Skip to main content

CERPEN

NUR SERI MAYA



            Malam semakin larut. Suasana sepi menyelubungi kamar empat segi itu. Yang kedengaran, hanya bunyi kipas siling berpusing perlahan. Berkeriut bunyinya. Di suatu sudut, seorang lelaki terduduk lesu. Badannya diikat-tambat di sebuah kerusi kayu buruk rompong.

            “Kenapa kau buat aku begini Maya?”  suara garau itu kedengaran lemah sekali.

            Tiada jawapan. Sunyi dan sepi seperti tadi. yang kedengaran hanya bunyi kipas siling berpusing perlahan. Berkeriut bunyinya, juga seperti tadi. Angin deras menderu membanting tingkap kayu yang tadinya ternganga lebar. Lelaki itu tersentak. Wajahnya dinaikkan. Dalam cahaya samar, dia dapat melihat seraut wajah yang dahulunya dia kenal amat. Dahulu, wajah itu yang dia puja dan belai. Perempuan itu bukan asing.

            “Bodoh!” pemilik seraut wajah itu bersuara keras lantas mendekati tingkap kayu lalu dikunci selak dan kemudian dia kembali duduk bersandar di tiang seri rumah.

            “Kau lapar?” soalnya kepada lelaki yang diikat-tambat di atas kerusi kayu buruk rompong.

            Diam tiada jawapan. Lelaki itu masih di posisi tadi, keras tidak bergerak sedikit pun.

            “Hey jantan aku tanya ni! Kau lapar tidak?!”

            “Lepaskan aku Maya,” lirih suaranya sambil menghantar pandang ke arah perempuan yang duduk di hadapannya.

“Kau tak faham bahasa kah? Lain aku tanya, lain yang kau jawab! Aku bagi kau makan besi ni kau mahu?” bentaknya sambil mengunjukan sebatang besi karat panjang, rapat ke wajah Kamal. Kamal memalingkan wajahnya.

            “Pandang muka aku!” tengking perempuan itu. Rambut Kamal ditarik-sentak.

            “Aku dah lama derita kau tahu! Dan selama itu juga aku simpan dendam aku pada kau. Kau ingat lagi tidak hah jantan keparat?”

            “Maya.. Aku cintakan kau. Kau dah jadi isteri aku Maya,”

            Ptuih ! Cecair ludah putih berbuih kecil-kecil tepat mengenai wajah Kamal.

            “Isteri?” tawa perempuan itu meledak, nyaring dan panjang. Seraya itu besi panjang tadi dibuang ke lantai. Gemerincing bunyinya bergema. Perempuan itu mencapai sebilah pisau di hujung meja, dan dilayang-layangkan di depan mata Kamal.

            “Kau dah musnahkan hidup aku Kamal. Kau musnahkan hidup aku! Kau ingat lagi Kamal, apa yang jantan keparat itu lakukan pada aku? Kau ingat lagi tidak?” bentaknya.

            Kamal tunduk tidak berkutik sedikit pun. Rambutnya sekali lagi direntap kasar. Pisau pemotong daging yang tajam kilat di dekatkan ke leher Kamal.
           
            “Siapa jantan keparat itu Kamal? Kau kenal bukan? Jawab Kamal. Jawab!”

KAMPUNG BUNGA SEKUNTUM, 8.45 malam
            “Cakap Maya! Anak siapa yang kau kandungkan hah?!” amarah Pak Tahar tak dapat di tahankan lagi. Diterajangnya tubuh kecil Maya. Mengerekot anaknya menahan sakit. Maya cuba bangkit, tapi tubuhnya sudah terlalu lemah. Tangannya meraba-raba mencari kaki milik Abah. Dia sendiri tahu, sujud dan cium kaki abah juga tidak mampu meredakan amarah abah. Tapi hanya itu yang dia mampu.

            “Aku besarkan kau dengan sempurna, aku didik kau dengan ilmu dunia akhirat, tapi ini yang kau balas. Anak tak berguna! Kau panggil Ehsan datang sekarang. Aku nikahkan kau dengan Ehsan malam ini juga!”

            “Ampunkan Maya abah. Ini bukan anak Ehsan,” kaki abahnya di peluk erat. Esaknya makin deras.

            “Abah, ampunkan Maya,” serunya lagi. Terhenjut-henjut bahunya seiring dengan esak tangis. Sejurus itu badannya terasa melambung lagi diterajang Pak Tahar. Bibirnya sudah pecah berdarah. Badannya lebam-lebam akibat diterajang dan dipukul Pak Tahar.

            Amarah Pak Tahar semakin menggila bila mendengarkan bahawa anak yang dikandung itu bukan dari benih Ehsan. Nafas Pak Tahar sudah jadi tidak tentu. Sesak dadanya.

            “Anak tak tahu di untung. Mengulit lelaki bagai pelacur. Tak pernah ada dalam keturunan aku ini, tarafnya pelacur seperti kau. Kau bukan anak aku lagi Maya. Kau bukan anak aku,” ujarnya sambil memegang dada yang terasa ketat.

            “Abah.. Maya bukan seperti apa yang abah sangka. Maya diperkosa abah. Maya diperkosa,” ujarnya dalam lirih. Perlahan-lahan dia mendekati abahnya yang hampir jatuh terjelepuk ke lantai. Dia ambil tangan abahnya lalu di di genggam erat.

            “Maya tidak berniat untuk malukan abah,”

            “Jangan sentuh aku.  Aku malu punya anak seperti kau. Kau bukan anak aku,”

            “Abah.. Maya tidak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ini selain abah. Tolong jangan buang Maya abah,” raungnya.

            “Siapa jantan itu Maya?”

            “Kamal,” ujarnya perlahan.

            “Rogol apanya sedang Kamal itu kau kenal sejak kecil!” amarah abahnya memuncak kembali. Kali ini tiada lagi pukulan keras abah di atas badan lansingnya. Orang tua itu meluru masuk ke kamar Maya dan seketika kemudian keluar kembali dengan timbunan pakaian serta sebuah beg kain kosong lalu dilemparkan di hadapan muka Maya.

            “Nah! Kau ambil ini, kau bungkus dan keluar dari rumah aku. Mulai hari ini, aku haramkan kau jejakkan kaki di rumah ini. Berambus!”

            “Abah.. jangan buat Maya macam ini abah. Maya minta ampun,” rayunya dalam esak tangis yang semakin kuat. Dia peluk kaki abah lalu dicium kaki abah semahunya, dan seperti tadi kaki abah keras menyepak sekujur tubuh yang dilihat kotor berpalit lumpur.

            Esak tangis Maya berlagu panjang lalu tenggelam dalam dinginnya malam.

PEJABAT KADI DAERAH KUALA BUNGA, 11.00 pagi

            “Kamal bin Affandi, aku nikahkan dikau dengan Nur Seri Maya binti Abdullah berwakil walikan hakim dengan mas kahwinnya lapan puluh tinggit tunai,”
            Lafaz akad tuan kadi disambut dengan sekali dalam satu helaan nafas, dan pada saat, jua detik itu, Nur Seri Maya sah bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Kamal. Kamal yang pernah mewarnai hidup zaman kanak-kanaknya satu ketika dahulu, Kamal yang menyimpan rasa cintanya pada Nur Seri Maya sejak zaman mereka sama-sama belum kenal apa erti cinta. Lelaki yang telah sah menjadi suaminya sedetik tadi adalah Kamal. Ya Kamal. Kamal yang telah memporak perandakan seluruh impian dan mimpi yang dia lukiskan pada cermin angan.
            Saat itu air matanya menitis laju membasahi pipinya yang hanya beralaskan bedak nipis. Saat itu juga tangisnya sendiri, tiada bahu untuk dia dakap dan berkongsi rasa yang berbaur. Saat itu dia sendiri. Saat itu dia tidak punya siapa-siapa melainkan hati yang parah luka dihiris serpihan kaca angan yang berderai.

            Maya berjalan pantas di hadapan, meninggalkan Kamal yang sedang mengekori langkahnya di belakang. Dia berdiri di tepi motokar berwarna merah saga sementara menanti suaminya membuka kunci untuk membolehkan dia menempatkan diri di dalam perut motokar itu. Ya motokar itu. Motokar ini lah yang memalitkan sejarah hitam di dalam kamus hidupnya. Motokar ini lah. Motokar ini dan malam yang penuh celaka itu.

            “Kamal aku lelap dulu. Sampai nanti kau kejutkan aku ya,” ujarnya dalam nada lemah. Suaranya perlahan sekali, kantuknya bermaharajalela. Mungkin kesan dari ubatan yang diambilnya seketika tadi. Ehsan, tunangannya memberi sepenuh rasa percaya kepada teman baiknya Kamal untuk menolong membawanya ke klinik.

            Sesaat dua selepas itu, dia hilang. Hilang dalam kantuk dan lelah badan. Sedar-sedar saja, baju entah ke mana, kainnya pula tersingkap lebar. Dia mahu menjerit, tapi dipekup rapat oleh tangan gagah milik lelaki durjana yang sangat dia percaya. Pada malam celaka itu, segalanya jadi kabur. Angannya melebur jadi dongeng yang tidak akan dapat dia raih sampai bila pun.

            “Maya, kita dah sampai,” suara suaminya bergema. Suami? Pergi jahanam dengan sebaris nama ‘suami; itu. Dia jelak.

