Sunday, May 30, 2010

we love each other like sisters do





we've been friend for almost 7 years... love them so much !








Share/Save/Bookmark

my life is meaningful *happy mode*


Life is meaningless only if we allow it to be. Each of us has the power to give life meaning, to make our time and our bodies and our words into instruments of love and hope..


saya merasakan bahawa hidup saya cukup bermakna.. *senyum* tapi persoalannya cukup bersyukurkah saya dengan apa yang telah saya miliki sehingga kini? *tongkat dagu*

sebagai manusia biasa, adakala kita gagal menahan gejolak perasaan yang menginginkan sesuatu yang tidak tidak miliki. dari sudut pandangan kita, kita merasakan bahawa orang lain gembira mengecapi kebahagiaan mereka, sedangkan apabila kita memandang diri sendiri, kita gagal mencari di mana letaknya bahagia itu di dalam hidup kita..lantas, kita merasakan hidup kita tidak punya makna walau sedikit pun

sebenarnya kebahagiaan itu ada di dalam diri kita, cuma kita sahaja yang perlu bijak mengatur langkah dalam menjalani hidup ini. hidup kita sentiasa saja bermakna bila kita bahagia. soalnya, bagaimana mahu menjadikan hidup kita bahagia dan gembira?

kata kuncinya adalah kasih sayang. memberi kasih sayang kepada semua tanpa syarat. andai kita tidak lokek mencurahkan kasih sayang, maka kasih sayang itu akan kembali kepada kita semula, dan hidup kita akan jadi lebih bermakna =)


p/s: terima kasih kepada Ibu ayah, keluarga, teman-teman baik dan sipolan (saya nak kasi nama Johnny Depp la).. kerana hidup saya bermakna dengan kehadiran anda.. 




salam sayang,










Share/Save/Bookmark

Friday, May 28, 2010

ibu kata, jangan meletakan harapan tu tinggi-tinggi.. nanti jatuh berderai..

saya dah maafkan
tapi nanti kalau hati saya sakit, saya akan marah lagi
lepas ni kalau gaduh lagi, saya sekeh-sekehkan kepala dia

tadi Ibu call
nasib baik Ibu tak call semalam
kalau tak mesti merambu-rambu air mata
saya kan anak Ibu yang chengeng
kecil perkara pun saya boleh nangis

Ibu ada pesan sesuatu kepada saya
saya akan sematkan dalam hati
saya harap kali ini saya tidak akan gagal lagi
saya mohon agar Allah memberikan saya petunjuk dan hidayah-Nya

Ya Allah, jadikanlah sesuatu yang berlaku itu di atas kehendak-Mu
dan bukan atas kehendakku semata



Share/Save/Bookmark

Thursday, May 27, 2010

KALAULAH KAU TAHU


*tongkat dagu*


kau pun tahu aku ini bagaimana kan
ibu dah train aku cukup-cukup 
hinggakan aku rasa aku ini cukup kebal
untuk terima apa sahaja kemungkinan
kau pun tahu kan

aku tak tau ler sape yang patut merajuk skang ni
aku ke kau?
patutnye aku yang merajuk, bawak diri
sebab.. antara sedar atau tidak, 
kau sebenarnya telah melakukan satu jenayah terhadap aku
tapi takpe.. mungkin kau sendiri tak dapat nak control diri
atau tu memang hobi kau
atau itu mungkin salah satu cara untuk kau meredakan ketegangan
yang menghimpit jiwa
ahhh!! atau apa saja la
sepertimana yang kau selalu katakan pada aku
everything happen for a reason

sumpah! 
aku tak boleh nak simpan rasa hati aku
nak luahkan pada orang, tak patut pula
nak luahkan kat kau?
aha! it's not a brilliant idea at all
medium terbaik, adalah belog ini
orang kenal aku je
tapi org tak tau aku bebel ni kat sape
org tak tau aku bengang dengan sape
org tak tau aku marahkan siapa..

kalau la kau ada depan aku sekarang ni
betul.. aku tumbuk kau.. aku pukul kau.. 
sampai kau jerit "cukup!! cukup!!"

