Monday, February 17, 2014

Apa yang aku SUKA dan apa yang aku TAK SUKA dalam komunikasi dua hala

Aku sedang dalam mood untuk menulis malam ni. Padahal malam dah larut sangat dah bagi orang yang kena bangun awal pagi.



Semua orang boleh berkomunikasi tetapi bukan semua orang boleh berkomunikasi dengan baik. Salah satu contohnya diri aku sendiri. Aku boleh berkomunikasi dengan orang malah tersangat suka untuk berkomunikasi sebab aku kuat bercakap. Provided, kena ada gu dia. Gu tu maksud dia geng la. Geng satu kepala. Aku lemah sikit dalam komunikasi dua hala ni. Kalau komunikasi sehala tu aku memang terel la ! Kalau nama kata presentation tu, petik jari je. Infact kalau kena bercakap atas pentas pun, aku masih mampu melawan perasaan gugup dan masih boleh mengekalkan eye contact dengan audience.

Kalau bab komunikasi dua hala ni, bila berjumpa dengan orang yang berbeza cara pemikiran dan gaya hidupnya, aku akan jadi kekok. Secara automatis aku akan menjadi seorang yang sangat pendiam dan senyap. I have tons in mind sebenarnya, tapi tak terkeluar. Aku dihalang oleh perasaan takut tersalah cakap. Manusia ni macam-macam perangainya. Ada yang jenis cepat sentap. Jadi aku lebih cenderung untuk melihat dan mengkaji dahulu perilaku pihak yang satu lagi. Aku akan jadi lebih banyak mendengar dan memerhati. Bila aku dah dapat tangkap lenggok dia, sedikit demi sedikit aku akan menjadi normal semula. Aku kagum dengan kebolehan kawan baik bang ekhsan, abang jai. Dia sangat pintar menggunakan kemahiran komunikasinya dan dia mampu untuk berbual panjang lebar dengan sesiapa pun. Daripada kanak-kanak, sehingga lah kepada orang tua. Dari orang yang biasa-biasa, sehinggalah kepada orang yang berpendidikan tinggi, berjawatan tinggi. Aku pernah bertanyakan kepada kawan baik bang ekhsan ni. Macam mana dia boleh tackle orang untuk berborak dengan rabungnya. Padahal baru pertama kali jumpa. Satu je jawapan dia -- PENGALAMAN.

Ada beberapa perkara yang TIDAK menjadi kegemaran untuk aku bualkan:

1. Barang kemas
2. Pinggan mangkuk
3. Gosip melampau
4. Politik bodoh

Empat benda ni boleh buat otak aku jammed.

Aku tak minat barang kemas. barang kemas yang aku pakai pun, cuma (1) Seutas rantai turun temurun pemberian ibu. (2) Subang oemberian ibu saudara. (3) Cincin kahwin. Rantai dengan subang tu pun sebenarnya aku tak suka pakai. Cuma masa raya aidilfitri itu hari aku tergerak hati nak pakai subang dengan rantai. Lepas tu bang ekhsan puji. Nampak lawa dan berseri-seri katanya. Since then aku terus pakai tak bukak bukak lagi dah.

Pinggan mangkuk lagi lah aku tak gemar. Set yang ada pun semuanya hadiah perkahwinan. Aku tak boleh nak brain kat mananya signifikan pinggan mangkuk berjenis jenis dengan brand yang pelbagai ni. Tak ada beza pun. Nak buat makan je. Kalau nak buat simpan, baik tak payah beli. Tapi itu lah. Aku pun tak tahu masa yang ke depan nanti macam mana. Mana lah tahu tiba tiba lima tahun yang akan datang aku minat kumpul set pinggan mangkuk pulak. Kan?

Gosip. Kat mana-mana kita akan dengar gosip. Di televisyen sendiri pun ada berlambak rancangan yang memaparkan gosip sebagai tema utama. Di laman virtual pula, laman blog gosip banyaknya seperti cendawan selepas hujan. Cuma kalau gosip yang sampai melondehkan segala-galanya tu, aku tak boleh terima. Reaksi aku yang paling common bila berdepan dengan orang yang berbicara topik begini cuma senyum. Susah lah aku nak bagi nasik tambah.

Politik bodoh. Aku mendefinasikan politik bodoh sebagai perbalahan politik yang lansung tidak berasaskan kepada fakta malah lebih kepada hearsay semata. Sangat tidak pintar !

Aku merasa sangat TERUJA apabila pihak yang satu lagi berminat dengan:

1. Buku dan bahan bacaan
2. Kecantikan dan fesyen
3. Isu semasa
4. Kehidupan
5. Politik bijak -- yang tidak membuta tuli dan berasaskan fakta
6. Pengalaman orang
7. Bola

Aku seorang yang sangat meminati buku. Aku tak kisah berhabis wang untuk membeli bahan bacaan. Buku ni umpama harta karun yang tidak akan luak malah ilmunya boleh dinikmati sampai bila bila. Last time masa ada Big Bad Wolf kat Penang, punya lah gila kami laki bini memborong buku sampaikan terpaksa membeli rak buku baru. Infact, di tepi tempat tidur pun aku ada a stack of books yang mana aku boleh baca pada bila-bila masa. Sakura Mengorak Kelopak, Pelangi Pagi, Katarsis, Career Comeback, How To Make Big Money With Your Small Businesses, Idioms and Phrases, majalah Mingguan Wanita.

Anyway, rasa macam dah panjang sangat dah. Nanti korang boring nak baca. Aku rasa yang selebihnya ni tak perlu nak eleborate kot. Kecantikan dan fesyen ni selalunya pasal petua-petua kecantikan, petua nak pilih baju yang boleh sembunyi lemak lemak degil and etc. Isu semasa pulak anything la isu isu yang baru. Kehidupan  dan pengalaman orang ni boleh jatuh dalam kategori yang sama barangkali. Politik bijak ni bagi aku politik yang berasakan fakta dan bukan tuduhan membabi buta. Perdebatan adalah sesuatu yang sihat. Cuma jangan sampai emosi menguasai fikiran. Bola pulak anything pasal bola.

So, aku sangat berharap bahawa seiring dengan masa nanti aku akan menjadi lebih matang di dalam seni dan bakat berkomunikasi secara dua hala khususnya.

Selamat malam.
Selamat bangun pagi !

Reactions:

0 orang cakap: