Monday, August 30, 2010

semuanya milik Tuhan


"matahari hampir terbenam.. tapi matahari itu akan bersinar semula nanti. sepanjang matahari itu tiada, sebenarnya dia ada. dia lihat kamu menerusi bulan.. "


fate is not something that we can mould up.. fate is fate.. bukan kita boleh bentuk ikut sesuka hati kita macam buat pasu tembikar. seperti yang pernah aku kata pada dia dulu, kalau dah namanya takdir, buat lah macam mana pun, takdir tetap takdir. 


time may heal everything.. tu orang kata.. tapi aku kata, kalau kita enggan pulih, kasik la berapa tahun pun tak pulih-pulih jugak. nak nak kalau sakit kanser.. tambah merebak, boleh bawa mati. 


perasaan cinta kepada manusia lain, kalau kita simpan ia sampai mati, tanpa orang itu tahu, maka mati kita adalah syahid. cinta memang tragis. aku cinta, tapi biar lah aku bawa cinta itu ke mana sahaja aku pergi. biar aku usung ia dan tak akan aku tunjuk pada dia. aku korbankan rasa ini pada yang berhak. ah! hati aku milik Tuhan. biarlah asbab yang utama itu aku simpan sendiri. Tuhan lebih mengerti. hati aku milik Tuhan. aku mohon Tuhan beri aku kekuatan kerana aku ini tidak kuat. in fact semua yang ada di dunia ini adalah milik Tuhan. aku bukan siapa-siapa, yang tamak mahu miliki segala. 


cuma aku tak tahu bagaimana mahu melewati hari-hari aku ini tanpa rutin biasa. sungguh aku rindu. dan aku tak tahu bagaimana mahu jadi pelakon hebat di hadapan Ibu terutamanya. ah ! aku perlu berlatih ukir senyum hari-hari di hadapan cermin, biar nanti otot-otot wajah ini regang dengan sendiri. 




update (selasa 2.00pm)
jumpa ini di entry yang lepas.. pengertian cinta dari kacamata seseorang.. 


cinta ibarat semut hitam dalam malam gelap
cinta itu ikhlas
lahirnya dari hati
tak semestinya diluahkan
hanya hati merasa
cinta itu bila kita sakit melihat dia sakit
bahagia melihat dia bahagia
cinta itu ajaib
hanya hati merasa, tak perlu berkata-kata



nota: bimbang biskut raya dan cupcake aku nanti tawar..




Share/Save/Bookmark

dia bukan duri

dia bukan duri
tapi dia pelangi aku
aku akan rindukan pelangi aku
pergi aku tak lama
itu janji aku


aku mahu jujur pada diri
sebab tu aku mesti pergi
cinta dan kasih aku bawa sekali


aku sakit.. langkah aku atur berat 
ibarat memikul beban sarat padu
tapi aku kena pergi
aku akan bawa semua janji
janji aku
janji dia
sebab janji-janji itu bukan sampah
janji-janji itu yang akan menemani pemergian aku


terima kasih kerana jadi pelangi dalam hidup aku
Share/Save/Bookmark

i go..

kalau aku pergi, kau akan jejaki aku?
aku pergi.. mencari diri yang hilang
aku pergi.. membasuh luka yang berdarah
aku pergi.. tapi tak lama
kelak aku akan kembali.. bawa hati yang pulih memerah kembali




nota: aku genggam semua janji.. satu pun aku tak biar tercicir..




Share/Save/Bookmark

Sunday, August 29, 2010

monolog hamba

sawah padi masih hijau..aku halakan pandangan lepas bebas, menikmati indahnya ciptaan Allah untuk kita manusia.sesekali bayu berpuput lembut, mengelus-elus wajah yang seakan kosong tanpa rasa.

Sudah berapa hari aku tak dapat bertemu Tuhan.masa ekslusif aku dibekukan utk beberapa hari.tapi aku tahu Dia ada di mana-mana,Dia maha mendengar doa hamba.

Adakala aku terasa seperti ingin lari.mencari semula diri yang hampir hilang.membalut semula hati yang luka dek kerana tersungkur.aku harus kuat dan tegar.aku harus tenang dan sabar.aku harus terus berjalan di bumi Tuhan ini dengan penuh rasa syukur.aku ini bukan siapa-siapa.aku ini hanya hamba.suka aku tak bermakna baik untuk aku.aku bukan mengalah.aku ini hanya mampu berserah.

Nota: kalau aku hilang bermakna aku sedang rawat hati aku,sedang cari semula diri yang hilang.aku ada,cuma pergi aku sementara saja.kalau aku tak hilang,itu bermakna aku masih kuat terima segala..

-mobile updates
3.45pm semeling,kedah
Share/Save/Bookmark

malam ini kita jadi badang

aku dihulurkan seurat tali.. tali yang kemudiannya aku sambut dan pegang. aku pegang ia kuat erat. berpaut pada tali yang dihulur itu. dan tak lama selepas itu, tali yang dihulur di rentap kembali. lembut tapi kasar. tali masih dalam genggaman, tapi aku telah jatuh tersungkur. sakit. luka. itu yang aku rasa. itu yang kami sama-sama rasa.


katanya,"aku tahu itu kerana aku juga rasa sakit yang sama,"


perihal hidup kami serupa. melalui banyak episod-episod luka hingga hati jadi lelah, tidak ada daya untuk menaruh apa-apa harapan. dalam rasa tak daya itu, kami bangkit kembali. tak mahu mengalah pada keadaan, tak mahu melutut meratap mengenangkan suratan. belum sempat luka lama sembuh, tersungkur lagi. saban hari kita titip doa yang sama tanpa jemu. hinggakan ada ketika kita hanya mampu menangis di hadapan Tuhan, dan doa yang mahu kita titip tidak terucap, ditelan esak dan jurai air mata. tidak layak kah kita untuk merasa nikmat bahagia? tidak layak kah kita memenuhi fitrah untuk mencintai dan dicintai?


aku pasang telinga. mendengarkan perihal hidupnya. perihal luka nya. perihal mereka yang melukakan juga seberapa banyak air mata yang tumpah sehingga kini. 


kata aku, "kamu tahu tidak, aku sepi dalam hiruk pikuk suasana," katanya dia juga serupa. ah! dalam ketawa kita ada tangis bukan sayang? hanya itu yang mampu kita lakukan. desakan dan asakan dari manusia sekitar kita adakala buat kita jadi nanar. 


kata nya, "sha.. mari kita jadi seperti prisma.. prisma yang menyebarkan tujuh warna bila sejalur cahaya putih lalu menerusinya,"


aku mengangguk.. ah! sememangnya aku sedang berusaha menjadi seperti prisma. aku sebarkan aneka warna  dari sejalur cahaya cuma. aku layan semuanya dengan baik saja biar siapa pun mereka. ikhlas aku dengan setiap manusia yang hadir. konflik jiwa aku berat sarat. aku dihulur dengan tali, lalu aku sambut. seketika kemudian tali itu di tarik semula. sakit aku di perlakukan sedemikian rupa. luka itu aku sembunyi di sebalik senyum. harapan dan janji aku genggam di balik tawa ceria dan bicara selamba.


kata aku, "sabar itu bakal menjanjikan kita sesuatu yang manis bukan?" dia angguk setuju. sambungnya, "Allah uji kita untuk melayakan kita mendapatkan kurniaan-Nya yang terbaik. lulus ujian itu, melayakan kita menerima anugerah dari Tuhan," 


"kamu lihat wajah aku. lesu tidak bermaya bukan?" kusut serabut melayan perasaan yang hadir. perasaan yang sebolehnya aku elak. perasaan yang hadir senyap-senyap umpama virus. aku tidak seperti aku yang dulu. aku tak pernah mahu terjebak dalam situasi ini. malah aku telah beri peringatan. berkali-kali. bila rasa itu telah datang, payah untuk aku hindar, sulit untuk aku buang dan sampahkan. aku juga tidak rela terus terusan menipu diri. 


kata dia, "fantasi dan realiti itu dipisah oleh satu garis halus berwarna kelabu. hinggakan adakala kita sendiri tidak sedar, bahawa kita telah melewati garisan realiti. kita jauh di bawa ke alam fantasi, terbuai-buai dengan rasa dan akhirnya bila kita sedar, kita telah jauh meninggalkan realiti. kamu beruntung sayang. aku lihat kamu masih berpijak di bumi yang nyata. pengalaman banyak mengajar kamu mungkin,"


ya.. pengalaman banyak mengajar aku. pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih kuat. pengalaman mengajar aku untuk menghadapi segalanya dengan senyuman biarpun di malam hari tidur aku bersama sapu tangan dalam genggaman buat mengesat juraian air mata yang tumpah. aku ini luka. cuma sejak kebelakangan ini aku jadi lebih tenang. aku sandarkan segalanya kepada ketentuan Allah. aku sandarkan harapan pada Dia, bukan lagi pada manusia. namun janji-janji itu aku genggam dan aku bawa ke mana sahaja aku pergi.


katanya,"adakala kita tak nampak indahnya takdir yang Allah aturkan untuk kita. kita sibuk mengira ujian yang sedikit berbanding manisnya anugerah yang Dia kirim,"


aku akui itu. aku leka mengira ujian demi ujian yang datang. sedang rahmat itu akan datang pada aku nanti. akan datang membawa khabar gembira untuk aku. ah! malam ini kita jadi badang. badang yang menelan muntahan pengalaman dan cerita luka. semoga esok kita jadi kuat tidak rapuh.  


nota: kau dah bawa aku jauh, lalu kau mahu aku berpatah balik? baik.. aku akur.. tapi aku luka



Share/Save/Bookmark

bila penulis bertemu

sabtu yang penuh.. jam tiga keluar membeli-belah sedikit. tiga helai tudung yang mana dua untuk Ibu dan satu untuk Tok.. kemudian membeli sedikit keperluan yang hampir habis. suasana di pusat membeli belah yang aku kunjungi tadi adalah sangat padat sesak, sumpek dengan lautan manusia yang ke hulu dan ke hilir dengan tujuan yang satu iaitu berbelanja. ah! rakyat Malaysia ini mewah bukan? kuasa membeli itu adalah sangat kuat apatah lagi ketika musim-musim perayaan. tidak tentu punca aku jadinya berada di dalam kesibukan manusia.. selesai membeli apa yang aku perlu, terus saja aku pulang. lepas asar aku keluar kembali. menunaikan janji untuk berbuka bersama-sama teman yang sekian lama berhubungan melalui laman facebook sahaja. teman penulisan yang sama-sama berjuang menghasilkan karya untuk kepuasan sendiri juga tatapan pembaca..






berjanji untuk bertemu di Mc Donald autocity Juru, dan kemudian aku di bawa ke tempat yang di janjikan oleh si gadis Izyati untuk berbuka. waktu masih terlalu awal. kami meronda-ronda di kawasan sekitar, dan masuk pula ke perkampungan nelayan di Kuala Juru. sengaja mahu menghabiskan masa, dan meninjau-ninjau kawasan yang tidak pernah kami jejaki. kereta comel milik Izy dipandu perlahan sehingga ke hujung jalan. 


"eh jalan dah makin kecik ni. hutan depan ni yang," aku ketawa.


"kalau bawak 4x4 boleh je redah ni," ujarku


kemudian kami berpatah balik dan ketawa dengan laku sendiri. 


"ni namanya tak ada sakit, sengaja cari sakit," katanya.


aku ketawa.. kami keluar dari kampung itu dan memakirkan kereta betul-betul di hadapan gerai makan yang popular di kalangan penduduk sekitar dan pelancong luar. Gerai Pak Su namanya. popular dengan mee udang dan hidangan ketamnya yang segar.


masih ada kurang lebih satu jam lagi untuk Iftar. kami berbual-bual kosong di dalam kereta, memperihalkan kisah hidup masing-masing. satu yang sama antara kami. kami sama-sama punya hati yang luka. cerita luka itu akan aku perihalkan nanti.. 


lepas Iftar, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan Juru Autocity. melawat Shop d Garden dan kami si kaki shopping ini terkesima dengan bag-bag dari jenama Coach yang yang mana selepas diskaun pun harganya mencecah hampir RM 1000. ah! tak mampu rasanya untuk memiliki nya sekarang. dua tiga tahun lagi mungkin.. *sengih*


penat berjalan, terasa ingin menghirup secawan kopi pula. Oldtown White Coffee menyambut mesra langkah kami. kopi sejuk dan roti bakar jadi santapan sambil berborak-borak..


katanya kali pertama bertemu, dia tidak kekok dengan aku. ya Izy.. aku ini lah perempuan gila yang sering kamu sayang-sayang di laman facebook.. ekeke.. 


kami duduk bersantai-santai berbual memperihalkan isu hidup yang tiada hujung, memperihalkan isu hidup yang sepi dalam riuh, memperihalkan kisah dan jalan cerita yang hampir serupa, saling berkongsi metafora hidup, saling menasihati dan mengingatkan. Allah temukan kita untuk saling berkongsi rasa yang sama. 


pelukan erat mengakhiri pertemuan kami. moga kita ketemu lagi.. 



Share/Save/Bookmark

Saturday, August 28, 2010

aku cinderella

dan bila hadirmu, mengaburi hatiku
meniti waktu mengisi saat kisah dongengku
lakaran bahgiamu, menjanjikan aku
hanya akan selalu

di dalam anganku
cinderella hatiku diriku anganku
hatiku diriku mimpiku
cinderella
cinderella hatiku diriku anganku hatiku diriku mimpiku
cinderella

***********************************

sedaya mungkin kamu jaga hati kami di sekeliling kamu. yang kamu kira banyak memberi. kamu juga sedaya mungkin menjaga hati aku, tak mahu sakiti hati aku lagi. itu janji kamu. ahh ! aku tak mahu kamu pening-pening fikirkan aku. diri aku, tahu lah aku jaga. kamu dah cukup pening dengan mereka. jadi tolak aku, tinggal lah satu atau dua pening saja lagi. *senyum*


kamu sentiasa saja ada untuk aku. sebab itu aku juga janji akan sentiasa saja ada untuk kamu. jatuh bangun bersama. kata aku, "what friends for aite?" aku selalu curi masa kamu, jadi bila-bila masa saja kamu boleh curi masa aku. itu namanya simbiosis kata aku.. 


dalam hidup ini aku percaya kepada yang satu ini, kalau kita berbuat baik dengan semua, yang baik-baik itu akan datang kepada kita semula. 

nota: lagu dengan isi belog takde kene mengena kan? aaahhh!! tapi aku tak kisah.. sebabnya aku suka lagu ni. 






Share/Save/Bookmark

epik cinta .. pssstttt.. aku Cinderella tau..

tersebutlah kisah.. kisah cinta laila dan majnun, rama dan sita, romeo dan juliet, shah jehan dan mumtaz.. tersebutlah kisah.. kisah cinta tautan dua hati.. kisah cinta coretan tinta zaman berzaman.. aku lah laila, aku lah sita, aku juga juliet dan aku juga adalah mumtaz.. kerana apa? kerana aku seorang wanita 

love is tragic.. kadang-kadang kita sering saja terjebak dalam cinta tragis penuh luka. kita tak mahu tapi jalan itu juga yang kita temui.. lalu apa daya kita?


mahu kita sampahkan saja rasa cinta yang menggebu dalam hati. rasa cinta yang diam beku dalam hati cuma. kita mahu melaung berontak, mahu mahu buang jauh watak-watak cinta tragis dari dalam diri. kita tak mahu terseksa jiwa seperti Sita, Laila juga Juliet. kita juga tidak mahu jadi seperti Mumtaz, yang pergi meninggalkan Shah Jehan nya sepi sendiri. kita hanya mahu jadi diri sendiri yang bahagia mengukir senyum ria, sentiasa ada di samping arjuna hati, bersenda gurau di laman istana cinta milik berdua. hanya itu yang kita mahu.


kalau benar mahu bahagia, jangan kita jadi tamak, yang mahu itu dan mahu ini. genggam kasih Sultan, tapi mahu pula mengejar cinta si Jebat. jadi lah sang dara yang mendamba kasih satu-satunya uda. cinta itu benar-benar sejati bila tidak ada tukar ganti. saling menerima dan saling memberi. saling menegur dan saling membaiki. saling merindui dan saling mengasihi. 


nota: tulis nota cinta, tapi dah lama tak bercinta


notalagi: aku kata "Allah dah sediakan kau seorang Juliet, cuma tak tahu la bila jumpanya" kata dekat orang pandai sangat kan? (sekeh diri sendiri)


lalu aku kata pada diri sendiri.. "jangan bimbang wahai Cinderella.. Allah dah sediakan seorang Putera Raja untuk kamu.. " haippp.. jangan ketawa ya.. 






Share/Save/Bookmark

Friday, August 27, 2010

temali rindu

aku simpul rasa dalam hati dengan tali-temali rindu
aku titip rindu itu bersama lembut puput bayu
agar rindu kasih itu mekar selalu


mahu aku buang rasa yang bertandang di tangkai hati beku
aku titip doa restu dari Tuhan tanpa jemu
kiranya kasih itu bukan untuk aku, jangan biar aku rindu
namun kalau takdir kasih itu berpihak pada aku
biar rindu kasih itu ranum menggebu
agar hati kejung milik aku tidak lagi beku


aku simpul rasa dalam hati dengan tali temali rindu
sambut salam rindu aku dengan mata hati kurniaan Tuhan buat kamu
biar citra kasih damai dalam hati berlagu irama merdu
menyanyi lagu rindu tanpa pernah rasa jemu..


~ Penang 7.17am


Share/Save/Bookmark

Thursday, August 26, 2010

cerita pasal raya

badan rasa lesu letih sangat. kesannya dah mula terasa. tak lama lagi oke la ni. sementara nak get used balik dengan benda alah ni. wawawa.. takmo mc, takmo balik umah, takmo manja-manja sangat diri.. kang nanti mua..


dalam badan lesu pun boleh lagi gagahkan diri keluar merayau-rayau. agak-agak kan, dalam musim perayaan ni, tempoh penghantaran surat berapa hari ek? aha ! tadi keluar menjengah pejabat pos untuk dapatkan bekalan setem. biarlah orang kata kad raya ni dah ketinggalan zaman, saya tetap merasakan kad raya ini punya satu nilai sentimental yang tersendiri..


saya nak tulis kad raya kejap.. sambung nanti oke.. daaa...




nota: dah beli baju raya kaler jingga.. *senyum sampai telinga*




Share/Save/Bookmark

emo

aku tak tau apesal aku nak emo semacam
aku tak tau apesal aku nak hangin satu badan
jin setan ape yang rasuk aku ni wei..
syuh !!! syuh !!!


*tarik napas*
i just hate this feelings..
bodoh! tak memasal nak menyirap
walhal Iftar semalam aku takde minum sirap
waima segelas pun


wohoi .. aku menyirap dengan lawak bodoh bernada kasanova 
"abang *** kan ade"
wohoi .. tetibe darah aku naik ke muka
nampak tak muka ai dah mcm pakai blusher ni?


aku nak sandar-sandar kejap
sambil pejam-pejam mata
buat apa yang patut, kasi turun balik darah ni
hello it's just a joke!
kalau tak boleh nak bergurau, pegi duduk surau la shira..


PMS kah?
-emo-




Share/Save/Bookmark

Wednesday, August 25, 2010

kalau aku bukan manusia, aku mahu jadi pokok

mulai hari ni, start balik consume methotrexate.. bukak puasa nanti kena makan banyak-banyak. sebab nanti bila dah start medication, hidang lah sup telinga gajah pun, aku pandang sepi je sambil buat muka pokok angsana.. 

agaknya ni lah asbab kenapa aku masih begini. agaknya ini lah hikmah kenapa aku terus jadi manusia yang sering luka. Dia mahu aku jadi kuat. jadi Dia duga aku dengan macam-macam perkara. Dia beri aku bahagia, dalam masa yang sama Dia beri aku sepi. Dia beri aku ramai insan penyayang untuk mengisi hati. tapi ada satu lagi ruang kosong tidak terisi. Dia mahu aku kuat melawan emosi. tabah tidak rapuh.. kuat tidak lemah.. tegak yakin berdiri, bukan melutut mohon simpati..

aku mahu jadi sekuat pohon.. teguh berdiri, rendang meneduhi.. 





 

Share/Save/Bookmark

nasik yang kita bagi, taik yang mereka lempar

manusia sering saja bertindak aneh, sering saja bertindak di luar batas kewarasan dan norma-norma hidup bertamadun. kadang-kadang kita ini ibarat melepaskan anjing tersepit. sudah terlepas, digigitnya pula kaki kita. kedatangan mereka ini ke tanah kita disambut dengan dada yang lapang terbuka. datang kamu secara halal, jadi kamu menginaplah di sini, cari lah rezeki kamu di sini. itu kata kita. bagi mereka yang datang secara haram, kita kutip mereka, kita tempatkan mereka di bawah bumbung, diberi tempat tidur, dihulur makan, sementara menanti giliran untuk dihantar pulang itu tiba. tapi mereka tetap mereka. mereka tetap dengan sifat tidak tahu diri, tidak sedar di untung. nasi yang kita beri, najis yang mereka lempar kembali

semoga mereka ini menjadi manusia yang lebih bertamadun hendaknya..





Share/Save/Bookmark

pssttt.. matahari senyum pada kamu

Assalamualaikum wbt.. 


*senyum* hari yang indah.. bertambah indah bila setiap orang yang bersilisih dengan kita di jalanan menghadiahkan segaris senyum tulus mesra. 


senyum itu sedekah. kadang-kadang pelik jugak bila senyum yang diberi, jeling-jeling 'manja' yang kita dapat. tapi kalau dah nama pun sedekah, janganlah kita expect untuk dapat balik apa yang kita beri bukan? berlapang dada dan menerima apa adanya bukankah lebih baik? 


tak terasa nak tulis panjang-panjang pagi ni. semoga semuanya gembira dan ceria selalu.. psssttt.. jangan lupa senyum ya.. :)


salam sayang,
nota: today is a pay day !! *grinnin' ear to ear*


Share/Save/Bookmark

sekadar renungan

jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman

mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah juga setelah kamu memberi banyak

pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga

hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan

mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia

masih dapat dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah

seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan

mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke

akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang

lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh

memakannya..
kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang

insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan

yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi

milik org lain..
kamu juga akan menyesal..

Credit: DADDY ZUKI



Share/Save/Bookmark

Monday, August 23, 2010

lontaran hati

Amaran: JANGAN LAYANKAN SANGAT ENTRY YANG INI. SEKADAR LUAHAN AGAR DADA AKU YANG SEBU RASA RINGAN NYAMAN..


kalau lah zaman-zaman tulis diari juga begini, esok mahu tercabut tangan aku. jangan tanya mana tangan itu pergi, keras kejung di atas meja dengan pen terselit kemas di antara jemari. saat ini aku menghargai kemerdekaan dan kemajuan yang kita kecapi. kalau tidak, masakan aku dapat menari-narikan jari menaip bait-bait ayat lontaran hati.


entah kenapa, terasa macam banyak benar perkara yang mahu aku coretkan di sini. terasa macam banyak benar gumpalan-gumpalan rasa yang mahu aku jalinkan di laman ini. aku mahu bercerita, tapi cerita itu bisa bikin kamu jelak. kadang-kadang aku fikir, peduli apa dengan jelak kamu. sedang aku sakit pedih menanggung rasa yang mahu aku buang jauh tapi sungguh.. sukar mahu aku sampahkan rasa itu..


adakala aku menyumpah diri, mengapa tidak tegar keras macam batu? ah! sungguh aku tidak pernah jadi seperti ini. aku jadi nanar. mahu menyungging senyum pun aku bimbang kamu lihat senyum aku tawar kelat. *mengeluh*


kalau gaduh, ucapan maaf pasti akan datang nanti. esok atau lusa, ucapan maaf pasti akan bertenggek. lalu hati akan rasa sayu. oh! kamu tahu silap itu datang dari kamu. lalu dalam derai air mata, aku ukir senyum. ucapan maaf senjata besar untuk buat hati aku lembut macam daging empuk direbus tiga empat jam. tidak kira lah maaf itu dari siapa jua pun, akan aku sambut dengan mesra. biar adik, teman akrab mahupun sekadar teman sapaan di jalanan. 


sabar itu separuh dari iman. atas sebab itu aku diuji dan terus diuji. itu kata aku untuk pujuk diri. 


kata aku, aku boleh berkata tidak kepada seratus orang yang datang pada aku dengan kata manis dan jambangan bunga. tapi bukan yang datang pada aku dengan laku persis seorang bapa yang kasihkan anak, seorang abang yang kasihkan adik, seorang teman akrab yang setia memberi telinga dan fikirannya untuk masalah aku, jadi teman bicara masalah dunia dengan aku, sabar dengan kerenah nakal nakal aku, juga bebel bertih aku. dan yang paling penting, mahu kawan dengan ibu aku. 


kutuk aku dia seronok. puji aku boleh kira pakai jari saja pun. tapi dia kata dia sayang aku. dia kata aku ini istimewa pada dia. dia kata dia akan sentiasa saja ada untuk aku. tak tahu kenapa aku genggam kata-kata itu sampai kini. yakin sungguh aku walhal boleh saja aku pujuk diri letak label palsu pada kata-kata itu. aneh.. aku masih genggam ia bersama janji-janji kecil yang sepatutnya boleh saja aku buang dan lempar. 


dia kata dia tak mahu aku rasa sakit nanti. sedang aku sudah pun rasa sakit. aku mengerti di mana tapak tempat aku berdiri. aku mengerti dan aku terima itu. tapi itu hanya titipan di bibir, sedang hati pedih ngilu. 


saban hari aku titip doa yang sama. mohon agar aku dapat melupakan segala andai dia tidak baik untuk aku. mohon di kikis segala rasa andai dia tidak baik pada aku. mohon kembalikan hati yang penuh kepada aku andai dia tidak baik untuk aku.


dari dimensi penuh warna pelangi, aku kembali semula ke dimensi kelabu dengan doa yang aku titip hari-hari.setiap hari adalah sukar untuk aku, namun aku gagahkan diri berbual bahasa biasa, ukir senyum bahagia kerana aku tak akan sekali-kali tunjuk yang aku ini sakit. aku ingin dia lihat aku ini gembira agar dia tidak pening-pening lagi menanggung rasa bersalah, keliru dan bermacam-macam lagi rasa yang menyesakan kepala. aku tahu dia juga sakit, malah mungkin lebih sakit lagi. atau mungkin, dia punya dua atau tiga pilihan dan dia sedang keliru. ah! semuanya mungkin kan. cuma aku ini yang tolol.


notakecil: don't build it, if you don't want to finish it.. it's painful. very..









Share/Save/Bookmark

cerita tentang jiwa.. tapi, bukan khalid muhd jiwa

Benang Cinta sudah boleh di layari sekarang.. pautan untuk bab 12 dan 13 dah update pada page E-Novel. terima kasih kerana sudi luangkan masa mmebaca hasil tulisan yang tak seberapa..


sejak kebelakangan ni mood seakan-akan terbang. sama jugak macam tuan dia. *mengeluh*


tahu tidak, kalau jiwa tak ada rasa, payah nak menulis. satu masa dulu, masa mula-mula menulis, rasa seronok sangat, apatah lagi bila ada teman yang menyokong. kemudian semakin lama semakin seronok. sebab masa tu jiwa sedang terbuai-buai.


ah! selalu saja macam ni. jumpa dengan orang yang macam-macam ragam dan sifat. lama-lama nanti, kebas lah hati ni. (sedapkan hati sendiri)


aku harap aku tak perlu lagi jiwa yang terbuai-buai untuk menulis dengan baik. bangunlah wahai jiwa.. kamu perlu berdiri sendiri.. 


Share/Save/Bookmark

aku cukup tak suka gastrik sebab bila gastrik aku tak de mood nak main mata

teman mimi ke butik pengantin lagi.. kemudian cari bunga bagai nak buat backdrop bilik pengantin.. gado sane, gado sini da makan berapa lama dah.. dalam duk berbincang-bincang tu, tiba-tiba rasa macam nak toleh belakang.. wawawa.. dan dengan tak semena-mena terasa darah menyerbu ke muka.. ah! jangan dilayankan.. terus berbincang lagi dengan mimi lagak seperti tak nampak apa-apa.. sempat bisik dua tiga patah perkataan kat mimi.. kata mimi "kontraktor yang pasang langsir kat sini tuh. hensem tu" sampai temoncong-moncong mulut
"ala hang ni.. jangan perangai macam ni.. layankan je la" sambungnya lagi sambil tangan sibuk pilih bunga.


aku? aku buat muka macam pokok angsana kat taman bunga. malas ambik pot! (walhal dalam hati "aww!! hot!") *sekeh kepala sebab gatai*


hari ni gastrik.. datang dengan pakej sakit kepala nyut..nyut.. Iftar lauk apa hari ni pun, takde nak amik kisah.. kakak masak la ape pun.. aku bedal je.. nasib baik kelas kansel hari ni.. kalau tak, mau dalam kelas pun buat muke pokok angsana.. 


dah tak larat nak type.. sambung nanti-nanti pulak..


Selamat Berbuka kepada semua..


salam sayang,

Share/Save/Bookmark

muka

pagi tadi aku baru perasan
mata aku dah cengkung 
eye bag dua ketul kat bawah mata
aku benci macam ni
ye aku tau aku banyak fikir
lepas ni aku mahu tarik keluar otak
aku nak muka aku yang dulu balik
muka aku dah hodoh tahu!


nota: pagi-pagi da bebel pasal muka. bila nak gaji? aku nak beli bebola besi garnier




Share/Save/Bookmark

hati itu milik aku

bila hati kusut serabut, jangan harap aku dapat tulis dengan baik
menulis juga sama seninya dengan memasak
perlu beri sepenuh hati, sepenuh jiwa
baru lah cukup rasa asam garam segala


bila hati kusut serabut, menulis pun macam nak tak nak saja
jari mahu tulis, hati mahu tulis.. tapi jiwa aku tak penuh.. tulis dengan jiwa hampir kosong
hasilnya? jawatankuasa audit khas kata standard piawaian gagal aku capai
tak intriguing katanya..


aku perlu pulihkan segala
biar jiwa kembali penuh
ibarat kata kak fynn
hati itu milik kita, bukan kita milik hati


lalu untuk apa di ikut sangat rasa hati. persetan kan saja.. kuasa itu aku yang punya..


senyum.. yang ini bukan palsu.. aku benar-benar senyum..


Share/Save/Bookmark

Sunday, August 22, 2010

dia itu badut panglipur lara ketawa dalam hati sepi

aku duduk peluk lutut
dagu aku topangkan di atasnya
fikiran aku tiada di sini
berkelana ia mencari diri


siapa aku di atas bumi ini? aku seorang perempuan. tapi apa peranan aku?
aku ini adalah anak, kakak, sahabat, kawan..
aku bangga jadi anak kepada ayah dan ibu aku
ayah dan ibu yang aku cintai sepenuh hati aku, aku bawa wajah mereka dalam hati aku
aku besar hati jadi seorang kakak
rela aku berkorban segala, biar jiwa mahupun raga
kerana kasih aku besar, ingin lihat semua bahagia gembira sentiasa
senyum mereka, tawa mereka, cukup untuk jadi penawar duka
aku ikhlas menjadi sahabat dan kawan
pinjamkam telinga untuk kamu luah segala kisah
pinjamkan bahu untuk kamu buang tangis hiba
peluk kamu erat agar hilang resah segala
jadi badut panglipur lara hiburkan kamu biar gembira sentiasa
ah! bahagia kamu, ketawa kamu buat hati aku puas
gembira aku kerana berjaya pegang semua peranan


tapi kamu tahu tidak?
badut yang kamu lihat itu, yang ada lukisan bahagia di wajahnya itu
yang bikin orang ketawa selalu
sebenarnya derita melawan jiwa sepi
dia bikin orang ketawa bahagia
sedang jiwa berkelana mencari siapa pula sudi bikin dia ketawa
mengusir sepi yang menjerut ketat sekeping hati
hingga kini badut itu berkelana 
di sebalik lukis wajah ceria


kamu tahu badut itu siapa?
badut itu adalah aku


(air mata selalu sahaja hadir walau tak pernah dapat undangan mesra. aku mahu lukis kembali cat yang cair di wajah)


Share/Save/Bookmark

tahi kamu

letih kamu tahu
cuci semua tahi kamu
yang bau pekung itu kau tinggal pada aku
untuk aku hidu, aku cuci sampai hilang bau
kamu buat muka kosong konon apa pun tak tahu




nota: marah pun tak ada guna, buat saja tenaga aku percuma


Share/Save/Bookmark

nostalgia kutu-kutu

aku membesar di UK.. percaya tidak? betul, aku dibesarkan juga di UK. tempat yang sangat nostalgik dalam hidup aku. ah! sekali lagi aku lihat kamu tidak percaya. jangan kerut-kerut dahi kamu begitu. tolong luruskan semula boleh tidak? kamu bikin aku sakit hati. 


lahir aku di hospital besar Raja Permaisuri Bainun. Nama baru tu. nama yang lama, Hospital Besar Ipoh. kemudian aku di bawa pulang ke UK. ah! lihat tu.. kamu kerut dahi lagi. baiklah.. baiklah.. aku dibawa pulang ke Ulu Kinta, atau lebih spesifik lagi di sebuah Kem yang menempatkan Pasukan Polis Hutan. tu nama lama. setelah diberi penjenamaan semula, nama ditukarkan ke Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am. 


hidup yang aku jalani adalah sangat menyeronokan. rumah di atas bukit, di dalam pagar yang dikawal dua puluh empat jam dan aku bebas bermain di mana pun yang aku mahu sebab tak akan ada orang yang boleh culik aku, jual aku, atau sembelih aku. kawan-kawan aku ramai. sangat ramai. ya lah, cuba bayangkan, beribu jumlahnya anggota Pasukan Polis Hutan di dalam kem tersebut. di rumah lihat wajah serupa, di sekolah juga wajah yang serupa. dari kecil, hingga lah menginjak ke usia remaja, aku bersama mereka-mereka yang serupa. sayang kamu semua wajah-wajah serupa :) yang paling utama, aku suka akan kedamaian di situ. pohon-pohon besar merimbun, padang luas menghijau. sungguh.. mengasyikan. di hujung jalan, di belakang kawasan tempat tinggal kami ada sebuah air terjun. aku ponteng kelas tambahan semata-mata ingin melepak di situ.. nyaman..


kalau kamu mahu tahu, pekan yang terdekat letaknya kurang lebih tiga kilometer dari Ulu Kinta. pekan Tanjung Rambutan. Pekan yang sangat nostalgik. 


Tanjung Rambutan menjadi saksi tumbesaran aku.. (ada yang tak kena dengan ayat aku) sekolah aku di tanjung rambutan, mahu membeli alat tulis juga, ke tanjung rambutan, kalau Ibu mengajak ke pasar pun, pasar tanjung rambutan, potong rambut dengan bangs(bajet hot) di dahi juga di tanjung rambutan.. sungguh.. Tanjung Rambutan adalah pekan kecil yang punya sentimental value untuk aku..

kedai paling kiri, Perniagaan Chip Fatt. beli buku, beli pen, binding folio sekolah, fotostat nota..uncle tokey kedai ni kaya kerana sen aku di kedai beliau. owh dan terima kasih kerana fotostat yang murah :)

kedai tengah, Koleksi Ku. nampak tak ada baju-baju tergantung di situ? bila seluar trek aku dah loose getahnya, atau koyak di lutut di kedai ini ada gantinya. murah!

klinik ini telah wujud lama sangat. seingat aku sejak zaman tadika, aku dibawa ke klinik ini. ketika zaman muda, aku bekerja di Ipoh, aku sering berlakon sakit di klinik ini untuk mendapatkan surat cuti sakit. pernah satu hari doktor tanya pada aku, "masih kerja di tempat lama lagi?"


bas ini aku tumpangi sejak kecil, membawa ke zaman persekolahan, zaman remaja dan zaman awal dewasa. bas yang sangat nostalgik. kadang-kadang ada butang loceng yang tak berfungsi. bunyi enjin pula macam mahu roboh. dan ada satu ketika, bas ini aku tahan tapi ia tak mahu berhenti. dem! aku rasa bas ni tak mahu berhenti sebab masa sekolah dulu kulit aku hitam rentung ditambah pula dengan figura yang kurus meleding. dan ketika itu aku pakai uniform sekolah kaler hijau. agaknya driver bas tu fikir aku ini jelmaan sebatang pokok di tepi jalan kot.. ekeke.. tapi walau apa pun,  aku tetap sayang dan kenang bas ini. 


satu masa nanti aku mahu letak kereta di Tanjung Rambutan dan tour satu Ipoh dengan menaiki bus Omnibus ini. Cool bukan? ada sesiapa mahu ikut? 


gambar kredit kepada: YEMZ
nota: rindukan kampung halaman

salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Saturday, August 21, 2010

sepak terajang aku.. kamu.. mereka..

dua tiga hari lepas sibuk menganyam kata-kata penuh melankolik. (mengeluh) di layankan sangat hati, dimanjakan sangat sehingga ia kecil tak berjiwa. meratapi nasib macam lah dunia ni dah sampai ke hujung hari, macam lah esok matahari tak kan naik-naik lagi. kalau cabaran sebesar ini pun mahu melatah sampai begini, bagaimana pula dengan cabaran-cabaran yang lebih besar lagi nanti?


berbual dengan seorang teman tempohari.. aku kata hidup ini macam permainan video. ada level-level yang mesti kita lalui. untuk maju ke level seterusnya. kita perlu mencapai satu tahap atau standard tertentu.. bila kalah, kita main lagi sampai menang.. kamu perasan tidak, kalau kita kalah, kita pasti akan membentak, emosi sampaikan naik sakit joystick permainan video itu kita tekan pulas. dalam sakit hati membentak marah, kita teruskan permainan sampai kita bijak menguasai permainan tersebut dan akhirnya kita menang dan boleh bermain lagi untuk level yang lebih tinggi..


kata teman ini, lepas tu nanti kita dapat main pada level itu dengan mudah kan? sebab kita dah tau macam mana cara dan gaya permainannya.. 


ya benar, kata aku..


sepak terajang hidup memang seperti permainan video. cabaran-cabaran yang menekan itu bagai candu, buat kita ketagih hingga mahu terus bermain dan bermain lagi. seperti juga hidup. cabaran dan halangan yang datang memberi semangat untuk kita terus melangkah, terus mencari, terus bermimpi, terus berlari.. dan.. ahhh!! dan macam-macam lah asalkan kita temui apa yang kita kejar dalam hidup. 


seperti juga permainan video, bila kita sudah sampai di level yang paling akhir kita gembira.. sama juga ibaratnya dengan sepak terajang hidup. bila apa yang kita mahu sudah ada dalam genggaman, kita senyum puas, berjalan dengan gagah, wajah diangkat lurus.. kita besar hati kerana akhirnya kita berjaya.. 


bila sudah sampai di level paling tinggi, kita mahu ulang bermain.. kita main lagi bermula dari level paling bawah.. ahhhhh.. mudah sahaja.. dalam masa tak sampai berapa lama, kita capai lagi kemenangan, dan akhirnya kita jadi bosan, jemu malah jelak. lalu baju disarungkan, kunci kereta dicapai dan bergegas ke pusat permainan video untuk beli permainan video versi baru pula.. 


sepak terajang hidup juga begitu, bila sudah dapat apa yang kita mahu, lama-lama kita jadi jemu.. atau lebih tepat lagi, tidak puas dengan apa yang ada. lalu kita kembali mengejar pula sesuatu yang lain. jatuh bangun kembali.. dan kitaran hidup ini berputar seperti itu sehingga mata kita terpejam terkatup rapat, dan badan kaku beku. sehingga tiba saat itu nanti apakah sesuatu yang kita kejar dengan penat lelah, tersungkur-bangun kembali, benar-benar menjamin senyum bahagia kita? saat itu tidak ada apa lagi yang dapat kita kejar malah kita hanya mampu memamandang jasad yang kaku beku lesu..




notakecil: aku dulu gemar main permainan video The Sims.. ya..ya.. aku tahu itu lansung tidak mencabar (muka kosong)


Share/Save/Bookmark

lain kali, jaga baik-baik.. hilang baru nak nyesal..

soal seorang teman pada aku lewat perbualan menerusi messenger,


"amacam life sekarang? makin gemok?"

kalau kau ada kat depan aku, memang aku seligi kau. haish.. jangan salahkan aku kalau aku asyik soal tentang bentuk badan aku sebab orang pun suke soal tentang bentuk badan aku.. keyakinan merudum bergolek-golek macam bola yang terlantun-lantun jatuh dari tangga.. wei aku tak gemok la !! (read: tak melebihi berat sekampit simen) 


chop! ini bukan isu pokok.. soalan yang sama dipulangkan kembali "ko pulak life cemne?"


jawab beliau, "misi mencari cinta belum berjaya"


perbualan berlansung dengan panjang lebar.. kisah demi kisah disingkap. ada nada kesal pada setiap abjad yang aku baca.. katanya dia kesal, sebab tidak berlaku adil kepada perempuan itu. banyak salahnya, banyak silapnya, banyak khilafnya.. penyesalan dia dah terlewat pun. perempuan tu pun dah bertemu dengan pasangan hidup dia. 


kata aku, kesilapan itu mengajar kita, mendewasakan kita. suatu masa nanti, bila kita ketemu dengan pasangan yang kita yakin dapat melengkapi hidup kita, kita akan lebih menghargai dia. kita tak akan ulang lagi silap yang sama, sepertimana yang telah kita lakukan satu ketika dulu..


kata aku lagi, kasih sayang itu ibarat kita mencari rumput yang cantik di sebuah padang. bila kita dah jumpa, kita petik dan bawa pulang. kalau kita abaikan rumput cantik yang kita jumpa dengan harapan kita akan bertemu dengan rumput yang lebih cantik di hadapan, kita mungkin akan menyesal sebab bila kita tiba di hujung padang, tak akan ada lagi rumput yang lebih cantik dari apa yang kita temui tadi.


hurm.. dan memang sudah menjadi resam manusia.. bila kita kehilangan baru kita tahu betapa bernilainya sesuatu yang kita abaikan dan lepaskan.. bila kita kehilangan, baru kita sedar, sukar untuk kita cari pengganti yang sama seperti apa yang kita hilang. jadi belajarlah menghargai..


salam sayang,




Share/Save/Bookmark

Thursday, August 19, 2010

Praise, Seek, Trust, Syukran..

Happy moment, Praise ALLAH..
Hard moment, Seek ALLAH..
Pain moment, Trust ALLAH..
Every moment, Syukran YA ALLAH..


************


Aku manusia lemah, sering khilaf, sering saja silap dalam menilai. Percaturan hidup memang begini, dan setiap orang punya jalan cerita yang tersendiri, malah semua jalan cerita berada di atas landasan seperti mana yang telah Dia rencanakan..


Kerana sifat lemah ini juga, aku mudah hanyut dalam permainan emosi ciptaan manusia. Ego yang aku bina tinggi, rebah di sodok mainan perasaan. Syukur pada Allah kerana memberi sedikit kekuatan kepada aku yang lemah ini. Pada mulanya aku anggap semua yang berlaku adalah satu kesilapan yang patut aku hindari sedari awal lagi. Namun setelah aku duduk diam, berfikir kembali, sebenarnya ini bukanlah satu kesilapan.. mengenalinya bukan satu kesilapan, malah satu aturan yang Dia rencanakan untuk mendidik aku, mendidik dia, mendidik jiwa dan hati kami agar lebih peka dan lebih tajam menilai. 


Aku masih aku yang sama, tak akan pernah berubah, cuma hati sahaja sedikit beku dan kebas. Biar beku kebas begini, kerana aku kira aku tak mampu menanggung rasa ini untuk kali yang ke seterusnya. 


nota: aku pegang janji aku biar keadaan sedikit berbeza. Aku tetap aku yang dulu.. 




Share/Save/Bookmark

Puasa.. tapi.. tak solat pulak..

nak share satu tazkirah.. untuk nasihat diri sendiri jugak, so bila share kat sini, boleh la kita sama-sama baca.. baca secara berjemaah...


**************


Barangsiapa berpuasa tetapi meninggalkan solat, bererti ia meninggalkan rukun terpenting dari rukun-rukun Islam setelah tauhid. Puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya, selama ia meninggalkan solat. Sebab solat adalah tiang agama, Dan orang yang meninggalkan solat hukumnya adalah kafir. Orang kafir tidak diterima amalanya. Rasulullah S.A.W bersabda : 

"Perjanjian antara kami dan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir. " (HR. Ahmad dan Para penulis kitab Sunan dari hadits Buraidah radhiallahu 'anhu) At-Tirmidzi berkata : Hadits hasan shahih, Al-Hakim dan Adz-Dzahabi menshahihkannya.

Jabir radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:
(Batas) antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Tentang keputusan-Nya terhadap orang-orang kafir, Allah berfirman :
"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan. " (Al-Furqaan: 23). 

Maksudnya, berbagai amal kebajikan yang mereka lakukan dengan tidak karena Allah, nescaya Kami hapus pahalanya, bahkan Kami menjadikannya sebagai debu yang beterbangan.

Demikian pula halnya dengan meninggalkan solat berjamaah atau mengakhirkan solat dari waktunya. Perbuatan tersebut merupakan maksiat dan merupakan ancaman yang keras. Allah Ta'ala berfirman:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" (Al-Maa'un: 4-5). 

Maksudnya, mereka lalai dari solat sehingga waktunya berlalu. Kalau Nabi S.A.W tidak mengizinkan solat di rumah kepada orang buta yang tidak mendapatkan orang yang menuntunnya ke masjid, bagaimana pula halnya dengan orang yang pandangannya tajam dan sihat yang tidak uzur? 

Berpuasa tetapi dengan meninggalkan solat atau tidak berjamaah merupakan pertanda yang jelas bahwa ia tidak berpuasa kerana mentaati perintah Tuhannya.Jika tidak demikian, kenapa ia meninggalkan kewajiban yang utama (solat)? Padahal kewajiban-kewajiban itu merupakan satu rangkaian utuh yang tidak terpisah-pisah, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain. 

Catatan Penting: 
Setiap muslim wajib berpuasa kerana iman dan mengharap pahala Allah, tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan orang, toleransi kepada keluarga atau masyarakat tempat ia tinggal. Jadi, yang memotivasi dan mendorongnya berpuasa hendaklah karena imannya bahwa Allah mewajibkan puasa tersebut atasnya, serta karena mengharapkan pahala di sisi Allah dengan puasanya.
Demikian pula halnya dengan Qiyam Ramadhan (shaiat malam/tarawih), ia wajib menjalankannya kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, tidak kerana sebab lain. Kerana itu Nabi S.A.W bersabda :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa melakukan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa melakukan solat pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaq 'Alaih). 

Secara tidak sengaja, kadang-kadang orang yang berpuasa terluka, (keluar darah dari hidung), muntah, kemasukan air atau bersin di luar kehendaknya. Hal-hal tersebut tidak membatalkan puasa. Tetapi orang yang sengaja muntah maka puasanya batal, kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha' atasnya, tetapi) barangsiapa sengaja muntah maka ia wajib mengqadha' puasanya." (HR.Imam Lima kecuali An-Nasa'i) (Al Arna'uth dalam Jaami'ul Ushuul, 6/29 berkata : "Hadits ini shahih.") 

Orang yang berpuasa boleh niatkan puasanya dalam keadaan junub (hadas besar), kemudian mandi setelah terbitnya fajar. Demikian pula halnya dengan wanita haid, atau nifas, bila sedar sebelum fajar maka ia wajib berpuasa. Dan tidak mengapa ia mengakhirkan mandi hingga setelah terbit fajar, tetapi ia tidak boleh mengakhirkan mandinya hingga terbit matahari. Sebab ia wajib mandi dan solat Subuh sebelum terbitnya matahari, karena waktu Subuh berakhir dengan terbitnya matahari.

Demikian pula halnya dengan orang junub, ia tidak boleh mengakhirkan mandi hingga terbitnya matahari. Ia wajib mandi dan solat Subuh sebelum terbit matahari. Bagi lelaki, wajib segera mandi, sehingga ia dapat solat berjamaah. 

Di antara hal-hal yang tidak membatalkan puasa adalah: pemeriksaan darah, (Misalnya dengan mengeluarkan sample (contoh) darah dari salah satu anggota tubuh) suntik yang tidak dimaksudkan untuk memasukkan makanan. Tetapi jika memungkinkan- melakukan hal-hal tersebut pada malam hari adalah lebih baik dan selamat, sebab Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tinggalkan apa yang membuatmu ragu, kerjakan apa yang tidak membuatmu ragu." (HR. An- Nasa'i dan At-Tirmidzi, ia berkata: hadits hasan shahih)

Dan beliau juga bersabda :
"Barangsiapa menjaga (dirinya) dari perkara subhah maka sungguh dia telah berusaha menyucikan agama dan kehormatannya."(Muttafaq 'Alaih)

Adapun suntikan untuk memasukkan zat makanan maka tidak boleh dilakukan, sebab hal itu termasuk kategori makan dan minum. (Lihat kitab Risaalatush Shiyaam, oleh Syaikh Abdul Azis bin Baz, hlm. 21-22)
Orang yang puasa boleh bersiwak (berus gigi) pada pagi atau petang hari. Perbuatan itu sunnah, sebagaimana halnya bagi mereka yang tidak dalam keadaaan puasa.

sama-sama kita renungkan..

Assalamualaikum dan selamat Iftar.. 

credit: KRENMAUT



Share/Save/Bookmark