Saturday, January 30, 2010

doh roti adalah seperti muka saya (>_<)

hari kedua di muar. emosi sket entry yang lepas. nak bercerita pun takde mood.

well, tak susah nak cari tempat untuk menginap di bandar muar ni.hotel ade je di serata bandar muar ni dan lokasinya juga saling berhampiran. lepas check in, perkara pertama yang dilakukan adalah...anda saksikan sendiri..


ya..ladang itu merupakan my top priority. kalau tak habis mati tanaman sebab lambat dituai. (^_^)

perjalanan dari Ipoh ke Muar adalah sangat mencabar. hujan sangat lebat hampir di sepanjang perjalanan. lebat giler sehinggakan i terpaksa membulatkan mata dan menghulurkan kepala sedikit ke depan. dah macan nak cium stereng rupanya. co-driver yang ada di sebelah dan dibelakang pula kerap benar mengingatkan. "slow sikit long"

bukan tu saja, malah berkali-kali mengalami kejutan yang membawa kepada sakit kepala yang teramat sangat. eksiden di kanan jalan. eksiden di kiri jalan. eksiden di jalan bersebelahan.

dan akibatnya hari kedua di muar, i mengalami nasib sebegini......


mengapa begini..mengapa begini..wajah ni di ambil setelah i menelan dua biji acti-fast dengan harapan proses penyembuhan dapat dilakukan dengan pantas. wei tak seronoknyaaaaaaaa begini. pagi tadi Ibu dan Ayah ke Pusat Latihan Polis Bakri untuk melawat dan mengambil angah. malang sekali. jam sepuluh malam ni baru die boleh dilepaskan. perlukah i mengeluarkan kata-kata kesat seperti..hurm..DEM! 

mungkin ada hikmahnya. cuma pagi tadi i terlalu emosi. sekarang i dah dapat berfikir dengan sempurna. ye la, i kejar masa tau. perancangan i lari sudah.. 

punya la i teruja merangka-rangka plan untuk hari munggu. ye la, masa ni la nak bertemu dengan sahabat handai, bertemu dengan seseorang yang membutkan hati kita teruja dan lain-lain aktiviti lagi la. tinggalkan cerita keterujaan dan plan yang tak menjadi tu. bila tak sihat, nak berjalan sekitar bandar pun takde mood. bukan setakat takde mood, malah sakit segala urat saraf sampaikan nak tido pun tak boleh. jadi...mari layan apa yang i layannnnnnn ni..





owh ye, kenapa lagu-lagu lama macam ni best eh? tak macam lag-lagu sekarang. mungkin sepuluh tahun akan dtang, baru i akan lebih menghargai lagu tahun 2010 ni kot..

owh ye, semoga i cepat sembuh dan semoga hari Ahad membawa perkara-perkara yang indah dan mengujakan (^_^)  








Share/Save/Bookmark

bila diktator bodoh menunjukan kuasanya

well..semua orang berhak untuk bersuara dan pada hemat saya, apa yang saya suarakan ini tidak terlalu melampau dan tidak lebih dari suara ketidak puasan hati saya semata-mata

saya cukup tak faham dengan manusia yang takde budi bicara dan pertimbangan yang wajar. jangan fikir anda ada kuasa, anda boleh bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesusahan orang lain. sikap anda sendiri yang membuatkan saya melemperkan tuduhan sebegini. cuba letakkan diri anda di tempat orang lain. jangan kerana anda fikir anda berkuasa, anda lupa dengan perkataan budi bicara yang wujud sejak sekian lama. jangan kerana anda rasa anda berkuasa, anda boleh mendabik dada dan bersikap diktator serta tidak mempedulikan pandangan dan permintaan orang lain.

apa salahnya buat majlis penutup pada hari ni. buat je majlis tahlil dan bacaan yassin. susah sangat ke? bukan ke masih dalam tempoh berkabung? ni tak, nak jugak buat majlis selepas tempoh berkabung. nak jugak berhibur dan seterusnya menyusahkan orang lain. kalau nak berhibur sangat, pergi dangdut la wei!

ingat! tak semestinya anda akan sentiasa berada di atas. roda itu berputar. hidup ini ada hukum karma. anda menyusahkan orang lain, suatu masa nanti anda pula yang akan merasa bagaimana sakitnya hati bila orang lain menyusahkan hidup anda!






Share/Save/Bookmark

Friday, January 29, 2010

sekolah pondok

dah kat muar. hopefully angah boleh balik esok. kalau lusa, alamatnyaaaaaaaaaa...i frust se frust frustnya..

otw ke muar td, berenti sekejap kat r&r seremban. mase ayah datang balik ke kereta, i nampak ayah pegang sebotol minyak sapu. i tanye mana ayah dapat? ayah kata ade budak menjaja tadi. katanya untuk menamah dana sekolah pondok tempat mereka belajar. pada stiker minyak sapu tersebut jelas terpapar alamat sekolah pondok yang terletak di utara tanah air. masa i kat penang, kalau dalam sehari tak terserempak dengan budak-budak ni memang tak sah. ironinya, sampai ke seremban deorg datang menjaja.

satu hari, i terserempak dengan budak sekolah pondok ni di stesen minyak. sebelum i beli barang yang dijaja, i temuramah budak ni dulu.

"dah malam ni dik. esok tak sekolah ke"

jawab budak ni, "sekolah kak"

"kat sekolah belajar ape? ade belajar matematik sains macam kat sekolah biasa?" tanya i. ye la, i bukan tau pun ape sukatan pelajaran sekolah pondok. adakah sekolah pondok ni dipantau di bawah jabatan pendidikan? i pun tak tau ..kalau tak dipantau, tak mustahil sikatan pelajaran kat sekolah tu tak seperti di sekolah-sekolah biasa kan

budak ni mengangguk je sebagai respon dari pertanyaan i tadi

"dah malam ni, nnt adik balik mcm mana?" i tanya lagi

"datang dgn cikgu. nnt cikgu ambik" jawabnya

persoalannya, takde cara lain ke untuk menambah dana sekolah mereka? kenapa nak kerah tenaga anak-anak kecil ni? sedangkan mereka berhak untuk mendapatkan pendidikan yang lebih sempurna. i tak maksudkan yang sekolah pondok ni tak bagus. tapi cara tu tak kena. selepas waktu persekolahan, anak-anak ni sepatutnya diberi ruang untuk beristirehat, mengulangkaji pelajaran, dan manjalankan aktiviti riadah seperti rakan-rakan sebaya mereka.

kepada para ibu bapa pun, peranan mereka sangat penting. sebelum masuk kan anak-anak anda ke mana-mana sekolah pondok, kaji dulu bagaimana sistem sekolah tersebut dilaksanakan, bagaimana pula dengan kebajikan dan keselesaan anak-anak..mereka berhak untuk menjalani cara hidup yang menggembirakan seperi rakan sebaya yang lain.

maafkan kedangkalan saya sekiranya entry ni tak kena di hati mana-mana pihak

semoga bertemu lagi. have a nice day!





Share/Save/Bookmark

Thursday, January 28, 2010

jangan mintak dijodohkan dengan sipolan dan sipolan. mintak cemni takpe.

Ya Allah, sekiranya dia untukku
kau dekatkanlah dia padaku
dekatkanlah hati kami dengan rindu
adakanlah pertemuan antara dia dan aku

Ya Allah, sekiranya dia bukan untukku
kau jauhkanlah dia dari pandanganku
hindarkanlah suaranya dari pendengaranku
pudarkanlah ingatanku terhadap dirinya





Share/Save/Bookmark

Tuesday, January 26, 2010

Ibuku, Idolaku

pergh...tajuk di atas adalah seperti karangan KBSM kan? huhue..ye, ketika ini, kerongkong terasa berpasir. itu tandanya, jiwa sedang tidak keruan..readers, mind this kinda jiwang statement. *grin*

ye. bukan senang untuk bertemu dengan seseorang yang membuatkan kita selesa, melengkapi pakej untuk menjadi seorang pemimpin (bapa, suami and etc) dan yang paling penting disenangi, diterima dan direstui oleh kedua ibu dan bapa. (harap-harap sudah bertemu dengan seseorang yang memenuhi kriteria tersebut)

mase kecik-kecik dulu, Ibu yang ajar i mengaji Quran sampai khatam. sejak umur lima tahun ibu dah belikan Mukaddam. hari-hari lepas maghrib, bertemankan sebatang rotan yang hensem, ibu ajar i mengaji bermula dari alif, ba, ta..kenape i panggil rotan hensem? sebab i terkesima setiap kali menatap wajahnya. kelu tak mampu berkata-kata. maka alif fathah ba syadah fathah pun i lupe ape sebutannya. bila lupe, ape lagi, rotan hensem pun dilibas kat mane yang sempat..sakittttttt dow!! bukan kepalang!!! dan.... itu la yang i mahu lakukan kepada anak-anak i nanti. mendidik mereka seperti mana i dididik. tapi kan, i tak la bermaksud nak merotan sebagaimana i dirotan. bak kata seorang cendikiawan, anak-anak perlu dididik mengikut zaman. i mahu jadi seperti Ibu yang tak pernah menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru di sekolah. i mahu mendidik anak-anak i nanti seperti mana Ibu mendidik i. jadi...i perlukan seseorang yang berjiwa serupa, yang mempunyai pengetahuan agama yang baik, mempunyai nilai-nilai kepimpinan untuk membantu i.. 

owh please..sudah shira..takmo berangan berlebih lebihan..over dose nnt.. *sambil ketuk kepala sendiri*






Share/Save/Bookmark

Monday, January 25, 2010

LAMAN SO-SIAL

ekceli i dah rase mengantuk..tapi masihhhhhh..dan tetapppp..gigih mahu berblogging..

oke korang. zaman dulu kan, perasan tak ade satu kolum mencari kenalan dalam urtv, yang diberi nama kembang setaman..zaman lameeeeee dah..zaman sekarang pun ade lagi, tapi kebanyakan yang memenuhi ruangan mencari kenalan sekarang ni adalah golongan imigran yang berhijrah dan bekerja di Malaysia. kalau zaman dulu, nak cari sahabat pena, even nak cari boifren, dalam ruangan macam ni la. dan tak dinafikan ada yang bertemu jodoh.

seiring dengan peredaran masa, cara-cara untuk menambah kenalan pun berevolusi. daru ruangan majalah, ke ruangan cyber. MiRC. dari berbicara di layar komputer, hati terpaut, lalu bertemu, dan berkasih..chewah! tapi bukan semua yang bernasib baik oke. setelah MiRC wujud pulak ruangan chatting dan antara yang popular adalah ruangan chatting Kampung dot Com. kalau tak silap la. owh dan i juga tidak ketinggalan untuk terjebak sama dalam ruangan ini sehinggalah bertemu dengan seseorang yang diberi nama N. dari ruangan ni je, kami keep in touch selama hampir enam tahun. dari zaman N study, sampai la ke zaman N bekerja di KL, sampai la ke zaman i pulak habis study dan owh ye, kami hampir-hampir terjerumus ke lembah PJJ (percintaan jarak jauh) dan i refuse to get involve in such relatioship..dan sampai sekarang la kitaorg masih keep in touch. lame kan? N pun dah berumahtangga =) sape kate persahabatan melalui dunia maya ni tak boleh tahan lama? see, i dah buktikan *sambil dongak muke. riak la konon*

sejak kebelakangan ni pulak, laman sosial mula berkembang biak dengan jayanya. dan laman sosial yang dilihat paling berjaya adalah facebook dan myspace. tak ketinggalan juga twitter dan friendster. dan i sendiri tak terkecuali dari fenomena ini. fyi, i merupakan pengguna aktif laman sosial facebook *eceh..dan dan mengaku*

dari laman ni, i bertemu semula dengan kawan-kawan lama, dan juga bertemu dengan kawan-kawan baru. those people dalam facebook ni nampak lebih genuine sebab ade gambar, ade respon dari sahabat handai dan secara kasarnya kita boleh menilai personaliti seseorang tu. friendly tahap dewa ke, poyo tahap gaban ke, gatal merenyam jurus ke lapan ke, gedik talipinggang hijau ke, atau disenangi ramai tahap tujuh bintang. penilaian secara kasar. tapi tak kurang juga yang menjadi mangsa ratu dan raja drama. fakers is everywhere terutama sekali dalam laman sosial. ade yang dah berkahwin beranak lapan masih mengaku bujang dan anak dara. ada yang sudah punya kekasih hati dan merancang ingin berkahwin, mengaku bahawa mereka ini telah putus cinta. dan ada juga yang tua kerepot, mengaku muda bergetah.

so far, i rase bersyukur sebab i takde lagi la berhadapan dengan faker and pretenders. dan i sangat-sangat berharap dijauhkan dari golongan ni. dan i juga kurang berminat untuk terjebak dengan cinta laman sosial. pada i, cinta itu wujud apabila adanya pertemuan. lebih bagus lagi bila kita dan pasangan itu sememangnya saling mengenali. baru ade thrill..ade fasa-fasa tertentu yang akan kita lalui. berkawan. berpisah atau mungkin terus berkawan. kemudian menjadi rapat. merasa saling memerlukan. merasa rindu bila berjauhan. kemudia baru sedar bahawa wujudnya rasa cinta..pergh...macam dalam novel..oke mind this girl yang sesungguhnya sangat kuat berangan-angan

oke tyme to doze off..recharging mode activated!

good nyte everyone..




Share/Save/Bookmark

i'm offended

i'm offended..kata orang, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..

kata orang lagi, adik beradik ni ibarat air, dicincang tak akan putus

kata orang lagi, adik beradik ni ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa..sumpah i terasa..


ya..berbalik kepada peribahasa kerana mulut badan binasa ni. habis la blogger Aduka Taruna. AT dikecam hebat berikutan dari post di blognya yang seakan-akan menghina Almarhum Sultan Johor. tersentak dow baca post tu hari tu. sebagai tanda memohon maaf AT telah membuang post tersebut. nak mintak maaf pun takde guna lagi dah. beberapa laporan polis telah pun dibuat di beberapa kawasan di johor. kalau bawak kereta, terlajak, boleh kita cari u turn. tapi kalau dah terlajak kata, susah nak tarik balik.

pengajarannya kepada bloggers, kalau nak tulis ape-ape, fikir dulu sensitiviti masyarat. jangan la nak menghina dan mengeji orang sesuka hati..kalau ye pun nak tunjuk rasa tak puas hati, cuba la guna pendekatan yang lebih berhemah. orang lain tak rasa terhina, dan kita pun tak susah..

sampai bertemu lagi..have a nice day fellas!






Share/Save/Bookmark

Sunday, January 24, 2010

KARMA

well..takde bende spesifik nak tulis. jari ni ketuk-ketuk ikut ape yang keluar dari minda..

i shud be thankful sbb masih single. dan agaknye sebab i takde komitmen lain selain dari untuk diri sendiri, maka rakan-rakan selalunya akan cari i bila berdepan dengan masalah cinta. aha..ye la..takde banyak bende nak fikir. at least boleh simpan sikit space dalam otak ni untuk fikir masalah rakan-rakan aite *ahaks..statement mcm bongok*

and i'm thankful sebab masih single. sebab tak perlu nak buang banyakkkkk air mata bila fikir kenapa boifren i begitu, kenapa boifren i begini. dan tak perlu juga nak bengkak-bengkak hati sebab duk tahan sabar dengan kerenah boifren. tak perlu jugak nak perah otak, pk banyak2 bila berbalah dengan boifren..

wait..wait..adakah statement-statement di atas mempunyai unsur-unsur memujuk diri sendiri? wuteva! *smbil tunjuk sign 'talk to the hand'*

ibu selalu kata, tak payah la nak risau-risau sangat. everything has been written. dengan siapa i akan berjumpa, bila i akan berjumpa, di mana i akan berjumpa..have faith..tiba-tiba je i feel..owh my..butterflies in my stomach..

ibu selalu ada bila i perlukan kata-kata semangat. ibu selalu ada bila jiwa i sedang berkocak. i feel blessed sebab ade ibu yang sangat memahami. ekceli sekarang i rasa i perlu ibu..tapi..ibu mesti dah tido ni.. *deep sigh*

is it karma? haish..ntah la kan..tu la..dulu bajet hot! org tu tak nak..org ni tak suke, yang ade ko nak dump pulak..hambikkk!!!

owh my..owh my..betul-betul perlukan ibu ni..








Share/Save/Bookmark

Saturday, January 23, 2010

a nyte in SP

minggu ni buat julung kalinya dalam tahun 2010 i tak balik Ipoh. tiba-tiba rasa rindu dengan tok (grandma). yang bestnye pakcik pun balik..yeay!!!! so petang tadi kitaorg makan ikan bakar kat tepi laut. *thumbs up* owh ye kitaorg tu consist of Tok, Tok Teh, pakcik and me =)




i tot of returning to penang lepas makan-makan tadi. but i;ve changed my mind. i'm spending a nyte here. dah lame tak tido bawah ketiak tok. *ngee* sebelum ni i tak rapat sangat dengan tok. tapi setelah pemergian arwah tokwan, i pun beralih arah.

eh tiba-tiba rasa rindu pulak kat arwah tokwan (grandpa). i missed him very badly. *deep sigh*

Share/Save/Bookmark

Friday, January 22, 2010

A.I.Z.A

malam td jumpa dengan kawan sekolah yang dah sepuluh tahun tak jumpa. tapi maaf lah sebab muka i macam cencurut masa mula-mula sampai. ye la, dia dah kate nak jumpe sejak petang semalam lagi. lepas tu kate 50-50 lak. tak konfem. kemudian i katakan pada dia, kalau nak jumpa plan betul-betul sebab lewat-lewat nanti i dah tidur.

jam sepuluh, lampu dimatikan, dan dengan enaknya i pejamkan mata, bersedia untuk melayari indahnya mimpi. dalam sedang enak tu la telefon bernyanyi-nyanyi. "jom jumpa sekarang, aku kat man cafe" sms tu dibaca dengan senyum yang melebar hingga ke telinga dan hati yang kembang berbunga lagaknya seperti ingin bertemu kekasih hati. oke tipu! wutdehek! i dah kate, bagi tau awal-awal..ni dah ade kat situ baru nak bagi tau. tau tak ape rupanya muka ni? dah macam cekodok basi! dah feeling2 nak tido minah!

i balas sms die "aku dah nak tdo la wei. kan aku dah kate, kasi tau awal2. ni yang aku nak marah ni..aku gerammmm je dgn ko"

dengan kering hati i tekan butang send. kemudian telefon bernyanyi lagi. "dah sepuluh tahun aku tak jumpe ko shearer" (note: shearer tu name glamer mase zaman sekolah..*smug*) tarik nafas dalam-dalam. dipendekkan cerita, dalam masa kurang lebih 15minit, sampai la i kat tempat tu. paling malang, i pernah berjanji tak nak jejak lagi cafe tu sebab kat situ la kereta i kene pecah. dengan muke macam cencurut patah hati, i pun duduk depan Aiza, dan membebel macam murai tercabut ekor. owh ye..Aiza datang dengan seorang lelaki yang digelar sebagai che..hurm..sampai skang duk tertanya sape la che tu..

lega dow lepas memebebel! untuk pengetahuan, berterus-terang akan membuatkan hubungan persahabatan, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya menjadi bertambah erat. jadi jangan teragak-agak untuk berterus-terang dalam apa jua situasi. kalau marah, katakan anda sedang marah. kalau tak suka, katakan anda tak suka.

back to the story, bila sepuluh tahun tak jumpa, macam-macam cerita la yang nak dikongsi. berebut-rebut nak bercerita. kemudia ketawa kami meledak bila mengimbau kenangan ketika zaman persekolahan. cepat sungguh masa berlalu. jam hampir pukul satu pagi.

"eh ko tak keje ke esok aiza?" ketawa masih bersisa.

"keje la wei. hah jom la balik. sape nak belanja ni" ketawa lagi. kemudian i bangkit dan aiza mengikuti di belakang.

"lain kali boleh ko belanja lagi" i ketawa..kemudian membalas kembali "kepala hotak ko"

pertemuan kami diakhiri dengan sesi bergambar. ape pun, terima kasih Aiza sebab sudi nak jumpa dengan i. dan sudi jugak dengar i membebel sebab ajak i jumpa secara mengejut..yang tak puas hati tu banyak kali minah ni pukul i sebab melatah..amboi melampau! tak ubah-ubah rupanya perangai suke tampar orang tak tentu pasal tu..tampa ko kanggggg..



kabur. flash boleh menjejaskan kesihatan kulit (^_^)


p/s: sayang semua kawan-kawan..thanx sebab masih mengingati. thanx jugak sebab mengerti perangai buruk i ni. love..hugs n kissess..xoxo..





Share/Save/Bookmark

Thursday, January 21, 2010

topeng rasa

*sigh* well well well..

hari-hari mesti ade je keluhan..mengeluh..mengeluh..mengeluh..sayang sekali, i tak boleh nak ubah sikap yang satu ini. too fragile..

kadang-kadang, bila orang nampak kita gembira dan ketawa, tak semestinya dalam hati kita benar-benar gembira. tapi so far, i bangga sebab berjaya jadi pelakon yang handal. berselindung di sebalik topeng hilai tawa, dan senyum gembira..ya..terlalu handal sehinggakan masalah i sendiri pun dah cukup berat, ditambah pula beratnya apabila mendengar keluhan orang lain. tapi..yeah..it such a relief bila dapat dengar masalah orang lain. sekurang-kurangnya kita tahu bahawa bukan kita saja yang ada masalah dalam dunia ni. bahawa bukan dada kita seorang saja yang sesak dengan segala macam konflik. kadang-kadang sedikit gembira bila sipolan yang mengadu, kembali semula membawa khabar gembira..

hidup ni ada pasang surutnya kan. dan Allah pulak tak akan sekali-kali duga kita di luar dari batas kesanggupan dan kemampuan kita..have faith!
Share/Save/Bookmark

Wednesday, January 20, 2010

HAPPY BIRTHDAY I.B.U

20 Januari

Selamat Hari Lahir Ibu
semoga sihat sejahtera selalu
semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan rehda dari-Nya
i love you so much
i'll do whatever it takes
to makes you happy
to cheer you up
to brighten your day

tak pernah sehari pun tidak menyebut nama ibu
tak pernah sehari pun terlupa merindui ibu
dan untuk hari-hari yang mendatang juga
tak akan pernah lupa mengingati ibu

u r d greatest mom in the world
memberi kehidupan
mengajar erti cinta dan kasih
menjadi teman dan sahabat
juga adakala menjadi rakan untuk berdebat
sesungguhnya ibu wanita terhebat

ucapan hari lahir
khas untuk ibu tercinta
i love you I.B.U




LOVE,




Share/Save/Bookmark

ART OF LOVE



i'm saying sorry in advance
coz this won't always go to plan
thought we don't mean
to take our love for granted
it's in our nature
to forget whar matters

how when the going is
getting tough
and we're about giving up
things that we never thought
we'd gonna say
gonna say them
things that we never thought we'd play
gonna play them

it ain't perfect
but its worth it
and it's always getting better
it's gonna take sometime to get it right

cause i'm still learning the art of love
i'm still trying to not mess up
so whenever i stumbble
let me know
you need to spell it out
you need to spell it out
you need to spell it out
you need to spell it out
for me
cause
i'm still trying to learn
the art of love

if i forget to get the door
remind you that you are beautiful
i know my details
requires more attention
if i ever hurt you
it's not my intention

cause we're gonna make our mistakes
find out how much you heart can take
but i know
that you got my back
and baby
i got yours

cause i'm still learning the art of love
i'm still trying to not mess up
so whenever i stumbble
let me know
you need to spell it out
you need to spell it out
you need to spell it out
you need to spell it out
for me
cause
i'm still trying to learn
the art of love

sometimes i'm gonna miss
i'm still learning how to give
i'm not giving up
i'm still learning how to love
still learning how to love
still learning how to love

cause i'm still learning the art of love
i'm still trying to not mess up
so whenever i stumbble
let me know
you need to spell it out
you need to spell it out
you need to spell it out
you need to spell it out
for me
cause
i'm still trying to learn
the art of love

the art of love
still learning
(art of love)
still learning
(art of love)
still learning
(art of love)
still learning
(art of love)

still learning
i'm still learning
(art of love)
still learning
(art of love)
i'm gonna get it sometimes
cause i'm still learning
still learning
(art of love)

still learning
(art of love)

still learning
(art of love)

the art
the art
the art of love..



Jordin Sparks ft Guy Sebastian


















Share/Save/Bookmark

hukum hidup

everything scrambled up in my mind..i dunno where to starts. but i feel..left behind..feels like forgotten..or it's just my illusion?

well..she already had her own life. yeah.. *sigh*

two people met and walk along the same path. when reach at one intersection, both have to choose their own path..hukum hidup mmg begitu kan..

i miss her..so much!








Share/Save/Bookmark

Tanggang 2010

baca harian metro pagi ini, dan rasa hiba terasa seakan menghimpit. seorang anak tega meninggalkan bapanya yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan berikutan dari penyakit jantung yang dihidapinya.untuk makluman anda, bapa malang tersebut di tinggalkan di sebuah bus stop di tepi jalan. dan bapa malang tersebut bermalam di perhentian bas tersebut..

baca di SINI

kalau terdetik rasa "bapak ni menyusahkan saja", kenang kembali susah payah bapa membanting tulang, demi memberi kita sesuap nasi, mencari wang untuk menyekolahkankita, melengkapkan diri kita dengan ilmu sehingga kita berada di tahap sekarang ini.

*deep sigh*

semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kita semua..




Share/Save/Bookmark

kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..

mulakan hari dengan milo ais dan chicken mc muffin mekdi + hash brown. tapi cuma hash brown je yang selamat dihadam masuk dalam perut. tak nikmat rasanya bila takde selera makan. bende yang jadi feveret pun dah tak mampu nak telan..

setiap kali baca berita perkahwinan, i pun tersenyum simpul. mula berangan-angan duduk di atas paterana nan indah..chewah!!

hakikatnya perkahwinan ni bukan semudah yang kita sangka. macam berumah di tepi pantai. nyaman, damai, tenteram. sesekali bayu berhembus membawa hawa segar. pohon2 melambai, menambah damai suasana. tapi bila badai melanda, yang indah-indah semuanya sirna..

emosi dan rasa amarah berada pada puncaknya bila terbaca kisah penganiayaan suami kepada isteri, pengabaian bapa kepada anak-anak. kalau dulu, orang kata, jangan berangan nak bersuamikan orang kaya-kaya, punya kerjaya mantap, berkereta besar, berpakaian dari jenama terkenal. mereka itu golongan kasanova. tidak puas dengan seorang isteri, di tambah lagi menjadi dua, scandal bersepah-sepah, wanita-wanita materialistik berebut-rebut mahu menghimpit. kalau mahu bersuami, carilah yang kaya dengan cinta dan kasih sayang. biar miskin wang, asalkan rajin berusaha untuk mencari sesuap rezeki. zaman sekarang ni, dah tak boleh pakai statement tu.

miskin ke, kaya ke, same je. semuanya bergantung pada hati masing-masing. kalau dah gatal nak kawen lagi satu, kawen jugak. like wut happen to my neighbour. suami die seorg polis berpangkat rendah. dikurniakan 6 org cahaya mata. anak yg sulung perempuan dan baru tamat SPM. mase anak die tgh nak amik SPM, si bapa ni kawen lain. menikah dengan wanita berketurunan orang asli. dan sekarang anak-anak terbiar tanpa pembelaan. malah semuanya tak bersekolah sebab tak cukup duit. si kakak yang baru tamat SPM tu tempat die bukan di kaunter supermarket. die sepatutnya berada bersama rakan sebayanya di kampus, dan menikmati momen-momen indah zaman remaja. si ibu dan si kakak ni bekerja hanya cukup untuk menampuang perbalanjaan harian je. si bapa sekupang nafkah pun tak kasi. sampai hati kan..sekejam ini dia memperlakukan anak-anaknya. anak-anak yang sepatutnya dibimbing untuk mencorakkan masa hadapan yang cemerlang, terbiar tercicir tanpa mendapatkan pendidikan sempurna.

*deep sigh*

teringat pulak filem Pisau Cukur. kata Bella, sejak kecil dia mengimpikan untuk berkahwin dengan orang kaya. sekurang-kurangnya masa depan anak-anak akan terjamin.

memang la, perjalanan hidup seseorang itu telah diatur oleh Tuhan. tapi nasib sesuatu kaum itu tak kan berubah, kalau bukan mereka sendiri yang merubahnya. betulkan saya sekiranya saya tersilap.

btw, have a nice day readers =)



xoxo

Share/Save/Bookmark

Tuesday, January 19, 2010

in denial

I'm scared to fall in love, scared to fall fast, because every time I fall in love... it never seems to last


yeah..the reality is, i'm scared..when i feel it, i tend to deny it..buat-buat tak tahu, buat-buat tak peduli..so far semuanya end up with broken heart. it never last. guys are all same..

people accusing me for being so selective..sebab tu i masih begini..come on..bukan ke jodoh tu ketentuan Tuhan. tak pernah pulak i bersikap memilih. nak yang banyak duit, yang handsome, tinggi, bergaya, berkereta besar dan sebagainya. tak pernah pula meletakkan syarat begitu dan begini. cukup sekadar dia membuatkan i merasa SELESA berdampingan dengannya. tak perlu terlalu kaya. cukup sekadar punya latar belakang pendidikan yang baik, dan rajin berusaha..lebih manis bila sama-sama berusaha memantapkan kedudukan ekonomi keluarga kan.

actually i'm sick with those so called cliche question. i pun manusia yaang dikurniakan akal, hati dan naluri sama seperti yang lain.

oke2..apesal lak nak emo ni heh..mau tak emo..bila telinga bedengung, kesannya turun ke hati. how they can simply made those stupid judgement tanpa memikirkan perasaan org lain.

ape pun, i percaya Allah akan beri sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah hilang.. have faith!




Share/Save/Bookmark

Monday, January 18, 2010

sakit kononnnnnnnn..

i'm ill..gastric + diarrhoea..i'm sure you know how it feels rite.. what a terrible monday.. *sigh* pagi tadi jam 7.30 bertolak dari Ipoh. I mmg nak masuk ofis. tapi keadaan betul2 tak mengizinkan. haish..

so kat rumah la i skang ni. bosan! nak tido pun, mata tak leh lelap..nak lelap macam mane wei..asyik berulang ke toilet je..kepala pun dah pening..nak makan ape pun tak tau. mekdi depan rumah je..cuma selera i ni je yang mengada-ngada..nak makan ape ntah..ubat dokter bagi pun masih tersadai atas meja sana..nak suruh makan ubat? jangan haraaaappppppp..dokter nak jab tadi pun i tanak..bukan sebab takut oke..tak main ar takut kene injek..tak hero la..cuma serangan kali ni i  rasa tak teuk sangat..tak baik pun amik injection selalu kan..

dalam tak sihat pun, belog dengan fesbuk harussssss la bukak..boleh meriyan kalau sehari suntuk tak ngadap bende alah ni..haish..bende melalaikan ni jugak la yang i minat.. kenape ntah..org lain i tgk relek je seminggu tak bukak fesbuk..i perasan jugak..i ni je yang jakun semacam..nak kate baru je ade akaun fesbuk..tak pulak..bertahunnnnnn dah ade fesbuk ni..tapi sampai skang tak jemu-jemu..mengadap je..nak muntah pun mengadap jugak...kadang-kadang sampai i sendiri yang blur..dah tak tau nak buat ape dengan fesbuk ni..tapi masihhhhh... menagadappppp..tak kan la kene angau fesbuk kot..

hurm..besday Ibu lagi dua hari..tapi hadiah untuk ibu i dah bagi semalam..nak tunggu hujung minggu ni macam lambat pulak..i tak berape suke nak kasi hadiah belated ni..tak feel..hurm..bulan dua i relek skek..takde besday sape-sape untuk i sambut..bulan tiga ni pulak ade dua besday..i'm planning on sumthing.. *wide smile*
it will be great..i guess =) i tak tau kenapa..pada i birthday ni sesuatu yang perlu untuk disambut..menggembirakan mereka yang dekat di hati adalah sesuatu yang sangat mengujakan..i seronok..i suke bile tgk org lain gembira.. *senyum lagi*

hurm..oke la..gtg..i'll cont writing later..i nak beristirehat skek.. have a good day fellas!



p/s: i'm missing sumone *deep sigh*






Share/Save/Bookmark

Sunday, January 17, 2010

CINTA SEORANG LELAKI

fuh..dah macam belog dr love dah ni..belog ini sungguh entah hape2..scrap! hasil carian jugak scrap! nampaknya i boleh jadi penulis bahan scrap yang berjaya. *menaip sambil tersengih*

geli pulak i tgk hasil carian hari ni. segeli geli i, apetah lagi geli hati orang lain kan..owh abaikan saja..bak kata diva gebus di dalam belognya yang tidak lain dan tidak bukan menjadi pujaan hati i.. ada aku kesah..



banyak sangat belog ni merapu pasal cinta agaknye..maaf lah you all..kalau-kalau i telah menggelikan, atau menggeletek atau meloyakan pembaca dengan juadah entry yang emo dan meleleh-leleh..i tulis ape yang i rasa nak tulis. i banyak menulis berlandaskan rasa.

yang tak puas hati skek ni, kenapa pulak perlu ada carian "suzanna hot" di sana..pencemaran la wei! kalau nak cari, cari la yang extreme-extreme skek. kan ke besar skek beliak mata nih..

eh dah masuk asar. dah janji dengan ibu nak bawak ibu p giant. kang tak pasal-pasal kene jeritan jurus ke saploh..


p/s: ayah baru je pegi pagi tadi. hp ibu dari pagi tadi berbunyik..hangat tol percintaan mereka..aisey..apesal hp  i senyap jek ptg ni heh










Share/Save/Bookmark

kalau la..

Sunday 0718

hantar ayah kat depo berlepas kat kem sebab ayah outstation sampai awal bulan dua ni. hurm..ibu mesti sedih sebab kene tinggal sorang. kitaorg semua sibuk kerja & sekolah..

ibu kata dah lame ibu tak kene tinggal sorang. last time kalau ayah outstation pun, adik bongsu ni ade temankan ibu. thn ni adik dah start sekolah, ibu mati kutu tinggal sorang2 kat rumah. dat day ibu kol sebab sedih lepas adik p sekolah. kesian Ibu..kalau la i kerja kat Ipoh je kan best. *deep sigh*


p/s: rasa malas pulak nak balik Penang esok.. *ngee*






Share/Save/Bookmark

isu basi

2.20 am. dah lewat pun..masih tak tidur lagi..jadi p.a tak bergaji untuk adik i. pandai na buat alasan konon tak tau nak pakai exel..oke oke..luckily mood i baik hari ni..

baru je lepas bagayut..hah..hah..bukan bagayut kat pokok k..tu keje mongkey je..manusia ni kalau begayut, mane lagi kalau bukan telefon..

i berdiskusi dengan dia bout being flirty dan simply-simply nak panggil orang lain tu sayang. hah ekceli i dah penah buat entry pasal ni dulu. baca di SINI.

i sangat pelik. sekali lagi i tegaskan..jangan permudahkan perkataan tersebut. it's not just a word..orang kata kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

bila orang panggil kita sayang? apa kita rasa? suka? geli? benci? rasa nak suruh panggil lagi? selalunya orang akan rasa suka kan...depends on how the intonation and how dat person deliver perkataan sayang tu. tau tak hanya dengan kerana satu perkataan tu, boleh buat jiwa orang lain melayang-layang, rasa seperti di awang - awangan?  jangan bermain dengan kata-kata. adakala ia boleh membawa impak yang besar kepada seseorang.  say it, if u really mean it. kalau anda benar-benar maksudkannya, bisikkan lah walau untuk beratus kali pun..

 ingatan untuk para wanita, jangan sewenang-wenangnya nak panggil orang lain sayang mayang bagai. dan untuk wanita juga, kalau lelaki tu panggil u all sayang, jangan mudah nak jatuh perasan sebeb kadang-kadang deorg ni main-main je..saje nak flirt..bkn series pun..

to readers..sorry banyak-banyak sebeb mengeluarkan isu yang hampir serupa. tak kira.,,i nak tulis jugak sebab i agak sensitif sket dengan isu ni..

i'm off..nyte everyone..




Share/Save/Bookmark

Saturday, January 16, 2010

tarik napasssssss...lepassssss

fuh..ambik napas dulu..

where to starts heh..i feels like floating in d air..hahahaha =) well..i boleh rasa..i dapat rasa dan i rasa..oke dah sewel..ayat pun dah mcm kene sawan je..

well, buat masa ni i biarkan je dulu. my previous relationship yang bungkus macam nasik bungkus basi tu masih lagi menghantui i sampai i bermimpi ngeri setiap malam..sampai menangis melolong lolong dalam tidur..oke statement ni tipu..exaggerate semata-mata..memandai je ar jari i ni type bende bukan2..babab kangggg...

for the time being..buat-buat tak tahu tu adalah langkah yang terbaik..*tarik napas*




Share/Save/Bookmark

Thursday, January 14, 2010

same je semua

they are all same..

















Share/Save/Bookmark

Wednesday, January 13, 2010

BALASUNGKAWA

Takziah kepada rakan sekerja saya Mohd Ridzuan dan keluarga,  yang kehilangan ayahanda tercinta pada jam kurang lebih 2.30 pagi tadi. semoga arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman

Marilah sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. Al- Fatihah..





Share/Save/Bookmark

Tuesday, January 12, 2010

bile otak kosong, jiwa tak terisi..

sejak semalam lagi..blur. jari telunjuk bergerak memberi sedikit tekanan pada punat sebelah kiri tetikus..terpapar new post di skrin. muke straight. otak kosong. tak tau nak taip ape. mule menekan huruf 'a' di papan kekunci. terpapar huruf 'a' di skrin. kemudian laju je jari ni menekan punat 'delete'. termenung lagi depan skrin. akhirnya pointer tetikus ni dihalakan ke tab bertanda 'x'. punat ditekan. serta merta paparan new post tadi hilang dari pandangan.

gila!!! sejak semalam tak tahu nak tulis ape. kosong. blank. pejam celik..pejam celik..

nanti sambung balik..










U.P.D.A.T.E.D


sedang menaip sambil makan kebab..yeah..sejak kebelakangan ni jiwa i rasa semacam. kadang-kadang rasa berbunga-bunga, kadang-kadang rasa macam biasa, kadang-kadang rasa macam takut..realitinya i takut apa yang i ada sekarang, hilang dan sirna. macam yang lepas-lepas. sumpah i kecewa. tak pernah i rasa macam tu. tak pernah i rasa macam mana kecewanya bila apa yang i ada hilang. dia menyemaikan benih-benih rasa dalam hati, kemudian dia pergi. sumpah dia kejam!

eh chop!!! sambil makan baru minda boleh bergerak dalam kadar yang agak pantas. owh ye..apesal i tak tulis post ni kat entry baru jek..huh wuteva la..

oke penyakit tulis dan delete telah menyerang kembali. duh!! ape masalah entah.

gtg..nothing good pun to stare this page like a dumb..takde bende pekdah nak tulis..sape yang bace belog i ni, terima kasih la banyak2 kerana berjaya membuang masa anda dengan cemerlang di sini..






Share/Save/Bookmark

Saturday, January 09, 2010

brain damage





semakin banyak keganasan kat Malaysia ni. pembunuhan kejam terhadap ahli keluarga sendiri, pengeboman rumah ibadat penganut kristian, pembakaran bas kerana perbuatan khianat..ini kejadian yang berlaku baru-baru ni..di masa akan datang, entah ape pulak yang akan berlaku..

i rasa semakin ramai orang yang mengalami masalah kerosakan mental la. kepala dah weng. sebab tu la macam-macam keganasan berlaku. kalau kepala otak tu betul, tak kan la sampai nak p musnahkan rumah ibadat orang lain. itu bukan budaya orang Islam. tapi kan, memang pasti ke itu perbuatan orang Islam? let alone la perbuatan siapa pun. the main point is, kalau la orang tu menggunakan akal yang waras, dia akan bertindak sedemikian ke?  dah tak pasal-pasal kene keluarkan peruntukan sebanyak RM500 ribu pulak untuk bina gereja tu di tempat lain.

semalam pulak empat buah bas di stesen bas medan kidd ipoh, terbakar dan dipercayai akibat perbuatan khianat. waras ke perbuatan macam tu? kita ni manusia, dikurniakan akal, supaya kita dapat berfikir dengan sempurna. tapi sayang..kesempurnaan akal tu disalahgunakan.


p/s: menurut kajian WHO, ubat ubatan untuk pesakit mental merupakan ubatan kedua yang termahal di dunia. gam pulak merupakan bahan ketagihan yang termurahdi dunia. agaknye orang sewel bertambah sebab tak mampu nak beli ubat kot..tak pun sebab banyak sangat hidu gam





Share/Save/Bookmark

pelempang nak???

kelabu gemok gembira nampaknye hari ni. ye la. dah lama tak join sahabat-sahabat die mandi buih kan. die pun selalu mengadu  badan rasa berat-berat. dah lama tak kene urut sambil mandi buih. girang sungguh dia bila i bawak p tempat biasa yang lame dia tak kunjungi..

i nampak kelabu gemok pejam mata dan jelas dari wajahnya bahawa die sedang menikmati momen momen manis tu seketika tadi. habis je sesi mandi buih dan mengurut, kelabu gemok lari laju sangat. die kate badan die dah rasa ringan. die mula merungut dan mengungkit sebab dah lama sangat i mengabaikan kehendak die yang satu itu..bukan mahal pun bayaran untuk servis yang memuaskan kehendaknya tu. RM9 je..tu pun kedekut..rungutnya lagi..

panas je rase hati ni. oke oke..i admit..sebab ko tu dah berabuk teruk sangat, cermin pun dah kelabu, baru aku ade kesedaran nak anto ko mandi buih..aku anto pun dah cukup baik..ko nak merungut bagai..pelempang nak??

tersentak seketika bila nampak budak-budak nak melintas jalan..ceh!!! wadehek!!! fokus boleh tak mase pegang stering tu! pelempang nak?? bermonolog dengan diri sendiri..




Share/Save/Bookmark

Wednesday, January 06, 2010

u made my day..everyday..


sedang melalui fasa yang membahagiakan dan menggembirakan..musim di mana bunga-bunga sedang berkembangan..











Share/Save/Bookmark

Tuesday, January 05, 2010

FACEBOOK


mase zaman-zaman i dekat uni dulu, Friendster dengan MySpace adalah antara laman sosial yang femes. tapi sekarang Facebook telah mendahului carta. Facebook ni memang membawa fenomena dan impak yang sangat besar kepada komuniti manusia pada abad ke 21 ni..ewah!!! konfiden je!!

bukan kata remaja dan kanak-kanak, malah golongan atuk-atuk dan nenek-nenek pun ade fesbuk oke! bukan tu je, malah banyak agensi kerajaan mahupun swasta yang menyekat penggunaan facebook ketika waktu pejabat. (ofis i pun tak terkecuali oke!) persoalannye..kenapa facebook ni phenomenal sangat?

PERTAMA: Facebook = Yellow Pages
kawan i, Azuan..dia keluarkan statement ni kat status facebook. "facebook = yellow pages. aku boleh jumpe dengan kawan-kawan sekolah rendah" memang series betol wei. facebook ni macam directory manusia dah. rakan-rakan yang terpisah sejak berpuluh tahun pun leh jumpa dan buat drama jejak kasih. antara kawan sejak sekolah rendah yang telah lama terpisah, lalu bertemu kembali, Noor Azwin Jaafar, Mohamad Azuan Tukiar, Abdul Hadi Faruk, Nurul Hidayah Sarudin, Nurul Huda Taha, Nurul Aiza dan yang lain-lain tu rakan-rakan sekolah menengah..*saje nak test memori. superb! masih ingat dengan name bapak sekali*

KEDUA: Facebook = Kad Jemputan /Undangan
ni pandangan peribadi i la. senang, jimat dan praktikal. kalau nak jemput ke kenduri kawen ke, majlis cukur jambul, birthday party dan macam-macam event lain lagi, boleh la kite jemput pakai event calender je. siap boleh RSVP dan kite boleh tengok pulak sape yang confirm nak attend majlis kita tu. senang kan. Jimat pun jimat. jimat phone bills kalau nak buat verbal invitation. jimat duit setem. tak payah nak sibuk2 p pos invitation card. dan risiko kehilangan atau kad tak sampai pun dapat dikurangkan. betapa bergunanya teknologi ni kan. lagi pulak, kebanyakannya pasti akan bukak facebook deorg hari-hari. so takde la alasan kad tak sampai atau lupe nak rsvp dan sebagainya.


KETIGA: Facebook = Lubuk mencari jodoh
hah ni tak semua org bernasib baik. ada yang bertemu jodoh, dan tak kurang jugak yang tertipu. like wut happen to my beloved one, bila dia dapat tahu yang pujaan hati dia selama ni adalah isteri orang. lepas beberapa kali dating, baru perempuan tu reveal perkara sebenar. so for those yang dah kawen tu, tak payah nak kaver line. letak la status tu married. gatal jugak nak buh single tu apesal kan. hah for those yang menggunakan laman sosial untuk mencari jodoh tu, pandai-pandai la guna naluri dan kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah.

KEEMPAT: Facebook = Advert Space
sejak kebelakangan ni banyak trend cenggini. guna facebook sebagai medium untuk memasarkan produk. terutama sekali MLM. pergh..kejap kejap kang keluar status "anda ingin menjadi kaya? mahukan peluang untuk menjadi seorang jutawan? sertai kami..bla..bla..bla.." fine..suke hati korang la kan. tu usaha mereka untuk menambah downline. asalkan bukan mengiklankan dan memperdagangkan diri kan..

KELIMA: Pusat Games
hah games yang paling phenomenal sekali "Farm Ville". ramai sungguh petani-petani moden yang berjaya. sampaikan i pernah terbaca dalam newspaper, seorang suami komplen isteri die dah tak masak sebab sibuk dengan hasil tanaman. series!!ni kisah benar wei. macam-macam games ade. Cafe World, Mafia Wars, Farm Ville, Pet Society dan lain-lain..banyak giler..

Secara keseluruhannya, ni la antara faktor utama yang menyumbang kepada ke-popular-an facebook di masa kini. ewah!!!!dah macam karangan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia..oke lah..till then, majulah facebook untuk negara..PM pun ade fesbuk wei..






Share/Save/Bookmark

Sunday, January 03, 2010

N3 lepas termenung

orang kata, kalau kita ni di atas, kite masih tetap kene pandang ke bawah. berjalan jangan mendongak ke langit, pandang sama tanah yang kita pijak. sebab nanti kalau tersandung, jatuh, kita sendiri yang sakit. jatuh tu pulak kita tak tau, lukanya sikit atau parah.

tapi kadang-kadang, kita manusia sering lupe..adakala kita leka mendongak ke langit, sampai lupa nak tunduk memandang bumi yang sering kita pijak. adakala kita lebih senang tunduk memandang bumi tanpa sedikit pun rasa ingin mendongak ke langit.

kita adalah kita..kalau rasa nak mendongak langit sehingga lupa memandang bumi, silakan. jika kita hanya ingin tunduk tanpa sedikitpun rasa ingin mendongak ke langit, terserah. hidup ni pilihan kita sendiri..




Share/Save/Bookmark

Friday, January 01, 2010

entry orang takde keje

Dear Shahira Khairudin, below are your PSYCHOLOGY PERSONALITY test result:

You love the crowd... a party animal! Too many “friends”, you can’t easily tell which among them is real and not...

You hide your emotions... Sometimes pretending to be always happy. Sometimes, not giving even a hint of what you really feel.

You love deeply... you may flirt along and people think you’re a playboy/playgirl but the truth is: your heart belongs to only one.

You have so many ideas in mind... You’re creative and aggressive! If you want something, you’ll do anything to get it!

You’re a stubborn sweetheart... You “love” him/her only because he/she loves you. If his/her flame puts out, you let go with no trouble.

You’re intimidating! People have an impression that you’re elite—or if not, you simply look sophisticated. You gain praises but not companions.

You’re independent! You’re also risky just like the bajaken who sail in the vast and dangerous ocean to look for treasures!



================================================================

personaliti test yang i amik kat fesbuk..oke mari kita huraikan perenggan demi perenggan..

perenggan pertama yang kaler pepel tu..
partu animal? takde la sampai cenggitu. cuma i suke berhibur dan berlibur. berhibur tu tak bermakna kene jejak kaki ke club bagai. seumur hidup tak penah jejak club pun. dan memang betul pun. i tak reti sangat nak bezakan org tu ada niat tak baik atau sebaliknya. i pukul rata je. i anggap semua org berniat baik. tu kalau org yang i baru2 kenal la..

perenggan kedua
well, kalau i marah, mmg i akan tunjukkan petanda petanda yang i sedang marah. kalau membebel pot pet pot pet tak henti-henti tu, maknanya i tengah marah. bende kecik pun leh jadi bahan utk i bebelkan. dan ya, kalau tengah sedih terluka dan sebagainya memang i akan nangis. tapi most of the time, i akan tunjuk yang i oke. sebab kalau kite tunjuk yg kite sedih, org sekeliling kita pun tak gembira.

perenggan ketiga
awwww... am i flirty? hahahahahaha..sikit tu ada kot. yerp..walaupun i ade seseorang yang i cinta, i masih merasa terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi i akan meletakkan sempadan-sempadan tertentu sebab hati ini telah dimiliki..awwww... (gigit jari dengan sopan)

perenggan ke empat
yeah!!!i am creative, in my own way and on the field yang i master la kan..again..true, kalau i inginkan sesuatu, i akan pastikan i dapat. it's just a matter of time..yang pasti i akan dapatkan jugak..

perenggan ke lima
tak payah banyak koman. perenggan ke 5 ni 100% tepat

perenggan ke enam
hah yang ni i tak reti nak komen ape2..kang mcm perasan sendiri lak..miahahahaha.. (sambil betulkan aviator rayban yang baru beli semalam)

perenggan last
independant & risky. betol kot..tak berapa minat nak susahkan orang selagi i boleh buat sesuatu tu sendiri..dan i tak perlu sape2 pun untuk temankan i kalau jam 3 pagi i nak balik ipoh..bahaya kannnnn..skang tak buat dah..ibu marah... =(


oke tamat! ape lagi nak buat eh hari cuti cemni..hurm.. (sambil pintal rambut)



Share/Save/Bookmark