Monday, January 31, 2011

nasi lemuni (makan hari-hari untuk efek muka awet muda)



picture courtesy from Kak Rusnah Fotopages


pernah dengar atau pernah menjamah hidangan Nasi Lemuni? aha ! aku pun jakun jugak. tapi bila dah duduk menetap di Penang ni, baru aku kenal nasi lemuni tu apa. cara penyediaannya adalah seperti cara penyediaan nasi lemak, cuma yang berbezanya dicampur dengan daun lemuni yang dikisar halus. 

jom tengok resepi Nasi Lemuni.

4 cawan beras
4 cawan santan
2 - 3 batang daun lemuni
2 - 3 biji bawang merah kecil (dihiris nipis)
halia sebesar ibu jari (dihiris nipis)
sebatang serai (dititik)
sehelai daun pandan (dikoyak sedikit dan disimpulkan)

kaedahnya mudah saja. campurkan saja kesemua bahan tadi, dan letak atas rice cooker. nak lagi best, masak atas dapur dengan api sederhana. 

Nasi Lemuni boleh dihidang bersama Sambal Ikan Bilis, Sambal Udang, Sambal Sotong, Sambal Telur, Sambal Ikan Masin bersama dengan mentimun. ikut citarasa. Aku memilih untuk menunjukan resipi Sambal Telur. cekedaout !

4 biji telur (direbus kemudian digoreng)
15 - 20 tangkai cili kering
sebiji bawang besar
dua ulas bawang putih
2cm halia
sedikit belacan
asam jawa
garam
gula


  1. kaedahnya, telur rebus digoreng sehingga kekuningan. 
  2. bahan-bahan seperti cili kering, bawang, halia dan belacan dikisar. 
  3. tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga naik minyak dan bau
  4. masukkan sedikit gula (gula membuatkan cili tadi lebih cepat garing dan memberi perisa)
  5. masukkan sedikit air asam jawa dan garam
  6. masukkan telur yang telah digoreng tadi. gaulkan seketika dan sedia untuk dihidang.

update: kakak Tikah kasi petua, nak lebih bagus lagi, ambil dahan pokok Lemuni, raut elok-elok dan jadikan senduk untuk kacau nasi tu. segala zat-zat dalam dahan tu nanti meresap ke dalam masakan dan boleh buat kita jadi awet muda. 



p/s: nasi ni kaler dia gelap-gelap skek.. efek dari daun lemuni tu tadi
p/s/s: post resipi sebab nak kawen ke? giat kakak.. haha !


Share/Save/Bookmark

Sunday, January 30, 2011

berani !


meneropong ke langit yang gelap hitam tanpa sebutir pun kerdipan bintang di atas dadanya buat aku faham akan erti kosong. kosong itu tak pernah pun indah. cuba kau cari di mana indahnya langit yang gelita tanpa ada sesuatu pun yang menghiasinya. jumpa di mana indahnya? kalau ada khabarkan kepada aku agar aku dapat lihat sama. 

ruang langit yang gelita hanya menjemput rawan datang mengusik bagai jelmaan mengerikan. kaki mahu berlari, tapi seakan disampuk kaki jadi beku terpasak kukuh dan kaku. betapa jiwa meronta-ronta mahu lari, betapa mata dipejamkan rapat ketakutan dengan jelmaan yang menghimpit. 

jangan takut. buka mata kamu sayang. 

bisikan yang aneh dan entah dari mana datangnya mengetuk-ngetuk deria. bisikannya menikam hati, memaksa diri untuk akur. 

bayangan itu cuma khayalan sendiri. jangan bimbang. sekarang buka mata seluasnya. jangan dibutakan mata yang sebenarnya celik sayang

jemari dikepal genggam sekuatnya. dengan sepenuh kudrat. bisikan yang mendesak memaksa diri untuk jadi berani. aku mesti berani. desis hati sendiri. 

mata dibuka, dijegil seluasnya. dia mendongak kembali ke atas langit yang luas terbentang. aneh ! langit tidak lagi bersimbahan cat hitam pekat. langit tidak lagi gelita. ada bintang yang berkerdipan di atasnya. 

ya benar. mata jangan biar terpejam. jangan biar hati mengecil, mengecut mengundang takut. jangan biar rawan bermaharajalela menaiki takhta lalu mengaburi pandangan dari sesuatu yang indah. genggam kekuatan untuk jadi bekal diri. jadi berani !


p/s: jangan takut sebab gelita itu tak lama. 


Share/Save/Bookmark

Friday, January 28, 2011

kesempatan


Assalamualaikum wbt..

wooh ! pejam celik Jumaat muncul kembali. tapi aku sambut fajar Jumaat dengan mood yang tak berapa baik tadi pagi atas dua sebab dan salah satunya adalah dilema memikirkan cuti. semalam aku gembira benar bila memikirkan bahawa hari ini aku akan bertolak pulang ke kampung dan bakal bercuti selama satu minggu berderet. tapi.. setelah dipertimbangkan dan mengambil kira faktor lambakan kerja yang mendesak, senyum aku terus jadi sirna. 

satu lagi sebab, aaa.. yang ini biar jadi rahsia aku seorang. tak apa lah. tak ada kesempatan mungkin. tapi itu lah. sedikit hampa. tak tahu kenapa. seboleh-bolehnya aku ingin menghargai setiap kesempatan yang ada sebab aku tahu apa yang aku ada, apa yang aku rasa ini sifatnya tidak lama. ah ! terlalu terbawa-bawa dengan kebimbangan mungkin. bimbang ditinggalkan, atau boleh jadi meninggalkan. semuanya berkemungkinan. tak tahu apa rencana Tuhan. paranoid kan aku. 

berbalik kepada soal dilema tadi, aku cukup sedih kalau apa sahaja perancangan yang telah aku rangka dan rencanakan tidak menjadi. memang hati aku berkobar-kobar sangat mahu pulang. aku cuba untuk pujuk diri supaya sabar. sabar itu kan ada hikmahnya. ada manisnya. hurm, lagi pun kan tadi ustaz ada beritahu golongan yang berjalan di hadapan di padang Masyhar nanti adalah golongan orang-orang yang sabar. okey jadi mari bersabar. ah ! rindu yang teramat pada Ibu.. dan terima kasih sayang meleburkan dilema tadi. 

dalam kesempatan sesingkat ini, sesungguhnya aku mahu menghargai semua yang aku ada. aku harap Tuhan beri aku masa yang lebih lama lagi. mohon Tuhan merahmati semua yang aku kasih. keluarga, kawan baik dan en.waspada. 

p/s: tak tahu kenapa beremosi sedih sejak pagi

Share/Save/Bookmark

Thursday, January 27, 2011

Asmaradanta


sambungan dari cerita asal ASMARADANTA oleh Linglung:



hari ini hari minggu. oleh kerana gua sangat sayang akan kutu-kutu di atas badan kucing peliharaan gua, gua mahu keluar cari hiburan. susah nanti kalau mati kutu. maksud gua kutu di atas badan kucing peliharaan gua yang bernama Pasa Sanda. nanti Pasa tak ada kawan lagi untuk di ajak bermain bila gua tak ada di rumah. hah lu dan lu, juga lu jangan ketawakan gua pulak. jangan nak memandai-mandai berbuat spekulasi mengatakan bahawa gua ini adalah gay semata-mata kerana gua memelihara kucing. lu semua jangan lupa, Nabi kita dulu sayang amat dengan kucing. ingat tu. gua tak suka dengan spekulasi murahan begitu. gua ini lelaki tulen dan hanya berminat untuk keluar dating dengan perempuan sajaha. itu pun perempuan yang tulen. perempuan jadi jadian tak main okey. 

panjang pula gua meraban. kembali kepada cerita gua yang mahu keluar cari hiburan. oleh kerana gua tak gemar berhibur secara solo, maka gua mengambil keputusan untuk mempelawa Zurina untuk berhibur secara jemaah dengan gua. gua capai BB yang enak terlentang atas meja kopi di hadapan gua. 

"Zurina, jom join I tengok wayang secara berjemaah. I solo je ni," 

tak lama selepas itu BB gua mengiau manja. 

"menarik. you pelawa, you belanja, I okey saja"

gua senyum sendiri. berpantun pula dia. 

dipendekkan cerita, hari ini adalah hari minggu yang terbaik untuk sepanjang bulan. gua gembira, Zurina juga gembira. asal ketawa ria mampu lindungi mendung yang bertamu lewat renungan matanya, itu sudah cukup memadai. yang penting, gua gembira dan Zurina juga nampak gembira.

*enam hari kemudian*

"macam mana dengan deal kita minggu lepas? boleh ke boleh?" ujar gua sambil menghabiskan sisa-sisa nasi lemak yang masih berbaki. Zurina mengangkat wajahnya, menatap sepasang mata gua dengan dahi yang berkerut. kuih keria terakhir yang baru digigit sedikit diletakkan kembali di atas piring. 

"boleh ke?" soal Zurina.

"apa yang tak bolehnya?" soal gua kembali. seraya itu gua mencapai teh O yang sudah tinggal suku.

"actually, I akan berkahwin hujung bulan depan, dengan pilihan orang tua I," ujar Zurina dengan wajah yang dirundukan sedikit. 

Dengan tak semena-mena teh O yang gua hirup rasa seperti lansung tidak bergula. 




p/s: ending macam kurang vitamin E dan C. 


Share/Save/Bookmark

i will love you everyday



A bf gave a challenge to his gf to live a day without him.

No communication at all and said if she passed it he'll love her forever. The gf agreed.

She did not text or call him the whole day without knowing that her bf has only 24 hours to live because he's suffering from cancer.

She excitedly went to her bf house the next day. Tears fall as she saw his bf lying on the coffin with a note on the side.

"You did it baby, can you do it everyday? I LOVE YOU".




p/s: i just can't imagine how my life would be if it happen to me.. kalau kasi aku pilihan, aku nak mati dulu .. 




courtesy from Kak D's Blogsite

Share/Save/Bookmark

jejak masa




bukan tak mahu. hakikatnya benar mahu. kalau lah dikurnia sayap, sekarang juga aku akan terbang ke sana. betul. ini bukan main-main. tapi itu lah.. kalau.. 

kalau benar-benar mahu, pasti sehabis daya meletak usaha.. 

*tarik nafas dalam*

Tuhan lebih tahu kenapa. untuk masa ini, aku gembira dan bersyukur dengan apa yang ada. benar. sungguh bersyukur. sekurang-kurangnya aku merasa dinginnya bayu yang mengelus kulit aku. bukan sekadar lihat pepohonan meliuk lintuk sedang diri ibarat terkurung di balik dinding kaca, tidak merasa apa-apa.

aku tahu Tuhan sangat baik dengan aku. kalau sekarang terhalang, aku tahu nanti Tuhan akan permudahkan. 

*senyum*

biar terkumpul dulu rindu dalam sukma. gelas pasir itu sudah kosong di atasnya.. terbalikkan.. 

Share/Save/Bookmark

Wednesday, January 26, 2011

obsesi insaniti


sebab terlalu cinta, tergamak membunuh. sebab terlalu cinta, tergamak meggadaikan masa hadapan sendiri. sebab terlalu cinta, tergamak mensampahkan maruah sendiri. malah sebab terlalu cinta, nyawa sendiri dijadikan taruhan. soalnya cinta kah namanya kalau berakhir dengan sebuah tragedi? 

orang kata, cinta Romeo dan Juliet juga hujungnya adalah tragedi. begitu juga dengan kisah cinta Laila dan Majnun. tragedi itu lah yang di angkat menjadi model cinta sejati. hey kawan.. itu lain.. kita ini berada dalam zaman yang membanggakan ketamadunan. maka setiap tindakan bukan hanya berpaksikan kepada kata hati semata. akal perlu diguna pakai sama. biar bermusuh akal dengan hati asalkan nanti kita ini tidak berlaku gila. 

ditikam bertubi-tubi, simbah asid ke muka kekasih kerana cinta ditolak, menggugurkan kandungan berkali-kali.. ini kah nilai yang harus di bayar kerana obsesi yang melampau terhadap cinta? 

takut mahu kembangkan lagi cerita dengan panjang lebar. cinta itu semua rasa. obsesi dan kegilaan boleh berlaku kepada sesiapa saja yang gagal mengawal diri. aku sendiri tidak terkecuali. sebagai manusia yang Tuhan kurnia akal juga hati, gunakan sebaiknya agar tidak terjebak dalam rasa taksub yang boleh membunuh jiwa kita. 

kalau mahu berbuat apa pun, paling tidak cuba lah kasihankan diri sendiri.



Share/Save/Bookmark

just in case if you read this..


semua orang cari you. semua orang macam freak out giler.. like.. hey mana pakcik ni.. mana beliau.. once again, one of your girlfriend (ewahhhh !! macam la ramai sangat kan) PM i tanya kot-kot you ada balas e mail i ke ape ke. 

*deep sigh*

wooh ! you know who you are.. please.. please respond to my e mail.. tiba-tiba je hilang mana lah orang tak menggelabah ayam. dah la you ada janji dengan i magnet peti sejuk kan.. kan.. ade kan.. 

harap-harap you sihat, makin gemuk dan selamat kat sana.. sentiasa dipelihara oleh-Nya.. 


p/s: ada banyak hits dari US and i betul-betul harap one of them adalah dari you.. just in case kalau you lupa p/word e mail ke, and kalau terbaca ini tolong hantar khabar berita. 

Share/Save/Bookmark

Tuesday, January 25, 2011

nilai muka perempuan sebulan. suami kena bagi nafkah at least RM200. sekian untuk makluman :p




Bedak Miyami                                 RM16.90
Moisturizer (Nivea Pearl White)       RM23.90
Lipbalm (Mentholatum)                    RM9.90
Gincu                                             RM28.00++ (bergantung kepada jenis dan jenama)
Eye Liner                                       RM15.00++ (bergantung kepada jenis dan jenama)
Maskara                                         RM28.00 – RM 32.00 (dari jenama Maybelline)
Pembayang Mata                             RM6.00+/- (Elianto)
Pemerah Pipi                                 RM12.00 +/- (Elianto)
Alas  Bedak                                    RM32.00++ (bergantung kepada jenis dan jenama)
                                                   _________
                                                    RM171.70
                                                   =========


nota: abaikan susunan seperti ular dipalu di atas.. tu nama dia free style :p

berikut adalah kiraan kasar perbelanjaan alat solek dari jenama biasa-biasa untuk seorang wanita. tapi ini tak lah fixed. kos yang aku kira ni bergantung kepada kekerapan penggunaan perias wajah tersebut. bagi yang hari-hari mahu merias wajah dan tiap-tiap jam mahu touch up, sebulan dah boleh habis. tapi kalau yang tak berapa nak make up tu, boleh lah tahan antara tiga hingga enam bulan. 

aku tak ada masa nak berias sampai berjam-jam depan cermin. jadi, aku pakai tiga benda je. Bedak, moisturizer dengan lipbalm. tiga barang ni pulak boleh la tahan dalam tiga bulan. 

macam mana nak kasi tahan lama? hah ! kau kalau tak keluar mana-mana, tak payah la nak tempek apa-apa kat muka tu. biar muka kau tu bernafas dengan sempurna. kalau tempek moisturizer pulak, setakat cukup rata di kulit sudah memadai. kau titik kat spot tertentu je. di dahi, pipi kiri dan kanan, hidung dan dagu. lepas tu bedak sapu nipis-nipis. kau tak payah nak tempek macam tok pek kong cina. sekadar cukup untuk menyerap lembapan dah la. bedak ni antara fungsinya adalah untuk menyerap lembapan dan mengawal kilatan. nanti kang kau tempek banyak-banyak, bukan setakat mengawal, disumbatnya sekali kau punya liang roma. dah satu masalah lain pulak. jerawat batu bermaharajalela. kan tambah kos tu. nak kena beli ubat jerawat pulak. 

tuan tanah kedaung yang berwajah tak semenggah. nak mekap tunggu raya :p

akhir kata, bermekaplah dengan bijak.. take care ! muahs !




p/s: kadang-kadang blogger memang suka letak tajuk lain isi lain.. tapi, yang weng macam aku ler :p

Share/Save/Bookmark

Monday, January 24, 2011

pencak Teja



jangan susun duri berselang dengan helaian sutera
nanti carik, jangan salahkan aku yang kononnya tidak bilang apa
aku sudah beri ingatan
berkali aku sisip ingatan di balik lipatan lembut sutera


sabar manusia jangan diuji setinggi mana batasnya
tinggi mana lah sangat batas dibentuk cangkulan berkudrat temulang halus ini
jangan berlebih
pencak Teja jangan kau pandang enteng
bertikam jua rela kalau batas dilangkah sesuka hati




p/s: sabar bukan kau boleh ukur pakai jengkal. simpan semua provokasi.


Share/Save/Bookmark

interlok - mereka yang habis modal berdemonstrasi. nak panggil pariah boleh tak?


INTERLOK hanya sebuah novel KOMSAS pelajar SPM di zon tengah. namun isi kandungan novel ini menjadi bahan untuk dibahaskan secara lantang, sehingga membawa ke persidangan dewan. hello.. dah habis modal berdemonstrasi? atau penggunaan bahasa di dalam naskah novel ini terlalu tinggi hinggakan maksudnya tak mampu difahami? aku mencari-cari naskah novel ini untuk menelaah di mana relevannya isu ini dibawa ke medan demonstrasi. berikut sinopsis Interlok yang aku ambil dari laman Cikgu Mohd Khir Kassim


1
Ketika Maniam teringat akan anaknya dan Malini yang sudah ditinggalkannya selama dua puluh satu tahun itu, Seman datang berjumpa dengannya untuk mendapatkan pekerjaan di kebun getah itu. Maniam mengatakan bahawa bapa Seman ialah kawan baiknya suatu masa dahulu. Dia berjanji untuk membantu Seman yang terpaksa membina kehidupan baharu bersama-sama dengan emaknya kerana dia disuruh keluar dari rumahnya oleh Cina Panjang kerana semua harta termasuk tanah dan rumahnya sudah menjadi milik Cina Panjang itu. Sejak kematian bapanya, Seman kuat beribadat dan memohon doa kepada Tuhan supaya diberikan perlindungan dan pertolongan. Pada malam itu, dia singgah di surau untuk menunaikan solat Isyak sebelum pulang ke rumahnya. Seman mengajak emaknya meninggalkan rumah itu esok paginya dan mengatakan bahawa dia sudah mendapat kerja di kebun getah. Seperti yang dijanjikan, Maniam menunggu Seman dan emaknya lalu menunjukkan rumah kuli yang akan menjadi tempat tinggal mereka nanti.

2
Selepas Cing Huat memarahi, menampar dan menghalaunya pada suatu malam, Yew Seng sudah nekad untuk meninggalkan rumah pada pagi esoknya. Dia akan pergi ke sebuah lombong yang berhampiran dengan Cangkat Janggus dan bekerja sebagai kuli di lombong bijih itu. Yew Seng sering kali bertentangan pendapat dengan bapanya dan dia juga suka berkawan dan bermain dengan budak-budak Melayu terutamanya Lazim. Perkara yang dilakukannya itu memang tidak disukai oleh bapanya. Di samping itu, Yew Seng selalu bersimpati dengan Lazim atas kemunduran orang Melayu. Dia mengatakan bahawa orang Melayu sama sahaja dengan orang Cina dan mereka bukannya orang hutan seperti yang selalu didakwa oleh bapanya itu. Di lombong bijih itu, dia mengenali Kong Beng yang menjadi kepala kuli di situ.

3
Setelah dua tahun setengah meninggalkan kampungnya, Seman pulang dan bersembahyang Jumaat di masjid Kampung Nyiur Condong pada suatu hari. Di situ, dia bertemu dengan Lazim dan hasratnya untuk meminang Upik pula terpaksa dilupakan apabila Lazim memberitahu bahawa Upik sudah berkahwin dengannya. Walau bagaimanapun, Setelah dicadangkan oleh Lazim, Seman meminta bantuan Lebai Man untuk mewakilinya bagi merisik Gayah, anak Mat ranggi untuk dijadikan isterinya. Walaupun pada mulanya Mat Ranggi tidak bersetuju dengan hasrat Seman itu, tetapi akhirnya dia menyedari kesilapannya selama ini, iaitu dia terlalu mementingkan harta.

4
Seman akhirnya berkahwin dengan Gayah iaitu anak Mat Ranggi yang sudah dapat menerimanya sebagai menantu walaupun dia tidak berharta. Dia memberitahu Maniam bahawa dia mahu berhenti kerja kerana hendak pulang ke Kampung Nyiur Condong dan berkahwin dengan Gayah. Selepas berkahwin, Seman tinggal bersama-sama dengan bapa mentuanya, dan ibunya pula tinggal di pondok yang berhampiran dengan rumah Lebai Man untuk memudahkannya belajar agama bersama-sama dengan pelajar yang lain.

5
Apabila tentera Jepun masuk ke Tanah Melayu, keadaan menjadi tidak tenteram dan tentera orang putih mula mengundurkan diri. Orang-orang Cina pula gelisah dan takut akan tentera Jepun. Keadaan menjadi tidak tenteram kerana banyak berlaku rompakan. Sebagai contohnya, ada orang Melayu yang sanggup merompak kedai-kedai orang Cina untuk membalas dendam. Dalam satu rompakan di kedai Cing Huat pada suatu malam, Poh Eng hilang, tetapi dia telah diselamatkan oleh Seman. Seman membawa Poh Eng dan emaknya berlindung di rumah pekerja di kebun Cangkat Janggus. Pada suatu hari, tentera Jepun datang ke kedai Cing Huat dan bertanyakan Yew Seng yang menyertai kumpulan pengganas komunis yang diketuai oleh Kong Beng. Secara senyap-senyap, Yew Seng pula balik ke rumahnya pada suatu malam dan meminta makanan. Dia berjanji kepada bapanya untuk mencari Poh Eng yang hilang.

6
Selepas pengurus orang putih meninggalkan ladang mereka, orang Jepun pula yang mengambil alih pengurusan ladang. Walau bagaimanapun, orang-orang yang tidak dikenali telah menculik pengurus kebun Cangkat Janggus pada suatu malam. Poh Eng pula telah dibawa lari oleh abangnya, Yew Seng pada malam itu juga. Mak Limah telah ditangkap oleh Jepun berikutan dengan kehilangan pengurus Jepun di kebun Cangkat Janggus itu.

7
Maniam dan beberapa orang kuli dari kebun Cangkat Janggus pula telah ditangkap oleh Jepun disebabkan oleh kehilangan pengurus Jepun itu. Semasa dalam tahanan, Maniam telah diseksa oleh tentera Jepun. Walau bagaimanapun, dia telah bertemu dengan anaknya sendiri iaitu Inspektor Ramakrisynan yang bertugas di situ dan membebaskannya. Maniam meminta bantuan daripada anaknya itu, iaitu Inspektor Ramakrisynan supaya membebaskan Mak Limah. Cing Huat pula sangat marah apabila mengetahui Seman dan Mak Limah yang menyembunyikan Poh Eng.

8
Keadaan menjadi semakin gawat dan sukar kerana barang-barang keperluan sangat kurang dan harganya melambung tinggi. Orang kampung juga semakin susah akibat hasil pertanian mereka terpaksa dijual dengan harga yang murah kepada Jepun dan sekiranya mereka enggan, hasil pertanian itu akan dirampas dan tuan punyanya pula akan ditangkap dan dihukum. Kebun-kebun pula sering diserang oleh gerombolan komunis pada waktu malam dan pengurus-pengurusnya yang terdiri daripada orang Jepun itu ditangkap ataupun dibunuh. Lazim turut ditangkap oleh Jepun kerana menghasut orang kampung supaya jangan menjual padi mereka kepada Jepun.

9
Setelah Jepun tewas, orang Inggeris kembali ke Malaya dan pada masa itu berlaku penentangan terhadap pengganas komunis. Sementara itu, pengganas komunis pula semakin mengganas dan bertindak dengan kejam terhadap orang putih dan juga rakyat Malaya. Gerombolan pengganas komunis telah mengambil alih balai polis dan Inspektor Rama ditangkap kerana bekerjasama dengan Jepun. Namun begitu, Yew Seng berjumpa dengan Lazim yang secara kebetulannya ditahan di balai polis itu, dan dia terus membebaskan kawannya itu.

10
Orang Melayu yang diwakili oleh Lazim, Mail Jambul, dan Berahim mengajak orang-orang Melayu agar bersatu padu dan menentang gagasan Malayan Union yang hendak diperkenalkan oleh Inggeris. Kemudian darurat diisytiharkan di seluruh negeri kerana Parti Komunis Malaya melakukan pemberontakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan komunis di wilayah-wilayah yang telah dirampas daripada tangan Inggeris. Mereka mengatakan bahawa perkara itu dilakukan untuk membebaskan seluruh Malaya daripada penjajahan Inggeris dan untuk mencapai matlamat itu, mereka terpaksa melumpuhkan ekonomi negeri ini terlebih dahulu. Oleh sebab itu, mereka terpaksa merosakkan kebun-kebun getah dan kelapa serta menghancurkan lombong-lombong bijih.

Sementara itu, Yew Seng dan Kong Beng kembali semula ke hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang kebun-kebun di kawasan itu pada setiap malam dan membunuh orang putih yang menjadi pengurusnya. Selain itu, mereka terus menyerang dan merosakkan pokok-pokok getah serta menghancurkan lombong bijih. Cing Huat pula telah dilantik sebagai pengerusi persatuan orang Cina di pekan kecil di kawasan tempatnya tinggal itu. Mereka berjuang untuk membersihkan nama orang Cina akibat dakyah pengganas komunis yang sesat itu dan memperjuangkan kebajikan orang-orang Cina. Orang-orang India juga mempunyai pertubuhan yang sama dan memperjuangkan kebajikan kaum mereka. Pertubuhan mereka itu dipimpin oleh Raman iaitu seorang guru yang pernah bertugas di kebun Cangkat Lima.

Suppiah dan dua anggota baharu gerombolan itu menangkap Maniam dan dibawa ke dalam hutan di tempat persembunyian gerombolan tersebut pada suatu malam. Ketika Suppiah hendak menembak Maniam, Poh Eng menyelamatkan Maniam dengan menembak Suppiah. Pada masa itu juga, Inspektor Rama dan pasukan keselamatannya melakukan serangan hendap terhadap gerombolan pengganas komunis itu. Dalam serangan tersebut pasukan keselamatan telah berjaya menewaskan gerombolan pengganas komunis. Yew Seng pula cedera parah di bahagian atas lututnya dan anggota pengganas yang masih hidup telah ditangkap.

Yew Seng dan Poh Eng sedar dan insaf akan perjuangan mereka yang sia-sia selama ini kerana tidak menyangka Kong Beng ialah anggota pengganas komunis yang anti-Inggeris, anti-Jepun, dan antipenjajah. Orang-orang di pekan Simpang Empat pula berasa gembira dan mereka hendak menyaksikan perayaan kemerdekaan yang akan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam. Mereka semuanya berasa gembira apabila Malaya akan mendapat kemerdekaan daripada Inggeris. Seman dan isterinya Gayah, Yew Seng, Lazim, Mamat Labu, Pak Haji Man, Ah Hock, dan Raman akan merayakan kemerdekaan negara di Kuala Lumpur. Inspektor Ramakrisynan pula menjemput mereka datang ke rumahnya kerana bapanya hendak berjumpa dengan mereka.


p/s: siapa ada novel ini tolong beritahu. aku mahu beli =) 

Share/Save/Bookmark

Friday, January 21, 2011

sejenak



sejenak aku terjeda
pada bayangan yang hadir semalam
sekali imbas
namun penuh makna
mungkinkah perkenan Tuhan atas permohonan
lewat hening malam berteman dingin?
sekali masih belum memadai sayang
bisik hati sendiri


sejenak aku terjeda
pada senyum yang terukir di ulas bibir
ada suami
ada isteri
serta dua permata cinta


sejenak itu aku sedar
sejernih damai bergenang dalam kalbu
tidak akan pernah aku jemu
kerna kasih ini kusandar
hanya kerana-MU
Share/Save/Bookmark

SETIA



Kesetiaan
Menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin ku melukai
Mendambakan cinta ini
Hanya kekalnya dengan mu
Tapi kudrat tak ditanganku..

Antara bait-bait yang dilagukan di dalam KESETIAAN.  Adakala kesetiaan yang kita genggam bersifat sementara. Boleh jadi dihancurkan oleh kecurangan kekasih atau mungkin berderai di tangan kita sendiri.  Menonton Semanis Kurma memberi aku sedikit ilham untuk mencoret barang sebaris dua kata-kata di laman ini. Psst.. lagi pun dah lama aku tak mencoretkan garapan serius kan?

Menurut yang berbahagia Ustaz dan Ustazah tadi, setia itu boleh didefinasikan menerusi perkataan SETIA itu sendiri.

S memberi pengertian sayang. Faktor utama yang mendorong kepada kesetiaan adalah kasih sayang yang mendalam kepada pasangan. Kasih sayang yang mendalam dari suami kepada isteri dan dari isteri kepada suami.  Dengan berbekalkan kasih sayang yang mendalam ini, sudah pasti kesetiaan itu akan digenggam oleh keduanya dan kasih sayang yang berpaksikan kesetiaan akan membawa kita kepada sebuah hubungan yang bahagia dan harmoni. Kalau tak sayang, masakan kita mampu berlaku setia. Setuju?

Elakan dari menghancurkan hati pasangan.  Kalau dah sayang, dah tentu kita tak sampai hati mahu melukakan hati pasangan kita. Luka dia mambawa sakit kepada kita. Setia bukan sahaja bermakna kita ini tidak berlaku curang, malah mengelakkan perbuatan yang boleh menyakiti hati isteri mahupun suami samaada secara sengaja mahupun tidak. Fikirkan dahulu natijah yang bakal berlaku sebelum melakukan sesuatu. Kadang-kadang, kita terlalu menurutkan rasa tanpa mendahulukan akal kan? Kadang-kadang kita merasakan bahawa kepentingan orang lain juga tidak kurang pentingnya hinggakan tanpa sedar kita melukakan hati pasangan. Fikir-fikirkan.

Yang seterusnya adalah Iman. Iman merupakan benteng dan perisai yang menghalang kita dari melakukan perkara yang tidak-tidak. Tepuk dada Tanya lah iman. Jangan ditanya kepada selera kerana kalau mahu diturutkan pada selera, semuanya pun boleh asal selera tertunai.

Yang terakhir ini pula ada tiga iaitu Allah, Amanah dan juga Amalan. Berkasih-sayang biarlah semata-mata kerana Allah. Kasih sayang kepada suami mahupun isteri sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keimanan kita kepada-Nya. Seterusnya sebagai suami dan isteri, sesebuah bahtera perkahwinan itu adalah Amanah yang harus kita tunaikan dengan sebaiknya. Berbuat sehabis baik. Laksanakan Amalan-amalan yang baik demi menjaga keharmonian suami isteri. Misalnya amalan saling ingat mengingatkan. Sebagai manusia biasa terkadang kita mudah lupa dan leka. Jadi sebagai suami dan isteri, kita perlu memainkan peranan dengan sebaiknya. Titipkan pesanan-pesanan yang ringkas dan manis agar pasangan kita ingat bahawa dia sedang membawa sekeping hati yang perlu dijaga. Sekurang-kurangnya ingatkanlah begini:
“yang, jangan nakal-nakal ya”
“yang pergi meeting je tau. Ingat.. jangan terlajak pergi dating pulak”

Itu lah antara isi yang aku kira menarik untuk dikongsi bersama kalian. Setia bukan hanya terletak pada kata-kata saja. “kalau bercinta, saya akan setia”

Setia itu terletak pada hati, juga perbuatan. Jangan lah tahu cakap saja, tetapi perlakuan tidak menunjukan yang sepatutnya.  Aku percaya akan timbal balas kepada setiap perlakuan kita. Seandainya kita setia, Tuhan akan datangkan kepada kita pasangan yang juga setia. Kalau pun kita ini sudah bermati-matian setia, namun pasangan itu main kayu tiga, anggap saja itu adalah ujian dan tarbiyyah dari Tuhan sebelum Dia hadirkan kepada kita pasangan yang setia dan membahagiakan. Kadang-kadang, hubungan kita dan si dia itu tidak kekal sebab dia bukan lah yang terbaik untuk kita. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu yang berlaku itu dengan sia-sia. Percaya kepada janji-NYA.

We cannot change the wind, but we can always adjust the sail. Bahagia dan derita, setia mahupun tidak, semua  itu pilihan sendiri bukan?  Apa pun yang terjadi, pelayaran mesti diteruskan. Tak kan pula mahu tersadai di tengah laut kan?

Sekadar perkongsian pada pagi Jumaat yang berbahagia ini. Semoga dapat menjadi panduan untuk kalian juga untuk aku sendiri. Aku harap garapan yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit inspirasi kepada kita. Biar tidak banyak, asal tidak terlampau sedikit. Ini yang selalu diperdengarkan di deria aku oleh insan itu.

*senyum*

Salam sayang. Take Care! Muahs !


p/s: resipi bahagia? jangan pandang yang lain, hati jangan berbagi-bagi

Digarap pada: 1210am

Share/Save/Bookmark

dunia terang



Dia seperti seorang wanita yang dapat melihat semula setelah lama buta. Hidup dalam dunia serba gelita sedang yang lain tersenyum girang melihat keindahan yang terbentang untuk mereka nikmati. Dia seperti seorang wanita yang dapat melihat semula setelah lama teraba-raba dalam terang. Hidup dengan pergerakan terbatas sedang yang lain tenang mengatur langkah di atas jalan yang jelas bersimbah cahaya.

Namun adat manusia yang baru saja dapat melihat semula, penglihatannya masih samar. Sekejap-sekejap matanya dipejam celik, silau dengan cahaya terang yang lama tidak menerjah deria. Antara yakin dengan tidak, dia cuba mengatur langkah tidak laju, tidak juga perlahan. Cukup sederhana biar dia sendiri juga sedar bahawa dia sedang mangatur langkah ke hadapan. Mengatur langkah dalam cahaya yang bersimbahan walau pandangannya masih samar. Namun sekurang-kurangnya dia sedar akan hadir cahaya itu menemani langkahnya. Tidak seperti dahulu. Melangkah dalam gelita. Melangkah kemudian jatuh. Jatuh dan kemudian bangkit kembali. Sakit. Namun dia yakin bahawa suatu hari nanti akan ada cahaya yang menemani.

Tuhan dengar akan doa kecilnya. Biar doa itu jarang meniti di bibir, namun dalam hati dia memasang segunung harapan. Tidak pernah dia merasa jemu. Harapan itu juga seperti doa dan permintaan kan? Dia bukan tidak mahu meminta, tapi bimbang nanti merasa kurang mensyukuri. Selama dia melangkah dalam gelita, dia tidak sendiri. Jatuhnya terpimpin. Syukur kerana Tuhan hadirkan manusia berhati baik untuk menghulurkan tangan kepada dia yang sendiri dalam gelita.

Bertemankan cahaya, dia lihat sesusuk figura di hujung sana. Dia tidak lagi buta. Dia mahu ke situ. Di sana nanti jemarinya akan diraih, digenggam dan bersama seiringan menuju ke satu destinasi yang sama.

Dia sudah dapat melihat semula. Dia akan teruskan berjalan biar tidak laju, namun bukan perlahan. Akan dia turuti kemana langkah kaki membawanya pergi. Semoga dia tidak terjatuh lagi.

*senyum*


Share/Save/Bookmark

Wednesday, January 19, 2011

Live Life !




Take chances.

Tell the truth.

Date someone totally wrong for you.

Say no.

Spend all your cash!

Fall in love.

Get to know someone random. Be random.

Say I love you.

Sing out loud.

Laugh at a stupid joke.

Cry. Get revenge. Apologize.

Tell someone how much they mean to you.

Tell the asshole what you feel.

Let someone know what theyre missing.

Laugh til your stomach hurts.

LIVE LIFE!


p/s: dikopi dan ditempek seketul-seketul dari >> hensem boy-an yang selalu nak kusut

Share/Save/Bookmark

Sunday, January 16, 2011

berhenti sebelum berjalan


bila orang berharap, dan kita hampakan harapan orang.. rasa bersalah kan? tapi kan, kalau kita hampakan harapan orang demi untuk menjauhkan diri dari berlakunya sesuatu yang kita tak ingin terjadi, tak salah kan? setiap tindakan kita, walaupun kecil akan memberi implikasi tidak kira lah sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain. jadi, lakukan apa saja yang dirasakan terbaik dan belajar untuk memaafkan diri sendiri. 

ketemu bekas teman lelaki juga punya implikasi yang kita tak tahu sama ada kecil mahupun besar. jadi, jangan cuba bermain dengan api. fikirkan implikasi, jauhi kontroversi, peliharalah hati. 


p/s: sorry not at home !

Share/Save/Bookmark

Saturday, January 15, 2011

ibu pernah bilang..


benar kata Ibu, lelaki yang kita sayang akan selalu buat kesabaran kita teruji. walau besar mana pun kasih yang mereka war-warkan kepada kita, masih lagi sabar kita akan sering teruji. benar juga kata Ibu, berpadalah kalau berkasih sayang pun. simpan sedikit kasih itu untuk diri kita sendiri. kalau beri semua, apa lagi yang tinggal untuk kita? my two cents for all ! xoxo



p/s: mahu dakap ibu. ah ! bicara dalam telefon tak sama. bicara sambil meletakan kepala atas ribaan ibu, adalah momen yang paling sempurna. 

Share/Save/Bookmark

Thursday, January 13, 2011

bau tahi wangi, bau bunga mual pula?


yang haram itu lah orang lagi suka mahu buat. betul tidak? 

pernah menonton rancangan Semanis Kurma? ya, rancangan yang dihoskan oleh sepasang Ustaz dan Ustazah yang romantis. aku teramat suka dan aku kagumi mereka. tidak segan mempamerkan kasih sayang biarpun di hadapan beribu audience. malangnya tak semua orang suka. orang geli. orang jelak. orang mual. orang kata itu 'over'. macam-macam lagi pertikaian yang berbunyi. tapi.. aku mahu tanya.. kalau menonton drama di televisyen, yang mana hero dan heroinnya masing2 isteri dan suami orang di dalam dunia realiti, itu tidak jelak? tidak memualkan? berpelukan, berkucupan, dan segala macam perlakuan fizikal lagi yang ditunjukan. berlaga tangan dengan dada. berlaga hidung dengan hidung. yang itu suka pula orang tonton?

kadang-kadang orang kita ini, malu mereka tak bertempat. yang patut malu, tidak pula tahu malu. jangan bersikap menghukum. itu saja. yang baik, kita jadikan tauladan. kan mudah. 

nota: sekadar satu reaksi dari komen yang aku baca ketika berjalan-jalan dari satu laman ke laman yang lain tadi.

p/s: ibu dan ayah, berjalan ke pasar malam pun, masih berpimpinan tangan sehingga kini. 

Share/Save/Bookmark

Wednesday, January 12, 2011

"Why do I Love" You, Sir?



by: Emily Dickinson

"Why do I love" You, Sir?
Because --
The Wind does not require the Grass
To answer -- Wherefore when He pass
She cannot keep Her place.

Because He knows -- and
Do not You --
And We know not --
Enough for Us
The Wisdom it be so --

The Lightning -- never asked an Eye
Wherefore it shut -- when He was by --
Because He knows it cannot speak --
And reasons not contained --
-- Of Talk --
There be -- preferred by Daintier Folk --

The Sunrise -- Sire -- compelleth Me --
Because He's Sunrise -- and I see --
Therefore -- Then --
I love Thee --

p/s: i love thee =)

Share/Save/Bookmark

Tuesday, January 11, 2011

cemburu: boleh jadi semanis madu, boleh jadi sebisa jelatang


jalang lah perempuan, dayus lah lelaki kalau sedikit pun tidak punya rasa cemburu, kata teman lelaki baik aku. wooh ! besar kuasa cemburu dalam sesuatu hubungan kan? well, orang kata cemburu tu tandanya sayang. jangan tipu lah kalau kau kata kau tak pernah cemburu. bukan kata dengan kekasih. malah dalam sebuah hubungan yang berbentuk platonik pun, perasaan cemburu boleh timbul dan bermaharajalela dalam kalbu. yang membezakan cemburu seseorang dengan seseorang yang lain adalah kebolehan mereka mengawal perasaan tersebut. ada orang yang simpankan sahaja perasaan cemburu itu sendiri. di mulut saja kata tak apa-apa. walhal hakikatnya gigi sudah berlaga diketap, penumbuk dikepal kemas, kadang-kadang boleh lunyai bantal dalam dakapan sebab dicubit-cubit dan ditumbuk-tumbuk. hah ! geram ! 

bagi mereka yang lebih bersifat ekspresif, telefon bimbit sentiasa saja dalam genggaman. tak lepas-lepas. satu jam sekali akan telefon. paling tidak pun akan text bertanyakan itu dan ini. 

cemburu kalau kena pada tempatnya, dapat menyeimbangkan sesebuah hubungan dan memungkinkan hubungan tersebut berkembang dengan sihat. tapi kalau berlebihan, boleh jadi racun bikin mati perasaan. kata teman lelaki baik aku, kita hidup di dalam dunia ini bukan berdua saja. kita hidup bersama-sama dengan mereka yang lain di sekeliling kita. kita sendiri perlu tahu meletakan garis sempadan dan memastikan bahawa kita tidak melangkaui sempadan tersebut. letak rasa percaya kepada pasangan dan jangan kerana perasaan cemburu kita menjadi seorang yang teramat posesif. 

aku berkenan untuk beri beberapa tips mengikut situasi untuk membenamkan perasaan cemburu:


  1. teman lelaki kata dia keluar makan dengan kawan sepejabat wanita. dalam hati dah berdetik rasa cemburu. tapi cuba tanya dengan diri sendiri, kau pernah keluar makan dengan kawan sepejabat lelaki tak?
  2. teman lelaki dapat hadiah yang best dari kawan perempuannya. cuba tanya dengan diri sendiri, dulu kau pun pernah dapat hadiah best dari kawan lelaki kan? apa? tak pernah? ish ish ish.. tak mengapa. cuba bayangkan teman lelaki anda adalah seorang selebriti popular yang punya ramai peminat di sekelilingnya. apa peminat kasi hadiah pun nak jelous ke? 
  3. teman lelaki kata dia ke sinun, menumpangkan kawan perempuannya. cuba tanya dengan diri sendiri apa tak pernah ada lelaki pernah tolong kau kah?
  4. teman lelaki berbual di telefon dengan kawan perempuan. cuba tanya dengan diri, kawan-kawan lelaki kau tak pernah telefon kau kah? 
  5. teman lelaki pulang lewat, tapi tidak menitipkan pesan walau sebaris ayat pun. dalam hati kita mula speculate macam-macam. bisik dalam hati doakan keselamatan dia sudah memadai. berat-berat kepala mahu create macam-macam spekulasi buat apa? [eh tapi sepatutnya bagi tahu lah kan.. (T_T)  ]
letak kan sedikit rasa percaya kepada pasangan. dan lagi percaya dan yakin lah dengan janji Tuhan. kalau ada jodoh tak kemana. selagi dia jujur dan tidak melangkaui garis sempadan, tahu di mana dia berdiri, maka benamkan cemburu itu agar nanti tidak memakan diri kita sendiri. alah.. kalau cemburu sangat pun, paling-paling merajuk lah sedikit. ekeke.. 


aaa.. salam sayang ! jaga diri baik-baik ! muahs !


p/s: pernah rasa bagaimana pedihnya bila cemburu menjadi racun. bisa macam jelatang
p/s/s: aku cemburu? selalu.. tapi sifatnya invisible :p



Share/Save/Bookmark