Monday, February 11, 2013

selumbar di bawah kulit

Dari kecil, aku berusaha untuk jadi yang terbaik. Anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik. Semua yang aku buat bukan kerana aku minta dipuji. Segala yang aku lakukan bukan kerana aku minta disanjung tinggi. Cukup untuk membuatkan orang tidak merasa susah dan terbantu. Semata kerana itu.

Sejak kecil, kebanyakan perkara yang aku mahu bukan datang sendiri sebaik sahaja aku menginginkannya. Aku berusaha untuk apa yang aku mahu. Mahu bekas pensel baru, aku main kutu. Aku simpang wang, aku tahan diri dari berbelanja banyak. Bila tiba harinya, aku dapat hasil dari wang yang aku kumpul, aku beli apa yang aku mahu. Tidak pernah aku meminta minta kepada orang tua. Nak bekas pensel baru. Nak baju baru. Nak beg baru. Nak serba serbi baru. Tidak. Tidak pernah seingat aku. Aku bersyukur dengan setiap yang aku ada, biar didahulukan keperluan adik adik di belakang aku. Sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke menara gading, semuanya serba sederhana. Merasa cukup dengan apa adanya.

Entah lah.
Tulisan aku sebenarnya tidak punya arah.
Lebih kepada meluahkan perasaan sendiri, tetapi tertahan tahan.

Biarlah.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

No comments:

arjuna raga ♥ sinderela

Daisypath Anniversary tickers