Saturday, October 31, 2009

gusi tebal

.lama tak balik Ipoh. ade la 2 minggu tak balik. aha!!!bile balik, profession pun bertukar!!!

bertukar!!!!!!


ting!!!!

driver kehormat untuk cik Puan besar..

well..last two days was very hectic for me..aha rindu dengan belog nih..weekend kat rumah pulak penuh dengan aktiviti bersama keluarga. shopping, tengok muvie, kene kikis..hah!!!!ni la kaki kikis paling besar dalam rumah!!!


di bwh ni pulak mangsa yang dijumpai di tempat kejadian..(apesal lately muka budak kat atas ni macam muka pecah pintu???)


 mangsa.. (tetap kelihatan menarik dalam apa jua situasi)
hahahaha=) sape2 rase nak muntah tu pandai-pandai korang la..


dijumpai bersama bahan bukti..



(T_T) isk..isk..now i'm a dead broke..tapi gusi masih menten..
 





hah penat merepek!




Share/Save/Bookmark

Wednesday, October 28, 2009

gue kangen

at home!
ptg ni ade paper..there will be no updates for this two days..
i'm gonna miss this blogs..miss all the bloggers oso.. (macam ucapan perpisahan lak..sasau bonar eh *sambel geleng kepala*)

babai...


lots of love,
SHIRA
Share/Save/Bookmark

mekasihhh!!!!!

oho..wut a tense week..freaky crazy la tis week..dgn tugas hakiki yg bertimbun atas meja, exam yang menepukan otak bile memikirkannya owh dan tak lupe jugak, timbunan surat dan minit projek KIK. nice!!! (sengih lebar mcm kambing sihat)

owh perasaan ni macam sebu sebal bengkek ditinggalkan kekasih!! (hak..hak..ekceli tak penah rasa. propa je lebey)

hah..mekasih la ye kawan2 yang mengucapkan gud luck tuh..owh ade jugak yang mengucapkan selamat menjadi panda..mekasih2..aku tawu tu ucapan selamat versi engko kan..takpe kawan..aku ngerti sebab ko jugak akan sama-sama menjadi panda nanti..

(T_T) wei...i belum bersedia untuk semua ini (air mata berderai lagak drama swasta)

mari menyanyi lagu semangat!

i feel nice!!like sugar n spice!!!
i feel nice!!! like sugar n spice!!!
lalala..lalala..lalala..lalala..



p/s: kata seorang teman malam tadi.."bz gaya shira: masih mampu hapdet belog tiap-tiap hari" =)
dan belog itu tidak pernah kurang dari saploh perkataan..ya!!!blogger tegar!!!






aku zombi,




Share/Save/Bookmark

Tuesday, October 27, 2009

SETAN KALER MERAH

well..bile dalam hati kita dah mula pasang niat baik, malaikat kat sebelah kanan ni sambil tersenyum-senyum bagi point.

i keluar dari opis semalam tepat jam 8mlm. then i nampak sorang staf tmpt keje i nak balik rumah. ekceli die ni takde transport. so die menapak je ke tmpt kerja hari-hari. well..tak la dekat sangat rumah die. boleh berpeluh jugak la ketiak kan.

kita ni manusia. ade sense of humanity. i panggil la die..die tak pandang. mungkin tak dengar kot. i hon..aikkk!!!!hon pon ko tak dengar ke kak???? i hon lagi..pastu die pandang. i pun cakap. jom balik sekali dengan shira..die buat sign tanak..gawang2 tangan seolah-seolah ko sedang cakap "pooodddaahhhh!!!" die takde la cakap camtu. sign tangan melambangkan camtu..

pastu i pun start kete. bila sampai dekat die i berenti la. (yang i ni pon nampak sangat tak paham bahasa kan) i ckp akak jom la..die dengan buat tak tau menonong je jalan. macam kelabu gemok i dan tuan yang rupawan ni yakde kat situ. hamboi2..dari hati sejuk2 dah jadi suam..i istighfar je dalam hati.

kesian pulak dengan org yang tak reti menghargai pertolongan orang lain ni. kalau ye pun tak nak, belajar la sikit art of rejection kan. tolak pelawaan orang dengan baik. bukan jalan menonong je tinggal i ternganga kat situ..

kalau you all kat tempat i, sure u all akan buat bende yang setupa kan? malam2 tak kan nak biar org tu jalan kaki sorang2..biarpun banyak lagi kereta yang lalu lalang, tapi korang sampai hati ke? tak kan??seburuk-buruk i pun i tau nak selitkan sikit sifat peri kemanusiaan tu.

i harap orang tu, belajar-belajar la sikit macam mana caranya untuk tidak menyakiti hati org lain.

huh..bertepuk tangan sambil bersiul-siul dah si setan kaler merah sebab tempericer i naik..oke..cool down balik..istighfar wei..







Share/Save/Bookmark

Monday, October 26, 2009

martians & venusians

semalam tiba-tiba abang P buzz i..oho..i tot saje nak borak-borak kosong. rupenye ada dilema hati dan perasaang skek..die tak tau macam mana nak menolak secara baik tanpa melukakan hati perempuan yang suka kat dia..aha..masalah kecik je tuh. terus terang je. wound may recover rite? it sounds cruel..tapi tu la cara yang paling tak kejam sebenarnye. kalau biar je keadaan berlarutan, tanpa penjelasan, perempuan tu mesti la mengharapkan abang p ni je kan. tup..tup..satu hari yang malang menjelma, dapat kad undangan perkahwinan abang P dengan sipolanah lain. tak ke lagi kecewa?

yang lelaki ni pun silap. attention eh Martians, my advise is, kalau takde rasa tertarik kat seseorang perempuan ni, takde rasa suka kat dia, which means takde potensi untuk dijadikan kekasih, please jangan melebih-lebih. maksudnya di sini, jangan la ko pegi call die sampai hari2, sms macam nak putus jari..sebab perempuan ni suke kan perhatian. bila die rase diri die diberi perhatian, die akan fikir ko suke kat die. come on la Martians!!! we are Venusians oke..sensitif kepada perhatian yang u ols tunjuk..dan mudah tertarik kepada org yang caring-maring nih..tak salah kalau u nak tunjuk yang you tu care kan..tapi ada la batasannya..

dan untuk perempuan pulak, kalau lelaki tu care, tak semestinya die suke kan kita. ape yang i cakap ni, based on my own experience oke. bila lelaki tu tunjuk yang die care, selalu contact dan kadang-kadang sampai tgh malam nak tdo pun duk ber-sms, kita yang perempuan ni mula la ditimpa perasaan. dan sampai waktunya, we starts to claim for some assurance. kita nak kepastian. dan pihak lelaki ni pulak, dah sah-sah la dilema kan. "alamak! minah ni ingat aku syok kat dia"

see..jadi,kesimpulannya, lalui dan hargai setiap momen tanpa mengharapkan kepastian. sebab kalau lelaki tu cinta kita, die akan cakap. kalau dia tak cakap tu, maknanya kita yang perempuan ni bebas untuk berkawan dengan sesiapa pun. untuk perempuan pulak, selagi anda masih available, buka hati anda untuk berkawan dengan sesiapa saja..tapi ingat..berkawan..jangan pulak dengan semua orang nak ditimpa perasaan kan..sasau ke ape..bila kita kenal dengan ramai orang, kita akan lebih faham sifat dan sikap sebenar golongan Martians nih.

aha!! i ni dikira bernasib baik sebab ade abang Azrol. sket-sket, refer kat die..aha..katanya die makan garam dulu kan..bukan susah sangat nak handle golongan martians nih..cuma kita kaum perempuan ni yang suka buat bende tu jd complicated..so girls, make it simple..hah lelaki ni pulak, jangan mainkan perasaan perempuan. we all ni fragile tau sebenarnye..and sum are too fragile..




live your life babe!!




Share/Save/Bookmark

liver - fool

wei..M.U kalah wei!!!!!!!
apekah!!!!!!!!
adekah kerana i lupe nak kasi flying kiss kepada tonggak utama M.U?
atau adekah M.U saje je murah hati nak kasi Liverpool menang?
2-0 wei..agaknye M.U player sume lupe makan coco crunch la semalam

mase zaman sekolah dulu i minat Liverpool sebab Owen ensem dan kiut
 i minat MU sebab Becham macho
lambang lelaki metrosexual wei!!!
tu mase zaman sekolah..
sejak dua tiga tahun ni i minat Giggs oke
ade sape2 rase pelik tak? sebab raaaaammaaaaaiiiii yang pelik
ape ke hey nye ntoh!!!

hah pagi2 lagi dah layan the star online




*bingit lak telinga bile dengar 'glory2 man united'*







Share/Save/Bookmark

Sunday, October 25, 2009

menjelmalah wahai dewa arjuna taman astakona

hah!!!ari ni dah 25 oktober..final paper start 29 oktober..cube kira..berape hari lagi tinggal?

sichi, loro, telu, papat..

empat hari lagi wei..giler..memang kelasssss!!!! dan i masih belum dapat inspirasi nak stadi... 29 oktober tu paper Quantitative Analysis!!! kacang je wei!!!mase exam, bawak masuk kacang ngan yin sepeket. sambil baca soklan, kunyah kacang ngan yin, kemudian salin balik table yg ade dalam soklan..mudah kan!!!

jeles bile tgk status ym kawan-kawan ~STUDY~

huh!!taadi p ambik buku dalam kete (ye untuk pengetahuan anda, kelabu gemok i yg sibuk stadi..). kemudian bila naik balik, buku tu tersadai je atas meja, yang i ni pulak terbongkang. ambik napas la konon. penat mendaki tangga ke 'penthouse'. hah sampai skang la buku tu tersadai..

come on shira..lu apesal malas tahap kerbau ni..mangan, turu..mangan, turu..tu je kejenye








Share/Save/Bookmark

Saturday, October 24, 2009

nilai, hayati dan pilih

terima kasih Hanum..
hampir setiap hari kita memperkatakan perkara yang sama
setiap pandangan dia, i hargai dan i jadikan panduan kalau perlu
tapi pandangan dia yang satu ini betul-betul meresap ke dalam hati

nilai, hayati dan pilih

hanya i je yang tahu mana yang baik. sebab i yang berada dalam situasi ini. dia tak tahu, mereka yang lain-lain juga tak tahu. hanya i saja yang tahu. dan i tak boleh nak pilih ikut semberono je. sebab ini melibatkan hidup i, masa depan i..

teringat pulak cerita The Ugly Truth. ye la..dalam hidup ni kita nak semuanya sempurna. pilih pasangan hidup pun, adakala kita tamak, nak memenuhkan kesemua sepuluh kriteria yang kita list-kan.

ade satu dialog yang i tak boleh lupa
"if that man, fulfill all ten criteria you've set, at the end you will find out that actually he is a gay"

tak ada satu pun yang sempurna dalam dunia ni. jadi apa yang perlu kita buat?
NILAI, HAYATI dan PILIH

owh ye..i ade tanye adik lelaki i..antara BOLA/FUTSAL dan DATING mana yang dia akan utamakan? adik i kata BOLA!!!!!!!!
u all kata??







