Thursday, March 31, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah..

biar untuk sekecil-kecil rahmat pun, paling-paling ucapan syukur biarlah basah di lidah, mekar sebutannya di bibir. biar sekecil mana pun, tetap juga kurnia-Nya adalah kerana kasih sayang dan cinta yang terlalu dan terpaling-paling agung. 

kadang-kadang bila kita sudah terlalu leka, kita jadi lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita punya. kita ambil mudah akan semua perkara malah terkadang kita bersambil lewa sahaja, lalu yang selama ini ditatang sudah tidak seimbang lagi duduknya di atas telapak tangan. teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan, menanti masa untuk jatuh berderai. 

Tuhan tahu segala..

tiap kejadiannya mendidik kita untuk menjadi manusia yang lebih menghargai tentunya. moga-moga hari esok adalah lebih baik lagi untuk setiap dari kita. 


p/s: ramalan cuaca kata, esok siang suria kembali cerah

Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: