Thursday, September 30, 2010

malam

malam
tidurkan resahku
moga ia lenyap di bawa jauh 
bersama mimpi-mimpi yang datang temani lenaku

Share/Save/Bookmark

faith

"haih.. sorang saja?" 

"kenapa haji?"

"yang lain semua ada partner ni" ujarnya diiringi tawa..

harus jawab apa? ikut tertawa saja lah. kalau segalanya di tangan aku, kalau segalanya yang bakal berlaku itu aku tahu, mudah lah aku beri jawapan. kalau dengan teman-teman sebaya, boleh saja aku bisikan jawapan yang bisa mencuit hati muda kami. paling tidak pun jawapan bernada sinis, tapi bisa membuat tawa kami terburai.  *senyum*

sejak usia menginjak ke fasa dewasa, sering sangat dihujani dengan soalan-soalan yang berbaur seperti itu. aku ambil ia sebagai usikan cuma. namun walau ia hanya sekadar usikan, bohonglah kalau aku katakan bahawa aku tidak tercuit sedikit pun. rasa tercuit itu ada, cuma sebagai manusia biasa yang mana takdir aku adalah di atas aturan-Nya, apa lah daya aku. aku hanya manusia biasa yang berjalan menurut apa yang telah tertulis untuk aku di Loh Mahfuz sana. 

satu yang kita semua harus pegang, Tuhan itu tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. setiap apa yang berlaku, setiap apa yang direncanakan, pasti saja punya nilai yang Dia mahu kita kutip dan simpan. 

berpegang lah kepada tali Allah..

Have Faith..

nota: Ibu kalut suruh aku tonton Semanis Kurma. aku ngeri. bukan tak mahu percaya. 


Share/Save/Bookmark

kalut aku

Assalamualaikum wbt..


*senyum*


haih.. senyum sebab aku tak tahu mahu garapkan apa di sini. tak tentu punca. baru saja punya waktu senggang untuk menjengah ke laman cinta aku.. mana tidaknya, tiba-tiba saja aku jadi kalut. serba tidak kena. bila dapat segala di saat akhir, begini lah jadinya. 


ada secuit rasa tidak adil mencucuk tangkai hati aku. tapi, kalau mahu di laung-laungkan adil itu hingga kita puas, maka satu kerja pun tak akan selesai. akhirnya nanti, yang dapat susah diri sendiri juga. jadi adil atau tidak, telan saja. segala kudrat tenaga yang Tuhan kurnia, kalau tidak di guna, tidak dipakai, mahu jadi apa kan? jadi lakukan segala dengan lapang dada, dan senyum.. 


aku pamit dulu. lapang-lapang nanti aku datang lagi dengan garapan baru. salam sayang untuk kalian.. 


nota: malam ni ada jamuan raya jabatan. kalau tak sempat, maka esok saja lah garapan baru aku muncul.






Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 29, 2010

2012

812pm


masih di kerusi merah jambu
tidak sandar
bukan juga telangkup di meja


hidup memang begini
adakala senggang luas sampai tak tahu mahu bikin apa
terkadang masa ibarat dua dinding menghimpit


hidup adalah hidup


*senyum*


cabaran itu buat kita hidup
kesenangan itu buat kita bahagia
semua itu ramuan yang kita telan hingga jadi kenyang




salam sayang,
-shahira ayumi-
Share/Save/Bookmark

Kalau Berpacaran

(Sohaimi Mior Hassan)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(Ulang Korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)



nota: lagu ada di side bar. jatuh cinta pada pendengaran pertama setelah lagu ini diperkenalkan oleh Faizal Sulaiman. aku kata lagu ni best. kamu pula bagaimana? *wink*




Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 28, 2010

entah

5.00pm


entah kenapa, rajin sangat nak selongkar balik archive
terjumpa entry ini 
rupanya kasut favourite aku ni dah setahun dua hari usianya


dan lepas tu, aku terjumpa pulak entry martians vs venusians ni. saat ini aku renung pada diri sendiri. semuanya benda yang aku memang sedia tahu. tapi aku layankan sangat sampai terlajak. bodoh kan aku? dan lagi, aku cukup suka dengan quote big bro yang berbunyi, 

"LOVE is not to be created..it will come, touch our adrenaline..i seek for love and tak tau pun i dah meet love.."

entry penuh boleh baca di sini


bila aku toleh kembali ke belakang, tak la jauh sangat kenangan itu aku tinggal. tak terbanding jauhnya dengan jalan yang masih panjang di hadapan. dalam langkah yang tidak berapa jauh itu, kisah luka tetap ada. masih punya hati untuk ziarah aku yang rapuh ini. terima kasih kerana sudi bertandang. segala kisah mengajar aku untuk jadi seorang yang lebih bijak menangani hidup, menjadi seorang manusia yang lebih celik mata dan tahu erti bersyukur. 


masa berlari dengan pantas. sedar-sedar je, kita sudah ada pada tempat di mana kita berdiri sekarang.. 


*senyum*


semoga perjalanan yang masih panjang ini dapat aku tempuh dengan sabar. untuk semua yang kasih pada aku, yang sentiasa ada dengan aku pada setiap ketika, memberi sokongan tanpa jemu, terima kasih aku ucapkan. budi kalian tidak terbayar oleh aku. 


nota: entah apa yang menanti aku di hadapan. finger crossed.


Share/Save/Bookmark

1534

pintu office ternganga
tapi buat perangai macam kau tu invisible dan hollow
berlagak macam orang tengok kau telus nampak dinding 
mata pulak tak reti nak toleh mana-mana lagi


sekali bila angkat muka
nampak satu figura depan pintu
pandangan mata tepat terpanah pada makhluk yang kononnya hollow
sedang pelahap kerepek pedas
macam orang tak makan satu bulan


haih..


*raup muka*


tak penah nak semenggah perangai  T_T


Share/Save/Bookmark

selembut bayu

rindu..


rindu itu apa?


rindu bagai bayu..
berhembus lembut mengelus pipi..


rindu itu dingin bagai bayu?
ya.. dingin nyaman mengelus hati..


*senyum*







nota: sekeping namblas juta abjad. sambung nanti.. busy tapi nak nulih gak.. 
Share/Save/Bookmark

lepak aaar ..



chill .. meja begini adalah biasa .. bila dah clear nanti, ritualnya aku akan melompat macam monyet .. eh tak ! itu adalah tipu .. bila meja dah clear aku duduk bersandar dengan kaki letak atas meja .. tak percaya ? tak percaya sudah.. pergi main jauh-jauh..

chill .. kalau tak chill meja ni dah terbalik aku kerjakan.. you may not like me when I am angry.. ececeh.. tensen ni sebenarnya.. banyak benda dalam otak. owh esaimen dan test dan presentation juga adalah pada minggu ini.. tekanan..tekanan.. tapi chill.. main-main dulu, kerja later aarr.. test? esok nak test malam tu ley stido !! eh salah eja ek? aaa.. stadi .. lepak aarr.. *sengih*

haih.. sudah.. sudah.. ini adalah suasana semalam.. Isnin yang hectic.. hari ni relek sikit.. boleh curi-curi masa siapkan Maya.. lalala~

salam sayang untuk semua..




Share/Save/Bookmark

Monday, September 27, 2010

unik naratif hidup kita

kamu telinga
berusaha nak dapatkan mulut
mata dah cekap
kadang-kadang tertipu jugak


aku ketawa di hujung sini. betapa aku tahu aku ini mampu jadi telinga. telinga siapa pun jua yang perlu pada teman untuk dengar keluh kesah mahupun cerita riang yang boleh buat aku tumpang senyum.


*tongkat dagu*


*senyum*


unik hidup ini terletak pada naratifnya. jalan ceritanya. jalan cerita yang gemar aku dengar dan hadamkan ikut faham aku. kadang-kadang cuba selam inti cerita untuk terjemah hikmah dari kisah luka. setiap yang terjadi pasti ada hikmah dan ganjarannya untuk kita. cuma kita saja yang perlu masa untuk terjemah semua. 


kita memang sedia maklum pun, bahawa setiap yang berlaku adalah rencana-Nya. ada yang kata itu pilihan kita. benar. itu pilihan kita. aku setuju tanpa ragu. tapi apa yang mendorong kita untuk buat pilihan-pilihan sedemikian? pasti ada sesuatu yang mendorong bukan? jadi bila aku kata itu memang telah direncanakan, bermakna kalian juga harus setuju dengan aku. *sengih*


biar apa pun jalan cerita hidup kita, biar bagaimana sakit pun jalan yang harus kita tempuh, kita harus ambil segala dari sisi yang positif. tipu lah kalau aku kata aku seronok bila di uji, di duga dengan cubaan yang sakit pedih. tipu.. tipu.. kalau tak bergelen air mata tumpah, memang tipu namanya. ratap hiba itu, kita lepaskan semahunya. biar ratap hiba itu cuci segala luka dan pedih. dan lepas itu nanti, kita akan bangkit semula jadi diri kita yang baru. yang lebih kuat tentunya. tak ada guna kalau kita mahu kerjakan sesuatu yang bodoh kerana mahu puaskan hati sendiri. sedangkan tindakan kita nanti boleh bikin kita miskin segala. 


sampai sini dulu bebel aku malam ini.. cuaca dingin buat mata aku berat..


salam sayang,
-shahira ayumi-


Share/Save/Bookmark

isnin - 5 hari lagi

Assalamualaikum wbt..


sesungguhnya hari ni aku belum punya waktu yang benar-benar lapang untuk update contengan panjang edisi Isnin. kembali menemui kalian nanti.


semoga segala yang diusahakan, dijalankan dapat diselesaikan dengan sempurna. kalau ada duka, ada celaka, jangan segan-segan mohon pada Dia.


semoga hari kalian indah saja.. *senyum*




salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Sunday, September 26, 2010

bunyi

1110pm


hujan lebat.. aku tinggal sendirian. home alone bak kata orang putih. eh.. orang hitam pun sebut home alone jugak. *ngee*


hujan turun bertimpa-timpa. dalam lebat hujan, dalam hening malam, aku dengar satu bunyi aneh. benar. bunyi yang aneh. aneh amat. jelas menerjah deria dengar aku. ah ! kacau ! desis hati aku..


aku diam. pegun. aku pasang telinga. bunyi itu bergema lagi..


aku bingkas mengangkat punggung. aku atur langkah pantas.


mana pulak gunting ni. haih.. 


sabar aku jadi nipis. mata meliar mencari di mana letaknya gunting nan sebilah. owh kat situ.. dengan pantas aku capai ia. api di dapur aku nyalakan. 


dalam masa tak kurang lima minit, aku sudah kembali di tempat duduk yang sama.. semangkuk maggi di tangan, dan segelas jus oren peel fresh di kanan aku.. 


kalau perut tak berbunyi tadi, tak rajin aku mahu ke dapur..


*sengih*


-shahira ayumi-
Share/Save/Bookmark

jangan memotong kat double lane

dalam banyak-banyak perkara, apa yang paling aku tak gemar sekali adalah lembap. pantang aku kalau orang berjalan macam siput babi. aku boleh jadi sesak nafas. berjalan dengan aku mesti laju. langkah biar tak lebar, tapi kepantasan itu perlu. dah tahu langkah tak besar lebar, lagi mahu ikut resam siput? jalan merangkak-rangkak, bila tahun mahu sampai?

tapi dalam pada aku berjalan laju, dalam pada aku tidak suka pada lambat dan lembap, aku tidak akan sewenang-wenangnya potong jalan orang. orang lain penat-penat beratur, lagi mahu potong jalan orang kah? tak ada sivik! aku tak mahu orang kata aku ini tak ada sivik. biadap !

haih.. 

jangan bimbang. aku pernah rasa sakit hati bila orang potong line aku. terbakar. panas hati. ada rasa nak sepak je bontot. tapi tak apa. aku sabar. biar orang buat kita macam tu, tapi kita jangan buat pada orang. aku faham rasa sakit itu. jadi jangan bimbang sayang sebab aku ini orang tahu diri. 


*senyum*


-shahira ayumi-

Share/Save/Bookmark

hati kita lebih mahal dari kaca

"kalau gelas yang pecah, memang tak boleh nak cantumkan semula. tapi hati manusia ni, Allah jadikan istimewa. pecah berderai macam mana pun Allah ada sediakan ubatnya. masih ada cara untuk cantumkan semula. 
aku setuju dengan kenyataan itu. memang lah manusia lain, manusia yang tidak rasa luka dalam itu, hanya tahu bercakap saja. mereka tidak rasa pedih luka kita. tapi, jujur.. pernyatan itu benar. hati manusia ini Allah jadikan istimewa. bukan macam kaca yang murah harga dan nilai. 


hati kita kalau berderai, masih boleh dihimpun cantum. cuma akan ada bahagian yang hilang mungkin. tapi bahagian yang hilang itu pasti akan dapat kita tampung semula. 


kita ini manusia biasa. kalau hati calar luka, kita pasti akan tunjuk berontak. mahu semua orang tahu bahawa kita ini sedang luka. tidak ada salahnya kalau mahu orang tahu kita ini sedang luka. tapi pertimbangan akal yang rasional itu perlu. 


bila kita sedang marah, bila kita sedang kecewa, kita mungkin jua lupa apa itu maknanya rasional. cuma aku mohon, moga Allah beri hidayah jua kekuatan pada kalian pada aku pada kita jua kamu. untuk himpun cantum semula hati benar-benar perlukan kekuatan yang luar biasa. tidak mudah, dan bukan hanya memakan masa sehari dua. 


jangan pernah kesal dengan apa yang pernah berlaku. setiap kejadian itu sebenarnya membentuk diri kita untuk jadi seseorang yang lebih baik lagi. 


nota: Some people come into our lives and quickly go. Some people move our souls to dance. They awaken us to new understanding with the passing whisper of their wisdom.Some people make the sky more beautiful to gaze upon.They stay in our lives for awhile, leave footprints on our hearts, and we are never ever the same.


salam sayang,
-shahira ayumi-
Share/Save/Bookmark

GITAR DIKEHENDAKI

Assalamualaikum wbt..


hurm.. Jam 1257am. Masih berjaga dan berkira-kira mahu menyiapkan cerpen yang diberi judul Maya. *sengih*


ekceli aku nak buat iklan sikit. bloggers and readers.. ada tak sapa-sapa yang minat nak jual gitar kat aku? bajet-bajet dalam RM200-RM300.. please.. please.. kepunyaan member kepada atok sedara ke, sedara kepada nenek tiri ke, aku tak kisah. yang penting benda tu adalah gitar. dan lagi, bukan gitar curi ek..condition mestilah masih baik. dan sedap main jugak. kalau boleh nak kaler hitam (baru kembar dengan mimi). kalau ada yang kaler pink pun besh jugak. ececeh.. bajet ciput nak demand lebey.. *ngee*


kalau ada info tentang gitar ni boleh e-mail kan pada aku di shahirahkhairudin@gmail.com. send private message kat facebook pun boleh. 


hah kau. tulisan besar bapak. dulu aku berangan nak ada boipren pandai main gitar. boleh la duduk-duduk tepi laut nyanyi lagu cinta sama-sama dan boipren pulak petik gitar. walla wei.. angan-angan tak hengat! tapi.. memandangkan impian tu macam lebih kepada angan-angan yang tak sampai, baik aku belajar main gitar sendiri kan. boleh main sendiri, nyanyi sendiri. layan la gitar sampai pengsan. cool.. silap-silap boleh jadi artis sebaris dengan zee avi, ana rafali.. *ngee*


sudah dulu merepak. anyway, respond dan feedback dari kalian adalah didahului dengan ucapan terima kasih *sengih* jumpa esok siang ye kalian.. daa..






salam sayang,
-shahira ayumi-
Share/Save/Bookmark

Saturday, September 25, 2010

siapa-siapa yang duduk di setinggan, di ulu, mari ramai-ramai jadi penjenyah..

berapa ramai yang kasihkan bangsa?
cinta sama bangsa?
aku tanya ni..
berapa ramai?


semalam teman aku yang juga seorang wartawan keluarkan statement ini di status twitter beliau..



Social workers & politicians say Indians turn 2 crime because they feel marginalised from government development plans & lack equal education, business & job..

apa yang bermain-main dalam kepala kamu dengan pernyataan ini?
apa menerjah ruang minda kamu?
atau minda kamu kosong, tidak diterjah apa-apa rasa musykil mahupun berontak?

aku nanti artikel ini keluar. beliau sedang dalam usaha mengumpulkan bahan untuk ini.. sesudah tepu dan kembang fakta itu, akan aku kongsikan dengan kalian.

aku bukan cuba menimbulkan isu dengan bersikap racist atau prejudis kepada sesiapa. aku cuma mahu tahu akhirnya nanti bangsa kita ini di mana tempatnya bila yang lain-lain berebut mengambil tempat dan rakus merenggut satu demi satu peluang juga ruang..

salam sayang,
-shahira ayumi-

Share/Save/Bookmark

Sepi juga bahagia

Aku selalu garapkan perihal cinta di laman ini. Terima kasih kepada kalian yang sudi singgah dan lalu-lalang di sini. Laman yang tidak ada apa-apa melainkan cerita kosong aku dan harapan aku. Harapan aku pada hidup, cinta dan kasih. 


Tahu tidak, setiap apa yang aku garapkan di sini bukan sahaja aku tujukan untuk kalian, malah ingatan untuk diri sendiri. Aku tahu aku tidak pernah sunyi dari kasih sayang teman-teman dan keluarga. Tapi satu hakikat yang tidak dapat aku tolak adalah, hati aku masih rasa sepi. Dan lagi, hati sepi ini tidak pantas untuk dicalar luka. Oleh sebab itu, walau apa jua rasa yang berpintal-pintal dalam hati, jangan letak harga diri di hujung kaki. Biar sepi, kerana nanti apa yang kita semua idam akan dapat juga kita raih. Cuma Tuhan simpan dulu agar kita terus sabar dan tak putus minta pada Dia.


Aku sering ingatkan diri sendiri, tidak semua yang kita mahu itu dapat kita peroleh. Aku juga sering bisik pada hati, harapan itu jangan di letak pada manusia, tapi sandarkan ia pada ketentuan seperti apa yang telah tertulis di atas sana. Kepada kalian yang punya segala, bersyukurlah dengan apa yang kalian ada. Kasihi dan sayangi dia selagi ada.


Sepi itu ada ketika ia jadi sangat indah. Tapi selalunya sepi itu bagai taman bunga yang terbiar ditaburi daun-daun kering dan pohon menjalar berselirat sarat duri. Tapi, tetap didatangi unggas dan beburung. Sama juga ibaratnya dengan sepi itu yang tak kan pernah dapat ragut bahagia dari aku. Bahagia itu kita yang cari bukan? *senyum* 


Hargai apa yang sudah ada dalam genggaman.. Itu pesan aku yang satu. 


Jangan biar diri dipukau keliru. Kerana bila kita keliru, yang jelas-terang terbentang jua tidak dapat kita lihat. (psssttt.. aku pinjam kata-kata Badang kepada Ayu dalam Magika)




Nota: simpan rasa itu. seal dan balut. kemudian bawa ia pergi jauh-jauh. 
Notatambahan: signature tak dapat nak upload, entah kenapa.. hurm..


salam sayang,
-shahira ayumi-
Share/Save/Bookmark

Friday, September 24, 2010

cinta adalah cinta

"falling in love doesn't need preparation, nor exception. it's not an option either. when it happens, it happens. be strong to be hurt, and be loveable to be loved, sincerely.."
bila orang tanya CINTA tu apa? cinta itu cinta lah. cinta itu akan hadir sendiri tanpa kita undang-jemput. sedar-sedar je, perasaan cinta itu telah wujud. kita mula rasa rindu, rasa perlu dan rasa bahagia bila dia ada bersama kita. kita tak pernah pilih untuk jatuh cinta and infact kita tak perlu pilih pun. hati akan rasa kalau cinta itu tiba.


telinga aku sering dengar cerita teman-teman. cerita tentang rasa gundah mereka kerana tak tahu mahu pilih siapa antara dua. *senyum*


cinta itu bukan sekadar suka. cinta itu bukan sekadar sayang. malah cinta adalah lebih dari itu. cinta adalah cinta,  bila kita sanggup berkorban apa sahaja demi insan yang kita cinta. dalam hidup yang sentiasa sibuk dan padat dengan bermacam urusan, kita sanggup allocate masa untuk orang yang kita cinta. untuk ada bersama dia, untuk setia mendengar cerita-cerita dia, untuk berkongsi suka dan duka dengan dia, malah untuk apa jua sanggup saja diusahakan. kerana cinta, kita sanggup saja meredah ruang udara untuk bertemu cinta yang kita rindu, kerana cinta kita sanggup saja berhabis untuk bil telefon semata-mata kerana mahu dengar suara cinta. cinta adalah bahagia. cinta membuatkan kita rasa tenang dan kuat menempuh situasi yang sukar. cinta beri kita kekuatan. malah cinta juga menghiburkan. kalau kamu sanggup berkorban demi cinta, kalau kamu sentiasa merasa lapang, tenang dan gembira dengan adanya cinta, maka dia lah cinta kamu. dan lagi, kalau dia bisa buat kamu runsing bila dia hilang untuk seketika, maka dia adalah cinta kamu. kerana apa? kerana cinta itu saling perlu. akan ada yang kurang bila cinta kamu tiada. 


tapi kan, walau sebesar mana cinta kamu kepada dia, jangan sesekali biar diri kamu jadi salah satu pilihan, kerana nanti kamu akan sakit bila dia tidak pilih kamu. simpan saja cinta kamu diam-diam dan bawa hati kamu jauh-jauh. cinta itu adalah rasa.. rasa yang sukar kita kikis apatah lagi kalau ia sudah tersemat lekat dalam hati. tapi simpan saja cinta itu bila kamu sedar bahawa kamu bukan keutamaan dia. jangan sakitkan diri sendiri ya sayang. 
"if you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. If it doesn't, then it was never meant to be"
bunyi sangat cliche. tapi ini adalah realiti yang harus kita semat dalam hati. cinta itu milik kita kalau benar dia ditakdirkan untuk kita. bila kita sudah jatuh cinta, kita mesti kuat dan bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. kerana apa? kerana biarpun cinta itu indah, sebenarnya cinta itu bisa. cinta itu adakala menyakitkan. jadi bersedialah untuk berhadapan dengan rasa sakit. orang yang kita cinta akan beri kita dari semanis-manis kenangan, hingga sepahit-pahit pengalaman. cinta mengajar kita untuk jadi kita seperti apa yang ada sekarang. aaahhh !! kalau kamu bahagia.. ini cinta, sayang. kalau kamu terluka, ini juga namanya cinta.. tanya lah kepada siapa pun, pernah tidak mereka merasa terluka dengan cinta? dan hingga kini mereka masih cinta pada insan sama yang pernah melukakan itu.. dan kemudian tanyakan lagi, kalau pernah luka mengapa mereka masih bercinta? mereka masih bercinta kerana mereka saling cinta.. *senyum*


aku akui, seiiring perjalanan masa, cinta juga boleh pudar warna. selagi dalam hati masih ada cinta, cinta itu boleh saja kita bakar dan nyalakan semula. bagaimana mahu kembalikan semula warna cinta biar bersinar warnanya? cuba kamu ingatkan kembali, ketika kamu sedang hangat bercinta, apa yang sering kamu lakukan bersama? cuba kamu ingatkan kembali, apa yang telah menerbitkan rasa cinta yang mendalam antara kamu dengan dia.. kembalilah ke masa itu. ulang semula momen-momen itu. kamu pasti akan jumpa semula warna cinta kamu.


cinta itu bukan sekadar ucapan dan kata-kata manis di bibir. tapi cinta datang dengan kejujuran dan ketulusan hati. kalau kita jujur mencintai, pasangan kita juga pasti akan jujur dengan kita. setia itu adalah tiang yang memegang kekuatan cinta. itu yang aku pegang dari dulu hingga kini, malah aku mohon agar aku terus teguh berpegang pada tiang itu sampai bila-bila. 


aku bukanlah seorang pencinta hebat kerana aku sendiri dah lama tak bercinta. malah aku juga sudah lupa, bagaimana asyiknya perasaan bila berpimpinan tangan dengan orang yang kita cinta. jujur aku sudah lupa. 


tapi aku yakin, cinta itu pasti akan menjelma semula.. kerana cinta milik semua..


nota: quote paling atas aku pinjam dari status Izy..


salam sayang,
-shahira ayumi-




Share/Save/Bookmark

conteng ringkas

Assalamulaikum wbt..


Salam kasih sayang untuk kalian.. 


Syukur atas kurnia-Nya kerana masih beri aku nikmat, nikmat yang hampir saja ditarik semula. Syukur juga kerana dipertemukan dengan orang yang baik-baik dan tulus hati memberi bantuan. aku harap aku akan sentiasa saja bertemu dengan orang yang baik-baik. semoga aku dan kalian juga di jauhi dari kejahatan.


sepatutnya hari ini aku bercuti dan pulang ke kampung. atas beberapa masalah, perancangan untuk pulang ke kampung terpaksa di batalkan. maka bertapa lah aku di rumah hari ini. kesihatan aku juga kurang elok. demam pula tak semena-mena.


belum ada apa lagi yang mahu aku contengkan. semoga hari kalian indah-indah saja, dan semoga apa yang dikerjakan dapat diselesaikan dengan sempurna.. 


salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Thursday, September 23, 2010

careless whisper

whisper 1:

I may not show it, but even when I'm busy with life, you're always somewhere roaming around in my mind


whisper 2:

It's so hard to just look at you online & not say a single word



note:  The easiest way to not get hurt is to not care, but that's the hardest thing to do

love,




Share/Save/Bookmark

truly sorry

"we all dah plan nak buat seprais parti kat you"


"acha kata dia dah kosongkan kamera, nak amik gambar banyak-banyak"


"intan dah plan macam-macam untuk you"


"raja mesti frust nanti"


*mata berair*



Share/Save/Bookmark

logamaya

ada.. tapi tiada
jumpa.. tapi belum ketemu
hilang.. terasa ada

semua bayang semata..



Share/Save/Bookmark

tahniah atas anugerah

baru pulang dari melawat Kak Ija yang selamat melahirkan pada 1 Syawal tempohari. leka merenung bayi perempuan yang baru berusia dua minggu sampaikan tak sedar waktu sudah tepat jam 2 petang. setibanya di pejabat, aku terima satu pesanan ringkas dari teman sekelas, wawa yang baru saja selamat melahirkan bayi lelaki jam 1.30 tengahari tadi. 


Tahniah untuk kalian..


Anugerah agung ditatang kendong
segala cinta disiram baja
agar besar dia
jadi pahlawan jua serikandi berjasa..


