kadang-kadang melankolik.. kadang-kadang relek-relek.. kadang-kadang gedik-gedik.. tak pandai pakai topeng konon diri molek..
Sunday, October 31, 2010
tolong beri sedikit kekuatan itu untuk dia..
aku dan laman conteng ini (i)
pssst.. ini adalah entry aku yang paling aku suka.. wahhh .. self obsessed sangat..
aku dan laman conteng ini (i)
tertinggal dalam kepala
banyak yang bermain dalam kepala, tapi masih belum mahu aku terjemahkan dengan abjad dan aksara. tidak ada perasaan untuk menulis.
*mengeluh*
tertinggal dalam kepala
Manchester United vs Tottenham Hotspur
Manchester United vs Tottenham Hotspur
Saturday, October 30, 2010
piala Malaysia: Negeri Sembilan menentang Kelantan
anak perempuan: nanti dah besar nak kawen dengan orang Negeri Sembilan la. boleh masak kan masak lemak cili padi hari-hari
Ibu: berangan la hang. hari-hari nak makan pedas lama-lama terburai urat perut
nota: 9.13pm - Negeri Sembilan 1 - 0 Kelantan .. woot !! woot !!
update: haih.. kelantan menang 2 -1 negeri sembilan. esok sape takde keje, pegi padang kutip botol mineral dan jual. idea asal cik Jard kite.. timeline di twitter adalah sangat hangat. congrats Kelantan! Negeri Sembilan, you rock la jang!
piala Malaysia: Negeri Sembilan menentang Kelantan
letihgilersipotbabengcheepunzeerasemacamahufitam
letihgilersipotbabengcheepunzeerasemacamahufitam
Friday, October 29, 2010
p e t a i
p e t a i
Thursday, October 28, 2010
renjis-renjis dipilis.. ditepungi lah tawar..
rindu yang terlarang
rindu yang terlarang
lebar senyum aku
caption: kira duit dengan tekun. alami orang kerja jabatan duit memang begini. serius dengan duit. tapi aku bukan materialistik. woha !
salam sayang dari aku untuk kalian semua. have a pleasant day ahead dan semoga semua yang dikerjakan berjalan dengan baik-baik saja..
untuk kesayangan-kesayangan, aku rindu kamu semua..
p/s: hari ni MC
lebar senyum aku
Wednesday, October 27, 2010
Little India.. saja je nak cerita kat sini.. we are so generous!
nota: kat tanjung Rambutan ada kuil India yang menelan kos sebanyak satu juta ringgit Malaysia. dibina mas aku darjah enam, betul-betul depan sekolah aku. seratus meter dari situ pulak, Masjid yang tak berapa nak besar, berbumbung zink saja dan kadangkala dilimpahi air banjir bila hujan lebat sangat. well.. saja je nak kasi tau..
Little India.. saja je nak cerita kat sini.. we are so generous!
20112011
20112011
Ibu selalu kata, kalau mahu cari suami, lihat dulu sama ada dia sayang atau tidak dengan Ibu nya.. Mak nya.. Mama nya..
Ibu selalu kata, kalau mahu cari suami, lihat dulu sama ada dia sayang atau tidak dengan Ibu nya.. Mak nya.. Mama nya..
cinta dan persahabatan. kalau lah hati boleh dikerat-belah, pasti boleh raih keduanya. tapi ...
content nanti-nanti.. ai busy .. tajuk sebagai teaser .. woha !!
***********************************************************************************
okey I am ready..
*gosok tangan lepas tu kepak-kepak jari*
kalau aku tanya kepada kalian.. antara persahabatan dan cinta, mana satu yang kamu akan pilih dan dahulukan? berapa ramai dari kita yang sanggup mengorbankan cinta demi persahabatan dan berapa ramai pula yang sanggup meletakkan persahabatan itu di belakang semata demi cinta? simpan dulu jawapan itu di dalam hati kamu..
*panggung dagu*
kadangkala kita dihambat perasaan berbelah bagi bila perlu memilih antara dua. sahabat dan cinta merupakan elemen yang sangat penting dalam hidup kita selepas keluarga. mana mungkin kita bisa melepaskan salah satu darinya sedang elemen itu buat hidup kita merasa terisi. semua dari elemen itu memainkan perana yang berbeza-beza dalam hidup. sebahagian besar dari masalah hidup kita akan dikongsi dengan keluarga dan juga kekasih. tapi ada masa dan ketika, kita lebih selesa berkongsi rasa dengan sahabat yang akrab dengan kita. malah sebelum kita bertemu dengan kekasih hati itu pun, jatuh bangun kita adalah dengan sahabat ini. kalau masa kita sedang duka, bahu sahabat ini lah yang disuakan kepada kita untuk kita tumpahkan segala rasa yang membungkal dan bergulung dalam hati. tapi bila kita sudah bertemu dengan cinta, adakala kita jadi alpa dan leka. genggaman tangan sahabat sudah longgar tidak seerat dulu. kita lebih senang menggenggam erat jemari cinta yang sering belai hati kita dengan kasihnya.
tapi, ada juga yang mampu berbagi perasaan. menyeimbangkan kesemua elemen itu dalam hidup. ada masa dia bersama dengan cinta. ada masa pula dia setia meladeni sahabat. tapi sang cinta pula tidak berkenan kerana dia merasa diri sering di tinggal-tinggalkan. merasa bahawa kekasihnya lebih mementingkan sahabat dari dirinya yang ikhlas menghulur cinta.
*mengeluh*
wahai cinta sayang..
boleh tidak kalau kamu tidak meletakkan kekasih kamu di dalam dilema yang bisa membuatnya bingung? memetik kata seorang teman kepada aku lewat perbualan di yahoo messenger tidak lama dulu,
"kita hidup di dunia ini bukan hanya berdua saja. kita punya ramai lagi orang lain di sekeliling kita. jangan buat dunia ini sepertinya hanya ada kita berdua saja"
(nota: 'kita' itu merujuk kepada kekasih dan juga cinta)
begitu lah kurang lebih kata teman aku ini. benar dan aku sungguh setuju dengan itu. apakah bila kita sudah berkasihan dan bercinta bermakna seluruh hidup kita dua puluh empat jam satu hari satu minggu tujuh hari kita perlu berkepit berdua saja? bila berada di dalam fasa berkasihan bermakna dunia ini tidak perlu yang lain-lain lagi? dan kalau pun dunia ini seolah-olahnya milik berdua sahaja, apakah nanti kamu tidak akan melalui fasa konflik dan pergeseran? kalau lah berlaku konflik dan pergeseran, kamu kira kekasih kuat dan tegar melaluinya sendirian?
cinta dan kekasih yang aku sayang..
kalau pasangan kamu mahu keluar menonton bola dan 'ngeteh' bersama teman-temannya, mengapa perlu dilarang? bikin gaduh bikin ribut, membawa rajuk berhari-hari. kalau pasangan kamu mahu keluar menonton wayang dan membeli-belah bersama teman-teman, mengapa perlu ditegah? di awasi satu jam sekali, di suruh pulang lagak arahan seorang pegawai penjara mengerah banduan kembali ke kurungan?
dalam hidup ini, kalau boleh semuanya kita ingin raih bukan? tidak berlu belah hati mahupun diri, tidak perlu korbankan apa-apa pun, hanya senyum dan dakap semua nikmat dan hikmah yang dikurnia. semua itu hanya dapat kita dakap dengan toleransi dan rasa percaya. jangan anggap dunia ini hanya milik berdua.
selesai kisah pertama, aku ke kisah yang kedua.. lebih spesifik. lebih menjurus kepada hubungan antara dua manusia berlainan gender.
orang kata persahabatan itu bisa saja berakhir dengan sebuah percintaan, tapi percintaan pula tidak mungkin dapat bertukar menjadi persahabatan sekiranya cinta itu terputus di tengah jalan.
mungkin..
tapi, andai cinta yang putus itu bukan kerana khianat dan kecurangan, tidak mustahil putik persahabatan itu boleh dibaja kan? bezanya sama ada kita mahu atau tidak saja. kita ini berjalan ke hadapan, dan bukan mengundur ke belakang. malah bekas kekasih mungkin boleh jadi sahabat yang paling memahami kerana dia tahu apa yang kita suka dan apa yang tidak. cuma jodoh saja yang tidak berpihak. keserasian itu sudah tiada dan sudah pudar warna. lebih serasi bersahabat saja mungkin.
aku seratus peratus bersetuju bila dikatakan persahabatan itu boleh berakhir dengan sebuah percintaan. persahabatan ini adalah sebuah hubungan yang pada aku sangat genuine. tiada berselindung. apa yang tersirat di dalam hati, diluahkan saja tanpa menggariskan dasar 'mahu menjaga hati'. setiap sifat dan kerenah, di ekspresikan saja tanpa selindung di sebalik tabir segan mahupun malu. kalau sudah dinamakan sahabat itu, sudah tentu mereka ini saling mengerti dan saling memahami. maka tidak mustahil boleh terbit bibit-bibit cinta apatah lagi kalau sering saja bersama dan berdua. makan bersama, menonton wayang bersama, mahu beli barang juga berdua. kalau dah wajah itu saja yang sering jadi tatapan mata, tidak mustahil percik perasaan itu bersinar. indahnya seperti percik bunga api. (teringat pulak lagu bola-bola api) ekeke..
seminggu yang lalu aku menonton dvd filem valentines day. dialog antara reed dan teman baiknya. aku tak ingat sebijik seketul. kurang lebih begini:
"how you and your wife could make things right in every time?"
"easy man! i married my best friend"
tapi jangan lah terpengaruh sangat dengan kata orang. tak semestinya sahabat tu perfect for each other kan? bukan semua persahabatan boleh berakhir dengan percintaan yang indah. tapi kalau perasaan cinta itu terbit sedikit, tak salah dibaja dan disiram kan?
haih berjela dah aku membebel..
tuntasnya.. kita boleh raih keduanya. cinta dan persahabatan itu adalah kurnia yang dapat kita nikmati tanpa membelah hati mahupun kerat diri menjadi dua.
semoga semua dari kita dapat rasa dan raih nikmat ini.
jadi kalian, kalau cinta, cintai sekadarnya, kerna suatu masa nanti kita mungkin akan membencinya. yang kita sangat suka itu tak semestunya baik untuk kita, dan yang kita tidak suka itu adalah kurnia yang indah dan terbaik untuk kita. psst.. hargai mereka di sekeliling kita. semuanya..
nota: tahniah kepada sahabat aku, Mohd Shukrizan Yusuff yang bakal bernikah pada 19 November nanti.
notahati: ambil semua yang berlaku dari sudut yang baik. renung hikmah kurnia-Nya, bukan menyalahi diri mahupun orang lain. (tak ada kaitan dengan entry. tapi nak cakap jugak.. tak kira.. *sengih*)
cinta dan persahabatan. kalau lah hati boleh dikerat-belah, pasti boleh raih keduanya. tapi ...
Tuesday, October 26, 2010
anak degil Ibu membebel
sedang rancak meladeni teman di alam maya, terima pula panggilan masuk dari Ibu. macam biasa berborak itu dan ini.
" hah ni kenapa suara macam ni? gaduh dengan boipren kah?"
"boipren mende Ibu. tak ada sapa hinggin haih dengan along ni"
suara aku kalau berbicara dengan Ibu, lentoknya MasyaAllah. jadi kalau lenggok suara aku sedikit tegang sumbang, maknanya ada lah yang tidak kena. kinda predictable. dan aku pulak tak reti nak kaver-kaver suara. kalau muka tu, boleh lah lagi aku ukir senyum lebar-lebar, dan abaikan saja kalau manis itu tidak ada. yang penting ukirnya runcing ke atas.
waktu menemankan Mimi ke butik pengantin tempohari, Ibu call. aku duduk terjelepuk di sofa dengan tawa terkekeh, sekejap melentok ke kiri, sekejap ke kanan. ah ! mengada lebih kan. dalam pada berbual dengan Ibu, deria aku dapat menangkap perbualan antara Mimi dengan designer butik tu. (aku kan blogger. kau cakap bisik-bisik pun aku dengar tau nyah..)
"cakap dengan marka dia ka tu?"
kemudian Mimi jawab
"dak aih.. Ibu dia"
sambil melontarkan pandangan pelik
"lorh.. cakap dengan mak dia pun sampai lagu tu. kalau cakap dengan marka kepala lentok sampai ke lantai agaknya"
asam boi lah kau ni nyah.. mengata aku tu seronok lah sangat. berbalik kepada panggilan telefon Ibu tadi. Ibu tanya parut kat muka dah okey ke belum. aku pula macam biasa, acuh tak acuh saja jawabnya. aku malas ambil peduli. bukan besar mana pun parut ni. apa lah yang nak dikisahkan sangat. Ibu membebel tak berhenti-henti. macam-macam ingatan disumbat padat ke telinga. kalau dengan Ibu aku memang kalah. satu perkataan saja yang mampu aku utarakab kalau dileteri bernaskah-naskah begitu. BAIKLAH. ekeke.. malas panjang-panjang bicara.. nanti tambah lagi namblas naskah leteran untuk disumbat padat ke telinga. sapa yang naik migrain? aku jugak nanti.
rindu sangat dengan Ibu. rindu mahu dakap dan cuim Ibu.. rindu dikucup Ibu di dahi dan pipi..
oke enuf.. mengada-ngada sangat dah aku ni. but seriously.. i miss her very badly.. rasa nak demam ni.. >_<
nota: agak pissed off dengan blogspot sebab tetibe tak leh upload gambo. ke beruk-ben ni buat perangai beruk? baling kanggggg...
anak degil Ibu membebel
kerjaya sambilan: procrastinator
petang tadi, sebelum aku matikan seluruh fungsi komputer, aku sempat cucuk thumbdrive dan membuat pendua untuk dokumen pejabat yang masih bengkalai, menuntut komitmen aku untuk menyiapkannya. niat hati mahu sudahkan di rumah. tapi.. mood tu masih belum sampai..
selalu pun macam tu lah. bawa pulang ke rumah, dan esok bawa ke pejabat semula
=p
kerjaya sambilan: procrastinator
babak-babak rabak
babak 1:
sambil jari aku menari-nari mengetuk meja dengan irama entah apa-apa dan dari mana datang ilhamnya, aku berfikir-fikir.. benar atau tidak keputusan yang bakal aku ambil ini? kata orang, kalau ikut hati kelak kan mati, ikut rasa nanti diri jadi binasa.
bila berbual dengan Ibu juga, tidak pernah aku tanyakan perihal ini kepadanya. agak-agak kalau aku tanya nanti, Ibu restu tidak?
babak 2:
berdiri di hadapan cermin dan bermonolog dengan figura yang terukir di dada berkilau itu.
diri: padan muka kau
cermin: *diam dan kaku*
diri: kenapa diam?
cermin: *diam dan kaku*
diri: untuk kali ke enam belas.. kau bodoh.. kau bodoh !
cermin: kau diam !
diri: lain kali jadi bodoh dan percaya bulat-bulat akan tipu daya orang lagi. jangan serik ya *senyum sumbing*
cermin *diam dan kaku*
babak 3:
bos: figure yang ini memang dah bahagi dua?
aku: tak. income memang saya ambil dari sini. jadi saya ambil exact figure. cuma expense saya bahagi dua
bos: maknanya lagi banyak lah rugi?
aku: *sengih* ai buat window dressing. tak cantik lah nampak loss banyak sangat.
bos: lah.. saya ingatkan tadi.. bla.. bla.. bla.. *ketawa* tak apa. buat macam biasa je.
aku: okey ai alter balik nanti.
nota: babak satu dan dua tiada sangkut paut. tapi keduanya bikin runsing. babak tiga merupakan interruption sewaktu aku mahu post babak satu dan babak dua ini. sekian..
babak-babak rabak
senyum daku mekar bagai bunga segar di sisi meja
Nur Seri Maya membuahkan hasil
kritikan hanya pada plot yang boleh diagak pembaca
dialog di penghujung cerita dipuji
*senyum*
aku mahu kongsi gembira ini dengan pendokong kuat aku
tapi sayang..
tak tahu bagaimana cara mahu aku kongsikan ia
yang seterusnya karya Cinta Muzikal
jalur cerita diadaptasi dari lagu
sudah ada dua lagu yang aku kira sempurna dalam kepala aku
aduhai teman bicara
mengapa dunia beku ini harus jadi sempadan?
entah bila bongkah ais ini akan cair
tajamnya bongkah ini
bisa menjahanamkan bahtera yang telah sekian lama belayar
untuk melaung dari sini juga tidak mungkin
suara aku adakala keras dan kasar
tapi tenaga suara itu tidak cukup sampai menerjah deria
untuk garapan seterusnya
yang pertama sekali menerjah minda adalah tajuknya
'Kasih'
tak tahu lah kalau-kalau nanti bila sudah digarap ceritanya, aku berubah fikiran pula
update (1434):
sudah mohon izin kepada pemilik lagu.. double happiness sebab pemilik lagu sudah beri izin dan mahu lihat garapan penuh aku nanti..
tapi sayang.. bagaimana mahu aku kongsi senyum ini dalam iklim dingin begini? aku akan simpan cerita ini hingga matahari senyum nanti.
nota: terima kasih juga kepada Abang Long a.k.a Ahlong :p
senyum daku mekar bagai bunga segar di sisi meja
suara emosi aku
1217am
I've done my part.. sekurang-kurangnya kalau aku dibenci juga bersebab. kalau tidak dipedulikan sekali pun aku tahu ia bersebab. kalau dicaci maki sekali pun jua aku tahu bahawa ia bersebab dan itu di atas tindakan aku sendiri. setiap yang berlaku punya sebab dan alasan yang boleh dikisahkan. emosi aku ini aku kira wajar. rasa peduli aku bukan atas apa-apa dasar. rasa peduli aku ini tidak ada alasan apa pun yang boleh menyatakan mengapa aku peduli? aku peduli kerana menurut kata hati yang mahu peduli. itu saja. tanpa sebab yang khusus. maka kalau peduli aku ini bisa membangkitkan jelik dan benci, juga aku terima.
sifat aku bukan seperti gunung berapi yang tinggal diam, dilihat tenang.. tapi kemudian dengan tak semena-mena memuntahkan lahar yang bahangnya boleh membakar semua hingga ajadi abu. maafkan aku kalau apa yang aku kira wajar ini sebenarnya menyakitkan.
aku bukan lah manusia baik yang hanya tahu berdiam saja dan lihat apa yang bakal berlaku seterusnya. aku bukan manusia penyabar yang boleh saja berlaku tenang walau dalam apa jua situasi dan kondisi. ah ! segala natijah yang bakal berlaku aku terima. sesal itu jarang sekali bertandang menjengah dan menyelit di atas jalan hidup aku. biar peduli aku itu di dengar kasar, dilihat jelik. asal aku tahu detik hati aku ini tersemat rapi di dalam sanubari aku yang satu. dan aku kunci ia ketat biar tidak cicir.
nota: aku percaya kepada Dia yang memegang segala takdir hamba.
suara emosi aku
alkisahnya, Isnin daku makan saja
tired.. letih segala. letih badan, letih otak, dan letih kaki juga. sudah tahu mahu berjalan-jalan, disarungkan juga heels setinggi empat inci di kaki. walhal boleh saja aku tukar memakai sandal yang sedap selesa.
sepulangnya dari pejabat, terus sahaja bertemu doktor hajah. macam biasa, doktor prescribe aku dengan gula-gula metho yang kecik cenonet je. tapi kalau hilang sebiji, aku meraung satu hari. harga sebiji ubat boleh buat belanja makan tengahari dan malam sekali.
usai bertemu janji, perut terasa lapar. selera pula mengada-ada. terasa mahu makan itu dan ini. terasa seperti mahu makan kek pun ada. memang cantik sangat lah bila kebetulan Mimi mahu ke kedai cermin mata untuk ambil kanta lekap warna yang dia pesan minggu lepas. sempat jugak lah aku test oakai kanta lekap warna. yang aku test tadi kaler kelabu. Naudzubillah punya lah buruk. macam pakai mata batu. tuntasnya, biar lah natural begini sahaja. dengan kulit yang juga kaler kelabu, memang tak ada peluang lah aku nak bergaya dengan kanta lekap aneka warna.
tiba lah masanya untuk menjamu selera. tuan tanah kedaung tidak mahu melepaskan peluang untuk menempekan diri di laman conteng sendiri.
walau apa jua yang berlaku, walau balance sheet tak seimbang sebanyak lima ratus enam puluh enam ringgit malaysia sehingga menerbitkan bibit-bibit emosi, makan tetap makan. tidak boleh tolak apatah lagi kalau ia adalah manisan yang semestinya punya kadar kalori yang tidak kalah tingginya. soal kalori kita tolak ke tepi. yang penting deria ini dapat merasa nikmat manis lazat sedap.
bila sudah kenyang makan, bontot pula seakan-akan berakar di meja kerusi makan. berbual-bual kosong dan santai adalah sangat menenangkan dan membahagiakan. bual bicara menjurus ke pelbagai arah, dan topik yang paling aku minati sudah tentu tidak dibiarkan tertinggal sekali.
*sengih*
rasanya sampai sini saja dulu conteng aku untuk ketika ini. kembali lagi siang nanti.. selamat malam semua. semoga bertemu dengan mimpi yang indah-indah ya!
alkisahnya, Isnin daku makan saja







