
dalam dunia ni tak ada seorang manusia pun yang terkecuali dari merasai apa itu CINTA. ada yang merasai manisnya cinta, ada yang rasa cinta ni sepahit hempedu, ada yang kata dia benci pada cinta, ada pulak golongan yang tak percaya pada cinta. cinta boleh menimbulkan bermacam-macam rasa dalam diri manusia. dan adakala cinta jugak boleh merubah manusia samaada menjadi lebih baik, atau sebaliknya.
Cinta mempunyai pelbagai sisi. Cinta sesama manusia, cinta kepada Tuhan, Cinta kepada hidupan dan sebagainya. tapi yang paling femes hof cos la cinta sesama manusia kan?
Cinta sesuatu yang indah. namun halangan-halangan yang wujud dalam ssebuah percintaan itu yang membuatkan cinta itu wujud dalam rupa yang berlainan.
Cinta itu membahagiakan bila wujudnya perasaan cinta dua hala. saling cinta dan mencintai. tapi cinta ni menyakitkan bila ia melibatkan perasaan satu hala je. dalam bahasa mudah syok sendiri la. malah konflik bertambah parah bila kita cintakan orang lain, tapi orang lain pulak yang menghulurkan cintanya untuk kita sambut. sakit bila lain yang diharapkan, lain pula yang datang.
Cinta adakalanya tak perlu diucapkan. perlakuan dan lirikan mata seseorang dah cukup untuk memberitahu bahawa cinta itu wujud. tapi kadangkala, bila cinta itu tak diucapkan, kita sendiri akan jadi keliru. adakah ini benar-benar cinta atau hanya mainan perasaan?
orang kata cinta itu buta? hakikatnya cinta tidak pernah buta. love is not blind, love just doesn't mind. kadang-kadang bila kita lihat odd couple berjalan berpimpin tangan, kita akan cakap, buta ke apee perempuan tu. muka lawa, kecik molek, tapi apesal die pilih boifren macam orang utan? gemok, hitam, tak hensem pulak tu. tak sepadan lansung. kita cuma pandai komplen je. kita mungkin tak nampak apa yang perempuan kecik molek tu nampak pada boifren dia.
orang kata tak de duit takde cinta. kasi yilek, kasih yilek.
harta itu sesuatu yang boleh kita usahakan, sesuatu yang boleh kita cari dan kekayaan itu sesuatu yang boleh dibina bersama. takde gunanya kalau kita berkahwin dengan bisnesman harta juta-juta, sekali ishtihar bankrup. harta juta-juta tu boleh lenyap dalam sekelip mata je. tak dapat dinafikan wang adalah sesuatu yang sangat penting dalam dunia. semuanya melibatkan wang. malah kalau takde wang, ko berak kencing la kat tepi jalan sebab masuk toilet pon kene bayar.
CINTA..hanya yang pernah merasaai akan mengerti

C.I.N.T.A