A happy marriage has in it all the pleasures of friendships, all the enjoyment of sense and reason - and indeed all the sweets of life. - Joseph Addison
perkahwinan bukan sekadar mengahwini seorang kekasih, malah seseorang yang boleh menjadi sahabat, teman, kawan baik, malah pasangan kita itu boleh menjadi segalanya.. boleh menenangkan kita di kala kita sedang gelisah, boleh menjadi teman yang setia menemani di kala kita sedang kesunyian, boleh menjadi bahu untuk kita bersandar ketika kita sedang berduka, boleh menjadi pendengar yang setia ketika kita ingin meluahkan segala keluh kesah, boleh menjadi penasihat di kala kita inginkan pandangan malah boleh menjadi teman untuk di buat berdebat..
ketika usia muda, yang kita utamakan adalah cinta, kehangatan perasaan ketika meluangkan masa berdua..namun apabila usia telah meningkat, kita bukan sahaja memerlukan kekasih, malah perlukan teman yang boleh menjadi teman berbual sepanjang petang, sambil menghirup secawan teh di laman.
kata orang, dalam mencari teman hidup, keserasian itu sesuatu yang paling utama. berbicara bahasa yang sama, memandang ke satu arah yang sama, berfikir perkara yang serupa.. dan sungguh.. biarpun kehidupan berumahtangga itu penuh dengan cabaran, namun ia merupakan sesuatu yang sangat manis dan rugi lah mereka yang tidak dapat merasai kemanisan berumahtangga.. ececeh... cakap macam orang dah kawen pulak kan.. hiks!
sewaktu tiba dari Penang lewat petang tadi, saya berselisih dengan Ibu dan Ayah di simpang jalan masuk ke kawasan rumah kami. Ibu membonceng di belakang sambil sebelah tangan memegang barang belian, dan sebelah lagi tangan memeluk erat pinggang Ayah. panorama yang manis sungguh..
seketika tadi, kira-kira jam 1.30 pagi, saya ke bilik Ibu dan Ayah bertanyakan bantal ekstra. Ibu dan Ayah masih lagi berjaga dan sedang rabung berbual. entah apa lah yang rancak sangat dibualkan, saya pun tak tahu.. they make a great companion to each other..
selalunya pada setiap hujung minggu, Ibu dan Ayah akan sama-sama turun ke dapur. daripada penyediaan sarapan pagi, sehinggalah kepada persiapan untuk masak tengahari, segalanya dilakukan bersama.. bila tiba waktu petang, mereka akan sama-sama mambersihkan laman di luar. Ibu mengumpul daun-daun kering, dan Ayah pula sibuk mencabut rumput di sekitar laman. Al maklum saja, rumah kampung kan.. daun-daun kering dari pokok jambu dan pokok rambutan di tepi dan belakang rumah berguguran dengan meriahnya..
kadangkala saya terfikir, apakah satu hari nanti rumah tangga saya akan seharmoni ini? punya suami yang boleh diajak berbicara, turun ke dapur bersama-sama, berbual kosong sambil menghirup secawan teh di laman, bergelak ketawa, memperdebatkan sesuatu isu.. dan tidak lupa, saling berbalas sms ketika berjauhan.. ekeke..adakala saya fikir saya telah temui seseorang itu.. tapi.. entah lah.. saya tidak meletakan harapan yang tinggi melangit.. saya serahkan segalanya kepada Dia yang maha mengetahui.. baik dan buruk, saya terima dengan seadanya..

significant other