Wednesday, March 31, 2010

BILA SITI NURHALIZA KELUARKAN PRODUK KOSMETIK...


CT keluarkan jenama kosmetik SimplySiti dan pada April ni satu kiosk SimplySiti akan dibuka..hurm..mesti dapat sambutan ramai apetah lagi yang mengeluarkan produk tu, artis tersohor negara. duhh..i bukan peminat CT. tapi i kagum sehhhh..kagum dengan otak bisnes yang die ade..kasi pinjam lu punye otak boley ka?


bukan senang nak senang..bukan senang nak jadi seseorang yang berjaya dan disegani. kalau ditelusuri susur galur perjalanan karier CT, i rasa tak sanggup..tak sanggup dow nak travel naik bas turun bas, menempuh berjam-jam perjalanan dari pahang ke KL..kalau difikirkan balik, die memang deserve untuk berada di tempat dia berdiri ketika ini. ibarat pokok kelapa. dia membina akar yang kukuh, bertunjangkan semangat juang dan susah payah yang dilalui semasa zaman remajanya. kutukan peminat (termasuk penulis) tak yah citer la..berkodi-kodi kot. tapi die buat tebal telinga je. kesimpulannya, untuk jadi seorang yang berjaya, kite bukan sahaje kene gigih, tapi kene tebal telinga dan tebal muke jugak..

lupekan kisah CT bersama produk kosmetiknya..nak citer pasal diri sendiri lak nih. entah macam mana hari ni boleh pulak bangun lambat *nanges* dengan baju tak iron lagi, fikir nak berebut parking pulak kejap lagi..mampos..kalau lambat memang sah-sah la takde parking..kalau ade pun nun jauh di ceruk rantau bangunan fasiliti..OMG. tak sanggup rasanya nak bejalan jauh-jauh sejak dimanjakan dengan parking yang betul-betul sebelah bangunan ofis i. memandangkan sejak dua menjak ni i tak suke nak mekap, berita gembiranya, i sampai awal la jugak. *urut dada*

owh keje masih menimbun..semalam punye dah setel. hari ni datang menimbun lagi..*hentak kaki dengan manja* berita menariknya, bos tak masuk opis hari ni *raup muka tiga kali*

dalam sibuk bekerja, kepala otak ni ade pulak teringatkan sipolan. noted. teringat oke. bukan rindu macam yang die selalu cakap.."ko rindu aku kan" . owh jangan tuduh i macam tu sebab susah nanti kalau i mengaku.. opppsss..mengaku ape? abaikan..

keserasian wujud dengan adanya komunikasi. (tetibe masuk topik lain) tak kira la komunikasi secara verbal atau bertulis. tapi i lebih prefer komunikasi secara verbal kot. sebabnya kita boleh dengar suara, boleh pandang mata..haippp..jangan buat muke konfius..dan sila jangan sengetkan kepala tanda anda memandang serong. kejujuran seseorang tu diekspresikan melalui pandangan mata. hah sebab tu i suke pandang mata orang bile tengah becakap. pastu kalau komunikasi secara verbal ni, selalunya apa yang diperkatakan datangnya dari hati.  kalau dah cakap tu, ko nak gostan balik pon susah kan. maka wujudlah perkataan terlanjur bicara. tapi kalau komunikasi secara bertulis tak berapa nak ummph! sebab..sebab..sebab tak dapat pandang mata. orang kata, dari mata turun ke hati.. *lempang diri sendiri*

komunikasi secara bertulis ni pulak, diragui ketelusan dan kejujurannya..sebab ko taip, ko leh delete balik. bukan semua org tak berlaku jujur, tapi ditakuti wujud ketidakjujuran berlaku..*apesal ayat macam kap lam ya nga* tapi kan..tapi..tak baik syakwasangka kan. ada cara macam mana nak test kejujuran seseorang tuh. create la ape2 soalan yang berkait, dan tengok stetmen die selari ke, bercanggah. pandai-pandai sendiri la..tak kan tu pun nak kene ajor.

tapi ape-ape pun, komunikasi memang memainkan peranan yang penting tak kisah la dalam hubungan sesame kawan, kekasih, keluarga mahupun ibu bapa *karangan KBSM siotttt*

duhhh..ni dah masuk hari kelima sekembalinya dari kursus dua minggu..rindu kat kawan-kawan tak abis lagi..huwaaaaaa...




Share/Save/Bookmark

Tuesday, March 30, 2010

senyum gadis

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..sejak dua menjak ni hati girang. rasa tenang, rasa best =) tapi..ade rase tension skek..tapi tetappp happy..*senyum lebar*

sama ada rasa happy ni berpanjangan atau tak, tu belakang cerita. yang penting kite kene hargai setiap saat-saat menggembirakan yang datang dalam hidup. bukan sepanjang masa kita akan happy kan. ada ketikanya kita akan berduka.

i yakin apa sahaja yang Dia aturkan untuk i, adalah yang terbaik. Dia menduga kerana dia kasihkan kita, Dia berikan kegembiraan juga kerana Dia kasihkan kita.

sungguh..i gembira. hari-hari i menanti dengan penuh harapan. bila muncul, i senyum gembira. duhhh..bil tidur, i mengharapkan bahawa hari esok cepat tiba. sebab i tau i pasti akan tersenyum gembira. biar tak nampak di mata, setiap kata-kata ibarat roh yang meresap membajakan rasa gembira..

orang tua-tua pesan jangan gembira sangat. kelak, akan berduka pula. ya i ingat pesan tu..cuma i ingin menghargai detik-detik yang datangnya tak selalu..

sampai bertemu lagi..



Share/Save/Bookmark

Monday, March 29, 2010

aku yang kurius

back to my daily routine..work work work..lepas keje yang memsng giler nye letih, kene  attend classes, doin assignments, dealin' with test and presentation..rasa mcm nak duduk je kat kampung gajah tu lagi seminggu..tambah-tambah pulak final exam yang tinggal wape minggu je lagi nih..

*tarik napas* haish..tak baik merungut..dah name keje..dah name stadi..ko yang nak sangat kan, lagi nak merungut..tapi kadang-kadang rase mcm tak boleh nak deal dengan sume bende sekali gus..penat dow..letisssss...

owh yer..i kurius dengan stetmen nih.. "aku nampak mata ko pandang aku..takpe..abaikan"
i abaikan tapi i masih kurius..rasa malu pun ade..panas je rase muke..eiiii menci..menci...duhhh..i bertambah kurius bile tibe2 je perenggan yang ni masuk citer lain..

bantal dah pukau i..time to doze off..nyte2 fellas..




Share/Save/Bookmark

hati girang

girang..senyum meleret-leret..
setiap kali disapa, senyum meleret lagi
setiap kali ke udara, pasti akan disapanya mesra
kau cantik, kau manis, kau sentiasa menarik
nahhhh..ibarat kaki tak berpijak atas bumi
terngiang-ngiang lagi di telinga
bila disapa sebagai 'seri mersing'
nah..senyum lagi




Share/Save/Bookmark

Friday, March 26, 2010

cahaya

Assalamualaikum wbt readers

pertama sekali, Alhamdulillah..i dah jumpe rawatan yang baik untuk penyakit yang i tanggung selama sepuluh tahun ni. thanx Dr Hjh Hazariah. i feel blessed..akhirnya Allah hantar seseorang untuk i..seseorang yang dapat memotivasikan i, memberi harapan dan membantu i dengan tangan yang terbuka. air mata i mengalir saat dia peluk i..mengusap belakang i supaya i tenang dan sabar.

ekceli i cume temankan kawan i ke klinik. tiba-tiba i rasa macam nak jumpa dokter n tanye pasal sakit i ni. Allah gerak kan hati i pada masa yang tepat, dan Allah pertemukan i dengan insan yang tepat..Alhamdulillah..

minggu depan ade appoinment dengan dokter..nak cek darah..harap-harap semuanya berjalan dengan baik..harap-harap ubat tu serasi dengan i.
Share/Save/Bookmark

Wednesday, March 24, 2010

shhhhhh...

silent treatment




Share/Save/Bookmark

kau jangan gatal sangat boleh tak??

kau pompuan..aku pun pompuan
tapi kau jangan gatal sangat boleh tak?
series aku cukup panas dengan orang yang suke pakai topeng mikimouse..topeng otomen bagai nih..
aku lemas
aku rimas
ko berenti belakon..dan jangan gatal!
Share/Save/Bookmark

Tuesday, March 23, 2010

nak kene penampo?

Assalamualikum wbt..

oke i dh dapat momentum nak berbelog..eceh..perlu ke momentum bagai? hof kos la perlu kan. kalau takde momentum nak menulis, jawabnya ternganga je  la depan laptop ni..pastu dok paksa-paksa otak ni memerah idea..tu yang kadang-kadang jadi merapu. adik i pun dh komplen..awat la sejak kebelakangan ni entry sumenyer pendek-pendek..ate..dh takde idea..tak kan nak dipaksa-paksa jugak nulih panjang-panjang kan..

ewah..panjang nor mukaddimah..so kita pergi kepada topik dasar..memandangkan i sedang berkursus skang ni, anak buah di opis asal ym je die akan tanye soklan cepu cemas.. "ko dh dpt boipren belom?"

duhhhh...wutdehek..sentap i..masa i dapat tau kene p induksi, ekspresi muke memang macam nak mintak kaki. pastu budak-budak opis pun mula la bukak dongang..

"best shira..ko p sane nanti ko rase mcm takmo balik"
ade pulak yang kate "best cik shira..ko dpt ramai boipren nnt"
sane cakap best..sini cakap best..

masa tiga hari pertama, rasa azab seksa..dengan slot dari pagi sampai lewat petang, ceramah yang boleh buat i tersengguk jatuh kerusi..hah exaggerate sudahhhh..takdenye jatuh kerusi..mengantuk pun i tahan kan ajer..mst la nak kene kaver cun kan..

oke berbalik kepada cerita..lepas hari ketiga, baru masuk slot pembentukan kumpulan..duhh...mase ni baru terasa momentumnya..see..ape je yang kita buat dalam dunia ni, mesti kene ada satu daya penggerak dan..sejak dari slot pembangunan kumpulan ni, baru la i rase best, walaupun ade la azabnyer tapi takde la sampai seksa. dan..hari ni hari ke-12 i berkursus..dan..i dah mula rasa sedey nak berpisah dengan kawan-kawan..lepas ni semua akan kembali bertugas seperti biasa. ade yang kembali ke shah alam, kuala pilah, dungun, dan semoga persahabatan yang terbina ni berpanjangan hendaknya.

secara jujurnya, bukan mudah untuk kita develop satu persahabatan yang sampai aku-pinjam-kain-kau-pinjam-baju-aku. dan bukan mudah untuk kita saling mengerti, memahami dan membina toleransi dengan perkenalan yang berlansung tak sampai pun dua minggu. korang rase tak ape i rase ni??? sila angguk untuk jaga hati i..

owh ye..berbalik kepada soalan anak buah i tadi..peserta induksi ni muda belia belaka..tapi mostly dh berpunya..so simpan je la angan-angan tu yer. setakat nak scan sikit-sikit tu boleh la. hubungan yang rapat dan erat dengan org yang berstatus taken ni adalah diharamkan sama sekali..jangan tanya i dapat dari fatwa mana..takpe la..tak de boipren pun takpe.. *muke mintak penampo*

dah tiba masa untuk i berenang acara bebas sambil tutup mata n dengkur sikit-sikit..




Share/Save/Bookmark

Monday, March 22, 2010

hapdet ekspress rakyat

Assalamualaikum wbt..

*sekeh kepala sendiri* eceh..penuh kesopanan dan kesusilaan la pulak...duhhh..m still struggling here..nak habiskan 2 weeks courses ni, n 3 hari lagi i akan memberi lambaian mesra di bumi permai Penang.. chewahhhh...

menghapdet belog live dari dewan seminar..miahahaha..deme sume tgh serabut perut sebab kene buat public speaking..turn i esokkkk... lalalala..

kalau tak sebab si Ashraaf Komplen ni memekak, tak kuase teman nak menghapdet belog nih..oke acap...aku dh hapdetttt..puas hati?????

dats all for now..maleh bebor nak menghapdet...free nanti i upload gambo2..daaaaa...




Share/Save/Bookmark

Saturday, March 20, 2010

a shoulder to cry on





Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
You down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

Chorus:

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be alone
I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone 'cause i'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
A shoulder to cry on continued

To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on


Chorus:

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
'cause i'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone, you wont be alone
'cause i'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on













Share/Save/Bookmark

Wednesday, March 17, 2010

how to safe a life

bukak belog..kononnyer nak menghapdet la..dah bukak, tak hapdet2 jugak..melayan komen2 kat fesbuk, berchatting bagai..sesungguhnya i ni memang la speasis yang tak reti nak fokus pada satu-satu bende..mesti ke lain..mesti nak melencong..

oke ekceli i stress ni..result kali ni mesti hancus bungkus..mesti bangkai habis..hancur harapan nak dapat kadar yuran RM10 mcm last semester..mmg giler ah.. *tarik rambut tanda tekanan*

sejak due menjak ni mcm tak berape nak ade mood..mood swing je memanjang..tambah pulak kursus, dengan kelas-yang-kalau-tak-tersengguk-tak-sah ni..series..mmg tak belah ar..

seb bek sok dpt pelepasan..deorg nk buat trip p teluk batik pulak..duhhh..teringat lak kenangan-kenangan lama bersama dengan bekas kekasih dulu..berdating di tepian pantai..sambil berpimpinan tangan..chet..zaman budak-budak..baru nak membesar..seb bek la dalam hangat becinta pun result mantap..agaknyer berkat asal p dating je usung buku..kadang-kadang i pun pelik..mane ntah logiknyer..dh kate nk dating, bawak buku bagai pehal..nak stadi la konon sambil duk dalam kete..takde maknenyer..dah name kate becinte, duk becinte je la..oke dah..dah..cukup..

oke layankan ni..how to save a life by the fray







Share/Save/Bookmark

Thursday, March 11, 2010

gua rasa syahdu seperti di dalam gua

sampai 25 march ni i berkampung kat elephant village..tuh name glamer..nama kampungnya, Kampung Gajah..hidup hari-hari dari jam 8pagi sampai 6.30 petang asyik dengar ceramah jer. dengar ceramah, pastu makan. pastu dengar ceramah lagi..pastu makan lagi..ini sangat membosankan dan boleh membuatkan i mengalami halusinasi pada tahap kronik..


duh..tapi ade jugak hikmahnya dihantar berkursus lama-lama..gaji bulan Feb ari tu dapat pada 10Februari. dapat awal seh sebab celebration CNY. pada 26 Februari berjimba ke Langkawi. setelah pulang dari membankrupkan diri, tak lama lepas tu i dihantar berkursus..Alhamdulillah..nak tunggu gaji lagi sekali..nun...lambat lagi..22march baru gaji pulak. jimat wang..makan hari-hari free..hari-hari sedap..ni kalo duk umah, melantak megi goreng je la jawabnyer..eceh..kenyang ke melantak megi goreng? kalau tak kene mekdonal, boleh menggigil macam orang tak kene ganja..

