Thursday, February 24, 2011

Capture The Moment


di tag oleh adik manis pemilik nama pena Chunna.. 

*senyum*

tag ini dipanggil sebagai Capture The Moment Contest. 

++++++++

gambar aku dan sahabat yang paling aku kasih, Hanum. tahun ini masuk lapan tahun ikatan ini tersimpul. masih utuh malah aku mendoakan kasih sayang dan persahabatan ini akan terus kekal sampai bila pun.

orang kata kalau bersahabat baik, tak elok tinggal bersama.. nanti jadi celaka, kelak bertamu sengketa. untuk rekod, aku dan teman baik ini sentiasa bersama sejak tahun 2003 hingga tahun 2007. Syukur aku panjatkan kerana tidak pernah berlaku sengketa yang melukakan. sekadar salah faham sedikit, kemudian jernih kembali itu kan adat dalam apa jua hubungan pun. malah salah faham ini sebenarnya tambah mengeratkan lagi ikatan yang ada dan buat kita lebih faham dan kenal akan baik buruk sahabat ini.

lupa nak cerita tentang gambar yang aku tempek di atas. gambar ini dirakamkan pada hujung Mei 2010 ketika teman baik ini berkunjung menziarahi aku di Pulau Pinang. nampak aku pegang microfon? ekeke.. daku gemarnya menyanyi. teman baik ini gemarnya mendengar akan nyanyian aku yang dia sendiri tahu akan sumbang temponya. 

eh rasanya ni je kot. kalau nak disambung tulis makan bermuka.. nanti kena scrol sampai bawah-bawah.. persahabatan yang satu ini tak mampu aku ceritakan dengan perenggan berjela. sayang hanum sangat..

*senyum*


p/s: awal Mac ini insyaAllah akan terlerai rindu daku..
p/s/s: rindu akan dagu dan pipi yang bulat penuh.  semoga Tuhan beri aku kesihatan yang baik..

Share/Save/Bookmark

hey ! belajar senyum... senyum itu tanda syukur..

kalau kita benar tahu akan erti bersyukur, kita akan dapat lebih lagi dari apa yang kita punya pada ketika ini. syukuri segala kurnia. syukur untuk nafas yang kita hirup saban hari, setiap minit malah tida berselang saat. bersyukur di atas sihat dan kuat kudrat yang Dia beri hingga kita mampu berjalan, berlari dan mendaki. syukur di atas dakapan kasih sayang dan rahmat yang memberi kita hidup nyaman tenteram. bahagia juga tentunya. dan tidak lupa, rezeki yang dilimpahkan hingga kita tidak lapar, malah jauh sekali mengemis untuk sesuap nasi. 

selagi dada masih berombak, tanda udara yang dihirup hembus masih kita nikmati.. letak lah syukur itu setinggi mana pun yang kita mampu. kalau tidak banyak pun, bersyukurlah barang secebis..

nota: terima kasih Tuhan di atas segala nikmat dan kurnia. terima kasih kerana menyamankan daku dengan pelukan hangat kasih sayang, bahagia juga rahmat. 

p/s: ketawa selagi kita masih rasa nikmat bahagia dan gembira


Share/Save/Bookmark

Wednesday, February 23, 2011

semangat perempuanku

Tuhan..
ampuni daku
kerana telah meletakkan cinta manusia
melebihi cintaku kepada Mu

Tuhan..
dakap aku di dalam rahmat dan bahagia Mu
kembalikan aku kepada engkau yang lebih mencintai daku
tunjukkan arah kepada aku
yang sedang berjalan di lorong samar kelabu

Tuhan..
telah aku pasakkan keyakinan yang teguh
andainya janji itu rapuh
maka kau bantulah aku berdiri teguh
agar dapat terus aku tatang semangat perempuan tidak jatuh





p/s: dari sebuah laman terbiar. laman milik daku yang lagi satu.
Share/Save/Bookmark

biar jiwa

bicara tentang ini timbul di permukaan. cuba mendorong kaki ke dalam kasut merah jambu yang bukan kita punya. sengaja mahu rasa akan perit pahit menelan jadam hakikat yang melahar seluruh nurani. 

konklusinya tetap serupa. hujah yang dihidang untuk daku hadam segala logik rasionalnya juga sebenarnya dipersetujui oleh hati juga akal. sama-sama sepakat. cuma masih berat rasanya untuk akui akan benar terang hakikat itu. 

*ketawa*

masih mahu kesudahan seakan-akan cerita dongeng di dalam novel kanak-kanak sedang realiti bukan lah seperti apa yang dimomokkan untuk ukir senyum bersulam angan. perempuan.. redha bukan seperti belati.. malah seperti ubat cuci luka yang mulanya tinggalkan pedih sehabis pedih, namun mengubati, memulihkan.

Share/Save/Bookmark

Tuesday, February 22, 2011

dingin? buang gebar itu..



soalan daku sebagai pembuka bicara.  mampukah kita hidup sendirian di dalam dunia ini, dibebani dengan masalah yang mana kita tak punya siapa-siapa untuk jadi tempat bercerita, saban hari segala rutin hidup dilaksanakan sendiri tanpa siapa pun yang menemani, malah segala sakit pening ditanggung sendiri tanpa ada siapa pun yang ambil pusing.  mampu kalian hidup demikian? sekali lagi daku bertanya.. mampu?

menyorot kembali akan asal kejadian Adam yang disempurnakan sifatnya oleh Allah SWT. dengan sifat Ar-Rahim, Tuhan merahmati kita dengan suatu perasaan halus yang kita panggil ia, KASIH SAYANG. perasaan yang teramat halus hinggakan sebenarnya kita sendiri tidak sedar akan hadir perasaan itu dalam sanubari yang dibungkus jasad. perasaan yang membuatkan kita merasa terwujudkan, merasa memerlukan dan diperlukan, merasa rindu, sunyi malah sedih bila kita ini sendiri. seakan-akan beku sekujur jasad yang tidak terpelukkan kasih sayang sesiapa. 

benar.. kita punya Tuhan yang sifatnya maha pengasih dan penyayang. namun, kejadian Hawa yang melengkapkan hidup Adam jelas menghidangkan kita dengan sebuah hakikat bahawa kita ini tidak pantas hidup sendiri. itu adalah fitrah yang diciptakan Dia yang maha Esa. 

sayang.. jangan ditebalkan lagi gebar ego sedang hakikatnya sekujur jasad dingin itu sebenarnya teramat perlukan dakapan kasih sayang biar hati tidak sebeku, sepejal batu. berhenti mendongak ke langit, angkuh berbicara bahawa diri sendiri sudah cukup. tidak perlu sesiapa lagi di sisi sedang hakikatnya nanti, diri akan ditinggalkan sendiri.

terkadang.. Tuhan menemukan kita dengan manusia yang salah agar kita kembali merenung akan rahmat-Nya, tidak alpa dengan segala nikmat dan kurnia-Nya. jangan biarkan diri terkurung di dalam belenggu paranoia yang menciptakan setebal-tebal ego. syukuri akan nikmat kasih sayang yang dikurniakan oleh-Nya. 

biar sesukar mana membina semula hidup dari abu yang hancur berdebu, buka lah pintu hati untuk membalas semula dakapan rahmat Tuhan.. 

sayang selalu..

Share/Save/Bookmark

Monday, February 21, 2011

leave me alone !


mampu hidup dalam isolasi ?
segala pahit perit ditelan sendiri?

aha ! teaser untuk post baru nanti.. 
till then, have a pleasant day ahead peeps ! take care ! muahs !

Share/Save/Bookmark

Friday, February 18, 2011

[Bro Framestone bertanya] Apa yang bestnya bercinta dengan blogger

woot woot !!!

untuk kesekian kalinya entry segmen bersiaran lagi. kali ini segmen kelolaan Bro Framestone di atas permintaan Eva Natasha.



so, apa yang bestnya bercinta dengan blogger ni? lets cekedaut !


  1. hobi daku = bersembang + bercerita + berbahas.. jadi blogger adalah orang yang sesuai untuk kita berkongsi pandangan dan bergaduh serba sedikit tentang isu yang dibahaskan. yang bestnya, dengan orang lain kita tak boleh merajuk. dengan kekasih boleh merajuk. (Merajuk = menang cara kotor).
  2. boleh jadikan blog sebagai medium untuk berbicara akan bahasa yang 'kita-kita' saja faham. alahai.. pakai lah metafora apa-apa untuk menyatakan rindu dan kasih sayang. oh geli ! *fainted*
  3. boleh kumpul duit kawen.. aww ! aww ! awwwww ! blogger yang ramai viewer syok la kan. boleh kumpul sampai riban-riban. untuk rekod, daku punya tabung seratus pun tak sampai lagi. sila-sila lah klik ye.. thee heee ^_^
  4. kalau rindu boleh baca tulisan kekasih di laman blog beliau.. oh geli ganda dua puluh tiga ! *fainted namblas kali*
  5. boleh share blog-blog yang best dengan encik kekasih.. blog jejaka kacak untuk daku, blog gadis-gadis untuk beliau.. erk !! *fainted lagi*
  6. boleh menilai sejauh mana kematangan kekasih dalam membahaskan/ melontarkan buah fikiran beliau.. oh yang ini paling daku suka.. *kelip-kelip mata*


itu sahaja untuk segmen kali ini.. bertemu lagi di dalam ruangan Ruangan Sahabat Blogger..

p/s: nak cari calon kekasih blogger? kacak-kacak dan jelita? join lah facebook SB dengan meng-klik flash banner di sisi kanan laman ini.. *wink wink*


Share/Save/Bookmark

jangan salahkan lentik jemari

dengar iramanya dahulu, baru susun gerak tari. kalau nanti sumbang langkahnya, jangan pula di salahkan tinggi rendahnya lantai juga lentik jemari.

tipikal aku. mungkin sebahagian dari kita juga begitu. nasihat aku, jangan buru-buru. segala laku juga perbuatan perlu ditimbang dengan rasional akli, bukan semata-mata berdacingkan emosi. ya aku tak nafi akan lemah-khilaf kita sebagai manusia biasa yang tidak sempurna sifatnya. namun kita boleh belajar bukan? belajar menjadi seorang manusia yang lebih baik dari sebelumnya. belajar menangani masalah yang datang menyerabutkan kepala. 

mahu selesaikan keserabutan ini sayang, sepertinya menarik keluar rambut dari tepung. rambut tidak putus, tepung juga tidak selerak. namun ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan. tindakan kita tidak semudah tutur bicara yang bermodalkan air liur semata. setiap langkah menuntut kesabaran dan tinggi-bijaknya akal. ah ! yang paling sukar kita lakukan itu adalah sabar lah kan. sukar benar mendidik hati untuk jadi lebih sabar. namun apa pilihan yang kita ada lagi? bersabar saja lah demi kelansungan hidup yang lebih indah di masa mendatang. sabar itu adalah bunga-bunga bahagia sayang. manis ranumnya nanti kita akan rasa kemudian. ketika itu nanti baru kita sedar betapa cantiknya rencana Tuhan. 

mudah-mudah saja aku bicara soal sabar kan? 

*senyum*

sejauh mana dan setinggi mana sabar aku, tidak mampu aku ukur sendiri. tak adil untuk aku cerminkan diri dan bilang diri sendiri cantik bukan. well.. infact aku memang selalu obses diri pun. tapi.. dengan kesayangan-kesayangan daku saja lah. 

okey dah lari dari topik asal..

kembali kepada isu rentak tari dan irama tadi. 

cuba fikirkan balik, apa yang akan berlaku kalau kita tahunya menyondol macam babi saja. tambah masalah tidak? kalau benar seperti apa yang menyucuk benak, tak mengapa. bagaimana pula kalau tak benar? 

pertama: memberi tekanan kepada pihak yang satu lagi
kedua: kita malu sendiri

jadi sayang.. tak salah kalau kita tahankan dahulu dada yang seperti mahu pecah itu. junjung sabar setinggi mungkin. matematik hidup ini perlu formula tertentu untuk diselesaikan jalan kiranya.. 

moga-moga tulisan yang sekadarnya ini mampu memberi manafaat kepada semua.. salam sayang.. take care !

Share/Save/Bookmark

Thursday, February 17, 2011

another two cents

yang sepatutnya ada di dalam buih-buih itu hanya aku dan engkau saja. hanya berdua. kerana kalau lebih lagi watak yang ada dalam buih-buih itu, kelak ia akan pecah. maka sirna lah buih-buih yang beralun indah.

benar. kalau bercinta, mana ada bertiga. selalunya bila berdua, berdua saja lah. 

perempuan, kalau benar diri itu dihargai seluruhnya, kau akan diletakkan di suatu tempat yang tinggi di dalam hati seorang lelaki. lelaki tidak akan letak kau di mana saja yang mereka suka. lelaki akan cuba hindar dari masalah, akan jauhi perkara-perkara yang boleh melukakan hati kekasihnya. kalau benar perempuan itu dihargai, lelaki tidak akan tega mendahulukan orang lain selain kekasih yang amat dia cintai. kasih sayang yang diberi adalah eksklusif hanya untuk perempuan yang berada di takhta atmanya sahaja. malah tidak segan silu memperkenalkan perempuan itu kepada semua. 

kita hidup dalam dunia ni bukan berdua saja..

benar. aku akui akan kebenaran realiti itu. namun kita harus berupaya membezakan antara prioriti dan sampingan. masalahnya dengan manusia ni, bila sudah kehilangan baru lah kita tergadah. bila sudah tiada, baru tahu menghargai, baru kita sedar bahawa kita ini amat perlu..

the problem with man is, they never learn . they keep on repeating the same mistakes, but each time in nicer pants  ~My Sassy Girl

LOL. tapi selalunya memang begitu pun. come on.. dalam hidup ini tak ada satu pun dari kita yang tak pernah buat silap. tapi, sekurang-kurangnya kita belajar dari kesilapan yang lalu. 

untuk lelaki-lelaki di luar sana..

Maria yang murah dengan senyuman hanya ada satu sahaja di dunia ini..
Humaira yang mendamaikan hati juga hanya ada satu sahaja di dunia ini..
Fatimah yang kental jiwa juga hanya ada satu sahaja di dunia ini..

jadi.. hargailah perempuan-perempuan yang paling kau kasihi ini. sebab nanti bila hilang kau tidak akan ketemu lagi..

hey ! dalam hidup kita mesti tegas dan berani.. kita mesti tahu apa yang kita mahu, jadi kita boleh pilih jalan mana yang mahu kita tempuhi dan kemudian redah saja, jangan menoleh ke belakang lagi. jatuh atau bangun, lurus atau bengkok jalan itu, kita redah saja. sebab kita tak tahu apa yang dijanjikan untuk kita di hujung jalan sana. 

have faith !

Share/Save/Bookmark

sifir hati

ditelanjangkan setiap getar rasa aku..
sembunyi lah biar di perdu, biar di dahan..
tetap jua terlihatkan..

aku mahu jadi perempuan mahal yang tinggi nilai juga harga diri..
sekali janji terpatri, biar dikota tidak kira apa terjadi..
Share/Save/Bookmark

Wednesday, February 16, 2011

destiny is not something that we can mould up..


bila Tuhan tarik semula sesuatu yang menjadi sebahagian hidup kita, kita jadi hilang arah hinggalah suatu hari Tuhan hadirkan seseorang yang mampu kembalikan kegembiraan kita walau bukan sepenuhnya.

namun pada ketika kasih sayang itu mekar, kita mula sedar bahawa kasih sayang itu kita tak mampu beri sepenuhnya kerana dia bagaikan jelmaan kesayangan kita yang telah pergi. kita mahu dia ada, tapi kita tak mampu buat apa-apa sebab separuh dari diri yang telah hilang itu masih gagal ditemui.. 

yang penting, letak kan iman pada rencana juga qada' dan qadar-Nya.. it's a worth watching movie lebih-lebih lagi untuk mereka yang pernah ranap dan sedang cuba untuk cari semula diri yang hilang. filem bukan sekadar untuk hiburan, namun lebih kepada realiti hidup yang berlaku kepada kita. atau paling tidak pun kepada kesayangan-kesayangan kita. 

Share/Save/Bookmark

UNINTENDED


You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You could be the one I'll always love 
You could be the one who listens to my deepest inquisitions 
You could be the one I'll always love 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

First there was the one who challenged 
All my dreams and all my balance 
She could never be as good as you 

You could be my unintended 
Choice to live my life extended 
You should be the one I'll always love 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

I'll be there as soon as I can 
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before 

Before you

More lyrics: http://www.lyricsfreak.com/m/muse/#share




p/s: terkadang dalam hidup ini, kita masih perlu seseorang walau tiada hati dapat kita beri. tapi kita perlu. benar perlu..
p/s/s: lihat aku di dalam sini.. 
Share/Save/Bookmark

Tuesday, February 15, 2011

rindu

rindu bukan satu dosa. rindu itu perasaan yang hadir lewat kasih sayang yang terbit dari hati. namun usah lewati garis sempadan yang diukir untuk mengasuh diri. kembali ke dalam dakapan kasih sayang Dia yang maha mengasihani. syukuri segala nikmat dan kurnia yang Dia beri walau terkadang kita lupa mengingati. letakkan sepenuh rasa percaya akan segala rencana yang telah tertulis dari tinta yang tidak mungkin terpadamkan melainkan dengan izin-Nya yang maha kuasa. hey ! semua sudah tertulis sejak azali lagi...

biar terkadang sabar dalam hati hebat diuji, namun rasa percaya yang dipertaruhkan lewat janji yang dipateri menjadi penawar racun yang bersimbah dalam sanubari. kata-kata manusia sukar dikota, namun rasa percaya tetap dipegang kemas hingga suatu hari nanti terbukti akan benar-tidaknya di depan mata. serah semua kepada Dia yang tahu segala.

cuma Tuhan saja yang tahu..


p/s: rindukan dulu

Share/Save/Bookmark

sehabis aku

aku nak jadi sehabis aku
buat semua serba serbi
hadapi segala dengan berani
lindungi permata hati biar terbelah diri
gembirakan semua biar senang dalam hati

aku nak jadi sehabis aku
menangis hanya bila lampu terpadam gelap
senyum di depan semua biar gembira dapat dipeluk dakap
biar yang buta dapat melihat yang bisu dapat bercakap

hey.. aku mahu jadi sehabis aku !
Share/Save/Bookmark

Monday, February 14, 2011

kalau..

dalam senyum.. terkadang aku bingung
dalam tawa.. terkadang aku bimbang
Tuhan.. yakinkan aku akan jalan yang terbentang di hadapan sana
Tuhan.. izinkan aku terus ketawa biar yang lain ria
Tuhan.. beri aku sabar biar tak terlawan bidadari maya
kalau itu bahagia dia, beri aku kuasa agar dapat aku laksana
Share/Save/Bookmark

mengekalkan keindahan kasih sayang tidak semudah membasuh baju menggunakan sabun Dynamo..


Walk with me thru the gates of time, to eternity and our love, will never fade away 


di atas ini adalah lirik lagu yang dinyanyikan oleh Air Supply. tajuknya Never Fade Away.

betapa yakin kita akan janji juga sumpah setia bahawa cinta dan kasih sayang akan kekal selama-lamanya tidak berkurang walau sedikit pun, tidak kan pudar biar di mamah tahun berganti kurun. 

*senyum*

ada kasih sayang yang begini. benar ada. aku tidak sangkal. aku tidak nafi akan wujudnya utuh kasih seperti itu. namun berapa orang saja dari kita yang bernasib baik peroleh kasih sayang yang begitu?

kadang-kadang pelik kan? hati kita yang Tuhan jadikan ini dalam sekelip mata saja boleh berubah. kalau semalam kita sayang, hari ini belum tentu sayang itu masih berakar umbi. kalau semalam kita cinta.. apakah pasti bahawa cinta itu masih segar seperti semalamnya? untuk segelintir dari kita cinta yang tak pernah pudar itu umpama cerita dongeng yang sengaja dimomokkan hingga kita khayal senyum sendiri dalam angan yang sebenarnya tidak mampu pun kita raih-genggam realitinya.

hati kita yang Tuhan cipta ini, sekejap saja kalau mahu diubah akan letak duduk kasih sayang itu. salahnya kita ini, bila kita sudah merasa terlalu selesa dengan apa yang kita punya. kita punya kekasih yang berjanji sumpah setia akan genggam cinta itu sampai bila-bila. kita percaya bahawa cinta itu tidak akan pudar biar sampai bila pun. kita yakin perasaan itu akan terus di situ. di sini semuanya bermula. di sini mulanya titik salah kita.

*senyum*

bila kita sudah merasa terlalu selesa dengan apa yang kita punya, kita jadi lalai. kita jadi leka. kita jadi lupa. bahkan ada ketika kita memandang enteng akan kebanyakan perkara. orang kata cinta dan kasih sayang itu tidak perlu di ulang sebut selalu. asal saja dalam hati kita tahu kita saling sayang. itu sudah cukup memadai. 

pasti itu cukup memadai?

yakin?

cuba lihat pokok bunga yang mekar kembangnya. cantik bukan? agak-agak bila kita sudah semai dan tanam pokok bunga itu di atas tanah, lalu kita biarkan ia hidup sendiri.. kau rasa pokok bunga itu akan seindah semekar itu? biar hujan saja menjadi siraman, biar tahi kucing yang dikambus di sebelah menjadi baja. kalau cuaca terik tidak hujan, maka tak bersiramlah pokok bunga itu nanti? 

*panggung dagu*

kasih sayang tidak boleh kembang sendiri tanpa baja sayang. kasih sayang tidak boleh megah berdiri tanpa akar, ranting dan dahan yang kuat sayang.. dan lagi.. kasih sayang tidak boleh kembang sihat tanpa udara segar yang berhembus memberi nafas untuknya tumbuh rendang..

kalau tidak ada usaha untuk belai dan jaga apa yang kita sudah miliki dalam genggaman, lambat laun ia akan layu dan mati. begitu juga ibaratnya dengan hati yang memegang rasa kasih sayang ini. jangan pernah lupa tunjukan kasih sayang kita perhatian kita. lembut bicara dan tingkah kita. siram hati kita selalu dengan lafaz kasih sayang. tidak perlu seromantis Leonardo De Caprio di dalam filem Titanic. memadai dengan ucapan sayang yang santai, kasual namun tetap merdu di telinga. cukup untuk mengingatkan kita bahawa kasih sayang itu masih wujud. masih lembut membelai hati kita, layaknya seperti udara yang kita hirup hari-hari.

itu cerita tentang kasih sayang. aku bilang tadi kalau kita sayang, pamer rasa sayang itu agar kita nanti saling sedar akan wujud kasih sayang itu dalam hati kita. ada pula yang ajukan soalan.. katanya sudah tunjukan rasa sayang, tapi tetap mahu pergi. sayang tetap jadi pudar walhal sudah cuba sehabis baik untuk memenangi hati dia yang kita kasih.

memegang kasih sayang bukan seperti memegang senjata.. perlu kudrat dan tenaga yang kuat agar pegangan jadi kejap, peluru tidak sasar.. bukan sayang..

*diam*

*panggung dagu*

cuba ambil pasir dan genggam ia penuh dalam tangan. kejapkan genggaman sekejap yang boleh. apa yang kau lihat? butir-butir pasir luruh dari celahan jari bukan? lama-kelamaan pasir yang dalam genggaman itu sudah jadi sedikit. kemudian ambil lagi pasir lain dan genggam lagi. genggam rapat tapi bukan kejap. lihat sendiri akan perbezaannya..

cuba pula ambil sabun buku dan genggam ia dalam tangan. genggam kuat-kuat.. jatuhnya bergolek-golek bukan?

nah ! begitu juga lah ibaratnya dengan kasih sayang. tapi kita sering buat silap. kalau sudah sayang, sayang kita tentulah sehabis sayang. betul tidak? tapi.. sayang yang sehabis sayang itu bukan bermakna setiap langkah dan geri sang kekasih kita mahu turuti. kakinya bukan boleh ditambat dengan tali.

kita sering buat silap di sini. semua gerak-geri perlu dilaporkan. dengan siapa bertemu, di mana, jam berapa, malah sehingga kepada baju yang dipakai juga mahu diambil tahu. kalau keluar pula dengan teman berlawanan jantina, lagi tidak keruan jadinya. tiap ketika mahu periksa. setiap jam telefon berkerja, mahu tahu  di mana kekasih berada.

rimas tahu ? nanti pulang kekasih akan cerita semua. tak perlu lah soal siasat, mahu bicara ketika itu juga.

ada pula yang bilang pada aku, dia sudah biar kekasih lepas bebas. tiada kongkongan mahupun sekatan. tetap cinta kekasih jadi pudar. kenapa begitu?

hurm.. macam mana mahu cerita ya?

*panggung dagu lagi*

macam ini..

pernah main layang-layang? kalau main layang-layang, kita pegang talinya dan kawal tinggi rendah layang-layang itu bukan? kita kemudi ia menurut arah mana angin bertiup. sekajap-sekajap, kita biar layang-layang terbang tinggi. sekejap nanti kita tarik ia semula. namun kita tidak pernah akan biar tali itu terlepas dari tangan kita bukan?

salahnya kita bila kita leka dan lalai. kita biar layang-layang terbang tinggi. bila angin kuat sedikit menerjang, tali yang tadi dalam genggaman terlepas dari pegangan. kalau kita lepas ia terbang tinggi pun, kita ini tetap perlu berjaga-jaga. sesekali tarik ia semula biar dekat dengan kita.

hati manusia ini sifatnya rapuh. vulnerable. mudah berubah-ubah. kalau tidak dijaga seeloknya, kalau tidak dibelai dengan sewajarnya, maka kasih sayang itu akan pudar dengan sendirinya. jadi gunakan kewajaran kita dalam melayari sebuah bahtera perhubungan yang berasaskan kasih sayang ini.

kalau kita rasakan kasih sayang itu sudah seakan-akan pudar warna, cuba kita kenangkan kembali saat-saat kali pertama kita kenal dengan kekasih. cuba kita kembalikan semula saat-saat indah ketika mula-mula bersama suatu ketika dahulu. nyalakan semula perasaan yang dahulunya hangat. kalau kasih sayang sudah pudar, jangan pernah putus asa untuk kembalikan semula keindahannya..

ini cuma tulisan biasa dari manusia yang tidak kurang dangkal dan khilafnya. moga-moga kasih sayang kita akan kekal indah..

salam sayang..

p/s: this might be cliche.. but it's kinda true tho..
p/s/s: done with mine..


Share/Save/Bookmark

Voley - tett Day !


malas sebenarnya nak cakap pasal V - Day ni. dah ramai pun yang membebel pasal ni. tapi tu la. memang asal kejadian aku sejak baby lagi aku suka membebel kan.. jadi aku tetap mahu membebel..

kakak dah pesan.. malam-malam, jangan bergurau senda kat semak belukar. bukan apa. hantu banyak. nak nak pulak gelap. tapi itu lah. budak zaman sekarang bukan mahu dengar kata. dah tersampuk dek makhluk halus. tiba-tiba membusung saja perut. tersampuk sampai kena busung. kan dah susah. nak pakai baju ketat yang body hugging pun dah tak boleh. nak pakai seluar jeans Levis ikut bentuk bontot pun dah tak boleh lagi. sudahnya? pakai baju kelawar corak batik lah hari-hari. siapa yang rugi? diri sendiri jugak yang rugi.

kakak dah kata.. kalau bodoh belajar tak apa.. jangan kena bodoh-bodoh dengan umat yang namanya jantan. tapi itu lah.. kadang-kadang bukan jantan saja yang jahat. yang perempuan pun ikut sama gatal. dua-dua naik miang. tibai saja. semua pun boleh ! last-last.. jantan lari, yang perempuan ni bapak mahu sembelih !

kakak nak pesan.. dakyah barat sana jangan ikut sangat. kita ini orang Timur, kaya dengan adat dan budi. berpacaran itu tidak ada salahnya. namun jangan sampai melangkaui batas sempadan hinggakan diri sendiri ditimpa mudarat. ingat pesan kakak ni.. 

Share/Save/Bookmark

Monday, February 07, 2011

bangun !


jadi kaunter. buka meja lagi. terima kasih sebab percaya sama aku. 

sayang.. sudah lebih satu tahun. jangan lagi duduk di hadapan pintu yang sudah pun terkatup rapat untuk kamu. bangun sayang. jangan menaruh harapan apa pun. jangan menaruh harapan biar barang sebesar kuman pun. dia tak mungkin akan buka kembali pintu itu. dia tak mungkin keluar memaut bahu kamu untuk berdiri kembali. jangan momokkan angan-angan palsu itu kepada sanubari kamu. 

lelaki, kalau dia tidak mahu dibuangnya kita ibarat menggosok daki saja sayang. jangan sia-siakan usia kamu menanti dia yang tidak pandai menghargai. 

buang dia jauh-jauh. hamburkan seranah biar hati puas. segala kisah-kisah lama, simpan dan kunci. jangan pandang lagi. kalau boleh bakar, baik dibakar saja biar jadi abu. jangan biar hidup kita roboh semata-mata kerana cinta lelaki yang bejat seperti itu. bangun sayang !


Share/Save/Bookmark

Sunday, February 06, 2011

suatu pernah





p/s: runut bunyi untuk masa lalu yang pernah buat kepala merunduk ke bumi pandang kasut sendiri

Share/Save/Bookmark

aku perempuan yang tidak rela mempertandingkan kasih


"apa salahnya bercinta dengan suami orang. saya hairan mengapa isteri-isteri terlalu kedekut dan enggan berkongsi kasih sayang dengan wanita lain"

antara petikan yang aku baca tadi. luahan hati seorang perempuan yang bercinta dengan suami orang, dituduh sebagai punca penceraian lelaki itu dan isterinya, dan kini beliau sedang berbahagia dengan rumahtangga yang dibina dengan lelaki tersebut. 

*panggung dagu*

bagaimana lah agaknya kalau aku berada di tempat isteri yang di duakan itu? merelakan kasih sayang yang selama ini diterima penuh untuk dibagi-bagi kepada perempuan yang lain kau kira itu seronok? 

... terdiam lama...

jujurnya, aku bukan lah perempuan berhati baik yang bermurah hati merelakan kasih sayang dibagi-bagi. jujurnya, aku bukan perempuan tulus yang rela meletakkan diri untuk ditandingi kebolehan dan kehebatan aku dalam memberi khidmat bakti kepada suami. 

benar. suami bukan hak mutlak yang boleh kita genggam milikannya untuk selama-lamanya. suami itu tetap milik Tuhan yang hanya dipinjamkan kasihnya kepada kita untuk suatu jangka waktu seperti mana yang telah tertulis di dalam rencana-Nya. malah oleh kerana suami itu bukan hak mutlak, maka kita yang perempuan ini harus sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. tidak mustahil kita ini bakal berkongsi kasih. 

aku sendiri dibayangi perasaan gerun setiap kali aku menulis perkataan 'berkongsi kasih' di dada laman ini. serius. 

*mencapai kole berisi teh di sebelah*

haha ! bergelar tunangan orang pun belum.. bergelar isteri jauh sekali. jauh fikiran aku menerawang. alami aku memang begini. gemar melemparkan pandangan jauh ke hadapan. biar sehingga sayup-sayup pandangan.. aku harap deria ini masih mampu peka dengan apa yang ada di depan kaki. jangan kerana leka menghantar pandangan jauh ke depan, diri sendiri tersungkur tersadung batu sudahlah..

*senyum*

sambung balik isu berkongsi kasih tadi. mari aku khabarkan. perempuan ini sebenarnya bukan kedekut. tamak juga bukan. 

habis tu tamak bukan, kedekut bukan.. jadinya apa? 

ini soal hati sayang. berkongsi kasih sayang bukan macam berkongsi barang. berkongsi kasih sayang bukan macam berkongsi wang. berkongsi kasih sayang bermakna perhatian dia kepada kita bukan lagi penuh seperti dulu. kalau dulu dua puluh empat jam tujuh hari perhatian itu hanya untuk kita seorang. tapi bila hadir perempuan lain dalam hidup dia, dua puluh empat jam dan tujuh hari itu bukan lagi milik kita seorang. agak-agak sakit tidak hati bila kita sedang bersenda gurau dengan suami, tiba-tiba suami tadi terima panggilan dari isteri yang satu lagi. 

"sayang saya sakit kepala. tolong temankan saya boleh?"

suami yang tadi sedang ketawa gembira dengan kita tiba-tiba bertukar air muka. keruh penuh kebimbangan lalu menyalin seluar dan baju, mengucup dahi kita yang sedang terpinga-pinga dan berlalu keluar. dapat rasa tidak macam mana kecewanya hati?sedangkan dulu gelak ketawa dikongsi sampai lenguh rahang dan gigi. kemudian kita yang dirumah ini terbayang pula kemesraan suami memanjakan isteri yang satu lagi. memicit kepalanya persis laku suami kepada kita suatu masa dulu. sedangkan perlakuan suami seperti itu hanya eksklusif untuk kita seorang saja. tak rasa macam shit ke?

sebab apa isteri lebih suka minta diceraikan daripada berkongsi kasih dengan perempuan lain? biar bergegar tiang Arasyh juga tidak dipeduli. daripada makan hati hari-hari, hinggakan mata jadi kabur tak nampak lagi kasih sayang yang diberi untuk apa tunggu lagi?

untuk perempuan yang menagih kasih dari suami orang pula. apa hak kau orang untuk bersuara lantang mengatakan isteri ini kedekut, bakhil enggan berkongsi kasih suami dengan orang lain? kau memang sudah jelas dan tahu bahawa lelaki itu suami orang. maka logik kah kalau kau mengharapkan kasih sayang yang berlebih-lebih? kau sendiri tahu bahawa dalam hati lelaki itu, memang sudah ada sebaris nama yang bertimpuh di takhta atmanya. maka tak hairan lah kau merasa cukup dengan kasih sayang dan perhatian yang bukan seratus peratus untuk kau seorang saja. tapi bagi isteri yang sudah bertahun terima perhatian seratus peratus ini? kau kira sanggup dia nak let go semua yang dia pernah ada? 

poligami bukan macam bawak orang tumpang kereta kita. poligami bukan macam berkongsi barang yang selama ini jadi milikan kita. 

memang tak wajar nak di ajukan soalan yang berbunyi begini. aku akui sangat todak wajar. tapi kan, untuk lelaki di luar sana. apa rasa hati kalau kau tahu hati seorang perempuan yang kau panggil isteri, bukan hanya ada kau seorang sahaja di dalam sukmanya? ada lelaki lain yang dia kasih dan rindu saban hari. sakit tak hati? rasa terkhianati kan?  aku tahu tak wajar aku persoalkan sebab lelaki memang dijadikan dengan fitrah yang mampu berbagi-bagi hati. tapi ini soal hati. letak kan seketika diri itu di tempat isteri dan cuba untuk mengerti. 

...diam...

tulisan yang tidak ada hala tuju. semata-mata menyuarakan rasa hati dan lebih banyak meluahkan emosi dari pendangan yang menggunakan sepenuhnya akli. 

aku perempuan. dan aku tak rela bila kasih sayang itu berbagi-bagi. suami kata cinta tidak pudar. sungguhpun cinta tidak pudar, kasih sayang tetap punya timbangan tersendiri kalau diletak keduanya di atas dacing kan? kalau sudah ada dua perempuan yang bersimpuh di takhta atma sana, sudah pasti keduanya akan dibeza banding bukan?

aku sendiri tak tahu apa bahagian aku nanti. moga-moga aku sendiri cekal dan kuat untuk menempuhi bahtera   rumahtangga yang aku sendiri tidak tahu menang atau gagal menentang badai yang datang..


p/s: kalau diberi pilihan, tidak mahu aku bertani di atas tanah milikan orang lain. kalau diberi pilihan, tak mahu orang lain bercucuk tanam di atas tanah milikan sendiri. 


Share/Save/Bookmark

Saturday, February 05, 2011

tunggu kad siap..




"lama acik tak nampak kakak.. sihat ke?"

*senyum*

"sihat.. ye la lama tak balik. ni cuti lama tu yang balik tu"

"acik dah jemu makan nasi minyak ni. nak tunggu nasi minyak ibu kamu pulak. bilanya?"

usikan wanita berusia dalam lingkungan empat puluhan itu dibalas dengan ketawa bersahaja.

"itu lah. kad tak siap-siap lagi acik. tunggu kad siap. nanti ibu datang kasi"

*ketawa lagi*

"hah betul tu" sampuk Ibu

+++++

selagi di atas kepala aku belum tersangkut tiara indah dan veil lembut di atasnya, selagi itu lah aku perlu mempersiapkan jawapan kepada soalan-soalan wajib tanya itu. kalau bukan diajukan kepada ibu dan ayah, pasti soalan itu diajukan ke telinga aku sendiri.

tak rasa apa-apa ke? 

*senyum*

kalau dulu memang aku terasa. tapi sekarang aku dah lali. tak ada apa yang perlu aku bimbangkan. bila tiba masanya nanti, akan aku war warkan berita gembira ini kepada semua. 

*senyum*


“If you fight like a married couple, talk like best friends, flirt like first love, protect each other like brother and sister.. Then.. It is meant to be..”

p/s: dah ketemu mungkin. kalau belum pun, ada saja dia di mana-mana di atas muka bumi ini.. 
p/s/s: hari-hari bisik dengan diri, kalau bukan maknanya bukan. redha saja.. sedia lepaskan semua pergi

Share/Save/Bookmark

Friday, February 04, 2011

kau kejar aku, aku lari laju-laju.. aku kejar dia, dia lari jauh-jauh.. sudahnya macam mana? duduk dan terus bermimpi..




gila lah kau ni. dia baru kasi hint, dah kau nak cakap macam tu dengan dia. kau ni kasar sangat kenapa? biasalah kalau orang nak bersayang-sayang. cuba bagi dia peluang.

aku dah bagi peluang apa. 

apa yang kau nak lagi? kerja bagus. pendapatan bagus. belanja tak boros. baik orangnya. rupa pun ada. aku nampak dia suka dengan kau. 

*senyum kecil*

+++++

kadang-kadang manusia ni pelik kan? yang suka dengan kita, kita buat tak endah. beria-ia.. bersungguh benar. ibarat kata orang, gajah di depan kita tak nampak, kuman di seberang juga yang kita nak pandang. hati tu sengaja biar kering, keras dan beku. apa salahnya berlembut sedikit. beri ruang dan peluang. kalau bukan untuk orang, cuba fikirkan diri sendiri.

masalahnya dengan manusia ini, kadang-kadang terlalu menurut hati. percaya dengan kata hati kononnya. satu lagi masalah, bila rasa macam tak ada keserasian, terus mahu putus asa. kononnya dah cuba sedaya upaya. tapi soal hati adalah sesuatu yang amat sukar untuk dimengertikan. bila di dalam hati tidak ada rasa suka, macam mana mahu usaha lagi? orang kata hati ini boleh kita pujuk, cinta boleh dipupuk. tapi macam mana lagi mahu dipujuk hati yang tidak mahu? kalau tak mahu tu, maknanya tak mahu lah. bukan boleh dipaksa-paksa.  

masa hadapan kau nanti cerah. tak mahu hidup senang? 

gila tak mahu. siapa yang tak mahu? kalau lah diturutkan nafsu kepada material yang ada dalam diri, memang hati dia digenggam tak lepas. namun ego yang kukuh terpasak dalam hati menandingi segala. kononnya apa yang dimahukan hati boleh saja diusahakan sendiri. alahai kerasnya lah yang jadi perempuan itu pun. 

benar kasih sayang itu tak boleh kita nak paksa-paksa. kau siram lah macam mana pun, kalau tanah itu tidak subur, tak akan hidup juga pokoknya. ibarat menanam anak pokok kelapa sawit di atas tanah berpasir. boleh hidup? lalu kita kata, akan ada orang yang lebih baik lagi dari kita. haha ! mahu lepaskan diri dari rasa bersalah. itu saja lah modalnya.

tapi kan.. kau ingat, kau seorang saja perempuan yang ada dalam dunia? lelaki yang punya wang, kerjaya yang menjamin masa hadapan cemerlang, kau ingat tak ada orang yang mahu? berduyun lah yang mahu isi borang. apa kau rasa bila dia sudah attached dengan orang lain? bohong lah kalau tak rasa apa-apa iya kan? ego kau pasti rasa sedikit tercabar. biarpun kau tahu perasaan dia pada kau masih ada, dan biarpun kau lansung tidak ada rasa sayang, kau tetap tak mahu rasa terkalahkan bukan?


haha ! 


itu cerita bila orang tergilakan kita, kita tak mahu dengan orang. macam mana pula dengan cerita kita sendiri yang tergila-gilakan orang? 

*ketawa*

hidup ini ada karma sayang. setiap apa yang kau buat, pasti akan dapat pembalasan yang setimpal. jadi, bersedialah untuk sebarang kemungkinan yang mungkin akan terjadi. masa ini kau memang gembira, bahagia.. dan nanti suatu hari bila kau dapat tahu cuma kau seorang sahaja yang tergila-gilakan dia setengah mati, baru kau terduduk. terjelepok. masa itu nanti baru tahu bahawa tinggi rendah langit itu tidak terukuri. 

soal hati sememangnya rumit. teramat rumit. bukan senang nak jumpa dengan si dia yang berkongsi getar rasa yang serupa. bukan mudah untuk bina sebuah percintaan yang mana akhirnya kita tahu bahawa kita saling perlu dan saling mencintai. masa, ruang, peluang dan kesempatan yang kita peroleh, gunakan dengan sewajarnya. kalau lah perasaan sayang itu subur di dalam hati kedua-duanya, maka siram dan belailah ia. sebab bukan mudah mahu ketemu. 

namun selalunya yang berlaku, yang dikejar akan lari jauh-jauh. kita yang mengejar pula, dikejar sampai nafas jadi lelah. sudahnya? duduk saja diam-diam.. kononnya percaya akan tiba putera yang dinanti-nanti macam dalam fairy tales yang sering dimomokkan di telinga sewaktu kecil.


p/s: esok ada dua kenduri kahwin..



Share/Save/Bookmark

Wednesday, February 02, 2011

Kek Cawan Coklat Kukus


Ibu memang suka jeles bila tengok orang senang.. kata aku.. ibarat mendapat arahan dari Jeneral Perang, dengan penuh patuh aku turuti sambil berlari-lari ke medan perang.. wahhh !!

okey.. okey.. mengarut..

truth is, aku nak share resipi lagi.. yeay ! sewaktu sedang menulis, ada satu batch yang terdiri dari tujuh cawan kek comel sedang dikukus.. jom cekedout !

Kek Cawan Coklat Kukus

Bahan-bahannya ialah:

3 biji telur ayam (normally gred C)
2 cawan gula kastor (versi aku 1 3/4 sahaja sebab tak mahu manis sangat)
2 cawan tepung gandum (di ayak 3 kali bersama satu sudu teh soda bikarbonat dan baking powder)
1/2 cawan koko (dimasak dengan 1 cawan air di atas api sederhana)
3/4 cawan minyak masak
1 cawan susu cair


sempat snap gambar tepung je.. ekeke..


kaedahnya:

  1. pukul telur dan gula sehingga kembang
  2. masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder tadi
  3. masukkan bancuhan koko, minyak masak dan susu cair. kacau hingga sebati
  4. kukus selama 10 - 15 minit


so hasil yang tidak semenggah dan masih belum dikeluarkan dari cup adalah begini.. nanti bila dah sejuk, keluarkan dari cup, susun cantik-cantik dalam piring dan boleh dihidang bersama dengan teh O panas.. 



okey selamat mencuba ! susun elok-elok.. jangan tak semenggah macam aku.. ahaks !



Share/Save/Bookmark

I'm glad that I am not perfect


Congratulations!  You're not perfect!  It's ridiculous to want to be perfect anyway.  But then, everybody's ridiculous sometimes, except perfect people.  You know what perfect is?  Perfect is not eating or drinking or talking or moving a muscle or making even the teensiest mistake.  Perfect is never doing anything wrong - which means never doing anything at all.  Perfect is boring!  So you're not perfect!  Wonderful!  Have fun!  Eat things that give you bad breath!  Trip over your own shoelaces!  Laugh!  Let somebody else laugh at you!  Perfect people never do any of those things.  All they do is sit around and sip weak tea and think about how perfect they are.  But they're really not one-hundred-percent perfect anyway.  You should see them when they get the hiccups!  Phooey!  Who needs 'em?  You can drink pickle juice and imitate gorillas and do silly dances and sing stupid songs and wear funny hats and be as imperfect as you please and still be a good person.  Good people are hard to find nowadays.  And they're a lot more fun than perfect people any day of the week.  ~Stephen Manes, Be a Perfect Person in Just Three Days!


p/s: discover each other and love the imperfect, perfectly

Share/Save/Bookmark

Tuesday, February 01, 2011

when i hate you ..




Share/Save/Bookmark