Share/Save/Bookmark

alah membeli, menang memakai

jalan yang diaturkan oleh Allah sangat menarik. kita mungkin kehilangan seseorang yang selama ini memberi impak dalam hidup kita, tapi diganti pula dengan dua, tiga orang kawan lain yang boleh menggembirakan hidup kita. mengisi semula hidup kita yang kehilangan.

well..jalan yang kita lalui tak selamanya berliku kan? kecewa, sedih, dan segala macam emosi yang negatif ni bersifat sementara je. dengan syarat, hati kita ikhlas dan terbuka untuk menerima kehadiran insan-insan baru yang dapat memberi impak dalam hidup kita dengan cara mereka yang tersendiri. tak semua manusia dalam dunia ni sempurna kan? i bencikan hipokrasi..dalam perhubungan, hipokrasi tu hanya akan merosakan suasana..kenapa persahabatan i dengan kawan-kawan baik i kekal sampai sekarang? jawapannya mudah! jangan hipokrit. sebab kawan akan menerima kita seadanya kita. kita tak perlu meletak kan syarat yang begitu atau begini untuk berkawan. i bukan nak cakap i bagus, atau pandai dalam berkawan. dan kawan i bukan la sampai beribu-ribu hinggakan i boleh tubuhkan satu fan club. tapi i berbangga sebab i ada sekelompok kawan-kawan yang ikhlas berkawan, saling menerima dan tak pernah cuba untuk ambil kesempatan. mana yang buruk ditegur, mana yang baik, dibanggakan.

i bukan nak berfikiran negatif, atau berburuk sangka. tapi adat la kan..mesti ade yang rase nak muntah, geli baca entry ni. manusia ni punya sifat dan sikap yang berbeza-beza. tak indah la pulak kan kalau semua manusia ni sama. macam robot. for those yang rasa nak muntah tu, hargailah ciptaan pakar komputer dan sila berterima kasih sebab wujud butang bertanda 'X' dan berwarna merah di atas sebelah kanan anda. sila tekan sebelum keadaan anda menjadi parah.

i cuma nak share je dengan pembaca-pembaca (adey..malu lak..macam la ramai sgt pembaca kan...) sebab kadang-kadang i tengok ade yang berkawan, tapi tak kekal. ade pulak yang berkawan, kemudian end up jadi musuh. ade pulak yang ramai kawan, tapi kawan-kawan cakap belakang. i am not pointing this, to anyone out there. jadi jangan pulak ada sesiapa yang terasa. ini cuma pandangan dari penelitian i dan tak lebih dari itu. takde niat buruk untuk menyakiti hati sesiapa.

jadi..hargai sesiap saja yang hadir dalam hidup. jangan sesekali membuatkan kawan kita rasa tak dihargai. ikhlaskan hati, jangan hipokrit..sebab hipokrasi ni macam plastik dan pinggan mangkuk jenama pasar malam..persahabatan yang ikhlas ni pulak ibarat produk kaca jenama arcopal dan plastik jenama tuppaware. masuk peti sejuk tak rosak, masuk oven pun tak jejas. tahan lama..alahg membeli menang memakai =)









Share/Save/Bookmark

Thursday, October 22, 2009

saya budak chenggeng itu

huh well..ekceli, i got nothing to write here..there is nothing in my mind..i mean i don't have a spesific topic..juz a random story of the day..but still..gatal tangan nak meggelitik keyboard "buku kelabu" i ni..i amik citer yang penting2 je la eh..

owh ya..ekceli i MC hari ni. i went to Penang GH to set an appointment with dermatologist..ramai giler orang kat hospital. it made me realize that it's not only me yang suffer this kind of disease. huh it's kinda funny to recall back, mcm mane teruknye i nanges..macam la sakit ni boleh membawa mati kan..owh readers..mind this 'chenggeng lil gal'..

and yeah..'bout my obsession..i beli tujuh buah majalah dan sebuah novel inggeris pada bulan ini..i tot of buying New Moon..tapi since i dh banyak spend on my reading stuff this month, i include New Moon dalam list bulan depan pulak..owh ye..dalam tujuh buah majalah tu, ade satu majalah berat. FORWARD..ade satu isu yang buat i tertarik nak beli majalah ni. "between the pig & the cow". it's a discussion on racial and religion sensitivity i guess..agak je la kan..sebab i tak baca lagi..owh ye..yang ajaibnye, dalam tujuh majalah tu, i terbeli urtv..erk!!! (*_*) last sekali i beli urtv dua tahun lepas..eh pelik la..









Share/Save/Bookmark

Wednesday, October 21, 2009

kalau la boifren i superman...

owh dem..i sedih..sangat2
angah call me just now..owh lame die tak call
i miss him very badly, walaupun die adik yg selalu lawan ckp i,
selalu gaduh ngn i sampai i rasa nak lari dari rumah

i sedih..angah cakap tisu lutut die koyak
tapi die tanak mc..die nak teruskan jugak latihan
ekceli sekarang die kat PULAPOL Muar
i tak sanggup la dengar..i know him very well
kalau die tak betol-betol sakit die tak kan nak mengadu
die tak macam i, yang sakit sikit nak ngadu
kene gigit dengan insect nama Charlie pun nanges2 call Ibu
i rasa macam nak suruh angah balik je
i cakap kat angah, "tak yah la teruskan gemuk..balik la..lari la dari sana"
die ketawakan i..die kata dia tak apa-apa
oh my..kalau boifren i seorang superman, i akan suruh dia bawak i terbang ke sana sekarang jugak
i nak selamatkan adik i..

i ingat lagi masa zaman sekolah dulu
mase sekolah rendah
sape buli adik i, i akan kejar satu sekolah
kalau boifren i superman i nak g sane, i nak pukol jurulatih yg paksa adik i buat latihan berat-berat
owh my..i hope he'll b okay
along rindu angah..i love u gemok!!! (T_T)







Share/Save/Bookmark

TWEET!!! TWEET!!


my TWITTER accounts has been neglected for ages
series lame giler
dah 21 hari tak update ape2 pun oke
well..mase i duk menilik-nilik twitter i
nampak la tok Jib punyer hapdet
wow!!! he'll spend his time today, to review 2010 budget
hopefully there will be some allocation la kan untuk government servant
nak bonus!!!!!










Share/Save/Bookmark

i am the great PROCRASTINATOR

huh oke..
PROCRASTINATOR
buruk sangat bunyinye kan
ekceli maksud pun buruk
perangai buruk
yeah that's me..

everyone has their own negative side isn't it?
i pun mcm tu jugak
the biggest negative side in me is procrastinate
i tend to procrastinate a lot oke!!!
masalahnya bukan baru lagi..sejak kecik kot
my nature..mmg dah tertanam dalam diri
i've instill this habit sejak zaman kanak-kanak, membawa ke zaman remaja, sampai dewasa
kalau my mom suruh i buat ape-ape pun
jawapan i "nanti kejap"
kalau dalam hati berniat nak siapkan homework pun, nnt hati i akan jawab balik
"ahh..nanti2 la.."
semuanya nanti..
masa ibarat pedang..procrastinate ni same la macam menyerahkan tengkuk di hujung pedang untuk disembelih
series!!! tabiat paling buruk..

ekceli i teringat pasal sikap buruk i ni masa i bace belog tadi
describe pasal horoskop je pun
i am LIBRAN, the HARMONIZER










Share/Save/Bookmark

Tuesday, October 20, 2009

jakun

lame giler ym dengan hanum
dari kol 8mlm sampai 11mlm
mcm jakun pun ade
sembang pasal big day hanum yg tinggal sebulan je lagi
sembang pasal kisah lama
sembang pasal bende yang funny giler sampai sengkak perut ketawa
sembang pulak pasal bende yang sedih2
semua emosi ade
mate pun dh stim je ni
gud nyte everyone..








Share/Save/Bookmark

AKU, DIA, MEREKA

dibesarkan dalam lingkungan kasih sayang yang tak terbatas
membuatkan i terbiasa untuk berada dalam lingkungan
mereka yang mengasihi i

dia KAWAN BAIK i
SAHABAT i
menangis bersama, ketawa bersama
menghabiskan duit bersama
belajar bersama
berenti belajar pun bersama
pendek kata, kalau sorang terjun lombong
sorang lagi pun harus terjun sama
i ingat lagi
masa zaman stadi dulu
i kenal dengan DIA sejak semester satu
DIA bergaya
jauh beza dengan i yang hodoh
macam ugly duckling
dengan spek mata tebal
tudung serabai
kasut macam Mc Donald
DIA selalu marahkan i
selalu kutuk i
tapi kalau keluar ber-shopping, DIA tak pernah malu jalan dengan i
DIA pilihkan i baju, pilihkan i seluar, kasut
pendek kata top to toe (tapi i bayar sendiri.. (T_T)
DIA mengajar i untuk menghargai kecantikan
dan jangan lupa puji diri sendiri tu cantik dan lawa
sebab tak de sape nak puji kita melainkan diri sendiri
lagipun apa yang dilafazkan di mulut tu kan ibarat doa
hehehehe..sebab tu i suke puji diri sendiri (^_^)
i ingat lagi, masemula-mula i kenal contact lense
DIA duduk sebelah i, bagi sokongan
sebab seksa giler i nak pakai contact lense tuh
ade la dekat sejam
sampai meleleh air mata, bengkak dan merah
hehehe..pargi kelas macam orang nangis semalaman kerana putus cinta
i bangga bila kawan-kawan sekolah jumpe i
deorg cakap "wah shira!!!lawanya ko sekarang..aku tak kenal kalau ko tak tegur aku tadi. jauh beza"
i senyum aje..dalam hati, i cakap ni semua sebab DIA
DIA rajin belajar
dia selalu memotivasikan i, kadang-kadang men-psyco-kan i
bila i tgk DIA study, i bingkas bangun dan study
sebab kadang-kadang DIA marah kalau i tak study
lagipun mesti la i nak samakan taraf pencapaian kitaorg
bersaing secara sihat, jauh dari dengki dan iri hati
kalau markah die tinggi, i cuba kejar
kalau markah i tinggi, die pun lari laju-laju nak kejar
i bersyukur sebab Allah kurniakan DIA untuk i
tapi hari yang bermakna dalam hidup DIA akan tiba tak lama lagi
kasih sayang kami tak kan pudar
sebab kami saling memahami
tapi masa DIA untuk i pasti akan berbagi
i doakan DIA bahagia sampai bila-bila
i harap persahabatan ni bukan untuk enam tahun ini saja
tapi kekal hingga tahun-tahun yang mendatang
kita menjadi dewasa bersama
saling menyokong, dalam membina kerjaya
dan i harap  kita juga akan tua bersama (^_^)

---------------------------------------------------------------------

ada seorang lagi DIA dalam hidup i
perkenalan kami singkat benar
masa i mulakan hidup di luar tanah kelahiran i
i sendirian
belum ade kawan-kawan yang benar-benar boleh digelar kawan
entah macam mana tiba-tiba kami jadi kawan
DIA temankan i ke sana
DIA temankan i ke sini
DIA mengajar i untuk hidup sendiri
DIA kata sampai bila nak hidup bergantung dengan orang
dalam dunia ni kita hanya ada diri sendiri
you have to stand on your own feet
i angguk-angguk aje
i ingat lagi..i am such a lousy driver tau
dan kadang-kadang teragak-agak sampai jadi mangsa buli di jalanraya
die selalu cakap
"own the road"
sampaikan kalau i drive sorang-sorang pun akan terngiang-ngiang
suara DIA cakap own the road
lepas tu i tak reti nak naik ke parking lot kat Sunway Carnival sebab jalan nak naik tu spiral
dah la kecik, i seriau
DIA paksa jugak
die kata, asyik takut je, bila nak pandai
(ekceli anak manja memang menyusahkan. *sigh* nape i mcm ni)
i pun cuba-cuba, DIA kat sebelah kadang-kadang membebel
i tadah je telinga
bila i tak sihat, DIA temankan i ke klinik
DIA tahu apa yang menjadi minat i
pemberian DIA sangat bermakna dan i akan simpan sampai bila-bila
tapi sayang..banyak salah faham berlaku
kenangan i dengan DIA terhenti sampai situ je
tapi DIA tetap kawan i yang baik
walau kadang-kadang menyakitkan hati
tapi i tau, perangai i pun selalu menyakitkan hati
i harap dia bahagia dan gembira selalu


MEREKA membawa sesuatu dalam hidup i
menambah nilai yang ada dalam diri i
sebenarnya ada banyak lagi
tapi tak termampu nak tulis
buat MEREKA, terima kasih (*,_,*)









Share/Save/Bookmark

WHITEOUT

last nyte g mkn satay kat Key's
sejak kali pertama makan ari tu, asyik ngidam je
lepas setel memenuhkan isi perut, kami g tgk movie
ekceli tak plan pun nak tgk citer ape
sampai je kat situ, kami bermusyawwarah dulu nk tgk citer ape
dekat setengah jam kat situ
tak decide2 jugak nak tgk citer ape
sebabnye kami duk sibuk gelakkan puak-puak kaf-lam-ya-nga
(jangan tiru perbuatan keji kitaorg nih)
berpusu-pusu kat depan kaunter
nak beli tiket citer A'ATHAVAN
tiket sold out tuh..
pergh!!!kagum oke



last2, dah puas gelakkan orang (jahat giler swine ah)
kami decide nak tgk WHITEOUT
citer ni mengisahkan Marshal Carrie Stetko
ditugaskan ke sebuah pengkalan penyelidikan di Kutub Selatan
lepas dua tahun kat situ, die decide untuk berhenti
beberapa hari sebelum berangkat pulang ke States, berlaku kejadian pembunuhan
Marshal Carrie decide untuk terus menyiasat kes ni
dan sewaktu penyiasatan berlansung
mereke terperangkap dalam musim sejuk di pengkalan tu selama 6 bulan
kadang-kadang, orang yang paling kita percaya
adalah orang yang paling merbahaya
nak tau ape yang menyebabkan pembunuhan tu berlaku?
siapa yang terlibat dalam pembunuhan tu?
adakah Marshal Carrie juga terbunuh?
ape motif pembunuhan tu?
saksikan di pawagam berhampiran anda
rate: 7/10 bintang






p/s: Surrogate Rabu ni dengan encik Workaholic (^_^)







Share/Save/Bookmark

Monday, October 19, 2009

PANJANG LEBAR

nak buat satu post yang panjang
tapi takde masa lagi
nnt i postkan
cerita tentang aku, dia dan mereka








Share/Save/Bookmark

KU KAN SENANTIASA BERSAMAMU

aku akan sentiasa bersamamu. biar panas, biar hujan, biar ribut..
gurun terbentang kan kujajahi, tsunami ganas kan kurenangi..

hahahaha=) oke enuf..sangat drama
ekceli hampir setiap jam i check i punye blog statistik..hahaha=) obses giler kan..selama ni yang banyaknye hasil goggle nama penuh i


klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. alamak masa print screen lupe lak nak ketepikan tangan putus tuh..sibuk lak pointer tuh kat situ..neva mind bagi la die enterframe kejap..

tapi tadi mase i check keluar result nih..hahaha..perasan la sekejap kan..


oke i nak sambung baca belog kawan-kawan..till then..pleasant viewing..
hahaha=) view aje..tak baca pun takpe..








Share/Save/Bookmark

Sunday, October 18, 2009

DUIT..DUIT..DI MANA KAU DUIT!!!!

Libra Horoscope


Go to: Yesterday /Tomorrow




Shahira,

You will start feeling a lot better today, because there are good financial energies in your chart, and you can more than see the light at the end of the tunnel. If you already have the windfall in your hot little hands, pay down debts or find ways to invest it and make it grow even bigger.


------------------------------------------------------------------------

dari profile kat "mukabuku" i
i am speechless...
dalam hati berkata-kata, ko macam tau je ape aku nak buat kan???
baru dua tiga hari lepas bincang pasal ni dengan kawan i, encik "consultant to be"
memang i sedang berkira-kira nak buat investment
dalam ape?
yang pasti bukan typical MLM, bukan bisnes kawan2
dalam usia muda ni la kita perlu fikirkan bagaimana cara untuk melaburkan wang dalam saluran yang betul
untuk siapa? untuk masa depan kita jugak kan??
daripada hari-hari kita online ke site gosip hiburan,
baik kita online ke site pasaran saham..






p/s: hah..lawa tak teman punye signature?? *ghee*



Share/Save/Bookmark

Saturday, October 17, 2009

HATI BINATANG

bermain-main dengan "buku kelabu" (laptop i yang berwarna silver) sambil menonton berita di televisyen..

tentera Israel (speasis binatang yang menyerupai manusia) merobohkan rumah-rumah penduduk Palestin..luluh hati melihatkan banglo dan pangsapuri milik umat Islam di bumi Palestin dirobohkan begitu sahaja. dalam sekelip mata. segalanya musnah, kembali menjadi batu dan debu..semalam mereka selesa mendiami rumah yang dibina hasil dari titik peluh selama bertahun-tahun. hari ini, dengan hati yang hancur, mereka mendiami khemah kecil yang kurang segalanya..

simpati terhadap mereka, Palestenian..semoga mereka cekal menerima ujian Allah..




p/s: bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
Share/Save/Bookmark

Selamat Hari Raya UiTM-ers

FRIDAY, 16 OCTOBER 2009
Venue: Parking Lot UiTM Pulau Pinang


perut dah ready..mmg dah reserve space untuk di isi *ghee*
pagi tu, ade jugak tanye dengan perut.
"perut oh perut..sepanjang bulan ketupat lemang rendang..boleh masuk lagi ke?"
perut pun jawab.." belasah aje..asalkan.." perut tak habis jawab lagi..tiba-tiba.."grukkkk!!!! graaakkkk!!!"
oke..i decide untuk belasah aje..




wit Linda

Share/Save/Bookmark

Friday, October 16, 2009

CONGRATULATIONS!!!!




click at the picture for a better view


semalam i terima kad jemputan kahwin
tgk handwriting kat envelope pun i dah tau sape penghantarnya
hurm..tak sangka kawan baik i dah nak menamatkan zaman bujangnya
tahniah Num!!!
i am happy for you dear
may u have a wonderful marriage life
dan berkekalan sampai akhir hayat
~lots of LOVE~

Share/Save/Bookmark

Thursday, October 15, 2009

MEMORIES 1

remember how we laugh
away the hours
and dreams of all the great things
we would do
those were the days my friend
we tought that never end
we'd sing and dance
forever and a day
we'd live the life we choose
we'd fight and never lose
those were the days
owh yes those were the days
----------------------------------------------------------------------------------

YEAR 2006
UiTM SERI ISKANDAR, PERAK
24 NOVEMBER 2006 around 10 - 11PM
KOLEJ DAHLIA DUA, H107

----------------------------------------------------------------------------------

hari-hari terakhir bergelar pelajar di disini
segala memori diabadikan
suka duka bersama
ketawa ria dan tangis duka
semuanya di disini

terbaca kembali nukilan teman-teman untuk i
pada tarikh dan waktu ini
pena di jemari menari-nari
segala yang terbuku di hati dicoretkan buat kenangan
pada tarikh ini nanti i akan publish nota-nota tu


-------------------------------------------------------------------------------


p/s: i miss those moments..HANUM, RAJA, INTAN, MILA and ME..owh ye..tak lupe jugak TASHA.. ~together we unite~



Share/Save/Bookmark

ANTARA KACA DAN PERMATA

sejak kebelakangan ni
i betul-betul dalam keadaan yang amat tenang
sangat tenang (cuma rase sengsara giler dengan tanggungjawab yang i kena galas)

haish!!! kalau boleh i tak nak kenang-kenang lagi barang yang lepas
let bygone be bygone
bak kata pepatah
yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan
*sambil membuat body gesture ala-ala karam singh walia*

series ar..letih dow dengan kes yang mcm budak-budak ni
birthday i baru je lepas kan
nak la jadi dewasa sikit
tak nak la mengungkit benda2 lama
tapi ada pulak dendam di hati yang tak surut-surut
benda yang dah lepas masih nak diungkit-ungkit lagi
i never hold a grudge
but the other party do

dulu dia pernah kata, i ni berkira dengan dia
yeah!!sampai i serang dia kat parking bay
ekceli bukan serang..i mahukan penjelasan
sebab i bukan jenis berkira
i buat sebab i ikhlas buat..kalau i tak buat, bermakna i tak mampu nak buat
well..i maafkan je tuduhan tak berasas tu
takde nak ungkit-ungkit balik

then bila tiba giliran i
i kata die sentiasa nak betul
walau salah pun die tetap rasa die betul
tu pandangan i
kalau nak deny, deny la
dah bertengkar macam nak rak kat meeting room hari tu pun tak cukup lagi
rupanya tetap terselit lagi dendam
yang kita ni bersangka baik, jadi kita tak fikir yang buruk-buruk
baca belog baru tau, rupanya dia ada agenda
dok ungkit benda yang sama
kalau nak berlawan ungkit, banyak perkara yang boleh i ungkit
tapi i tak nak..i tak suka nak ungkit
mcm budak-budak la wei..ingat ape?
ingat ni zaman sekolah rendah ke?
nak ungkit-ungkit semua benda..
WTH!!!!

i ingatkan keadaan boleh pulih balik
omigosh!!!(pap! tepuk dahi)
rasa menyesal pulak reply sms tadi
kalaulah i baca belog tu dari awal lagi.. *sigh*

huh!!!malas la fikir. i ada segalanya. ada keluarga yang penyayang, ada kerja sendiri, ada duit sendiri, ada kereta sendiri, ada sahabatsahabat yang setia walau pun jauh. hidup i dah cukup bermakna. kesimpulannya, i patut lebih bijak menilai, mana kaca mana permata

tapi series dow!!!!ini sungguh macam budak-budak..i can't believe it!!macam mana boleh terjebak!!


Share/Save/Bookmark

Tuesday, October 13, 2009

RASA MACAM ZOMBI

best giler biler test statistik tak jadi
yippieeeee!!!!! *melonjak kegumbiraan*
tapi kene buat asaimen n submit minggu depan
ala... *keluhan secara beramai-ramai*

ape pun, minggu ini adalah minggu ZOMBI
*saya rasa diri saya macam ZOMBI*



::UPDATES::

tadi kol Ibu..ibu merajuk bile i ckp i tak dapat balik this week..really hope Ibu will understand my situation..i need to study..masa dah suntuk giler. hari lain i bz. kerja. cover anak buah i yang g kursus lagi. ade beberapa perkara i kene buat sendiri. ish..tak sedap hati bila Ibu merajuk. ala..kat mulut je Ibu cakap takpe. tapi dari intonasi suara i tau Ibu merajuk hati..mcm mana ni?? Jumaat pun ade kelas lagi. ade test pulak tu. kalau balik, dah sah-sah malam tu jugak i meredah pekat malam.. (ghee..sastera siot)haish!!!kalau balik Ipoh kebarangkalian untuk tidak study tu adalah seratus peratus. 100% oke..

yang si adik pulak, bila tau i tak balik, die send sms "along..balik la minggu ni..balik la..jom ar tgk wayang same-same"

hati i dah 70% berat ke arah balik Ipoh..oke jugak kot..leh amik berkat, mintak ampun dan restu dulu sebelum exam..i used to ask for a forgiveness from Ibu & Ayah sebelum amik exam. bersungguh-sungguh jugak mintak Ibu dan Ayah doakan i. malah dulu setiap kali nak test i akan kol Ibu mintak restu..hurm..dats y la i grad with a good grade kot.. (temanya!!!masuk bakul angkat sendiri..sape rase nak muntah darah, sila tekan butang x kaler merah yang tercipta khas untuk anda)

haish!!!nak balik ke tak ni eh???
Share/Save/Bookmark

SERONOK GILER!!!

ekceli i ada banyakkkkkk sangat kerja
haish!!! hectic giler swine ah!!
dengan keje opis
dengan assignment yang tak siap-siap lagi
sedangkan Jumaat ni dah nak kene present
dengan test Statistik petang ni
owh jumaat ni pun ade test jugak
dan dengan final exam yang menjelang tiba
i punye paper hujung bulan ni wei
29 & 30 October
memang canggih ar
2 minggu je lagi dan i tak study ape pun lagi
hey..hey..
nak jawab ape? salin balik soalan dan hantar???
stress giler oke
nasib baik tak kawen lagi
kalau dh kawen? sorang anak tarik-tarik kain batik i, nak mintak makan
(chop!!!tak penah dibuat pulak i pkai kain batik)
sorang lagi buat sepah rumah macam tongkang karam
suami pulak cari stokin pun tak jumpa
harussssss!!!cukup seminggu i mati kejung
hah!!!get back to work..nanti2 la hapdet lagi

Share/Save/Bookmark

OTAK DALAM KOTAK

Kita semua manusia yang sama. Dia, aku, kau , mereka..

Layakkah kita, yang sekadar manusia biasa ini menggelarkan seseorang itu fasik, munafik.

Layakkah kita, yang hanya manusia biasa, jauh sekali dari maksum, mencerca hina orang lain dengan berbagai gelaran

Cukup terdidikkah kita bila kita hanya melihat sesuatu itu dari permukaannya sahaja tanpa menilai sesuatu itu sehingga ke dasarnya

Tanya pada diri. Cukup baikkah kita untuk mengatakan mereka yang lain itu jahat

Cukup berimankah kita untuk menggelarkan seseorang yang lain menyimpang, sesat dan sebagainya

Cukup bijak kah kita apabila mencerca hina orang lain tanpa bermuhasabah siapa kita

Dalam dunia ni kita akan berhadapan dengan bermacam jenis manusia, dengan ragam dan sifat yang pelbagai.

Y not kalau kita lapangkan minda, biarkan manusia bergerak, berfikir dan bertindak mengikut cara mereka sendiri. Tak cukup berirama la hidup andai kita mahu orang lain ikut rentak dan ritma kita sendiri sahaja.


Berfikir di luar kotak dan jangan la rigid sangat!


Share/Save/Bookmark

Monday, October 12, 2009

PAPADOM




funny yet touchy
betapa besarnya kasih seorang bapa hinggakan sanggup berkorban segalanya
bukan mudah untuk buat anak-anak seperti kita
mengerti bahawa larangan mereka, kongkongan mereka
adalah kasih sayang yang tidak terkira besarnya

takde mase nak tulis review panjang2
kang abis seluruh jalan cerita i perturunkan kat sini
mari kita support industri perfileman Malaysia



rate: 8/10 star





p/s: korang akan lebih menghargai bapa-bapa korang lepas tgk muvie ni nnt..and i love my AYAH even more.. *hugs*

Share/Save/Bookmark

KEMPEN PINK RIBBON - BREAST CANCER AWARENESS


dinner fakulti masa zaman remaja


macam dah terlambat nak mempromosikan kempen ni
takpe..ape yang lebih penting adalah cerita yang nak disampaikan


last night, i received a text from one of my good friend
"iera, shah kene cancer"
terus tak semena-mena darah yang dipamkan ke jantung terasa kencang dari biasa
berdebar-debar rasanya
i terus mendail nombor teman i yang i kenali sejak zaman persekolahan
kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu


"hello shah..shah oke tak? shah kene cancer ape? stage berape? bile dapat report? mak tau?"
omigosh!!! tak dpt terima kenyataan dalam usia yang masih muda, belum berumahtangga
dah di timpa ujian sehebat ini
kita yang tak ditimpa ujian sebegini berat, pasti tak tahu
tekanan perasaan, gangguan emosi yang ditanggung
apatah lagi tahun depan dia bakal menamatkan zaman bujangnya


emosi i goyah dan rapuh
i diam bile shah bercerita
i tak mahu dia tahu i menangis
i perlu nampak kuat
sebab i tahu dia perlukan kekuatan orang disekelilingnya
biarpun cancernya masih di peringkat awal
kita tak tahu sekuat mana tu buhnya mampu melawan cancer tu
kita tak tahu secepat mana ia boleh merebak


i doakan yang terbaik untuk u shah
semua rakan taulan, mari kita sama-sama mendoakan semoga teman kita cepat sembuh
dan kepada pembaca, mari kita menyokong KEMPEN PINK RIBBON
lakukan pemeriksaan berkala ke atas payudara anda
sekiranya terdapat ketulan atau benjolan luar biasa
cepat-cepat bertemu dengan doktor
pengesanan awal boleh menyalematkan nyawa anda




Share/Save/Bookmark

JUMAAT SYAHDU SENDU

JUMAAT
12.30tgh - 2.30ptg
JAYA JUSCO Bukit Mertajam











muke gembira shopping sempena deepavali. abaikan bontot nyonya tuh..lupe lak nak crop..haish!!!pencemaran


macam biasa, lunch break pada hari Jumaat memang tersangat lah panjang. i yang pada mulanya beria-ia bawak naik segala macam buku, kononnya nak study, terus menelangkupkan buku bila Linda bersuara
" wei nak p mana? aku boring la"

indeks kegembiraan i tiba-tiba melonjak ke paras tertinggi. sambil tersengih-sengih,
"kita p jalan-jalan kat shopping mall la Lin"

setelah kata putus diambil, maka mencanak-canak la kelabu gemok i menuju ke shopping mall yang berhampiran.

berkat kegigihan kami, maka kami pun tershopping..dalam banyak-banyak benda yang dishoppingkan, i sempat snap gmbr kasut je..aisey!!!

setelah puas bergembira melihat aliran wang keluar mengalir ibarat air terjun, kami bergegas pulang ke ofis..dalam perjalanan pulang..

"menyesal lak aku keluaq p JJ. duit licin dah ni. ptg satg nak kene draw duit lagi"

i gelak je..sejurus itu, i bersuara

"ye la Lin..sesak napas nak tunggu 25hb next month..cmne eh Lin"

hurm..bukan ke i cakap i tanak shopping dah?? i lupe la..haish!!

Share/Save/Bookmark

Friday, October 09, 2009

POHON ITU MEGAH BERDIRI, NAMUN DAHANNYA KERING DAN RAPUH



adakala perkara-perkara pahit yang terpaksa kita telan dalam hidup
boleh jadi penawar
yang mambuatkan kita jadi lebih matang dalam hidup
jadi lebih cekal dan lebih bermotivasi

adakala insan-insan yang hadir dalam hidup kita
menjadi guru terbaik
yang mengajar kita erti hidup

dia mengisi ruang-ruang waktu dengan momen-momen yang indah dan manis
dan dia juga meninggalkan momen-momen pahit dan melukakan
dia adalah guru, mangajar kita untuk menjadi lebih kuat dan cekal
mangajar kita untuk kukuh, berdiri di atas kaki sendiri

persahabatan itu tetap kukuh terpahat pada pohon kehidupan
cuma adakala daun-daun pepohon itu kering, layu berguguran
dan ada masanya ia mekar merimbun menjadi tempat perteduhan
mungkin hari ini yang tinggal hanya dahan, dan ranting-ranting kering
entah bila akan berkembang semula
biar waktu saja yang menentukan




p/s: menanti musim bunga. biar pohon itu merimbun kembali


Share/Save/Bookmark

Thursday, October 08, 2009

TRIBUTE: PELANGI PETANG

ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinar yang menerangi kegelapanku

ku percaya nanti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya

engkau tiba bagaikan PELANGI
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup
menghiburkan hati ini

seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai PELANGI petang kau kan pasti
pergi jua




Share/Save/Bookmark