salam sayang,

Share/Save/Bookmark

renyuk

pentas tak pernah sunyi dari lakon dan tari
begitu jua hidup manusia yang tak pernah sepi dari 
pelbagai cerita

di sudut sana, kumpulan manusia mengadu domba
berbicara yang tidak-tidak
bicara perihal manusia yang lain
kain sipolanah belahnya sampai ke pangkal paha
ujar satu watak dengan mulut yang dimuncungkan
sipolanah yang seorang lagi memandang dengan mata terbeliak
wajahnya dicebikan
mereka terus bersok-sek sampai ke hujung hari
sedang sendiri tidak sedar
seluar anak yang dipangku diribaan koyak kelengkangnya

di satu sudut yang lain
isteri bercekerama dengan suami teman baik
tunang berpimpinan tangan dengan dengan bukan tunangan
teman wanita bermain mata dengan mat rempit di seberang jalan
suami mengucap kata sayang kepada bukan isteri
tunang berkata rindu kepada bukan tunangan
teman lelaki memeluk pinggang gadis genit di kelab malam

di satu ruang sumpek
si lelaki khayal dengan kebejatan dunia 
lali dengan butir-butir pil pelbagai rona
gemalai tangan perempuan menggenggam botol tirus runcing di hujung
jus kuning keemasan membasahi tenggorok
lena mereka dalam dakapan bejatnya dunia 


sedang pantai lagi berubah 
ini kan pula manusia
kalau dah nama nya manusia 
dah tentu macam-macam cereka

di satu sudut lain pula
mereka bersimpuh di atas tikar berbulu selesa
menadah tangan mohom kurnia
sujud minta simpati Pencipta

manusia tidak selamanya leka dan lena
ada masa mereka bangun 
cereka tiap manusia berbeza penamatnya
ada jua yang 
hilang nyawa dalam lena


salam sayang,







Share/Save/Bookmark

mimpi

bangun sayang
itu cuma mimpi buruk 
yang ganggu tidur nyenyak kamu
basuh wajah lesi itu dengan air dingin beku
jangan bimbang kerna Tuhan sentiasa ada denganmu


kesat air mata kamu sayang
mimpi itu tak akan bunuh jiwa kamu




salam sayang

Share/Save/Bookmark

Wednesday, September 22, 2010

kepakaran aku membebel.. aku dah cakap..

satu presentation dah setel. tinggal satu lagi presentation minggu depan..owh ye dan satu lagi pula pada minggu lagi satu. presentation tadi macam hampeh. aku pun tak tau apa aku present. dan paling bodoh sekali bila aku hilang fokus.. I just talk and talk n totally forgot about the slide. towards the end baru sedar yang "omg.. aku tak tekan slide" wutdefish ! dan masalahnya apa yang aku cakap tadi pun berterabur tak tentu hala. sangat unforgiven ! and I even curse myself for being so dumb.. aar.. tapi takpe.. I'll do my best dan akan all out untuk next presentation. ruang tu masih ada kan. no worries.. (walau pun sakit hati jugak dengan diri sendiri)

petang tadi khabarkan pada Hanum yang aku akan datang Ahad nanti. so sudden. sebabnya, kad undangan pun aku aku baru dapat pagi tadi. mula-mula fikir nak attend belah lelaki sebab kat Perak je.. tapi bila timbang-timbang balik, dengan exam yang dah dekat, assignment yang tak settle lagi, aku putuskan untuk attend belah perempuan di Klang. dan lagi, kalau aku ke sana hujung minggu ni, boleh jumpa dengan sayang-sayang aku kat sana. sambil menyelam, minum air la kiranya. ahad malam tu jugak aku akan terus shoot pulang ke Penang. walla wei.. adventure la weekend ni. silap-silap Isnin minggu depan pintu opis ternganga tapi aku takde. sebab apa? aku menyedap tidur bawah meja.. lalala~


btw, ekceli yang aku nak attend ni, kenduri kawen coursemate masa kat kampus dulu. cinta kampus, membawa ke jinjang pelamin.. walla wei.. dulu duk double date sama-sama dan .. itu adalah indah. keindahan yang pernah aku kongsi suatu masa dulu dengan mereka, tak sama dengan indahnya bila cinta itu membawa hingga ke jinjang pelamin.. 

Jumaat aku cuti. memandangkan birthday aku nanti tak dapat nak celebrate dengan family, aku nak celebrate awal.. tak kira.. tak kira.. *hentak kaki dengan manja*

sangat kecewa bila kena buat replacement class pada tarikh keramat aku. but it's just a date aite? suka hati la nak celebrate bila pun. 

haish.. entry hari ni dah macam daily journal la pulak. ekeke.. kembali ke zaman-zaman awal berblogging..cerita pasal hidup aku hari-hari, apa aku buat, mana aku pergi, apa aku beli.. dan lagi.. masa awal-awal blogging, aku gunakan kata ganti nama "I" .. awww.. urban lah konon.. 

dan lepas tu aku tukar pulak kata ganti nama "saya" .. *ngee* comel kan? kan? haipppp... sengih pamer gigi kamu dan kata saja comel.. ingat.. jaga sikit hati tuan tanah kedaung nih.. 

owh dan terkini, aku guna kata ganti nama "aku" .. akan kekal begini agaknya. kata gantinama yang aku tak pernah guna lagi adalah nama sendiri "shira".. *sengih* 

oke dah.. cukup-cukup mengarut aku ni.. jumpa lagi esok.. itu pun kalau aku ada bahan mahu aku contengkan..kalau tak, sila-sila lah stadi entry-entry aku yang lepas sampai khatam.. *sengih*

till then.. blisssss...


salam sayang,






nota: tuam hati bengkak



Share/Save/Bookmark

Tentang Cinta

Patah ranting bercerai kuntum ,
Meniti belati menusuk jantung;
resah kasih menanti cantum,
isi berita tak mahu kunjung..

