di tag oleh adik manis pemilik nama pena Chunna..
*senyum*
tag ini dipanggil sebagai Capture The Moment Contest.
++++++++
gambar aku dan sahabat yang paling aku kasih, Hanum. tahun ini masuk lapan tahun ikatan ini tersimpul. masih utuh malah aku mendoakan kasih sayang dan persahabatan ini akan terus kekal sampai bila pun.
orang kata kalau bersahabat baik, tak elok tinggal bersama.. nanti jadi celaka, kelak bertamu sengketa. untuk rekod, aku dan teman baik ini sentiasa bersama sejak tahun 2003 hingga tahun 2007. Syukur aku panjatkan kerana tidak pernah berlaku sengketa yang melukakan. sekadar salah faham sedikit, kemudian jernih kembali itu kan adat dalam apa jua hubungan pun. malah salah faham ini sebenarnya tambah mengeratkan lagi ikatan yang ada dan buat kita lebih faham dan kenal akan baik buruk sahabat ini.
lupa nak cerita tentang gambar yang aku tempek di atas. gambar ini dirakamkan pada hujung Mei 2010 ketika teman baik ini berkunjung menziarahi aku di Pulau Pinang. nampak aku pegang microfon? ekeke.. daku gemarnya menyanyi. teman baik ini gemarnya mendengar akan nyanyian aku yang dia sendiri tahu akan sumbang temponya.
eh rasanya ni je kot. kalau nak disambung tulis makan bermuka.. nanti kena scrol sampai bawah-bawah.. persahabatan yang satu ini tak mampu aku ceritakan dengan perenggan berjela. sayang hanum sangat..
*senyum*
p/s: awal Mac ini insyaAllah akan terlerai rindu daku..
p/s/s: rindu akan dagu dan pipi yang bulat penuh. semoga Tuhan beri aku kesihatan yang baik..
1 orang cakap:
sahabat tu seorang yang boleh terima buruk baiknya kita...
dan sahabat tu biasanya melengkapi kita...
walaupun akak kata akak nyanyi kurang sedap, tapi mesti pada telinga dia sedap...
susah nak cari sahabat sejati sekarang ni...
Post a Comment