokap pulak.. silap2 kalau didapati bersalah, tak ke sia-sia kene penjara. memang la kadang-kadang kemarahan kita tu tak terkawal. selalunya kita fail nak kawal kemarahan ni sebab kita terlalu tensyen. sebab ape kite tensyen? mesti la sebab ade masalah. takde cara ke nak kawal perasaan tensyen dan marah tu? hof kos la ade. kita dalam dunia ni bukan hidup sorang-sorang. kita ade family, ade kawan-kawan baik, ade suami, ade isteri. y not kite share masalah kita dengan orang yang kita percaya. semua orang dalam dunia ni  ada agama..ade tuhan masing-masing. kalau kita dah takde tempat mengadu sekali pun, kita boleh berdoa pada Tuhan. kita boleh bercerita kepada Dia. macam-macam medium lagi yang ade. kalo ko dah marah sangat, ko masuk umah, bukak fesbuk, ko maki la jiran ko tu berbakul-bakul. kan ke puas hati. nak pulak ade kroni-kroni yang menokok tambah, menyokong ko, pastu tumpang sebakul memaki hamun. kan ke kepuasan tu.. pastu nanti reda la ko punyer marah. nak nak ade pulak member yang sengal bagi komen sengal misalnya *aku doakan die terberak-berak selama setahun tak henti-henti* konfem ko gelak macam nak mampus..pastu ko lupe tak kemarahan ko tu? kemarahan tu akan reda. sebab ketawa ni adalah terapi terbaik! sebab tu la saya suke ketawa. sebab tu la saya suke kawan dengan orang yang sengal-sengal. sebab saya boleh buat lawak sengal, dan kawan-kawan yang sengal ni pun boleh mengembangkan lawak tadi untuk menjadi lebih sengal..dan akhirnya kitaorg akan terkena sawan gelak! besh woooo! lain orang lain la cara. tapi bak kata kawan saya, jangan isap dadah sudah!

semalam saya kene sawan belog. lima entry saya humban dalam belog ni semalam. ade la hormon yang belebih kat mana-mana tuh. semalam tiba-tiba teringat kekasih lama.. walla wei.. amaran!

virus yang merbahaya kepada mental anda akan merayau-rayau secara rawak dan bebas di dalam belog ini. untuk mengelakan jangkitan yang seterusnya membawa kepada muntah hijau secara berjemaah, sila tekan butang alt+f4. bagi sesiapa yang telah dan sudah mendapatkan imunisasi untuk virus tersebut, anda boleh stay di sini sampai esok lusa pun takpe.. sekian pesanan masyarakat dari saya.

oke kita teruskan..seorang teman, meluahkan perasaan sebab boipren die dump die. kapel lame kot. 3 tahun..same la macam saya dulu..masa zaman-zaman kampus dulu..ecehhhh!!!

katanya boipren ni tak tahan sebab dia rase terlalu dikongkong.. untuk mr dot dot dot, sebab ni la i tinggalkan you dulu tau enggak??? tak besh tau kene kongkong nih.. kita perlu realistik. kalau hubungan tu dah tak boleh nak bawak ke mana, baik putuskan saja. ibaratnya, kita tahu menari tarian inang je. tapi muzik iringan tu muzik zapin. tak kan kita nak belasah menari inang jugak? konsepnya mudah. oke berbalik kepada cerita. saya paham kenapa hubungan yang berlansung selama tiga tahun tu berakhir macam tu saja. sebabnya dah terlalu banyak peluang diberi, dah terlalu banyak dia bersabar sampai tu d extend dia dah rasa tawar hati. bile kite kene kongkong, mesti sahih dan sah dan konfem akan berakhir dengan pergaduhan. pastu merajuk tak jawab tepon, tak jawab mesej.. apa? saya memandai-mandai? hey saya tahu la..saya pernah alami ni semua dulu. kita dikongkong, apa saja kelakuan kita mesti mengikut kehendak dan spesifikasi pihak lagi satu. kalau kita tak ikut die marah. bila die marah dia tak jawab kol.. tak jawab mesej. lepas tu nanti kita rasa sedih. dah kita pulak kene pujuk dia, kene menghadap mintak maap bagai.. nak nak pulak kalau kite ni spesis degil, hah konfem la selalu gaduh kan..

kawan saya ni perempuan. tapi saya tak bela die. saya kata memang dia salah. memang betul pun. lelaki ni perlu space, perlu ruang untuk bersama teman-teman, perlu masa untuk berehat, perlu masa untuk bersendiri. tak kan 24/7 dengan kita je kan? abis tu die takde kawan-kawan lain? die tak perlu kerja? die tak perlu bermesra dengan family? kita sebagai perempuan ni kene la paham. yer kita akan melenting kalau tahu die melepak dengan kawan-kawan, nak nak pulak ade perempuan. kesabaran tercabar wooo!!! tapi kite kene berbalik kepada inti utama sesebuah hubungan iaitu kepercayaan. TRUST! perlu ke dia pakai baju kaler ape pun die kene bagi tau. perlu ke dia lepak minum ape, die kene bagi tau. perlu ke kite tanye kawan perempuan yang lepak dengan die tu cantik ke tak? pakai baju ape? nampak cleavage tak? walla wei..tapi kalau kawan pompuan tu pakai baju nampak cleavage saya pun terbakar..mesti mata boipren i tuh macam nak tersembul..

berbalik kepada isu asal, so kalau die dah kapel dengan kita, die tak boleh ade kawan perempuan la? no such thing! kita yang perempuan ni, kalau kite dah kapel dengan boipren kita, maknanya kita tak boleh kawan lagi dengan kawan-kawan lelaki kita? nak nak kawan baik. kite kene putus sahabat? tak boleh me-ngeteh same-same lagi? tak boleh borak-borak lagi? karut! boipren saya keluar joging dengan kawan pompuan die, saya relek jer..*muke riak* sebab saya tahu dia cintakan saya.. semua perempuan ada perasaan cemburu. saya lebih lagi la..tapi cuba kita berbalik kepada jodoh. kalau ada jodoh tak kan ke mana. so buat apa kita nak semak-semak kan otak fikir yang bukan-bukan? owh dulu sebelum zaman kematangan saya, saya ade gak cemburu buta. pasal die takmo bawak saya g pasar malam pun leh jadi isu. sifat suke mengongkong dan cemburu buta ni jugak adalah penyebab kenapa boipren kita selalu membohong dan tak mau berlaku jujur. kononnya takut gepren marah, kang jadi perang dunia. cara saya mudah. kalau dia kate nak keluar ke mana-mana je lah. saya akan kata " oke you take care, jangan noty2. balik nnt text i k" cukup la tu. tak yah la nak kol sejam sekali nak check die ade kat mane. saya tak suka dikongkong, sebab saya tahu menjaga batas-batas pergaulan saya, saya tahu menjaga status saya, jadi saya tak perlu sesiapa kongkong saya, sebab sekali saya cinta, saya tetap cinta..eceh...macam lagu sehhh..jadi saya expect boipren saya pun macam tuh..

saya berpegang kepada tiga kepercayaan. pertama, saya percaya kalau kita setia, kalau kita jujur, pasangan kita jugak akan berbuat perkara yang sama. kedua, hubungan percintaan ni hanya ada dua. TRUST & RESPECT. kita saling mempercayai. saling menghormati hak, ruang dan pendirian masing-masing. maknanya kita hormati dia, tak perlu merubah dia untuk jadi seperti apa yang kita mahu. dah die suke pasang janggut sejemput, tak yah la nak suruh die shave semata-mata nak menampakan dia seperti fahrin ahmad yang kita gilai. eceh..contoh je tuh..dan ketiga kita perlu percaya pada jodoh dan ketentuan Allah. kalau bercinta tujuh tahun sekali pun, tapi die bukan jodoh kita, tak ke mana jugak. so ko tak yah la nak kongkong-kongkong die. tau keluar, tau le dia balik. tapi kalau dah jadi suami nanti siap! ko balik lewat tak kasi tau sebab ape, aku kunci kau kat luar bang! ecehhh!!!!

berbalik kepada masalah kawan saya tadi, saya nasihatkan die, terima keputusan boipren dia dengan hati yang terbuka. mungkin kamu berdua tak sesuai untuk satu sama lain. untuk lupakan dia, lupuskan semua benda yang menjadi kenangan. gambar-gambar semua sila bakar. teddy bear ke, ape barang sekali pun, simpan dalam kotak, seal dan letak atas almari. tak pun derma ke rumah anak-anak yatim. ade gak pekdah. gambar dalam PC terus delete. jangan tinggal sisa langsung walau dalam recycle bin. memang sukar melupakan seseorang yang kita cintai. even saya yang dump boipren saya dulu pun, saya ambik masa selama dua tahun untuk melupakan dia secara total. tahun pertama tuh weng la jugak, takde sape nak kasik saya bunga mase besday saya, takde sape nak kasik saya bear bear lagi, takde sape nak text hari-hari tanye dah makan belum, dah mandi belum. takde sape nak risaukan saya takde sape nak text saya malam-malam dan panggil saya dengan panggilan yang manis-manis sebelum tidur. tapi akhirnya saya berjaya! i made it! jadi anda juga boleh! die dah tak nak kau. jadi jangan kejar-kejar diia lagi. never ever feed his ego! nanti kau jugak yang sakit. berpegang kepada tali Allah. jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Dia. mungkin ada hikmah yang tersembunyi. semoga pengalaman yang ini, akan menjadikan kau lebih matang dalam menjalinkan hubungan dengan kekasih baru nanti.

sekian saja bebelan maut saya untuk hari ini..



Share/Save/Bookmark

Wednesday, April 28, 2010

saya tak salah..ni semua salah ayah (T_T)

ayah yang memperkanalkan saya kepada lagu-lagu sebegini..layannnnnn...sepulangnya ke ipoh pasti saya akan turn on radio ayah untuk putar kaset nih. tapi kan..kaset tuh dah ilang mane ntah...thanx to youtube!




dan ini




dan ini juga





ye saya memang veteran..saya memang punya jiwa yang sedikit karat..ini antara lagu feveret yang meniti di bibir saya..jangan kutuk! hayati sambil pejam mata oke...



Share/Save/Bookmark

i am OCTOBERian

sape lahir bulan oktober sila angkat tangan..angkat tinggi-tinggi ye..saya nak kira..oke sekarang sila kembangkan hidung dan berbangga dengan diri sendiri...




Sifat Bulan Lahir untuk bulan Oktober ialah: 
 
[][] Suka berbual.
[][] Suka orang yang sayang padanya.
[][] Suka ambil jln tengah.
[][] Sangat menawan & sopan santun.
[][] Kecantikan luar & dalam.
[][] Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
[][] Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
[][] Sentiasa berkawan.
[][] Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
[][] Cepat marah.
[][] Macam pentingkan diri sendiri.
[][] Tidak menolong orang kecuali diminta.
[][] Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
[][] Tidak suka terima pandangan orang lain.
[][] Emosi yang mudah terusik.
[][] Suka berangan & pandai bercakap.
[][] Emosi yang kelam kabut.
[][] Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
[][] Suka melancong, bidang sastera & seni.
[][] Pengasih, penyayang & lemah lembut.
[][] Romantik dalam percintaan.
[][] Mudah terusik hati & cemburu.
[][] Ambil berat tentang orang lain.
[][] Suka kegiatan luar.
[][] orang yang adil.
[][] Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
[][] Mudah patah semangat. 


nak tau traits bulan lain jugak? sila baca hingga ke hujung sampai tanda noktah terakhir oke..here we go!

Sifat Bulan Lahir untuk bulan Januari ialah: 

[][] Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
[][] Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
[][] Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
[][] Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
[][] Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
[][] Pandai mengambil hati orang lain.
[][] Pendiam kecuali telah dirangsang.
[][] Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
[][] Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
[][] Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
[][] Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
[][] Cukup sayang pada kanak-kanak.
[][] Suka duduk di rumah.
[][] Setia pada segala-galanya.
[][] Perlu belajar kemahiran bersosial.
[][] Sifat cemburu yang sangat tinggi.  




Sifat Bulan Lahir untuk bulan Febuari ialah:
 
[][] Berfikiran abstrak.
[][] Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
[][] Bijak dan pintar
[][] Berpewatakan yang mudah berubah.
[][] Mudah menawan orang lain.
[][] Agak pendiam.
[][] Pemalu dan rendah diri.
[][] Jujur dan setia pada segalanya.
[][] Keras hati untuk mencapai matlamat.
[][] Tidak suka dikongkong.
[][] Mudah memberontak apabila dikongkong.
[][] Suka kegiatan yang lasak.
[][] Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
[][] Mudah mempamerkan marahnya.
[][] Tidak suka benda yang remeh-temeh.
[][] Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
[][] Sangat berani dan suka memberontak.
[][] Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
[][] Pemerhatian yang tajam.
[][] Suka hiburan dan sukan.
[][] Suka benda yang bersifat seni.
[][] Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
[][] Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
[][] Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
[][] Belajar untuk mempamerkan emosi.
 




Sifat Bulan Lahir untuk bulan Mac ialah: 

[][] Berpesonaliti menarik dan menawan.
[][] Mudah didampingi.
[][] Sangat pemalu dan pemendam rasa.
[][] Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
[][] Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
[][] Suka pada kedamaian.
[][] Sangat peka pada orang lain.
[][] Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
[][] Tidak cepat marah dan sangat amanah.
[][] Tahu membalas dan mengenang budi.
[][] Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
[][] Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
[][] Suka berangan-angan.
[][] Suka melancong.
[][] Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
[][] Kelam kabut dalam memilih pasangan.
[][] Suka dengan hiasan rumahtangga.
[][] Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
[][] Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
[][] Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan. 




Sifat Bulan Lahir untuk bulan April ialah: 

[][] Sangat aktif dan dinamik.
[][] Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
[][] Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
[][] Punya daya mental yang sangat kuat.
[][] Suka diberi perhatian.
[][] Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
[][] Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
[][] Sangat berani dan tiada perasaan takut.
[][] Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
[][] Emosi cepat terusik.
[][] Cuba kawal perasaan.
[][] Kecenderungan bersifat pendendam.
[][] Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
[][] Kuat daya ingatan.
[][] Gerak hati yang sangat kuat.
[][] Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
[][] Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
[][] Sangat cemburu dan terlalu cemburu. 







Sifat Bulan Lahir untuk bulan Mei ialah: 

[][] Keras hati & degil.
[][] Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
[][] Pemikiran yang tajam.
[][] Mudah marah apabila tidak dikawal.
[][] Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
[][] Perasaan yang amat mendalam.
[][] Cantik dari segi mental & fizikal.
[][] Tidak perlu dimotivasikan.
[][] Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
[][] Mudah dipujuk.
[][] Bersikap sistematik (otak kiri).
[][] Suka berangan.
[][] Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
[][] Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
[][] Daya khayalan yang tinggi.
[][] Permikiran yang tajam.
[][] Pandai berdebat.
[][] Fizikal yang baik.
[][] Kelemahan sistem pernafasan.
[][] Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
[][] Tidak berapa suka duduk di rumah.
[][] Tidak boleh duduk diam.
[][] Tidak punya ramai anak.
[][] Rajin dan bersemangat tinggi.
[][] Agak boros. 




Sifat Bulan Lahir untuk bulan Jun ialah: 

[][] Berfikiran jauh & berwawasan.
[][] Mudah ditawan kerana sikap baik.
[][] Berperangai lemah lembut.
[][] Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
[][] Idea yang terlalu banyak di kepala.
[][] Bersikap sensitif.
[][] Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
[][] Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
[][] Bersikap suka menangguh-nangguh.
[][] Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
[][] Cepat marah & cepat sejuk.
[][] Suka bercakap & berdebat.
[][] Suka buat lawak & bergurau.
[][] Otaknya cerdas berangan-angan.
[][] Mudah berkawan & pandai berkawan.
[][] orang yang sangat tertib.
[][] Pandai mempamerkan sikap.
[][] Mudah kecil hati.
[][] Mudah kena selsema.
[][] Suka berkemas.
[][] Cepat rasa bosan.
[][] Sikap terlalu memilih & cerewet.
[][] Kurang mempamerkan perasaan.
[][] Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
[][] Suka pada barang yang berjenama.
[][] Mudah menjadi eksekutif.
[][] Kedegilan yang tidak terkawal.
[][] Sesiapa yang memuji, dianggap musuh.
[][] Siapa yang menegur dianggap kawan.  




Sifat Bulan Lahir untuk bulan Julai ialah: 

[][] Sangat suka didamping.
[][] Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
[][] Agak pendiam kecuali dirangsang.
[][] Ada harga dan maruah diri.
[][] Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
[][] Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
[][] Sangat menjaga hati orang lain.
[][] Sangat peramah.
[][] Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
[][] Berjiwa sentimental.
[][] Jarang berdendam.
[][] Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
[][] Tidak suka benda remeh-temeh.
[][] Membimbing cara fizikal dan mental.
[][] Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
[][] Layanan yang serupa terhadap semua orang.
[][] Tinggi daya simpati.
[][] Pemerhatian yang tajam.
[][] Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
[][] Mudah dan rajin belajar.
[][] Suka muhasabah diri.
[][] Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
[][] Suka mendiamkan diri.
[][] Suka duduk di rumah.
[][] Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
[][] Tidak agresif kecuali terpaksa.
[][] Lemah dari segi kesihatan perut.
[][] Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
[][] Minta disayangi.
[][] Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
[][] Terlalu mengambil berat.
[][] Rajin dalam membuat kerja.
 


Sifat Bulan Lahir untuk bulan Ogos ialah: 

[][] Suka berlawak.
[][] Mudah tertawan padanya.
[][] Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
[][] Berani dan tidak tahu takut.
[][] Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
[][] Pandai memujuk orang lain.
[][] Terlalu pemurah & bersikap ego.
[][] Nilai harga diri yang sangat tinggi.
[][] Dahagakan pujian.
[][] Semangat juang yang luar biasa.
[][] Cepat marah & mudah mengamuk.
[][] Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
[][] Sangat cemburu.
[][] Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
[][] Cepat berfikir.
[][] Fikiran yang berdikari.
[][] Suka memimpin & dipimpin.
[][] Sifat suka berangan.
[][] Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
[][] Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
[][] Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
[][] Belajar untuk bertenang.
[][] Sikap kelam kabut.
[][] Romantik, pengasih dan penyayang.
[][] Suka mencari kawan. 






Sifat Bulan Lahir untuk bulan September ialah:

[][] Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
[][] Sangat cermat, teliti & teratur.
[][] Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
[][] Pendiam tapi pandai bercakap.
[][] Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
[][] Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
[][] Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
[][] Sangat sensitif yang tidak diketahui.
[][] orang yang banyak berfikir.
[][] Daya pentaakulan yang baik.
[][] Otak bijak & mudah belajar.
[][] Suka mencari maklumat.
[][] Kawal diri dari terlalu mengkritik.
[][] Pandai mendorong diri sendiri.
[][] Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
[][] Suka sukan, hiburan & melancong.
[][] Kurang menunjukkan perasaannya.
[][] Terluka hatinya sangat lama disimpan.
[][] Terlalu memilih pasangan.
[][] Sukakan benda yang luas.
[][] Bersistematik.
 



Sifat Bulan Lahir untuk bulan November ialah: 

[][] Banyak idea dalam perkara.
[][] Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
[][] Berfikiran kehadapan.
[][] Berfikiran unik dan bijak.
[][] Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
[][] Pemikiran yang tajam.
[][] Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
[][] Sesuai jadi seorang doktor.
[][] Cermat dan teliti.
[][] Personaliti yang dinamik.
[][] Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
[][] Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
[][] Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
[][] Terlalu degil dan keras hati.
[][] Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
[][] Tak suka marah kecuali digugat.
[][] Mudah ambil berat terhadap orang lain.
[][] Pandai muhasabah diri.
[][] Cara berfikir yang lain dari orang lain.
[][] Otak yang sangat tajam.
[][] Pandai mendorong diri sendiri.
[][] Tidak hargai pujian.
[][] Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
[][] Cuba sampai berjaya.
[][] Badan yang sasa.
[][] Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
[][] Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
[][] Suka duduk d irumah.
[][] Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
[][] Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
[][] Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
[][] Bercita-cita tinggi.
[][] Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.
 



Sifat Bulan Lahir untuk bulan Disember ialah: 

[][] Sangat setia dan pemurah.
[][] Bersifat patriotik.
[][] Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
[][] Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
[][] Bercita-cita tinggi.
[][] Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
[][] Seronok bila didampingi.
[][] Suka bercampur dengan orang.
[][] Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
[][] Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
[][] Tidak pandai berpura-pura.
[][] Cepat marah.
[][] Perangai yang mudah berubah-ubah.
[][] Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
[][] Benci pada kongkongan.
[][] Suka berlawak.
[][] Pandai buat lawak dan berfikiran logik.
 




sumber adalah dari:
di facebook anda..klik di sini

well..semuanya adalah isimewa. anda harus merasa berbangga dengan diri sendiri tidak kira lah pada bulan berapa pun anda dilahirkan..tak semestinya kajian ni tepat seratus peratus. tapi saya punya kebanyakannya tepat =) m proud to be my self..and i love myself even more =)














Share/Save/Bookmark

gua jiwang? tidak..gua hanya punya jiwa yang berkarat..

dia senyum
senyum yang bukan pura-pura
menggelitik jemari runcingnya
meraba mengurut
dada leper berketak
sesekali jiwanya berombak
jantungnya bagai ingin pecah

malam makin larut
dia sudah tidak upaya
jemarinya terus meraba mengurut
dan kemudian dia senyum
dia tersenyum puas

"gud nyte then"
sebaris ayat terpapar di skrin
usai saja dia meraba mengurut
papan kekunci komputer ribanya..


well *sambil angkat kening* pandai tak saya berpuisi? *muka riak*

saya cintakan seni. saya cintakan bahasa yang indah-indah.. ya saya pencinta puisi.. saya bilang saya pencinta puisi, tapi saya kira sayaa sangat kurang ilmu dalam bidang ini..saya mahu belajar, tapi tidak tahu dari mana harus saya mula.

oke berhenti! poyo pulak entry nih..saya patut letak amaran kat atas..kepada alergi-alergi poyo, virus poyoneritus sedang bergerak bebas di entry ini. untuk mengelakan anda dari termuntah hijau secara tiba-tiba, sila tekan butang alt+f4..miahahaha..




p/s: alangkah baiknya kalau saya dapat menyelami dan menelusuri susur galur jalan ceritanya. sungguh..saya minat buku itu. saya mahu baca dan hayati setiap baris ayat di dalam buku itu. malang sekali, saya kurang bijak menebak apa yang ada di dalam buku itu. saya hanya bisa memandang kulitnya sahaja, membacanya dari luar. sebab tak mungkin saya dapat pinjam dan bawa pulang buku itu..apa tajuknya? biarlah rahsia *wink*



Share/Save/Bookmark

balasungkawa 2

berikutan kes seorang remaja mati di tembak di Seksyen 11 Shah Alam Selangor. Sila baca dan fahami ulasan wartawan TV3, saudara Mazidul di sini

saya tidak mahu menyebelahi sesiapa. saya hanya mengutarakan pandangan dan pada hemat saya anggota polis hanya menjalankan tugas. ya sebilangan besar menyelar tindakan anggota polis yang bertindak melepas berdas-das tembakan sehingga menyebabkan kematian. 

tapi cuba kita fikir guna common sense. kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 2 pagi. mana kita nak tau yang drive kereta tu kanak-kanak bawah umur ke, orang tua ke, lelaki ke, perempuan ke. kita sendiri tak dapat nak cam. 

bila kereta tu memecut dengan laju, mesti la polis kejar. sebab curiga kan. bila kejar tak nak berhenti, polis tembak tayar. dah tembak tayar pun, masih cuba untuk melarikan diri dengan me-reverse kenderaan dan hampir merempuh MPV polis. anda bayangkan kalau anda berada di situasi mereka, sudah pasti anda merasa terancam.

yang dah pergi, kita doakan semoga rohnya tenang di sana.. bagi kita di dunia ini pula, berhenti menyelar dan menyebarkan spekulasi yang dibimbangi akan mengganggu proses siasatan. 

Al Fatihah untuk allayarham Aminulrashid Amzah.




Share/Save/Bookmark

saya cinta sama kamu..tau enggak?

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi dan selamat bekerja...curi masa sekejap je..boley kannnnnn...

walla wei..semakin lama kecintaan saya terhadap nuffnang semakin menebal.. walaupun tidak la seberapa lumayan, tapi performance yang ditunjukan setiap hari membuatkan semangat saya menyala-nyala. kalau boleh mahu jadi seperti red mummy (RM) tentunya..walla wei..



jiwa saja melonjak-lonjak nak tulis belog untuk Instant cash Blogging..tapi kan.... *sigh* saya rasa macam tak sempat je. setakat blogging merapu ni sempat la. takde bende nak tulis pun , boleh je tulis..woi satu entry bernilai doploh hengget kot. mau tak melonjak semangat.. tapi mesti ramai yang merebut peluang untuk ICB ni kan..hurm..tapi takpe..karang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..next season la saya cuba..to all nuffnagers..good luck..sapo-sapo yang ade mase tu boleh la merebut doploh hengget satu entry nih. nak naik nuff earning meter singgit pun sakit. ni terus dapat doploh hengget beb wa cakap lu..

anyway...semoga hari ini indah-indah saja untuk kalian semua. saya nak beransur dulu..jap lagi ade isu, saya kembali lagi..kalo takde isu, sok lusa la jawabnye saya kembali. tapi normally tak sempat nak rindu dendam saya dah post entry baru..k la..daaaaaa.....btw, nuff..saya cinta sama kamu...





p/s: saya dah pasang anti virus =)




Share/Save/Bookmark

Tuesday, April 27, 2010

PLABOYA!

tengahari tadi keluar lunch dengan si munet. berikut adalah dialog perbualan antara dua orang sahabat baik berlainan jantina tetapi dari speasis yang sama, kaum yang sama dan juga fahaman yang sama

"hang tau dak, bos aku kata awat aku tak kacau2 si shira tu"

"abih tu hang kata apa" macam dah bau bau belacan disebalik surat kabor

"aku kata la..karut la. saya dah ada gepren"

"abih tu, orang tua tu kata apa"  sambil makan dengan pelahap..

*ketawa besar lebar*  "dia kata, time muda-muda ni la nak pasang banyak-banyak" sambung ketawa lagi..

saya: *buat muka straight*

amboi macam ni rupanya perangai depa na! gua panas jek!



Share/Save/Bookmark

TIGA P

saya ade memohon untuk menjadi PPP..yakni Pegawai Penjahanam Pembangunan Pelajar, tapi tak tau lagi dapat ke tidak. ade dua bahagian, satu PPP untuk pelajar kolej, satu lagi PPP untuk pelajar non resident. lepas dengar conversation pelajar-pelajar siswi dalam toilet td, semangat saya nak jadi PPP berkobar-kobar..

Gadis 1: malam ni nak kuar tak wei?
Gadis 2: hah jom la. kol wape?
Gadis 3: (menyahut dari cubical sebelah saya) wei..jangan awal sangat. aku nak dating dulu
Gadis 1: hah oke..kol 11mlm eh..

mcm mana nak sedarkan mereka bahawasanya dunia di luar sana adalah sangat merbahaya apatah lagi untuk mereka..muda remaja..mentah dan naif..buaya kat luar sane tengok dengan mata terbeliak dan mulut melopong..

semoga Allah melindungi adik-adik ini dan adik-adik saya juga..




Share/Save/Bookmark

guilty pleasure

rasa bersalah sebab saya dah buat sesuatu yang orang tak suka. saya kene belajar untuk senyap untuk jangkamasa satu jam dalam satu hari sekurang-kurangnya. saya selalu buat silap dalam berkata-kata. saya kata apa saja yang saya suka tanpa memikirkan natijah yang bakal berlaku selepas itu. mungkin saya patut ambil kata-kata ayah sebagai pedoman
berhenti sebelum berjalan, diam sebelum bercakap

haish..bile da wat salah baru nak ingat cakap orang-orang tua.. *tongkat dagu*




Share/Save/Bookmark

kalau gua kata gua Datin Seri, lu caye tak?

