Wednesday, June 30, 2010

*nanges* T_T

saya demam (~_~)


saya nak Ibu.. 


ambil tisu 3 keping.. lantas.. *srooottttt* 
Share/Save/Bookmark

saya berdiri atas bumi, berlantaikan tanah, berbumbungkan langit. jadi?

menkerling jam tangan bermuka selebar syiling lima puluh sen..

baru jam sepuluh pagi rupanya. lambatnya masa berlalu.. tak sabar rasanya menanti jam lima petang. kemudian saya dapat berkemas-kemas dan pulang ke rumah. malam ini saya akan memandu sendirian.. ke mana lagi kalau bukan pulang ke kampung. doakan keselamatan saya ya..

p/s: saya terasa. saya mudah faham dengan kiasan dan untuk ingatan, saya sentiasa sedar dan tahu di mana saya berdiri. tak perlu mengingatkan saya. hati saya milik Dia.. hanya Dia dan saya saja yang tahu. selebihnya, saya tak mahu ambil peduli. saya ikut saja haluan. kalau angin bertiup ke utara, maka ke utaralah saya. kalau ke selatan, maka ke selatan lah saya.
Share/Save/Bookmark

berseronak

Assalamualaikum wbt..


esok, rabu menjelma.. yeay !!! esok berakhirlah kerja keras saya dan saya akan bercuti sampai isnin depan.. yeay !! *ekspresi muka girang*


sepanjang minggu lepas saya benar-benat letih. tak cukup tidur itu sudah tentu. purata waktu tidur saya sepanjang minggu lepas adalah antara jam 2 - 3 pagi. kalau awal sedikit pun, tidur saya tidak lena. sekejap-sekejap terbangun.. mulai esok, saya mahu beristirehat sepuas-puasnya..


owh ya.. hujung minggu lepas teman-teman saya berziarah ke Penang.. seronok.. dan yang paling mengujakan adalah pengalaman huru-hara di stall dvd.. dah penuh tangan dvd yang nak dibeli ni, alih-alih dengar suara cakap ada serbuan..lepas tu suasana jadi huru-hara bila deorg kelam kabut kemas segala dvd atas meja. masa tu saya dah start rasa kecewa.. ala.. tak dapat lagi beli dvd ke. hari tu beli, tertinggal pulak kat spa. lepas tu kali ni ade rush pulak.. menci le macam ni. tapi sebab nak jugak dvd tu, rela kami tunggu sampai keadaan reda. 


series saya letih amat. tapi sebab terlalu gembira saya belakangkan saja perasaan letih tu. momen-momen ini terlalu menyeronokan rasanya, dan saya rasakan masa dua hari itu benar-benar singkat. tak pernah saya bawa kereta pada kelajuan kurang 60kmj. tapi hari itu, hati saya terasa berat benar.. *tongkat dagu*


oke well.. dua tiga keping gambar di bawah adalah untuk tatapan kalian (syok sendiri nak mencapub)



Salam Sayang,

Share/Save/Bookmark

Tuesday, June 29, 2010

KAPARINYO

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar

Jikalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar (2x)

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang

Belum tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang (2x)

Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah

Semenjak sejarah hawa dan adam
Alam berkembang berubah-ubah (2x)

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan

Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan (2x)

Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar

Rindu dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar (2x)

Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam

Sungguhpun budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam (2x)
Share/Save/Bookmark

semanis kek cawan

Assalamualaikum wbt..


esok, selasa bakal menjelang. satu lagi hari yang mencabar untuk ditempuh. saya akui banyak yang saya masih belum tahu, dan banyak benda yang saya perlu belajar. jadi saya harus terima ini sebagai cabaran dan tak sewajarnya saya mengeluh *senyum* 


lama berborak dengan Hanum tadi. borak 15minit, selebihnya ketawa je yang banyak. saya rindukan dia. teman akrab yang saya ibaratkan seperti kakak. dia tempat saya bercerita, tempat saya meluahkan rasa, tempat saya berkongsi rasa suka dan duka, dan dia sering membuatkan saya lupa bahawa adanya satu ruang kosong dalam hati saya. bila dia kawin, saya sedar bahawa saya harus terus berjalan, mencari kepingan yang hilang. 


dia sahabat saya. diam saya bukan bermakna saya tidak peduli.. khilaf saya, kerana terlalu sibuk mencari kepingan yang belum saya temui. diam saya bukan bererti saya tidak rindu, malah sebenarnya saya terlalu rindu.


raya dah nak dekat kan? rasa macam sambutan raya tu masih baru lagi, dah nak raya pulak. saya pastinya akan sibuk menyinsing lengan, bermain dengan hand mixer dan acuan terap, berkawan baik dengan oven putih yang hampir setahun bermastautin di dalam gobok.. dan yang pasti, berbalang-balang kek cawan akan saya sediakan dan satu balang kek cawan sememangnya diasingkan,  khas untuk Hanum bawa pulang. tiap-tiap tahun pasti ini yang dimintanya. kalau saya tak bukak bakery raya tahun ni, pasti dia akan merajuk.. entah apa la istimewanya kek cawan bogel saya di deria rasanya.. *ketawa*


hurm.. Benang Cinta saya masih lagi tergantung ceritanya. saya perlu menjana semula semangat saya untuk kembali menulis, untuk mengembalikan semula idea yang mencurah. saya perlu mencari semula mana perginya inspirasi. 




*yawn* saya dah mengantuk.. sedari tadi lagi saya termanggu di depan laptop ini, ibarat menantikan sesuatu.. hiks!


saya beransur dahulu..btw, sekali lagi, ini adalah entry auto publish yang mana saya setkan siarannya pada jam 12.01 am 29 June 2010. 


p/s: *cakap dalam hati*




salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Monday, June 28, 2010

I see your true colours.. that's why I love you..

Assalamualaikum wbt..


1st of all, untuk makluman, ini adalah entry auto publish. esok hari isnin.. hari yang penuh dengan cabaran santak ke rabu.. jadi sahih la saya tak boleh nak jana otak untuk tulis belog.. owh.. selamat berhari Isnin ye kalian.. takmo blues.. blues oke.. tamo.. tamo.. (sambil menggerakan jari telunjuk)


masa riang ria brekfes kat mapley bersama dua orang teman pagi tadi, secara spontan keluar stetmen ni dari mulut beliau


"nanti kalo ko dating mesti ko kaver-kaver je kan"


saya menggelengkan kepala seraya itu menjawab


"tak de mase aku nak kaver-kaver. buat biase je la. sebab tu sampai sekarang aku macam ni"


persoalannya kalian.. perlu ke kita berpura-pura di hadapan seseorang hanya sekadar untuk membuatkan diri kita diterima?


saya kira itu adalah perlakuan yang agak kurang bijak. mengapa perlu malu untuk menjadi diri sendiri? mengapa perlu menyekat kebebasan diri untuk mengekspresikan diri kita yang sebenar semata-mata untuk membuatkan diri kita diterima? dan isu pokoknya disini, sampai bila lakonan dan kepura-puraan itu dapat bertahan?


andai seseorang itu benar-benar ikhlas untuk berdampingan dengan kita, dia dengan berbesar hati menerima kita seadanya kita. menerima segala kekurangan dan kelebihan kita. kalau belum ketemu sekarang pun, suatu masa nanti pasti akan ketemu. anggap saja kegagalan itu sebagai titik tolak untuk kita berjumpa sesuatu yang lebih berharga, yang lebih memberi makna untuk hidup kita. 


jadi kepada anda di luar sana, jangan pernah takut untuk mengekspresikan diri anda sendiri kerana setiap manusi dilahirkan dengan kebolehan dan kelebihan yang berbeza-beza. be true to yourself, be true to others! dan kalian pasti akan ketemu dengan apa yang dicari-cari selama ini. dan penemuan ini insyaAllah dapat memberikan kebahagiaan kepada kalian, kepada kita..


p/s: I am stubborn.  




salam sayang,





 

Share/Save/Bookmark

Sunday, June 27, 2010

bridge to destiny

 If we never see each other again... And you're out walking one day and you feel a certain presence beside you... that will be me, loving you, wherever I am.




p/s: IMU oready.. haish.. *sekeh kepala sendiri*




Share/Save/Bookmark

bila blogger tegar bercuti.. ewah!! tegarkah saya?

2.06 am


Assalamualaikum wbt..


agak lama jugak saya tak bersiaran.. hurm.. 2 hari kot kurang lebih.. dua hari tu kira lama la jugak.. selalunya sehari sampai dua tiga post.. ececeh.. konon nak kata saya ni blogger tegar la kan.. *sila muntah*


had a great time indeed.. saya sangat suka menyambut kedatangan tetamu-tetamu di bumi permai Penang ni.. walaupun saya ni jahil dan buta tuli dengan maping di Penang ni, tapi tetap gagah dan gigih.. ada 'Johnny Depp' datang membantu.. hah? sape JD tuh? ekekeke.. beliau dari speasis mesin dari suku kaun Garmin..


ekceli saya tak mau membebel panjang-panjang.. sebab saya perlu tidur yang cukup.. esok ada program lagi.. owh ye.. esok ada lunch date.. lunch date dengan Ayah !!! yeay!! missing my daddy damn much!


untuk kalian, semoga gembira dan berbahagia di hujung minggu ini ya.. 




Salam Sayang,

Share/Save/Bookmark

Thursday, June 24, 2010

Kasih Sayang Sejati

Ini merupakan kesinambungan daripada entry sebelumnya.. cerita ni dah lama... tapi saya ulang semula untuk renungan kalian, juga untuk renungan diri saya sendiri tentunya *senyum*


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.




Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

ingat :

Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang 'salah' sebelum kita bertemu dengan orang yang betul, kerana Allah mahu kita belajar tentang hikmah dan nikmat sesebuah perhubungan itu.


Maka sayangilah orang yan
g berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Dan ibarat kata miss Y, kita tak perlu merasa menyesal dengan sisiapa pun yang kita jumpa. they teach us a different lesson..




Salam Sayang, 


Share/Save/Bookmark

for whom it may concern

Assalamualaikum wbt..


hurm.. *tongkat dagu* saya ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama kalian.. tapi.. dari mana harus saya mulakan ya..


hurm.. begini.. hidup ini seringkali menuntut kita untuk membuat pilihan...setiap manusia itu berhak untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri mereka sendiri bukan? tapi kadangkala kita jadi keliru apabila jalan yang harus kita pilih itu mendatangkan dilema. misalnya, jalan A lebih singkat jarak perjalanannya, tetapi jalannya pula berbatu batan, semak di kiri dan kanan jalan. jalan B pula, berturap elok jalannya, teratur sahaja pergerakan di atas jalan tersebut, tetapi jarak perjalanannya lebih jauh. begitulah ibaratnya hidup ini.


bagaimana pula kiranya masa yang kita ada terlalu suntuk, dan kita harus segera membuat keputusan jalan mana yang harus kita pilih..malangnya kita belum pun lagi dapat membuat pilihan..sukar sekali bukan.






kata orang, kalau kita mahu mencari cinta yang sebenar, kita berkawan lah dengan ramai-ramai orang. dengan cara itu kita dapat membezakan siapa yang paling menghargai kita.ada pula orang lain berkata, kita tidak akan dapat menemui cinta sejati sekiranya kita mencari, dan terus mencari.


kata saya, sekiranya kita sudah bertemu dengan seseorang yang kita rasakan sesuai dan saling melengkapi, jangan berpaling ke belakang lagi. tidak ada satu manusia pun yang sempurna dalam dunia ini. untuk mencapai kesempurnaan, kita perlukan pelengkap dan andai sudah ketemu dengan apa yang kita cari, jagailah ia dengan baik.


saya sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk semua.. untuk yang berkenaan, buatlah pilihan yang terbaik untuk hidup kamu. kita ini wanita. sudah tentu kita tidak mahu terjebak dalam hubungan yang menyakitkan bukan? gunakan pertimbangan kamu dengan sewajarnya.. 


p/s: maaf tak dapat bersama kamu pada hari itu nanti. Congratulations! 






Share/Save/Bookmark

Wednesday, June 23, 2010

5 fakta hari ini

1.   Jumpa lipas seraya itu.. sila buat conclusion sendiri..
2.   Terpaksa berjuang memberanikan diri berhadapan dengan kucing-kucing di rumah Mimi yang sebanyak 12 ekor. giler ramai..
3.   Bermastautin di rumah Mimi untuk hari yang ke dua
4.   Makan 3 bungkus rempeyek pada hari ini
5.   Dah jam 11.25 malam tapi dari tadi asyik duk borak sampai satu keje pun tak jalan..


Sekian.. *yawn* 






Share/Save/Bookmark

BINGO (sambil nyanyi lagu oh la la tropika)

tak boley ke kalau tak kacau hidup saya? saya tak nak.. saya tak nak.. saya tak nak la ! tak suke la main paksa-paksa cenggini.. *sambil hentak kaki jurus manja kedelapan*


chop!! ekceli saya betul-betul pissed off dgn orang yang tak paham bahasa. saya baru je nak hidup tenang, senang dan lenang.. tak leh tengok orang senang. saya dah tak berminat. full stop. tu pun tak paham.. dalam bahasa Tamil macam mana nak cakap 'saya tak berminat. full stop' heh? bukan apa, saya cakap bahasa Malaysia pun tak mo nak paham.. saya nak try cakap Tamil pulak :p


owh ye.. sungguh seronak bermastautin di rumah Mimi (sebut ikut ejaan saya.. seronak). pagi tadi Mama buatkan brekfes.. terasa seperti di rumah sendiri. Mama pulak kuat bersembang macam Ibu.. hurm.. rindu rasanya dengan Ibu. lepas habis audit ni nanti saya nak cuti panjang sikit. nak balik jumpa Ibu. saya dah tak merajuk-merajuk lagi..


owh.. by the way saya nak cakap BINGO.. sebab saya dah berjaya merungkaikan satu misteri. saya berjaya come out dengan satu hipotesis iaitu:


Johnny Depp = Gas Asli = saya dah tau


selamat datang ke rumah maya saya.. tempat saya melepak-lepak pada waktu-waktu tertentu di setiap ketika pada setiap tingkat emosi.. dari level hijau.. sampai ke level merah (tingkat emosi PC game The Sims yang menjadi kegilaan saya satu ketika dahulu) 


oke.. saya perlu berhenti merepek sekarang dan kembali ke alam nyata.. 




p/s: saya perlu tukar track lagu di sebelah.. tapi maaf saya takde masa lagi nak berbuat demikian..




salam sayang,


Share/Save/Bookmark

hebat? sememangnya hebat!

Assalamualaikum wbt...

Hari Rabu dah menjelma.. Jam 2.22am dan saya masih belum tidur..kebetulan cantik pulak nombor jam ni saat saya memandang skrinketika ini.. kebetulan lagi, saya memang suka nombor 2.

Apa sangat lah yang nak dibebelkan di waktu dinihari macam ni.. takde apa yang nak dibebelkan. cuma rasa rindu pulak kat belog kecintaan saya ini.. tak salah kan.. 

sambil-sambil tangan ni lincah mencucuk bunga-bunga di atas styrofoam (chop! betol ke spelling saya?), mulut pun ikut sama lincah bercerita kenangan zaman dahulu kala..hurm.. ada yang indah bila dikenangkan, ada juga yang pahit untuk di imbas.. tapi semua itu adalah pengalaman bukan? pengalaman yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa (walaupun ada ketika saya masih berperangai seperti kanak-kanak ribena). pengalaman itu juga lah yang membuatkan kia lebih kenal erti hidup, malah lebih menghargai kehidupan, menghargai setiap momen yang kita lalui. 

hidup ini tidak sentiasanya indah bukan? andai hidup ini indah-indah saja, membosankan pula. adakala dalam hidup ini, kita perlukan sedikit cabaran yang sekurang-kurangnya boleh membuatkan kita merasa bahawa kita perlu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sekarang. jika tidak, kita akan sentiasa merasa bahawa kita ini berada di dalam zon selesa, lantas kita hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa. 

tuntas, andai ada dugaan yang mendatang, anggap saja cabaran itu merupakan satu institusi yang mendidik kita untuk menjadi seoang insan yang lebih baik lagi. andai cabaran itu mampu kita tangani, pastinya kita ini seorang yang hebat.. ya! kita perlu sentiasa merasa diri kita hebat. lagi pula, lahirnya kita ke dunia ini adalah kerana kita ini hebat bukan? satu-satunya pemenang di antara jutaan pesaing yang lain. 
ingatan untuk diri saya sendiri juga (yang juga sering merasa lemah semangat).. kita hebat! *lagu hebat terngiang-ngiang*



salam takzim dari saya..




Share/Save/Bookmark

Tuesday, June 22, 2010

budak yang suka membebel pagi-pagi buta dapat award! yeay !!!

buat keje macam nak pitam.. pastu menyusahkan orang sana.. menyusahkan orang sini.. time kasih banyak-banyak sebab sudi tolong budak ini (sambil kedua dua jari telunjuk diletakan di pipi dan kepala disengetkan 30 darjah)


masih lagi nak pitam.. ade tak setel lagi tapi tak kira nak update gak.. saya perlu berkata-kata kalau tak saya tensen.. nak tengok saya tensen ke? tanak kan?


tensen dengan Mimi yang tinggal masa lagi tiga hari .. pastu lagi ler nak berjimba-ria.. saya pulak risau lebih-lebih macam la saya pulak heroin pada majlis tersebut.. risau oke.. tersangatlah risau bila bende tak siap lagi.. saya akan berkampung di sana dan yeay!!! ley jumpa mama..


yeay!!! sekali lagi sebab kakak tika kasi blog award.. owh lama tak berkunjung ke makmal kakak yang terletak nun di atas.. nanti tyme free2 saya naik ye kakak.. owh dan kakak juga panggil saya dengan gelaran 'budak yang suka membebel pagi-pagi buta'.. aww!! nice.. (ekspresi muka gedik sikit)



mari tempek award di sini.. yeay!!! dapat A+. oke m done.. nak sambung wat keje balik sambil tarik-tarik rambut..


Share/Save/Bookmark

bebel edisi ke-2

chop! tetibe je mcm ade bende lagi nak bebel.. (tarik muke 14)


pertama:  
saya call satu pusat pengajian ni, atas satu urusan.. bebelan saya berbunyi begini, boleh tak kalau jawab telefon tu berhemah sikit? kau punye hello tu pun da mcm nak cari gaduh..dah tu siap sound-sound orang "cakap kuat sikit boleh tak?"


wei !!!! no manners!!! nak becakap pun kene la ade seni berbahasa. ni takde seni langsung.. tak penah belajar cara-cara jawab telefon ke? kalaupun suara saya pelan, cara dan intonasi awak tu sila betulkan. nak saya ajarkan ke? hah mcm ni la saya.. patutnye saya sound balik kasi telinga die berdarah tadi, tapi yang saya ni pun sengal. dah lepas letak telefon baru nak bebel-bebel macam mak nenek. ah! tapi tak kisah ler. saya tetap nak bebel jugak. 


kedua:
saya pening lak ngan keje saya nih. nak rujuk kepada pakar di terengganu sane nun, kursus sampai Jumaat pulak. wei serabut lak otak saya secara tiba-tiba. so sekarang ni cemne? oke saya kene relek dulu kot.. duduk sandar sambil pejam mata, cari ilham camne nak setel.. kalau tetido terus lagi baik.. 


mcm ade je lagi benda nak bebel.. tapi ape entah.. dah lupa.. saya ingat nanti saya sambung balik..






Share/Save/Bookmark

membebel pagi-pagi.. tapi pendek je..

Assalamualaikum wbt...


Selamat pagi semua !!! satu lagi hari yang panjang.. dan saya harap saya cukup produktif hari ni ;)


melawat ke tepak Aksara seketika tadi.. mereka yang satu batch dengan saya dah post sampai bab 10.. *tongkat dagu* 


harap-harap minggu depan, setelah selesai semuanya saya dapat menumpukan perhatian kepada BC.. saya akan merempit dengan kelajuan semaksimum mungkin.. yeay !!! hurm.. tolong nyanyikan lagu hebat untuk saya.. (sambil buat muke seposen + batting eyelash) apa? kalian tak tahu lagu tu mcm mana? neva mind.. neva mind..


btw, selamat bekerja untuk semua.. hari ni takde entry menarik, takde entry emo-emo, takde entry petikan novel, takde entry serabut, takde entry penyelesaian masalah dan bla..bla..bla.. hari ni saya HAPPY tapi saya takde keinginan nak tulis panjang-panjang (sengih lebar-lebar)


semoga kalian gembira selalu, jangan lupa senyum lebar-lebar tiap-tiap pagi..


Salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Monday, June 21, 2010

Bila Hati Berbisik..

Maisarah mengetuk-ngetuk kekunci keyboard di hadapannya


kau tahu, seorang teman pernah berkata, adakala kau ni sangat annoying dan irritating


Teman yang membaca di hujung sana ketawa.. lantas membalas,


wah.. sangat ler betul


Maisarah termenung seketika.. 


Owh.. betol eh? hurm.. no wonder la..


Apa yang bermain di fikiran Maisarah? Yer.. patut pun lebih tiga tahun dia begini. patut pun lebih tiga tahun, tidak pernah ada satu bab pun mampu dia sudahi. Rupanya memang benar dia ini menjengkelkan. Hanya teman rapat dan keluarga sahaja yang menerima dirinya seadanya. Patutlah lebih tiga tahun dia begini..  lantas apa yang harus dia lakukan?







Share/Save/Bookmark

yang manis-manis

Berkata benar walau ianya pahit..

Pada hemat saya berbohong atau berahsia akan membuatkan keadaan menjadi bertambah rumit. Sebenarnya berkata benar ini, pada awalnya sahaja pahit untuk kita telan, tetapi pada akhirnya nanti, kita akan dapat menghirup manisnya berkata benar.

pada awalnya kita mungkin merasa malu untuk berterus terang.. malu untuk berkata benar.. atau takut untuk mengahadapi situasi seterusnya akibat dari berkata benar.  Sebenarnya akibatnya tidaklah seburuk yang kita sangkakan.  Kita akan merasa lega, tenang dan merasa lebih bebas untuk melakukan apa sahaja menurut kehendak kita. Itu yang saya rasakan pada ketika ini. No more worries! Saya dah tahu dan mengerti letak duduk perkara yang sebenar, saya sudah tahu di mana saya berpijak dan apa lagi yang tinggal, saya hanya perlu jalani hidup ini seperti biasa, seperti hari-hari yang saya jalani sebelumnya. Tidak ada apa yang akan berubah..

dalam hidup ni, kita harus berani. Kalau tak berani pun, kita harus belajar untuk menjadi berani. Kerana apa? Kerana kalau kita tak berani untuk mendepani hidup ini, bagaimana kita mahu berjalan maju ke hadapan kan? Tak kan pula kita mahu berdiri static sahaja tanpa berbuat apa-apa sedangkan kita ini manusia yang perlu bergerak, berjalan seiring dengan manusia-manusia yang lain. Cuma jalannya sahaja yang berbeza, atau mungkin langkah kita sahaja yang tidak sama. Mungkin manusia si kiri berjalan perlahan, di kanan berjalan laju, yang di depan pula langkahnya lebar-lebar dan yang di belakang pula langkahnya kecil-kecil sahaja. Yang pasti, semuanya bergerak.

Saya juga berjalan, maju ke hadapan dan yang pasti saya tidak akan hilang. Saya sentiasa saja ada, berjalan seiringan dengan mereka yang dekat dengan saya..  ambil perhatian, mereka itu bermakna bukan seorang, malah ramai. Hanya mereka saja yang tahu, siapakah mereka itu.. 

salam sayang,


Share/Save/Bookmark

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari bapa Daddy Cool ;)

bila saya masam muka dengan Ibu.. saya cari Ayah.. saya mengadu pada Ayah..
kalau saya salah, Ayah akan cakap baik-baik.. bila saya nangis, Ayah akan cakap "jangan nagis la.. tak de ape-ape tu"


Ayah kan, suka simpan air nescafe dalam peti sejuk.. sebab Ayah memang suka minum nescafe sejuk.. tapi belum sempat Ayah minum, kadang-kadang saya curi minum dulu sampai tinggal separuh.. tapi Ayah tak pernah marah.. Ayah akan tepuk-tepuk kepala saya sambil cakap "simpan sendiri tak nak" dan seperti kebiasaan, sebelum Ayah bebel banyak-banyak, saya akan lari sambil cakap.. "along ter-minum"


saya suka tengok rancangan American Next Top Model.. tapi Ayah suke tengok wrestling.. jadi saya dengan Ayah selalu berebut televisyen sebab saya nak tengok TV8 dan Ayah nak tengok TV3. selalunya saya akan sorok remote TV sebab tak nak kasi Ayah tukar channel. kadang-kadang saya akan suruh Ayah pegi tido cepat-cepat.. tapi kadang-kadang, saya kalah berebut TV dengan Ayah lantas merajuk dan terus masuk ke kamar dengan muke moncong sedepa..


Ayah suka makan tempe masak sambal. tapi saya suka tempe goreng.. Saya selalu ratah tempe goreng sampai tinggal sikit.. akhirnya sambal tempe Ayah akan kurang tempe.. kalau Ayah marah, saya akan nyanyikan lagu untuk Ayah.. dan saya akan ulang-ulang sampai Ayah da tak marah.. "Daddy.. daddy cool..daddy.. daddy cool.. daddy.. daddy cool.. owh my daddy cool!!"


Ayah rajin masak.. malangnya saya anak ayah yang malas.. jadi saya sering bodek Ayah untuk masak lebih sebab saya nak jugak.. saya paling gemarkan megi goreng style Ayah. 


Ibu selalu kata, Ayah lebih sayangkan saya daripada adik-adik yang lain.. yeay!! dan Ibu jugak selalu kata, saya degil macam Ayah.. saya kurang sabar macam Ayah (sentiasa nak cepat).. lembut hati macam Ayah.. dan muka saya juga banyak macam Ayah..


saya dah dewasa.. umur saya dah mencecah suku abad.. tapi hingga kini, saya masih lagi memeluk dan mencium pipi Ayah.. saya sayang Ayah.. SELAMAT HARI BAPA, AYAH!


Share/Save/Bookmark

Saturday, June 19, 2010

Congratulation Sunshine!

Tahniah kepada siapa ya.. mungkin saya.. mungkin anda.. kerana pandai bermuka-muka dan berlakon lagak aktress Malaya terbaik.. 


senyum semanis gula.. ketawa seperti orang gila.. berjalan laju bagai penuh semangat yang membakar adrenalin.. 


hey.. lihat di sana.. 


matahari terlindung di sebalik awan.. tapi dia tetap tersenyum.. sebab sisa cahaya itu masih ada.. 


matahari tak kan pernah bertukar menjadi bintang mahupun bulan.. mentari tetap mentari.. hanya ada ketika awan mendung melindungi sinarnya.. 







Share/Save/Bookmark

Friday, June 18, 2010

LIFE



belajar sesuatu yang baru hari ni.. (saya harap saya tidak salah faham dengan pernyataan yang saya baru belajar tadi) hidup ini adalah pilihan.. begitu juga dengan cinta.. semuanya adalah pilihan. kita boleh memilih untuk jatuh cinta dan terbuai dengannya atau tidak merasa apa-apa lansung..

tak normal lah seseorang manusia tu kalau tak merasa apa-apa kan? dan..

macam mana kita nak buat pilihan kalau tak ada jalan yang terbentang dihadapan? bila ada jalan, kita memilih untuk lalu di jalan itu atau berdiri tegak dan statik tanpa berbuat apa-apa.. hidup ini adalah perjalanan.. dah tentu kita akan pilih untuk terus berjalan.. betul atau tak?

begitu juga dengan cinta.. macam mana nak seberang sungai kalau tak bina jambatan? begitu lah ibaratnya.. salah kah kita kalau kita memilih untuk lalu di atas jambatan tu? 

kalau kita takut nak menyeberangi jambatan, kita tak akan ke mana-mana. tapi kalau kita buat pilihan untuk seberang jambatan tu, dan kemudian kaki kita tersadung dipertengahan jalan, bagaimana pula? 

bila kita mula yakin untuk menyeberangi jambatan tu, kenapa kita perlu teragak-agak? mungkin kita bimbang, jambatan yang dibina itu rapuh.. *mengeluh*

dari jauh kita nampak jambatan itu ada.. jadi kita ambil keputusan untuk menyeberangi jambatan tu.. kita tak peduli lagi dengan jalan lain yang terbentang.. kita hanya nampak jambatan itu.. tapi bila dah dekat, rupanya jambatan tu bayang-bayang cuma.. lalu kita hanya mampu duduk di situ, dan menangisi diri sendiri.. hidup ini adakala melelahkan.. kadangkala kita harapkan semua ni hanya mimpi, dan bila terjaga, kita lihat jambatan itu benar-benar wujud.. kan indah kalau begitu..


People will forget what you said
people will forget what you did
but people will never forget how you made them feel





Share/Save/Bookmark

2 JUTA

Assalamaualaikum wbt.. 


Salam takzim dari saya di pagi Jumaat yang mulia ini *senyum* (dalam hati bernyanyi.. senyum seindah suria yang membawa cahya.. senyumlah dari hati duniamu berseri.. lalalalala... )


2 juta.. kalaulah itu nilai wang yang saya pegang ketika ini, kan best.. tapi dengan syarat nilainya paling kurang pun dalam matawang Ringgit malaysia yer. ekeke... masa on the way ke opis pagi ni, saya terdengar berita di radio. dilaporkan, terdapat seramai 2 juta bloggers di Malaysia.. ramai kan.. ekekeke.. kalau saya berhenti menulis belog, maka tinggallah 1,999,999  orang sahaja.. takpe.. saya tak kan berbuat demikian.. *ketawa sopan*


cepat masa berlalu, baru je merungut tentang hari isnin, dah tiba pula hari jumaat. well.. overall sepanjang minggu ini bukanlah minggu yang ceria dan berbunga-bunga untuk saya. tapi, saya masih boleh meletakkan diri saya dalam situasi ketawa, tersenyum dan berwajah manis.. terima kasih kepada belog yang menjadi medium untuk saya meluahkan rasa. kalau tidak, masakan saya masih boleh tersenyum dan ceria kan.. 


untuk kalian, selamat berhujung minggu.. 


Salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Thursday, June 17, 2010

tak perlu tajuk

busy? 

well.. never mind.. saya ada diri saya sendiri.. i used to live on my own, tanpa mengharapkan sesiapa.. there's no point to feel neglected or left behind atau ape je la.. sebelum ni pun saya sendiri tahu bagaimana mahu menggembirakan hati saya sendiri bukan. cuma sejak kebelakangan ni saja saya menjadi begitu manja.. atau mengada-ngada mungkin..

after all.... hurm..  


- tak perlu tandatangan -






Share/Save/Bookmark

saya blogger yang agak tegar.. kot..


84%How Addicted to Blogging Are You?


picture can explain everything.. kepada rakan-rakan blogger, dah sah u all nak test kadar ketegaran anda kan berblogging kan.. klik je pada gambar di atas ni..


hah see.. dah ade 2 post hari ni.. mane tak tegar nye.. dah dah..  get back to work.. kalau saya ade update lagi lepas ni tolong datang sekeh saya yer.. 





Share/Save/Bookmark

Helaian ke lapan? sabar.. sedang tekun menenun ni..

Assalamualaikum wbt..


kesibukan dan tekanan dengan kerja bukan lah alasan untuk saya mengabaikan blog yang saya cintai ini.. ececeh.. mukaddimah.. tak tahan... awww!!


oke kalian dah baca Benang Cinta? Novel sulung saya yang bersiaran di Aksara Keraian.. sekiranya belum, sudi-sudilah kiranya menjenguk ke laman sesawang Aksara Keraian. Pautan laman tersebut boleh didapati di sidebar sebelah kanan anda. klik je pautan untuk setiap bab..


seketika tadi sempat jugak menjenguk ke tepak Aksara Keraian.. agak teruja dengan komen beliau di bawah ini..


sabar ye Nur Wa.. Bab 8 sedang dalam proses.. tengah sibuk menenun ni.. sambil-sambil tunggu bab 8 bersiaran, sudi-sudilah kiranya meluangkan masa menjenguk novel-novel penulis lain yang tidak kurang hebatnya.. 

Salam hormat dari saya.. jadikan membaca budaya kita.. *wink*


notakukujaripendek: IMUHN.. inspirasi sedang sibuk hingga lupa pada janjinya semalam.. WC lebih melekakan mungkin..



Share/Save/Bookmark

Wednesday, June 16, 2010

Sunshine Award



yeay !! NEMO kasi belog award kepada ahli-ahli AK.. lots of kisses untuk Nemo Salju.. hiks!




p/s: saya nak balik rumah. sempat kasik wasiat kat bos. kalau minggu depan saya tak muncul, report polis sebab saya mungkin dah terjun jambatan Pulau Pinang.. aisey.. stress dengan kerja ni..






Share/Save/Bookmark

fatamorgana

kadang-kadang apa yang kita rancangkan di dalam hidup, tidak lebih dari satu fatamorgana semata. atau mungkin itu bukan satu perancangan malah lebih kepada angan-angan?


berimaginasi dan berangan-angan sememangnya indah. sangat manis. angan-angan itu, kalau mahu ia dicapai, kita harus meletakkan usaha yang tiada taranya bukan? usaha yang bersungguh agar kita dapat mencapai apa yang diimpikan. bagaimana pula kalau kita sudah berusaha, tapi kita tetap tak dapat mencapai apa yang kita angankan? bagaikan ingin mencapai bintang, tapi tangan tak sampai. 


*sengih* lucu dengan bahasa saya sendiri. 


mungkin ada baiknya kalau kita tidak mengharapkan apa-apa. mungkin ada baiknya kalau kita berjalan sahaja ke depan tanpa perlu memikirkan apa yang ada di hadapan, apa yang bakal kita lewati dan jalani. takdir itu sesuatu yang kita semua harus percaya bukan? bagaimana kalau takdir itu bukan seperti yang kita inginkan? apakah kita harus meratap sedih atau terima segalanya dengan hati yang terbuka? bagi yang memandang, sudah tentu ayat ini yang bakal meluncur keluar dari bibir mereka "ini adalah takdir, terima saja dengan hati yang terbuka. pasti ada hikmah yang kamu tidak nampak sekarang. manisnya kamu akan rasa di kemudian hari nanti"


*mengeluh* ya.. mengeluh lagi. tidak wajar bukan? 


mungkin ada baiknya kalau harapan itu tidak diletak kan terlalu tinggi. bagaimana pula dengan usaha? seadanya sahaja kerana saya bimbang takdir tidak berjalan seperti apa yang saya angankan. saya mahu, bila waktu itu tiba, saya mampu menerima semuanya dengan hati yang terbuka.


hati saya, biar saya sendiri yang tahu. rasa yang berbaur, biar saya sendiri yang membacanya. saya bimbang, saya akan jatuh lagi. sakit tahu tak.. saya tak  mahu menempah sakit sebab saya tahu saya dah tak mampu nak terima lagi..




p/s: audit buat saya sakit kepala..






Share/Save/Bookmark

mahu sekeh siapa ya? M atau N?

too tired..tot nak menenun Benang Cinta.. tapi perancangan, tinggal perancangan.. lepas habis opis hour, Mimi call ajak saya berjogging di shopping mall.. bila turun je bawah, terserempak pulak dengan team aerobic dan telah dipukau pula untuk join deorg ber-aerobic.. alar.. tak bawak baju pulak.. takpe netx week je.. boley kan.. *batting eyelash*


sebelum berjoging, kami perlu tenaga. owh tak rasa nak makan sangat la pulak. so makan pulut mangga je la.. masa makan tu, tiba-tiba teringat pulak kat orang sakit.. tak la sakit teruk pun, tapi masih teringat.. 


mari kita call orang sakit.. dah makan ke belum.. *monolog*


owh talian telefon buat hal.. saya tak dapat dengar orang di hujung talian sedang berkata apa.. saya tak tahu nak salahkan siapa.. saya pekak? owh tidak.. deria dengar saya masih normal.. sama ada maxis atau nokia ni yang nak kene sekeh.. *sambil buat muka garang*


*yawn* saya kira, ada baiknya saya berundur dahulu.. 


p/s: saya ter-membeli-belah sedikit.. saya tak sengaja.. *sambil kira hari gaji pakai jari*






Share/Save/Bookmark

Tuesday, June 15, 2010

sesungguhnya, saya memang mengada-ngada

"Eh Kakak Jijah da balik" ujarku dalam nada ceria yang bagaikan dibuat-buat.


"Ye sayang.. eh awat muka syahdu je ni? nampak sedih je.. awat ni?" keprihatinannya lagak seorang kakak kepada adik kecilnya.. bertuah dapat housemate macam Kak Jah *senyum*


usai membersihkan diri, seperti biasanya, duduk terpaku di depan komputer riba.. waktu berlalu, dari detik saat ke minit.. sehingga berjam lamanya.. masih lagi termanggu di tempat yang sama. 


letih la duduk.. kat opis duduk, kat rumah duduk *monolog*


pintu kamar dibuka selebar-lebarnya, mencari-cari di mana kelibat kakak.. Ah.. di ruang tamu rupanya.. lantas mendekati kakak, dan terus berbaring meletakan kepala di ribaan kakak.. 


"dah makan belom ni?" tanya kakak.. 


"belom.. nanti-nanti la kakak," 


"kenapa ni" tanya kakak lagi..kakak seolah-olah mengerti. manakan tidak, ini adalah perilaku biasa di matanya. kalau sedang bersedih, pasti ribaannya menjadi sasaran. ye la, ibu jauh. tak de sape kat sini. nasib baik ade kakak. boleh bermanja dengan kakak. 


"tak ada apa-apa la kakak. nak baring kat kakak je," hati yang sebu dan ketat terasa sedikit longgar.. tak perlu aku ceritakan rasa yang bergetar di dalam hati. keprihatinan kakak sudah cukup memadai.. 




p/s: ini bukan petikan novel. sesungguhnya saya memang mengada-ngada..








Share/Save/Bookmark

Monday, June 14, 2010

it's a promise.. remember?

pandang je status YM beliau dengan mata yang dikecilkan..


sah! berangin! haish.. apesal ntah garang sangat hari ni.. *sedih*


pandang lagi status YM beliau dengan mata yang dikecilkan..
perasaan berbaur.. kecik hati pun yer.. eh epesal kau nak kecik hati pulak shira? *monolog*
sepi.. tanpa jawapan..


pandang lagi status YM beliau dengan mata yang dikecilkan..
sengaja aku invi.. nak bawa diri.. layan la berangin tu sampai beku..
nanti pandai la kau cari aku..




**updated on 12.17pm


well.. saya rasa saya tahu kenapa cuaca di sana berangin je.. instinc saya kuat. jangan berselindung dari saya. 


-deep sigh- lighten up! it's not the end of the world *sambil buat ekspresi muka* itu yang sering di ulang-ulang kepada saya dikala saya merasa kecewa dan putus asa..


hurm.. kau jugak yang cakap..walau ape pun, kita harungi bersama. kalau aku jatuh, kau bantu aku, naik kan semangat aku. dan kalau kau jatuh, pasti aku akan berbuat perkara yang sama. it's a promise.. kan.. remember?



Share/Save/Bookmark

Isnin yang ketat

Assalamualaikum wbt...


Selamat menjalani hari Isnin.. for those yang tgk bola santak ke dinihari tu, jangan pulak sampai meleleh air liur basi atas meja.. *ngee*


well.. ada apa-apa bencana menimpa ke semalam eh? semua orang nampak macam bad mood je. bos pun muke ketat.. dia yang selalu ym dengan saya pagi2 pun macam moody je. tak de pulak tanye saya dah makan ke belum seperti selalu. haish... Isnin yang ketat.. Sungguh..emo saya dibuatnya.. *senyum kelat*



Share/Save/Bookmark