18-20 Februari, Kem Rekreasi Gemia, Dungun, Terengganu.
menempuh perjalanan yang sangat jauh. sewal jam 8 pagi seramai 36 peserta bertolak ke Dungun dengan menaiki bas rasmi UiTM. eceh!!! macam karangan KBSM..
oke i citer betol2..perjalanan ade la dalam ... jap..jap i kira sat.. hah! ade la sepuloh jam..naik sengal satu badan. memandangkan program yang pack, i bantai tidoq dalam bas cukup-cukup. tapi tu la..apa ingat tido dalam bas tu best? turun je bas, kami disambut oleh urusetia yang terdiri dari staf-staf UiTM Dungun. Ketua Urusetia, Prof Madya Ustaz Zaid bagi taklimat skek, dan yang paling best, malam tu jugak kami kene bersiap-siap untuk aktiviti jungle tracking. gile kentang!!!! dah ar sampai pun pukul 6 lebey, bontot pun tak sempat nak letak lagi kat khemah, cume sempat letak beg je, dah kene jungle tracking lak..
at first i mmg rasa macam..fuh nyesal beb i datang..kalau i tau cemni, baik i amik MC je..i ingatkan jungle tracking tu sok pagi..oke takpe-takpe..cool..
lepas solat maghrib dan isyak secara berjemaah, ade pulak sesi ice breaking, pembahagian kumpulan dan sebagainya. pastu, kami menjamu selera dengan juadah makan malam, dan terus bersiap-siap untuk jungle tracking..tak sempat mandi oke!
bajet-bajet dalam kol 11lebeh tu leh la start gerak. everythings checked. first aid kit, torch light, sleeping bag dan kelengkapan lain semua complete. alih-alih, ade pulak sorang peserta buat masalah..wutdehek! kalau ko tak leh nak ikut aktiviti ni, yang ko ikut jugak datang jauh-jauh ni apehal? ape giler nak tinggal kat tent sorang-sorang? ni hutan kot! kang ade babi ke datang sondol, hantu ke datang mengorat, tak ke naya! macam-macam hal peserta ni buat dan at last dalam kurang lebih jam 1230tgh malam kami bergerak.
sumpah! ini adalah pengalaman pertama yang sangat mengujakan! i ulang eh..sangat-sangat mengujakan! laluan yang kami tempuh agak merbahaya. mendaki bukut curam, merentasi sungai, melalui denai sempit dimana kiri dan kanan ada pokok-pokok berduri. kami berhenti untuk rehat di tiga check point. dan mase berhenti tu kami kene padamkkan lampu..giler kentang!!! gelap gelita. yang kedengaran hanya suara unggas dan mergastua bersahut sahutan..
lepas dua jam meredah hutan, kami sampai di sebuah pantai yang dikenali sebagai Teluk Mayat. giler kentang!!! scary seyal nama die. ombak kuat. angin menderu..sejuk giler wa cakap lu. kami tidur di tepi pantai dengan hanya beralaskan sleeping bag. sape yang takde sleeping bag tu, alas kain batik kain pelikat sudey. berbaring di atas pasiran pantai sambil memandang langit yang berhias gemintang bertebaran memang pengalaman yang mahal dan tak terbeli di mana-mana. sumpah! letih dan lelah terasa berbayar.
jam 5.45 pagi, kami bangun untuk bersiap-siap menunaikan solat subuh. alamak! nak terkencing wei. tapi nak buang tang mana? ombak kuat dow. pantai curam. nak mampos? suasana gelap gelita. so, kami pun cari celahan batu yang besar-besar. hah jumpe! alamak! ade pulak dua tiga orang peserta lelaki menuju ke tempat kami ni. sambil melawak bunti deruan ombak yang kuat, kami pun melaung "jangan suluh! matikan torch light!".. hah suluh sane suluh sini tak pasal-pasal nampak bontot menonggek baik punya.
selesai semua, kami duduk di tepi pantai menyaksikan matahari terbit. sambil tu menggedik snap gambar, dan kemudian jam 7pagi kami berkemas pulang. duh!! masuk utan balik. tapi kali ni kami ikut trek biasa, dan tembus pulak di lapang sasar. once again i rase nak menjerit. giler kentang!!! kami diberi peluang untuk berlatih menembak menggunakan senapang M16. wehuuuuuuu!!!! menarik giler..
dalam jam sebelas, kami pulang ke tapak perkemahan dan bersiap sedia untuk masak. first time i ikut aktiviti outdoor macam ni. series memang best! jam 12lebeh kami siap masak..ape lagi..makan time!!!! lapas makan, kami menunaikan solat zuhur dan kemudian bersiap sedia dengan aktiviti lain. aktiviti-aktiviti yang dijalankan menekankan aspek kerohanian, fizikal dan mental. dan dari aktiviti ni jugak baru i realize yang i ni tak la lembik pun. stamina tip top oke! eceh! poyo.. *sila muntah* hari ni baru dapat mandi..rindunya i pada air dan sabun serta ubat gigi dan berus gigi. kemudian, acara diteruskan dengan aktiviti berkumpulan santak ke maghrib. lepas selesai solat maghrib dan isyak, aktiviti seterusnya dipanggil sebagai "Pencil Parable" .
kita ini ibarat sebatang pencil. untuk menjadi pensil yang hebat, kita melalui pelbagai penderitaan. sakitnta bila diasah, dan kelebihannya bila silap, kita boleh padam guna rubber eraser dan boleh betulkan balik kesilapan tu. macam tu la hidup kita. (insaf kejap)
malam tu kami bermalam di khemah. mendamaikan! bunyi sungai mengalir, bunyi desiran daun, bertemankan pula hawa sejuk..pergh!!!! lupa seketika pada perkara-perkara lain. jam 4-5 pagi ahli khemah kami kene bangun sentri di kawasan khemah wanita. kami bertiga, Sue, kak Bakyah and me tercongok la dekat unggun api. api pulak padam! ahhhh!!! sejuk dow!!! nak api....nasib baik la sejam je. jam 5 pagi, kami kejutkan ahli khemah lain untuk bangun bersiap-siap. ade Qiamullail pulak. lepas subuh, aktiviti riadah pula menanti, dan selesai aktiviti riadah, acara diteruskan dengan aktiviti secara berkumpulan dan juga penyampaian hadiah. kurang lebih jam dua petang, kami berangkat pulang ke Pulau Pinang. Dungun ternyata meninggalkan kenangan yang priceless dan tak mungkin i lupakan.
otw to Dungun
in tent
with Amy di tepi pantai, Teluk Mayat..just reached here..
with kak Yus n Kak Aida..thanx God..ade line. boleh i update status fesbuk (^_^)
selamat pagi!!!!
p/s: gambar yg sempat i snap pakai hp je yg ade..gambar yg lebih manarik akan menyusul

priceless teambuilding experience