Tuesday, May 31, 2011

gadis

seluas padang terbentang
hijau nuansa menjamu pandang
suria senyum menyungging terang
burung-burung menyanyi girang

sekejap..

nampak apa di sana?
gadis ukir senyum, hatinya sedang riang..


p/s: menghargai saya, mencintai saya, menjaga saya, membahagiakan saya.. terima kasih untuk semuanya.
Share/Save/Bookmark

Monday, May 30, 2011

sehingga ke hari mati kita.. itu yang terakhir..

aku akan cintakan dia sampai bila-bila
dia yang terakhir untuk aku
tak ada yang lain lagi


haha ! puiii !

bila dah suka, macam itu lah kita.
oh aku juga begitu dulu. terlalu suka, bahkan boleh jadi terlalu obses dengan manusia yang kita kasih.
lalu apa sahaja yang meluncur keluar dari ulas bibir kita berbaur emosi. emosi yang sama sekali jauh menyimpang dari landasan akal normal manusia.

siapa kita untuk menentukan dia lelaki pertama, manakala dia yang lagi satu itu lelaki yang terakhir?
kita cuma manusia biasa yang melangkah di atas muka bumi ini menurut cerita seperti mana garapan Illahi di atas kalam takdir.
dangkal benar akal kita.
walhal orang yang kita benar kasih itu belum tentu mahu dan mampu menjadi suami yang baik, yang mampu mendidik dan menjaga malah menghargai kita sebagai seorang perempuan dan isteri.

realistik
tolong realistik duhai perempuan
[daku juga baru berlajar menjadi perempuan yang realistik. haha.. rasa macam dah matang. ecewah !]

hey perempuan
simpan kasih sayang dan cinta yang tinggi itu hanya untuk suami
suami yang berkongsi segala-galanya dengan kita sehingga ke hujung usia
suami yang mengasihi kita seadanya kita
menerima segala kekurangan kita, melengkapi kita hingga kita merasa sempurna
malah berbangga dengan segala kelebihan yang kita punya

lelaki yang terakhir itu
yang kita cinta sampai bila-bila itu
hanya suami yang hidup bersama sehingga ke hari mati kita.
Share/Save/Bookmark

Sunday, May 29, 2011

setelah hujan

adakala yang berlaku tidak seperti apa yang kita duga
tidak sedikit pun terlintas untuk mempersoal, jauh sekali mempertikaikan segala yang telah di atur
malah aku bersyukur atas segala rahmat dan bahagia yang datang pada masa dan ketika yang sama sekali tidak terduga

Behind the silver-grey-clouds where the rain assembled, there's a sun that shining through with its strong radiation that brings a special effect to each humans life and make all those dreams alive.


tapi kan..

sekejap.. sekejap..

agak agak la kan..
apa aku ini tahu bersyukur seandainya tidak ditimpakan musibah sebelum ini?

nampak kan hikmahnya?

:)

p/s: menyungging senyum hari-hari, setelah dulu menangis berhari-hari. untuk kalian yang ranap, yang pernah ranap, menangis sungguh-sungguh biar luka yang di dalam sana dicuci habis.


Share/Save/Bookmark

let the pictures do the talking





p/s: i am truly happy :) terima kasih Allah makbulkan doa daku. 


Share/Save/Bookmark

Saturday, May 28, 2011

nak kasi tahu, tadi aku tengok Johnny Depp.

Assalamualaikum..

tak sempat nak tampal walau satu entry pun semalam. sibuk sedikit, berjiwa tenang, kepala tidak serabut, gembira yang terlalu pun tidak. minggu yang neutral boleh jadi.

update ala-ala diari je la ek? aci?

daku baru pulang dari menonton wayang yang ada Johnny Depp tu.
err.. itu je.

oh ye.. aku ada up entry baru di Terfaktab. khas untuk lelaki yang gedik sangat nak malu-malu mengalahkan perempuan. lempang nak?

oktatabai.


p/s: contented
Share/Save/Bookmark

Thursday, May 26, 2011

#masa boleh bunuh kita tahu?

tak semena-mena aku rasa jadual aku jadi celaru. dah tak tersusun lagi. 
sepatutnya hujung minggu ini aku akan pulang ke kampung. banyak agenda yang telah disusun atur oleh bujangan-bujangan di rumah sana. rancangan riadah kami adik beradik.

bila jadual aku tunggang-langgang, aku dah mula menggelabah. panik ni. 
keluarga agenda utama. mahu berkumpul semua bukan mudah. 
namun di sini ada tanggungjawab lain yang menanti aku. 

ya salah aku kerana mudah-mudah bersetuju tanpa merujuk planner sendiri terlebih dahulu. chop chop.. sebenarnya planner aku pun aku dah lupa mana aku letak. 

dalam kereta?
di bawah timbunan dokumen atas meja pejabat?
atau atas meja makan di rumah?

ya.. ya..
aku bukan seorang yang teratur
terima aku apa adanya
boleh?
[nota: tidak spesifik kepada sesiapa]


p/s: mahu ganggu hidup siapa ya? walau apa pun, aku mesti mahu tukar. semoga dipermudahkan.. *hembus kiri-kanan skek* fuhh ~



Share/Save/Bookmark

rabak

koyak mata

rabak

biasa lah..  aku memang suka buat kerja last-last menet ni

=)
Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 25, 2011

ringan-ringan

deadline esok. ada bertimbun lagi untuk aku hadap dan nampak gaya aku akan berjaga bertemankan bintang-bintang dan burung pungguk. rembulan juga pasti mahu turut serta.

tadi di pejabat, aku terima sekeping catatan biasa. catatan-semua-wajib-dapat setiap bulan [di tempat aku]. kali ini warnanya merah.

*senyum kelat*

zaman kejatuhan benar-benar memberi kesan kepada seluruh hidup aku. aku sudah bangkit. malah sedang menghitung hari menanti tibanya musim sakura berkembang. namun catatan merah tadi benar-benar buat semangat aku jatuh. betapa kita ini adakala mampu jadi sebodoh-bodoh manusia tatkala berhadapan dengan emosi yang celaru. kalau lah waktu boleh diputar kembali, tidak akan aku jadi setolol itu.

lemah sungguh aku ketika melalui tempoh itu dulu.

*mengeluh*

kesal?
tidak ada gunanya walau untuk satu sen pun
yang rosak, harus di selenggara semula
bertabahlah !


disclaimer: yang merah-merah itu tidak ada kena-mengena dengan surat hutang
Share/Save/Bookmark

setelah itu.. damai

resam dunia
selepas ribut, suasana kembali damai. suria sudah tidak sembunyi lagi. burung-burung berterbangan, berkicau girang.

namun masih terlalu awal untuk meraikan dunia damai setelah bencana. mana-mana yang rosak perlukan penyelenggaraan semula. mana-mana yang musnah perlu dibina semula. sedikit-sedikit, dunia kembali tersenyum.

bahagia..


p/s: sekalipun bengkak, akan surut selepas tuam
Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 24, 2011

perempuan.. sesekali cuba belajar menerima..

memberi kepada yang sudi menerima

namun sebagai manusia kita selalu tersalah perhitungan. kita seronok memberi kepada manusia yang kita suka tanpa mengambil kira akan sudi - tidak nya dia. yang kita tahu. kita gembira dapat berbuat sesuatu kepada manusia yang kita suka. ya kan? lantaran itu kita tidak peduli akan lelah sendiri, tidak kisah akan sakit hati sendiri asal kita tahu bahawa manusia yang kita suka selesa mendakap apa sahaja yang dimahu hati.

menerima dan memberi yang aku bicarakan ini bukan dalam konteks barangan yang kita dapat lihat secara fizikal, bahkan ia lebih kepada keberadaan kita, masa kita, hemah bicara kita malah boleh jadi senda gurau kita.

perempuan

fitrahnya lembut, mahu sentiasa dihargai, ingin sentiasa dikasihi.
kasar bicara mengguris bagai duri, lalu berdarah sekeping hati
sampai bila mahu diturutkan rasa hati yang kita sendiri tahu kelak akan memakan diri sendiri?
sampai bila mampu bertahan dengan kasar bicara manusia yang kita suka sedang yang robek itu adalah hati sendiri?

perempuan

berhenti memberi seandainya huluran tangan engkau bersambut duri
sesekali kau juga harus belajar menyambut huluran dari yang memberi
ia membahagiakan. tahu?


p/s:  “We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly” ~ Sam Keen
Share/Save/Bookmark

Sunday, May 22, 2011

secebis cerita biasa

aku hilang satu satunya cincin emas yang aku miliki lebih dua bulan yang lalu sewaktu berkunjung ke shah alam. jari manis yang selama ini mesra dengan lingkaran berbatu jadi kosong. aku cari ia di segenap pelusuk termasuk dua beg yang aku bawa bersama. hasilnya hampa. aku anggap ia bukan rezeki aku. namun semalam sewaktu berkemas kemas untuk pulang ke kampung, aku terjumpa semula lingkaran emas yang dahulu mesra memeluk jari manis aku. segaris senyum terukir. ironinya, beg galas berwarna hijau terang itu telah berkali aku gunakan, namun tidak pula lingkaran emas itu menunjukan wajah.

adakala resam hidup memang begitu kan? bila kita cari, memang sukar untuk ketemu. bila dibiar hilang, tak semena mena kita jumpa ia semula.


Nota: bila kita redha dengan sebuah kehilangan, kita akan merasa bahagia. bila kita ketemu semula dengan sesuatu yang pernah hilang, kita akan merasa lebih bahagia.
Share/Save/Bookmark

yang istimewa

yang istimewa
kadang-kadang kita gagal lihat dengan mata kasar
macam batu permata
dibalut butir-butir tanah dan batu
diketuk-pahat
dipecah-pecah
baru terlihat akan kilaunya
digilap-gilap, diukir-ukir
baru terlihat akan sinar indahnya

harganya mahal tahu?
Share/Save/Bookmark

Saturday, May 21, 2011

sukar..sukar fikirkan tajuknya..

dulu kan
aku ni rakyat marhaen yang berlagak
orang isi ron 95
aku selamba isi ron 97 siap full tank

kemudian ron 97 naik
aku dah jadi kurang berlagak
gaji masuk je aku isi ron 97
tapi bila masuk tengah bulan, aku pasrah angkat noozle ron 95

kemudian
ron 97 naik lagi
fine!
Demi bajet untuk shopping, aku pasrah menjadi pengguna ron 95 yang setia

kali ini
khabarnya ron 95 nak naik
maksud aku, naik lagi

*mengeluh*
Share/Save/Bookmark

senyum sinis 2

tahu kepantangan aku?

bila kau tak kenal aku dan kau panggil aku sayang?

maaf.. sayang aku mahal harganya.


p/s: tak payah berlagak hensem
Share/Save/Bookmark

sebelum lelapkan mata

kalau pun hari ini kita bahagia
apakah esok hari selepas fajar menyinsing kita akan masih terus bahagia?

hakikat hidup
tidak pernah hidup ini akan jadi seperti sebuah naskah novel
di mana kita tahu apa yang terjadi di hujung  cerita

hidup terlalu misteri
*senyum*


p/s: que sera sera
Share/Save/Bookmark

Friday, May 20, 2011

cerita berulang

alhamdulillah~tiada apa yang lebih mengembirakan selain kita mendapat diri kita semula kan? aku tengok kau selalu berjuang....memang kadang2 kalah dgn perasaan sendiri...tapi sikap bangkit tu ada. insyallah ini pemulaan kebahgiaan atas kekecewaan lalu...aku tumpang epi lalink!
[ym dari seorang sahabat]


berjuang
sebenarnya kadang-kadang penat bercakap perihal berjuang. 
namun walau bagaimana penat pun, kita tidak punya apa-apa pilihan melainkan menyerah atau mungkin mati.
dalam usia yang begini muda apa berbaloikah kita membiarkan diri kita mati? 
jangan salah faham dengan pengertian mati yang aku nyatakan. fahamkan ia dari mana-mana perspektif pun jua tapi ia jauh sekali dari konteks mati yang dikafan, ditanam lalu ditalkinkan. 

sepertimana yang pernah aku bilang dulu. sejak awal kejadian kita adalah pejuang, malah kita sebenarnya pejuang yang menang. lalu mengapa kita mesti terus meratap? kita jatuh. kita luka. lalu kita menangis. hey hey ! menangis itu normal. baik untuk perempuan, mahupun untuk lelaki. derai air mata itu bukan sesuatu yang luar biasa. namun menangis kita bukan untuk selama-lamanya. ingat itu. selagi kita menangis, selagi itu lah kita lemah, selagi itu lah kita tidak ada daya untuk bangkit dan selagi itu lah bisikan-bisikan halus akan terus menerjah deria 

"aku sudah serik"

haha !

come on ! aku juga pernah bilang sebelum ini, serik itu kawanan bacul. apa rela kamu digelar bacul?

*senyum sinis*

berdiri di hadapan cermin dan tanya semula pada diri. hanya kamu yang punya jawapan untuk persoalan itu. rela atau tidak, terpulang kepada setinggi mana harga diri yang kamu letak. 

apabila sesuatu musibah itu berlaku kepada kita, pernah kita tanyakan pada diri apa sebenarnya salah kita? ketika di awal fasa musibah itu berlansung, kita tidak mahu lansung bersoal jawab dengan diri bukan? malah kita lebih tega menuding jari tanpa hala, menyalahkan sesiapa saja melainkan diri kita sendiri. kitalah insan yang teraniaya. kitalah manusia malang, ditemukan dengan raksasa jahanam. bahkan kita mungkin menganggap bahawa dunia ini sebenarnya tidak pernah berlaku adil kepada kita.

haha ! bullshit !

setiap yang berlaku pasti bersebab. cuma kita sahaja yang buta. enggan gunakan segala deria yang tuhan kurnia. 

aku pernah kecewa. aku pernah terluka. dan aku pernah bangun semula, berjuang dan kemudian aku jatuh kembali. air mata memang terlalu murah, dan pada ketika itu lah aku merenung semula diri, bermuhasabah mencari di mana silap dan khilaf. 

setelah itu, maafkan diri, maafkan mereka yang pernah melukakan dan tanam segala dendam jangan dibiar berakar dalam hati. bangun kembali, bersedia untuk membuka pintu hati kamu lebar-lebar moga nanti hati yang hanya sekeping itu mampu berfungsi semula. 



p/s: i am ready for a brand new life !



Share/Save/Bookmark

selangkah lagi

Assalamualaikum wbt..

pejam celik Jumaat menjengah, laju waktu berlari kan?
hari ini aku mahu ubah sesuatu. selama tempoh sebulan dua yang lalu aku teramat-amat memerlukan satu medium yang mampu buat aku ketawa sekaligus mampu menjadi saluran untuk aku melepaskan amarah dan rasa kecewa. cakap apa saja tanpa rasa bersalah, asal aku mampu ketawa.

tapi hari ini, mulai saat ini.. aku tak perlu lagi medium sedemikian.
i am truly happy.

untuk teman-teman yang baru aku kenal di sana, minta maaf seandainya ada bicara yang menyakitkan hati. aku tahu banyak. tak terbilang.


p/s: jadi perempuan elok-elok sepertimana ajaran bonda
Share/Save/Bookmark

Thursday, May 19, 2011

terima kasih

sebenarnya aku sebak. sekian.
Share/Save/Bookmark

untuk sahabat blogger


Assalamualaikum wbt..


sepuluh jari daku susun, memohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang bertandang kerana masih belum punya kesempatan untuk membalas kunjungan kalian, bersiar-siar di laman tulis comel milik kalian. bila punya kesempatan yang luas nanti, aku ke sana ya. teruskan menulis bukan sahaja semata kerana suka, malah peranan kita adalah untuk menjunjung bahasa ibunda yang kita banggakan..

salam sayang untuk kalian. muahs !




Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 18, 2011

bukan berhati kecil

serik?

*senyum*

serik itu kawanan bacul
sakit itu kawanan berani

jatuh bangun itu ukuran ampuh semangat dan matang kita mengatur langkah

lalu mengapa mesti takut?
mengapa mesti menyerah tanpa mahu melangkah?

jasad kita mungkin milik diri
namun hati tetap milik tuhan
dipegang penuh kasih bahkan bisa berubah menurut kehendaknya
kun fayakun
itu yang kita percaya bukan?
maksud aku, itu yang mesti kita percaya

lalu mengapa mesti ragu dengan aturan dan susun galur cerita yang sebenarnya sudah cukup indah?
redah saja ..

*senyum lebar-lebar*
Share/Save/Bookmark

bunga-bunga cinta

wow ! 

speechless sekejap. lain kali kalau nak buat entry kena letak tajuk yang cenggini kot..



orang suka agaknya cerita tentang nikah kahwin.. tentang cinta.. apa kita terlalu dimomokkan dengan kemanisan cinta, atau memang fitrah kita sebagai manusia terlalu suka akan cerita tentang cinta? namun kita tidak boleh menolak hakikat bahawa dlam hidup kita, kita terlalu perlu akan suatu bentuk hubungan kasih sayang kan? ada orang yang menjaga, ada orang untuk kita tempatkan di takhta atma, untuk dirindu selalu sekaligus membuatkan kita merasa bahawa diri ini terwujudkan. 

ekeke.. merepek pulak tengah-tengah malam kan. salam sayang untuk kalian. semoga kalian hangat di dalam pelukan kasih sayang tuhan. Assalamualaikum :)


p/s: try tengok letak tajuk cenggini.. esok hit banyak tak? hiks !

Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 17, 2011

kakak bilang, tolong jangan jadi tolol ya sayang..

kenapa bila ditimpa masalah, berhadapan dengan tekanan, kita jadi tolol? Kepala terus jadi bingung, tak mampu fikir apa-apa lagi lantas mula lah bertindak di luar kewarasan fikiran. Buat perkara yang tidak tidak tanpa memikirkan akibat dan natijah yang bakal ditanggung selepas itu. Masalah yang tidaklah sebesar mana bertambah, jadi bala.

Kasih sayang tuhan sebenarnya akrab memeluk kita. Kenapa susah sangat nak sedar? Kenapa mesti berontak? Kenapa tidak kita sujud dan merayu mohon dilorongkan jalan? Mengapa mesti kita sandarkan walang kepada sesuatu yang boleh merosakkan kita? Terciptanya kita sebagai manusia dilengkapkan dengan akal agar kita dapat gunakan ia, bertindak berlandaskan kewajaran akal, berpaksikan rasa percaya kepada dia yang memegang seluruh takdir hidup kita, dan diteguhkan dengan doa, senjata kita yang paling ampuh.

Lalu kenapa kita masih tega memilih jalan yang salah?

Kita semua manusia biasa bahkan aku juga manusia yang terlalu banyak khilaf, tidak terbilang dosa. Namun bila bertimpa dugaan menghengpap pundak, biar hingga tersungkur tertiarap sekalipun, aku mohon moga sekeping hati berbalut iman yang terlalu lalu nipis ini akan masih terus mengingati dia.

Salam sayang..


P/s: untuk adinda daku. Tolong dengar kata along untuk sekali ini.
Share/Save/Bookmark

Monday, May 16, 2011

fakta: aku suka ponteng sekolah, tapi aku sayang pada cikgu

tahun 1990, Tadika Al - Arqam Taman Perpaduan, Ipoh, Perak.

ustazah dan uztaz di sini baik-baik belaka. pembelajaran pertama menurusi sistem pendidikan formal bermula di sini. uztazah dan uztaz ajar kami makan di dalam dulang, satu dulang empat orang. kadang-kadang ustazah pun join makan dengan kami sekali. dulu aku penakut. mahu ke tandas mesti berteman. uztazah baik. ustazah temankan hingga ke depan pintu. suatu hari, entah macam mana aku terjatuhkan anak tudung di belakang almari. punya lah uztazah berusaha mendapatkan kembali anak tudung aku, sampai terhantuk beliau. 

Selamat Hari Guru Ustazah dan Ustaz.


tahun 1991, Tadika Taski Abim As-Syakirin, Ulu Kinta, Perak.

suasana pembelajaran yang tidak banyak beza. di sini aku mula mahir menyebut perkataan-perkataan di dalam bahasa arab. Ummu, Ibu;  Tufahun, Epal;  Kitabun, Buku;  dan lain-lain lagi. selepas siap kerja sekolah, selalunya cikgu akan semak buku dan beri bintang. aku selalu demand bintang lebih. kalau aku tengok kawan aku dapat empat bintang, aku akan ke depan dan katakan pada cikgu saya mahu lagi satu bintang. cikgu tak marah, tapi cikgu senyum dan lukiskan satu lagi bintang untuk saya. 

Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru.


Tahun 1992 -  1997, Sekolah Kebangsaan Tanjung Rambutan, Perak.

1992: 1 Melur, guru kelas Cik Masitah. 
1993: 2 Seroja, guru kelas Pn Maizaton
1994: 3 Melur, guru kelas Pn Adlina
1995 - 1997: 4 - 6 Melur, guru kelas Pn Norzana

tidak lupa juga kepada guru-guru lain yang telah banyak mendidik aku sehingga tamat UPSR. sekalung terima kasih juga untuk Cikgu Hasni kerana telah mencungkil bakat aku dalam mendeklamasi sajak.


Tahun 1998 - 2002, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta, Perak

aku tak berapa nak ingat siapa guru kelas sewaktu di tingkatan satu dan dua. terima kasih untuk semua guru-guru terutama sekali Cikgu Koh Swee Guan sebab kalau bukan kerana tunjuk ajar beliau agaknya masa SPM aku fail Matematik. Math aku dapat A1 woihhhhh.. 

tak lupa juga Cikgu Noraini kerana banyak memberi peluang kepada aku untuk 'mencapub' di dalam pertandingan-pertandingan Deklamasi Sajak, Pesta Pantun dan juga persembahan sempena Hari Guru dan event-event sekolah yang lain. masa sekolah aku lagi suka cari populariti daripada study.. keh keh keh..

untuk guru-guru yang pernah mendidik aku, juga untuk teman-teman yang bergelar guru, Selamat Hari Guru.

akhir sekali... yang teristimewa, selamat Hari Guru untuk bonda daku biarpun beliau bukan guru di sekolah kerana aku kenal huruf pertama ABC dan Alif Ba Ta daripada bonda..


p/s: terima kasih cikgu Sharida sebab kerana beliau aku selalu terlepas dari hukuman gantung sekolah kerana kerap ponteng. cikgu layan je surat-surat 'default' cetakan komputer yang aku beri.


Share/Save/Bookmark

aku terima nikahnya

Assalamualaikum wbt..

selamat hari isnin.. keh keh keh.. kepada kalian yang sedang berusaha keras melawan sindrom Monday Blues, sila kuatkan semangat. daku cuti hari ini. lalala~

ekceli aku nak rehat kat rumah sebab sejak hari khamis itu hari aku sibuk (baca: menyibuk) di rumah pengantin.


pengantin bukan yang baju puple tu tahu? dia menyibuk je. pengantin yang pakai baju kalaer hitam tu. orang tua-tua bilang, tak elok ambil gambar atas pelamin. nanti jodoh jadi berat. tapi, bukan ke jodoh tu ketentuan Dia? bukan kita yang tentukan kan? kan? aku tak kira. tetap mahu ambil gambar atas pelamin sebab dekorasi pelamin adalah sangat comel. banyak bunga. aku suka tahu?

pagi hari Jumaat. menginaikan pengantin. inai zaman sekarang cepat merah. cuba kalau zaman dulu? tak tidur sampai pagi la sebab berinai.

sebelum berinai, mesti selotep jari jemari dulu sebab nanti tidak lah inai tu jadi comot. 


sambung pakai inai kat bilik. repair balik inai yang tercabut-luruh. makcik yang menginaikan pun terus naik darah dan membebel lagaknya seperti kakak tiri. haih ~ tak reti duduk diam-diam. kan dan tercabut (>_<)


tapi adik-adik pandai cari suis kakak untuk berhenti marah. halakan sahaja lensa kamera ke muka kakak, secara automatisnya suis naik darah terus bertukar ke suis ketawa. haih ~

selepas zuhur, inai dah boleh bukak. perlu bersiap-siap pula untuk upacra akad nikah selepas asar nanti.


petang sebelum asar, di solek oleh Kak Zah dari butik pengantin BONDA. 



berkumpul sebelum ke masjid untuk upacara akad nikah

dipendekkan cerita, selesai sudah upacara akad nikah. adinda nur hakimi sah menjadi isteri muhammad ihsan dengan sekali lafaz sahaja. Alhamdulillah..




upacara makan-makan selepas selesai akad nikah. pakcik dua orang ni cameraman yang diupah khas oleh pengantin. lungsuri laman ini untuk pakej fotografi bagi apa jua acara.









gambar random makcik-makcik yang turut menyibuk semasa fotoshot pengantin di jalankan. penggila lensa kamera. nak jugak menempek.  ( =_=')

sepulangnya dari fotoshot...

baham makanan sampai buncit. lapar dan dahaga tahu? 


sesudah kenyang. lepas bersandar daku punya misi lain pula yakni menampal nama pada cenderahati, membungkus kotak makanan ringan dan lain-lain hal. 

daku hapdet lagi nanti, untuk gambar-gambar sekitar hari kenduri dan fotoshot selepas habis kenduri. 
akhir kata
selamat pengantin baru mimi dan ihsan

semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Ameen ya Rabb..


salam sayang...
muahs !

p/s: feeling-feeling catherine heigl dalam filem 27 dresses


Share/Save/Bookmark

Sunday, May 15, 2011

segalanya pasti






hamik link. malas nak tempek embeded youtube. 



Gelora melanda di dalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Awan kelabu menutup cahaya
Masa kurasa sinarannya

Sampai bilakah aku menahan tangisan
Yang berlubuk dalam jiwa
Namun ku mampu tersenyum
Pada isi alam
Dan padamu, yang mengcewakan
Tiap harapan hatiku
Kini membeku dan kau pun membisu

Gelora melanda didalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Hilang di jiwa
Wajahmu sering kujumpa
Serasa beratnya
Jiwa tertekan

( korus )
Serasakan ingin ku bertanya
Padamu takdir yang lama di sana
Mengapakah aku diperlakukan
Dengan beban cinta yang kecewa


Relalah aku menerimanya
Kutahu esok tiada serupa
Moga ada rahsia kekecewaanku
Bagai penawar ketenangan

Dalam hidupku berilah sinar
Beraraklah awan yang kelabu
Tidak salahmu
Yang menghancurkan
Dan demi Tuhan Yang Esa
Bahgialah dikau

Share/Save/Bookmark

Saturday, May 14, 2011

sebenarnya aku letih ya amat. Ingat kahwin ni senang ke? Berkejar ke sana, berlari ke sini. Ke depan, ke belakang. Mandi bunga, lulur, ambil baju, berinai, bungkus goodies. Phew.. Sesak nafas tahu?

Errr.. Tapi kan.. Aku.. Erm.. Aku..

Bukan aku yang kahwin.

Kah kah kah.. Err.. Okey tak kelakar (-_-') nanti aku buat satu entry khas ek.. Thee hee :b

p/s: aku harap harap entry yang ini keluar.org lain punya entry elok je publis.apesal aku punya belogspot sabo hah? Hampir kepada emo dah ni.tahu?
Share/Save/Bookmark

nuansa hari minggu


Share/Save/Bookmark

Thursday, May 12, 2011

selamat malam

selamat malam bulan
selamat malam bintang
tidak lupa juga semilir bayu

moga-moga esok masih ada umur aku
menguntum senyum pada suria pagi
melakar potret hidup dengan nuansa indah
juga mendakap hangatnya sebuah bahagia

selamat malam
Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 11, 2011

jika tangan terhiris pisau

Assalamualaikum selamat pagi =)

aaa.. Alhamdulillah exam dah selesai. cuma ada beberapa perkara saja lagi yang tinggal untuk aku selesaikan. sejak kebelakangan ini aku kering idea, tidak punya bahan menarik untuk aku garapkan di laman ini melainkan cerita tentang diri sendiri.

cuma, ada satu garapan yang aku hantarkan ke kantung Terfaktab. moga-moga dapat memberi manafaat kepada kalian. ah sebenarnya untuk sandaran aku sendiri juga. luka masih basah. tapi kita mesti kuat kan? garapan Jika Tangan Terhiris Pisau di sini.

salam sayang. semoga hari yang kalian jalani baik-baik saja. babai ! muahs !
Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 10, 2011

minit terakhir

pada minit-minit terakhir baru datang semangat yang berkobar untuk mentelaah. lama aku leka dan hanyut dibuai perasaan yang entah apa-apa. dimanjakan sangat luka yang tidak seberapa.

aku harap minit-minit terakhir ini membawa rahmat untuk aku. semoga penuh atau paling tidak pun ada isi yang aku bawa, moga-moga tinta dapat menari sempurna di atas lembaran kertas jawapan. doakan aku ya.


p/s: bimbang
Share/Save/Bookmark

Monday, May 09, 2011

prosa: terima kasih

terima kasih tuhan, kerana pinjamkan aku sedikit semangat
biar patah dahan tempat berpaut
sekujur tubuh perempuan ini masih mampu bertongkat

terima kasih tuhan, kerana masih kasih pada aku
ditimpakan aku dengan dugaan, berdarah sekeping hati merah
lalu kau dakap aku dengan limpahan sayang berpanjangan

terima kasih tuhan, untuk manusia-manusia cantik yang kau kurnia
menjadi teman
akrab maladeni
meluah butir bicara agar tenang sekeping hati

terima kasih tuhan
dunia ini terlalu luas rupanya. aku baru sedar.
Share/Save/Bookmark

Manchester United vs Chelsea

[disclaimer: post di bawah merupakan hasil tulisan merapu daku semata. terima kasih pakcik gugel di atas ehsan gambar untuk post ini. GGMU!]



"kita tengok nanti Fergie. team aku belasah kau cukup-cukup setan. kau dah sedia?"


"gua no hal. keh keh keh.. "

++++++++++

8 may 2011, Stamford Bridge


"cool ! gua pun tak sangka dapat sempurnakan gol seawal ini. baru 35 saat kot. ketiak pun kering lagi"



"minit ke - 23. gua malas sembang pung pang. rembat mesti kencang"


"ancelotti ! seeeeeeeee.. GGMU !"

++++++++++

Separuh masa kedua

ketika kedua-dua team sedang enak bermain kejar-kejar menyepak, menekel dan merembat bola, ancelotti mengambil keputusan untuk mengeluarkan kalou dan menggantikannya dengan torres, dengan harapan torres bakal membawa anjakan paradigma kepada permainan chelsea pada malam ini.

namun begitu...


pada minit ke - 68, lampard telah mencabuli gawang menyu dengan sebijik gol. cis !



malangnya, sehingga minit ke - 85, keadaan masih lagi kekal dengan menyu 2 - 1 chelsea. ancelotti kini merenung masa hadapan yang kelihatan mendung dan berkabus. musnah lah harapan dan impiannya untuk menguburkan harapan team setan fergie menjulang piala EPL musim ini.



manakala untuk fergie. saban malam beliau bermimpi, mimpi yang sama.


fakta1: menyu dapat dua kad kuning menerusi giggs dan rooney.
fakta2: chelsea dapat empat kad kuning menerusi ivanovic, essien, ramires dan drogba
Share/Save/Bookmark

Sunday, May 08, 2011

kita pejuang. sejak awal kejadian kita adalah pejuang. pejuang yang menang.

ditikam rakan seperperangan tak apa-apa untuk aku. tidak sengaja. deria dikaburi debu-debu pasir, masakan dapat melihat dengan jelas?

justeru itu mudah-mudah mahu maafkan? tertikam itu sakit tahu?

*senyum*
kita sedang perang. sudah bahagian aku begitu. yang masih berperang, terus berpedang. jangan sekali-kali menyerah. kerana kalau aku diberi pilihan, mahu melutut menyerah atau terus berpedang, aku pilih untuk berpedang.

lawan ! kalau tertikam itu harga yang harus di bayar untuk sebuah kemenangan, relakan !
Share/Save/Bookmark

Saturday, May 07, 2011

lepas beban kita letak, satu beban pulak lagi datang..

bulan ni banyak jemputan kenduri kahwin kawan-kawan. kawan-kawan selolah, kawan-kawan universiti, kawan-kawan satu tempat kerja dan tidak kurang juga kenalan-kenalan yang bersepah-sepah. ececehhhh.. macam bersepah sangat kawan kau shira..

attend majlis kahwin ni seronok sebenarnya, apetah lagi menghadiri majlis pernikahan. menyaksikan cinta antara dua manusia disatukan dengan akad, dilengkapkan dengan wali dan persetujuan saksi-saksi merupakan momen sukar untuk diungkap dengan kata-kata. senyum gembira dan tangis syukur pengantin dan ibu bapa juga mampu menerbitkan air di tubir mata kita-kita yang menyaksikan ikatan janji di rumah Allah.

panjang pulak mukaddimahnya. sebenarnya aku nak tanya ni. macam mana perasaan kalau menikah tapi tak cinta? soalnya macam mana kita nak hidup dengan orang yang kita tak pernah sayang pun? macam mana orang dulu-dulu boleh cope dengan situasi macam ni? jodoh kalau dah sampai kita tak boleh tolak kan? mana tahu yang kita tolak itu lah satu-satunya jodoh kita, maka kalau ditolak sampai bila-bila pun tak jumpa lagi jodoh yang lain. macam tu ke? 

macam mana?


p/s: baru letak telefon. 


Share/Save/Bookmark

disclaimer

sebenarnya kadang-kadang aku tulis ikut sedap kepala
lately aku ting tong
kalau bahasa aku macam orang mabuk todi, tolong ampunkan.
Share/Save/Bookmark

minggu depan jangan cari aku. aku sibuk. jadual penuh.

duduk berbual-bual di tepi pantai sambil tengok laut luas terbentang, ombak menyapa pasiran pantai, berteman semilir angin menampar muka. dengan dia.



seringnya dengan dia.
pada petang hari sehingga menjelang senja.
pada waktu makan tengahari yang panjang hari Jumaat.
pasti akan ke pantai.
berkongsi cerita. berkongsi angan-angan.

kalau salah seorang tidak berkeras mahu pulang, sampai pagi lah berkampung di tepi laut. 

masa aku sakit, dia lah yang menemankan aku. waktu makan tengahari, dia tiba membawa sebungkus nasi untuk paksa aku makan.

masa aku sakit, dia yang usung aku ke hospital, menanti aku diperiksa hingga berjam lamanya. 

masa aku sedang kecewa, di bahu dia aku bersandar. tak pernah bosan dengar rintihan aku. tak jemu tolong seka air mata aku. tak pernah letih beri semangat pada aku.

okey. sebenarnya hujung minggu depan dia akan menamatkan zaman bujangnya. aku.. aku sebenarnya sedih. 



p/s: minggu depan jangan cari aku. aku sibuk di rumah pengantin. hehe..


Share/Save/Bookmark

aku taip benda merapu-rapu. kalau bosan tekan alt + f4

aku suka bawa beg besar-besar. besar guni pun aku tak kisah asal nampak bergaya
[ecewah ~! bergaya la sangat kononnya kan]
macam perempuan lain jugak. errr.. macam perempuan tipikal yang lain
dalam beg aku mesti akan ada beberapa beg kecil yang lain

aku ada dompet panjang sejengkal setengah warna hitam jenama BUM yang aku beli dua tahun lalu dan masih belum berganti kerana kondisi yang masih baik

aku ada satu bekas syiling panjang sejengkal jenama Polo yang aku dapat percuma hasil rembatan harta bonda. aku panggil ia beg sirih. haha ! di dalamnya ada kad pengenalan, lesen memandu, minyak wangi miniature yang aku dapat percuma dari hasil pembelian minyak wangi harum sedap, lipbalm, gincu, dan wang kertas bercampur wang syiling. lalu aku jadi lupa pada kewujudan dompet kerana aku ada 'beg sirih' yang boleh isi harta-harta karun aku.

aku ada satu bekas berzip warna merah yang aku dapat percuma dari hasil belian barang mandi berjenama Dove. ini bekas alat solek aku. ada BB cream, pemerah pipi, berus-berus pipi dan mata, pembayang mata, eyeliner, maskara, bedak padat dan vaseline. tapi.. aku jarang mengenakan alat solek. haha !

dalam beg aku juga ada sebatang pen berdakwat warna biru, pensel kayu, cubecard warna merah jambu setebal setengah inci, buku sudoku dan novel. pen tu aku guna untuk catatkan idea-idea sampah aku di atas cube card. bila pulang aku taip semula di dalam laptop. pensel kayu itu pulak gunanya untuk menyelesaikan sudoku. novel pulak mesti lah untuk baca kan. lone ranger macam aku memang perlu benda-benda ni. aku sering sorang-sorang. spot kegemaran aku, kalau bukan mamak, aku lepak Starbucks. itu saja dua tempat kegemaran aku. jadi kalau hilang jejak aku, carilah aku di dua tempat ini okey *wink*

aku tak tahu kenapa aku come out dengan topik tipikal gadis-gadis blogger pada pagi hari minggu ini. aku tak ada idea menulis agaknya. shit la.

