Tuesday, June 30, 2009

YOU DON'T HAVE EVEN ONE!


"you don't have even one! ade ke? atleast dia ade oke!"

sumpah i terguris! sumpah! kalau ye pun nak bergurau tolong fikirkan sensitiviti orang lain sama. yeah i don't have it. but it doesn't mean that i am not deserve to have it!


lantak la kalau orang nak cakap i ni sensitif over sangat ke, mengada-ngada ke, ape ke..ade i kisah ke? dah hati i memang macam tu. telinga i tak pekak. ape yang i dengar, turun ke hati. jangan la fikir diri dia sorang je ada perasaan. i pun ade perasaan oke. hati i bukannya kayu!

Share/Save/Bookmark

Monday, June 29, 2009

weekend..cepat la tiba!


sorang kawan i ni, asyik berkepit dengan diary die. kadang-kadang i pelik ape la yang ditulis tiap-tiap hari..it's not an organiser. tapi lebih kepada diary peribadi. die cakap, die akan catatkan setiap perkara yang berlaku pada setiap hari. dan die suka baca balik diari dia. bila dia baca semula diary tu, kenangan-kenangan lama akan buat dia senyum sendiri..hurm, itu menunjukan bahawa dia menghargai setiap detik dan waktu yang dia lalui. betul kata dia, dia menghargai dengan caranya yang tersendiri. cuma i je yang selalu membebel suruh dia menghargai orang lain. tapi ternyata dia tak seperti yang i sangkakan..


tadi pagi sempat berborak dengan bro Azrol tru ym. jauh di Manila dia sekarang ni. i tertarik dengan satu quote yang bro Azrol ckp kat i. "manusia ni kadang-kadang, ada lauk sedap kat depan mata pun masih tak nak mengaku yang dia tu lapar. die nak tunggu lauk yang lebih sedap, atau malu nak mengaku yang die tu lapar. nanti bila dah melepas, baru nak tepuk dahi sendiri. baru nak rasa menyesal". betul cakap bro. kadang-kadang manusia ni suka menidakkan perasaan sendiri. bila orang di samping kita tu berlalu, baru kita nak terfikir balik, kenapa la tak bertindak lebih awal..hurm..kalau ade kekusutan, bro Azrol antara insan yang banyak menyumbangkan buah fikiran untuk i rungkaikan kekusutan tu..hurm..tak lupe jugak, bro cakap put an effort to find the knot! i will bro! i will..tapi kalau tak tak dapat jugak, jangan marah i kalau i give up. at least i dh cuba..


weekend ni i turun KL..nak attend majlis kawen kawan i mase kat kampus dulu. antara kawan baik i mase kat kampus. tapi kawan baik kategori buat lawan gaduh. selalu bertegang urat. same-same nak menang. mula lah suara masing-masing naik macam tarzan semata-mata nak pertahankan hujah sendiri uang entah betul entah tidak. hurm..hanum la yang paling excited sekali i bila i nak ke sana. ily pun 2x5. masing-masing berjanji setia nak jumpa. raja pun dah menjerit-jerit kat wall fesbuk i. intan pulak lupe kot i nak turun sane. takde respon pun. g talk dengan i tadi pun sebab nak mengadu masalah..weekend ni mesti best! banyak cerita nak updet. banyak gosip nak share. tersembur-sembur air liur la nanti. masing-masing berebut nak bercakap..


tak sabar nak habiskan minggu ni.. (sambil tersenyum meleret)



Share/Save/Bookmark

Sunday, June 28, 2009

BitterSweet


baru je sampai dari ipoh. letih pulak rase. ye la balik ipoh pun tak lekat kat rumah. asyik keluar je. jumaat mlm, i sampai je terus wan ajak i teman die g beli barang. demimu adik ku, kuturutkan jua. chewah! mlm tadi dating dengan ibu. tapi tak lame pun coz ibu risau tinggalkan si bongsu lame-lame kat rumah. ye la selalunya kitaorg mesti akan bawak si bongsu..

pagi tadi awal-awal lagi i dh keluar g market. mcm-mcm i beli coz abang janji nk balik bincang pasal wedding die. tunggu punya tunggu, tak jugak muncul. dah la i plan nak balik penang awal. last-last die sms ckp tak jadi balik. hampeh! i pun terus bersiap nak balik penang. sakit hati betul. die ambik mudah je, padahal tarikh dah dekat. sebulan je lagi tinggal. kalau die balik nnt, harus tebal telinga dengar ibu membebel. hahaha=) padan muka!

hurm..hari ni ahad kan. sepanjang minggu ni, hidup i berperisa betol. i kene menghadap konflik yang membuatkan hati i terluka..dan ade jugak sesuatu yang telah membuatkan hati i berbunga-bunga..i nak namakan minggu ni sebagai Minggu BitterSweet!

Share/Save/Bookmark

Saturday, June 27, 2009

kasih sedingin air

2day i rase down sangat. upset giler. sampai hati kan cakap macam tu kat i. sampai dah besar panjang macam ni pun masih lagi tak kenal hati budi i. neva mind. mungkin i patut terus bersabar. anggap je dia masih belum matang. ahh! usia pun dah mencecah 20-an, tak kan tak matang-matang lagi kot.

kakak yang bergelar ratu air mata ni pun apa lagi, nyaris-nyaris lari balik penang time tu jugak. tapi drama adegan lari dari rumah tu tak jadi pulak. semuanya sebab ayah dan ibu..i memang tak nak balik minggu ni sebab i tau mesti dia akan serang i. ape la yang tak puas hati sangat. i pun tak faham. i tak suka nak bertegang urat. tapi sebab rindu yang mendalam kat ibu, i balik jugak. chewah! ayat..

i really need a break! oleh kerana i dihalang lari balik penang, i bawak adik i yang dua orang ni berjalan-jalan. bawak g beli Happy Meal, pastu bawak g shopping. i ingat nak bawak lepak-lepak kat McD. tapi memandangkan ayah nak berangkat ke kedah tengahari tu, so i take away je la. makan la dua beradik tu dalam kereta. bersepah la jugak kereta i. tapi yang penting i happy..sambil bawak kete, sempat la i rakam video si kecik ni melontarkan vokalnya..


video

si bongsu ni, i tot bile dah belikan hepy meal dia akan lupe dengan baju yang die mintak. sekali die ingat daa!

"along..lepas ni boleh la kite pegi beli baju adik kan?"

tergelak besar i. ingatkan die dah lupe. timing tu kira betul la jugak. masa-masa tension ni, memang i perlu berbelanja. terapi yang paling baik adalah membeli belah!

i capture photo ni mase kat trefit lite. dalam sendu-sendu pun sempat lagi cam whoring!

p/s: kasih sayang yang lahir dari hati yang tulus, tak akan mampu dijual beli walau dengan wang berjuta!








Share/Save/Bookmark

Thursday, June 25, 2009

terguris hati


tengah syok ikut a. Nadzree membeli barang hantaran, tiba-tiba i dapat satu sms. sentap dow. tetibe mood yang baik berubah.sampaikan a.Nadzree tanye enam darab tujuh pun i dah tak reti nak kira. mental block! terus bengap.
sedih sangat bila pengorbanan kita selama ni di pandang sepi je. seolah-olah kita ni hidup mcm biawak. tak membawa jasa apa-apa pun kan. sedih bila darah daging sendiri biadap dengan kita. sedangkan masa dia susah kita yang tolong dia. tanpa mintak dibalas pun. cara dia bercakap seolah-olah kita ni yang menyebabkan dia susah. seolah-olah kita ni tak pernah membawa erti apa-apa pun dalam hidup dia.


tak guna nak bergaduh sesama sendiri. tak guna nak saling menyerang balas. hanya Allah je yang tau sejauh mana ketulusan kita. hanya Allah je yang tau sebanyak mana pengorbanan kita. rasa kesal ni mmg tak dapat nak dibuang. gosok la kotak memori i ni pakai aluminium sponge, pakai kertas pasir, pakai ape sekali pun. i akan tetap ingat sampai bila-bila.


tau la i ni bukan yang terbaik. sekurang-kurangnya i berusaha untuk buat yang termampu. i tak mampu nak kawal ke-chengeng-an i. i tak nak memangis tapi i gagal. i sedih sangat..


apa pun, air dicincang tak kan putus. i maafkan dia. tapi luka di hati ni sampai bila-bila akan berbekas. i tak kisah la dia nak fikir ape pun asalkan i tau tanggungjawab i, i tau apa yang i patut buat, dan dia tak de hak untuk bertindak sebiadap itu.






p/s: thanx to Hanum & a. Nadzree yang jadi tempat i berkongsi rasa..thanx jugak 4 da advise hanum. u sangat memahami..


Share/Save/Bookmark

minda yang tiba-tiba sengal

whoa..semalam i tak hapdet pun blog..suddenly minda jadi jammed..tak tau nak tulis ape..jari jemari ni pulak seakan-akan malas untuk mengurut-urut sang keyboard..hari tak buley jadi. kene hapdet jugak. rasa hidup ni tak lengkap tanpa menghapdet blog..ni sume pasal tengok midnyte Transformers: ROTF ari tu. duration ade la 2 jam setengah. mane tak sengal kepala otak i? tak cukup tido dow! rase mcm nak mc je semalam.. (mc je yang bermain di minda. pemalas tahap kritikal..)

muke sengal..dalam otak ni duk terbayang tilam bantal..tapi jiwa meronta-ronta nak tgk transformers..wut a big sacrifices i made.. haha=)



fuh..untuk tiga hari ni, (semalam sampai esok), i kena turun padang lagi. anak-anak buah i ke shah alam pulak. hampeh, dua-dua sekali pegi. tinggal la si bos yang baik hati ni, bersama seorang lagi anak buah dia yang kecil comel macam budak baru lepas amik spm. nasib baik ade anak buah yang sorang ni. kalau tak , mau i tak cukup nafas..



.................

.......................

..............................

.......................................


well..hari ni pun i dapat rasakan minda i masih sengal..i dah malas nak tulis panjang-panjang. rase mcm tak de ape dalam otak i yang nak dilimpah ruahkan dalam blog ni. baik i cau dulu! bye guyz!!

Share/Save/Bookmark

Tuesday, June 23, 2009

takutnye!!! LARI!!


larik!!!

ting! dia muncul kat depan..



patah balik dan larik!!

ting! dia muncul lagi..



lari lagi...

jumpa pokok..

berteduh kejap..



tiba-tiba..

ting!!

dia ade kat sebelah..

mane lagi nak lari ni?

phew!!malas nak lari dah..




Share/Save/Bookmark

Linda's Solemnization

ahad lepas i attend Linda punye solemnization..letih family day pun tak ilang lagi..tapi demi nak meraikan dan berkongsi kegembiraan dia bergelar isteri, i pergi la..ekceli rumah die pun i tak tau kat mane. dah la i ni pakar sesat kan..tapi takpe..i belasah je..mat saleh datang Malaysia pun tak penah sesat, apetah lagi i yg memang anak Malaysia ni. buat malu dow.

makanya, oleh kerana kusyuk men-drive sambil tengok peta, i menten bawak 40kmj je. hahahaha=) lantak la kete kat belakang. u ols nak hangin ke, nak hot ke, ape i kisah? yang penting i tak terlajak, tersesat dan words yang seangkatan dengannya..lagipun jalan kampung..buat pe nak drive laju-laju kan?

sepanjang jalan ke rumah Linda memang mendamaikan. memandangkan halaju yg i bawak pun ala-ala budak baru amik lesen L, so i can enjoy the scenery di kiri dan kanan jalan. mmg cantik. sepanjang jalan boleh tengok kehijauan sawah padi yang luas terbentang. kepala i pun dah macam angsa toleh kiri, toleh kanan, ditambah lagi dengan nak baca peta pulak. pendek kata skill pemanduan i memang teruji la..

sampai je rumah Linda, i mengeyangkan perut dulu. then jam 1.30ptg berangkat ke masjid. sekitar jam 2.15petang, sah la Linda bergelar isteri..





p/s: i pulak yang nampak terlebih santun.. amik mood pengantin... *wink*



Share/Save/Bookmark

Monday, June 22, 2009

BEBELAN MAKCIK GOMEN WANNABE!



merenung masa depan..camni la i..hari-hari buhsan seorang pegawai gomen! for da coming 10 years boleh la panggil makcik gomen..

ekceli i ngantuk tahap cipan nih! dah ar tu..ditambah lak dengan penyakit-penyakit kecik yang tak kronik..bile datang berduyun kira cam kronik ar kan. dengan sakit tekak nyer, tambah lak dengan sakit mata, sakit perut, mulut lak tak oke-oke lagi..giler banyak tol dose i nih..

ekceli mulut i ni dh oke..munggil seperti sediakala. tapi semalam la. i attend kawan i nyer solemnization, gatal-gatal lak g pakai lipstik..hah hamik! bengkak balik..dah tau diri tu tak boleh nak berlipstik, tibai pakai jugak. sedangkan kalau tak pakai lipstik pon i tetap nampak hot oke! (mind dat statement! tu namenye statement syok sendiri. abaikan atau anda akan termuntah nanti).

ekceli i ni tengah bengang dengan fesbuk. massuk tengahari je lembap macam sipot! nak upload gambar pun lame giler. it took ages to finish it oke! mangkok ke tak namenye tuh?

esok i nk tgk transformers! kemain lagi..dengan tak hengat dunia g booking tiket kol 12midnite. encik tu cakap ade la dekat 3jam duration cite tuh..bior bebenor! mau i tertido dalam theatre tu nnt! sedor-sedor je tinggal sensorang dalam panggung tu sambil ditemanai tukang sapu panggung wayang. tak ke nangis melalak-lalak i nanti!

huh.. *sigh*

tak lame lagi kelas dah nak start! maka i akan merasa kembali excitement bergelar pelajar ni..part yang i paling suke buat assignment & presentation. mmg semangat la i melaksanakannya. tapi part yang i menyampah tak hengat tyme exam. abis jawab je i terus keluar dewan. tak kuasa dow duduk lame-lame dalam hall tuh..pasal bontot meronta-ronta nak kaluar awal la, berlakunya tragedi untuk paper Accounting Information System (AIS). lame dah tragedi ni berlalu. tanpa disedari i tak jawab soalan last sekali. soklan tu represent 20% dari keseluruhan soklan dow! giler tak giler! buta je i rugi 20% kat situ. nasib baik i lulus dengan jayanya walaupun tak dapat capai target kan! nangis la jugak coz result lari dari target..

rase cam banyak lak i membebel nih..sampai ilang dah ngantuk..i beransur dulu la..bubye!

Share/Save/Bookmark

Saturday, June 20, 2009

FAMILY DAY!

Family Day UiTM Pulau Pinang...

matahari baru je nak celik, kitaorg dah pun terpacak kat venue di mana event ni berlansung. well, event ni tak la seteruk yang i sangka. i do enjoy myself eventho satu acara pon i tak masuk. i ni layak jadi pom-pom gal je..hahaha=) almaklumlah..i ni berat bontot sikit kalau bab bersukan ni. acara pembukaan macam biasa la. menyanyi lagu-lagu rasmi. part menyumbangkan suara ni i suka la. tak kisah la lagu rasmi pon. i layannnn!

lepas perasmian, kami pakat-pakat duk bersenam. best dow! aerobik kombinasi tarian-tarian tradisional dan ethnik di Malaysia, ditambah perisa dengan step-step tai chi dan silat! giler penat tak tau nak kata. ade la setengah jam kitaorg move rite to left, back and forward. siap goyang-goyang pinggul oke!

ekceli acara tamat jam 5petang. tapi kol 2ptg kitaorg dah cau! penat dow! kitaorg g pekena McD (encik tu belanja), ikowt encik tu membeli barang hantaran, pastu balik..

============================================

di perkarangan kompleks

di tengah padang..

acara posing berganti-ganti (a.nadzree amik alih tugas lak)

menyambut kehadiran mentari pagi..

dengan bunga balloon! i wat muke tak malu mintak bunga ni kat clown. beratur di kalangan kanak-kanak ye! encik tu pun nyibuk nak jugak. hamik!

wit mamu Mydin!punggah!

lucky draw! no ong 0788..

acara untuk hubby & wifey! Dance On Me Honey!

tyme to go home!






p/s: ni je pixta yg dpt i upload. da rest, i upload dalam fesbuk!
Share/Save/Bookmark

Friday, June 19, 2009

TAG from P.A.K.W.E

1.) Anda rasa anda HOT?
yes hof kos! don't mess up with me! i akn jadi HOT tahap gaban!


(i rasa i menjawab soklan eventho it seems not on the rite path..jgn tego or else i jadi HOT nnt!)


=========================




2.) Upload photo kegemaran anda



=========================

3.) Mengapa anda suka photo ini?

sebab muka i nampak besar! muke die nampak sekerat! paling best capture pakai camera die! kesimpulannya camera bijak menilai mana comel mana tak comel (walau dari angle sisi) dan tak memihak kepada tuannya sendiri!

==========================


4.) Bila kali terakhir anda makan Pizza?

almost 3 months ago! i open table utk osmet i..saje nak belagak mcm banyak duit!


==========================


5.) Lagu terakhir yang anda dengar

Cinta Antara Kita (Duta ft Baizura Kahar) - layan vclip kat u-tube


==========================


6.) Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?

masa scol dulu kenkawan panggil i SHEARER! kat rumah adik-adik i panggil i NIPPON! my bestie panggil i GEMOK! ibu i panggil i CEQ! encik ofismet i panggil i BIDAMARI! oke go to conclusion..i paling suke org panggil i SAYANG!


===========================


7.) Tag lagi 6 orang


kak tika

cik Som

ashraaf

laila

ily

hanum


===========================


8.) Siapa no SATU bagi anda?

akak same tempat keje lain department. selalu ber-ym. selalu bagi big hug!


===========================


9.) orang no TIGA ada hubungan dengan siapa?

tak tau la die ni berhubungan dengan siapa! status juga tak dapat dikenal pasti. tanye la si Acap ni sendirik!


==========================


10.) Kata sesuatu berkenaan dengan no LIMA.

Ily! all the best! caiyoh!


==========================


11.) Bagi pesanan kepada orang no ENAM.

thanx for being a best fren of mine. u r such a great young lady! all the best! i sayang u sangat! selalu naikkan semangat i bila i down. selalu cheer me up bile i sedey.selalu marah i bila i leka. rasa nak bagi speech panjang lagi. banyak ni. melimpah ruah..*big hug* for u my dear!


Share/Save/Bookmark

SELAMAT HARI BAPA AYAH!


sambutan hari bapa hampir menjelang. sebagai tanda ingatan, selamat hari bapa AYAH! sayang ayah sampai bila-bila..


AYAH such a great father. ibu selalu cakap, ayah lebih sayangkan along dari adik beradik yang lain. ape along nak semua dapat. semua ayah usahakan. rasa bangga pun ade. tapi mase menaip ni i rasa syahdu oke. bergenang air mata ni..almaklum..ratu air mata la katakan!


sampai i dah dewasa, ayah masih lagu mengusap-usap kepala i kalau i merungut macam-macam. ayah akan marah adik-adik kalau adik-adik i buat hal atau bergaduh dengan i. sampai dewasa i masih manja dengan ayah. setiap kali nak balik ke penang, i akan peluk dan cium ayah.


masa graduation i dapat lihat betapa bangganya ayah. pasti ayah merasakan penat lelahnya bekerja menyara pembelajaran i selama ni berbaloi.


ayah jarang marah kami adik beradik. selalunya teguran ayah mesti lembut je. penuh berhemah. kadang-kadang ayah sampaikan teguran melalui ibu je. ibu selalu cakap, "ayah suka ambik tindakan popular. nak marah anak-anak pun kene ade orang tengah" hahaha=) kadang-kadang funny pulak.


pernah satu hari i kene libas dengan ibu sebab menipu ibu. i ni memang nakal macam jebon mase kecik-kecik dulu..hahaha=) i ingat lagi, ibu libas i pakai tali pinggang. sakit dow! berbirat belakang i. ayah datang pujuk i. ayah sapukan minyak kat belakang i yang berbirat. mase tu i darjah 4 tak silap..sambil ayah sapu minyak, ayah nasihat i. ayah cakap lembut-lembut. ayah kata "lain kali jangan buat macam tu lagi. ibu pukul sebab ibu sayang".tapi i ada terdengar ayah marahkan ibu balik sebab pukul i teruk-teruk..


hubungan i dengan ibu erat. bila dah erat sangat mesti selalu ade je yang tak kena. bila i dengan ibu berkonfrontasi, ayah mesti akan jadi orang tengah. ayah kata "walau apa pun ibu tetap betul. jangan la lawan cakap ibu. pergi mintak maaf dengan ibu. tak baik derhaka dengan ibu". dan kemudian, i pun mengalah. i pun terkedek-kedek la cari ibu.


i bangga dengan ayah. ayah hanya seorang anggota polis berpangkat rendah. bukan pegawai pun. berapa sangat la gaji ayah setiap bulan. bayar installment rumah, kereta, utilities, menyara persekolahan kami dan yang paling penting perut kami enam beradik yang tangki sentiasa nak berisi ni. seingat i, kami adik beradik tak pernah ketandusan belanja, tak pernah tak cukup makan. hairan kan? i yang kerja gaji lagi besar dari ayah pun, selalu pening kepala nak manage duit. ibu punye elaun pun tak pernah miss oke. tiap-tiap bulan mesti ado!


hurm..ayah selalu cakap, i ni umur je dah makin dewasa, tapi perangai macam budak-budak lagi. hari tu, ibu kata ayah mengeluh. "along dah besar. tak lama lagi nak kawin dah. ayah lupa yang die dah besar". memang pun ayah anggap i kecik lagi. masa kali pertama i nak drive jauh-jauh ke penang ni, ayah risau sangat. banyak kali ayah tanye "betul ke along boleh ni. kalau tak boleh ayah hantar" beria-ia i yakinkan ayah yang i boleh.


ibu kata, i banyak mewarisi ayah. degil i, keras kepala i, dan lembut hati macam ayah. malah bentuk muka pun banyak i warisi dari ayah.


hurm, ayah adalah lelaki pertama yang i sanjungi dan kasihi. tak keterlaluan kalau i katakan bahawa cinta ayah pada kami sangat besar. kasih sayang ayah tak ternilai dan pengorbanan ayah membesarkan kami adik beradik tidak akan terbayar walau dengan segunung emas sekalipun. sayang AYAH! muah!





Share/Save/Bookmark

it's PAINFUL!


maybe i should create a gap, maintain the distance..i feel terrible..fighting with my own feelings makes me drawn in pain!

Share/Save/Bookmark

Thursday, June 18, 2009

pemalas dow!




i lewat datang ofis pagi ni. 8.30 you! tidur awal, tapi rasaa mengantuk tu duk melekat-lekat. berat nor mata ni nak bukak. lepas setel je subuh, i ingat nk iron baju. tapi tak boleh tahan la. sambil pelok baju yang nk iron ni, i tido balik. dekat kol 8.00 baru i mandi, bersiap..


ikut hati rasa mcm nak mc je. almaklum la. bila rasa malas dah bermaharajalela, rasa nak lepak kat rumah je. sekarang ni pun i dah baik sikit. kalau dulu, tiap-tiap bulan i mc. sampai dokter pun dah naik muak tgk muke i. lakonan sakit i yang ala-ala aktress filem tamil pon dah tak berkesan lagi di hati dokter. maka terkeluarlah pertanyaan yang kedengaran sungguh hampeh

" awak keje kat company tu lagi ke"


hahaha=) hampeh tak? makan dalam wei soklan die tanye..


masa zaman s2dy dulu, lagi la i ni super duper malas. 3rd year kat uni, i dengan roomate i tak sekelas (ala biasa la kan. mesti la i nk sekelas dengan bf terchenta masa tu. lain kelas dgn roomate pown tak kisah dow! gatal!).


ada satu hari ni, kalau tak silap i hari selasa..i ada kelas jam 8pg. tapi kelas roomate i start jam 10pg. yang i ni envy je tgk deorg duk belingkar lagi. i apa lagi, matikan alarm, sambung mimpi balik. dalam satu semester, ada la dekat sepluh kali selasa i ponteng kelas..hahaha..tp nasib baik result i oke! kalau tak mau botak i dikerjakan Ibu..


zaman scol dulu pon i malas jugak. ponteng sekolah tak payah nak sebut beraape kerap. tapi i ponteng2 pun i s2dy dow! i wat latih tubi math je manjang. pastu tgk tv. pastu makan. pastu bc novel. pastu sambung balik buat math. dats y la Ibu tak menyinga sangat kan. ade jugak bende pekdah i buat even i ponteng scol.


tuntassnya, i ni memang sejak azali lagi pemalas kot.. no wonder la mase kecik-kecik dulu assyik kene libas je.. hahaha=)

Share/Save/Bookmark

Wednesday, June 17, 2009

masa untuk bersendiri


maybe this is wut i need. masa untuk bersendirian. menangis semahu-mahunya. hilangkan rasa sakit yang datang tiba-tiba.

apa yang i rasa? lega. tapi sementara sifatnya. bila i terfikirkan balik, i rasa sedih lagi. hati ni sakit lagi. seboleh-bolehnya i tak nak fikirkan tentang ini. semahu-mahunya i lupakan rasa yang datang ni.

i memang insist nak tau apa yang ada kat 'situ'. dah cuba 'goggle' pun. tapi tak nampak apa-apa. i nampak signal. tapi tak pasti signal tu untuk siapa.

i feel blessed. dia sentiasa ada untuk i. tapi manusia memang tak pernah rasa cukup. i need more! i dah terbiasa dengan keberadaan dia terutama bila i memerlukan. sampai i rasa lain bila dia tak ada. hanum cakap kadang-kadang effort tu perlu datang dari i jugak. bukan dari sebelah pihak je. sape kate i takde effort? cuma mungkin org tak perasan. atau saja tak nak perasan. but i'll neva make da 1st move..

Share/Save/Bookmark

gogle pakai hati..boleh ke?

being with an unpredictable person ni susah kan? nampak mcm org frust nonggeng sebab kene reject pun ade. nampak mcm org tengah jatuh chenta pun ade. ke, ape yang ditulis tu tak menggambarkan apa-apa emosi? hahaha=) i ni biase la. nmpak pelik sikit, mula nak ber-PK secara compilicated kan..kadang-kadang, i ni perasan macam 'sesuatu' tu ditujukan kat i pun ade..(owh abaikan je statement perasan ni. i mmg suke perasan oke..)

huh? ade org kate, goggle pakai hati..hahaha=) tak sesuai untuk i yang sengal ni oke. i straight je. anything, plez say it straight to my face! ekceli rase tu ade.. (rase manis ke, masin ke, pahit ke, kelat ke tu i je yg tau oke)..tp konfiden tu takde! sebab ape? sebab tak reti dow nk goggle pakai hati..internet connection lain..tak kan terjadi nyer scene perasan dan perasaan ni!





Share/Save/Bookmark

I BENGANG NI!

bengang oke! i hot sangat dengan orang-orang yang tak reti jaga mulut ni. sebelum bercakap tu fikir dulu oke. come on la! plez show some respect! die ingat i ni sape?

tak tau apesal i nk emo sangat. tapi serius.mmg panas hati. ye dressing i mmg mcm ni. i tak suka nk pakai baju bahu menggelebeh sampai 4, 5 inci. i ask for the right size yang suit dengan badan i. bukan i tanye size yang fit, atau yang body hugging! jangan marah kalau i cakap die bengap oke!

boleh tak die sound i mcm ni, " saiz L oke la tu. perempuan kan elok pakai besar-besar"

hello! kalau i ni gemok 60kilo boleh la i consider pakai size L. i knw my size oke! thanx God i knw how to be professional. kalau tak dah sah i sound die balik. nasib kau baik sebab ni ofis cik kak! ape pun i tetap geram! cara die sound i mcm la die bagos sangat! mimik muka mcm mintak kaki! boleh bayangkan tak, mimik muka yang memperbodohkan kita? hello..kalau i bodoh, i'll not be in this position oke. bawak-bawak la cermin diri..

puas hati i dapat merepek meluahkan perasaan kat cni!
Share/Save/Bookmark

Tuesday, June 16, 2009

SILENT TALK




hah! boleh ke camtu? silent talk. dah diam, nak bercakap mendenye? nak kene backhand?

well, secara praktikalnya, kalau ade conversation antara dua orang atau lebih, the opposite party mesti la faham mesej yang sedang disampaikan betol tak? lain la kalau sorang cakap latin, sorang cakap siam. dah sah-sah la tak faham!

tapi silent talk pulak camno? silent talk ni kan, hanya orang-orang yang terpilih je boleh faham. macam telepati pown ado kan? hahaha=) part yang ni TST sudah.









p/s: sape tak tau maksud TST, luku kepala sendiri 3x dulu.. pastu baru tanye ngan orang. kalau malu tanye orang, Google je la. untung2 ado..kalau takdo jugak, tanye dengan i ni. ape salahnye terus terang kan..kan..kan..kan..

Share/Save/Bookmark

CINTA ke?


Dia kata, bila kita merasa takut akan kehilangan, itu adalah CINTA. (tak payah la I bagi tau kat sini sape dia tu kan. Btw, statement ni mungkin keluar dari mulut dia secara tak sengaja. Tak kisah la. Asalkan leh je wat topic entry. Entry tangkap leleh dow!)

Kenapa pulak suddenly boleh wujud perasaan takut kehilangan tu?

1. Seseorang tu rapat dengan kita, sentiasa ada ketika kita perlukan dia;
2. Sentiasa ada masa untuk kita, menemani kita walaupun kita tak mintak;
3. Banyak menghabiskan masa bersama;
4. Berkongsi masa suka dan duka;
5. Berkongsi minat atau kecenderungan yang sama;

6. Sangat care dan bersikap protective terhadap kita.

So, bila this specific person tiba-tiba tak de dengan kita, mmg sure la akan rasa kehilangan, kesunyian kan. Coz kebanyakn masa yang ada dihabiskan dengan orang tu. Tapi kan, macam mana pulak merasa takut kehilangan tu bolehdikaitkan dengan CINTA? Confuse I. hurm, mungkin bila kita rasa kehilangan, ada sesuatu yang lain pulak akan berkembang. RINDU! Dari mana datangnya rindu kalau bukan kerana kasih sayang dan cinta tol tak?

Hurm..wuteva la. Mata pun dh ngantuk giler ni! Tak kuasa dow nak pikiaq lebeh-lebeh. Tuntasnya, kalau kita takut kehilangan seseorang tu, kita hargai dia seolah-olah kita akan kehilangan dia esok. Hah! Gud nyte guys!

Share/Save/Bookmark

Monday, June 15, 2009

KASUT BARU; BIG APPLE again

tadi ikut my ofismet g shopping.nak beli barang mekap. bakal pengantin la katakan. so kitaorg pun memenuhkan la kereta linda. i, linda, abg nadzree & wiwi. konon-konon niat di hati sekadar nak menemankan je sambil cuci-cuti mata. tetibe kitaorg termasuk ke satu butik kasut nih. mak aih! sale dow! even butik ni tak la segah mane. tapi bila kitaorg browse sume kasut kat situ, ade la 2, 3 design yang gorgeous. abg Nadzree pulak sibuk duk suruh i jadi model kasut. makanya i pun serah kaki la kat kedai ni..




kasut kat atas ni gorgeous kan? sibuk nor suruh i menery (bahasa kampong bagi men-try) kasut ni kan. jatuh chenta dow dengan kasut ni. nampak ala-ala stuart weitzman lol..hahaha=) i admit la encik ni mmg ade taste. beria-ia rekomenkan i kasut nih. sesampai je di ofis, sibuk pulak encik ni mencari angle yang sesuai untuk amik gmbr kasut ni. so itu la hasilnye..


memandangkan kitaorg kebetulan berkunjung ke Jusco, maka i pun mengambil kesempatan itu untuk mengunjungi Big Apple ke-chentaan i. i'm craving for da chocoholic donut oke!






balik ofis kitaorg pun kendurikan donut ni. puas hati i. so 2nite i tanak makan ape-ape. memang tak akan makan ape-ape pun. kene control oke! i nk kasi turun sikit berat yang melampau-lampau ni..
gambar di atas menunjukan sisi lahap penulis blog. owh plez! kalau ye pown jaga la sikit tatasusila ketika makan. tau la makan tu penuh perasaan. tp ni dh over. camni ke cara-cara nak kuruskan badan? ada tokoh ke?? hurm..mind her..

p/s: nak tgk Hannah Montana..tp malas la nak bersuara kat encik tuh.. hurm.. *sigh*

Share/Save/Bookmark

Saturday, June 13, 2009

mungkir janji




sakit hati bila orang mungkir janji dengan kita kan? i tetap merasakan isu mungkir janji ni sebagai isu yang besar, walau apa jenis janji pun. kalau tak boleh nak tunaikan janji, buat apa berjanji kan? berjanji ni umpama menyemai harapan pada orang. plez la..kalau la i tau, i tak kan berharap tau. tak hingin pun nak berharap..nak merajuk pun takde guna. kalau nak merajuk, merajuk la pada yang sayang. sejuk hati bila dipujuk-pujuk..ni, kita dah tau, takde sape yang nak pujuk, so diam-diam je la dan kalau sesiapa pun berjanji, jangan la nak harapkan apa-apa..




p/s: sakit hati. rasa nak pukul orang! tapi nak pukul sapa?

Share/Save/Bookmark

Thursday, June 11, 2009

tolong ar jgn fail lagi!


i kecewa sangat. frust dow! result exam adik i kuar 2day. i insist sangat nk tau result die camne. so kitaorg pun berangkat la ke mamak berdekatan. duh! pointer hampeh! pakej bertambah lengkap dengan beberapa paper yang bungkus. bungkus mcm bungkusan nasi lemak basi! i sedih dow! i tau dia sedih. tp i sedih lebih-lebih lagi. kenapa la die tak leh ikut jejak langkah kakak die yang sorang ni. dah la cun, bijak pulak tuh? btw, did i mentioning da word cun? mind dat word. abaikan je!


ape pun, i tetap bagi semangat kat dia. jangan putus asa. tanpa ilmu, sukar nak meneruskan kelansungan hidup. i harap sangat dia gigih untuk memperbaiki diri. kalau dia berkehendak, ada kemahuan, pasti dia akan lebih cemerlang. i tau dia boleh buat. cuma fikiran tu tak fokus pada study. hurm..susah hati i. budak2 lelaki ni bukan tak bijak. lebih bijak dari perempuan. tapi deorg ni suka mensia-siakan kebijaksanaan yang ada. tau enjoy je! konon cakap takde duit. bila banker yang cun ni bagi duit, die leh g merayau, merewang sane-sini. ke pangkor, ke lumut, ke bukit merah, ke cameron! mane i tak hot. membebel la jugak i ni. kalau result die gempak tak la i nak marah sangat. mau i usap-usap kepala. i cium-cium dia. phew! i harap dia dapat belajar dari kesilapan. i harap dia tak ulang lagi kegagalan nih..i sentiasa doakan yang terbaik. tolong la jangan repeat paper lagi. duit terbang oke! bayar untuk paper intersesi tu, i buat shopping pun bagos!




p/s: mok! plez learn from ur mistakes. kalau fail lagi, elaun tarak bro!

Share/Save/Bookmark

novel, bercuti




Dua novel untuk I habiskan minggu ni. Twilight dan Jalur-Jalur pertentangan. Dua novel berbeza bahasa, berbeza genre. Twilight I baru je beli semalam. Siap dapat rebate 20% lagi. Jalur-jalur Pertentangan pulak dipinjamkan oleh encik tu. Novel kedua yang dia pinjamkan. Dan novel berat yang kedua I baca. Novel yang dia pinjamkan sebelum ni pun novel genre berat. Ambik masa dowh nak habiskan!



Well, I’m still on my holiday. Habiskan masa kat rumah dengan family, hang around dengan adik-adik i dan tak lupa jugak mentelaah novel yang dua buah ni. JJP ni I dh baca separuh pun. Pertelingkahan dua individu berbeza pendirian, pertentangan antara anak dan bapa, anak-anak yang dilanda konflik akibat pertentangan bapa mereka dan ada juga menyelitkan isu dan masalah sosial remaja. Novel ni ekceli mengangkat cerita tentang semangat anak muda yang berjuang untuk kelansungan hidupnya sendiri, berjuang untuk masa hadapannya dan juga khidmat bakti kepada bangsa. Novel ni bukannya baru lagi. Sejak I sekolah menengah lagi dah wujud. Tapi tak pernah pulak rasa nak baca. Masa zaman dulu-dulu I lagi suka baca novel ringan-ringan. Novel cinta. Tak remaja la wei kalau tak baca novel cinta kan.Cuma bila JJP ni disuakan oleh encik tu, I baca je la. Layannnn…




Twilight ni pulak I baru baca preface je. Nak habiskan JJP dulu. Nnt kang konflik jiwa pulak. Membaca ni pun kene menjiwai. Dats y kene habiskan satu persatu dulu. .










p/s: suddenly this words crossed my mind. ‘tak semua yang kina mahu kita akan dapat, dan apa yang berjaya kita dapatkan, tak semestinya akan berkekalan’
…..thinkin’….

Share/Save/Bookmark

Tuesday, June 09, 2009

true friend!


True friends are never apart,maybe in distance,but not in heart.

"A world without a friend, what would it be? It would be like a world without water, something you need. Friends are like glass, once broken, they are hard to fix. Keep your friends, as you would keep your water." "A friend will be there for you when things are good...but a TRUE friend will be there for you when things are good and also when things are very bad...and just when it feels like you will never smile again...she can put a smile on your face with just with a hug!" "A friend is like a rainbow. They brighten your life when you've been through a storm."



forwarded by my bestfren eva, HANUM. yeah! i've already found a true friend, who owayz have her time for me. to share my good time, to hear my problem, to comfort me when i'm in tears..really hope dat this frenship lasting forever..

p/s: i've found my true friend..wut 'bout da true chenta? aha! bace blog nih hari-hari..i ceritakan nnt... *ghee*

Share/Save/Bookmark

berharganya mereka di samping kita



never take someone for granted, hold every person close to your heart, because you might wake up one day and realize that u have lost a diamond while you are busy collecting stones..



words kat atas ni buat i sedar akan sesuatu. kadang-kadang kita tak sedar org yang ada di depan kita ini lah yang peling berharga buat kita. kadang-kadang kita lupa untuk menghargai. kadang-kadang kita lebih memandang pada yang jauh dari yang ada di depan. atau mungkin kadang-kadang kita rasakan apa yang ada di depan kita ni tak cukup bagus kalau nak dibandingkan dengan apa yang ada nun jauh di sana..


selalunya, bila yang di depan kita itu dah tiada, baru kita merasa kehilangan. baru kita merasa betapa berharganya dia untuk kita. baru kita sedar yang selama ini senyum tawa dia menghiburkan kita, mengubat duka lara kita.


jadi hargai siapa saja yang hadir dalam hidup kita. sebab bila kita dah kehilangan dia, segunung penyesalan pun tak akan dapat mengembalikan dia semula..

Share/Save/Bookmark

muvie, karaoke, hepy holiday, being s2dent again!

watching Jangan Pandang Belakang Congkak last nite. really funny. dem! i gelak sampai cramp perut. dari awal cerita, sampai abis..memang i dok gelak je. kalau la theatre tu terang benderang, dah sah nmpk jelas muka i yg kemerah-merahan sebab over gelak..eceh! perasan!



lepas muvie tu, ada lagi kesinambungan hiburan. mcm jebon. pantang di ajak berkarok. roger je.

hurm, petang ni afta opis hour terus lik Ipoh. i cuti stret sampai Jumaat. jgn jeles oke. but i'm gonna miss my office..haha=) gonna miss several person jugak..i guess.. *wink*

well, i'll be back to Penang on Saturday coz the admission for PLK students will be held on Sunday..hahaha=) tambah lagi tanggungjawab. bekerja sambil belajo pulak..tapi demi menunaikan impian Ibu, i gagahkan jugak. i harap sangat i kuat semangat dan gigih..so bloggers, doakan i oke!
Share/Save/Bookmark

sakit dow!


sakit mulut dow! rasenye mesti alergi kosmetik nih. nk gelak pun tak leh. pedih tau! perut ni lapar sangat. tp tak tau nk mkn ape. nk nganga mulut pun sakit. petah lagi nk mkn kfc baru yg spicy tuh! huwaaaaa! nk kfc! bile nk baik mulut ni. camno nk buek? letak planta pun sudah..tak efek pun. menambah sakit lagi ado!

Share/Save/Bookmark

Monday, June 08, 2009

sunday nite, menjelma sebagai Kayla Silverfox!


wah! i rase mcm Kayla Silverfox, character dalam X-men tu pulak. i ade kuasa memujuk oke..at last encik tuh ikut jugak. temankan i mengasah bakat (kunun nk jadi the next one in a million star).. *ghee*


mcm biasa, terubat rindu McD Seberang Jaya tu kat kitaorg ni. tp unlucky sket. WiFi lak hampeh..so borak2 je la..sambil melicinkan burger n fries!


balik je rumah, lepas selesaikan ape2 yg wajib, i pun try la nk tido. sekali mata ni degil lak. i pun capai henset, perabihkan bateri. main game zuma sampai pedih2 mato. at last entah jam berapa baru terlena. akibatnya, alarm bunyi kol 5a.m pun tak sedar. kalau la kene bom, mau i arwah tanpa disedari.. *ghee*






Share/Save/Bookmark

Sunday, June 07, 2009

new addiction!



my new addiction! big apple donuts! tiga beradik ni mmg fav i. chocoholic, go nuz & ape tah name ag satu ni. yang i tau mango flav..yang i paling suke chocoholic. choc on da top, tambah lagi dengan centre filled creamy choc..fuh! mmg walla! kalau boleh hari-hari i nk. semalam berpusing-pusing i cari parking semata-mata nak beli donut nih. i sabar je. berkali-kali jugak la tawaf. terbayang-bayang donut ni di ruangan mata..hahaha=) i dh angaukan donut pulak. ape ke halnye nih?? boleh gemok i mcm ni. tp takpe..addiction ni sekejap je. bila i dh jemu nnt, rindu-rinduan la big apple kat i..hurm..chop! rindu kat i ke kat duit i???




Share/Save/Bookmark

Saturday, June 06, 2009

my 1st blog


my first blog! before this i used to bloggin' thru frenster. since year 2005 if i'm not mistaken. baru je lagi berjinak-jinak dengan blogspot n i find out dat blogspot ni lebih interesting! lame dh blog frenster i ni bersawang-sawang. so i've decided to put one entry on my sawang2 blog tuh! alah blog ni dulu i saje-saje je buat isi mase lapang. buat tempat luah perasaan..tempat cerite-cerite..tak la interesting pown..chop! blog i yg baru ni interesting ke? *shrugin'*
last year i banyak cerita pasal keje, konflik kat tmpat keje dan kebanyakannye mmg pasal keje la..ha! tak borink lagi tu..haha! biase la..dulu eden koje swasta. so banyak la bende nak komplen. skang ni eden sonang hati..
hurm..lame jugak tak check i punye frenster. so tyme cuti ni i amik kesempatan la nk hapdet ape yg patut. kenkadang i malas nk bukak frenster sebab i dh ade addiction baru..fesbuk. kate kawan i 'mukebuku'..best dow! frenster mcm budak2..sape takde a/c fesbuk ni mmg seyes ketinggalan habis ar!
okeyh! i nk layan mukebuku nih.. bye guys!

Share/Save/Bookmark

Friday, June 05, 2009

shopping!

tiring day! shopping tak ingat dunia tadi..and i realise dat i am a good spender! hahaha=) tambah-tambah pulak skang ni mid year sale..melonjak-lonjak la nafsu berbelanja tu..blink-blink mata i tgk diskaun up to 70%.

shopping ni terapi yg paling mujarab! setuju tak ngn statement i? i have fun! even i shopping sorang-sorang, i can still feel the excitement tau! apetah lagi kalau shopping dengan partner yg sekepala..

btw, i tak sempat nk amik gmbr barang2 yg i beli td..balik je rumah, i mcm lipas kudung bersiap nk g ofis balik! jangan ingat hari cuti je boleh shopping..tyme lunch break pun boley oke!
Share/Save/Bookmark

Thursday, June 04, 2009

menerima seadanya, tak reti nk main redah je!

kadang-kadang susah nak buat orang faham kita. atau mungkin kadang-kadang kita ni yang selfish. cume nak orang faham kita je, tapi kita tak pernah nak ambil inisiatif untuk faham orang lain. selfish ke i ni? owh..tidak! i tak pernah jual ikan oke (drama spastik semata-mata)

kadang-kadang mungkin bila kita terlalu meng-isolated-kan diri kite, kita jadi susah nak faham kehendak orang, hati orang lain dsb. again..inisiatif perlu ada. apa je dalam dunia ni semua perlu inisiatif. kalau keras mcm batu, tak buat apa-apa, satu benda pun tak jalan kan? tak kan nak harapkan org membahagiakan kita je, buat kita hepy je..tapi kita tak buat benda yang serupa kat org tu. it's not fair isn't it? and dats wut i'm doin! lebih suka menerima dari memberi. so, anyone wanna curse me?

satu lagi. my bestie bring up this matter semalam. menerima org di samping kita seadaanya! dats wut i'm doin..wit tenderness! duh! i tau tu je tak cukup oke!

kesimpulannya, i'm juz being too coutious! tak reti dow nk main redah2 nih!


p/s: melawan kesepian by Ct Nurhaliza berkumandang..
Share/Save/Bookmark

Wednesday, June 03, 2009

camno eh?

uish! tak paham! mmg tak paham! apsal la lembut hati sangat..dh try wei nk wat hati batu, kaudu lagi keras umpama kulit kayu balak. FAIL! camno eh? tak kan nak di kanji hati perut ni kot..baru leh keras???

kecik ati, merajuk, moncong dsb tu mmg lumrah i. tp kacang je nk pujuk! muke je mcm dinasour kenkadang tu. tp hati, macam direndam semalaman dalam softlan!

tapi, bab memujuk org nih bukan kepakaran i. i give up tau. i balik yang merajuk nnt! uish..masalah..masalah! tak suke ar bile org majuk2 ngn i nih..nnt i balik yang nanges..

THE END..
Share/Save/Bookmark

imbas kembali - campus life


i miss my campus life! hurm..juz now i took a quiz from fesbuk. adakah anda s2dent U*** S.I? huh..soalan2 dalam quiz tuh buat i tegelak beguling-guling (dalam hati je oke)

yeah..and it brings out those memories yg sangat2 sweet. s2dy sampai jam 2, 3 pagi. kelam kabut solat maghrib cepat2 coz nak rebut tempat paling depan tgk AF kat hall bawah blok nun. makan kat dining dengan kupon RM4 je. berlari-lari mcm kambing sesat coz terlewat bangun untuk g exam. kami berlima memadatkan diri dalam kancil nan sebuah tyme g jalan-jalan (siap tesengih-sengih lagak diva oke). menyarungkan badan dengan sweater di tengah hari buta untuk melindungi baby T n jeans sendat yang kununnya nampak trendy & remaja..chop!asal pkai sweater? takowt dowh! nanti pak guard saman! hurm..bergumbira dengan teman-teman baik memang momen yang paling melekat dalam jiwa! ewah! hanum, raja, intan, mila & me. lima serangkai yang s2dy sesame, tidow sebumbung, makan sesudu, baju pun siap leh jadi baju i baju u jugak, baju u mmg baju i..mmg tak dapat lagi nk ulang momen2 mcm tuh..

banyak lagi la memori yang i tinggalkan. even dh bertahun-tahun, but i'm still missin' it. satu lagi memori yg tak leh lupe, betapa excitednye berebut naik bus perak roadways, kadang2 bus general untuk balik Ipoh. sampaikan satu hari ni, betapa asyik massyuk berebut, kasut i tertanggal kat tangga bus. i pun menjerit macam diva..'excuse me.my shoe okay..my shoe!' hahahaha=) (ketawa guling-guling)..bile ingat lik mmg serius funny giler! ape salahnya kalau i ckp "wei..jgn naik lagi. kasut aku tanggal ar!" ni tak. nak jugak lagak diva!

every semester pulak, faculty i ni wajib organize dinner dan dinner tuh pun of cos la grand kan. makanya bila tyme lagi seminggu nk dekat dinner, berbondong-bondong la siswi fakulti i keluar bershopping. nk cari baju wei..penampilan msti kene gempak. nk menang prom queen la katakan. alahai..budak laki pun same sibuk dok mencari baju. cume deorg ni diam2 je..lepas dinner tu pulak, kitaorg salin baju, berkonvoi la pegi overnite..mmg best!

satu lagi kenangan yang i tak dapat lupe..ehem..ehem.. cinta kampus i..indah dowh! rasa best je s2dy. saling bersaing untuk dapat cgpa yg terbaik (selalunya i la yg terbaik tuh *ghee*), pegi seminar same2, s2dy a.k.a dating tiap-tiap hari, saling meniru dalam test, jalan g n balik kelas same2..and u knw wut, kalau ade claz dalam computer lab, siap leh berbalas email cinta lagi..wakakaka=) geli pulak bile ingat balik..setiap kali dinner faculty, mesti i akan dapat a bouquet of roses..dari sape lagi wei..ehem..ehem..lu pk ar sendiri!

hurm..ape pun, kenangan-kenangan indah zman kampus dulu tetap i ingat sampai bila-bila. tak terbeli dowh those experience, those moments..jangan la i ditimpa malang sampai hilang ingatan! lain la kalau memori tuh leh save dalam external HD ke, thumbdrive ke, burn dalam cd ke kan..




p/s: buhsan bile dh keje! i wish i could turn back the tyme!





Share/Save/Bookmark