meneropong ke langit yang gelap hitam tanpa sebutir pun kerdipan bintang di atas dadanya buat aku faham akan erti kosong. kosong itu tak pernah pun indah. cuba kau cari di mana indahnya langit yang gelita tanpa ada sesuatu pun yang menghiasinya. jumpa di mana indahnya? kalau ada khabarkan kepada aku agar aku dapat lihat sama.
ruang langit yang gelita hanya menjemput rawan datang mengusik bagai jelmaan mengerikan. kaki mahu berlari, tapi seakan disampuk kaki jadi beku terpasak kukuh dan kaku. betapa jiwa meronta-ronta mahu lari, betapa mata dipejamkan rapat ketakutan dengan jelmaan yang menghimpit.
jangan takut. buka mata kamu sayang.
bisikan yang aneh dan entah dari mana datangnya mengetuk-ngetuk deria. bisikannya menikam hati, memaksa diri untuk akur.
bayangan itu cuma khayalan sendiri. jangan bimbang. sekarang buka mata seluasnya. jangan dibutakan mata yang sebenarnya celik sayang
jemari dikepal genggam sekuatnya. dengan sepenuh kudrat. bisikan yang mendesak memaksa diri untuk jadi berani. aku mesti berani. desis hati sendiri.
mata dibuka, dijegil seluasnya. dia mendongak kembali ke atas langit yang luas terbentang. aneh ! langit tidak lagi bersimbahan cat hitam pekat. langit tidak lagi gelita. ada bintang yang berkerdipan di atasnya.
ya benar. mata jangan biar terpejam. jangan biar hati mengecil, mengecut mengundang takut. jangan biar rawan bermaharajalela menaiki takhta lalu mengaburi pandangan dari sesuatu yang indah. genggam kekuatan untuk jadi bekal diri. jadi berani !
p/s: jangan takut sebab gelita itu tak lama.
0 orang cakap:
Post a Comment