Lelah mencari kelaut sepi,
berlabuh cinta dipangkal bicara;
rindu sudah dirantai hati,
namun hilang jiwa kemana..

Cendara pura indahnya kota,
beradu puteri cendana sari,
lapangkan dada segarlah jiwa,
barukan nampak isinya hati.




nota: dah berminggu tak mengarang puisi. aku kongsi puisi penulis ini di sini. 





Share/Save/Bookmark

1011

10.11am


hah..  baru je setel selambak selonggok yang kat atas meja ni tadi. ingat aku robot ke nak marathon tanpa henti sampai jam 5? nak nak pulak spesis macam aku, yang susah bebenor nak fokus lama-lama pada sesuatu benda. 


oke.. lepas dua jam.. feels better.. betul kot cakap kawan-kawan. aku ni letih sangat, banyak sangat fikir, so emosi jadi meroyan semacam. naik turun macam monitor yang tunjuk pergerakan degupan jantung tu. ape ntah nama dia. yang aku tau dia naik turun. 


dalam minggu ni ramai kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan. tahniah untuk kalian. owh dan aku akan turun ke Selangor Ahad ni untuk sama-sama meraikan pasangan dua sejoli yang bakal menamatkan zaman bujang mereka.. aku teruja! 


agenda tambahan. beraya ke rumah auntie mak dan intan. seronak !


nota: ade sesape buat openhouse? nak panggil aku datang makan silakan.. ahad je.. owh ke geng Aksara nak open table utk aku? lalala ~






Share/Save/Bookmark

8.06 pagi

Assalamualaikum wbt..


*panggung dagu*


22 September. 8.06 pagi..


*panggung dagu*


aku tak tahu mahu tulis apa. yang ada cuma hati risau. gundah. bimbang. 
aku terlalu banyak berfikir mungkin. sampaikan yang tidak-tidak juga menari-nari di dalam kepala.


*tarik nafas dalam*


tenang lah wahai jiwa.. tenang..
titip doa jangan biar putus..





Share/Save/Bookmark

tak perlu belai hati aku

kadang-kadang rasa macam mahu merajuk dengan diri sendiri, merajuk dengan hati sendiri. hati sendiri yang kadang-kadang degil tak mahu dengar kata tuan. ikut rasa sendiri saja. jiwa tuan yang sakit ni sikit pun hati tak ambil endah. diikutkan sangat kata hati. 


*tarik nafas dalam*


aku sentiasa tahu apa yang aku buat. aku sentiasa saja yakin dengan apa yang aku mahu. ah ! aku anak degil Ibu. jarang sekali menyerah melainkan kalau aku tahu aku benar-benar tidak mampu. 


tapi, sejak dua tiga hari ini ada rasa kurang selesa dalam hati. deria aku dapat menangkap sesuatu yang kurang enak. aku tak tahu apakah ia. jujur aku tidak tahu.


cuma kalau ia melibatkan hati aku, aku mahu semua tahu bahawa aku tak perlu sesiapa pun untuk belai hati aku. katakanlah apa pun, aku boleh saja terima. aku tak perlu alasan berjela, aku tak perlu kata-kata yang enak-enak untuk sedapkan hati aku. aku berpijak di bumi yang nyata dan aku sentiasa mahu berpijak di atas bumi yang nyata. 


intuisi aku jarang sekali silap. 


salam sayang,

Share/Save/Bookmark

Tuesday, September 21, 2010

selamat tinggal Malware

TQ kakak Nera di atas informasi kakak. selamat tinggal Malware.. aku dah buang site-site yang bakal menjahanamkan pendapatan aku.. erk! bunyi sungguh ke-mata-an duit-an. *sengih*


so far blog ni dah bebas dari malware. kalau ada lagi tolong beritahu aku ya


update: lupe pulak nak kasi tahu. ekceli kamu kene buang site-site atau link yang didapati ada malware. baca amaran kat box kaler merah dengan teliti. alamak aku lupa nak printscreen. untuk lebih jelas, sila rujuk sini


salam sayang,

Share/Save/Bookmark