"lama cuti? hai.. ada orang mai kira ka?"
"ish.. tak ada lah.. kalau ada mesti habaq punya. benda elok tak kan la tak habaq"
"haha.. cik tak baik menipu"
"tau la.. betoi la aku kata. kalau benda baik konfem aku habaq"
"habih tu bila nak menikah?"
"tak tau la wei"
"kawan-kawan tu tak kan tak dak"
"ada la. tapi tak kan aku nak ajak depa menikah kot. malu haih"
"ye la. benda ni kena habaq. kena bawak bincang. macam saya dengan orang rumah saya dulu. kami bincang benda ni. sampai bila nak berkawan? bila nak menikah?"
"owh.. bini hang la yang tanya hang dulu?"
"ye la. kadang-kadang lelaki ni dia leka tau dak. alah yang penting berkehendak. kalau betoi-betoi mau, anytime! tarak nak tunggu lama-lama!"
[nota: mai kira = meminang]
______________________________
ah ! lelaki berstatus suami ini selalu begitu. balik-balik yang disoalnya akan isu nikah kahwin. aku tahu, teman-teman sebenarnya bimbang. manakan pula dengan aku yang sendiri-sendiri di negeri orang, malah semuanya serba sendiri. jarang benar aku meminta-minta bantuan dan huluran tangan orang lain.
berbicara isu ini dengan beliau, berlanjutan sehingga satu jam lamanya. banyak yang diperihalkan. yang lebih banyak dikisahkan adalah perit dan pahit hidup nya sendiri. sungguh-sungguh mengingatkan aku kepada seorang teman. tapi yang ini lebih pahit. yang baru sahaja menerjah deria ini, pahitnya seakan melekat di kerongkong. akan aku perihalkan kepada dia nanti. moga-moga dapat dijadikan sandaran dan menjadi baja, menyemai keyakinan dan kekuatan.
aku perempuan yang cetek pengalaman, terkadang terlalu menurut hati bila mendepani cabaran dan ribut yang membadai. jadi terima kasih teman kerana sudi berkongsi, malah meletak rasa percaya pula.
berbalik kepada isu yang dibincangkan.. katanya, yang terpaling-paling penting dalam sesebuah hubungan adalah persefahaman. dengan adanya persefahaman, semua akan jadi mudah. mudah untuk perempuan, mudah juga untuk lelaki. mudah untuk kedua-duanya. dia memperihalkan pula bagaimana mudahnya jodoh mereka bertaut, daripada tempoh perkenalan yang tidak terlalu lama, hati yang tenang dan lapang tatkala berdua sehinggalah membawa kepada penerimaan keluarga yang senang amat dan tiada barang sedikit pun masalah mahupun tentangan.
pendek kata, mudah segala..
PERSEFAHAMAN. unsur terulung yang membuahkan kejayaan kepada sesebuah hubungan.
kalau persefahaman jadi unsur terulung kepada sesebuah hubungan yang harmoni dan berjaya, KEPERCAYAAN pula merupakan unsur terulung yang mampu memporak-perandakan sesebuah hubungan. ini lah yang terpaling-paling mencabar untuk dipertahankan. kerana apa? kita ini cuma manusia biasa yang bertemankan segala macam sifat di dalam diri, antaranya sifat syakwasangka. syakwasangka membawa kepada hilangnya rasa percaya. bila kepercayaan hilang, maka kasih sayang yang tadinya berada di tangga tertinggi terus sahaja merudum, bergolek ke tangga yang paling bawah. maka tingkat kedua-duanya harus selari. persefahamana dan kepercayaan harus biar seimbang. masalahnya, bagaimana mahu mengekalkan rasa percaya?
menurut hemat aku, untuk terus mengekalkan rasa percaya biar terpaku kekal di dalam hati adalah KEJUJURAN. kalau kita jujur dengan pasangan kita, apa lagi alasan yang kita ada untuk menyimpan rasa syakwasangka kepadanya? jadi.. lelaki mahu pun perempuan.. berlaku jujur lah walaupun terkadang pahit untuk kita nyatakan. kalau kita tidak cuba untuk berterus terang, bagaimana mungkin kita pasti dan tahu akan sejauh mana penerimaan pasangan kita terhadap sesuatu perkara itu bukan? jadi tolong lah berlaku jujur. perempuan, kalau punya pertalian hati dengan mana-mana lelaki.. nalurinya seperti antena tahu? terkadang tak perlu dinyatakan pun dia boleh tebak apa yang sebenarnya bersarang di dalam hati lelaki kesayangannya. jadi.. kalau tidak jujur, mengaku tidak.. menidakkan pun tidak.. perempuan pun mula lah berspekulasi sendiri. putik-putik syakwasangka mula membenih. natijahnya nanti apa? bila hati sudah membengkak, dihamburkan semua.. bukan kah jadi kalut? jadi ribut?
________________________________
setelah seminggu meninggalkan pejabat, aku mula menghirup kembali atmosfera kerja dengan timbunan kertas-kertas berstatus pending. ah ! maaf. sesungguhnya aku ini manusia yang sungguh-sungguh rendah level of tolerant-nya. tak mampu membendung rasa sendiri. terlalu rapuh.
seorang teman baik perempuan menegur aku lewat laman yahoo messenger, bertanyakan akan keadaan aku, juga memperihalkan akan sedar dan jelas nya dia akan keruh di wajah aku minggu lalu. sebakul abjad dan aksara dihadiahkan kepada aku, menyusun nasihat dan kata semangat untuk aku biarpun dia tidak jelas akan apa masalah sebenar aku. ah ! orang sudah berumahtangga. tentu saja dapat menebak. kalau tidak tepat pun, sipi-sipi pasti mengena.
terima kasih teman kerana terlalu-lalu mengambil berat akan aku. risaukan aku. tumpang berduka bila sedar akan hilangnya senyum ketawa juga jenaka aku.
terharu.. sungguh..
nota: cinta terlalu besar untuk aku tempatkan dalam hati

ada dua sen aku di dalam ini