kalau bukan kerana siang,
mengapa suria bersinar terang,
kalau bukan kerana sayang,
mengapa rindu datang bertandang.
merah jambu rona selendang,
dibawa angin terbang melayang,
kalau Tuan tak bilang sayang,
tidak hamba terbayang-bayang.
duduk berangan di tengah laman,
semilir angin membawa nyaman,
kalau tertulis bukan milikan,
aturan Tuhan dibantah jangan.
p/s: bakat zaman sekolah masih ada sisa :p
2 orang cakap:
salam,
wow!!! bestnya pantun ni... nak pinjam bole.... kekeke
ekeke.. boleh dear My Little Diary
kopi dan tempek saje.. no hal :)
Post a Comment