Wednesday, November 26, 2014

PERMINTAAN

Hidup ini memang selalu begini. Akan ditemukan kita dengan dua persimpangan, tatkala kita sudahpun memilih satu sahaja jalan. Ibaratnya ditelah mati emak, diluah pula mati bapa. Hidup ini sentiasa mendera dengan pilihan yang kita tak mampu nak pilih pun. Dua dua sama penting. Kalau pun yang salah satu itu lebih penting, akan tetap ada sedikit rasa ralat kerana terpaksa meninggalkan sesuatu yang sebenarnya tidak kurang juga pentingnya. Hidup ini adalah pilihan. Soalnya bagaimana kita membuat pilihan. Di atas dasar apa kita membuat pilihan. Apakah kesan dan akibat di atas pilihan yang telah kita putuskan. 

Orang selalu kata, perkara yang melibatkan ibu bapa, pasangan, adik beradik, tidak boleh kita buat main main. Walau macam mana tak rapat pun kita, walau macam mana marah pun kita, walau jauh mana pun rajuk kita, bak kata orang putih blood are thicker than water. 

Akak memang tak akan sampai hati untuk kata tidak, apatah lagi kepada sebuah perkara yang besar. Akak akan sentiasa membayangkan pengorbanan dan jasa mereka yang tidak akan dapat terbalas dengan seumur usia pun. Akak teringat masa zaman muda mudi dulu. Akak nak sangat sambung belajar lagi lepas tamat diploma. Tapi ibu ayah minta akak beri laluan kepada adik adik dulu. Ibu surirumah. Ayah seorang sahaja yang bekerja. Kami ada enam adik beradik. Tapi pada ketika itu akak pentingkan diri. Akak degil. Akak nak juga belajar. Akak ingat lagi akan isi perbualan dengan ayah di dapur pada ketika itu. 

"Ayah ada duit tak? Along nak buat bayar yuran je, Along nak sangat sambung belajar lagi"

Ayah diam lama. Lama sangat. Akak tunggu. Akak nantikan jawapan dari ayah. Ayah menghela nafas berat. 

"Berapa nak pakai?"

"Lima ratus"

"Nanti lah ayah usahakan"

Momen itu sangat sentimental untuk akak. Adik adik tengah nak naik sekolah. Akak pula minta duit nak sambung belajar, dan ayah usahakan pula. Ayah tak sampai hati nak kecewakan hati anaknya ini. Jadi adakah akak sampai hati pula untuk kecewakan hati ibu ayah yang telah banyak berkorban untuk akak? 

Tentulah jawapannya tidak. Biar lah tidak meraikan kejayaan akak sekali pun, tidak mengapa. Asalkan dapat akak tunaikan dan lunaskan perkara yang sekelumit ini. Tak terbanding dengan jasa mereka selama ini. Tanpa mereka, akak tak akan ada di sini tau. Tak akan ada.

Tadi petang akak sampaikan berita yang akak terpaksa menarik diri dari ahli jawatankuasa. Akak berat hati sebenarnya, Nak cari replacement adalah sangat sukar. Tapi akak cakap juga.

"Takpe go ahead shira. Family first. So your big day pun you tak attend la?"

"Tak pi"

"Anak yang baik. Semoga Allah balas pengorbanan kepada parents ni,"

I feel like crying. I am not a good daughter anyway but I will try my very best to fulfill my duty towards them. Akak tahu ada hikmahnya. Akak tak nak nanti bila dah tak ada, baharu kita terhegeh hegeh nk menyesal, baharu tahu betapa berharganya kasih sayang ibu bapa. I have seen a big lost, and I am not ready for that sebab akak belum cukup lagi berbakti. 

Reactions:

0 orang cakap: