Friday, December 30, 2011

paranoia

paranoid.
sampai sekarang pun masih paranoid.
kalau nak di fikir akan perasaan takut, sampai bila bila pun kita masih duduk memeluk lutut di tepi penjuru hidup.
sampai bila bila pun hidup kita berteman sepi, menangis saban malam, ketawa jauh sekali.
sampai bila bila pun, kalau tersenyum jua pun, senyum itu senyum yang di buat buat, dipaksa paksa lekuknya.
sampai bila bila pun, anak mata tak akan ada sinarnya, suram tak bercahaya.

paranoid.
paranoid dengan lelaki yang berbagi bagi kasih.
paranoid dengan lelaki yang cintakan yang ini, sayangkan yang di sana.

sebentar.
laman ini laman perasaan.
andai tidak senang, andai rasa kurang enak, kalian dipersilakan keluar.
ya.. beredar.
biar aku teruskan bait bait tulisan aku menurut kata hati aku sendiri.

aku bertemu dengan bermacam macam jenis kawan.
dari berbagai latar belakang.
dan sejak akhir akhir ini yang sering aku jumpa,

lelaki berstatus suami, tetapi berlagak seperti bujang.
digoda perempuan perempuan sepi untuk dibuat teman berlibur.
ditabur ungkapan kasih, kata kata sayang, bernada manis sampai  boleh gila bayang jadinya.

nampak seronok.
ya nampak riak dan ekspresi seronok.
seronok kembalikan semula kelaku zaman bujang. 

sakit hati dan perasaan perempuan aku.
terluka hati aku bila membayangkan bagaimana perasaan isteri.
isteri yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
isteri yang meyakini bahawa hanya dia satu satunya suri untuk disayang sayang, dicinta cinta dan dirindu selalu.

sakit hati dan perasaan perempuan aku.

biarpun engkau kawan, tak bermakna setiap kelaku engkau aku sokong dengan sorak.
biarpun engkau kawan, yang salah pada pandangan mata aku, tetap jua aku katakan ia salah.

*hela nafas panjang*

sungguh.
ini tidak sihat untuk aku.
aku jadi semakin paranoid.

ya rabb...
gantikan bimbang aku dengan tenang.



Share/Save/Bookmark

0 orang cakap: