Monday, July 04, 2016

Ibu kata, anak ni ujian.

Ibu cakap anak ni sebenarnya ujian.

Berbual telefon dengan ibu. Bercerita perihal adik yang duduk di johor sudah pulang. Dua tahun tak dapat beraya bersama kerana tuntutan kerja sebagai anggota keselamatan, menjaga keamanan. Perbualan dilanjutkan pula kepada cerita tentang adik yang seorang lagi. Tiba-tiba emosi jadi lain. Suara ibu bergetar. Ibu bercerita pula tentang ayah, tentang perasaannya yang dipendam seorang. Tentang perasaannya yang cuma diceritakan kepada ibu. Tentang perasaannya apabila aku selaku anak yang sulung sering memujuk dan adakala seolah-olah mendesak hati tua itu untuk menerima keadaan dan takdir tuhan.

Esok aku akan pulang. Raya tahun ini hampir semua anak-anak berkumpul bersama. Cuma seorang sahaja yang mungkin tidak pulang. Anak kesayangan ayah. 

Seperti yang ibu bilang, anak ini ujian. Aku doakan ibu dan ayah kuat menghadapi ujian ini. Hati aku terhiris mendengar sedu sedan suara ibu - kerana aku juga seorang ibu. Dulu aku tidak mengerti. Sekarang baru aku fahami. 
Reactions:

0 orang cakap: