Thursday, December 30, 2010

musibah itu tarbiyyah



benar-benar menduga
beri aku sabar
buat aku kuat
beri sedikit ilham
leburkan tembok buntu
yang menimpa kepala




update:


siapa mahu percaya?
bertuah kalau ada yang percaya
kalau pun berendam di dalam cecair peluntur
boleh putih semula cemar di atas lapan huruf milik aku?




p/s: fuh !
p/s/s: feels like.. crying .. T_T

Share/Save/Bookmark

semoga 2011 mengilhamkan bahagia untuk semua


*panggung dagu*

*diam*

*senyum sedikit*

jalan cerita yang Tuhan garapkan untuk kita sebenarnya lebih menarik dari segala cereka yang kita cipta dan garap menurut angan sendiri. setiap manusia yang Tuhan hadirkan di samping kita yang mana adalah watak utamanya, punya peranan dan karakter yang tersendiri untuk membentuk cerita ini menjadi seindah-indah cereka. namun sebagai manusia biasa, apa lah daya aku untuk menebak apakah sambungan untuk cereka ini. aku doakan yang terbaik, dan aku letak kan harapan setinggi gunung, agar bahagia itu nanti mendakap aku erat. biar aku nyaman dalam hangat dakapannya. aku mohon moga Tuhan pinjamkan kesayangan aku untuk satu jangka waktu yang lebih lama lagi. terima kasih Tuhan..  

oh semalam aku dah janji mahu share lima post yang menerima paling banyak pelawat untuk sepanjang tahun bukan? okey here we go !


  1. ENTRY SERIUS
  2. JIJIK
  3. PEREMPUAN, BERI CINTA KEPADA YANG BERHAK.. LELAKI, KATAKAN KAU CINTA HANYA KEPADA DIA YANG BERSIMPUH DI TAKHTA ATMA
  4. MACAM MANA NAK TAHU ORANG TU JODOH KITA? ISTIKHARAH LAH.. HESH ! SELAIN ITU?
  5. HATI MEMBEKU MENGINGATKAN KATA JANJI MANISMU.. LALALA..

okey guys.. klik saja pada tajuk yang telah aku link-kan. selamat malam semua.. satu hari saja lagi kita bakal melabuhkan tirai 2010. semoga tirai 2011 membawa kebahagian yang akan kita kenang sampai hujung usia. salam sayang.. take care ! muahs !


p/s: abang azrol pernah kata, Love comes and touch your adrenaline. 
you seek for love without knowing that actually you've already found your love. 
my say: is that true?

p/s/s: ada getar.. *senyum*
melodi senada. moga-moga tidak sumbang.. 

Share/Save/Bookmark

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki: Perlawanan Akhir pertama Malaysia vs Indonesia



perlawanan yang sangat best malam ni. oh emo tu memang mesti. ekspresi muka macam tenuk ada, macam gimau pun ada, dan paling best bila bersorak GOL ! nak feeling kena tengok kat rumah. baru lah boleh macam-macam.. jiran sebelah pun bukan main lagi bersorak. gila meriah !

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali setelah berlakunya insiden protes selama lebih lima minit yang dimulakan oleh penjaga gol Indonesia, Markus kerana mendakwa matanya dipancarkan cahaya laser oleh penyokong Malaysia. tak kisah lah nak kata gol tipu ke, gol laser ke. yang penting GOL !

Gol kedua disempurnakan oleh Ashari Samsudin dan selang beberapa minit selepas itu, gol ketiga pula menyusul selepas disempurnakan oleh Safee Sali. selepas ini Harimau bakal bertembung dengan Garuda untuk perlawanan akhir kedua pula di Indonesia. semoga Malaysia berjaya dan sekaligus menjulang piala yang diperkenalkan sejak tahun 1996 ini untuk pertama kalinya. 

Malaysia Boleh !

p/s: sakit jari ber-twitter. tak sia-sia oh !

Share/Save/Bookmark

cinta dan pengertiannya


cinta membawa pengertian yang amat luas dan tidak terhad kepada hubungan berkasih sayang antara lelaki dan wanita sahaja.. di sini aku nak share lapan pengertian cinta menurut perincian para ilmuwan islam.

1.  CINTA MAWADDAH

Jenis cinta yang haru biru, membara dan mekar tanpa batas. orang yang memiliki cinta jenis ini, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. dia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak dapat berfikir lain.

2.  CINTA RAHMAH

Jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, sedia berkorban dan sedia melindungi. orang yang memiliki cinta jenis ini lebih memerhatikan orang yang dicintainya berbanding diri sendiri. baginya, kebahagiaan sang kekasih adalah penting meskipun untuk itu dia sanggup menderita serta sanggup memaafinya. termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai pertalian darah, terutamanya cinta ibu ayah terhadap anak-anak mereka dan sebaliknya. orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu bersilaturrahim, maksudnya menyambung tali kasih sayang. suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekali gus biasanya saling setia zahir dan batin, dunia dan akhirat.

3.  CINTA MAIL

Jenis sementara tetapi sangat membara sehingga terabai seluruh perhatian pada hal-hal lain atau kurang diberikan perhatian. misalnya orang berpoligami di mana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda cenderung mengabaikan yang lama. 

4.  CINTA SYAGHAF

cinta yang sangat mendalam dan memabukan. orang yang diserang cinta jenis ini boleh menjadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tidak sedar apa yang dilakukannya sebagaimana cintanya Zulaikha isteri pembesar Mesir kepada Nabi Yusuf a.s.

5.  CINTA RA'FAH

rasa kasih yang mendalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran. misalnya, kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat subuh atau pun memnyebelahinya meskipun salah.

6.  CINTA SHOBWAH

cinta buta, cinta yang mendorong perilaku menyimpang tanpa sanggup mengelak. Rasulullah SAW bersabda: "cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli" (Abu Daud dan Ahmad)

7.  CINTA SYAUQ

Cinta syauq bermaksud rindu. menurut Ibn Al Qayyim Al Jauzi dalam kitab 'Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin', syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih dan kobaran cinta apinya berada dalam hati sang pencinta.

8.  CINTA KULFAH

Perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif walaupun payah seperti didikan ibu bapa kepada anak-anaknya. 

Indahkan lah detik bercinta kalian. Salam penuh cinta dan kasih sayang. muahs !


sumber: seluruh info dipetik dari naskah Membina Cinta Suci oleh Dr HM Tuah Iskandar, terbitan Alaf 21, cetakan tahun 2009.

Share/Save/Bookmark

cinta suci



impikan cinta begini

Membina Cinta Suci oleh Dr HM Tuah Iskandar Al Haj. sudah berminggu-minggu buku ini tersadai di tepi peti televisyen, baru hari ini aku punya minat untuk mengulit buku yang berwarna merah hati ini. okey aku nak share balik dengan kalian akan isi-isi yang aku kira menarik dalam buku ini. sebanyak 85 buah bab terangkum di dalam buku ini dan hari ini aku mahu kongsi dua darinya. psst.. aku pun baru sempat baca sikit saja kan. :p

BAHANA CINTA SEKILAS PANDANG

pernah tak, apabila kalian terpandangkan seseorang yang kalian kira jelita mahupun kacak, hati terasa berdebar-debar, seolah-olah telah jatuh cinta dari pandangan yang pertama? pernah? kalian tahu tidak, perasaan yang kita kira adalah cinta itu bukan lah perasaan yang sebenar-benar cinta. ia hanya sekadar rasa yang terbit lewat ciri-ciri menarik yang tertangkap dek deria pandangan kita. rasa yang pada mulanya sahaja seakan-akan melonjak-lonjak dan seiring dengan waktu, perasaan itu akan reda dengan sendirinya. namun rasa yang terbit lewat pandangan pertama itu tidak mustahil dapat menjadi satu titik tolak untuk menimbulkan kasih dan membuahkan rasa cinta. cinta ini adalah sebuah perasaan yang hadir dan tertanam dalam hati kita setelah kita saling mengenali dan kita sedar bahawa wujudnya keserasian antara kita dengan pasangan. semakin lama kita kenal dengan pasangan kita, semakin dalam dan kuat cinta kita terhadap pasangan. 

kalau kita kira rasa yang terbit lewat pandangan pertama itu adalah cinta, ternyata kita silap. tidak mustahil apabila sudah saling mengenali hati budi masing-masing, perasaan yang kita kira adalah cinta itu pudar kerana di pertengahan jalan baru kita sedar bahawa keserasian sukar diwujudkan, tiada kesefahaman dan sering sahaja tidak seiring sejalan. kalau pada ketika itu baru kita sedar, ternyata kita seolah-olah memperbodohkan diri sendiri. 

jadi, ambil lah masa untuk betul-betul kenal dengan pasangan kita sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta secara serius. pastikan bahawa hati kita benar-benar sudah bersedia untuk memegang sebarang komitmen. cinta yang mahal adalah cinta yang bukan sewenang-wenangnya dilafazkan. bukan sehari dua kenal, dah kata cinta kan? 

INDAHNYA CINTA JARAK JAUH

oh bab yang ini adalah best. aww ! cinta pertama aku dulu jauh manghaih. tapi dalam Malaysia la juga. oke lupakan kisah itu. 

cinta jarak jauh ini adalah cinta yang sesungguhnya mencabar. pasangan yang berjaya menempuhinya sehingga sah bergelar suami dan isteri adalah pasangan yang sangat-sangat awesome ! cinta jarak jauh terlalu banyak dugaan dan ujian. saling percaya merupakan elemen yang paling utama untuk mengekalkan hubungan. oh bab jujur apatah lagi. bila dah berjauhan, ada saja lah isunya. teman lelaki keluar dengan rakan-rakan perempuan pun jadi isu. teman wanita keluar dengan rakan lelaki juga jadi isu. namun sekiranya kejujuran dan setia itu kita pegang, isu-isu seremeh itu tidak akan timbul. 

semakin jauh kita terpisah, kejujuran dan kesetiaan semakin teruji dan di sini lah kita dapat menilai sejauh mana keikhlasan cinta pasangan kita. tambahan pula, hubungan yang dekat adakala membuahkan dosa. tatapi apabila berjauhan, pertautan hati menjadi semakin kuat dan kita akan jadi semakin pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:  Iman yang sejati, adalah mencintai semata-mata kerana Allah, membenci semata-mata kerana Allah, menjadikan kekasih Allah sebagai kekasihnya dan membenci sesuatu yang dibenci-Nya.

hubungan percintaan jarak jauh tidak lah menyakitkan malah sebenarnya lebih indah dan bermakna. bila sesekali bertemu, perasaan kasih dan memerlukan itu akan menjadi lebih kuat. bercinta jarak jauh tidak semestinya perhubungan antara kita dengan si dia tersekat dan terhad. teknologi yang ada sudah cukup untuk menghubungkan yang jauh dan mengubat rindu yang sarat dalam hati.

yakinlah dengan ketentuan yang telah Dia garapkan untuk kita, berbahagialah dengan cinta yang sedang menginap nyaman di dalam hati dan letak kan kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan itu di tempat yang sewajarnya. 

semoga berbahagia selalu ! salam sayang .. take care.. muahs !

Share/Save/Bookmark

500 blog



weeeeee !!! satu lagi peraduan dari blog Abang Ben..
okey, secara ringkasnya aku mula bergiat dalam aktiviti ber-blogging ni dah lama. 
tapi pada masa itu aku menggarapkan tulisan aku dalam blog yang dinaungi oleh laman Friendster.
bermula tahun 2009 baru lah aku mula berjinak-jinak dengan blogspot. 
kalau dulu, masa zaman di kampus dalam tahun 2005/2006, aku berblog
sebab saja-saja. kadang-kadang meluahkan perasaan. jiwa remaja lah katakan.
dah tua-tua ni pun ada juga ber-blog tentang hati dan perasaan
tapi dalam versi yang lebih matang. ewah !
isu semasa yang menyentuh suis aku pun ada juga aku utarakan
nak nak pulak isu petrol kan.. oppss !!

aku seorang wanita yang telah pun melewati usia jubli perak.
woha ! suku abad la tu.. tak reti-reti lagi?
aku gemar membeli-belah, menonton wayang, menulis dan yang paling aku gemar
duduk di hadapan lappy kelabu ni berjam-jam sehari. *ngee*
oh aku sangat suka bercakap, tapi kalau diminta untuk menjadi telinga, anytime !
hah masa tu aku boleh zip dan gam kan mulut.
oh aku manja, nakal, kuat merajuk, kepala batu, suka ketawa
apa? tak percaya?
haha ! tak percaya, pergi duduk paya.
oh aku ni, ada masa gila-gila, ada masa jiwang karat tebal dan degil dan ada masa meroyan.
well, it's more than enuf i guess. abang ben tak suruh mengarang panjang-panjang pun. hiks !

akhir kata, majulah blog untuk lebih dua juta blogger Malaysia! muahs !

Share/Save/Bookmark

Friday, December 24, 2010

makan otak ! makan otak !


lapar.. gila punya lapar. walhal dah melantak kaw kaw punya. oh even coklat kahwin (wedding gift) yang berukir muka Hanum & Yus pun kelihatan sangat tempting. tak boleh ! tak boleh ! terbayang-bayang macam makan kesayangan sendiri hidup-hidup. 

sesungguhnya lapar akan buat kita jadi sengal. ke aku je yang macam tu? 




p/s: oh bertimbun lagi nak semak ni..

Share/Save/Bookmark

5 + 5 = 10



done ! 
*senyum simpul*
Share/Save/Bookmark

Tuesday, December 21, 2010

jaring-jaring hidup


Tuhan selalu saja uji kita dengan macam-macam kejadian bukan? kita diberi nikmat, diduga dengan sedikit kesulitan, diberi kelapangan, diduga dengan kesempitan, diberi kasih sayang, diduga pula dengan kebencian, diberi pujian, diduga dengan cercaan.. kalau mahu dikisahkan semua ujian dan kurnia, berkajang-kajang lah jawabnya. teramat banyak. namun tiap sesuatu yang Tuhan turunkan untuk kita memberi pengajaran yang bukan sedikit. segala kurnia-Nya lah yang menjadikan kita ini manusia seperti kita yang sedang berdiri sekarang ini. kita kumpul segala kekuatan dan kelebihan yang ada untuk tempuh semuanya. 

kerana perjalanan hidup yang banyak mendidik, kita jadi manusia yang tahu bersyukur dengan segala nikmat, kita lalui masa-masa kesempitan dengan penuh rasa cekal dan sabar, kita terima setiap cercaan dan hinaan dengan hati yang redha, kita tidak berbangga dengan pujian yang menerjah deria, malah menadah tangan mohon perlindungan dari Dia yang maha kuasa. 

kita ini hanya seorang hamba. kita ini hanya manusia biasa yang tidak tahu apakah rencana seterusnya yang digarapkan untuk kita tempuhi. pesan untuk diri sendiri juga kalian semua, berjalan di muka bumi ini jangan terlalu mendongak ke langit. kelak nanti tersungkur, berdayakah kita untuk berjalan kembali?

salam sayang.. take care.. muahs !

p/s: ya aku tahu aku tak lawa. dan aku bangga.
p/s/s: selalunya imun. kadang-kadang tergelincir
jadi emosi juga. ketawa di mulut, di hati cuba merenung diri.
tak apa-apa, sendiri mengaku wanita besi. jadi buktikan !

Share/Save/Bookmark

Friday, December 17, 2010

jodoh


"kakak ada kat Penang sampai bila? jom lepak kakak.. bla..bla..bla..bla.. " ~ (lima hari yang lalu)

"laaaaaaaaa ..... napa tak sms !!!! " ~ (dua belas jam yang lalu)

"laaaa.. kawan saya sms kakak tak reply pun.. segan la saya pun.. (oh mengada daku *lempang*) ~ (baru je balas)

------------------------------------------------------

perbualan menerusi e-mail dengan pemuisi, penulis juga pemuzik yang mana dikagumi oleh aku dan juga teman lelaki baik aku. eleleh.. saja buat-buat salah eja.. (lempang !)

kali ini tidak berjodoh nampaknya untuk ketemu. kalau tidak boleh aku serah sebaris dua puisi aku untuk beliau lagukan.. ewahhh .. berangan ! (lempang namblas kali). ye la.. nak lagukan sendiri, jari dengan tali gitar masih belum punya kimia. entah bila tahun baru nak berguru aku pun tak tahu. asyik tangguh je. ada saja halangannya kan. nak tunggu teman lelaki yang pandai main gitar, entah bila baru ketemu. silap-silap jumpa yang pandai main alat muzik keroncong tu. hah ape entah namanya.. punggah ! maka lebur dan jadi pekasam saja lah puisi aku yang aku sorang je perasan kata sedap tu. ekeke.. kalau ikan pekasam boleh jugak goreng buat makan dengan nasi panas-panas bersama kicap dan cili potong. kalau puisi? mahu rebus lembar kertas? ewah.. emo pulak. mengade.. 

aku suka bergaul dengan pemuisi, penulis, pemuzik.. pada aku mereka ini punya seni berfikir yang abstrak. yang luas dan melimpah ruah hingga keluar kotak. extraordinary. sungguh. aku kagum. bagaimana mungkin mereka dapat mengembangkan sebuah objek yang amat kecil, menjadi topik yang besar dan berkait pula dengan isu-isu yang lainnya. cool kan? atau pun. suatu perkisahan yang panjang, ditulis seringkasnya dan hanya memakan beberapa stanza saja. namun yang menariknya, kita mampu memahami perkisahan panjang yang dikompak seringkasnya itu. 

kalau diberi pilihan untuk membaca, aku lebih gemar membaca hasil tulisan yang panjang-panjang. tapi kalau menulis, cukup lah sekadar sebuah tulisan kemetot, namun mampu difahami dan dihadam isi yang tersembunyi di sebalik tulisan pendek yang hanya memakan beberapa aksara saja itu. kalau kat laman ini, dah tentu aku hidangkan kalian dengan hasil tulisan yang panjang dan lebih kepada meraban teben ni. bebelan-bebelan kosong juga mungkin. tapi kalau cerita yang lebih serius, dan aku kompakkan, aku catitkan ia di laman yang lain. laman yang mana? rahsia.. 

biar apa pun cara dan kecenderungan kita, kalau mahu menulis, pastikan intipatinya datang dari hati. bukan sekadar rekaan atau ciptaan atau plagiat dari mana-mana mahupun sesiapa. menulis mesti ikhlas. baru lah nanti mesejnya sampai kepada mereka yang membaca. sekian dulu. nanti kalau ada yang mahu aku bebelkan, aku kembali lagi.. 


p/s: jadaddih lah. tajuk dengan isi tak senada seirama. ya! ini bahana meraban teben..


Share/Save/Bookmark

Thursday, December 16, 2010

jangan berbohong sayang..


kenapa mesti menipu? okey mungkin tak tipu.. mungkin berlaku sedikit kurang jujur. soalnya berkata benar saja walau pun pahit. mengguris perasaan itu tak apa-apa asal bukan bohong. well, aku mahu lari dari bersikap prejudis dengan mengaitkan bohong dan gender. tapi, kebanyakannya begitu. lelaki ni akalnya banyak. itu kata teman aku. dan perempuan pula pasrah saja lah bila di tipu hidup-hidup. 

lelaki.. jujur sedikit saja lagi. boleh kan? jangan bohong.. nanti kelak tergigit lidah sendiri bagaimana? kan sakit.. kalau sedang punya urusan dengan orang lain, perempuan lain, nenek orang lain, mak orang lain atau sesiapa pun jua, khabarkan saja terus terang. mudah untuk semua. kalau ada kerja sekali pun, khabarkan saja..

tapi selalunya lelaki akan marah kan? akan jadi baran bila isu bohong ini dipersoalkan. kata mereka niatnya sekadar mahu menjaga hati perempuan agar tidak robek. apa kalau bohong itu tidak merobekkan hati kah? bila akhirnya bohong itu tercungkil, bagaimana? mahu persetankan saja? 

well.. mungkin ada sebab musabab yang kita ini tidak mengerti agaknya. selagi boleh jujur, aku sarankan kalian berlaku jujur saja.. salam sayang dari aku untuk semua.. muahs !

Share/Save/Bookmark

jangan didagangkan hikayat berbau hamis



aku mahu tanyakan.. 
siapa saja manusia di dalam dunia ini yang tidak pernah tersesat?
siapa saja manusia di dalam dunia ini yang tidak pernah melakukan salah?
siapa saja manusia di dalam dunia ini yang hidupnya ibarat kain putih tanpa secalit cemar?


usah menjaja cerita yang nilainya hanya pada titis air liur
duduk diam dan lihat juga dengar
kalau sudah memang jelas kau lihat sisi gelap itu
biarkan saja
tahu tidak betapa kesalnya dia atas khilaf diri?
beban yang ditanggung tidak terkhabarkan
kesan hitam itu sedang cuba dia warnakan semula
usah menghukum
jangan menghakimi
malah bantu kalau dia perlu


nota: dia bukan akrab dengan aku. tapi bila cerita itu menerjah ke deria dengar aku, aku jadi benci. aku bukan benci pada dia. tapi pada kalian yang sewenangnya menjaja. tutup mulut dan kalau boleh jahit saja. beri peluang pada dia. boleh kan?




p/s: semoga semuanya selamat
p/s/s: untuk semua yang ada binti di tengah nama, jaga diri kalian baik-baik

Share/Save/Bookmark

Tuesday, December 14, 2010

sesat jalan? tak apa.. nanti mesti sampai jugak. jalan saja..


hidup ni macam memandu kenderaan. kadang-kadang kita sesat jalan. dah dua tiga kali lalu pun masih lagi terlepas pandang akan simpang yang sepatutnya kita masuk. nak nak pulak jalan tu jalan satu hala. jauh betul mahu pusing balik dan menemukan semula simpang yang sepatutnya kita masuk tadi. sama lah dengan hidup kita. kadang-kadang kita melakukan kesilapan berulang-ulang kali. tapi satu masa nanti, kita pasti akan dapat betulkan silap itu dan ambil jalan yang betul. syaratnya cuma satu. jangan leka, malah berusaha untuk lebih peka.. 

itu saja untuk malam ini.. selamat malam semua. semoga esok adalah lebih baik lagi dari hari ini. semoga esok nanti bahagia yang kita dakap masih lagi kekal ada tidak cicir. semoga kalian girang sentiasa. salam sayang. muahs !

Share/Save/Bookmark

Sunday, December 12, 2010

selepas hujan


kalau nanti Tuhan kirim hujan bertamu
jangan pernah kesal akan takdir itu
biar gigil kedinginan umpama batu
jangan pernah biar hati jadi beku
sebab segala kisah hanya Dia saya yang tahu
berharap juga bermohon jangan pernah rasa jemu

kalau mahu menangis, lepas semahunya kala hujan berderu
sebab Tuhan sudah janji pada kamu
selepas hujan suria akan memancar sinar yang bukan kelabu
hey ingat sini pesan aku
simpan kemas semua harapan dalam hati merah bukan biru

Share/Save/Bookmark

Friday, December 10, 2010

salam Jumaat


dah Jumaat.. pejam celik, pejam celik dah nak masuk hujung minggu balik. gila sekejap sangat kan masa berjalan? hari ni aku busy gila bab satu.. oh kalau aku tak ada dalam masa dua tiga hari ni dalam laman conteng ni, jangan rindu-rindu aku sangat. baca lah post yang lama-lama tu. 

btw, happy always ! ingat, apa jua cabaran hadapi dengan jiwa kental dan senyum.. selamat berhujung minggu ! salam sayang untuk semua.. muahs !

Share/Save/Bookmark

Thursday, December 09, 2010

bond = physic + chemistry + biology + mathematics


takde fom.. takde fom.. mane kau.. seraplah aura jingga itu ke dalam jari jemari aku.. biar habis semua aksara aku tekan benam.. marilah !! marilah !! 
haha.. aku takde fom nak tulis blog. penat aku seru-seru kuasa tok nenek bagai.. hah ! meresap jugak idea untuk menulis.. okey here we go !

bond.. pernah dengar perkataan bond? kalau dalam finance, bond tu merupakan satu financial instrument.. ala.. debt security.. paham? tak paham sudah.. angguk je buat-buat paham.. oke sambung.. kalau dalam filem.. bond tu nama manja james bond.. ingat tak dialog ni? "I am bond ! James Bond !"

okey.. serius.. serius.. alah semua orang pun tahu kan. bond tu maknanya ikatan. ikatan yang sebenarnya tak perlu pun di materai dengan sumpah janji sehidup semati, tapi dalam hati sama-sama rasa. bagai ada satu kuasa yang buat jiwa kita bergetar, dalam masa yang sama, kita rasa damai, tenteram, bahagia dan gembira. semalam sewaktu aku berbual-bual dengan teman lelaki  baik aku menerusi yahoo messenger.. haih !! kenapanye? yang nak terbelalak terbeliak biji mata tu apa kes? gua salah taip kot ! tu pun nak ambil serius .. 

okey drama habis.. sambung balik.. sewaktu sedang rancak berbual, bermula dari soalan yang di ajukan kepada aku yang berbunyi:

"dari mana terbitnya rasa tu?"

"bila dah selalu bersama, timbul lah bibit-bibit sayang. lepas tu bertentang mata.. wahhh .. pada aku yang utama adalah kimia"

dan kemudian aku mengutarakan hujah-hujah aku dengan panjang lebar. sedang enak aku mengutarakan hujah aku yang konon macam saintifik gila hinggakan aku menganggap cinta itu seperti sebatian kimia H2O yang mana salah satu tak boleh tidak ada dan bla..bla..bla.. teman aku ini come out dengan satu teori yang sangat mudah dan simple iaitu :

Bond = Physic + Chemistry + Biology + Math

penjelasan beliau ke atas teori yang diutarakan seperti di atas berbunyi begini:

Fizik merupakan satu daya tarikan yang terhasil daripada bentuk fizikal dan rupa paras seseorang yang mendorong ke arah seterusnya. ah ! asal ada perkataan daya tu ada la kaitannya dengan fizik :p

Kimia tu pulak adalah satu bentuk keserasian atau kesesuaian. dalam apa keadaan pun, macam kena je. tak ada serba tak kenanya. okey aku kasi contoh. misalkata cecair pencuci. kalau lah chemical substance dalam cecair pencuci tu tak ada kesesuaian, agak-agak bersih tak lantai kau? agak-agak hilang tak minyak kat periuk belanga kau?ekceli aku pun tak konfem contoh aku ni kena ke tidak.. hiks !

Biologi pulak dikaitkan dengan unsur dalaman like hormon dan oh ! debaran jantung serta adrenaline rush.. wahhh !! darah menyerbu ke muka.. aku suka oh ! rasa muka macam feeling-feeling blushing je walau aku tahu kulit muka aku yang kelabu asap ni tak memungkinkan warna merah jambu itu untuk kelihatan di pipi. 

Matematik tu pulak perkiraan.. kita mengira peluang yang ada untuk bersama, sejauh mana berjaya hubungan tersebut.. kita menganggarkan hidup kita di masa yang akan datang.. predict future kita dengan yang tersayang..dan yang lain-lain tu korang tambah sendiri boleh? ekeke..

kesimpulannya.. keempat-empat unsur saintifik ini adalah perlu dalam perhubungan yang mendekatkan dua jiwa dan menyatukan dua hati ini. well.. aku tak paksa korang setuju dengan teori yang tiba-tiba terberanak ni. cuma pada aku cinta ini indah. kita boleh samakan cinta ini dengan apa saja yang ada dalam dunia ni. cinta itu sesuatu yang unik. unik amat. kadang-kadang tak perlu di luahkan pun. cukup sekadar rasa bahagia yang sesekali berhembus dingin dan mendamaikan hati. kan? ekeke..

so, kepada sesiapa yang rasa kurang yakin dengan cinta masing-masing, cuba renung-renungkan semula. ada atau tidak keempat-empat unsur ini dalam perhubungan kalian? well mcm yang aku cakap tadi, aku tak paksa kalian percaya, tapi mana lah tahu kalau-kalau ini boleh jadi panduan.

teori ini adalah courtesy dari teman baik aku.. aku cuma kongsikan saja di sini, dan aku tambah sikit seasoning nak bagi sedap cerita.. dan bagi panjang lebor sikit.. another two cent from aku bukan kamu.. salam sayang.. muahs !


Share/Save/Bookmark

Saturday, December 04, 2010

meraban teben: tips mengelakan kekeringan kulit wajah













hari minggu yang mendung-mendung, hujan gerimis dari tadi membawa ke petang. oh sungguh tak menarik. jadi berhibernasi dalam rumah je dan tak habis-habis dengan makan. dan lepas tu meroyan depan laptop, main webcam dan si kecik ni pun bercendoi-cendoi jugak nak enterframe. hesh ! nak keluar pun macam tak berapa menarik sebab kuasa membeli aku di rasakan semakin mengecil. ewah ! jadi duduk keras diam-diam kat rumah merupakan pilihan yang terbaik buat masa ini. kenaikan harga petrol yang diberitakan memberi aku pekerjaan tambahan. haha ! prepare budgeting dan nampaknya ia cenderung ke arah deficit budget. eleh.. mengade-ngade. minyak naik lima sen terus jadi deficit budget.. ngeng ! :p
oh stress ! *buka peti gula-gula eclips*

nak kata high mentenen, rasanya tak lah pulak. tahu tak, bedak kompak aku pun berganti tiga bulan sekali. itu sudah jelas menunjukan bahawa penggunaan bedak adalah pada kadar yang paling minimum. menyentuh tentang isu bedak, mai sini aku nak share tips untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas dari kekeringan.
  • minum air putih tak kurang dari dua botol sehari. selalunya orang malas nak minum air sebab nanti kena kerap ke tandas kan. haipp ! jangan lah malas-malas. tahu tak, berjalan ke toilet boleh membakar sehingga berpuluh kalori tahu. 
  • pakai pelembap kulit ketika keluar rumah. tak payah pakai pelembap mahal-mahal. setakat fair and lovely yang berharga enam ringgit tu pun dah memadai.
  • bebaskan wajah dari sebarang alat kosmetik. kalau nak pakai pun, nipis-nipis sudah 
  • jangan basuh muka menggunakap pencuci muka dengan kerap. kalau tak pun, gunakan pencuci muka bebas foam. ikut petua aku, basuh muka dua kali sehari je. jimat pun jimat. boleh lah tahan pencuci muka tu untuk tiga bulan :p
  • banyakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • elakan pengambilan alkohol. oh itu sungguh durjana.
  • berwuduk sekurang-kurangnya lima kali sehari. ececeh ! 
okey sekian saja rapuan aku untuk petang ini. bertemu lagi nanti..


Share/Save/Bookmark

Thursday, December 02, 2010

macam mana nak tahu orang tu jodoh kita? Istikharah lah.. hesh ! selain itu?


"kentang.. macam mana kita nak tahu orang tu jodoh kita?" soalan ini menerjah di deria aku sekejap tadi.

sayang, kita tak akan tahu siapa jodoh kita selagi kita belum berjodoh dengan dia. jodoh ini rahsia Tuhan. misteri amat. hanya Dia yang tahu, jadi sebagai seorang manusia yang merupakan sebahagian ciptaan-Nya, kita mohon petunjuk dari Dia. dan selebihnya, keputusan itu adalah di tangan kita. peka dengan bisikan hati. dengar apa kata hati. 

esok kalau ada kelapangan aku sambung boleh tak? dah menguap tiga kali macam badak air. harus segera ke peraduan.. selamat malam semua.. 


03 December 2010: update >>>

okey sambung jom. selalunya kita jadi pening, keliru dan tak tahu mana satu jodoh kita bila kita punya banyak pilihan. we keep the options open and when it comes to the moment yang mana kita perlu buat pilihan, hah masa tu lah kita jadi confuse dan lepas tu berfikir macam nak terbalik bumi. selalunya kalau kita dapatkan khidmat nasihat dari orang sekeliling, mereka akan cakap "alah.. kau istikharah saja lah"

Istikharah bukan penentu jodoh. jangan salah sangka dengan menganggap bahawa Istikharah boleh beritahu siapa jodoh kita. aku bukan lah ustazah yang padu ilmu agama dalam dada. jadi aku nak share beberapa link semoga boleh menjadi panduan.



setiap orang punya cara yang tersendiri dalam mencari jodoh masing-masing. ada yang kumpul banyak-banyak lepas tu compare yang mana terbaik untuk dia. ada pulak yang setia kepada yang satu selama bertahun lamanya. ada pulak yang berkawan, lepas tu rasa tak boleh nak masuk dia putuskan pulak. itu hak individu dan aku kira aku tak punya barang secebis pun hak untuk menghukum sesiapa. yang penting, kalau dah kahwin jangan nak sibuk-sibuk cari scandal lain. piat telinga tu nanti sampai putus..

oh.. untuk soalan di atas tadi, aku tak punya jawapan. cuma pada hemat aku, kita tak tahu siapa jodoh kita. dah kahwin nanti baru la kita tau.. oh rupanya Ahmad ni jodoh aku. kalau lah awal-awal aku tahu, tak payah susah-susah nak bermusuh dengan dia. bercinta je terus.. ekeke ..

tanya dengan hati sendiri, siapa yang lebih kita kasih.. tapi, Ibu kata pilih lah orang yang kita tahu lebih sayangkan kita..

maaf kalau entry ini tidak membantu. moga-moga semua dari kita mendapat jodoh yang baik, saling melengkapi serta memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.


p/s: sentiasa kenang cerita rumput. kalau itu jodoh aku,
aku mohon moga Tuhan beri hidayah kepada kami. kalau bukan, 
teruskan berjalan lagi ..

Share/Save/Bookmark

ada cop sosial kat atas dahi. oh terima kasih.


gambar aku berhijab. ya aku tahu sekejap aku ni berhijab, sekejap nanti aku tempek pulak gambar dengan rambut gerbang pesen langsuir aku tu. terima kasih kepada teman-teman yang selalu menitip pesan di dalam inbox aku dan tak kurang juga kepada yang menegur secara terbuka. sungguh aku hargai kalian. doakan aku akan kekal begini suatu masa nanti. 

berhijab bukan sekadar menutup kepala semata. langkah kaki harus terjaga, tatasusila mesti terpelihara. namun semua itu bukan alasan untuk aku tidak mahu kekal berhijab. suatu hari nanti pasti. siapa pun di atas muka bumi ini berhak menghakimi dan aku terima dengan hati yang terbuka lebar. 



p/s: cetusan rasa.. kepada yang menghakimi,
aku sosial ek? pernah nampak aku
kat club yang mana? 

Share/Save/Bookmark

kunyah hati sendiri kalau kerjanya cuma tahu meranapkan saja


untuk perempuan-perempuan kesayangan aku.
kalau orang tak pedulikan kita, kita persetankan saja dia.
oh mungkin orang akan kata aku ini terlalu emosional atau mungkin tidak membantu
tapi itu lah yang sewajarnya sebab dengan cara itu kecewa kira tidak lah terlalu dalam
luka pun tidak lah fatal
ya benar hati kita jadi ranap jadi parah
tapi yang ranap itu boleh kita bersihkan nanti
boleh kita buat binaan yang baru di atasnya
tak perlu buru-buru
sakit?
ah memang sakit sayang
aku tahu aku rasai aku fahami

lelaki ni, kadang-kadang bukan betul sangat otak yang di dalam kepala tu
sekejap mahu, sekejap nanti tak mahu
selalu saja buru-buru
kata sayang, ucap rindu, tabur janji semanis madu
tak cukup dengan itu, buat kita jadi biul tak tahu mana pucuk mana perdu
buat kita terawang
kepala di langit kaki tak pijak bumi

hey sayang
jangan salahkan diri sendiri
kita tak jejak bumi sebab lelaki punya kuasa
kuasa menabur kata
kuasa menabur cinta
oh cinta yang kita tak tahu setinggi mana, sejernih apa
hey lelaki !
kalau kepala sendiri tak dapat nak tentukan apa mahunya hati
jangan mulut sedap-senang menabur janji
tali dari kain guni, jangan mahu diikat mati
hey lelaki !
kau tahu tak meratapi ranap hati itu penat ?
kau tahu tak nak jahit luka tu renyah?
apa kau fikir hati itu macam kain !

lelaki !
tolong bijak sikit
hati yang Tuhan kurnia
pakai dengan sebaiknya
jangan meranapkan lah !
boleh tolong tak?
kalau masih terus mahu meranapkan
belah saja dada sendiri
pongkah dan keluarkan hati sendiri
dan ratah- kunyah sampai lumat !


p/s: untuk perempuan-perempuan yang aku sayang
walau siapa pun kamu
walau di mana kamu berdiri di atas bumi ini
tolong ingat ini
simpan dulu cinta yang tinggi-tinggi itu dalam hati
simpan hanya untuk suami.
betul.. simpan hanya untuk syurga kamu
sebab lelaki yang bukan suami
kebanyakannya adalah neraka..


Share/Save/Bookmark

Wednesday, December 01, 2010

jangan syakwasangka.. tak baik ! tapi kan, kamu mahu selamat atau mahu kena telan bulat-bulat?


oh aku nak membebel. sebelum itu macam mana dengan hari kalian? tak mau tension-tension okey. meh sini nak resume balik aku punya bebelan.

oh tadi aku dapat satu sms yang berbunyi begini:

Ini ayah. tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0142803580 ayah lagi ada masalah kat balai police. ta payah call sekejap ayah call.


sender: +6285250887461

nota: sebijik-sebijik ayat aku tiru.

wahhhh .. detail aku kasi. entah endon mana tak tau duk penaya orang. oh jangan tanya apakah tindakan aku. nak biarkan? oh tidak.. nampak sangat ini kes menipu. apa pasal tak bagi call? sanggup pulak nak call balik kan. tapi aku pun tak kuasa nak call siasat itu ini. hantar mesej je sudah. jimat. dua patah perkataan sudah memadai.

kalau terima mesej-mesej berbaur cemas macam ni, jangan lah cemas. bawa-bawa bertenang. tilik dulu sms tu satu persatu. kalau boleh tilik setiap satu huruf. haha ! dan lagi, tak payah la gatal-gatal nak call balik. dunia sekarang ni ada macam-macam. orang kalau nak nayakan kita, menerusi talian telefon pun boleh jalan. bukan aku nak ajak korang fikir benda yang bukan-bukan. berburuk sangka dan buang semua tanggapan positif. tapi sekurang-kurangnya kita kena banyak beringat dan berhati-hati. 

aku pasti ramai yang ada di luar sana pernah ada pengalaman di tipu, di aniaya malah di pukau dan mengakibatkan kerugian sehingga beribu-ribu ringgit. jadi kalian, berwaspadalah !

pesanan khidmat masyarakat ini di bawakan dari, Blogger dot com. ekeke.. cheers !! 




p/s: mahu menggarap karya dengan tema malam ini..
nantikan ya..


Share/Save/Bookmark

meraban teben: entry cerita bergambar




di sebuah pejabat yang sunyi dan sepi, ada seorang makcik cleaner duduk sorang-sorang dalam sebuah bilik. oh sebenarnya bukan sorang-sorang. tapi dia menemankan orang. sebab dia dah tak ada kerja nak buat, habuk pun dia dah sapu bersih, jadi dia pun mengambil peluang dan ruang yang ada untuk merakamkan kejelitaan wajahnya. oh dia adalah antara makcik cleaner yang paling lawa dalam bangunan ini. 
sesungguhnya makcik cleaner ni sangat suka berangan. nak jadi model telefon bimbit macam tak ada harapan je. berangan sendiri-sendiri pun jadik lah.. 

hidup sehari-hari sebagai seorang cleaner di rasakan sungguh membosankan hinggakan ada ketika dia fikir bahawa mati itu lebih baik. namun begitu dia tidak sanggup pula untuk bunuh diri. apa gila? dah la amal pun belum cukup berat. nak pulak tempah tiket percuma ke neraka. hesh ! boleh jahanam hidup nanti.. maka makcik cleaner pun berfikir-fikir apa yang perlu dia lakukan..

pling ! tiba-tiba dia mendapat satu idea yang sangat lah bernas. nasib baik lah dia suka makan beras keluaran bernas. kalau tidak, dah tentu kepala otaknya tak dapat berfungsi dengan baik dan bernas. makcik cleaner mengambil keputusan untuk.. untuk..

yeah !! untuk buat makeover. okey lepas ni boleh pergi casting untuk berlakon filem syurga cinta 2 sebagai heroin di samping hero pujaannya..

Fahrin Ahmad

oh oke sekian entry merapu saya pada pagi yang hening ini. mahu tidur. esok nak bangun awal buat nasi goreng pedas ikan bilis. sedap oh ! bantal oh bantal. esok ai nak bangun awal yer.. 

nyte then.. muahs !

p/s: oh selkom memang selalu iri hati dan cemburu dengan penggunanya. mahu ikut Mazidul dan Bro Hezrey buat entry komplen.. eh tetibe !!

nota: entry tidak ada kene mengena dengan makcik cleaner yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia..

Share/Save/Bookmark

jangan sampai tumbang, jangan sampai terbenam ke perut bumi..


kalau kita pancangkan kayu di atas tanah, lambat laun kayu itu akan senget dan kemudian nanti tumbang. setuju tidak? berbeza pula kalau kita pasakkan kayu itu tadi dengan pasak yang kukuh, dan sebaik-baiknya letak sekali dengan konkrit, bukan kata kayu itu berdiri kukuh, malah boleh di bina bumbung pula di atasnya. macam tu jugak lah dengan diri kita sendiri. sebelum kita berhadapan dengan orang lain, kita sebenarnya perlu berhadapan dengan diri sendiri dulu. lawan dengan takut kita, inferior kita, tidak yakin kita, lemah kita.. lawan semua dan bertegas dengan diri sendiri. kalau kita tak boleh nak tegas dengan diri sendiri, macam mana kita nak tegas dengan orang lain? macam mana kita mahu sampaikan pada orang bahawa mahunya kita begini, dan bukan begitu.

soalnya diri kita sendiri perlu kuat. diri kita sendiri perlu berani. diri kita sendiri perlu yakin. jadi walau siapa jua pun yang mengancam, walau apa pun dugaan yang membadai, insyaAllah kita dapat tempuhi semua dengan jiwa yang cekal. walau macam mana tersungkur sekali pun, kita tetap boleh bangkit kembali. walau macam mana sukar sekali pun, sentiasa akan ada jalan untuk kita atasi. 

aku beri contoh mudah. kawan pengaruh kita untuk join MLM. jual gelang magnet. (oh jangan saman ai. ni contoh je. nampak kan? nampak kan? ai takde mention nama.. )

oke, sambung balik.. kawan pengaruh kita untuk join bisnes jual gelang magnet. tunjuk duit beribu-ribu ringgit. di tayangkan depan mata kita, di layangkan pula dekat hidung kita. gila tak tergoda dengan duit? persoalannya di sini. kalau kita tidak tegas dengan diri sendiri, ada kemungkinan kita terus setuju untuk turut serta kan? kalau kita tidak tegas dengan diri sendiri, mudah saja kita tergoda dengan wang yang di layang-layangkan bukan? cuba kalau kita tegas dengan diri sendiri.. "eh, mana ada kaya tu datang bergolek, dalam sekelip mata saja,". kita bersoal jawab semula dengan diri. "duit bukan segala-galanya. yang penting aku bekerja memberi rezeki kepada keluarga selama ni, dengan sumber yang halal. tak mengapa bina hidup pelan-pelan,". dan kemudian dia menolak ajakan rakan dengan baik. oh rakan tak faham bahasa la pulak. dia jauhkan diri dari rakan, dan hidupnya kembali tenang. dia menjalani hiduo secara sederhana seperti sebelumnya. 

satu hari, keluar dalam berita bahawa bisnes yang pernah di anjurkan kepada dia dahulu adalah satu penipuan. nasib baik lah dia bertegas. cuba kalau dia tak tegas? angguk kepala, ikut saja kata kawan-kawan hinggakan terjebak dan akhirnya nanti siapa yang menanggung rugi? bukan kah diri sendiri yang rugi?

hah itu cerita duit. belum lagi cerita yang lain-lain kan. hurm..hidup kita ini tidak terlepas dari cabaran dan dugaan. walau apa jua dugaan yang datang, kita mesti tegas untuk capai satu keputusan yang benar-benar betul dan tidak akan kita kesali di kemudian hari nanti. 

kalau kita tak tegas dengan diri, bagaimana mahu bertegas dengan orang? jadi kuatkan jatidiri, dan jangan mudah menyerah.. 

salam sayang untuk semua.. oh dah mengantuk. btw, selamat melangkah ke bulan terakhir dalam tahun ini. welcome December ! 

p/s: oh aku berjaya tegas dengan diri..


Share/Save/Bookmark