            Menonong sahaja Maya melangkah masuk ke rumah kayu yang tersergam dengan tangga batu berukir indah. Dia sudah biasa benar dengan persekitaran rumah itu. Masakan tidak, rumah ini menjadi saksi persahabatan yang terjalin antara dia dan Kamal, rumah ini menjadi salah satu persinggahannya lewat kedewasaan dia.

            “Siapa suruh kau datang hah?”  malantun suara mak Jenab masuk ke corong deria dengarnya. Dia diam tanpa sepatah bicara. Hanya matanya sahaja mencerlung tajam, memerhatikan sekujur tubuh Mak Jenab yang tampak garang benar seolah-olah mahu menerkamnya. Tanpa rasa peduli, terus sahaja dia menghilang ke kamar. Jiwanya kosong. Tak kuasa mahu berbicara apa-apa pun.

            Sejak dari saat dia menjejakan kaki sebagai menantu di rumah itu, herdik dan caci maki sudah sebati dengan diri. Segala yang menerjah telinga, dia simpan kemas dalam hati. Akan tiba jua suatu hari yang pasti nanti.

KAMPUNG BUNGA SEKUNTUM, 6.00 petang

            Mak Jenab rebah menggelupur di atas lantai. Dibiarkan sahaja tubuh tua itu menggeletar bergelut dengan derita dan seksa. Badannya mengejang, mulutnya sudah senget dan berbuih. Bisik lembut Maya di telinganya bagai bencana langit menghempap diri.

            “Kau tahu, Rosnah dengan Karim bercerai, bukan kerana Karim bermain mata dengan aku. Bukan Karim yang gatal Mak Jenab. Sebenarnya aku yang goda Karim, kami tidur bersama adalah dalam lima kali dan Karim lebih cintakan aku daripada si Rosnah hitam melegam itu,”

            Mak Jenab terus menggelupur, menggelitik badannya seperti cacing yang dibiarkan di tengah-tengah terik matahari.

            “Kau tahu Mak Jenab, aku dulu diperkosa oleh Kamal. Kalau bukan kerana memikirkan nama kau, dah tentu berita aku diperkosa akan menghiasi dada akhbar. Kau berhutang dengan aku Mak Jenab. Kau sepatutnya layan aku bagaikan puteri, bukan seperti hamba abdi,”

            “Assalamualaikum,” suara parau Kamal bergema di muka pintu.

            “Ya Allah.. mak. Macam mana boleh jadi begini mak,” ujar Maya dalam esak tangis yang sengaja di ada-adakan.

            “Abang, tengok mak abang. Maya tak tahu macam mana nak buat. Selamatkan mak abang,”

Dan malam itu, suara jemaah masjid bergema, melagukan bacaan surah Yassin dan bertahlil. Malam itu juga, Kamal mencari sekujur tubuh miliknya untuk didakap, untuk buang segala esak tangis. Pada malam itu juga, untuk kali pertama dia menyungging senyum bahagia. Bahagian pertama dan kedua telah tamat dengan jayanya. Karim telah dihalau keluar dari rumah kerana dituduh menggoda kakak iparnya sendiri. Mak Jenab diserang strok dan serangan jantung, lalu terbujur kaku di tengan rumah. tiada lagi lantunan suaranya menghina dan mencaci akan kewujudan dirinya di rumah ini. Sungguh dia puas.

*******************************
            “Maya, aku nak buang air,” suara garau itu tidak lagi segagah dulu. Maya tersenyum sinis, puas dengan apa yang telah dia lakukan.

            “Kau kencing saja lah di situ,” ujar Maya ringkas.

            “Aku nak berak lah. Kau buka lah ikatan aku ni,”

            “Kau jangan nak bodohkan aku lah Kamal,”

            “Kau bunuh lah aku Maya, kalau itu yang boleh puaskan hati kau,”

            Maya diam. Kata-kata Kamal bergema dan berulang di dalam kepalanya. Dia tidak terfikir mahu bunuh Kamal. Kamal itu teman sepermainannya sejak kecil. Kamal itu teman yang sering ada, setia mendengar segala keluh kesah dan esak tangisnya. Tapi Kamal juga telah meragut seluruh kehidupannya. Kasih sayang abah, cinta Ehsan, rumahtangga yang dia idam malah segalanya.

            Maya mengangkat wajah, menhalakan pandangannya meratah seraut wajah milik Kamal. Kamal itu suaminya. Kamal yang berhati binatang itu suaminya. Kamal lelaki bajingan itu suaminya. Dia berjalan perlahan menghampiri sesusuk tubuh yang terikat di kerusi berhadapan dengannya.

            “Kau mahu aku lepaskan ikatan kau? Benar kau mahu itu?” soalnya sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Kamal. Kamal mengangguk lemah.

            “Kau ceraikan aku sekarang,” sambungnya lagi. Kamal terkesima. Helah apa pula yang sedang dimainkan, dia tidak tahu. Dia celaru.