++++

oh ya. so far aku dah hantar tiga prosa tapi 'beliau' diam je. tapi semalam, 'beliau' hantar mesej pada aku. dia bilang prosa yang ketiga itu cukup ketat. hantar lagi. dia mahu yang ketat-ketat seperti itu. 

seronok.

prosa yang ketiga tu aku taip dengan mata separuh terpejam. ceritanya macam ni. aku hampir terlelap. tiba-tiba aku teringatkan satu peristiwa. agak indah. namun menyakitkan bila dikenang semula. aku bangkit, mengadap laptop dan aku taipkan bait-bait aksara menjadikan sebuah prosa yang aku letak tajuk Semalam Di Batu Feringghi. ada cerita manis dan pahit dalam satu prosa empat perenggan itu. 

mahu seru lebih banyak idea untuk datang. 

oh ya pada 18 Jun nanti mungkin aku akan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk kali yang belum sampai pun enam belas kali. kepada kalian yang baca blog ni, pada 18 Jun nanti dalam lepas Asar macam tu bertempat di Annexe Central Market, akan ada pelancaran buku bertajuk Sperma Cinta. datang la tau. aku mungkin akan datang naik train, turun kat KL Central, kemudian terus berjalan kaki ke Central Market, lepas pelancaran buku, kalau tak ada siapa-siapa yang mahu ajak aku dating, aku terus pulang ke Ipoh semula. 

dah penat menaip. aku nak rehat-rehat. sebenarnya lengan kiri aku bengkak, hasil dari tarian shuffle di dalam bilik air kelmarin. tengkuk aku pun sakit-sakit. haha ! kifarah dosa la ni. 


Share/Save/Bookmark

Thursday, May 05, 2011

warkah untuk Ibu

Assalamualaikum wbt..

ke hadapan bonda yang cheq sayang sangat-sangat. ayat pertama pun dah buat bonda senyum kan? cheq memang suka panggil Ibu dengan nama bonda kan? sebab cheq memang suka. rasa macam zaman purba. feeling-feeling puteri raja dengan bonda permaisurinya. hiks !

bonda.. 
cheq nak mintak ampun dengan bonda. dari cheq kecik, sampai la cheq dah besaq lebaq, cheq banyak buat dosa dengan bonda. kalau mintak ampun pun masa pagi hari raya aidilfitri dan hari raya kurban saja. pada hari-hari biasa cheq kumpul dosa, cheq beratkan dacing timbangan dosa pahala milik cheq sedang pahala cheq pun tak banyak yang cheq kumpul. kadang-kadang cheq rindu zaman cheq kecik-kecik dulu. sebelum masuk tidur mesti cheq akan salam bonda, cium tangan bonda, mintak  ampun akan salah cheq pada hari itu dan bonda membalasnya dengan sebuah kucupan di dahi. sekarang cheq dah besaq lebaq. cheq dah duduk jauh dari bonda. kalau pun cheq balik kampung, cheq tak buat pun apa yang pernah cheq buat dulu. kadang-kadang bonda dah masuk tidur baru cheq pulang ke rumah. maklum lah sekali sekala pulang, cheq lebih tega menghabiskan sepetang masa bersama rakan-rakan sepermainan. kadang-kadang, kalau cheq ada kat rumah pun, bonda pamit mahu masuk tidur. tapi cheq leka duk nganga depan TV sambil bersenda gurau dengan adik-adik lelaki cheq yang boleh tahan gelongnya.

bonda..
kadang-kadang cheq tuntutan kerja dan rutin harian di sini membuatkan cheq lupa untuk call bonda, bertanya khabar bonda. sedangkan bonda tentu hari-hari rindukan cheq kan? bukan cheq tak rindu kan bonda. cheq rindu tapi kadang-kadang cheq lupa. nak call pun bertangguh-tangguh sedang bonda sepatutnya cheq letak sebagai cheq punya top priority. cheq lalai di situ bonda. cheq lalai. cheq mintak ampun.

bonda..
bonda suka membebel kan bonda? silap cheq yang kecik pun, bonda boleh eleborate jadi karangan yang panjang berkajang-kajang. cheq akui kadang-kadang cheq fedap. kadang-kadang apa bonda cakap cheq sumbat masuk telinga kanan tapi lepas tu cheq biar keluar ikut telinga kiri. cheq degil. cheq keras kepala. cheq tak suka dengaq cakap bonda. cheq selalu buat bonda susah hati. cheq selalu buat bonda sakit kepala. sekali lagi cheq mintak ampun.

bonda..
cheq duduk sorang dan sebenarnya cheq sedih sangat kalau cheq sakit kat sini. kalau cheq kat rumah, bonda ada untuk jaga cheq. bonda demah kepala cheq dengan tuala basah. selang beberapa minit bonda datang check. bonda jelum ubun-ubun cheq dengan ayaq. bonda pegang telapak kaki cheq. kalau sejuk, bonda cari selimut tebal-tebal dan bonda selimutkan cheq. pernah satu ketika cheq sebenarnya tak tidoq. cheq pejam mata ja. cheq sedar bonda datang tengok cheq kerap sangat hari tu. bonda betul-betulkan selimut cheq. bonda belai rambut cheq.  sebab tu bila sakit je cheq mesti nak ibu. masa cheq pergi kursus induksi dua minggu, pada hari presentation cheq demam. lepas cheq present cheq nangis kat meja cheq. cheq nak bonda. 

bonda..
masa cheq sedang meniti usia remaja kita selalu bergaduh kan bonda? selalu masam muka. ada je benda yang tak kena. cheq kuat melawan. bonda jadi merajuk. malam tu cheq tak makan. bukan sebab cheq derhaka. bukan sebab cheq tak sudi makan masakan bonda. tapi cheq duk teriak dalam bilik sorang-sorang. cheq menyesal sebab melawan bonda. esok hari cheq tak pi sekolah. kepala cheq serabut. hati cheq tak tenang selagi tak mintak ampun dengan bonda. pagi tu bonda sorang-sorang kat dapur. cheq approach bonda. cheq capai tangan basah bonda, cheq salam dan cheq mintak ampun atas salah cheq yang semalam. kemudian bonda dakap cheq. kita sama-sama nangis. kita tak boleh kalau tak kawan-lama-lama kan bonda. kadang-kadang kalau memang bonda yang salah, bonda pujuk cheq. tapi bonda tak cakap. bonda pakai trick. bonda cari twizzer dan kemudian bonda datang kat cheq mintak cheq carikan rambut putih. 

bonda..
banyak sangat yang cheq nak cakapkan pada bonda. tapi cheq dah tak larat nak tulis. cheq nak mintak ampun. sejak kebelakangan ni cheq banyak masalah. hati cheq tak tenteram sampai cheq lupa sebenarnya weekend ni hari ibu. tiap-tiap tahun cheq tak pernah lupa titip kad dan ucapan sebagai pengganti diri. cheq tak pernah lupa. tapi tahun ni cheq lupa. hadiah pun cheq lupa beli. cheq mintak ampun. cheq bukan sengaja nak lupa. cheq memang lupa. esok dah hari jumaat. cheq sedih sebab cheq lupa. cheq rasa cheq gagal.

bonda..
selamat hari ibu
cheq sayangkan bonda
tak ada kasih sayang manusia lain yang dapat gantikan kasih sayang bonda pada cheq
bonda segala-galanya untuk cheq
bila cheq sedih, dakapan bonda yang cheq cari
bila cheq menangis, kain batik bonda lencun sebab cheq nangis atas riba bonda
tak ada manusia lain setulus bonda
kalau nyawa boleh bertukar ganti, kalau nyawa boleh kita minta-minta, cheq minta tuhan ambil nyawa cheq dulu sebab cheq tak dapat bayangkan hidup cheq tanpa bonda.
cheq sayang bonda


salam sayang
anak dara chengeng bonda


p/s: nanti suami sayang aku macam bonda sayang aku tak? bakal suami.. awak mampu sayangkan saya sepertimana bonda kasihkan saya?

Share/Save/Bookmark

nangka buahnya manis. kalau nangka busuk? rasanya macam aku lah kot.

tahukah anda jatuh bilik air tu sakit?
terhantuk pulak dekat bowl jamban dan tambah sakit lagi
mengagau cari lampu bilik air tak jumpa. gagau kat kiri rupanya suis kat kanan
baru plan nak mop rumah. bengkalai lah jawabnya.
haih ~
Share/Save/Bookmark

dongeng sinderela dan putera raja

sekarang dah tak macam dulu
sekarang kepala selalu beku
jari jadi kaku
nak tekan huruf-huruf atas papan kekunci pun rasa haru biru
tak tahu apa nak tulis. dah tak macam selalu.

tapi..
sayang nak biar laman ini tanpa catatan baru
walaupun aku tak tahu nak tulis apa, tetap juga aku ketip-ketip papan kekunci 
tetap juga aku tulis apa sahaja yang bersarang dalam kepala walaupun hanya sekadar sampah yang tak sepatutnya ditulis pun
sebab sayang nak biar tanpa catatan baru

sekejap !
ini namanya sayang kan?
bukan obses kan?

haih ~

p/s: telan hati sendiri. apa rasanya? 
p/s/s: haha ! sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa.

Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 04, 2011

depan pintu je !

perempuan
suri rumah tangga

membeli-belah barang dapur sudah jadi rutin
bukan tak boleh minta tolong pada suami
tapi nanti lain jenama yang kita mahu, lain pula yang di beli

sudah lah penat seharian di pejabat
anak-anak pula lambat berambil dari rumah pengasuh
sakit kepala

jangan bimbang !
ada penyelesaiannya.

jimat masa
jimat petrol
ternakan lemak terpelihara
anak-anak terjaga sempurna


http://www.doorstep.com.my/

waktu makan tengahari pun boleh buat
pulang ke rumah, tunggu saja barang sampai
mudah kan?!

oh ya.. kepada peon-peon yang adakala terpaksa ke kedai untuk menambah bekalan makanan di pantry, kalian juga boleh sarankan laman ini kepada bos ek.

till then, happy shopping !

p/s: tenkiyu Kak Lynn for sharing this !
Share/Save/Bookmark

who care ?!

aku tak peduli
aku tak mahu peduli
aku tak ingin peduli

aku jelak dengan bejat-jahat manusia


p/s: lepas tangan. habis cerita.
Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 03, 2011

cerita yang ada bahan pengawet. belum basi.

pada hari minggu lalu
lebih spesifik lagi pada 30 April
ekstra spesifik, bermula jam 3 petang
aku ke Menora.

sekejap.
Menora bukan yang di Kuala Kangsar sana.
Menora yang ini lokasinya di Bercham.
tahu?
tak tahu?

*mengeluh*

spesifik sangat pun susah kan?
ada lah yang terus ke laman google tu nanti.
kalian tahu Ipoh di mana?
hah Bercham itu letaknya di Ipoh.

tak perlu aku panjangkan cerita tentang Menora
aku mahu cerita apa yang aku bikin di sana
team Projek Rabak menganjurkan pelancaran buku yang digarap oleh Kak Hanim
tajuknya Euforia
harganya tiga puluh ringgit sahaja
teman-teman yang mengambil pengkhususan seni
lebih-lebih lagi seni halus
aku kira kalian butuhkan naskah secantik ini

tahniah Kak Hanim :)

++++

sebenarnya aku memang sangat teruja
sangat teruja dengan Projek Rabak
acara seni yang pernah aku jejak pun
Akar Bertiga
Pekan Frinjan
dan masing-masingnya pada Mac tempohari
kalau aku banyak duit
punya mesin cetak duit
tentu setiap bulan aku bertandang ke Bandar Anggerik sana

aku dahagakan acara seni seperti ini
bila bertemu jodoh dengan Projek Rabak di kampung sendiri
teruja aku mengalahkan rusa masuk kampung
rela menapak naik ke Menora secara solo
kerana tidak ada teman yang satu kepala untuk aku usung bersama
dan..
tidak bermakna menapak naik ke atas secara solo, di atas juga kita akan terus solo kan?
modalnya cuma senyum
mulut yang tuhan kasi, kita guna sebaiknya
habis saja acara, aku sudah tidak solo lagi

dan lagi, aku mahu bermesra kembali
mahu menjalinkan asmara dengan aktiviti reading yang aku cintai sejak zaman sekolah
itu pun bodoh-bodoh je
deklamasi puisi sempena event tertentu di sekolah
habis sahaja SPM
suara aku juga terus jadi bisu
untuk rakan-rakan Projek Rabak
terima kasih :)

oh.. ada gambar..

pernah satu sekolah dengan aku selama.. haha ! dua bulan !

bos Menora.


baby Kak Hanim :)


p/s: aksara menari, kata menyanyi
p/s/s: kecewa. Pak Samad tak dapat hadir.

Share/Save/Bookmark