aku tau kau sedar dengan apa yang kau buat
tapi.. entah.. 
aku rasa mungkin aku kene mintak petunjuk
sebelum ni aku relek je
aku cool je
pastu kau datang.. tapi aku cool je..
lepas tu makin lama, kita makin lupa
dan kau pun mungkin lupa dengan apa yang aku pesan kat kau
tapi lepas aku marahkan kau mungkin kau dah ingat balik kot


selama ni kita saling jujur
tapi untuk satu perkara ini, memang amat berat untuk aku
kau dah berenang-renang dalam hati aku
tapi aku selalu saja nafikan
ahhh!! kau pun tahu kan
mengapa aku menafikannya
malah kau juga mungkin tidak bersedia untuk buka hati kau
jadi ada baiknya aku nafikan saja 

cuma.. aku ralat
aku tak mahu hilang kegembiraan yang aku ada
yang aku genggam sekarang ni
hari tu kau tanyakan pada aku
"siapa lelaki tu? aku pun nak tahu jugak"

aku kata, rahsia

lepas tu kau kata, "bukan dia sorang je boleh buat kau gembira. aku kan ada. aku boleh jadi sesengal mana yang kau mahu. asalkan kau gembira"

*lap air mata kejap*

wei bodoh! lelaki tu kau. yang sering gembirakan aku tu adalah kau. dan aku takut kehilangan kau! apesal kau sengal sangat?

aku rasa macam ada sesuatu tersekat kat kerongkong
sesak
lemas
kau tahu tak? 

*tarik napas*


takpe.. aku kebal.. aku rasa aku cukup kuat.. 
skang ni aku dah tak paham
kau yang tak paham aku ke, atau aku yang tak paham kau

cuma satu je.. aku pegang janji kau sampai bila-bila..
dari sekecil-kecil janji, sampai la janji yang besar.. *sila takut*
dan aku tahu.. kau bukan seorang yang mudah lupa dengan janji yang kau buat..


kau ni baik orangnye.. kau dibesarkan dengan baik.. cuma.. aku rasa nak sekeh kau je.. biar hati aku puas sikit.. aku nak pukul kau la.. aku benci kau buat aku mcm ni.. aku dah ingatkan kau, aku dah pesan dengan kau. aku fikir kau jelas dan mengerti. kenapa kau buat aku mcm ni bongok?

p/s: tak puas lagi membebel.. dada masih rasa sebu. air mata pula seperti sudah tidak boleh diempang lagi. bila-bila masa sahaja boleh berhambur..











Share/Save/Bookmark

kau penakut atau kau memang suka main-main?

bahaya..
aku dah pesan kan dulu..jangan dibuai hati itu, kalau kau tak ada rasa
aku dah pesan kan apa yang aku suka dan apa yang tidak
aku dah pesan.. banyak kali..
walaupun kat luar kau nampak macam tak ada apa-apa
walaupun dari luaran kau nampak semuanya oke
kau tak tahu apa yang bermain-main kat dalam hati tu








kau kata kau mungkin sama seperti mereka
huh ! kau tahu apa rasa hati itu? 
kalau kau sama seperti mereka, maknanya apa sahaja yang kau kata selama ini
tak ada sesen nilai pun
tapi hati itu bodoh dan terlalu dungu 
kerana apa?
kerana hati itu tidak mahu merasa ragu


ah ! kau juga sama bodohnya
sebab kau lupa dengan apa yang telah aku khabarkan
kau tahu? sesungguhnya
hati itu tidak pantas untuk kau sakiti


aku tidak sepatutnya mengizinkan semua ini berlaku
sejak mula lagi
takdir tidak pernah mempermainkan sesiapa
tetapi manusia itu sendiri yang gemar mempermainkan manusia yang lain


p/s: apa pun, kau tetap kawan aku




-ini bukan aku yang tulis-
Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 26, 2010

monolog 3

marah? aku tidak marah.. kerna aku tahu dia tidak begitu


kamu pasti?


*angguk* ya aku pasti


kalau begitu katamu.. tidak mengapa.. asal saja kamu tahu di mana kamu berpijak


*angguk*
Share/Save/Bookmark

radioaktif.. cepat lari...

dia bukan hanya seorang teman, bukan hanya seorang kawan..
dia telah menempatkan diri nya disatu ruang istimewa dalam hati saya..
seboleh-bolehnya saya tidak mahu melangkaui batas tersebut
tapi dah terlambat.. sedar-sedar je dia dah berenang-renang dalam hati saya
kau memang suka membuat onar.. aku sayangkan kau jugak..




p/s: lepas baca entry ni, terus tekan alt+f4 ye kalian.. jangan berlama-lamaan di sini..akan membawa mudarat






Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 25, 2010

jarum patah, benang bersimpul

saya hilang arah
sumpah.. saya tidak tahu bagaimana lagi mahu melangkah
saya diam di situ
berteleku
saya pejamkan mata
argh.. masih gagal
kenapa dengan saya?
saya buka mata
saya pandang keliling
samar..
apa lagi yang harus saya lakukan?


benang cinta tergantung di situ
jarumnya patah, benangnya bersimpul
*mengeluh*


Bab 4 dan 5 bakal menyusul jumaat ini.. InsyaAllah.. lungsuri Aksara Keraian, kerana di situ huruf dan abjad berpesta..



Share/Save/Bookmark

i'm burying this feelings.. coz i don't deserve it.. saya tidak layak..

tanyakan apa sahaja pada aku
biar kau lebih kenal siapa aku
tanyakan saja apa yang kau mahu tahu
akan kuceritakan sejujurnya..




p/s: menerima tanpa syarat itu adalah sukar. aku mengerti itu..i'm burying this feelings, coz i don't deserve it :'(












Share/Save/Bookmark

Monday, May 24, 2010

drama hari isnin

ambil kisah dengan perkara-perkara remeh.. itu adalah saya.. phew.. abaikan emosi saya yang naik turun macam lif nih..


hari ni saya rasa oke skek. tak seemosi semalam. pagi lagi, saya berkejar ke dentist. dengan takde buat appoinment, saya belasah jer serbu ke klinik. nasib baik dokter ade. hasilnyer, lima batang gigi kene tampal dan poket saya koyak rabak.. habis RM300 saya. bermakna habis ler peruntukan shopping saya.. T_T *nanges*


lepas tampal gigi, bergegas pulak ke maxis centre sebab nak bayar bil.. dalam perjalanan pulang, terserempak pula dengan encik-encik polis trafik. depan-depan encik polis saya tarik seat belt dengan penuh ketenangan lalu membucklekannya dengan kemas. saya ditahan atas jenayah tersebut dan telah buat muke sekupang untuk melepaskan diri..


"assalamualaikum encik"


"waalaikumussalam.. lesen"


"encik.. saya pakai seat belt nih.. encik nampak kan..kira saya pakai la ni encik.. jangan la saman saya"


encik koperal polis tu tersenyum ramah.


"takpa.. bagi lesen dulu"


"encik nak buat apa dengan lesen?  jangan la saman saya.. saya baru je habis tiga ratus buat gigi tadi"


"patut la gigi cantik" *wahahaha.. pandai pakcik polis nih bergurau* "takpa bagi lesen dulu"


"tapi encik janji jangan saman saya.. tolong la encik.. lain kali saya tak buat lagi" *buat muke seposen*


"lain kali jangan buat lagi.. kali ni je saya lepaskan"


*saya sengih lalu mengucapkan terima kasih dengan penuh sopan santun*




moralnya.. masuk je keter sila pakai seatbelt oke.. malangnya saya selalu je lupe.. kadang-kadang saja buat-buat lupe :p



Share/Save/Bookmark

love the imperfect, perfectly

orang kata kalau cinta itu benar-benar ikhlas, pasti dia dapat menerima kita seadanya, walau dalam keadaan apa sekalipun. tapi realiti yang sebenarnya, amat payah untuk kita temui cinta yang benar-benar tulus. amat payah..


tidak ada seorang pun manusia dalam dunia ini yang sempurna dari segala aspek, daru hujung rambut hingga ke hujung kaki. pasti ada kekurangannya di mana-mana.


saya? saya sangat tidak sempurna. amat payah untuk saya temui seseorang yang benar-benar dapat menerima saya seadanya saya, dalam keadaan saya yang begini. amat payah. atas sebab itu saya sukar untuk percaya dengan kata-kata manis yang ditaburkan lelaki. biarpun mereka kata apa yang mereka katakan itu jujur, dari hati.. sukar untuk saya terima dan saya akan cepat-cepat sedarkan diri untuk kembali ke alam nyata.


jauh do sudut hati, saya harap saya akan temui seseorang yang tulus, yang dapat menerima saya dalam apa keadaan pun..



Share/Save/Bookmark

Sunday, May 23, 2010

fight it for life

saya ada psoriasis


siapa boleh terima saya seadanya saya? 


takde kot.. selain keluarga dan hanum *emosi*
Share/Save/Bookmark

Saturday, May 22, 2010

tidak perlu tajuk

pelik..rasa ini sememangnya sangat pelik.. Ya Allah..sedarkan aku dari mimpi ini..aku benar-benar mahu kembali ke alam nyata.. momen itu sangat simple, sangat biasa, tapi sangat indah.. kembalikan aku ke alam nyata.. benar.. aku tidak mahu terus khayal dalam alam ini..sekiranya rasa hati ini benar, dia akan menyatakannya suatu hari nanti. sekiranya rasa hati ini salah, aku ingin cepat-cepat keluar dari alam ini..




p/s: had a great weekend indeed.. rindu..



Share/Save/Bookmark

Friday, May 21, 2010

kalau kami diam, bukan bermakna kami tidak peduli..

sapa kate perempuan tak ada ego..
kami perempuan ada ego yang tersendiri, tapi mungkin tak setanding dengan ego lelaki..


owh ye.. saya lahir pada 2 oktober 1985, dan pokok hazelnut menjadi perlambanagan saya.. suke (>_<)


Hazelnut Tree, the Extraordinary
Charming, undemanding, very understanding, knows how to make an impression, active fighter for social cause, popular, moody and capricious lover, honest and tolerant partner, precise sense of judgement.


saya juga suke yang ini..tapi ini bukan perlambangan tarikh lahir saya.. shhh..rahsia..




Apple Tree, the Love
Of slight build, lots of charm, appeal and attraction, pleasant aura, flirtatious, adventurous, sensitive, always in love, wants to love and be loved, faithful and tender partner, very generous, scientific talents, lives for today, a carefree philosopher with imagination.

ihsan: http://www.paulsadowski.org/BirthData.asp



sekian saja entry hari ini..

salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 19, 2010

♥ = Acceptance + Compromise

Assalamualaikum wbt..


*senyum* bagaimana dengan hari yang kalian lalui? walau dalam situasi apa sekali pun, saya mendoakan kalian sihat-sihat hendaknya. jangan lupa senyum, kerana senyum itu ibarat penawar..


semalam saya sibuk giler. hapdet pun tiga baris ayat je. tapi kalian tahu tak, tiga baris itu penuh makna buat saya *wink*


saya tahu ada sesuatu yang aneh sedang berlaku kepada saya. tapi saya lebih senang melaluinya dengan hati yang terbuka tanpa memberatkan kepala memikirkan apa pula yang bakal terjadi selepas ini. saya meyakini aturan dan rencana-Nya, walaupun saya sebenarnya takut. 


sejujurnya, saya kurang gemar dengan sesuatu yang mempunyai maksud tersirat. saya merasa lebih senang andai sesuatu itu disampaikan kepada saya secara terus. tidak kira lah samaada mesej yang mahu disampaikan itu sesuatu yang indah dipendengaran, mahupun sesuatu yang menyakitkan sehingga menusuk relung hati. saya tidak peduli. saya merasa cukup kuat untuk menerima apa sahaja kemungkinan, asal saja jangan biar saya berteka-teki. 


owh ya..apa kene mengena entry ni dengan tajuk di atas eh? ekceli takde kene mengena pun. tajuk di atas adalah definasi cinta dari kacamata seorang lelaki yang berkaca mata.. ekeke.. kau sering buat aku merasa seperti mahu menampar diri sendiri agar lekas-lekas aku kembali ke alam nyata. *sigh* 


esok hari khamis, lusa pula hari jumaat. hati saya rasa berdebar-debar. tak tahu kenapa. buang tabiat agaknya :p




p/s: bahasa sungguh skema. saya dalam mode menyiapkan Bab 3 Benang Cinta. terbawa-bawa pula..ekeke..






salam sayang,




Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 18, 2010

i'm floating

Rasa macam sedang terapung-apung di udara..

akal meningkah, tolong berpijak di bumi yang nyata..

jiwa tunduk, baiklah sang akal





Share/Save/Bookmark

Monday, May 17, 2010

duhai si Hati Naif


kata 'hati naif' kepada 'cinta buta':

"ambil lah hati ini wahai cinta buta. warnanya merah pekat. kamu calari ia. kamu sakiti ia. biar berdarah. itu tidak apa-apa bagiku. kerna aku tidak perlu hati ini lagi. kukira hanya kau saja yang berhak memilikinya duhai cinta buta"



ingatan untuk teman-teman ku yang bernama wanita.. jangan jadi seperti si Hati Naif. Kita berhak untuk merasa bahagia. carilah bahagia dengan cara kita sendiri. 

Semoga kalian, dan juga saya, mendapat hidayah dari yang maha Esa..


Salam cinta dan kasih,







Share/Save/Bookmark

jumpe orang asli wooo...

:: menarik ::


31 May hingga 2 Jun akan datang saya akan offline. takde belog, takde fesbuk. maknanya saya akan menghadapi ketagihan yang melampau dan mungkin seseorang kene jirus atau rejam saya dalam air sejuk untuk hilangkan ketagihan..


sepulangnya nanti, saya akan hapdet belog tercinta ini dan menghidangkan kalian dengan foto-foto menarik sepanjang tiga hari berkampung di perkampungan orang asli RPS Air Banun.


p/s: baru bagi nama je pun. excited lebey pulak *ketawa sopan sambil tutup mulut dengan dua-dua belah tapak tangan*




salam sayang,

Share/Save/Bookmark

monday yang takde mase nak blues - blues

Assalamualaikum wbt..


Selamat untuk semua.. semoga Isnin anda seindah suria pagi yang terbit di ufuk timur pagi ini..  ::senyum::


hari yang super duper busy bagi saya. dari pagi, santak ke petang. kene bukak tender yang melambak pulak  ::pitam::


saya nak chaw dulu.. flying kiss for all.. muahs!!






p/s: ku kira kita bicara dalam bahasa yang serupa.. namun mengapa kita jadi saling tidak mengerti?




salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Sunday, May 16, 2010

how to steal man's heart in a day

belogging? maaf..saya takde mood.. ececeh..kekwat sangat! *muntah* by the way, Bab 2 Benang Cinta akan ke udara di Aksara Keraian pada jam 5.05 petang esok, 17 Mei 2009. 


kalian boleh la klik Bab di sidebar kanan bawah poster promo Benang Cinta untuk mengikuti sambungan kisah Benang Cinta. 


Cinta.. hahah.. someone gonna give me a tuition on how to steal a man's heart in a day..  boleh buat novel jugak tu. tak pun belajar-belajar buat cerpen dari Abg Long.. ekeke.. tajuknya he teach me on how to steal a man's heart in a day. dah heroinnya dah pasti lah saya. owh..weng seketika.. *pitam*


owh did I mention that i've no mood to blogging just now? silly me.. shud stop here..tajuk di atas akan membuatkan rating belog ini meledak esok..ekeke..nakal sungguh saya *pengsan*


ingatan untuk semua, esok hari Isnin..Wassalam..



Share/Save/Bookmark

Saturday, May 15, 2010

saya tak tau nak letak tajuk ape..ni pun boley jadi tajuk kan encik belogsepot..selamber sudah..

Assalamualaikum wbt..


hye semua..seronok kan hari ni cuti.. huhue..semoga hari cuti anda semua di isi dengan aktiviti yang menyeronokan. terutama sekali aktiviti bersama keluarga. 


saya letih dan lesu. dah lama tak bersukan, alih-alih pagi tadi gatal pulak pegi main futsal. hah mcm ni la jadinya. alahai.. sakit-sakit badan semua. dah macam mak nenek la pulak..



cam whoring adalah wajib. masa ni wajah masih lagi jelita tanpa kesan peluh merenik-renik mahupun meleleh-leleh 


aksi mimi yang paling mahal. tendang bola dengan bersungguh-sungguh


anak sapo la yang seluar kaler pink tu.. dah macam main galah panjang pun ade.. ekau reti main ke idak ni?


dah letih masa ni..tapi gigi mesti menten.. ekeke..

btw, rasa macam lame dah post entry takde gambar.. hari ni tebiat sikit mencapub lebih-lebih. frankly speaking, saya tulis belog ni pun dalam mimik muke takde feeling. saya letih, saya sakit kepala dan saya rasa macam nak vacum je otak kat dalam ni. semak sangat dah... sampai tak boleh berfungsi dengan baik, dengan efisyen dan cemerlang. 


bukan kata otak je bersemak..hati ni pun sama.. sampaikan nak menulis pun, feeling tak sampai. walla wei..ini mendatangkan emo sebenarnya. i need an inspiration. mane la inspirasi ni menghilang? jenuh saya cari. kalau la saya report polis sekalipun, tak kan jumpe. polis pun malas nak layan. last-last deorg call je hospital untuk hangkut saya. kalau setakat hospital bahagia tg rambutan tu, saya boleh pergi sendiri la. 5 minit je dari rumah saya. 


oke saya patut kembali ke pangkal jalan. dah mula merepek sampai ke tg rambutan bagai. saya harap inspirasi akan datang dalam masa dua tiga minit lagi.. saya nak berhibernasi sekejap, nak seru inspirasi untuk datang memberi idea mencurah-curah. selamat berhujung minggu..


salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Friday, May 14, 2010

Balasungkawa - Allayarham Ashaari Muhammad

Assalamualaikum wbt..


Allayarham Ashaari Muhammad telah kembali ke rahmatullah pada jam 2.10 petang semalam. Al-Fatihah untuk arwah dan mari kita sama-sama mendoakan agar rohnya bersemadi dengan tenang.


sedikit tentang beliau. beliau merupakan pangasas kumpulan Al-Arqam, yang mana kumpulan tersebut telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994. dan sebelum pemergiannya, beliau merupakan pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd.


yang menariknya, kumpulan Al-Arqam ni terkenal di seluruh dunia pada satu masa dulu. ahli mereka menjelajah bukan sahaja di sekitar kawasan Asia, malah sehingga ke Eropah. saya memang tabik dengan semangat keusahawanan yang ada pada mereka ini. cumanya pergerakan mereka ini lari sedikit daripada akidah. 


masa saya berusia 5 tahun, saya pernah ada pengalaman bersekolah di sekolah tadika milik persatuan Al-Arqam. kalau tak silap saya pada tahun 1990. masa ni mereka masih bergerak bebas. mereka menjalankan berbagai-bagai jenis perniagaan antaranya membuka kedai runcit, perniagaan membuat kicap, tauhu dan sebagainya. aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh mereka ni berkembang dengan pesat. kebanyakan ahli kumpulan ini satu ketika dahulu, terdiri dari golongan-golongan professional seperti Arkitek, Peguam, Doktor. yang jadi penyanyi pun ada.. huhue.. saya pernah terbaca satu buku yang menceritakan saat-saat kejatuhan kumpulan ini.. tajuknya, Tersungkur Di Pintu Syurga tulisan saudara Zabidi Mohamed yang merupakan orang kanan Allayarham Ashaari (Abuya)


owh ye..berbalik kepada pengalaman saya bersekolah di sekolah milik kumpulan ini. suasana nya best. kami di ajar asas-asas agama, doa-doa harian biasa dan juga matapelajaran yang lain seperti math, bahasa. waktu makan pulak, kami akan makan satu dulang share empat orang. cara duduk pulak dengan sebelah kaki dibengkokkan. kata Ustazah, ikut sunnah Nabi. Ustazah pun baik je. takde la nak pukul ke, ape ke.


kembalinya Allayarham ke rahmatullah membuahkan kembali nama Al-Arqam di bibir masyarakat Malaysia. semoga perkara yang lepas-lepas tidak menjadi ungkitan. sekali lagi Al-Fatihah untuk arwah.. semoga rohnya tenang bersama Pencipta-Nya.






salam sayang,

Share/Save/Bookmark

♥ Benang Cinta ♥

Assalamualaikum wbt..


pejam celik, hari jumaat dah pun menjelma. semoga hari Jumaat yang mulia ini membawa kecerian kepada kalian..


*senyum* saya rasa ceria hari ni. gembira. macam feeling-feeling duduk di tepian pantai bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa. besh! mendamaikan dan menggembirakan. senyum tak lekang la dari muka..


first of all, saya nak ucapkan terima kasih kepada... jeng..jeng..jeng..



kepada long (El Zaffril) sebab membuka peluang kepada saya untuk merealisasikan minat saya..ececeh..sori la long. i curik gambar u dari fesbuk heh..lalala..btw, thanx Sifu ! (hensem kan abang long saya..ekeke)


dan yang ke-dua, terima kasih kepada dia.. dia yang banyak memberi sokongan kepada saya. terlalu banyak hinggakan kalau saya belanje mekdi selama setahun pun tak terbalas. you are my inspiration! meyakinkan saya bahawa apa yang saya buat adalah bagus. walaupun saya rasa tak bagus. meniupkan semangat kepada saya saat saya demotivated. dan kata-kata paling popular yang akan ditiupkan kepada saya "hey lighten up"


atas sebab itu, maka terhasil lah Benang Cinta.. btw, sangat suka dengan warna-warna pada kaver novel nih. merah, biru dan putih. siap ade coklat..awww!!! so romantik.. comel kan cover nih..thanx kawan-kawan di aksara keraian..






saya umpamakan ini sebagai langkah permulaan saya dalam mengejar impian yang tertanam sejak sekian lama. 


kepada anda, lawati Aksara Keraian untuk menghayati sentuhan-sentuhan penulis hebat antaranya El Niza, Miss Nera, Anuar Kamarudin dan ramai lagi.. 


jangan lupa baca novel saya ya. Benang Cinta Bab 1 akan di publish pada jam 4.05 petang ni. *wink*


p/s: semalam tiba-tiba je hilang. hari ni hilang lagi. mane eh? 






salam sayang




Share/Save/Bookmark

Thursday, May 13, 2010

monolog 2

dia sememangnya suka menduga hati saya.. jangan diduga hati saya.. saya tidak mudah menyerah.. kalau tewas sekali pun, saya tidak akan tunjuk yang saya ini sedang tewas.. 



Share/Save/Bookmark

- wind -

alangkah baiknya kalau saya dapat menyelami dan menelusuri susur galur jalan ceritanya. sungguh..saya minat buku itu. saya mahu baca dan hayati setiap baris ayat di dalam buku itu. malang sekali, saya kurang bijak menebak apa yang ada di dalam buku itu. saya hanya bisa memandang kulitnya sahaja, membacanya dari luar. sebab tak mungkin saya dapat pinjam dan bawa pulang buku itu..apa tajuknya? biarlah rahsia..


yer ini adalah perenggan yang saya recycle semula dari p/s di entry yang lepas-lepas. 


saya ubah fikiran. saya tak mahu baca buku itu lagi. biar saja buku itu yang datang sendiri pinta saya membacanya. boleh? miahaha.. kalau dalam dunia Alice in Wonderland, semua pun boleh jadi kan. tak mustahil buku berjalan sendiri dan terbentang di depan saya. malah boleh bercakap pula..  *ketawa kecil*


maafkan saya kerana bersikap sedikit sarkastik. 


sejak kebelakangan ni, saya selalu menyoal diri sendiri. saya selalu cuba untuk berfikir sedalam-dalamnya. ahh..kata dia, saya suka berfikiran yang bukan-bukan. *tongkat dagu*


owh ye..keadaan semasa ketika ini seperti menduga saya. semuanya datang dan pergi. daripada masalah, sampai lah ke perkara yang manis-manis. 


owh ya..saya ingin ucapkan terima kasih kepada Luq sebab sudi share satu doa dengan saya. really appreciate it. *senyum* semoga saya jumpa dengan apa yang saya cari. 


saya yang hari ini masih juga seperti saya yang semalam. yang berbeza, cuma hari ini saya melangkah setapak lagi ke hadapan. semoga saya dapat terus berjalan ke hadapan dengan penuh gaya dan keyakinan. 


Assalamualaikum wbt dan selamat beristirehat ..


p/s: it's like a wind..i can't see it, but i can feel it.. *deep breath*




salam sayang, 





Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 12, 2010

take a break.. tak larat dah ni..

Assalamualaikum wbt..


*senyum* hari yang menyegarkan. menggembirakan. semalam hang out dengan kawan-kawan yg dah lama tak jumpa. dah dekat dua bulan tak berkumpul makan sama-sama. walhal rumah kami pun dekat-dekat je. tapi masing-masing sibuk dengan kerja, kursus dan saya sendiri pun sibuk dengan kelas dan exam. makan sambil berborak, sedar-sedar je dah jam sepuluh malam. banyak sangat bende nak hapdet sampaikan tak tahu nak dengar yang mana satu..


*tarik napas* i saw him just now. tergesa-gesa je nampak. dah lama tak bertegur sapa dengan dia. i do miss him..as a friend. maaf sebab saya tak dapat terima awak untuk jadi sebahagian dari saya. *sigh* saya sangat menghargainya. sungguh. saya hargai kesungguhannya, cuma saya tak mampu nak paksa hati saya. sesungguhnya saya tak mampu melangkah jauh dari sempadan persahabatan. saya doakan dia temui seseorang yang lebih baik dari saya..


saya tahu apa yang saya mahu. saya percaya dengan gerak hati saya. andai gerak hati saya silap, saya tidak akan pernah menyesal. *senyum*




p/s: tengok signboard..owh jauh lagi nk sampai ke destinasi..berenti rehat kt R&R jap *ngee*






salam sayang,


Share/Save/Bookmark

Tuesday, May 11, 2010

*finger crossed*

I've done my best for everyone around me..especially to peeps that very dear to my heart..


kadang-kadang ade baiknya kita simpan masalah kita sendiri. kita tak boleh nak expect orang lain akan berbuat perkara yang serupa untuk kita kan. apatah lagi kalau orang tu ada banyak masalah lain lagi nak fikir.


saya perlu belajar untuk gembirakan hati saya sendiri. sebab kalau saya tak gembira, mcm mana saya nak gembirakan orang lain kan..


*phew*


btw, selamat bekerja. semoga kalian gembira selalu.. Assalamualaikum wbt..have a wonderful day peeps..




salam sayang,



Share/Save/Bookmark

Monday, May 10, 2010

happy monday !

Assalamualaikum wbt..

hey readers..how was ur monday? harap-harap semuanya berjalan dengan baik.. saya berehat di rumah dengan bosannya.. diarrhoea .. gastrik.. kepala pusing.. pakej lengkap.. tapi dengan jayanya dapat menghabiskan tiga movie manarik. 27 dresses, a lot like love dan devils wear prada.. owh ye..dan jugak kartun oggy and the cockroaches.. *tepuk tangan* pencapaian terbaik untuk hari isnin.

tengok a lot like love, saya sedar akan sesuatu. kita kene percaya kepada takdir. well.. tak kira la apa jugak agama dan kepercayaan kita, semua agama mengajar kita tentang takdir. takdir tidak pernah mempermainkan kita. have faith ! *senyum*

well.. tak banyak bende nak dibebelkan hari ni. otak pun tak berapa nak bergerak. duduk terperuk je kat bilik mcm zombie.

ni baru nak keluar ambik angin. nak jalan-jalan kat playground bawah, sambil borak-borak dengan kakak rumah.. besh ! jumpe lagi esok..mimpi yang indah-indah ya..


salam sayang,


Share/Save/Bookmark

Sunday, May 09, 2010

I ♥ my MOM

Assalamualaikum wbt..


beautiful sunday ya peeps!


I sit in front of TV for the whole day..and please..don't blame me peeps..memang i tak dapat nak tolak. TV programs hari ni mcm besh..


btw, sempena hari yang bermakna ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu tercinta, Rodziah Yaacob. semoga sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Ibu sentiasa bersama saya dari kecil sehingga saya dewasa. mendidik saya dengan sabar. malah Ibu adalah guru pertama saya.  *senyum*


teringat masa zaman sekolah dulu. Ibu memang menitik beratkan pelajaran untuk kami anak-anak. apetah lagi bagi saya, yang merupakan anak sulung dalam keluarga. pendekatan yang Ibu guna dalam mendidik saya membuatkan saya kuat dalam menempuh hidup. pada hemat saya, pendekatan yang Ibu guna pakai adalah seimbang. Ibu agak garang. maka pendekatannya paham-paham je la kan. memang kental ! tapi dalam masa yang sama, dalam beberapa keadaan tertentu, Ibu bertindak sebagai seorang kawan. yang mana saya merasa bebas untuk menceritakan apa sahaja. berkongsi apa sahaja.


Ibu..menatap wajah saya saja Ibu sudah tahu keluh kesah yang bersarang dalam hati saya. senyum saya yang sumbing sedikit pun, Ibu boleh perasan. kalau hati saya sedang berbunga-bunga pun, Ibu boleh tahu walaupun bermati-matian saya menafikan. she's simply the best ! the best person that i've ever had. I love you mom. very much...


hurm..kadang-kadang saya terfikir. susah ke kita nak tunjuk kan kasih sayang kita kepada orang yang kita sayang. saya percaya setiap orang ada perasaan menyanyangi. cuma bagaimana cara mengekspresikan rasa sayang tu saja yang berlainan.


saya terfikir. wujud jugak orang, yang sayangkan seseorang yang lain, tapi die tak tunjuk yang die sayang. macam mana tu eh? tak rasa terbeban ke? atas dasar apa kita tidak menunjukan kasih sayang? mungkin malu. atau mungkin ego. atau mungkin..hurm..mungkin apa ya.. mungkin takut. tak berani nak berhadapan dengan kemungkinan yang bakal mendatang. misalnya kehilangan, penolakan atau sebagainya.


kasih sayang itu sesuatu yang sangat berharga. lebih berharga dari mutiara di dasar laut ibaratnya. jadi hargai lah orang yang kita sayangi.. katakan pada mereka "saya sayang kamu" selagi kita masih berpeluang untuk melakukan demikian.


owh ya..saya kira, tindakan saya menutup belog ini tempohari, dan tindakan saya untuk berhenti menulis adalah satu tindakan yang sungguh bodoh dan sangat kebudak-budakan. and I even curse myself for being so stupid. well..kalau dia baca pun, biarkan. after all takde ape pun yang nak dibimbangkan. perkara kecik je kot. selepas dipertimbangkan, tak mungkin saya nak tinggalkan dunia penulisan yang saya cintai ni. i'm back for good.




salam sayang,


Share/Save/Bookmark

Thursday, May 06, 2010

goodbye fellas..

rasa macam nak retired dari dunia blogging yang saya cintai ni


*sedih*


mungkin lepas ni saya akan kembali menulis diari seperti zaman purbakala dulu.. saya nak berehat selama seminggu.. kalau lepas seminggu saya tak kembali, maknanya saya retired la tuh.. T_T


p/s: teman-teman bloggers dan pembaca, maafkan keterlanjuran kata saya.. *peace*








Share/Save/Bookmark

Wednesday, May 05, 2010

gua emo 2

kawan dia suke bace belog saya..mana kawan dia tau saya ade belog? ke die pun tompang sekaki dua kaki tiga kaki baca?


rasa macam nak lempang diri sendiri...


sumpah saya malu !!!!


*jerit*






- entry ini takde tandatangan -
Share/Save/Bookmark