orang kata dalam hidup ni kita saling memerlukan
ya... saya setuju itu


orang kata hidup kita ini saling bergantungan
sekali lagi saya setuju.. lantas mengangguk


eceh..mukaddimah beradon adon wa cakap lu..ekceli saya terkesima sekejap bila sipolan bertanyakan ini pada saya


tak penah fikir ke, suami ko nanti pakai kete ape?


sebabnya dia bertanyakan saya sedemekian, adalah kerana saya menjustifikasikan kenapa saya pakai kereta yang gemok. saya kata, saya beli kereta yang gemok terus sbb senang. tak payah nak fikir tukar kereta lagi. saya akan pakai sampai habis bayar. dan nanti sudah pasti la saya akan pakai kereta ni sampai saya dah beranak pinak. bukan ke selesa anak-anak saya nak bergusti di belakang tu nanti..


kemudian dia tanye macam tu..terkesima saya sekejap. ye memang. saya tak pernah fikir. kalau saya fikir, baik saya jimat duit, beli kereta yang kompak je. sesuai dengan imej kegadisan saya.. *sila muntah*


ya saya tak pernah fikir. apakah kerana saya merasakan bahawa saya tak perlu untuk bergantung dengan sesiapa? adakah kerana saya tak fikir bahawa saya memerlukan seseorang untuk provide-kan saya dengan segala kemudahan? saya juga mula berfikir. saya ini tidak normalkah? saya menangguk setuju bila orang kata hidup ini saling bergantungan, saling memerlukan..hurm..mungkin di plot ini saja yang saya terlepas pandang. jadi saya tak fikir. 


atau mungkin saya ini sebenarnya terbawa-bawa dengana karektor saya sebagai anak sulung? yang mana saya lebih senang mendapatkan sesuatu itu sendiri. tanpa mengharapkan sesiapa..


walla wei..dah terasa-rasa aura Umie Aida yang berdikari tu meresap ke dalam diri saya..apakah nanti saya bakal berkahwin dengan Dato' jugak macam die? *sila cekik diri sendiri* 


~lalala...















 










Share/Save/Bookmark

Monday, April 26, 2010

retardedude

received a text just now..from a good friend of mine..

he's cheating on me dear...

oke n i was like..demit! i told ya..men are all same.. my daddy is an exceptional la kan..eceh..tapi memang betul pun. players are everywhere. sayang cinta honey baby sweetie darling..wut else..tell me..semua tu karut. ridiculous..

that is why i wanna protect my self with the most powerful antivirus. ade tak? ade tak? owh my..

my advise for her, you nangis la puas-puas..lepaskan semua sedih you. menangis hanya untuk hari ini saja dan pastikan bahawa hari esok you akan senyum semula.. forget him! players are all useless..retarded





Share/Save/Bookmark

my precious friendship


True friends are like mornings,
u cant have them the whole day,
but u can be sure,
they will be there when u wake up tomorrow,
next year and forever.



Look Outside its So Pleasant!
Sun Smiling for you !
Trees Dancing for you !
Birds Singing for you !
Because, I Asked Them All to Wish You

Some friends forget
Some move away
Some keep silent
Some just change
But I'm not one of them.
I'm here just for two moments
now & forever

Don't be close with someone 
who makes u happy... 
be  close with someone 
who can't be happy without u.. 
It makes a lot of difference in life

"FEELING"is a painting never spoil it
"FACE"is a book try to read it
"LOVE" is precious be ready to sacrifice for it
"FRIENDSHIP" is a mirror never"BREAK" it.

FRIEND means
f=free from all formalities
r=right to say any thing
i=in anyway
e=either good or bad
n=no sorry no thanks
d=do anything in 24 hours 

Don't Love a Friend who Hurts U
Don't Hurt a Friend who Loves U.

Good relationships are like trees
They demand attention & care in the beginning
but once they blossoms
they provide you shade in all situations of life





mereka amat bermakna dalam hidup saya. yang akan terus saya kasihi, rindui, sayangi..
tribute to hanum, raja, intan, mila, kila, huda, izan, aimi, fatin, shuk, ayie, zua, izs, ajak and sipolan


kawan sampai mati =)




p/s: untuk sipolan, thanx for being a part of my life n thanx for this lovely poem too..




















Share/Save/Bookmark