Tuesday, November 30, 2010

sekitar ESQ 165 angkatan ketiga


          rizal, nadzree, aimi, feqdiatul and me
makan jom >>>
 me, syikin and ayu ketika pendaftaran peserta
me and feq -- hari ke-2. letih oh!
 hajah aimi nadiyah and me.. hiks !
oke ini aku tak tau pun muka aku masuk. cis !
 muka suci murni kami
with nur emi and rizal

time nyanyi-nyanyi nih aku memang semangat 
mimi tukang sibuk
oke gambar last.. credit to encik mail

Share/Save/Bookmark

merah jambu sakura


permintaan dari seorang teman untuk menggarapkan sesuatu. aku sejujurnya tidak tahu mahu tulis tentang apa sayang untuk redakan gundah kamu. cuma aku akan sentiasa saja ada untuk pinjamkan telinga aku seperti selalunya. 

hidup ini bukan hari-hari serupa cuaca dan atmosferanya sayang. kalau semalam panas, hari ini Tuhan datangkan mendung. bukan apa, kalau hari-hari panas tanah akan kering berdebu. sekali sekala matahari itu sembunyi seketika. tapi jangan pernah bimbang sebab matahari tak akan hilang selalu. nanti matahari akan senyum kembali. 

tahu tidak, teman terbaik untuk kita adalah masa. tidak kira lah lelaki atau wanita. pada aku semuanya serupa. semua dari kita perlu kan masa. perlu masa untuk selesaikan segala, perlu masa untuk pulih selepas luka, perlu masa untuk rehat setelah penat bekerja, perlu masa untuk memilih kemudian baru putuskan sama ada mahu beli atau sebaliknya dan pendek kata setiap dari perlakuan kita sebenarnya memerlukan kita untuk idle seketika.

sayang.. kalau kamu sedang berduka, mari menangis di bahu aku. tumpahkan air mata sampai kering, biar kosong dan kemudian kita isi pula dengan segala perkara yang riang-riang dan buat kamu senyum kembali. hidup ini ibarat bunga sakura sayang. kembangnya seketika cuma. hanya untuk satu bulan saja. dalam waktu sesingkat itu sudah tentu kita tidak mahu terlepas barang sedikit pun waktu untuk nikmati indah yang ada bukan? kalau pun ada tekanan dan walang yang jadi belenggu merantai hati kamu, mari kita usaha leraikannya. sambut jemari aku dan mari kita berjalan seiringan di laman sana, menikmati indahnya kembang merah jambu yang mekar harum.

semoga kamu gembira dan tenang saja sayang.. serahkan segala kepada Dia yang memegang seluruh takdir hidup kita. lakukan yang terbaik, dan biar Dia yang tentukan semua. tak perlu beratkan kepala persoalkan apa yang akan berlaku nanti. mari berlari ke taman bunga, biar hati kita bugar.. 

p/s: cabaran hidup pun macam buat matematik.
makin banyak cabaran, makin tajam akal kita.
oh dan dah tentu kita jadi makin bijak
atur langkah dalam menjalani hidup ini bukan?

Share/Save/Bookmark

Sunday, November 28, 2010

yang mana satu pilihan hati?

"Mak, yang mana satu pilihan hati? yang sayangkan kita, atau pun yang kita sayang?"

jawab mak.. "dua-dua pun bukan"

"pilihan mak, adalah orang yang sayangkan kita kerana Tuhan"

untuk artikel penuh, baca ia di laman milik srikandi Nurjuwita. aku baca cerita ini berkali-kali, dan untuk setiap kali itu lah seperti ada rasa ngilu di dalam hati. dahulu aku juga pernah bercinta. aku juga punya zaman silam yang tidak pernah mahu aku banggakan. bercinta bagai nak rak. namun dalam meniti usia dewasa ini, aku mula sedar bahawa biar pun bertahun berkelana suatu hari nanti pasti kita akan mengukir senyum bahagia kerana perjalanan bertahun-tahun sebagai gelandangan cinta itu nanti akhirnya berbaloi kerana kita telah ketemu dengan permata yang kita cari.

sukar untuk mengukur sejauh mana kejujuran cinta seseorang lelaki kepada kita sayang. jadi pada hemat aku, kalau benar seseorang lelaki itu mengasihi kita kerana Tuhan, dia pasti akan segera menghantar lamaran untuk menikahi kita. jadi sayang, jangan mudah-mudah menyerah seluruh kasih dan mengaku bahawa kita ini cinta selagi belum pasti dia itu menjadi suami kita yang sah. simpan lah seluruh cinta dan kasih hanya untuk suami. 

salam sayang untuk teman-teman perempuan kesayangan aku.. muahs !

p/s: cinta itu bagai udara. kita tak nampak, 
tapi kita dapat rasai kehadirannya..

Share/Save/Bookmark

Friday, November 26, 2010

yang pelik-pelik tapi tak berapa nak pelik



  1. aku amat suka dengan bau rumput yang baru lepas di potong, juga bau wap tanah yang naik apabila ditimpa hujan. masa zaman kecil-kecil dulu, teman-teman sering saja katakan bahawa deria aku ini cacat sebab pada mereka, bau rumput itu busuk. haha ! siapa kata bau rumput tu busuk? cuba hidu dan hayati aromanya. rumput itu baunya segar lah. satu lagi bau yang aku suka, adalah bau bantal yang garing di jemur bawah terik mentari. susah lah nak jelaskan kenapa aku suka. yang aku tahu aku suka. deria aku senang dengan bau-bauan itu. 
  2. lebih gemar memandu dengan kasut bertumit tinggi sebab terasa lebih mudah untuk mengawal daya tekanan kaki ke atas pedal minyak juga klaj. 
  3. teramat suka pada Facebook dan amat tergila-gilakan encik Internet. tidak boleh hidup tanpanya hinggakan sewaktu tidur pun Facebook dan Yahoo Messenger di biarkan terbuka hingga pagi. pendek kata Totiba Gemok ni menderita dan sengsara sebab perlu bekerja sepanjang masa. kejam kan tuan dia?
  4. boleh hidup tanpa mandi untuk sehari suntuk. eh tapi ai mandi tau !! cuma kesanggupan itu terbukti apabila aku mengikuti program-program masuk hutan secara berkumpulan. hiks. oh sangat suka ! bukan suka tak mandi.. tapi suka masuk hutan sebab boleh nikmati bau-bau segar.. (ececehhh.. kaver line.. )
  5. pernah berangan-angan untuk menjadi seorang pereka fesyen walhal aku bukan lah fashionista pun. selebet macam Ayam Selebet dalam kartun Usop Sontorian tu adalah.
  6. akan hapdet blog lebih dari tiga entry dalam sehari sebab sebenarnya perempuan ini mahu berborak, tapi kat rumah tak ada siapa-siapa untuk di ajak berbicara. sudahnya meroyan dalam blog je la. 











caption: yang selebet sedang berinternet secara mobile. dia gila kan?
p/s: esok dan lusa akan terputus talian dengan internet dari pagi
hingga ke malam. oh teman-teman maya, jangan
rindu aku ya. ewahhh ! gediks !

Share/Save/Bookmark

My 35 Minute Survey (sebab sambil-menyambil)



am not in a good mood today. so i decided to browse around, blog hoop from one blog to another. and guess what? i found this super cool tag from Miss Little Diary's blog.. ah it has been ages since the last time i answer a tagged game.. okey here we go !


saje je ai nak interprem.. thee hee (=_=')

instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly. no lying or cheating.
starting time : 1417

Name : shira
Brother(s) : 4
Eye colour : dark brown - black
Shoe size : 5
Hair : straight and long (haha ! after rebonding). sejak azalinya kerinting.. dah remaja jadi wavy and i love to keep it long.
Piercings : yes
Height : 157cm
What are you wearing right now : black hijab, baju kurung
Where do you live : penang
Favourite number : 2
Favourite drink : kiwi juice
Favourite month : october
Favourite breakfast : nasi lemak + teh tarik kurang manis.. walla !

-Have you ever-
Broken a bone : no
Been in a police car : never
Fallen for a friend : yes.. aha !
Fallen for a guy/girl in a short period of time : hurm.. nope !
Swam in the ocean : no
Fallen asleep in school : yes
Broken someone's heart : yes
Cried when someone died : yes
Sat by the phone all night waiting for someone to call : aah ! pernah la sekali dua.. silly !
Saved e-mails : yes
Been cheated on : yes ! nak bunuh boleh tak?

-What-
Your room look like : kandang cheleng (haha.. in java.. kalo nak tau translate sendiri :p)
What is right beside you : books
What is the last thing you ate : mee goreng mamak

-Ever Had-
Chicken pox : yes
Sore throat : yes. in fact sedang menderitainya sekarang :( hesh !
Stitches : no
Broken nose : no 

-Do You-
Believe in love at first sight : yes .. 
Like picnics? : yes.. a lot !

-Who-
Who did you last yell at? : can't remember. dah lama tak jerit kat orang..
Who was the last person you danced with? : several years ago with my besties.. lagu ku bahagia.. woot woot ! feeling-feeling remajew. aww !
Who last made you smile? : a good friend of mine. we play a game. teka rambut iklan daia and kalau kalah kena buat pengakuan bahawa si pemenang berbau ketiak manis/ berbau floral. yeah i win !

-Final Questions-
What are you listening to right now? : sentuhan listrikmu by M Nasir
What did you do today? : duduk saja
Are you the oldest? : kat mane? opis? nope !
Indoors or outdoors? : outdoors

-Today did you-
Talk to someone you like? : yes
Kiss anyone? : no..
Sing? : yes! sentuhan listrikmu .. hehe.. 
Talk to an ex? : yes. sometimes..
Miss someone ? : oh.. yes!
Eat? : mee goreng mamak tadi..

-Last person who-
You talked to on the phone? : my Ibu
Made you cry? : hurm.. someone..
Went to the movies with? : Izyati
You went to the mall with? : alone.. am a lone ranger sometimes.. 
Who cheered you up? : aa.. Mimi tadi..

-Have you-
Been to Mexico? : never
Been to USA? : same as above.. wahh .. ngade.. type never kan senang.. hesh !

-Random-
Have a crush on someone? : yes
What books are you reading right now? : 1948
Best feeling in the world? : in love.. ekeke.. gatai !!
Future kids name? : shhh !! rahsia.. 
Do you sleep with a stuffed animal? : eaww.. no !
What's under your bed? : nothing
Favourite sport(s) : i don't play. i love football.
Favourite place : by th beach
Who do you really hate? : backstabber 
Do you have a job? : yes ! dalam usaha untuk bercinta dengannya.
What time is it now? : 1452

p/s : with however long it took you to complete this, post as "My _ Minutes Survey" and tag 15 people...

tak mau tag 15 orang je.. sikit sangat.. eceh ! nak tag semua.. siapa yang baca, sila buat kalau sudi.. cheers !!

Share/Save/Bookmark

Thursday, November 25, 2010

cerita si gelandangan



dia itu gelandangan
ya.. gelandangan
ah ! setiap yang berpapasan senyum padanya
namun dia cuma seorang gelandangan
ceritanya ada di dalam naskah itu
tapi ceritanya, cerita misteri
gali dalam-dalam
baca dan fahamkan
baru kamu mengerti
kalau kamu hayati, kamu bisa senyum, bisa tertawa
malah menangis dalam satu masa
tapi
dia itu cuma gelandangan
Share/Save/Bookmark

air matahari dan pokok.


kalau di tanya kepada aku, aku ini mahunya apa kalau bukan manusia? aku akan kata, aku mahu jadi seperti pohon. pohon itu sifatnya meneduhi, memberi tanpa mengharapkan apa pun. bila mahu berlindung dari terik mentari, pasti pohon merimbun yang akan di cari. kalau di basahi rintik hujan pun, pepohonan menjadi tempat berteduh. oh. mungkin kerana fitrah aku sebagai anak sulung, maka aku pilih untuk jadi pokok.

*senyum*

tapi, kalau aku tidak jadi pokok, aku pilih untuk jadi matahari. ya matahari. kenapa? tak suka pada matahari? ya matahari itu panas berbahang sayang. aku tahu itu. tapi aku tetap mahu jadi matahari. matahari ini setia. ya sangat setia. kadang-kadang, kalau tidak terlihat dek deria, matahari bukan lari.. matahari itu tetap saja ada, cuma dia sembunyi untuk seketika. merajuk mungkin. tapi nanti matahari akan bersinar kembali. kalau tiada matahari, bagaimana bunga mahu berkembang? bagaimana dedaunan hijau mahu bernafas segar? bagaimana bulan mampu menghiasi malam? bagaimana selepas hujan mahu di lukis warna pelangi? jadi, matahari akan sentiasa kekal di situ. segalanya yang indah akan matahari ciptakan. moga nanti semua akan jadi riang.

kalau pun bukan matahari, juga bukan pokok, aku mahu jadi air. biar bugar semuanya. biar tenang dan damai menjadi teman. 

tapi aku ini manusia. dan aku syukuri segala kurnia itu. menjadi manusia yang punya rasa belas, kasih sayang, cinta, rindu, menghargai malah aku juga tahu marah bila diancam. kerana aku manusia maka aku menerti bagaimana rasanya bahagia juga derita. kerana aku ini manusia maka aku ini tahu betapa nikmatnya ganjaran sabar. 


p/s: namaku nur atma. aku sudah tua..
penat berjalan, berjalan lagi..


Share/Save/Bookmark

alam kata kita buta



bulat bukan bujur
segi tak pernah hilang lurus
yang pipih masakan datangnya bergolek
yang bulat masakan datangnya melayang
kendati pun pena kering dakwat
tak kan pula mahu di luka kan jari
menulis dengan darah


bulan tak akan jadi matahari
bintang gentayangan di langit
bukan boleh di gantung kerdipnya pada pohon


jangan bilang malam terang siang gelita
apa kamu buta?


p/s: jangan melangkaui batasan..

Share/Save/Bookmark

biar


perempuan 1: kau cintakan dia?

perempuan 2: cinta. amat.

perempuan 1: yakin?

perempuan 2: sangat yakin !

perempuan 1: sanggup berkorban segala?

perempuan 2: sanggup. dengan syarat.

perempuan 1: maksud?

perempuan 2: *senyum* 
perempuan 2: hanya jika aku telah benar yakin bahawa cinta itu milik aku.

perempuan 1: sebab?

perempuan 2: kecewa aku sudah tidak terbilang. dan aku tak mahu bilang kecewa yang seterusnya.

perempuan 1: tak kan tak ada yang lain?

perempuan 2: *ketawa*

perempuan 1: beri peluang kepada diri sendiri. sampai bila mahu amalkan dasar tutup pintu?

perempuan 2: hey.. hey.. hanya pintu yang di tutup tapi tingkap masih terbuka lebar. hanya untuk di jengah. kalau buka pintu, bukan kata orang.. ayam pun boleh masuk berak dalam rumah.

perempuan 1: asalkan kau bahagia

perempuan 2: apa kau ingat aku tak bahagia?
perempuan 2: *ketawa*

perempuan 1: *diam*

Share/Save/Bookmark

sembelit

kadang-kadang hidup memang macam sembelit. teran sampai merah muka pun, tak mahu keluar juga. perut pula sakit macam nak gila. tapi tak apa, air mineral kan ada berbotol-botol. minum banyak-banyak moga sembelit itu nanti kalah. ah ! sembelit ibarat masalah-masalah kecil yang tak semena-mena datang mengganggu. tekanan bertaraf mangkuk tandas. kalau nak senyum, nanti yang di dalam perut tak mahu keluar. betul. tak percaya? nanti balik rumah cuba buat. haha !

seminggu ini sehingga hujung minggu nanti memang aku agak meroyan. oh ! sampai minggu hadapan. selepas 3 Disember kepala aku ringan sedikit. aku harap segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. 

well, selamat untuk semua. salam sayang dari aku. muahs !


p/s: belum lagi jemu. cabaran yang menguji
daya tahan dan aku tahu
aku ini mampu. hey.. aku kan 
perempuan kacak !

Share/Save/Bookmark

Wednesday, November 24, 2010

mengapa?



mengapa terbenam setelah terbit
mengapa surut setelah pasang
mengapa gelap setelah benderang
mengapa malam setelah siang


hey ! mengapa pergi setelah datang?




p/s: hilang setelah petang..
aku lagi.. hurm.. lagi..
hesh !!

Share/Save/Bookmark

hak milik kekal (part iii)


Umai kawan Amel. Umai kawan baik dengan Amel. sangat baik. tapi, sebenarnya jauh di dasar hati Umai, ada Amel sedang berenang-renang di dalamnya. 

Kudin kawan Tima. Tima kawan baik Kudin. sangat baik. tapi, sebenarnya jauh di dasar hati Kudin, ada Tima sedang berenang-renang di dalamnya.


cinta bukan di paksa-paksa
berkawan macam biasa



ya .. setuju..



tapi perasaan 
terbina jugak kan?


perasaan itu adalah emosi yang kita boleh kawal mahu dan tidaknya. asal saja kita ini meletakan sepenuhnya rasa percaya kepada takdir yang telah lama di garap untuk kita. jangan sekali-kali kita biar perasaan itu menerajui hidup kita. letak kan sepenuhnya kuasa kepada diri untuk menerajui hidup ini, maka nanti segalanya akan menjadi lebih terkawal. cinta dan saling mencintai itu adalah dua keadaan yang terang-terang berbeda. sama sekali berbeda. 


kita bercakap soal perasaan
nak di lantak, sakit
nak di biar, terkesan lebam bengkak


ada baiknya biarkan saja sebab lebam bengkak itu bisa saja terubat sedang sakitnya bila lafaz rasa itu ditolak mentah-mentah nanti tidak terbanding, ibarat menelan duri. menipu diri sendiri adalah lebih baik aku kira daripada nanti kita derita menanggung rasa yang tidak terperi pedihnya apabila cinta yang kita baja itu di gembur dan minta di kutip semula satu persatu. 

akan lebih membahagiakan kiranya teman itu kita ladeni dia hanya sebagai seorang teman biarpun jauh di sudut hati ada cinta yang menggebu. jadi teman yang terbaik. kalaupun memberi biarlah setulusnya dan tidak perlu mengharapkan balasan, jadi pendengar yang setia dan kalau diperlukan, pinjamkan bahu kita biar teman itu nanti rasa damai. semua yang kita lakukan, biarlah di atas kapasiti sebagai seorang sahabat. kita bukan sahaja dapat gembirakan dia yang kita kasih, malah hati kita sendiri tidak luka. nikmati saja setiap detik bersama tanpa meletakan harapan setinggi Himalaya. hey tipu lah kalau berpura seperti tiada apa itu menyeronokan dan tidak terasa barang sedikit pun luka. tapi sekurang-kurangnya luka itu tidak parah. 

*panggung dagu*

tanah yang di baruh, mahu pun di darat sudah pasti ada pemiliknya bukan? kalau kita mahu bertani, sudah tentulah di atas tanah sendiri. di atas tanah yang sudah tentu pemiliknya adalah kita. begitu juga kisahnya dengan soal cinta dan kasih. kalau mahu di semai kasih itu, biarlah pada hati yang kita tahu terpahat nama kita di atasnya. seperti juga nama yang terlakar tinta di atas geran. kalau sudah tentu-tentu kita ini bukan pemiliknya, tak usah cuba-cuba bertani. duduk sahaja di pankin itu, di baruh sana sambil menikmati nyamannya bayu petang. 

*senyum*

soalnya, bagaimana kita tahu bahawa kita ini pemilik hati itu? haha ! jangan cuba-cuba gantung leher sendiri sayang. jangan hanya sekadar menebak. biar terlafaz di bibir pemilik hati.


Amel: Umai, sudi kau hidup dengan aku?
Umai: *diam tidak terkata apa. hanya senyum dan mengangguk tanda setuju*




Kudin: Tima, kalau nanti hati aku ini aku buka, sudi kau masuk menerusinya?
Tima: *tersenyum manis*
Tima: pimpin tangan aku Kudin



salam sayang untuk semua. sekadar nukilan dari naluri aku yang mungkin ada dangkalnya di mana-mana. untuk bahagian satu dan dua, klik saja pada perkataan satu dan dua ini. 

Share/Save/Bookmark

hak milik kekal (part ii)



ko berani lawan dunia? cemuh caci maki orang?

contoh ko ..
jatuh cinta pada laki org ..
laki tu pon sama ..
ade perasaan mendalam terhadap ko .
berani ko lawan dunia .. ? 
tanpa pk kan laki tu dan isteri dia .. serta anak2 4 orang yg ko rasa cukup gembira bersama .
jadi .. keinginan mengatasi logik .. ?



jawapan dari soalan bertubi itu..




haha.. berani itu aku..
setakat cakap-cakap orang, kenapa perlu peduli?

kalau dah tau terjun tu basah, kenapa nak terjun jugak?
kalau dah tau suami orang, sejak awal kena hindar
lawan dunia untuk sesuatu yang benar kita mahu
misal kata aku
aku dah gariskan.. tak mahu suami orang tunangan orang mahu pun teman lelaki orang
dah tau tepi tu jurang, tetap nak bina rumah? lebih rela berkelana bertahun cari tapak lain



hidup ini sesungguhnya tidak boleh dibatasi dengan logik semata. hidup ini bentuknya subjektif. boleh jadi begitu, boleh jadi begini. segalanya menurut acuan kita sendiri. kalau lah hidup ini dibatasi logik semata, maka tidak akan wujudlah perkahwinan antara perempuan berstatus ibu tunggal beranak lima dengan jejaka bujang yang baru kering hingus. setuju tidak? demi kerana kasih sayang yang mensimfonikan bahagia mereka, maka segala tohmah dan kritikan masyarakat di tongsampahkan, asal saja mereka bahagia. peduli apa dengan cerca orang. gelandangan kita belum tentu ada yang simpati dan hampiri. jadi kalau ini yang menjanjikan bahagia, mengapa hati perlu merasa berbagi? seperti kata aku, lawan dunia untuk sesuatu yang kita mahu. kalau ibu tunggal itu yang kita mahu, menjadi bapa segera kepada lima anak itu adalah apa yang kita mahu, maka persiapkan sayap, terbang setinggi mungkin, badai yang menerajang tentanglah dengan sehabis daya asal saja kita tahu bahawa kita berlawan demi bahagia yang kita cari. sama lah juga kisahnya dengan mengahwini suami orang. kalau sudah itu yang dimahukan, kalau diyakini bahawa ini adalah bahagia yang di cari selama ini, tempuhi segala dan walau apa pun akibatnya nanti, tanggung sendiri. kalau mahu basah, terjun saja lah. alang-alang sudah basah, renangi saja walau apa pun halangannya.

bahagia itu adalah milik kita. lawan dunia untuk sesuatu yang ingin kita raih itu tidak salah sayang.. asal saja kita tahu apa yang kita mahu, dan apa yang tidak. 


oh dan lagi, kalau benar hak milik orang itu tidak mahu kita sentuh, berdiri teguh lah di atas paksi itu. kendati pun perlu berkelana bertahun mencari tempat yang baru untuk kita bina bahagia di atasnya, maka berkelanalah. tanam sabar itu di dalam hati. seperti kata ayah, sabar itu nanti ada pulangannya.




bersambung..

Share/Save/Bookmark

hak milik kekal (part i)


telah aku kata, perasaan itu biar di simpan diam sendiri. genggam ia kejap-kejap jangan sampai dewa kencana tahu apa isinya. kalau dan tahu tanah itu kering dek kemarau panjang, kenapa masih mahu di tabur benih yang ada pun cuma sedikit itu? sabar.. tunggu kemarau itu pergi. nanti hujan pasti akan turun, dan kalau becah, jangan buru-buru. tunggu lagi. tunggu tanah itu nanti benar-benar sedia untuk kau semai benihnya. 

begitu juga ibaratnya dengan perasaan kita sesama manusia. kalau dah tahu kencana dewa itu apa mahunya, diam kan saja. perasaannya kontang. lalu mengapa mahu di baziri benih yang kita punya? sabar itu ada pulangannya nanti. tapi kalau sudah pasti bahawa harapan itu sudah tiada, kuburkan dan talkinkan saja. tapi ingat, jangan menangis kerana nanti hati akan derita. tak kasihankah sama hati sendiri? biar apa pun, hati sendiri jangan kita kejami. sayangi hati sendiri, kelak nanti akan ada kasih sayang yang datang bertimpuh merafak sembah hadiahi cinta. 


bersambung..

Share/Save/Bookmark

ayah.. selamat hari lahir ..


aku kacak kan? macam ayah =)

satu-satunya lelaki yang paling aku cintai buat masa ini adalah lelaki ini. ya lelaki ini. demi usia dewasa ini, aku masih sering rindu akan lelaki ini. lelaki yang memberi aku hidup. lelaki yang selalu beri aku kekuatan bila aku perlu. aku ini anak degil. aku ini anak malas. sewaktu meniti usia remaja, ayah selalu bebel di telinga aku. kata ayah, kak long kan anak yang sulung. sepatutnya kak long bantu Ibu. sepatutnya kak long bantu ringankan beban Ibu. kata ayah, jarang aku betah. cuma anak manja ayah ini tahunya muncung saja. tapi ayah tahu tidak, bebel ayah itu sebenarnya sangat mesra di telinga aku. malah pada usia sedewasa ini, kadangkala aku rindu mahu kembali ke masa lalu.

bicara ayah selalu saja lembut, menyentuh naluri keanakan aku. kalau Ibu marah, ayah selalu bilang. kata Ibu jangan di lawan. Ibu betul pada setiap ketika. ingat itu. pesan ayah selalu aku ingat. 

ayah pandai memasak. ayah masak sedap. aku paling suka ayah masak sambal goreng tempe. maggi goreng yang ayah masak pun sedap. kalah maggi goreng made ferom kedai mamak tau. sewaktu zaman remaja dulu, zaman-zaman baru belajar buat kuih raya, ayah selalu akan tolong jagakan oven. sebab aku ini anak ayah yang clumsy sangat. oh ! ayah pandai buat air neslo. even sampai sekarang pun neslo aku tak dapat menandingi mantapnya neslo yang ayah buat. 

tahu tidak, ayah merupakan satu-satunya lelaki yang sering berbangga dengan aku. sewaktu konvokesyen aku beberapa tahun yang dulu, riak gembira ayah tak perlu ayah sembunyi-sembunyi. aku gembira bila ayah senang hati. malah riak wajah ayah sebenarnya menerbitkan sayu dalam hati aku. betapa gigihnya ayah bekerja, membesarkan aku, menyekolahkan aku, membelanjakan entah berapa ribu ringgit menyara aku. dan lagi, bakat menulis dan mendeklamasi puisi ini sebenarnya aku warisi dari ayah

*senyum*

oh ya ! ayah merupakan seorang lelaki yang sangat aku banggakan. ayah kuat bekerja. dalam setahun, susah nak tengok ayah ambil cuti dan beristirehat di rumah. cuti ayah hanya pada hujung minggu saja. kalau ambil cuti sekali pun, sekiranya ada apa-apa kecemasan atau ada event-event tertentu. satu sifat ini yang gagal aku warisi. aku tak serajin dan sekuat ayah. tapi nanti aku harap suami aku nanti kuat bekerja seperti ayah. 

ayah seorang yang lembut hatinya, penuh kasih sayang dan ayah bukan hanya sekadar ayah. ayah ibarat teman baik yang tiba di saat-saat diri hampir rebah ke bumi. pesanan-pesanan ringkas dari ayah aku simpan untuk jadi azimat. sayangnya ia telah hilang. tapi setiap bait yang ayah hadiahkan untuk aku, akan aku kenang sampai bila pun.

kalau pun nanti aku sudah punya suami, tempat ayah di dalam hati aku tidak akan berganti. satu ruang yang istimewa dalam hati ini aku simpan hanya untuk ayah. sayang ayah sampai hujung nafas aku.

peluk cium anakanda dari kejauhan. SELAMAT HARI LAHIR AYAH.. 


p/s: aku suka ayah usap kepala aku. 
dari kecil sampai besar.
 itu yang paling aku suka.



Share/Save/Bookmark

Tuesday, November 23, 2010

kasih



genggam tangan aku jangan lepas
dunia di lawan tidak kan tewas
biar di badai ribut nan buas


sayang
genggam jemari aku kemas
letak kasih di takhta teratas


Share/Save/Bookmark

segmen petua bersama Shira Kay: Khasiat Air Rebusan Daun Inai




okey. nak minum air inai lah




status sengal kat yahoo messenger semalam. arakian sebaik sahaja aku post status ini, maka berkoyan-koyan lah soalan dari teman-teman yang berbunyi:

"ko takde keje ke shira?"

"uiks ! boleh ke minum?"

"kalau minum ni kang jadi apo?"

"tak rosak usus ke?"

"organ dalam badan tak jadi kaler merah ke?"

dan sebagainya ..

jawapan aku pulak ..

"nanti muka jadi merah macam pakai blusher. tak yah mekap beb,"

"apa? satu badan merah? haha ! kita eksport ke Old Trafford,"

aku tahu aku sengal. don't mention.. don't mention. okey lah.. memandangkan jawapan aku semalam adalah sangat bongek, maka di laman ini aku sediakan jawapan yang bernas untuk di kongsi bersama.

menurut kata teman aku yang bernama Bidan Linda, air rebusan daun inai ini boleh di minum dua sudu sahaja pada setiap kali pengambilan dan dalam satu hari, tak boleh consume lebih dari 5 liter. antara khasiat air rebusan daun inai adalah:


  1. untuk melegakan sakit perut
  2. bagus untuk pemanasan badan bagi wanita selepas bersalin
  3. menaikan seri wajah
  4. merawat masalah keputihan dan haid berlebihan
  5. merawat masalah sakit tuan seperti ejakulasi tidak terkawal


selain dari air rebusan inai, inai yang di tumbuk lumat juga boleh di gunakan untuk merawat kudis dan bisul. malah air inai juga boleh di gukanakan untuk berkumur bagi meredakan masalah sakit tekak.

sekian sahaja petua bersama Shira Kay untuk edisi kali ini. 


p/s:  pernah buat kerja bodoh. pakai inai dan 
kemudian pada keesokan hari, pergi 
buat manicure. selamat inai aku !

Share/Save/Bookmark

edisi meraban teben : I'm not in love with my job



hari-hari tekan kalkulator sampaikan aku dah naik jelak tengok muka empat segi tu. bukan kata jelak malah rasa macam nak kira pakai sempoa pulak lepas ni. lepas tu bosan pakai sempoa, kira pakai jari pulak. dem !



situasi kat atas ni contoh semata. contoh yang menunjukan bahawa manusia ni mudah bosan dengan sesuatu keadaan yang serupa. nak nak pulak, kalau benda tu memang sejak awal lagi tak dapat membeli hati dia. dah la tak berapa nak berkenan, di hidangkan pulak hari-hari, kadang-kadang rasa macam nak terbalikan meja pun ada. 

kerja kita.. kita buat semata-mata sebab gaji yang kita mahu dapatkan pada setiap hujung bulan. dengan pendapatan yang satu ini lah kita guna untuk menampung hidup sehari-hari, meneruskan kelansungan hidup yang mana semuanya menuntut kita untuk menggunakan nota bermacam warna yang di panggil WANG. setiap keinginan kita dapat kita tunaikan. malah, kita dapat gembirakan orang lain juga. kerana apa? kerana kita ada duit. kita perlu duit. atas sebab itu kita mesti kena kerja. nampak kan? kita kerja untuk hidup. semata-mata untuk hidup. bukan sebab kita cinta dengan kerja yang kita lakukan hari-hari. KITA? eh kalian tidak.. aku je kot :p

orang kata, salah satu cara untuk menanamkan rasa cinta kepada kerja kita adalah dengan membaca buku-buku berbentuk motivasi. kat kedai buku ada banyak buku motivasi. jangan cari kat kedai jual barang elektrik. konfem tak ada.. oke, antara buku-buku yang boleh di dapati di pasaran, Love Your Job lah, Office like Heaven lah, How To Be A Successful Worker lah.. haih.. just named it. kat mana-mana kedai buku pun akan ada buku-buku macam ni. chop ! korang percaya ke tajuk-tajuk buku yang aku sebut ni ada? haha ! yang konfem ada Love Your Job je. yang lain-lain tu aku reka :p eh tapi betul, kat mana-mana kedai buku pun kita boleh jumpa buku motivasi untuk mencambahkan perasaan kasih dan sayang kepada kerja kita. tapi kalau setakat cari kat kedai buku Tat Seng memang lah tak ada. buku tiga lima banyak laa ..

siapa-siapa yang memang seronok dengan kerja mereka, teruskan bekerja dengan senyuman. siapa-siapa yang tak cintakan kerja dia, tapi kena jugak kerja, laksanakan juga kerja itu dengan penuh rasa tanggungjawab. 

oh! sebenarnya aku sedang nasihatkan diri sendiri sebab aku sedang seteressss .. aku dah campak kalkulator. sekarang aku nak kira pakai jari pulak. oh! ini adalah tipu. mana mungkin perempuan sekacak aku nak main baling-baling kalkulator.. tak gentleman haih.. 



p/s: tolong nasehatkan perempuan ni sikit.
meroyan dah.

Share/Save/Bookmark