Wednesday, September 30, 2009

makin besar

bermukabuku memang menjadi agenda wajib hari-hari
bile tengok je dinding mukabuku tadi
i merasa tua sebelum waktu
ko orang pertama!! walla wei!!
terharu aku (T_T) sob..sob..
(tetibe hari ni aku rase ko hensem. tapi hari ni je..)

dulu i besar ni je..cepatnye mase berlalu..



Share/Save/Bookmark

KARAM SINGH WALIA ADE BELOG TAK?

hah..soklan untuk para bloggers
sape penah jumpe belog encik karam nih?
sila-sila lah berikan link

sorang bloggermet nih
menceritakan kesengsaraan yang dia alami (chewah!!ayat skema seyal)
berikutan dari pembakaran sampah secara haram
ada penduduk yang tak dapat tidur lena
sebab hidung tersumbat dek asap pembakaran sampah
tau tak, sampah tu bukan setakat tulang ayam, tulang ikan
malah ade bekas polisterin, ade plastik
bila bahan-bahan macam ni terbakar
bahan kimia merbahaya dibebaskan ke udara
kenapa tak ada pihak yang ambik tindakan?

ekceli di sini la pentingnya
seseorang wartawan mewujudkan belog
hah!!mcm belog en mazidul kat blogroll sebelah ni
belog ni boleh jadi salah satu media perantara
antara wartawan dan masyarakat
wartawan berperanan melaporkan
macam kes pembakaran sampah ni
kalau masyarakat buat aduan kepada pihak berwajib pon
entah diambil peduli entah kan tidak
jadi tindakkan agresif wartawan ini yang amat kita harap-harapkan

oke banyak lak menceceh..stop sini dulu




p/s: acap..jangan lupe homework aku kasi.. (p/s yang takde kene mengena)



Share/Save/Bookmark

gambar raya kat studio



malas ar cakap banyak
bayar RM220 untuk hasil yang sebegini hampeh
lu memang ham sap la cha, ya, nun , alif

Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 29, 2009

kita sengih aja

seemosi mana pun i
semarah mana pun i
rasanya masih berhemah
nada pun tak pernah selantang mana
tak pernah bernada menuduh membuta tuli
walau ketika itu emosi melebihi akli

kenapa perlu berburuk sangka
kalau yang buruk itu datangnya dari diri sendiri
kenapa suruh org lain renungkan diri
kalau diri sendiri pun gagal merenung diri

guna la pertimbangan wajar
andai berfikir dulu sebelum bercakap
kenapa adakala apa yang disampaikan
di luar batasan dan kewajaran

bila kita sedih
dia kata kita buat drama
kita kata tak apa
sedih kita, dia tak rasa
luka kita, dia tak tahu
kita tarik nafas dalam-dalam
biar la dia nak kata apa, asal kita tau siapa kita

dia kata, kita yang dia kenal tak ramai pun kawan
tak ramai ke kawan kita?
kawan dari sekolah
kawan dari kampus
ofismet lame
perlu ke kita tunjuk testimonial?
owh..tak perlu nak buktikan apa-apa
biar kita sendiri tau
biar kawan-kawan kita tau
kita tak perlu kawan beribu-ribu
andai kawan tu tak ikhlas pon dengan kita
kita tak perlu kawan beribu-ribu
sebab kita punya kawan-kawan yang setia

kita tahu di mana kita berdiri
kita tak perlu memuji diri sendiri
andai punya teman-teman untuk memuji
kita tak pernah bangga diri
sebab kita tak pernah rasa diri kita bagus
tapi kita cuba berubah untuk jadi bagus

teman-teman kita
kawan-kawan kita
penting untuk kita
tapi kalau kawan kita geli dengan kita
jauhkan diri dari kita
kalau menyampah dengan kita
jangan tengok muka kita
kalau rasa kita busuk
tutup hidung
berdiri jauh dari kita

sebusuk mana kawan kita
kita pernah kata tak apa
semenyampah mana sikap dia
kita pernah sengih je
tapi itu kisah lama

kita dah malas nak fikir banyak-banyak
sebab sebelum ni kita dah banyak fikir
fikir punya fikir
takde penyelesaian jugak
dia tak suka kita buat apa yang dia tak suka
tapi dia fikir kita suka ke?
bila dia buat benda yang kita tak suka?
kita dah penat fikir
kalau dia tak gembira dengan kita
kita kata tak apa
sebab kawan-kawan kita tak pernah kata mereka tak gembira
apa kita boleh buat?
kita sengih aje







p/s: kita dah sakit kepala. betul jugak, kita tak boleh anggap orang lain macam kita. bila kita ikut rentak kita, dia kata dia perlu masa. dia suruh kita stay away. sebab esok lusa dia oke. tapi bila kita ikut rentak dia, kenapa dia nak terasa? kalau sumbang rentak tari, mengapa disalah lentik jemari? maaf la andai terkasar bahasa..








Share/Save/Bookmark

TAG : from HOPE the inner me

Your hair color: black (hitam itu gojes!!!)
Do you kiss on the first date: No
Worst fear: facing failure and rejection sob..sob..(T_T)
Your weakness: Cinta (hehe..same mcm HOPE. i alih bahasa je eh)

Best gift you have received: cintanya.. (thee..thee..blushing)
Best compliment someone gave you: "You are cute" (haha..cute kew???)
Best thing to ever happen to you: when i'm afford to own a car named Kelabu Gemok

Favorite perfume: ESCADA island kiss
Favorite sports team: M.U (glory..glory ..Man United..)
Favorite drink: Iced Lemonade
Favorite getaway: Korea
Favorite pasttime: Reading, Lepak-ing, Shopping..
Favorite reality show: well..i dun have time to watch TV *sigh*
Favorite clothes: simple yet chick
Favorite restaurant: McD & Winter Warmers (owh i loves the tea..)
Favorite movies: Horror, Comedy, Romantic
Favorite TV show character: Betty in Ugly Betty
Favorite subject in school: Mathematics..owh i love calculation..sedar-sedar je, eh dah abis kelas???
Favorite day of the week: Friday..and when Friday comes i'll say T.G.I.F
Favorite childhood memory: join my fellow classmates on a vacation to Langkawi Island..darjah 6 wei mase tuh..pandai i jaga diri..
Favorite Actor: Fahrin Ahmad
Favorite Actress: Umi Aida

Love or money: Love..but i want both...please...
Chocolate or Vanilla: Vanilla
Pizza or Burger: Burger..makan di McD..
Kisses or hugs: haha..both..i'd loves to have both..
Passive or aggressive: aggresive
Morning or Evening: Morning
Summer or Winter: Winter

Ever won a sports medal: No..owh..i am not a sportive person..
Ever been out of your country: No
Ever bungee jumped: No..but i wish i could try it for once..hehehe..
Ever swam in the ocean: No..i can't swim..nak mampos??
Ever been in love: Yes
Ever broken someones heart: Yes..for twice..huh..i dun mean it..
Ever lied to your parents: Yes..haha..but at the end i'll get caught for cheating them..
Ever puked at a party: No
Ever danced all night long: No
Ever been fined by a traffic cop: Yes
Ever been to a drive-in-movie: Nope
Ever lied to teachers in school: Yes.. (cikgu buku saya hilang..padahal tak siap keje)
Ever dyed your hair: No

Had your heart broken: Yes..
Broke a bone: No
Any tattoos: No
Done anything you regret: Yes
Your dream vacation: a place that i can be alone with my lover.. (thee thee..gatai)
Do you hate anyone: No
Hip-hop or Rock: owh no..i would say no to both..
Country you'd love to visit: Korea
Craziest thing you've done: drive from Penang to Ipoh alone on the early morning. around 3am..

Your craziest dream in life: I wanna be a superstar.. boleh??
Do you swear a lot: No
Your best buddy these days: Hanum!!!
Are you a health freak: huh..not really
Vehicle you drive: A car named Kelabu Gemok

** I'm tagging Cik Som Al Kisah, Acap Ashraaf Komplen, Kak Tika Sweetheart, Fird Firdhaikal Chinta Illahi, Firdaus Manot Diaries and Kak Wyza Bicara Hati.
Please answer all the questions and tag another 6 bloggers.




p/s: sume kene buat oke homework i kasik nih..Cik Som, jangan sesak napas..tarik napas panjang-panjang dan simpan napas tuh..leviu Cik Som..Acap, ko jgn degil. buat eh.. Pukol kang..Kak Tika, ade mase lapang buat eh, Fird..tak kira..bz pon kene buat gak.. kene gak..buat gak..Manot, ni 1st tyme aku tag ko eh. wajib buat and lastly..Kak Wyza..shira janji tag kak wyza nnt shira buat..hehe..duk bersawang tag tuh dlm fesbuk..
Share/Save/Bookmark

CHAPTER 1: hidup ini

tatkala diri ini menangis
menghamburkan segala duka dan lara
yang lain hanya mampu melihat
hanya mampu berkata
"sabar la"
tatkala sedih dan hiba menggunung
memang itu yang mahu kita dengar

tatkala diri ini mengeluh
teman yang lain berkata
"hargai setiap chapter kehidupan kamu"
ya..biar manis, biar pahit
harus dihargai, ditempuhi

adakala luka yang ditinggalkan
membuat kita menjadi lebih kental
aku mahu tutup chapter ini dengan hati yang kental
dada yang lapang
tanpa dendam mengiringi
hanya doa menyusul
agar dilimpahi kebahagiaan sentiasa


Share/Save/Bookmark

Sunday, September 27, 2009

MAKAN MARILAH MAKAN, MARILAH MAKAN BERSAMA SAMA




semalam attend rumah terbuka ofismet i
kol 9 kot baru i gerak
bertandang kat situ santak ke sepuluh lebeh
dah namanya pon open house, makan la ape yang ado
semua mesti rasa
minggu depan kene timbang berat nih
sah-sah berkodi lemak baru terhasil







p/s: hapdet dua tiga patah perkataan je cukop, migrain melanda. kepada sahabat handai, i tak leh ar nk chat santak ke tgh malam..owh ye, credit kepada kak D sebab mengkormersialkan word 'santak' dekat i..lately terer lak gune perkataan santak nih..


Share/Save/Bookmark

Saturday, September 26, 2009

PENGEMBARAAN BERMULA

sesungguhnya..
hari ni hari yang saaaaaaaangaaaaaaaatttt JAKUN!
ini entry yang ke-empat untuk hari ni

sampai je dari sg petani tengahari tadi
i rehat jap
kasi tegak sikit pinggang, kasi kendur sikit urat-urat
(chewah! mengalahkan golongan nenek2 lak)
sejam lepas tu
i pun..........


ting!
terpacak kat dalam Jusco

i nak beli toiletteries sikit kat Watson
pastu bercadang nak beli flip flop (hek elen..panggil selipar sudey!)
selipar yg i pakai sampai berkurap tuh dah putus
i nak bawak kete pakai selipar ape? i nak mendaki tangga ke "pent house" i ni pakai high heels ke?
owh TIDAAAAKKK!

bersama-sama dengan Mimi, osmet i
kami pon melaungkan slogan
"PENGEMBARAAN BERMULA!"

hurm..kalau dengan Mimi
bukan kata flip flop
hah!!! tgk nih
kat bawah ni..potongan 50% oke


sungguh!!i teruja! apetah lagi dengan rona neon camnih
Mimi pulak i dah nampak macam pom-pom girl
bertambah naik semangat i untuk memilikinya

akhir sekali, sampai je di rumah
i menongkat dagu
termenung
ambil kalkulator
tik tok tik tok i menekan
sambil berfikir
cukup ke? gaji berapa hari bulan eh???


Share/Save/Bookmark

TAHAJJUD CINTA

TAHAJJUD CINTA

kau datang ketika duka
dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga
kau datang ketika duka
dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga

ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
tetap pedoman di kesesatan
kusunyi dalam gembira
perit pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga

terlalu lama
aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang kudamba
tiada yang sempurna hanyalah fana
tuhan ampuni hambamu

kau datang ketika duka
dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga

ku rebah didada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

ya tuhanku
hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahiku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud





~siti nurhaliza~

Share/Save/Bookmark

KUPERCAYA ADA CINTA

KUPERCAYA ADA CINTA


Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahNya…pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tidak satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Tidak sia-sia aku diuji..

Ada hikmah yang pasti..
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi





~Siti Nurhaliza~Align Center

Share/Save/Bookmark

cita-cita: D GOJES GRANNY

Jam 11.16 pagi, Sabtu
masih di rumah Tok (gelaran untuk nenek)
hahaha=) to be frank, bangun pon tak sampai sejam
matahari dah 60 darjah di atas kepala, baru reti nak bangkit
padan la pon
mlm tadi jam 3pagi baru i tidur
melayan kawan-kawan berchatting
baca blog kawan-kawan

jap lagi nak gerak balik ke penang
ada rumah terbuka pulak
sebelom balik tu, bermesra dulu dgn Tok
kelebek rambut tok
cari rambut putih yang menyorok-nyorok di sebalik rambut hitam Tok
Tok dah melewati usia 60
tapi rambut hitam lagi oke
tak ada pewarna tiruan
tak ada inai
hah!!uban yang tumbuh pon baby-baby je
naik juleng mata i nak cari
harap-harap i amik la gen Tok yang satu ni
rambut hitam berkilau lagi even dah masuk usia emas
owh..i wish i akan jadi nenek yang gojes bila i dah tua nanti
dan i nak dengar dialog macam ni
"lorh!!tu nenek you ke? i tot tu mommy you"

hehehe =)


Share/Save/Bookmark

Friday, September 25, 2009

MOOD SENYUM


hari ni mood i bagussssssss sangat

oke, last nyte i goggle pasal psoriasis
then i jumpe satu website
Malaysia Psoriasis Organisation
ade state phone number kat situ
jam 9 malam
dengan rasa tak sabarnya, i dial no tu

dipendekkan cerita, i bercakap dengan Mrs Eugene Cross
masa mula2 cakap tu i oke la
pastu i dah tak boleh tahan
it's hard to accept the fact that i am suffering the disease that can't be cured
this is one kind of autoimmune disease
menghasilkan sel kulit yang berlebihan
adakala menyerang sendi
dan berisiko untuk dapat psoriasis arthritis jugak
luckily i tak seteruk org lain
i masih boleh pergi ke mane saja
pakai apa je yang i nak pakai

cuma satu yang i regret
ekceli i dah dua kali ambik injection
injection memang cepat baik
tapi boleh buat keadaan jadi lagi teruk

ekceli benda ni kena kawal secara semulajadi
i have to control my diet
elak seafood yg gatal-gatal
elak daging
ikan pon, cume beberapa jenis ikan je yg boley makan
tenggiri, salmon, bawal
adik beradik sardin, kembung dan yang seangkatan dengannya tak boley makan
makanan yg panas2 mcm durian pun kene elak
i have to consume a lot of plain water
minum air kelapa
dan yang paling penting jauhi stress
stress akan buat keadaan jadi lagi teruk
owh!!horrible!

hari ni i positif
Carrie Dee, pemenang American Next Top Model season berape ntah
die pun suffer psoriasis
tapi boleh je jadi model
melangkah dengan penuh yakin di pentas peragaan

so hari ni i tak nak fikir lagi bende remeh temeh
yang boleh buat i tension
sape-sape yang ruin-kan mood i yang bagos ni
siap!!! (sambel buat mimik muke gangster)




Share/Save/Bookmark

Thursday, September 24, 2009

around da kona


good luck and all the best
kepada semua s2dent di Malaysia
yang bakal menempuhi final exam tak lame lagi

good luck untuk diri sendiri jugak
exam is juz around d kona
stadi weh stadi!!!!

Share/Save/Bookmark

small piece of words


it shouldn't be this way
things would be easier
talk to each other

you look at me
i look at you
u speak, i listen
i speak, u listen
things shouldn't be this way


Share/Save/Bookmark

7 hari lagi


tinggal tujuh hari lagi
i wish i could have a very wonderful time on that day
i don't ask so many things
i wish to be surrounded with happiness
i don't need a celebration
makes me laugh with a small stupid jokes pun dah cukup untuk i

and i also wish
i jugak boleh buat org di sekeliling i gembira


Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 23, 2009

LAMBAIAN MESRA KEPADA BUMI PENANG


lepas tol Juru nih..sempat oke snap!!!



Penang...i'm back
to rock ur land!!!! (ganaz tak????)
well...baru sampai Penang
jejak je kaki dalam rumah,
hujan turun mencurah-curah
i pon menarik napas lega
nasib baik timing ngam-ngam

nasib baik dengar ckp ibu
balik lepas asar
kalau lambat
mmg alamatnye tersekat dalam jammed dan hujan lebat menderu-deru
tak rela u..

mase siap-siap nak balik penang td
anak buah i sms
tanye alamat rumah pulak
omg..i was so sorry wiwi
ur bos dh siap-siap nak balik Penang
esok i keje maaaa
soriiii la sangat-sangat
nnt la i beraya rumah u
*ghee* janji manis...

awal rasanya i balik
alamat duk sensorang la
rumah i akan kembali seperti sediakala pada ahad ni
para osmet akan balik memeriahkan kembali rumahtangga kami
borink ah duk sensorang
nak kuar g window2 shopping malas lak
hujan mencurah-curah




Share/Save/Bookmark

balik penang sambil memandu gemuk kelabu


gerak balik penang petang ni
plan nak gerak malam
alahai..
ibu tak bagi lak
spoil ar..
akur dengan larangan ibu, so i pon tukar perancangan

hopefully h'way tak jammed rini
hurm..i pon takde lak tgk news ke, dgr berita ke
bz sempena raya ni

owh ya..
balik penang ni, nk jumpe syed zack jack
nak melangsaikan ape yg patut dilangsaikan
teringat balik peristiwa kelmarin di giant
chewah!!!leh wat tajuk drama ar
nasib baik jumpe kwn i yg muke ala-ala hero bollywood nih
kalau tak, mau bertahun i queue kt kaunter
queue panjang giler swine
mmg tak hengat2
dh ar rushing tyme tuh
nak amik hanum yg tak berape tau jalan lagee
secara tak langsung i dh terhutang si zack nih
bile i nak amik resit nk kire wape total barang2 i
atuk zack yg rock nih ambik balik resit tuh
"jangan tunjuk die. simpan. ala berapa sen sangat"
dalam hati i berkata-kata "mana boley ini macam atuk"
macam tau-tau je ape i ckp dalam hati
then atuk zack ckp "alah..belanja zack makan mee kari sudah"

semalam, sempat i mencuri sedikit masa
g cuci gemok kelabu yg i chentai
kesian gemok kelabu i
dh lame tak mandi snow wash
asyik mandi air hujan je
nasib kau le kelabu
dapat tuan yang pemalas tahap dewa
hari ni sure kau happy kelabu
meluncur di atas lebuh raya dalam keadaan yang bersih suci berkilau
baru ar mempesonakan

sambel tunggu kelabu i dimandikan
leka i membaca the Secret
suddenly ade sorang bro nih tegur i
"dah abis baca buku tu"
then i angkat muka, sambil menghunjurkan sikit buku tu i tanya
"buku ni?"
die angguk
i menyambung
"belum. separuh pon tak sampai lagi ni" and coversation pun berlanjutan
wahahaha..tak sangka buku ni menarik perhatian org
tuntasnya, untuk menjadi menarik, bawa buku ni ke mana sahaja anda pergi
hahaha..wut a ridiculous myth!!

oke i nk stop sampai sini
banyak lak merepek
selamat hari raya ke-empat semua



Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 22, 2009

JIN NOTTI WIT SIBLINGS

raya pertama dan kedua memang meletihkan
so mlm td i reward myself
kita enjoy!!!!!
i went out for a movie
Jin Notti




well..movie ni not bad la
jenaka dalam movie ni memang menjadi
movie ni berunsur satira
maknanya dalam jenaka, ada mesej yang disampaikan

movie ni mengisahkan Notti (fafau), jin yatim piatu,dihantar ke dunia manusia sebagai hukuman sebab berkelakuan baik di dunia jin
berkelakuan baik merupakan satu jenayah berat di dunia jin
notti turun ke dunia manusia dengan harapan dia dapat belajar skill2 jd jahat
3 kali dia dihantar ke dunia manusia
dia masuk ke dalam badan Rubi (budak punk), Yvonne (gelfren gangster, Boboy) dan Sharifah (peguam ternama)
at last notti mintak diturunkan ke dunia manusia untuk selamanya
kali ni notti turun jadi Mimi pulak
u ols tgk sendiri la
overall mmg best
i bagi 9/10 star
chillllllll!!!!!!

Share/Save/Bookmark

Monday, September 21, 2009

DEKAT DI HATI

i bring it everywhere
EVERYWHERE...


Share/Save/Bookmark

natrah a.k.a maria hertogh


i berminat untuk explore cerita tentang Natrah ni bila i dengar Erma Fatima nak produce teater Natrah
dari situ i mula tertanya-tanya
siapa Natrah?
Natrah ni tokoh mana pulak?

bila diselidiki, rupanya Natrah ni seorang wanita Belanda
dipelihara oleh seorang wanita melayu bernama Che Aminah
die diserahkan kepada ibu angkatnya (Che Aminah) ketika dia berusia 5 tahun
Natrah diserahkan kepada Che Aminah oleh nenek dan ibunya tanpa pengetahuan bapanya
ketika itu bapanya berada dalam tahanan tentera Jepun

setelah perang tamat, bapa Natrah a.k.a Maria dibebaskan
mereka sekeluarga pulang ke Belanda tanpa Natrah
kisah tragis Natrah bermula apabila bapa Natrah menuntuk hak penjagaan ke atas Natrah
untuk menelusuri susur galur perjalanan hidup Natrah
kunjungi laman web wikipedia 1 dan wikipedia 2




Share/Save/Bookmark

hari raya kedua, Hanum & Family

hanum baru je balik
ish dpt jumpe kejap je
bile mak bersuara tadi terus kitaorg saling berpandangan
"kakak, jom la kite beransur"
adoiii...mak ni spoil la..
dah hanum n me saling berpandangan
"ala...kitaorg tak puas lagi jumpe ni" *sigh*

mak dengan ibu berborak pasal majlis hanum yg akan berlansung nnt
tyme nak balik tu, sempat pulak mak berbisik
"shira nnt cepat-cepat ye"
i pun berseloroh
"ala shira ni entah bila. dengan yg baru ni pun baru dating sekali. cmne tuh?"
berderai ketawa kami

i dengan hanum duduk berdua macam belangkas
berborak..kemudian meletus la ketawa kami
sambung borak lagi
sesekali berbisik
pantas benar masa berlalu
sampaikan nak snap sekeping gambar pun tak sempat
hurm...







p/s: cupcakes perisa vanilla hampir kehabisan stok setelah ditapau oleh hanum..kalau bukak bakery, i tau i dah ade sorang pelanggan tetap *ghee*


Share/Save/Bookmark

I NEED YOUR GUIDANCE



tiba-tiba je sedih
siang td hepy2 je
bile mlm mood swing pulak
patut ke i salahkan pms??? (masih tak mahu mengakui kesememehan diri sendiri)

tp i mmg sedih
sedih bila i sedar i terpaksa melepaskan
melepaskan sesuatu yg i sayang
sebab harapan tu tak pernah wujud untuk i
i mahu tunggu
tapi takde petanda yg menunjukan i patut tunggu
tanda untuk i melepaskan tu ade la
(caution!!emosi kurang stabil. sebarang ayat luar biasa haruslah diabaikan)

bermonolog dengan diri sendiri
"i kol u semalam. u tak pick up. kenapa?"

"dulu i rasa u macam ade tinggalkan tanda-tanda yang membuatkan i rasa seperti berada di taman bunga. tapi kenapa tanda-tanda tu tiba-tiba sirna?"

"i dalam dilema. haruskan i menerima yang hadir itu dan berhenti menunggu sesuatu yg tak pasti?"

"hati kata i patut tunggu. tapi akal kata buka lah pintu hati untuk yang org yang mengetuk pintu hati tu. untuk apa menanti sesuatu yg tak pasti, bodoh!"

"masalahnya hati ade sekeping je. boleh tak bahagi dua? separuh tunggu. separuh lagi terima sipolan yg mengetuk pintu hati tu? urgh!!!tu bukan je kejam dengan org lain. malah lebih teruk lagi kejam dengan diri sendiri. and again..bodoh!"

"i mahu kepastian. kepastian dari dia. jadi i dpt buat keputusan tanpa berbelah bagi. tolong beri kepastian. jgn berteka-teki dengan i. u pon tau tahap sengal i kan. jd tolong berterus terang"

kesimpulannya, bermonolog dengan diri sendiri tak mendatangkan hasil apa-apa. malah membuatkan i bertambah sememeh ade la. ya Allah..i need Your guidance..please... (T_T)






p/s: tak suka dengan apa yang berlaku. but this is life..bengkek je bila otak kusut!




Share/Save/Bookmark

Sunday, September 20, 2009

RAYA!!!!!!!!



RAYA!!!!!!!!!!!!!!!
raya pertama di Ipoh je
bangun pagi-pagi, bertungkus lumus masak spaghetti meatball
fav i tak kira di mana jua

rutin i setiap tahun hari raya
i mesti akan pakai baju raya sehari suntuk, santak ke malam
kalau tak pakai baju raya, tak raya rasanya
biar la panas ke, ape ke
kuredahi jua
kalau nak tgk muka i ni berwarna sikit, time raya la
sehari suntuk muka i berwarna
kejap-kejap kang, touch up
obses raya oke
hari raya adalah hari untuk kita bergembira
hari untuk kita berhias diri

masuk tengahari sikit, i kene masak spaghetti round ke-2 pulak
coz spaghetti round pertama dh langsai dengan jayanya
dalam sibuk melayan tetamu, sempat jugak kitaorg satu family lari g kedai gambar sat
amik gambar raya
ni sume idea ibu la
nnt gmbr dh siap, i upload oke

skang ni jam 4
hahaha..rumah pon dh lenggang
boley la i luang masa ber-belog
tapi dun wory
i jarang biar belog ni bersawang-sawang
ade je entry baru
even kadang-kadang tak menarik langsung
kadang-kadang i sendiri pon nak muntah bile baca balik

owh ye
di kesempatan ni
i nak memohon ampun dan maaf
khasnya kepada rakan-rakan belog
jemput-jemput la datang ke rumah! =)



Share/Save/Bookmark

Friday, September 18, 2009

:: KISAHNYA..RAYA DATANG LAGI::


dua hari lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya
Aidilfitri pula menjelma
meraikan kemenangan umat-Nya
yang berjaya meng-accomplishkan ibadah puasa di bulan Ramadhan

bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba
sepuluh jari disusun
dengan setulus hati
ampun dan maaf dipohon
yang salah diampuni
yang silap dimaafi

wah...ayat!!!!

hurm, sempena raya yang bakal menjelang ni
budak-budak memang terkinja-kinja la
tak sabar nak pakai baju baru
hari-hari ciwi baju baru depan cermin (oppsss..mcm ade experience je..*giggle*)
kasut dh siap-siap letak tepi pintu
senang nnt nak pakai
dalam otak dah mencongak-congak duit raya
rumah makcik esah dapat singgit
rumah makcik joyah dapat dua ringgit sebab makcik joyah kaya sikit
ade pulak yg dh siap-siap bincang dengan kawan-kawan
nak beraya rumah makcik mana dulu

menjelang je Aidilfitri
kaum wanita la yang paling kusut
cukup ke baju raya dua pasang ni?
bila bejalan ke butik-butik
iman dan nafsu membeli tercabar pulak
hujung-hujung ramadhan ni
harga memang jatuh merudum
diskaun boleh buat mata kita juling
kalau tak kuat melawan nafsu berbelanja, mau diusung tiga pasang lagi baju
tu baru bab baju raya
belum lagi bab tukar langsir baru
ada pulak yang tukar perabot baru
bukan tu je
dua tiga hari menjelang raya
buat checklist kuih raya pulak
cukup ke tat gulung tu, ke nak tambah lagi
alamak! biskut makmur tak ambik lagi kat rumah si meriam
lagi sehari nak raya,
ada yang sibuk menyelak majalah resipi
mengintai-intai menu istimewa untuk disediakan di pagi raya

kaum lelaki pun tak kurang kusutnya
bagi yg dh berkeluarga
nak tambah tolak budget
isteri nak tukar itu, nak tukar ini
lepas tu nak sediakan duit raya untuk anak-anak lagi
anak sedara, anak jiran

walau sehebat mane
se-grand mane pun persiapan raya kita
jangan berlebih-lebihan
berbelanjalah ikut kemampuan
takut nanti lepas raya, ada pulak yang hari-hari makan megi

btw, untuk raya tahun ni
duit raya, i dh siap-siap masuk dlm sampul
kuih lagi dua jenis tak siap buat lagee
baju raya dua pasang
oppssss!!!!tapi lagi sepasang tu i tak siap jahit manik lagee
erk!!!camne nak raye???? isk..isk.. (T_T)




Share/Save/Bookmark

Thursday, September 17, 2009

berbuka d SABAR MENANTI (small gath)

wit LALA (selamat pagi cekgu!), AINI (wifey to be) & AIDA (engineer to be)


wit FENDI..bisnesman merangkap tokey 'besar'


wit LALA..asyik gelak je wit makcik nih..


AIDA menjeling tajam..impressed dengan skill amik gambar versi syok sendiri i


gelak tak hengat-hengat..sampai rasa nak muntah oke!!!funny sangat



berbuka di Sabar Menanti
tp tak cukup satu korum
Syed @ Zack Jack tak jadi pulak datang sebab opah sedara die meninggal

kitaorg meet kat SM jam 7pm
mak aii
ramai giler org oke
plan nak order hidang lauk
last2 amik buffet je sbb dh nk dkt berbuka sgt
sebab ramai sgt org
air pulak, lain order lain dapat
order yang jumbo dapat yang biasa
at last i order lagi satu ayaq
dahaga oke!!

lepas berbuka si Fendi tanak lepak lame2
nk g terawih pulak
so kitaorg kaum2 wanita ni berpakat nak sambung lepak
kitaorg ke Jusco
nak muntak i ketawa
dah ar dengan perut kenyang
ketawa tak hengat2
banyak sangat benda nak update
sampai kering tekak
imbau kenangan zaman scol tu mmg topik wajib la
best sangat
raya ni janji nak jumpe lagi
kali ni dgn crowd yg lebih besar lagee...
*wink*

Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 16, 2009

F.R.I.E.N.D.S.H.I.P


friensdship
bila dua org atau lebih
berkawan
share good things and bad moments together

persahabatan ni bukan sekadar kawan
yang kita jumpa, hye-hye bye-bye
persahabatan lebih mahal nilainya dari cinta
saling memberi dan menerima
saling berkongsi
adakala saling bertelingkah

dalam persahabatan, tak pernah ada ertikata mengambil kesempatan
persahabatan sesuatu yang ikhlas
yang susah dibantu
bila senang dikongsi
yang buruk diterima
yang baik dibanggakan

tapi kenapa adakala mereka keliru
sahabat dan kawan sesuatu yang sangat berbeza
bukan saja keliru
malah ada juga manusia yang tak tahu bagaimana caranya menghargai persahabatan

bersahabat lah dengan mereka yang sudi bersahabat
bersahabatlah selagi ada yang sudi untuk bersahabat
bersahabatlah dengan penuh rasa tulus dan ikhlas
sebab sahabat ni hadirnya bukan selalu
dan bukan mudah juga kita nak jumpe dengan seseorg bergelar sahabat
hargailah sahabat bila sahabat itu ada





p/s: sahabat i, hanum dh janji nk bertandang ke rumah raya ni. hepy sangat!!!plus, sure hanum akan tapau cupcakes yg i buat..like d previous years..n i am very proud sampai i penah berangan nak bukak bakery..





Share/Save/Bookmark

bibik ke giant

ibu kate, "sebijik macam bibik nak g market" ape pun kutukan yg i terima, i tetap malas. alah..g giant je pun...



sepetang kat giant semalam
beli bahan-bahan buat kuih, beli siap2 bahan buat spaghetti & fruit cocktail utk raya nnt

otw lik umah, singgah pulak bazar ramadhan
terserempak dengan kawan tmpt keje lame, kak Nita
berborak la serba sedikit, menghapdet life yg terbaru
yang i hepy sangat
kak Nita ckp i dh kurus..
hahahaha=) yeah!!yeah!!
tiba2 terasa kenyang
rasa tak lalu nak makan la pulak

hurm, ptg ni srikandi & hero berlima bukak pose same2
bukan ape, dat day Fendi kol, die tanye bile nak bukak pose same
pastu bila i kol Lala pulak, statement yg same jugak. "wei shira, bile nak bukak pose same?"
so ada baiknya buat gathering bukak pose same2
lagi pun banyak bende nak hapdet
ye la i tercampak merantau ke Penang, sedangkan yg lain2 semua kerja kat Ipoh ni je

i pon mcm biase la
menjalankan tugas hakiki mengumpulkan teman rapat
untuk menambahkan korum
bile i kol Syed, ayat biase die "no hal"
yang tak tahan tu, ade pulak statement tambahan
"memandangkan ko dh cuti shira, aku lantik ko jd pengarah projek"
oke..fine. mentang-mentang ar i cuti awal, u ols buli i eh
isk isk (T_T)







Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 15, 2009

tak kenal, maka tak cinta


ramai org confuse
kaitan antara suka, kasih, sayang dan cinta

seorang teman penah cakap
kalau takde suka, tak kan wujud kasih, sayang & cinta
teman i ni, tak percaya pada cinta pandang pertama
ekceli i setuju dengan pandangan teman i ni
apa saja yg berlaku, pasti ada permulaannya

kata sorang teman yang lain pulak
die takut untuk bercinta
biar la sampai ke stage sayang je
sebab kalau cinta, bila die hilang cinta tu, insan yg die cinta akan hilang terus dari hidup dia
tapi kalau sayang ni untuk selamanya

kalau cinta tu dibina dari awal rasa suka
bila dh tak cinta, rasa sayang tu pasti masih ada
tapi mcm mane pulak dengan cinta pandang pertama?
ade sesetengah orang, nampak je terus jatuh cinta
pada i, cinta pandang pertama ni adalah cinta berteraskan nafsu
tapi cinta yang dibina berperingkat-peringkat ni cinta yg ikhlas
saling memberi dan menerima
saling mengenali dan cuba memahami

tapi macam mana pulak kita menerima seseorang tu tanpa sekelumit perasaan cinta?
kirenye sebelah pihak je la yang cinta
perkara di dikupas kat blog cik chempaka
even dalam keadaan blur2
tp persoalan yg diketengahkan tu menarik oke
pada i, cinta tu boleh dibina
yang penting, kita kena bukak hati
untuk menerima seseorang itu seadanya die
memberi peluang untuk diri sendiri dan untuk orang yang cintakan kita
kata orang, tak kenal, maka tak cinta
*wink*

btw, di kesempatan ni
i nk buat special tribute untuk seseorang
yang menemani i bile i sorang-sorang
yang berperanan macam abang, membela i bila orang lain mengeji
menjadi kawan yang baik untuk i biarpun yang lain memalingkan wajah dari i
walau apa pun, die tetap kawan baik i, tetap best companion i, tetap abang i,
dan tetap perunding imej sambilan i..
pray for me oke!!!







p/s: dah lama tak makan McD dengan pakcik boroi





Share/Save/Bookmark

yeah!!!!!hepy-hepy holiday


dh kat Ipoh
i gerak kol 12.30am pg td
sampai dalam kol 2am
sampai je terus makan nasi
heaven!
dh 2minggu tak makan masakan ibu
ibu masak
asam pedas ikan, sambal petai, kacang kelisa goreng belacan, masak lemak tempe..
pas makan, tak tido
i melangut pulak tgk dvd cite Orphan
mmg psiko
i pun jd psiko tgk cite ni

kul 4.30 baru tido
bangun je mengadap blog
sibuk melayan kengkawan ber-ym

ptg nk g jumpe Ivy kat IT Paradise
harap2 la customer minah ni tak ramai
i ade masalah nk install game feberet i
The Sims
penyelasainnya...suh Ivy tolong buatkan..

ptg sok plan nk gather dengan sekalian classmate
pandai-pandai pulak si Syed lantik i jd pengarah projek
mentang-mentang ar i dh start cuti

kepada kawan-kawan yg masih bekerja
teruskan usaha
jgn jeles oke...
i dh cuti...
weiiihhhuuuuuu!!!!!

Share/Save/Bookmark

Sunday, September 13, 2009

LELAKI..huh!


lelaki
secara fizikalnya saja nampak gagah
kalau bertempik, suara tu boleh buat kita tersentak

lelaki..konon je deorg ni berani
hakikatnya, deorg ni penakut, pengecut!
takut nak berhadapan dengan hakikat
takut untuk menerima kenyataan
takut untuk mengambil risiko.
kalau panggil pondan kang marah

ekceli ni bukan provokasi
tak bermaksud pun untuk mem-provok mana-mana pihak
no offense!



Share/Save/Bookmark

bertobat la..

sehari suntuk makan angin ke pulau
bosan bile terperap je kat rumah
asyik tgk dinding rumah je
lame2 leh jd sewel
so i ajak bizmey temankan i
lagi pun i nak cari hadiah besday adk i

oke, sejujurnya i letih sangat bejalan
dh ar bulan pose
sebab nak relek sikit, i decide nak tgk muvie

The Ugly Truth
jalan cerita sangat best
lagi best dr muvie The Proposal oke
tp mcm ade sedikit persamaan dengan satu citer korea nih
Seducing Mr Perfect
tema utamanya, kesempurnaan bukan segalanya
ye mmg kita nak kan seseorg yg perfect
perfectly fulfill the 10/10 criteria yg kita set kan
but at the end, kita akan sedar cinta yg mcm tu tak kan kekal
sebab dlm sesuatu perhubungan, kesempurnaan tu dicapai bila
kita saling melengkapi
bukan dengan mencari seseorg yg benar-benar sempurna
saksikan The Ugly Truth di pawagam berhampiran anda
cite ni best
tak boring
series..
over 10, i bagi 9 bintang
oke..commercial break tamat!

hurm, afta muvie, sambung balik bejalan
sakan jugak la i shopping
konon nak beli hadiah besday adk i je
hurm..bohong je sume tuh
sakan i bershopping
utk diri sendiri

tak ckp dgn shopping mall
biz ajak pulak i g pasar malam kat frengghi
well, tmpt ni same je dgn Jonker Walk kat melaka
tp n. mkt kt frengghi ni lagi panjang
nak tercabut gak la kaki i
kat cni pun i memborong lagee
smpai licin cash i dlm purse
oh my..
i hilang kawalan
i nak bertobat..


::oke..njoy d pixta::










Share/Save/Bookmark

Saturday, September 12, 2009

ke-OBSES-an



ni la antara ke-obses-an i sekarang. layan games dalam facebook. keobsesan nih terbawa-bawa dari zaman kanak-kanak, ke zaman muda remaja sampai la ke zaman muda dewasa..hahaha...mind dat silly words..saje je nak highlitekan kat u ols yg i ni masih muda..

i memang tersangat obses dengan games. mase kawan-kawan sebaya bersengkang mata, bertungkus lumus belajar untuk SPM, i pun bersama-sama bersengkang mata jugak. bertungkus lumus menjayakan misi bermain game THE SIMS.

jam 10mlm bilik i dah bergelap. tidur la konon. modus operandi i dalam mengkaburi mata ibu memang berkesan. oleh kerana monitor PC menghasilkan sedikit cahaya, maka i pun sendal bawah pintu dengan kain atau boolster i..hehehe..maka dari luar, bilik i kelihatan gelap gulita la kan..uishh..bijak sungguh i.tp sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. satu malam tu i lupe nak sumbat bawah pintu. maka nampak la sikit cahaya keluar dari bawah pintu. sedang seronok mata i menatap THE SIMS, tiba-tiba pintu terbukak dari luar. macam nak tercabut jantung i, lagaknya macam nampak hantu..seraya itu di tengah malam yang hening, suara ibu bergempita..

"owh..ni kerjanya selama ni. main game sampai ke pagi, matikan sekarang! shut down sekarang jugak!"

lepas terpadam je PC, dengan tangkasnya Ibu mencabut semua wayar yang ada sampai takde satu pun yang tinggal..tsk..tsk.. (T_T) sedey..

sejak dari itu, i berjanji dengan diri sendiri, "takpe..takpe..dah besar nanti, orang beli komputer canggih2, orang install games banyak-banyak. time tu sape pun jgn kacau"

sesungguhya itu adalah azam paling ngok ngek yang pernah i buat. tp bile ingat balik macam comel je..hahahaha (mind d word comel tu. otherwise u ols akan meloya d bulan ramadhan nih)

oke i nak sambung layan sorority life kat fesbuk..daaaaaa.....



Share/Save/Bookmark

Thursday, September 10, 2009

yeah!!! yeah!!!dpt duit raya


duit Pictures, Images and Photos


syukran!!syukran!!!

dapat jugak insentif raya walau tak sebesar mana
belom lagee dpt insentif, dah berkira-kira, mencongak tambah, tolak, darab, bahagi dalam kepala ni
bile dh dpt nnt, sekejap je la nyawanya tu

kurang lebih sepuluh hari lagee nak beraya. sampul duit raya pun dah bersusun-susun
tinggal nak masuk kan duit je lagee
owh my..mentionin' bout duit raya, baru i teringat
i tak g tukar duit lagee kat bank
last week mane bank i pergi, beria-ia i tanye bila boleh tukar duit
tyme dah boleh start tukar ni, asyik lupe je pulak
pegi lambat-lambat nnt, ramai pulak umat manusia

plan nak nak start cuti nx week. 4 hari sebelum raya tapi cuti pon tak approve2 lagi nih. i'm a bit worried la. nak balik raya wei..semangat! awal2 lagee dh apply..bile tak approve lagi susah hati la pulak.
cepat la approve..meraung i nanti..

2day berbuka dlm kelas lage la jawabnya
thinkin..lepas kelas nak isi tank kat mane eh?
mamak nasi kandar, secret recipe, noodle station..
ke nak balik masak je kat rumah?
owh no..tak cukup kudrat rasenye nak keletang-keletung kat dapur..
hurmm...



Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 09, 2009

LOVE THE IMPERFECT PERFECTLY

Love Pictures, Images and Photos

LOVE IS NOT FINDING THE PERFECT PERSON..BUT LOVING THE IMPERFECT PERFECTLY..


i had a conversation thru ym wit my old fren this morning. we are talking bout our current life, bout the other old frens yg ramai jugak dah settle down, ade yg dah engaged dan sebagainya. when we are talking bout our life, i rasa bangga jugak berkongsi cerita tentang achievement masing2. but when she asked bout kawen, i dh bosan.

balik-balik soalan yang sama. and then tambah pulak lagi dengan assumption melampau.
"ko jual mahal sangat shira"
wei..bukan memang kene jual mahal ke? kene tunjuk ego sikit. lagi pun dengan orang yang kita tak suka, tak kan kita nak pretend..buat-buat suke.

ko nak cari yang hensem2 je"
ni tipu ar. tak semestinya. yang penting i selesa. tapi most of them buat i tak selesa. sape kate muke tak berapa siap tu, elok perangai? takde makne!!!ingat i ni ape? barbie doll? baru dating 2,3 kali dah nak macam2. boley belah oke!!tak pasal2 dapat terajang percuma.

"ko nak cari yang perfect, mane nak jumpe"
assumption2 mcm ni bukan datang dari die je. tapi dari kebanyakan org yang membangkitkan isu ni. oh my..

statement yang last tu memang tak bley belah. wei! i pun tau ar takde yang perfect dalam dunia ni.

you know wut guys..
i love the imperfect perfectly. but owh..demit..it's complicated..
this is TST..i guess..we both know
i lihat dengan mata hati, tapi dia tak









P/S: love is not blind..cuma kadang2 juling..hahaha =)

Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 08, 2009

balik kampong..ho ho ho balik kampong!!!

semalam berbuka puasa kat rumah tok (nenek). kan ke penang cuti nuzul Quran. so pg2 lagi i dh keluar g pasar kat Bukit Mertajam. Abg Nadz janji nak teman pegi pasar, tapi janji tinggal janji. dah la i tak biasa, malah tak penah pun g pasar sorang-sorang. tapi semalam i jd sangatlah berdikari. i pusing-pusing pekan BM tuh cari pasar. benda paling utama yang i nak cari adalah PETAI. abg nadz craving for sambal petai. dan memandangkan i nak balik kampung, tok i punye sambal petai pulak memang heaven, so pakcik ni pun nak mengekor i balik kampung.

lepas balik pasar, i siang sotong, basuh siap2 n simpan dalam bekas. pastu i lepak2 je sambel layan citer My Lovely Sam Soon.

jam 3pm kitaorg bertolak ke Semeling. kalau u ols nak tau, Semeling ni bersebelahan la dengan Sungai Petani. tak la jauh sangat pun dari Penang. kurang dari setengah jam je. sampai je, terus sinsing lengan menyiapkan bahan-bahan nak masak. senang la sikit keje Tok i kan. campak-campak je sume bende dalam belanga.

setengah jam sebelum berbukak, sume dh tersedia. ada sambal petai udang, kari kepala ikan, sotong masak tumis jintan+kentang, sayur campur, sambal tempe+terung+kentang, telur masin, ikan kering & sayur campur.

bersungguh-sungguh oke companion i tuh makan petai. sebab makan tak hengat-hengat, 2day mengadu kembong perut.

eh ekceli i takde mood ar nak ber-belog. ni je ar i nak cite..





p/s: semalam hepy. hari ni hampa. i ade terbaca sesuatu. dan i hampa. i sedar i tak boleh terus mengharap. tapi entah kenapa. setiap kali i cuba tak mahu berharap, i cuba menjauh, i gagal.

Share/Save/Bookmark

my wishlist

My wish for you Pictures, Images and Photos

birthday countdown kat fesbuk i, menunjukan besday i tinggal lagi 23 hari, 14 jam, 31 min, 22 saat. dalam usia yang menginjak 24 tahun ni, banyak lagi yang masih belum i capai..


shahirah's wishlist:

1. to have a big fat bank account
(i am such a big spender. susah ar nak kumpul wang. kalau lah dapat hadiah bank OD atas name i ke, FD atas name i ke, kan best)

2. melancong ke Korea
(i teringin nak pegi tempat shooting citer winter sonata. kan best kalo dpt g sane. alangkah syoknye kalau dpt sponsor melancong ke korea. menang lucky draw percutian ke korea ke. *ghee*)

3. nak cincin
(one of my dream. being proposed on my birthday. mesti sweet kan..i akan kenang sampai mati)


tapi i ada satu wish yang i rasa mustahil kot. di cintai oleh dia yang i cinta. complicated sangat bila kita dicintai oleh orang yang kita tak cinta. kita pulak cintakan orang yang kita tak tahu cintakan kita ke tak. it is stupid bila kita masih berdiri di depan pintu yang tertutup tu sedangkan kita tahu, kita nampak ada pintu lain yang terbukak untuk kita.

Share/Save/Bookmark

Friday, September 04, 2009

"cinta itu boleh diibaratkan seperti makan sambal belacan"

cinta Pictures, Images and Photos
berjalan dengan mata memandang ke hadapan. tak salah sesekali menoleh kebelakang, sekadar untuk mengenang kembali jalan yang pernah kita lalui dulu. tapi untuk berpatah balik ke belakang, sesuatu yang tidak mungkin. sebab di belakang sana kita pernah terjatuh, dan terluka. tak mungkin kita nak terluka lagi di tempat yang sama.

well..masing-masing ada pandangan mereka sendiri bila menyentuh soal hidup. i yakin dengan pendirian yang satu ini. tak mahu terluka di tempat yang sama. kita dah tahu tempat tu pernah membuatkan kita rebah, tersungkur, tak kan kita nak jatuh lagi. kita dah tahu duri itu tajam, tak kan kita nak jugak meredah duri, membiarkan diri kita terluka lagi dan lagi.

sambal belacan Pictures, Images and Photos

cinta itu adakala melukakan. cinta itu adakala pedas. mana satu yang kita nak? lebih baik rasa pedas dari sakit terluka betol tak? dua-dua situasi boleh buat kita menangis.yang pasti kita haarus tahu, kita menangis tu kerana apa. kalau kerana sakitnya terluka, nangis la puas-puas. lepas tu terus melangkah. ingat, bila berjalan, pandang ke hadapan..






p/s: i suka sambal belacan. i tak boleh makan tanpa sesuatu yang pedas-pedas.

Share/Save/Bookmark

Thursday, September 03, 2009

breakfast d gurney

tetibe kak jah yg i sayang tu ajak berbuka kat pulau. i yg suke jalan ni ape lagee..menggedik la. walau i rasa sengsara sakit kepala, i gagahkan jugak.



kat cni ar kitaorg mkn. tomyam kat sini meletop. tak nyesal punyo!



pilih ikan. nak yang gemuk-gemuk to cater our nafsu mkn yg melonjak lonjak


sebab i kurang sehat, kak jah jd supir. i pon tak melepaskan peluang utk cam whoring



muke je mcm tak saket. ekceli i tak sehat sgt oke. tolong percaya




pas berbukak, kitaorg jelajah pulak queensbay mall. sampai kaki rasa dh tak mampu nak seret, baru la i ajak deorg pulang..btw, i tershopping sikit. tak tahan dow!



Share/Save/Bookmark