owh yer..kat tempat yang terceruk ni, jgn harap la nak dapat hiburan belebih-lebih..ade wifi pun dh cukup baik. (angkat tangan dan meraup muka sambil ucap Alhamdulillah)

sambil menaip belog, i layan lagu syahdu ni...so anda-anda yang terasa nak bersyahdu syahdan tu, layannnn







Share/Save/Bookmark

Monday, March 08, 2010

HAPPY WOMEN'S INTERNATIONAL DAY

HAPPY WOMEN'S DAY
TO EVERY WOMEN ON EARTH

i'm proud to be such a creature called women. banyak sehh ability kita yang para lelaki tak boleh laksanakan. mengandung dan melahirkan tu mmg sah la hanya kita wanita sahaja yang mampu buat kan. selain dari itu tergalas banyak lagi tugas-tugas dan misi besar untuk kita yang bergelar wanita ini, laksanakan dengan sebaik mungkin. 





untuk para wanita, lagu ini didedikasikan khas untuk anda..





Share/Save/Bookmark

Thursday, March 04, 2010

abis tu, kami pompuan ni nak kawen dengan sape???

DILEMA WANITA



mungkin atas sebab ini lah gadis-gadis bergetah lebih gemar mendekati jejaka jejaka tamparepot..which is tampan tapi kerepot..

atas sebab ini juga lah, ramai kaum wanita yang tidak menikah sehingga berusia nenek

atas sebab ini juga lah, maka dildo hangat dan laku dipasaran.. *noted..kalo ko rase ko Muslim ko jangan beli..cari la mane-mane datuk untuk dibuat suami*

dilema..sukar nak cari lelaki yang benar-benar jantan..





Share/Save/Bookmark

Tuesday, March 02, 2010

holiday gonjeng


sesungguhnya la ni cheq sangat bz..hampa tgk la gambaq dulu na..gambaq yang lebih gonjeng akan menyusul..

UPDATE

tengok dalam tentative, rombongan department kewangan akan bergerak pada jam 9 pagi dari depot bas UiTM. jam 8 pagi, i masih relek2 di rumah. noted, belum mandi lagi dan masih dalam keadaan serabai. tibe2 amy call. "i dah otw ni. u katner"

owh my..ape kes la amy ni awal2 sangat..lagi sejam kot nak tunggu. then i said "bukan kat tentative tulis kol 9 ka wei?"

dan amy terus memusingkan kereta die untuk berpatah balik..tiba-tiba lima belas minit kemudian amy kol lagi. "wei kak nam, semua dah ade kat sini. you tak siap lagi ke?"

series i menggelabah..jangan la deorg ni tinggalkan aku..dengan tegopoh gapah i p mandi dan bersiap..bawak kete ala-ala drift..sampai je memang deorg dah berkumpul pun..i cakap dalam hati "relek shira..jangan gabra"
chet..kata-kata tu sekadar dalam hati je. sorong bag pun boleh beterabur tonggang tebalik bag tu dibuatnyer. biler dah siap loading bag, i tarik napas lega..nasib baik la sempat..

dipendekkan cerita, dalam jam dua petang, sampai la kami di Mali Resort, Chenang. hari pertama lagi dah bershopping sakan bersama bos yang tak kurang gonjeng-nya. 

tengah malam baru kembali ke resort sambil menjinjit barang-barang sampai senget bahu..nahhhh..kombinasi tiga sekawan yang gemar membeli..

keesokan harinya jadual padat dengan aktiviti bersama staf-staf department kewangan. malam pulak ada BBQ, dan sesunggunya family day ni best. thumbs up tapi tangan sebelah kiri je. service yang doberikan oleh resort tu langsung tak bagus. dah ar bayar mahal..mahal dow..

kami pulang ke Penang pada hari Ahad dan Isnin i maik cuti...letih wei..i need rest.. (stetment staf malas)




Share/Save/Bookmark

laman bersawang milik gua

masih tak dapat lagi momentum untuk berbelog..lagipun takde cukup bahan..kome bukak, bace entry lame-lame..pastu dengo lagu je la..






Share/Save/Bookmark