Friday, April 01, 2011

jenayah tiada penjara

penjenayah yang tidak boleh disumbat, ditendang ke dalam mana-mana penjara sekali pun tahu siapa? tahu penjenayah apa? tahu jenayah apa yang dilakukan? bagaimana rupa fizikal penjenayah tadi? bengis? ada six pax? ada muscle yang timbul-timbul? ada segaris parut panjang tergarit di tengah wajah? tahu tidak siapa?

tidak ada satu pun penjara di dunia ini yang mampu menghukum penjenayah yang demikian bejat. 

dan kalau pun kau ketemu penjenayah ini di mana-mana, kau tidak akan sangka bahawa dia itu penjenayah. malah penjenayah yang terpaling-paling bejat ! kau tak akan tahu..

wajahnya tulus. pandangannya redup. tuturnya penuh hemah. madahnya bagai opium, melalaikan. santun perilakunya pula tidak terkalahkan. mirip si arjuna dewa. sekelip mata, tertawanlah sekeping milikan yang bernama hati. 

siapa sangka indah budi arjuna dewa boleh bertukar rupa menjadi mimpi buruk yang menganggu tenang lena kala hening malam mendakap? 

bilang kepada aku.

siapa sangka?

tahu-tahu sahaja jenayah sudah pun berlansung. milikan yang sekeping terbanjir cairan likat memerah. rabak-ranap diperkosa penjenayah yang.. boleh tidak kalau aku ulangi sekali lagi perkataan bejat itu? ya penjenayah yang bejat !

bejat !

bejat !

bejat !

hati-hati sayang.. penjenayah ini juga dihembus sifat mawaddah dan ar-rahmah oleh tuhan. penjenayah ini juga tahu akan erti kasih sayang. dia sayang. dia kasih. sungguh ! benar !

bejat dia pada mereka yang dia pilih untuk dibangsatkan. berjaga-jaga. bimbang nanti jadi insan terpilih..

bila ketemu dengan mustika hati nanti, pandai lah dia kembali berlari di atas jalan yang selama ini dia kira duri. 
bila ketemu dengan mustika hati nanti, tahu lah dia tinggalkan jenayah bejat ini, mohon ampun bersujud taubat nasuha.

tak ada penjara yang mempu menghukum dia.. biarkan saja..

Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: