Saturday, April 30, 2011

nota tentang cinta oleh perempuan berkepala kosong

nota: sebenarnya aku tak tahu mahu tulis apa.

kadang-kadang, kepala rasa kosong
tapi jari masih gatal mahu membenam butir-butir aksara yang bercetak di atas papan kekunci komputer riba
aaa.. komputer riba yang aku usung ke utara selatan, ke hulu ke hilir aku biar berserendeh memberat di atas bahu
biar membeban pundak, pun aku tak peduli
begitu lah bila hati dah kasih
apa pun tak apa

itu kisah aku dengan komputer riba
belum lagi kisah kasih sayang sesama manusia

manusia
maksud aku manusia yang normal seperti kita-kita
hurm.. macam mana mahu susun ayat menjadi kata yang mudah kalian faham ya?

*jari mengetuk meja*

aaa.. begini
dulu
aku menggariskan kualiti-kualiti tertentu yang aku mahu 
maksud aku, apa yang aku mahu kekasih aku ada
misalnya
berkulit cerah, metroseksual, sentiasa kemas-tidak selekeh
kita namakan sebagai ciri-ciri fizikal
dan..
dan aku percaya kalian juga ada menggariskan ciri-ciri tertentu 
hurm.. kekasih idaman la senang cerita
ada kan? 

tapi..
kalian pernah dengar sebaris ayat yang berbunyi
"cinta itu buta" ?

*menjungkit senyum*

cinta..
dia datang macam kilat
sekelip mata menyambar sekeping daging merah yang di dalam ini
tapi
tidak pula ia terbakar rentung
cuma direnjat bahang dan daya panahan yang boleh tidak kalau aku panggil ia panahan asmara?
geli tidak agak-agak?

haha !

sekali disambar perasaan luar biasa ini
kau akan lupa
habis segala data yang kau simpan di dalam kepala
persetankan dengan kriteria-kriteria yang kau cipta
jambankan saja mimpi-mimpi yang dilakar saban malam
maksud aku, mimpi tentang kekasih impian yang aku bilang tadi

*senyum*

seluar camping-rabak di sana sini
baju pun tak berjenis rupanya. lusuh meretas pula
metroseksual memang jauh umpama bumi dan pluto jaraknya
bila sudah kasih, yang kau benci jadi pujaan

biar seluar camping-rabak; perempuan kata dia lelaki tidak berwang
biar baju tak berjenis rupa; sebelah mata pun perempuan tak mahu pandang
biar tidak wangi tak elok paras; asal setia tidak sebuas jembalang

hey perempuan
aku lihat kau sedang senyum sendiri
jangan kau sangkal lagi
benar bukan apa yang aku bilang ini?

hey lelaki
kau jangan geleng kepala ukir senyum sinis
kau juga sama
bila sudah kasih
ketawa mengilai serupa pontianak pun kau kata merdu
mata juling macam itik pun kau bilang menawan
semua semata kerana cinta

eh.. maafkan aku kalau ada antara kalian yang bilang aku ini tidak realistik
pada aku
cinta memang begitu
kita jadi bukan-bukan sebab cinta
kita keluar dari normaliti biasa juga sebab cinta
malah kita jambankan segala pegangan juga semata kerana cinta

maka timbul pula satu persoalan dalam benak aku
apa cinta itu menjadi kan kita bukan diri kita?
apa cinta itu merubah kita menjadi orang lain?

*panggung dagu*

cinta itu nuansanya pelbagai
coraknya abstrak 
tidak terbacakan oleh orang yang buta akan seni
aaa.. cinta itu seni?

tadi kan.. kepala aku kosong
aku tak tahu mahu tulis apa
kemudian aku tulis ikut suka aku
biar macam sampah sarap pun, tetap aku tulis tanpa padam-tulis semula (kecuali ejaan yang ke laut. dah tentu aku mesti padam dan tulis semula kan?)
dan..
dan sekarang pula kepala aku sudah ketat
soalan sendiri pun tak mampu dijawab
jadi..
aku mahu beransur
malas mahu sambung
kalau kalian berkenan mahu jawabkan, jawablah
jangan lupa kongsi dengan aku

oh terima kasih
kerana apa?
kerana baca tulisan gila aku hingga ke noktah yang paling akhir
esok hari buruh
selamat bercuti
salam sayang untuk semua

mahu aku cium seperti selalu?
haha !

muahs ! daa ~

p/s: cinta tu bahaya. boleh pudar bila-bila masa. sayang itu bahagia. kekalnya sampai bila-bila.

Share/Save/Bookmark

Thursday, April 28, 2011

di muka pintu kaca



di muka pintu kaca yang ternganga
figuranya kaku
fikirannya celaru
pandangannya sayu
cairan di tubir mata, tak dibiar beku
mengalir
seiring hujan dingin dan angin semilir

di muka pintu kaca yang ternganga
dia pejamkan mata
dibiar semilir angin menampar muka
dalam hati dia berkata
begini agaknya rasanya cinta
semilirnya tidak jeda bertiup sentiasa
segaris senyum terukir di muka

di muka pintu kaca yang ternganga
mahkota kepala tidak lagi melayang
dingin semilir, entah kemana menghilang
butir hujan sudah tidak terbilang
sayu terlukis bukan kepalang

kalau begini, masih namanya cinta?


penang, 2011
Share/Save/Bookmark

selerak

dia membina cangkerang sekeras batu
biar tak terlihatkan segala lara
biar sembunyi seluruh rindu
biar tersimpan rasa yang satu

dia penasaran mencari diri
mengumpul kembali kepingan-kepingan hati
mahu dicantum bimbang berderai kembali


maka biar
biar selerak
dia masih belum jumpa diri
malah dirinya bukan diri


p/s: khabarkan. apa masih sah janji yang aku genggam dan nanti?
Share/Save/Bookmark

Tuesday, April 26, 2011

mana suria?

tadi malam
aku laungkan pada dia
ya pada malam yang beransur pekat

"kenapa sembunyikan suria saya?!"

bergema
kemudian senyap
sunyi

lalu aku diam

kemudian aku jeritkan pada malam
malam yang semakin tua

"apa esok akan kembali suria saya?!"

malam masih diam
aku pekup mulut
tak mahu berteriak apa-apa lagi

"pejamkan mata sayang. suria cuma sembunyi"


p/s: finger cross


pulau pinang
april 2011
Share/Save/Bookmark

kesabaran



bila kita minta Tuhan berikan kita kesabaran,
adakah kita diberi rasa sabar,
atau peluang untuk menjadi sabar?

bila kita minta Tuhan berikan kita cinta,
adakah kita diberi cinta,
atau peluang untuk mengetahui yang mana satu cinta?


(nurul,2011)







credit: Bai




nota:


Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)




Share/Save/Bookmark

Monday, April 25, 2011

kemarau

hampir kering air di geluk
mana mungkin terisi periuk
jangan hati merasa teruk
memeluk lutut duduk terceruk
lihat pohon lintuk meliuk
kelak hujan penuh lah geluk
Share/Save/Bookmark

Sunday, April 24, 2011

chewing gum dentyne splash perisa strawberry

untuk divert kita punya kepala dari memikior perkara-perkara yang boleh membangkitkan emosi cerekarama, langkah yang terpaling baik ialah ambil baju dan pakai, sikat rambut cantik-cantik, pakai cekak yang ada batu-batu colourful atas kepala, pakai vaseline sikit kat bibir, sembur parfum Calvin Klein - ckin2u for her yang berbau manis lemon, galas beg besar guni rona electric blue dan ...

.... pling !

tiba-tiba dah ada atas kerusi merah jambu di pejabat.

okey babai. mahu siapkan kerja. esok ada exit audit meeting. aaa.. menci >_<
jumpa lagi nanti. Assalamualaikum. muahs ! babai !


p/s: tentang sekolah pun aku malas fikir. aku mahu jalan perlahan-lahan seperti siput peliharaan spongebob squarepants yang bernama Gary. meoww ~

Share/Save/Bookmark

Saturday, April 23, 2011

borang anjal

aku mahu jawab di sini salah satu soalan di borang anjal yang aku jawab dua jam tadi. jawapan di borang anjal tadi pendek sahaja. oh ya, soalan ini juga rupanya sudah dua minggu bertamu di dalam kantung soalan borang anjal. [baca: formspring]

"mengapa begitu lemah? move on... "

hari-hari aku bisikkan pada diri..

... shira ! kuat ! kau bilang kau srikandi. kau bilang kau mampu berdiri !

... shira ! kenapa begini? dulu kau tak perlu masa selama ini. bangun.. berjalan.. jangan duduk lagi !

dan..

setiap kali aku berusaha untuk bangkit, setiap kali aku gagahkan diri untuk berdiri, aku terjelepuk kembali. kali ini aku tidak cukup gagah. kali ini ego aku bergolek di hujung kaki. kali ini air mata aku jatuh hingga ke tangga harga yang terpaling-paling rendah.

jemari aku terlalu kuat menggenggam janji sedang aku sendiri tahu tidak semua janji mampu tertunai. sungguh aku percaya kepada takdir. terlalu percaya. aku juga percaya setiap yang tercatat di atas kalam takdir aku punya hikmah terpaling indah yang aku tidak dapat lihat sekarang. mata aku terlalu kabur dengan limpahan air mata.

aku percaya. aku tahu. namun entah kenapa genggaman aku semakin erat. mungkin perasaan benci sahaja yang mampu meleraikan genggaman ini bahkan mampu aku lemparkan semua janji jauh-jauh. tapi sayang.. aku tak mampu membenihkan perasaan benci, apatah lagi menyuburkannya.

... aku percaya

nothing happens for nothing. benar kan?

itu jawapan aku. terima kasih.


p/s: perkataan move on dikaburi memori yang mahu aku tanam. malangnya aku tak punya cangkul. 

Share/Save/Bookmark

tahukah anda? >> updated version

wiki style.. jangan tiru ! babab nanti.. haippppp !! :p

tahukah anda, hari ini Sabtu sekarang ini jam 830 malam dan aku masih di pejabat? oh kerusi merah jambu ini menyambut ketibaan daku sejak jam dua belas tengahari tadi.

tahukah anda, daku sedang dalam proses men-clear-kan segala yang berstatus pending? well, kalau buat betul-betul kejap je setel. berangan lebih ! *sepuk dahi namblas kali*

tahukah anda, daku mahu buat major cleaning esok. tapi daku rasa seperti mahu berkunjung lagi ke pejabat esok. [baca : oh rajinnya. anak siapa ni?]

tahukah anda, daku belum lagi berkunjung ke kedai dobi minggu ini? [baca : anda punya pilihan untuk menarik semula perkataan rajin tadi atau sebaliknya *ngee*]



tahukah anda, daku ini ibarat gula-gula getah dentyne splash? keras di luar, bila dikunyah-kunyah maka kalian tahu ada cairan lembut di dalamnya. oh pathetic ! ada sesiapa mahu tamparkan pipi daku? walau siapa pun yang mahu raih tangan aku, kononnya mahu kesat mutiara jernih yang mengalir dari tubir mata, ditolak mentah-mentah tanpa sedikit pun pertimbangan. kononnya kau srikandi gagah kan shira? oh sempat pula 'buka kaunter' seperti biasa. tersenyum ramah seperti selalunya. [baca: ada sesiapa mahu kasi daku award?]

tapi.. sesungguhnya yang palsu itu sama sekali tidak akan sama dengan yang tulen. sesiapa yang punya kadar NaCl berlebihan di dalam badan, sudah pasti tidak percaya sama aku.

tahukah anda, daku mahu sambung kerja? 

wish everyone a splendid and wonderful weekend. appreciate every moment you spend with your loves one. Assalamualaikum. semoga kalian sentiasa hangat dalam dakapan rahmat-Nya. salam sayang. muahs ! babai !


nota: "tahukah anda" merupakan trademark Sokernet.
notalagi: terima kasih kepada 'perempuan baik' yang tidak pernah aku ketemu secara empat mata.. 

Share/Save/Bookmark

strangers, again


Every relationship goes through stages. Where and how each stage develops is ultimately up to each person. While we always hope for the best, we often can't avoid the inevitable.


nota: berhenti dari mengharap apa-apa pun. it's my own fault tho. 

Share/Save/Bookmark

Friday, April 22, 2011

sejak akhir-akhir ini aku jadi manusia yang amat mudah tersentuh.
boleh dikatakan hampir setiap hari rakan sepejabat yang boleh aku panggil Ibu bertanyakan akan perihal aku.

"makin kurus. muka dah kecut. awat shira?"

"shira tak lalu makan ka? awat?"

dan pada setiap kali itu lah hati aku merasa sebak yang teramat.
jauh dari prasangka, aku yakini mereka benar jujur mengambil peduli.
setiap soalan yang menerjah telinga aku balas dengan senyuman.
senyum yang aku sendiri tidak pasti akan palsu-tulennya.
aku katakan bahawa aku tak apa-apa.

pathetic.

++++

janji yang aku pegang kemas entah bila mahu aku lepaskan.
buat masa ini aku masih belum mampu.
genggam sahaja janji itu selama mana yang aku mahu boleh kan?
tapi bila pula aku mahu bangkit dari jatuh yang benar-benar jatuh ini?

berlari.
kemudian berhenti.
berharap diri ini dinanti.
tapi hampa.

*senyum sinis*

sengaja dilanggar lubang dihadapan
sedang sebenarnya aku tahu di hadapan itu tadi ada lubang

barangkali tuhan mahu aku rasa bagaimana sakitnya jatuh yang sebenar-benar jatuh
jujurnya sangat pedih

namun aku masih percaya bahawa setiap yang berlaku itu tidak pernah sia-sia.
sekurang-kurangnya kenangan yang tidak banyak masih ada untuk aku simpan.
simpan sehingga aku benar-benar pasti bahawa diri ini tidak dinanti lagi.


nota: tahniah untuk empat teman baik kerana masing-masing telah melangkah ke fasa baru. isteri dan juga ibu. semoga bahagia terus melingkari hidup kalian.
Share/Save/Bookmark

mari membaca

Assalamualaikum wbt.. Salam Jumaat.. semoga hari yang penuh barakah ini dijalani dengan baik. didoakan segala yang disempurnakan oleh kalian berjalan dengan lancar hendaknya..



daku mahu ucapkan tahniah kepada dua sahabat penulis daku, kakak nera fatimah dan adik orked.
oh bila pula giliran daku? 
manuskrip yang ada pun separuh jalan. ekeke..

kalian boleh dapatkan naskah novel ini di Pesta Buku PWTC
yang diadakan pada 22 April hingga 1 Mei ini
semoga sukses dan lebih mapan dalam bidang penulisan yang amat dicintai


p/s: dah baca nanti daku buat review =)
p/s/s: kenapa aku tercampak di penang ni woih ?! kalau aku di sana memang tentu-tentu aku menyibuk serbu booth *ngee*



Share/Save/Bookmark

Thursday, April 21, 2011

orang pakai kasut tumit tinggi, kau pun mahu pakai kasut tumit tinggi kan? rasakan !

pakai kasut tumit tinggi
berjalan dengan langkah yang tersusun teratur
cantiknya kasut tumit tinggi pada langkah yang kemas
jadi kalau mahu langkah yang tersusun teratur, pakai kasut tumit tingga ya gadis-gadis

berjalan dengan mata lurus ke hadapan
entah apa yang difikirkan
kosong
langkah di atur tidak laju seperti selalu
mobil berwarna kelabu semakin hampir
ditekan punat kunci kereta
dia berjalan terus
mendekati mobil berwarna kelabu yang jelas pada pandangannya
satu kaki sahaja lagi

bedebuk !

berselerak segala yang dia punya
tas tangan
kunci mobil
beg kertas berisi pakaian sembahyang

mahu bangkit
tapi sakit

banyak mata yang memandang
dia pasti itu
namun matanya tidak mampu memandang keliling
bimbang nanti malu menerpa
dia mengutip kembali segala yang berselerak
dia bangkit perlahan
pangkal kakinya terasa berdenyut
betis keringnya terasa pedih

dengan perlahan, segala yang dia punya ditempatkan di tempat duduk belakang mobil
sesaat kemudian dia juga sudah hilang di dalam perut mobil berwarna kelabu

lain kali, kalau tidak mahu tersungkur
jangan pakai kasut tumit tinggi


nota: rela tersungkur berkali-kali di hadapan orang ramai daripada tersungkur BEGINI.
Share/Save/Bookmark

Wednesday, April 20, 2011

walau seberat apa pun
jadikan lah aku hambamu yang redha
Share/Save/Bookmark

nikmat

nikmat yang terpaling-paling nikmat adalah sihat.
berturutan pula dengan anak-anaknya
yakni berjalan, duduk, berlari, baring, bekerja, tidur, makan
juga yang lainnya

namun bila gagal mengecap satu-satu nikmat
nikmat yang lain juga bakal ditarik
sehinggalah kepada nikmat yang terpaling nikmat

nota: insomnia

Share/Save/Bookmark

Tuesday, April 19, 2011

masih sama

Assalamualaikum wbt..

pertama,

terima kasih kepada perempuan baik yang aku kenal lewat dunia maya ini. terima kasih kerana pinjamkan aku pengasah. hari ini aku menulis :)

kedua,

kalau ada yang sudah tidak kenal siapa aku, mari aku kenalkan.
aku masih perempuan yang sama yang kau kenali kelmarin.
aku masih lagi memandang pada arah yang sama, seperti mana kelmarin.
aku harap, tidak ada yang lupa.
tolong jangan pernah lupa.

ketiga,

melewati suatu tempoh yang banyak mengajar tidak mudah.
berguru dengan sakit.
menuntut dengan 'sunyi'
belajar dengan masa
berbaur celaru rasa.

keempat,

hari ini aku masih perempuan yang sama.
moga esok, dan hari seterusnya.
aku masih perempuan yang sama.
berpaut pada dahan yang serupa.
berteduh bawah rimbunan yang sama.


p/s: hari-hari berbual dengan Tuhan. moga Dia mengerti.
Share/Save/Bookmark

Saturday, April 16, 2011

patah


pensil warna merah
menulis penuh semangat
tapi
itu dulu

pensil sudah patah
sampai bertemu lagi


p/s: pergi berubat

Share/Save/Bookmark

Friday, April 15, 2011

sesat dalam ramai


dalam riuh, sunyi
dalam hingar, sepi
dalam ramai, sendiri

ketawa, tapi duka
senyum, tidak seri di muka

sesat
hilang

lihat, mata berkaca



p/s: minggu 2.. pilu.. mana teja?

Share/Save/Bookmark

beri amanah kepada yang layak

well.. politik adakala seperti bau hamis perit sampah. busuk tahu. sebelum aku taip panjang-panjang, aku mahu buat disclaimer dulu. 

aku adalah neutral. tulisan aku tidak menyebelahi mahupun mewakili mana-mana parti. sekian.

bersikap neutral tidak bermakna tidak punya pendirian mahupun pegangan sendiri. aku ada pegangan aku. aku punya pendirian yang masih lagi teguh. aku percaya, keadaan akan jadi molek kiranya kita berada di bawah pimpinan peneraju yang betul. 

semalam, seorang teman menyatakan rasa tidak puas hati kerana laman Malaysia Kini tidak dapat dibuka. hari ini pula dihebahkan lagi tentang serangan hackers ke atas laman Harakah Daily. Laman-laman ini kena serangan DDoS dan maklumat-maklumat terkini tentang pilihanraya di Sarawak tidak dapat diakses oleh pembaca.

manusia memang suka berandaian. aku tak mahu jadi hipokrit. andaian aku, ini adalah permainan kotor pihak-pihak tertentu. sekali lagi aku ingin tegaskan, ini cuma andaian. 

for those yang masih tidak dapat akses ke laman Malaysia Kini, kalian boleh berbuat demikian dengan mengunjungi laman rasmi MK di facebook. masukkan sahaja carian Malaysia Kini.

this is just my piece of thoughts.. salam sayang ! 


p/s: memetik kata-kata Ustaz Mohd Asri (Dr MAZA) dalam laman blognya, "beri amanah kepada yang layak".
p/s/s: entah kenapa, Minda Tajdid (laman blog) Dr Maza juga tidak dapat diakses.. emosi. mahu nyanyi lagu enjit-enjit semut lah..

Share/Save/Bookmark

pakcik pemandu..

baru pulang dari bank. atas urusan rasmi.
duduk sahaja di atas kerusi merah jambu ini, laman belog yang aku buka dulu. mahu luahkan perasaan.

mabuk.
nak muntah.
pening.
sakit kepala.

semua gara-gara encik pemandu.

pakcik pemandu..
tahu tidak penumpang yang pakcik bawa ini masih lagi anak dara. saya beluk kahwin lagi pakcik. saya masih belum mahu menempah tiket ke alam kubur. benar ajal maut di tangah Allah. tidak lewat dan tidak juga cepat walau barang sesaat pun dari waktu yang telah Dia janjikan dalam kalam takdir. tapi selagi kita mampu mengelak celaka, ada baiknya kita elak. benar bukan pakcik?

pakcik pemandu..
saya bukan tak mahu tegur pakcik tadi. tapi saya bimbang nanti apa yang meluncur dari bibir saya ini bakal menyakitkan hati pakcik. saya tak suka. jadi saya biar saja. saya halakan mata saya ke luar. tapi pakcik tahu tak? perut saya kat dalam ni, dah kembang kuncup, kembang kuncup. saya cuak okey ! pakcik cucuk-cucuk kereta kat depan. apa neraka? [read: wutdehel]. buatnya meretuh? berlanggar? tidak ke masa kita terbuang di tengah jalan?

pakcik pemandu..
kita bukan mahu ke mana-mana pun. jalan ini pula jalan biasa saja. bukan lebuhraya. kenapa pakcik memandu macam feeling-feeling bawa kereta lumba? kiri kanan-kiri kanan.. sipi-sipi je pakcik. hati saya kecut. darah sudah tidak naik ke muka. pucat saya pakcik. tapi saya buat muka relax. saya buat muka cool. saya buat muka macho. well ! apa barang buat muka gadis-gadis.. oh no ! omaigad ! aaa.. tidak..tidak..tidak.. tak macho begitu. tapi pakcik, walaupun saya buat muka macho, hati gadis saya memberontak pakcik. 

saya berharap, dan saya juga berdoa.. semoga nanti pakcik akan sedar tentang peri pentingnya pemanduan berhemah. 

*tengok duty roster*

5 May saya kena ke bank lagi.. 

haih ~


nota: meretuh = terkena/ tergesel [dialek utara]

Share/Save/Bookmark

monolog 2

Some people & somethings are put in your life temporarily just to get you on to the next lesson. Everything isn't meant to last forever

Tuhan menjadikan sesuatu itu dengan sebab. percaya bahawa setiap yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita dan bukan untuk merugikan kita. 

well, setiap yang terjadi adalah di atas kehendakNya bukan? kalau hari ini begini, esok lusa belum tentu akan terus begini kan? 

aaa.. begini apanya shiraaa..

cukup lah andai aku seorang saja yang mengerti. satu yang aku yakini, kita pasti akan bertemu semula suatu masa nanti kalau sudah tertulis di kalam takdir kita begitu. namun seandainya kalam takdir kita tertulis sebaliknya, maka aku redha dengan segala. 

++++++++++++

exam dah nak dekat. luckily paper aku jatuh pada awal bulan May. maka tidak lah aku berkejar sangat. manakan dengan kerja pejabat, mahu ulangkaji, dan oh.. tak lupa juga karya yang masih belum aku siapkan untuk bengkel anjuran Upena nanti. rasa kurang bermotivasi mahu menulis. aha ! tak habis-habis dengan alasan kurang bermotivasi kan? alahai shira..shira..

orang-orang kat atas masih belum meluluskan perbelanjaan ke bengkel. atas sebab itu aku merasa kurang bermotivasi. buatnya nanti tak lulus? hah ! kan kecewa aku nanti. bengkak-bengkak mata aku nangis nanti. tolong doakan aku sama ye? moga-moga setiap langkah aku mendapat berkat dan izin dariNya. moga segalanya dipermudahkan.. Ameen ya Rabb.. 

so.. terima kasih untuk masa kalian di sini. semoga hari kalian indah-indah saja. hari ini Jumaat kan? wish everyone a wonderful and blessed Friday ! senyum-senyum selalu. salam sayang. muahs !



Share/Save/Bookmark

lagu yang buat gua rasa macho


p/s: kalau kita rindu orang yang dah jumpa Kekasih, kita sedekah Al-Fatihah. tapi kalau rindu orang yang jauh, kita doa yang baik-baik moga sejahtera [dalam nada macho]

Share/Save/Bookmark

Thursday, April 14, 2011

#khidmat masyarakat: remaja hilang

Assalamualaikum wbt..

mohon rakan blogger yang lain juga memanjangkan sebaran ini.



seorang remaja perempuan dipercayai hilang. aku tidak ada maklumat yang lebih terperinci berkenaan akan hal ini. namun begitu sekiranya ada antara kalian yang pernah lihat remaja ini, hubungi bapa beliau, En Juniny di talian 019-3679449


Share/Save/Bookmark

sekitar seminar 9 April 2011


tenaga kerja yang menjayakan seminar. harap-harap semua dapat scor A untuk paper ni.





i bring RANAP everywhere. keluarkan dari beg sebab mahu buat alas untuk menulis. 


bersama panel-panel 


p/s: aku korbankan majlis kahwin teman baik semata kerana paper ni. kecewa tahu?

Share/Save/Bookmark

kecurian masa

ya Tuhan. tolong beri aku semangat. masa berlari. masa sudah tidak mahu berjalan lagi. tapi aku masih tega mencuri-curi sedikit untuk menulis di laman ini. 

jam 0117am.

Subhanallah.. aku sudah jadi sehabis-habis aku, mahu kembalikan semangat yang rapuh. yang goyah. sebelum siang aku mesti langsaikan ia. mesti. mesti. mesti. syukur mata masih lagi segar. insyaAllah akan selesai menjelang siang. Tuhan... bantu aku..

+++++++++++++

sedang aku tekun membaca dan meng-ekstrak bahan-bahan bacaan yang aku kumpul, deria aku menangkap nyaring suara jeritan dan hilai tawa yang mana desibel nya cukup menyakitkan telinga. sabar shira.. bisik aku pada diri sendiri. dahulu aku juga pernah melewati zaman remaja seperti mereka. bersenda tidak kira waktu juga seperti mereka. jadi kenapa perlu marah-marah? jangankan kerana tekanan sendiri, orang lain dijadikan mangsa melampiaskan rasa tidak enak yang sebu-sebal, menginap dalam hati.

aku biarkan dahulu. jerit lah dulu puas-puas. ah ! tak boleh jadi.

kakak rumah sebelah, punya anak-anak yang baru membesar. esok mahu ke sekolah. 
abang di rumah bawah, punya anak kecil. boleh terganggu lena anak-anak kecil ini nanti. 
sementelah itu telinga aku juga sudah tidak mampu bertoleransi lagi dengan senda gurau yang mengganggu.

aku bangkit meninggalkan sofa berwarna hitam yang sedikit tenggelam kesan dari tampungan berat aku.
[psssttt.. tidak lah berat mana pun. ahaks ! ]

aku pulas kunci yang menyekat pergerakan tombol.
daun pintu di buka.

demi melihatkan sebatang tubuh perempuan ini, dengan cermin mata tebal terletak elok di atas batang hidung, rambut ditocang satu yang jauh dari kemas apatah lagi jelita, dengan sepasang mata yang dihalakan tepat ke satu demi satu wajah.. maka jeritan nyaring berselang seli dengan hilai tawa tadi serta-merta berhenti. senyap sunyi. mencicit mereka menghilangkan diri di sebalik kamar masing-masing. sambil itu ketawa kecil dapat ditangkap deria aku. mahu tergelak juga. tapi aku tahankan saja. menten muka dinasour makan daun. 

haha ! boleh tahan dinasour muka aku.. cukup syarat jadi garang. 

aku kasih dengan anak-anak ini. 

haha ! macam tua benar bunyinya.. 

aku seronok tinggal di kalangan pelajar. walau terkadang memeningkan kepala, walau terkadang sedikit melelahkan, namun aku cukup gembira. aku suka. 

melihatkan sikap dan telatah adik-adik yang baru menginjak ke usia dewasa membuai aku, membawa aku kepada kenangan-kenangan yang aku lewati bertahun dulu. 

*senyum*

bersama-sama mengikuti program yang dianjurkan pelajar juga merupakan suatu pengalaman yang mengujakan. aku terasa muda. haha ! adik-adik yang begitu polos dan tulus santunnya selalu menyejukkan hati. siapa bilang budak-budak zaman sekarang sudah hilang kesatunan? kalau santun bicara kita, maka santun juga lah bicara mereka. treat people like what we want to be treated. hukumnya mudah. 

kalau pun ketemu dengan mereka yang pesen nya hard core, jangan mudah-mudah naik angin. jadi seperti air. sejuk, mendamaikan. sebesar-besar api pun, akan terkalahkan oleh air. 

oh.. masa sudah berlari laju. aku berhenti di sini dulu. sampai bertemu lagi. jaga diri baik-baik. jaga kesihatan. semoga kalian gembira dan senang hendaknya. salam sayang.. muahs !

Share/Save/Bookmark

Wednesday, April 13, 2011

i need drugs

five minutes to ten !

tidak bermotivasi lansung untuk memulakan apa-apa.

"i'll send it to you tomorrow morning. 1st thing in the morning"

itu lah janjinya tadi. i really need my drugs now to make sure that i have enough energy to stay up till dawn. aku dah janji tak mahu ambil lagi. maaf. aku terpaksa mungkir.


p/s: aku mampu

Share/Save/Bookmark

suria

bicara dengan rembulan
sepi
bicara dengan bayu
sendiri
bicara dengan gemerlap bintang
tiada

semalam
malam semalam
dingin
beku

mata jangan pejam
kita nanti suria tiba
biar hangat
tidak sepi
tidak sendiri
sentiasa ada

senyum
Share/Save/Bookmark

Tuesday, April 12, 2011

penat

fifteen minute after six and i'm still in the office. you know that? 

kau sedar tak bahasa inggeris kau macam bodoh?
gulung semula lidah.
kembali ke bahasa ibunda.
mother's tongue tahu?



penat
mahu balik rumah.
mandi.
mengadap kerja sekolah.
mengadap facebook.
mengadap sokernet.
mengadap sokernet lagi.
mengadap twitter. jadi tahi twitter.

aku busy

off ~


Share/Save/Bookmark

pendek aje

Assalamualaikum..

Semoga hari yang kalian lalui baik-baik saja.
Aku akan superduper busy hari ini. so there will be no updates melainkan yang ini saja.
mulakan hari kalian dengan senyuman, tak mahu muka ketat-ketat ye.
salam sayang untuk kalian.
muahs !



p/s: senyum paksa pun senyum jugak kan? hiks ! aaa.. IMH. *sigh*
Share/Save/Bookmark

Monday, April 11, 2011

kedidi

di tepi sebuah sawah, di atas sebuah pohon rendang, dua ekor kedidi hinggap di dahannya. entah apa yang dibualkan, rabung benar cicitnya.

kata si kedidi, dia mahu terbang tinggi.. bebas hinggap di dahan sana -sini

kedidi yang satu lagi mendengar tekun. dahan ini cukup kukuh untuk memegang pijak kakinya. pohon ini cukup rimbun-teduh memayungi kepala. kedidi yang satu lagi tetap pasang telinga. dengar sahaja bicara selanjutnya.

kedidi tadi terbang pergi.

kedidi yang lagi satu masih di dahan. kemudian dia juga terbang pergi. esok dia ke situ lagi.

esoknya dua kedidi bertemu lagi. 

esoknya.. esok lagi.. dan esok lagi..

suatu hari kedidi yang satu lagi duduk-duduk di tempat biasa. sang kedidi tidak ada. dinanti. tak ada juga lagi. kedidi yang satu lagi terbang pergi. pergi dan tidak datang-datang lagi. kelak dia akan kembali. bila sang kedidi muncul lagi di dahan yang sama nanti. terbang dulu sampai puas. sampai lelah. 


p/s: comel tak? berjinak-jinak mahu hasilkan penulisan kanak-kanak

Share/Save/Bookmark

it's monday y'll ! monday !

happy Monday !

so.. hari pertama untuk minggu ini dimulakan dengan penuh rasa geram dan urgh ! sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. you know how precious one minute is? satu minit ini lah yang menentukan warna attendance pada hujung bulan nanti. urgh ! (>_<)

well.. it's my fault tho. lilit shawl lama benor.. haha ! 

untuk kalian, semoga minggu ini dapat dijalani dengan sempurna hendaknya. tak mahu mulakan hari dengan emosi dan mood yang tidak enak.. moga kalian gembira dan ceria selalu. salam sayang untuk semua. muahs !

Share/Save/Bookmark

1st v-log.. bunuh wiwi



my first v-log.. and countless attempt sebab masa nak record mic buat perangai.
dengar tak distraction yang dihasilkan?
annoying
nak upload terus server reject
jadi kita upload dari youtube
tapi bila masuk youtube suara dengan pergerakan mulut tak synchronize la pula
layan je la
suka tengok
kalau tak suka sila tekan alt + f4
happy blogging !
muahs !


p/s: apesal gedik nau? tak sesuai daku dengan v-log gamaknya..

Share/Save/Bookmark

Sunday, April 10, 2011

meraban teben

update current status di TWITTER selang seminit buat diri rasa macam loser. it's like, you are talking to someone sedangkan engkau sebenarnya sedang cakap sorang-sorang. get me? bila kau ada ramai follower, memang la dalam ramai-ramai tu akan ada seorang dua yang respon dengan status engkau. tapi bila tak ada orang respon? but  you keep on updating your status like ermm..

yeah.. 

"kuat nor kipas ni, sejuk pulak"

... seminit kemudian

"patut lah sejuk. hujan rupanya"

... seminit kemudian

"apa kena dengan webcam aku ni? nak record video tak boleh. apa masalehanya. aaa.. tolonnnn.. anyone?"

... enam minit kemudian

"aaa.. sakit perut wei"

and the list goes on.

so far i  just have 159 followers. nasib baik followers pun ramainya adalah kenalan. kenalan sekolah. universiti. blogger. 

kalau tak?

lagi macam loser ! entah kenapa hari ni rasa teruk. it suppose to be a beautiful day. i meet my best buddy, having lunch with them. berborak berjam-jam. hari ni pulak aku enable chat di facebook. menaip dah macam jurutrengkas. but still.. something is missing.. 

darn !


p/s: perlu lawak sengal untuk buat aku ketawa nampak gigi. oh dan thanx but no thanx. sebab semua tak sama..


Share/Save/Bookmark

Ibu

dalam dunia ini, yang terpaling aku kasih adalah Ibu
ibarat tulang belakang yang menyokong berdirinya aku
menyeka setiap titis air mata yang berderai hingga kering tidak basah di pipi
membelai segala hiba biar lapang sedikit hati yang membungkal dengan rasa sakit 
biarpun sakit itu tidak terperi, akan kebas seketika bila bisik Ibu di telinga aku lembut berlagu

Ibu segala-galanya untuk aku
kalau Ibu tak ada, tak dapat aku gambarkan bagaimana robohnya hidup
aku tahu Tuhan sentiasa ada untuk aku
namun belaian kasih Ibu tetap aku perlu dan rindu selalu
malah berganti nyawa juga aku sanggup, asal aku tidak hilang Ibu


dalam tegas suaranya mendidik, jiwa Ibu sebenarnya terlalu sarat dengan kasih sayang 
setiap dari teman baik aku juga Ibu titiskan sedikit kasih
kadang-kadang tercetus lintasan hatinya dari bibir

"lama tak dengar khabar Hanum. rindu pula"
"lama tak dengar khabar Mila. bagaimana dia"
"lama tak dengar khabar Intan. ada telefon dia?"
"lama tak dengar khabar Raja. dia sihat?"

tempohari Mimi berutus khabar menerusi panggilan telefon. ya tempohari. ketika aku sedang pulihkan hati ranap di kampung.

*senyum*

tahu apa yang Ibu dan Mimi bicarakan?
bila lansungnya? ha dengar sini Ibu nak pesan, kita ini jadi isteri nanti kena selalu ingatkan suami.
bukan apa, lelaki ni sifatnya mudah lupa. kalau kita tak ingatkan, nanti dia lupa.
bla..bla..bla..

walhal Mimi menelefon semata kerana mahu bertanyakan khabar aku.
bimbangkan aku melakukan yang tidak-tidak.

sudahnya sekejap sahaja aku dapat berbicara dengan Mimi. sekadar meyakinkan dia bahawa aku baik-baik sahaja.
selebihnya, Ibu menguasai perbualan. berkongsi rahsia rumahtangga, petua menjadi isteri, dan segala macam isu hal ehwal rumahtangga.
teruja agaknya.
anak dara sendiri belum lagi mahu berumahtangga, maka segala yang ada ditumpahkan dahulu kepada teman baik.

kelakar jugak kadang-kadang. 

waktu Hanum datang beraya tahun lepas juga begitu. tidak ada ruang untuk aku mencelah. rindu benar dia dengan teman aku yang terpaling baik itu. banyak benar cerita yang mahu dikongsi. 

itu sifat Ibu yang paling aku kagumi
setiap dari teman-teman akrab anak-anak juga dianggap seperti anak sendiri.
setiap dari teman baik kami juga memanggil Ibu dengan gelaran Ibu. teman-teman baik adik aku yang sering bertandang lebih hebat lagi layanannya.
baju yang ditinggal Ibu cuci kan.
tidak kira siang mahu pun malam, buat lah macam rumah sendiri. makan lah apa yang ada di bawah tudung saji. 

Ibu teman yang terpaling-paling akrab
namun mengadu segala hal remeh temeh bukan jadi kepandaian aku
kalau pun aku sakit, seboleh-bolehnya mahu aku sembunyi
kalau pun punya masalah, sebaik-baiknya aku simpan sendiri
oleh kerana akrabnya Ibu mendiami hati aku, maka setiap darinya Ibu dapat tebak
manakan tidak, sembilan bulan sepuluh hari Ibu kendong aku ke mana sahaja pergi
berkongsi segala yang dimamah-kunyah dengan aku yang mendiami rahimnya
maka setiap garis wajah dan rentak bicara menghantar cerita untuk dibaca deria Ibu

tempohari
ditimpa sakit sehingga di tahan di wad
tapi tidak lah lama
semahunya aku sembunyi
sebab aku tahu dua jam lagi pasti wajah Ibu akan terpacul di hadapan mata aku
berkali telefon berdering, aku biar sahaja tidak berangkat
tak mahu tipu Ibu
tak mahu juga beritahu yang benar kepada Ibu
sepulangnya ke rumah baru aku khabarkan yang sebenar

aku bersyukur
aku masih punya Ibu
Ibu yang terlalu kasihkan aku
tak apa lah kalau Tuhan ambil semula kasih sayang yang lain dari aku
aku redha
Tuhan mahu aku lebih hargai kasih sayang Ibu tentunya

kalau siapa pun lihat aku ketawa, semua itu kerana Ibu. sebab Ibu akan turut berdukacita kalau aku dirundung walang. 
jadi aku mahu gembira selalu. biar aku ketawa selalu. 

kalau siapa pun lihat aku berdiri teguh, kuat dan cekal
itu semua juga kerana Ibu, menjadi tiang ampuh menyokong aku agar tidak rebah.
aku tidak kuat kalau Ibu tiada.
sungguh.


p/s: aku sedih. bila sedih aku teringatkan Ibu. rindu dakapan hangat Ibu. 


Share/Save/Bookmark

Saturday, April 09, 2011

filem apa? datin dot dot dot?

gejala sosial semakin berleluasa
remaja berkucupan secara ghairah di kawasan terbuka
menunjukan kemesraan tanpa sedikit pun silu

puncanya apa?
pengaruhnya dari siapa?

perempuan semakin gemar dijadikan bahan eksploitasi media, dijalangi dengan rela oleh mata-mata audien yang beribu malah mungkin berjuta bilangannya. dan antara berjuta deria lihat yang menatap kebejatan ini adalah remaja dan kanak-kanak. mereka sedang belajar. dalam proses belajar. kalau ini lah contoh tauladan yang dihidangkan kepada mereka, apa akan jadi pada generasi kita ini pada masa hadapan nanti? gejala yang membarah pada waktu ini juga semakin sukar untuk kita bendung, apatah lagi bila dihidangkan dengan kebejatan yang selazat ini. 

lungsuri laman ini, dan kalian nilai lah sendiri. 

aku sendiri tak sampai hati mahu paparkan video tersebut di laman ini. bukan bermakna laman aku benar suci.  terkadang ada juga kata-kata kesat diketip-taip di laman ini. soalnya aku sendiri geli. dah macam gaya stripe dance pun ada. paparkan segala cleavage yang ada. meliuk lintuk segala yang dia punya. apa mahu majukan industri filem porno pula di Malaysia? dengan barisan pelakon yang terdiri dari perempuan melayu Malaysia? 

tahi kan?

ya benar, bukan semua perempuan rela dieksploitasi sedemikian rupa. namun semata kerana bilangan yang dua tiga kerat ini, kita yang lain juga turut menanggung rasa malu. 


p/s: kalau lah anak-anak kecil kita tanya "mama, datin ghairah itu apa?" boleh tidak kalau dijawab begini, "oh itu nama orang. namanya datin ghairah". ah ! tahi ! satu lagi nilai yang tidak baik ditambah. white lies. kalau pun tipu yang terpaksa, ia tetap tipu kan?



Share/Save/Bookmark

random 2

Assalamualaikum.. 

*senyum*

Fajar pagi tersenyum lagi, membawa khabar bahawa hari ini hari Sabtu. hari yang sepatutnya dipenuhi dengan agenda riadah dan santai. namun pagi ini lain sedikit. celik sahaja mata, di kepala sudah terbayang akan agenda penting yang bakal dijalani. bukan riadah, juga bukan santai. berbusana kurung moden, dengan hijab berwarna hitam di kepala, langkah di atur rapi menuju ke suatu tempat pertemuan yang telah pun ditetapkan sebelum ini. 

tiba sahaja di sana, teman-teman seperjuangan sudah pun berkumpul. ada yang duduk saja, ada juga yang masih lagi sibuk dengan persiapan akhir. masa berlari dan syukur kerana program berlangsung sepertimana yang telah dirancang. 

di penghujung program, ditemubual oleh Ain, gadis manis dari Harian Metro. habis sahaja temubual, aku pula mengambil giliran menebual gadis ini. berlatar belakang pendidikan dalam bidang Akaunting, sama saperti aku. yang menariknya, terjerumus pula dalam kerjaya kewartawanan. sumpah aku teruja. sempat juga merisik-risik bagaimana caranya kalau aku mahu jadi wartawan sambilan? hiks ! 

rasanya ini sahaja untuk hari ini. 


p/s: terima kasih :)



Share/Save/Bookmark

jalan pulang


bangkit.. jangan duduk lagi..
berjalan.. bukan berlari..
kembalikan semula diri.. jangan hilang lagi..
yang ada cuma diri
kalau hilang.. apa yang tinggal lagi?


pulau pinang, 9 April



Share/Save/Bookmark

Thursday, April 07, 2011

sri mersing

taip naskah yang ini dengan mata bersinar.

tiga puisi sudah sedia. tak perlu buat yang baru.
ambil sahaja dari koleksi yang sedia ada.
pilih saja. pilihan muktamad juga sudah selesai.
tiga tema berbeza.

ketuhanan
cinta
kesetiaan

untuk cerpen pula
pada awalnya mahu ambil dari koleksi yang ada
tapi tak banyak dan adapun semuanya bertemakan cinta
mahu keluar dari tema cinta
rasanya mahu menjurus ke arah yang lebih islamik
mungkin tentang hijab.
ya aku tahu. aku bukan hijabi sepenuh masa.
tapi aku punya cerita yang mahu digarap.
tak salah kan?
sudah penat mengangkat tema cinta. kali ini keluar sedikit.
sedikit sahaja kerna cinta Tuhan masih kita punya.

*senyum*

benar-benar mahu berguru dengan yang mahu
moga Tuhan permudahkan setiap perjalanan aku
langkah baru
biar kecil, namun harapan aku kembangnya mekar.

Mersing...
nanti aku ya.


p/s: kalau lah masa boleh diputar pakai jari.. kalau dulu kalian bukan manusia yang pertama tahu akan gembira aku. ya.. benar..tak ada yang kekal.
Share/Save/Bookmark

usah pungguk berjauh hati

andai malam ini
bulan tak menampak kan diri
langit hilang seri
kelam tak di sinari
usah punggok berjauh hati
sudah demikian sejak dulu
andai bertemu tak pernah bersatu....


dari laman penulis senja

Share/Save/Bookmark

Wednesday, April 06, 2011

kalau

kalau rasa mahu marah, telan semua amarah
ucapkan bisik Astaghfirullah
moga lapang dada yang membengkak merah

kalau hati rasa ketat dengan bimbang
mohon doa berulang-ulang
kerna hanya Dia mampu hapus walang

biar dari mana pun doa dilafaz-titip
moga diterima jua perkenan oleh-Nya


p/s: kenang
Share/Save/Bookmark

jangan jalangi atmosfera penulis picisan macam kita



kenapa jadi penulis blog?

sekadar bereaksi rentetan dari entry di blog Abang Ben yang baru sahaja daku baca sebentar tadi. well.. he got the point. tak dinafikan, trend kebanyakan blogger masa kini, menulis blog semata kerana ingin menjana wang. terpukau dengan hebahan ramai bahawa dengan hanya menulis blog, kita mampu meraih pendapatan sehingga ribuan ringgit. ya itu khabar yang bukan sekadar omong kosong. ada di antara teman blogger yang mampu menjana pendapatan sehingga ke angka sedemikian rupa. namun harus diingat, bukan mudah untuk mencapai tahap sedemikian. kalau sekadar baru menulis dua tiga bulan, jangan di idam figura nombor ribu dalam akaun "tempelan iklan" engkau. kalau dengan kadar trafik yang masuk ke laman blog engkau tidak sampai satu ratus pun sehari, mahu naik seringgit pun payah. oh melainkan kalau "tempelan iklan" yang menaungi engkau bermurah hati mahu beri Buffered Earnings (BE), baru lah sedap sikit mata memandang. 

sebenarnya aku pun makan hati juga dengan "tempelan iklan" yang aku letak kan di laman blog ini. sudah lah BE diberi cuma dua, status glitterati aku pun ditarik balik ! deyyy ! aku private-kan blog tak sampai seminggu pun. yang kau tarik balik status istimewa aku kenapa? *muka tak puas hati*

aaa.. abaikan.. actually aku tak ada lah marah sangat. sebab tujuan utama aku letak "tempelan iklan" bukan semata kerana mahu jana beratus hingga beribu untuk dana kahwin. [ececehhh !]

tujuan utama daku letak "tempelan iklan" semata kerana mahu monitor bilangan unique visitor dalam satu hari. malah terkadang mudah untuk menjejaki semula blogger yang bertandang ke laman aku tapi tidak meninggalkan jejak di shoutmix mahu pun di laman komen. jadi dari "tempelan iklan" ini, aku mampu menjejaki semula blogger tersebut dan melaksanakan kunjungan balas. [baik hati le konon..]

eh panjang pulak membebel. berbalik semula kepada isu asal. kenapa berblogging? kalau untuk manjana wang semata, lupakan saja. kalau kalian mahu tahu, blogger yang dapat menuai hasil dari "tempelan iklan" ini, pada asalnya tidak pernah terfikir pun untuk mendapat laba sedemikian rupa. tak percaya sila tanyakan pada Cik Epal. setiap hasil tulisan datangnya dari kepala mereka sendiri, juga datangnya dari lontaran hati dan kemudiannya diterjemahkan menerusi ketipan aksara pada papan kekunci komputer. yang terpaling penting, jadi diri sendiri. explore di mana lebihnya kita dan jangan sesekali menjadi hipokrit dengan memplagiat hasil tulisan penulis-penulis lain semata kerana mahu meraih populariti. 

tak kisah lah tulisan kau macam mana pun. kau bebas bercerita apa saja. personal life kau. cerita tentang orang di sekeliling kau. lontaran buah fikiran kau. pandangan peribadi kau terhadap sesuatu isu. apa saja ! oh yang terpaling penting, sebaik-baiknya menulis blog biarlah dengan ejaan yang tertib dan cukup sifatnya. bukan dengan short form mahupun ejaan yang berbentuk "eawww". nak baca pun susah. ini komen jujur dari aku. kebanyakan blogger ambil mudah akan hal ini. tak perlu bahasa berbunga, menyulam madah indah. cukup sekadar bahasa yang betul sebutannyew.. eh maafkan.. sebutannya. 

kalian..

biarpun kita hanya penulis picisan yang hanya menyiarkan tulisan di laman sendiri, etika penulisan tetap perlu kita patuhi demi kemaslahatan bersama sebagai ahli komuniti blogger yang mana jumlahnya melebihi dua juta orang di Malaysia. jadi diri sendiri. jangan plagiat hasil kerja orang lain. kalau pun mahu copy, tolong jangan lupa credit semula kepada penulisnya. ingat, menulis dari hati dan satu lagi, kalau mahu kejar trafik yang melambung, rajin-rajin lah update blog. kau jangan tinggal bersawang dua tiga hari. 

akhir kalam, menulis dari hati, bukan dengan membuta tuli
menulis biar untuk kepuasan diri, bukan semata kerana mengejar harta duniawi

aksara habis diketip pada: 1.52 pagi

nota: auto published entry. siang hari aku sibuk dengan food testing untuk agenda hari keluarga universiti. 

Share/Save/Bookmark

Tuesday, April 05, 2011

sesal? eh..janganlah !

[terima kasih pakcik gugel untuk ehsan gambar perempuan emo ini]

menyesal?

pernah dengar kata pepatah? sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna? kalau tak pernah dengar, sila ping aku di YM bawah sana. mai sini aku nak kasi hangpa kelas tambahan bahasa melayu.. mahu pakej body gesture ala-ala karam singh walia? sila pastikan webcam anda berfungsi. sekian. 

okey serius balik.

life is all about decision kan? setiap hari kita tidak akan terlepas dari situasi dan keadaan di mana memerlukan kepantasan daya fikir dan pertimbangan kita untuk membuat keputusan. dari sekecil-kecil perkara misalnya mahu makan tengahari di mana, sehinggalah kepada perkara yang terpaling-paling rumit, misalnya analisa untuk memilih syarikat pembekal. itu contoh. [nota: apesal boring gila contoh untuk perkara terpaling rumit tu? gua tak ada idea yang lebih bernas dari itu derr..maaf]

mari sini aku mahu tanyakan. mari rapat..

dalam seumur hidup ini, pernah kalian merasa menyesal dengan satu-satu keputusan yang kalian ambil? pernah terbeban segumpal perasaan yang tidak terucapkan di dalam hati?

*senyum sinis*

we should aware of all the consequences that might happen in the future before we came out with any decision. persoalannya, kita tak mampu menebak apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. tapi kalian, kita boleh buat beberapa andaian bukan? ukur sejauh mana kemampuan kita untuk menerima keadaan sepertimana yang kita andaikan.

pernah ambil matapelajaran statistik? oh atau pun quantitative analysis? kalau dari aspek bisnes, akan ada tiga probability di akhir penyelesaiannya nanti samaada YES, NO, or DO NOTHING. do nothing hasilnya adalah sifar. tahu tidak? aku paling tidak suka bila di hujungnya nanti, pilihan yang terpaksa dilakukan adalah do nothing. aku tak nafikan, tidak berbuat apa-apa juga adalah pilihan apatah lagi seandainya dua pilihan yang lain itu hanya mendatangkan rugi. lebih baik sifar daripada menanggung rugi bukan? 

... namun begitu

To the extent math refers to reality, we are not certain; to the extent we are certain, math does not refer to reality

matematik ! kau boleh pergi ! bawa pulang sekali figura berbentuk nombor. bawa jauh-jauh.


*lempar kalkulator ke laut*     [menambahkan unsur dramatik semata]


oleh kerana itu, aku percaya bahawa setiap keputusan yang diambil hanya melibatkan ya atau tidak sahaja. oleh itu, bersedialah untuk menerima apa jua kemungkinan yang datang berikutan daripada keputusan yang telah kita ambil. 

percaya dengan takdir yang telah tertulis di atas sana, dan jangan pernah menyesal. suka atau duka. bahagia atau derita. tertawa atau menangis. semua itu pilihan kita sendiri bukan?

jangan menyesal. take life as a lesson. yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. go get a life and stop grieving on something that you regret. oh itu yang aku selalu jeritkan pada diri bila mana timbulnya bibit-bibit penyesalan. belajar dari setiap langkah yang kita buat. menyesal semata tidak memberi apa-apa makna. benar kan? 

salam penuh kasih sayang untuk kalian. terima kasih kerana sudi baca hingga ke noktah terakhir. selamat malam.


p/s: duduk bangun, berdiri tersadung.. belum pernah menyesal. 


Share/Save/Bookmark

jangan benci sayang..

adik: kakak.. kenapa semua ingatan datang? sebab adik dijadikan lembut hati, tak pandai nak tukar semua sayang kepada benci?

kakak: kita mesti kuat. tak perlu benci. cukup kalau kita kuat untuk biar ingatan tu pergi.

adik: sehari dua ni betul-betul teringat sangat.

kakak: takpe. biar je ingatan tu datang. nanti bila dah penat, ingatan tu pergi sendiri.


__________________________________

perempuan dijadikan oleh Tuhan dengan hati yang benar-benar lembut. biar sekeras mana kepala, biar sedegil mana pun kita ini, malah biar setinggi mana pun ego itu kita tempatkan, namun seandainya terusik hati nan sekeping ini, emas pun boleh jadi lebur. 

*senyum*

perempuan. bila hatinya disakiti dia sehabis boleh mahu tanamkan rasa benci. mahu buang manusia yang menyakitkan hati dari hidup. hakikatnya dalam sesetengah keadaan, benci perempuan ini sekadar di bibir sahaja. tidak berakar umbi pun dalam hati. kasih sayang lebih kuat perisainya, membunuh benci yang sengaja dicipta untuk ditempatkan dalam hati.

benci hanya biasan yang terbit dari walang dan gurisan hati yang dilakarkan oleh kebejatan perilaku manusia yang pernah kita kasih.

biar beribu patah perkataan benci pun yang terbit lewat bibir munggil seorang perempuan, hakikatnya jauh di sudut hati benci itu sebenarnya hampir tidak ada. sifar.

sayang..

untuk melepaskan seseorang itu pergi dari hidup kita, tak perlu bermandi keringat menanam rasa benci yang sebenarnya ibarat rerumpai dalam hati. benci ni semak. kalau pun masih sering teringat, biarkan saja ingatan itu datang. sebab nanti, seiring dengan masa, juga dengan izin tuhan, ingatan itu akan pudar dengan sendirinya. kalau pun bersedih, kalau pun terasa ingin menangis, luahkan saja. jangan disimpan-simpan. keluarkan semua biar lega. percaya lah ! kita akan pulih. tak perlu kita cemarkan sekeping hati merah ini dengan perasaan benci. lagi pula, bukankah perasaan mawaddah dan ar-rahmah itu kurnia besar tuhan untuk kita hiasi hati? jadi mengapa kita mahu dustakan ia dengan perasaan benci yang akhirnya tidak akan membawa kita ke mana pun?

cekal dan tabah itu kekuatan kita sebagai seorang perempuan kan?

p/s: kalau sayang sudah berumbi, memang sukar untuk membenci


Share/Save/Bookmark

Monday, April 04, 2011

langkah bendul

"Kurt Daniel is in relationship with Nurul dot dot dot"

owh demit !

seketika kemudian telefon bimbit bergetar. satu pesanan ringkas diterima. sesi berbalas sms berlansung. lincah jari jemari menekan butir aksara untuk penerima di hujung sana.

macam tahu-tahu je aku tangah seranah kau mok.

"wei.. aku nak bawak balik gepren jumpa ibu ayah minggu depan"

"heh? serius? biar betikkk??"

"betoi la"

"kamu serius ke dengan dia tapi? haih jangan nak buru-buru bawak anak dara orang"

"aku serius la"

"aaa.. kalau serius takpe la. meksure kamu betul-betul serius"

___________________________

kenapa la adinda yang satu ini gendernya lelaki? kalau tidak mewah aku. semua aku mahu serba berdiri. haha ! paling-paling koman pun cincin emas sebentuk. hiks !

nota: paling koman = paling kurang [dialek utara]
Share/Save/Bookmark

untuk aku. untuk kalian pun boleh juga.

... the soul would have no rainbow if the eyes had no tears.

hidup bukan hari-hari sedap. kadang-kadang ada masam kelatnya. walau macam mana pun rupa hidup kita, jalani ia dengan penuh semangat. kalau hilang pegangan, cepat-cepat cari tempat untuk kita berpaut. paling-paling pun bahu untuk kita sandarkan duka dan kecewa. 

memang tak seronok bila hidup ditimpa celaka. memang pahit bila hidup tidak seindah orang keliling.

tapi..

cuba untuk seketika kita panggungkan dagu, renungi dan muhasabah diri. ada atau tidak silap kita di mana-mana hinggakan hidup jadi tidak seronok?

pernah tidak kita bersikap penting diri? waktu perlu bahu muncul selalu, waktu riang kita hilang. 

pernah tidak kita mengguris hati orang lain? butir bicara tidak terjaga, bercakap apa saja ikut suka.

pernah tidak kita menderhakai kedua orang tua sendiri? kata mereka kita tak ambil peduli. mahu turuti jauh sekali.

pernah tidak berhasad dengki, iri hati, menanam benci malah berdendam dengan orang lain? setiap tutur dan tingkah ada sahaja tidak kena di mata kita. sebab benci berakar dalam dada.

pernah tidak kita lalai akan tanggungjawab yang satu? tanggungjawab terhadap diri, tanda setia kepada Dia.

... diam ...

i do sin. i speak vulgar words sometimes. i am selfish, ignorance and i hurt people around me.. dengan sengaja atau mungkin juga kita tidak sedar. ah ! macam-macam lagi dosa kalau mahu disenaraikan, belum termasuk dengan tuntutan yang belum lagi aku laksanakan.  [berazam sudah. laksana belum]

tapi Tuhan itu baik. tidak pernah kejam. tidak pernah biar hamba-Nya bersedih lama-lama. Dia hembuskan kekuatan untuk kita jalani hidup ini dengan baik, tidak mati jiwa. dia pinjamkan pula kita dengan manusia-manusia baik yang mampu buat kita ketawa. 

Tuhan beri kita ujian untuk mengingatkan kita bahawa kita sentiasa perlu Dia untuk jadi tempat bergantung. biar kecil mahupun besar ujian yang menimpa, tadahkan tangan, mohon doa juga simpati-Nya. bersyukurlah dengan seronok dan indah yang Tuhan pinjamkan walaupun sekejap. 

dan yang terpaling-paling penting, kalau pun sedar banyak kurang dan cacatnya kita, maka berubah lah. berubah menjadi manusia yang lebih baik dari semalam. moga-moga Tuhan berkati hidup daku, dan juga kalian. 

ubah dulu diri

p/s: nota untuk diri

Share/Save/Bookmark

#ABPBH

untuk keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang disiarkan secara lansung malam tadi, lungsuri laman sesawang Beautiful Nara dan untuk mengikuti tweet ABPBH, lungsuri trending topic #abhbp.

itu sahaja update pada pagi ini. sekian

selamat pagi.. semoga semua yang dilaksanakan berjalan dengan lancar..


p/s: oh entry adalah sedikit hedonisme..
Share/Save/Bookmark

Sunday, April 03, 2011

ini lagu feveret ayah ketika berkaraoke..


p/s: only God knows


Share/Save/Bookmark

great teacher bukan onizuka ! ia encik pengalaman..

menonton Sepi entah untuk kali yang keberapa tadi pagi. 

aku tertarik dengan dialog Adam dan Sufi di dalam naskah cerita yang aku kira besar ini.

kata Adam kepada Ilana:
"mengapa kita ditakdirkan bertemu untuk berpisah?"

kata Sufi kepada Marya:
"mengapa kita ditakdirkan bertemu kalau bukan untuk bersama?"

persoalan yang menyucuk benak dan mari kita menyorot kembali akan jalan cerita kedua-dua watak ini. di hujung cerita Adam dan Ilana bahagia menyulam cinta berdua. Ilana nekad membatalkan pernikahannya, manakala Adam nekad meninggalkan tunangannya. Adam turuti langkah Ilana, berhempas pulas mencari perempuan yang dia pasti berada di takhta atmanya dan dang ! mereka akhirnya bersama. bahagia. 

tetapi bagi Sufi dan Marya, status Marya sebagai isteri tidak memungkinkan mereka untuk bersama. kalau diturutkan rasa hati mahu sahaja berlawan dengan dunia tetapi demi semata kerana setia dan tidak mahu menjadi pengkhianat, maka Marya menelan perasaannya sendiri dan mereka menyerahkan segalanya bulat-bulat kepada takdir. ironinya, setelah Marya kehilangan suami, dia kembali mahu menunaikan janji dan malangnya Sufi juga sudah tidak ada lagi di dunia ini. 

takdir dan pilihan.

stay or leaving? 

itu juga pilihan.

bersama atau tidak?

itu takdir.

kewajaran setiap pilihan terletak di atas pertimbangan kita sendiri. adakala perjalanan hidup ini mengajar kita untuk lebih sedar, lebih realistik dan berpijak di bumi yang nyata. tidak semua jalan cerita hidup kita kesudahannya indah seperti novel. well.. mungkin atau boleh jadi kesudahannya indah, tapi sebelum tiba ke fasa indah itu kita terpaksa melalui pengalaman-pengalaman yang menyakitkan. take it as a lesson. ucapkan terima kasih kepada setiap dari mereka yang pernah hadir dalam hidup kita kerana tanpa mereka, kita tidak akan terajar dengan jalan hidup yang begitu. 

jadi.. untuk semua yang pernah hadir dalam hidup aku, dari sebesar-besar watak sehinggalah ke watak tempelan, terima kasih !

nota: aku kira kau sudah cukup kuat. sudah bangkit dari ranap. terima kasih. semoga bersua lagi. i choose to leave..


Share/Save/Bookmark