            “Aku sayangkan kau Maya,”

            “Kalau sayangkan aku, ceraikan aku. Atau.. kau mahu lihat aku mati di hadapan kau?” ujar Maya sambil cuba menghunuskan pisau ke perutnya sendiri.

            “Jangan Maya. Jangan !”

            “Baiklah. Maya, aku ceraikan kau,”

            Sejurus itu tawa Nur Seri Maya bergema. Dia membuka ikatan yang menjerut batang tubuh sasa milik Kamal. Terlerai sahaja ikatan, Kamal cuba mendekati Maya. Dia mahu dakap tubuh itu. Dia mahu Maya jadi seperti Maya yang dulu. Dengan tak semena-mena, badannya tiba-tiba kaku. Sebilah pisau terhunus di perut dan akhirnya dia rebah. Sayup-sayup di hujung telinga dia dengar hilai tawa Nur Seri Maya.

            “Masakan aku tergamak untuk bunuh suami aku? Tapi saat ini, kau bukan suami aku lagi. Kau memang patut mati,” dan tawa itu bergema tanpa henti.
           

p/s: karya ini telah disiarkan di laman Aksara Keraian bersempana dengan Write Cup yang melibatkan penulis-penulis bebas di laman AK
            

Comments

Popular posts from this blog

Kopi Dulu...

Hai Assalamualaikum.. Rindu nak blog, share apa yang kita rasa, apa yang kita baca, apa yang kita lihat, atau apa sahaja perkara yang kita rasa elok. Atau mungkin sesuatu yang boleh inspire orang. To those yang pernah follow blog ni mesti akan wonder eh why lah banyak post dah takde? Eh ke you all tak perasan lansung? Blog scene kan dah tak semeriah dulu. Kan? Well.. Sebahagian besar dari posting terdahulu telah dipadam. I want to starts new. Kira macam rebrand balik lah ni kan. To those yang baru je jumpa atau baca blog ni, I would love to introduce myself. You can call me Shira. A wife to a wonderful husband that I always look up to, and a mother to one adorable son. So semoga blog dengan nafas baru ni tak seperti bernafas dalam lumpur lagi. Till then.. Have a good day and don't forget to kopi dulu ...

CARA MENUNAIKAN IMPIAN BAGI YANG BELUM KAYA

Bang Ekhsan ajar, kalau nak beli apa apa barang yang akak teringin tu, kumpul lah duit. Akak gemar sangat dengan aplikasi dan sistem yang digunapakai apple. Jadi akak nak tukar la telefon zaman do'an akak ni dengan model yang paling terbaharu. Nampak pun cantik dan sedap. Jadi akak pun kumpul lah duitnya sedikit demi sedikit. Akak ambil idea Bang Ekhsan untuk kumpul not dua puluh yang warna jingga tu. Iye lah kan, seronok sikit rasa nak kumpul tu. Bila dapat not dua puluh je, akak senyum lebor. Tak sabar nak simpan dalam sampul. Hari berganti hari, hasil yang akak kumpul makin bertambah. Tetapi masih jauh dari mencukupi. Tiba tiba akak terbaca rumours di internet, apple akan lancarkan masterpiece terbaharunya pada september ini. Akak ni ada rasa sedikit kecewa lah. Ralat pun ada sebab tindakan akak mengumpul dana ni lambat sangat. Menyesal akak tak kumpul dari dulu. Dulu puas Bang Ekhsan membebel suruh akak menabung, tapi akak buat tak peduli je. Seronok menghabiskan duit memb

TEAMBUILDING JABATAN BENDAHARI 2014

Weekend hari tu pejabat akak buat teambuilding pi Tasik Temenggor. Kami makan tidoq semua dalam boathouse, pi jungle tracking, pi mandi sungai semua. Seronok. It was an awesome and incredible experience I can say. Tambah pulak courtesy dari boatman yang sangat bagus. Kami semua memang enjoy ! Masa mula mula sampai. Kami naik di jeti pulau banding.  Sementara duk ada lagi line telepon, maka adalah lebih afdol kalau akak call bang ekhsan berborak sekejap. Nanti takdak line susah pulak. Berat dada akak menanggung perasaan rindu dendam. Huk ! Di dapur, kak Hasanatul sedang sibuk menyediakan minum petang.  Lawatan pertama, ke kampung orang asli. Akak lupa apa nama kampung dia. Masa ni baharu lepas hujan. Tanah licin nak mampoih.  Kami parking kat sini. Masa ni petang dah dan hujan renyai renyai. Kami tidoq kat sini malam ni.  Tengah duk layan tengok TV sambil mengantuk. Ataih bot ni ada astro baq ang ! Di dalam gambar ini ada Aimi, Wizana. Erma, Kak Hasanatul